Anda di halaman 1dari 4

Agen Dropship

Panduan Agen Dropship SweetMuslimah.com


Arahan: Baca dan Ulang sehingga faham.
Kegagalan mematuhi arahan dan panduan ini akan mengakibatkan
keagenan dibatalkan pada bila-bila masa.
Bookmark page ini utk rujukan dimasa akan datang
Asas:
1. Program ini adalah PERCUMA, dan hanya yang layak akan di LULUSKAN.
2. Dropship SweetMuslimah menggunakan sistem Shopping Cart 100% untuk
semua urusan order.
3. Order tidak diterima secara manual/whatsapp/pm.
4. Semua agen dropship mesti mahir menggunakan Shopping Cart.
6. Jika tidak mahir, belajar sampai mahir.
7. Untuk menjadi Agen Dropship, anda haruslah memiliki pekakas asas utk berniaga
di internet
a.Laptop atau PC. Dan pandai melakukan perkara-perkara asas.
b.Capaian Internet yang pantas.
c.Online banking dan Email yang aktif.
d.SmartPhone
e.Minda yang POSITIF
f.Rajin Berusaha.
g.Tidak mudah putus asa.
h.Sanggup belajar perkara baru
i. Berdikari. Cuba dulu sebelum bertanya.(Laptop/PC tidak MELETOP jika
mencuba)
8. Tanpa perkakas asas ini, adalah sukar untuk menjadi agen dropship yang berjaya.
9. Dan tidak digalakkan menyertai program PERCUMA ini.
Status Stok, Gambar dan Details Produk
1. Agen Dropship perlu mengambil gambar produk yang di sediakan di laman web.
2. Save gambar pada size yg maksimum utk mendapat gmbr yg berkualiti.
3. Caranya, Klik pada gambar produk sehingga gambar keluar sebagai pop up
kemudian save.
4. Agen Dropship juga perlu mengambil maklumat produk yang di sediakan pada
setiap produk.
5. Status stok adalah seperti yang dipamerkan di website.
6. Hanya item dan saiz yang ada stok dipamerkan.
7. Status stok adalah LIVE dan 98% tepat. Semua item yg dipamerkan adalah Ready
Stock.
8. Ralat status stok mungkin berlaku, dan sales team kami akan memaklumkan
segera jika terjadi.

9. SweetMuslimah memiliki ratusan item, jadi adalah digalakkan utk memilih item2
yang anda suka sahaja.
10. Tidak perlu promote semua produk serentak. Pilih 5~10 item dahulu sebagai
permulaan.
11. Jika sudah biasa dan mahir, barulah tambah jumlah produk utk dipromosikan.
12. Harga yang dipamerkan adalah harga agen dan tidak termasuk kos POSLAJU.
13. Kos POSLAJU ditanggung oleh pelanggan
Kos POSLAJU
1. Kos Poslaju adalah mengikut berat pesanan dan destinasi penerima.
2. Minima adalah RM 6 utk M'sia dan RM 9 utk Sabah dan Sarawak.
3. Agen Dropship perlu menyemak kos Poslaju di ruangan Troli.
4. Masukkan Item yg di pesan dan masukkan destinasi utk dapatkan sebut harga
Poslaju.
Cara membuat Pesanan
1. Setelah mendapat pelanggan yg berminat utk membeli, agen dropship perlu
melakukan langkah ini.
2. Dapatkan order dan maklumat pelanggan.
a.Nama:
b.Alamat:
c.No HP:
d.Order kod item,warna,saiz dan kuantiti :
3. Masuk ke website dan log masuk sebagai agen dropship.
4. Anda akan lihat semua produk sudah diberi diskaun kepada anda.
5. Ini adalah harga utk agen. Agen boleh jual pada harga yang bersesuaian utk
mendapatkan keuntungan.
6. Pilih item dan saiz yang pelanggan order dan masukkan kedalam troli (Klik
butang "Order Disini")
7. Ulang langkah 6) untuk semua item yg di pesan oleh pelanggan.
8. kemudian pergi ke Troli, kira kos penghantaran bg order tersebut.
9. Setelah itu, agen akan dapat melihat jumlah harga produk dan kos pos laju.
10.Jumlah ini adalah Jumlah yg agen dropship perlu bayar kepada
SweetMuslimah.com
11.Anda boleh kenakan jumlah yang anda suka kepada pelanggan anda.
12.Teruskan utk Menghantar Pesanan.
13.Di ruangan Alamat Penerima, masukkan Nama dan Alamat pelanggan.
14.Jika ada sebarang mesej/komen, masukkan di ruangan komen. eg: No HP
pelanggan
15.Teruskan langkah menghantar pesanan dan pilih kaedah pembayaran yg anda
suka.
16.Setelah pesanan dihantar dan bayaran di terima, Sales team kami akan
memproses order ini dan melakukan proses penghantaran.

