Anda di halaman 1dari 40

ISI

KANDUNGAN

3
9

7
13

JACK MA : ZERO TO HERO


10 FACTS ABOUT ALIBABA
GROUP
10 TIP KEJAYAAN JACK MA
MAAL HIJRAH :
DR AZIZAN OSMAN MAHU
ANDA BERJAYA DI TAHUN 1437
HIJRAH

18

KEAJAIBAN DISIPLIN DIRI :


BRIAN TRACY

26

BUKU INI TERLALU PERIBADI :


FIZO OMAR

Penasihat Penerbitan
Dr Azizan Osman
Jerry Rizal

Penulisan & Editor


Om Karini Karean
Abie Abdullah
Nani Koraiza Yaacob
Nurainn Azhar

29

BIJAK REBUT PELUANG


TAMBAH PELABURAN

33

CARA UNTUK MENYELESAIKAN


KONFLIK DENGAN ANAK-ANAK

37

LOVE DOESNT PAY THE BILLS

Pemasaran Digital
Aizzuan Mohamad Ali
Mohd Iqbal Hazzard

Pereka Grafik
Mohd Helmi Mamat
Nurfahani Isera

Jack Ma :
Zero to Hero
TODAY IS HARD,
TOMORROW WILL BE WORSE,
BUT THE DAY AFTER TOMORROW WILL BE SUNSHINE JACK MA

AO TRIBE

Siapa Jack Ma?


Zero to hero.!! Itulah gambaran paling sesuai diungkapkan buat insan bernama Jack Ma.
Daripada seorang yang biasa-biasa kini menjadi Luar Biasa.
Hanya mempunyai latar belakang sebagai guru Bahasa Inggeris, ianya bukan penghalang
kepada Ma untuk menjadi siapa dirinya sekarang. Kuat semangat dan mempunyai sikap tidak
mudah mengalah telah meletakkan Ma sebagai salah seorang usahawan teknologi paling
berjaya di dunia.
Jack Ma adalah Pengasas Alibaba Group dan digelar seorang usahawan berasaskan internet
yang berjaya, juga seorang dermawan.
Bukan sahaja digelar individu terkaya di China, malah beliau telah membuktikan miskin
bukan alasan atau penghalang seseorang menjadi kaya hatta jutawan.

AO TRIBE

Dari Bir (arak) ke Alibaba


Penjelajahan Ma ke Seattle, Amerika Syarikat pada
1995 adalah titik tolak kepada dirinya mengenali
apa itu internet. Pencarian pertamanya di internet
adalah perkataan bir dan beliau mendapat pelbagai
informasi mengenai perkataan itu dari kebanyakan
negara.
Apa yang mengejutkan adalah tiada sebarang
informasi mengenai perkataan itu dari China. Bukan
sahaja tidak menjumpai informasi mengenai bir
tetapi tiada sebarang maklumat yang dijumpai
mengenai negaranya. Dari situ, terlahirlah idea
untuk membangunkan laman sesawang berkaitan
dengan China.

Selepas meninggalkan jabatan itu, Ma nekad


kembali semula ke Hangzhou dan menubuhkan
Alibaba.com dengan sekumpulan rakannya.
Alibaba.com adalah laman sesawang yang
menjadi platform business to business berskala
global dan memberikan perkhidmatan kepada 79
juta ahli dari 240 negara serta wilayah.

Alibaba.com adalah peruncit atas talian


terbesar di China dan tersenarai di kedudukan
kedua selepas Wal-Mart. Penubuhan Alibaba.
com ini secara tidak langsung menghubungkan
pengeksport China dengan pembeli dari pelbagai
negara. Bahkan, kewujudan laman sesawang ini
berjaya menarik minat pelabur dengan lebih
Dalam tempoh lima jam, beliau mendapat respon cepat.
melalui emel daripada beberapa penduduk China
yang ingin mengenalinya. Bermula saat itu, Ma
menyedari kepentingan internet yang mampu
memanfaatkan semua orang.
Pada 1995, Ma membangunkan laman sesawang
berkaitan indeks perniagaan yang dikenali sebagai
China Pages. Ayah kepada dua anak ini kemudian
meninggalkan China Pagespada 1997 dan
bergabung dengan pemerintah.
Beliau kemudiannya menjadi pemimpin
perusahaan teknologi informasi yang dibangunkan
China International Electronic Commerce Centre,
sebuah jabatan di bawah Kementerian Perdagangan
Luar Negara dan Kerjasama Ekonomi Tiongkok
pada 1998 hingga 1999.
AO TRIBE