17.Setelah order di kirim, Tracking number POSLAJU akan di Emailkan kepada agen
dropship.
18.Jika tiada bayaran yg diterima, order akan dibatalkan dalam tempoh 24 jam.
19.Jika berlaku sebarang masalah poslaju/item, sila hubungi Sales team utk
mendapatkan update.
20. PERHATIAN: TIADA sebarang Kupon dibenarkan utk semua agen DROPSHIP.
Komunikasi Agen Dropship
1. Semua Agen Dropship perlu memahami sistem Order di SweetMuslimah.com
2. Semua isu berkenaan dengan order dan payment hendaklah berkomunikasi
secara terus dengan Sales Team SweetMuslimah.com
3. Sebarang komunikasi tentang Sales tidak akan di layan oleh Admin Dropship.
4. Sebarang pertanyaan berkenaan Program Dropship pula tidak akan dilayan oleh
Sales Team.
5. Penerangan disini adalah LENGKAP.
6. Hanya jika ada pertanyaan lain akan di layan oleh Admin Dropship.
7. Soalan status STOK juga tidak akan di layan, SEMAK stok di WEBSITE.
8. Kecuali order dalam kuantiti yang banyak utk satu item yang sama.
7. Admin Dropship juga akan memantau prestasi setiap agen.
9. Admin Dropship bertanggungjawab utk menaikkan/menurunkan pangkat agen
setiap bulan.
10.Juga membatalkan keagenan agen yang tidak mencapai target jualan minima
bulanan Pangkat 1.
11.Agen Dropship MESTI menghormati semua ahli TEAM SweetMuslimah dan
Pelanggan anda.
12. Email Sales Team sales[alias]sweetmuslimah.com
13. Email Admin Dropship dropship[alias]sweetmuslimah.com
Pangkat dan Diskaun
1. Di SweetMuslimah, kita ada 3 pangkat Agen Dropship.
2. Setiap agen yang baru LULUS akan diberi pangkat 1.
3. Dan bergantung pada prestasi bulanan, pangkat akan berubah-ubah
4. Pangkat 1 : Jualan bulanan minima adalah 5 item
5. Jika tidak dapat membuat jualan minima 5 item pada bulan pertama, agen akan
diberi peluang lagi 1 bulan.
6. Jika 2 bulan berturut-turut, jualan agen tidak melebihi 5 item sebulan, Keagenan
akan dibatalkan.
7. Dan anda akan dikeluarkan dari Agen Dropship menjadi Pelanggan biasa.
8. Anda masih boleh membuat pembelian di SweetMuslimah seperti biasa.
9. Pangkat 2 : Jualan bulanan semasa mencapai 20 item sebulan.
10.Jika jualan agen bulan semasa adalah 20 item keatas, agen layak dinaikkan
pangkat kepada Pangkat 3.
11.Agen akan diturunkan ke Pangkat 1 pada bulan berikutnya jika jualan bulan

semasa kurang dari 20 item.


12.Pangkat 3 : Jualan bulanan semasa mencapai 40 item sebulan.
13.Ini pangkat tertinggi, dan agen perlu mengekalkan jualan 40 item keatas utk
kekal pada peringkat ini di bulan berikutnya.
14.Agen akan diturunkan ke Pangkat 1 atau Pangkat 2 pada bulan berikutnya jika
jualan bulan semasa kurang dari 40 item.
15.Bagi item-item On Sales/Diskaun, harga agen adalah tetap seperti yg
dipamerkan.
16.Harga agen utk item On Sales TIDAK mengikut diskaun Pangkat.
17.On Sales bermaksud, harga telah diPOTONG utk clearance.
18.Diskaun bermaksud, harga berdasarkan jumlah item yg sama di beli. eg: Hanger
Tudung
19.Dimana beli 1, harga lain. Beli 3, harga lain. Beli 10, harga lain.
20.Sekiranya jualan bulan semasa mencapai tahap minima setiap pangkat, Agen
layak memohon kenaikan pangkat serta merta.

Cara-cara menjadi Ahli Agen Dropship


1. Daftarkan diri anda sebagai pelanggan di laman web SweetMuslimah.com
2. Klik disini >> http://www.sweetmuslimah.com/ekedai/register
3. Selepas mendaftar, sila isi borang Dropship disini >> Borang Daftar Agen
4. Selesai. Anda boleh bersedia untuk membuat promosi

Anda mungkin juga menyukai