Jatuh Bangun Ma
Menceritakan mengenai jatuh bangun yang
terpaksa dihadapinya, beliau pernah melalui saat
getir apabila ditolak sebanyak tiga kali untuk
memasuki universiti, ditolak dalam permohonan
bekerja sebanyak 30 kali, permohonan menjadi
polis ditolak, malah dalam 24 orang yang memohon
Menjadikan kelemahan pesaing sebagai bekerja dengan KFC, hanya beliau seorang yang
kelebihan buat dirinya, Ma tidak takut untuk tidak diterima.
bersaing dengan eBay. Produk perusahaan beliau
Tiada ilmu dalam bidang teknologi dan
juga berjaya menarik 100 juta orang setiap hari.
pengkomputeran, Ma tetap mampu menjadi
Dalam usaha menambah baik sistem e-dagang pengasas peruncit atas talian terbesar di China
antarabangsa, bermula 2003, Ma mengasaskan hanya bersandarkan kesungguhannya.
Taobao Marketplace, Alipay, Ali Mama dan
Lynx. Melihat kepada perkembangan pesat
Taobao, eBay menawarkan diri untuk membeli
syarikat itu tetapi Ma menolak tawaran itu.
Bukan sesuatu yang mudah untuk beliau sampai
ke tahap ini. Di kala Alibaba.com sedang melonjak
naik, beliau terpaksa bersaing rapat dengan eBay
laman sesawang jual beli atas talian yang bermarkas
di Amerika Syarikat.

AO TRIBE

Seorang Yang Dermawan


September 2014, Alibaba dilaporkan telah mendaftarkan diri di bursa saham New York
dalam Initial Public Offering (IPO). Peningkatan dana kepada $25 juta menunjukkan IPO
Alibaba merekodkan yang terbesar sekali gus melakar sejarah.
Walaupun digelar Orang Paling Berpengaruh di Tiongkok, Ma tidak lupa untuk
mendermakan sebahagian hartanya kepada mereka yang memerlukan. Ma bersama dengan
Lembaga Pengarah lain turut menderma dua peratus saham Alibaba kepada Yayasan Amal
yang akan membiayai inisiatif dalam bidang persekitaran, kesihatan dan pendidikan.
Forbes Asia turut menobatkan Ma sebagai Asias Heroes of Philantrophy berdasarkan
peranannya dalam program pemulihan dan bencana kemiskinan. Tindakannya itu adalah
konsisten dengan prinsipnya bahawa manusia dilahirkan untuk melakukan segala sesuatu
menjadi lebih baik untuk orang lain.

AO TRIBE

Latar Belakang
Ma Yun atau lebih dikenali sebagai Jack Ma dilahirkan pada 10 September 1964 di Hangzhou,
Provinsi Zhejiang, China. Kedua ibu bapanya adalah seniman muzikal tradisional.
Keinginan yang mendalam terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris mendorong Ma berkayuh
ke hotel berhampiran setiap hari supaya dapat berkomunikasi dengan pelancong asing.
Selain itu, Ma akan menawarkan dirinya menjadi pemandu pelancong secara percuma sebagai
latihan buat dirinya sekali gus memperbaiki pertuturannya dari hari ke hari. Rutin itu dilakukan
selama sembilan tahun. Akhirnya, Ma menjadi sahabat pena kepada salah seorang pelancong dan
beliau diberikan nama Jack berikutan kesukaran untuk menyebut nama Cinanya.
Walaupun pernah gagal dalam peperiksaan kemasukan universiti sebanyak tiga kali, ia bukan
penghalang kepada Ma menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris apabila
menamatkan pengajiannya pada tahun 1988 di Institut Perguruan Hangzhou (kini dikenali sebagai
Hangzhou Normal Univiersity).
Selepas menamatkan pengajian, beliau menjadi pensyarah Bahasa Inggeris dan
Perdagangan Antarabangsa di Universiti Hangzhou Dianzi. Beliau seterusnya melanjutkan
pengajian di Sekolah Pengajian Perniagaan Cheung Kong berpangkalan di Beijing di mana
sekolah itu telah diasaskan oleh Jutawan Hong Kong, Li Ka Shing pada tahun 2002. Ma
menamatkan pengajiannya pada tahun 2006.

AO TRIBE

10 FACTS ABOUT

Alibaba Group
10
Alibaba is aiming
for the biggest IPO
in history

9
According to The
Economist magazine,
Alibabas valuation is
between $55 billion
to more than
$120 billion

Alibaba Group
has 24,000
employees

you didnt know!

1
36.7 million
registered users
from more than
240 countries

IPO

5,900
product
categories on
Alibaba.com

Goldman Sachs
was one of the
first investors in
Jack Mas site

3
Alibaba was
founded by Jack
Ma, former English
teacher

Yahoo currently
owns 24% of
Alibaba

Alibaba.com is
just one product of
Alibaba Group.
They own Taobao.com,
Alipay, and several
huge companies.

Alibabas revenue
in 2013
was $7.5billion

(Sumber Dari : www.ExamineChina.com)

AO
Tribe 69
AO TRIBE

10
1
2

Tips Kejayaan Jack Ma

Biasakan Diri Anda Dengan Terhadap Kegagalan,


Kritikan & Penolakan

Segala penolakan yang diterima dalam hidupnya tidak pernah membuatkan Jack Ma
menyerah kalah. Kemewahan dan kejayaan yang dikecapi hari ini memerlukan banyak
pengorbanan dan berhadapan dengan pelbagai kritikanserta penolakan. Beliau ditolak
sebanyak 10 kali dalam permohonan memasuki Universiti of Harvard dan pernah ditolak
dalam sesi temuduga kerja bersama KFC.

Perlu Ada Impian dan Cita-Cita

Salah satu kunci kejayaan Ali Baba adalah perlu mempunyai angan-angan dan menjaga
angan-angan itu supaya tidak padam. Kerana pada suatu hari, pastinya mimpi itu akan
menjadi kenyataan. Jack Ma juga pernah memasang angan-angan bahawa suatu hari nanti
Ali Baba akan menewaskan Walmart sebagai pendorong terbesar.

Visi dan Misi Adalah Nilai Paling Berharga

Pedulikan Tanggapan dan Kritikan Orang Ramai

Jack Ma sering menekankan kepada pekerjanya bahawa penubuhan Ali Baba adalah untuk
membantu dan memudahkan orang ramai, bukan sekadar mengaut keuntungan
semata-mata. Kewujudan kedai atas talian yang menawarkan pelbagai jenis barangan akan
menjimatkan masa seseorang itu untuk ke kedai mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Jaringan membeli hanya di hujung jari. Itulah objektif utama Jack Ma menubuhkan Ali Baba.

Bila anda yakin idea anda sememangnya bagus, maka carilah jalan dengan berusaha dan
mencari peluang agar idea tersebut menjadi realiti. Ketika ingin membangunkan Alibaba.com,
Jack Ma banyak menerima kritikan bahawa idea tersebut adalah sangat bodoh namun
Jack Ma tetap meneruskan ideanya.
AO TRIBE

11

5
6
7

Cari Inspirasi

Ma mengakui sering mendapat inspirasi daripada filem. Kebolehan berpidatonya hanya


terserlah selepas menonton filem Forest Gum.

Sentiasa Fokus, Fokus, dan Fokus!

Kunci kejayaan Alibaba.com adalah Jack Ma selalu fokus untuk mencari cara
mempermudah kerja atau memperbaharui cara dan gaya. Jack Ma lebih tertarik untuk
berbincang mengenai cara baru yang boleh memperbaiki cara kerja dan membahas
mengenai peluang baru dalam perniagaan bersama pekerja.

Jenama Sangat Penting


Jenama produk atau nama syarikat adalah sesuatu yang sering dititikberatkan oleh
Jack Ma kerana dia akan meneraju syarikat dengan lebih fokus untuk berjaya di dunia
global. Jack Ma berusaha memberikan nama yang boleh diterima masyarakat global.

Utamakan Pelanggan

Jangan Pernah Mengeluh, Cari Peluang

Keutamaan Jack Ma terhadap pelanggan tidak boleh dipersoal. Pelanggan adalah nombor
satu, kedua pekerja dan terakhir adalah pemegang saham.

Sesetengah orang pasti akan mengeluh dan ingin berputus asa setiap kali masalah
melanda. Tetapi orang berjaya akan mencari peluang untuk berubah dan mencari jalan
penyelesaian. Menurut Ma, kita harus mencari resolusi untuk memulihkan keadaan
menjadi sedia kala jika ingin mencapai kejayaan.

10
12

Mempunyai Minat

Jack Ma sering menasihati dan memesan kepada pekerjanya supaya bekerja dengan
penuh minat dan tekun. Jika seseorang bekerja sepenuh hati maka hasil yang diperolehi
akan berlipat kali ganda.

AO TRIBE

MAAL HIJRAH
DR AZIZAN OSMAN MAHU ANDA BERJAYA
DI TAHUN 1437 HIJRAH

Setiap hari kita dianugerahkan dengan sesuatu yang


bernilai 86,400 saat. Jika 86,400 saat ini ditukarkan
dalam bentuk Ringgit Malaysia, sudah pasti nilainya
sangat-sangat berharga. Lebih-lebih lagi jika kita
diberikan sesuatu yang bernilai 86,400 ini setiap hari.
Bayangkan jika anda menerima RM86,400 setiap
hari? Apa yang lebih bagus, 86,400 ini diberikan
percuma, tanpa sebarang syarat dan terma. Hanya,
perlu belanjakannya hari ini, dan tidak boleh dibawa
ke hadapan.
Cuba anda fikirkan sejenak, sepanjang usia anda telah
menerima 86,400 saat ini setiap hari. Tanyakan diri
sendiri, bagaimana anda telah belanjakan 86,400 ini
setiap hari, sepanjang usia anda? Kita baru sahaja
menyambut Awal Muharram atau Tahun Hijrah yang
ke 1437, tahun baru dalam kalendar Islam. Apakah
ertinya sambutan tahun baru kali ini untuk anda?

Saya ingin mengajak anda untuk menghayati sambutan


Maal Hijrah 1437 ini dan menjadikannya lebih
bermakna dan bukan sekadar buat perarakan sambil
membawa sepanduk-sepanduk. Bukan maksudnya
tak boleh, tapi lebih baik untuk kita sama-sama
mengertikannya dengan makna yang lebih berbeza
dari tahun-tahun sebelumnya.
Di manakah anda pada sambutan Maal Hijrah tahun
lepas? Di manakah tahap kewangan, tahap kesihatan,
tahap kebahagiaan anda pada tahun 1436 dan
tahun-tahun sebelumnya? Apakah sudah cukup
banyak sumbangan yang anda beri kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat, agama? Maaf, pertanyaan ini
mungkin agak mendesak tetapi motifnya adalah untuk
sama-sama mengajak anda untuk keluar dari kebiasaan
dan hidup yang biasa-biasa.

AO TRIBE

13

Ramai antara kita telah terlalu lama


hidup dengan rasa selesa sehingga kita tidak
mahu lagi untuk mencuba melakukan
sesuatu yang baru, sesuatu yang berbeza
yang mungkin dapat membantu kita untuk
hidup dengan lebih baik. Percayakah anda,
ramai yang sanggup terima saja apa yang ada
dan lihat saja kejayaan dan kekayaan orang
lain hanya kerana kita terperangkap dengan
rasa selesa ciptaan kita sendiri? Ramai yang
tahu berniaga itu dapat meningkatkan taraf
hidup, tapi kenapa tidak ramai yang mahu
melakukannya?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:


Barang siapa yang berhijrah di jalan Allah niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat
hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan
maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum
sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
~ An-Nisa 100 ~
Allah SWT sendiri sangat menyuruh hamba-hambaNya untuk berhijrah dan memperbaiki
diri dan tahap ekonomi. Tujuannya, bila ekonomi umat Islam itu sendiri telah kukuh, mudah
untuk kita saling membantu umat lain yang kurang bernasib baik dan dengan sendiri dapat
membantu usaha dakwah. Sedihnya, apa yang berlaku sekarang adalah, bila umat Islam
masih ramai menadah tangan, meminta, mengharap dan menerima bantuan dari yang bukan
Islam, kerana ramai antara kita yang dikurniakan akal dan kesempurnaan masih tak mampu
untuk membantu!

14

AO TRIBE


Walau bagaimanapun, untuk melakukan hijrah sebenarnya bukan sesuatu yang sukar
namun ianya bukan juga sesuatu yang mudah. Ia bergantung kepada matlamat anda. Jika
matlamat anda cukup besar, pasti anda mampu menyanggah segala ujian yang datang. Kita
kenang kembali saat Rasulullah SAW melakukan hijrah pertama dari Kota Mekah ke Kota
Madinah. Cabaran bermula sebelum baginda berhijrah lagi, bila muncul pakatan untuk membunuh
baginda ketika tidur. Kemudian baginda bermula dengan mengikut jalan yang berbeza dari
jalan yang biasa kerana bimbangkan ancaman yang mungkin datang. Walaupun Madinah
terletak di utara tetapi baginda memilih untuk mengikut arah Selatan dan terpaksa berlindung
di Bukit Thur.

Selain dari itu, orang kafir Mekah juga telah menyiksa Ali Bin Abi Talib dan Asma Bin Abu
Bakar demi mahu mendapatkan maklumat tentang penghijrahan Rasulullah. Hakikatnya, dalam
setiap penghijrahan untuk mencapai kejayaan, ianya tidak akan hadir tanpa cabaran. Tidak akan
bermakna sebuah kejayaan tanpa cabaran dan dugaan. Tanpa kecekalan Rasulullah dan para sahabat
yang membantu mereka dengan izin Allah SWT, kita mungkin tidak dapat menyambut 1437 seperti
sekarang. Bayangkan?
AO TRIBE

15

Dr Azizan Osman adalah mentor yang bersungguh-sungguh untuk turut serta membantu ramai orang
untuk berhijrah dari segi kewangan dengan mengajak anda semua untuk berniaga. Dengan
pengalaman mengendalikan perniagaan sendiri sehingga memiliki 27 buah syarikat serta ilmu-ilmu
yang beliau dapati dari pakar-pakar antarabangsa, beliau rasakan sudah menjadi tanggungjawabnya
untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.
Tahun baru 2016 yang akan tiba tidak lama lagi, dilihat sebagai suatu tahun yang sangat mencabar dari segi ekonomi. Untuk itu, sempena Maal Hijrah 1437 Dr Azizan Osman telah melancarkan siri jelajah Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Kuasai Potensi Diri: Kenapa Saya Mahu
Anda Berjaya Dengan Berniaga, di 9 lokasi utama di Semenanjung Malaysia. Ini peluang untuk
sama-sama menuntut ilmu yang InsyaAllah dapat membantu menjadikan tahun hadapan lebih
bermakna dan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.
Banyak tahun telah kita bazirkan dengan tidak
melakukan apa-apa. Banyak bahagian dari usia
kita yang kita sia-siakan tanpa melakukan tindakan
yang bermakna. Mungkin anda pernah mencuba
sesuatu dan bila kita gagal kita mudah berputus
asa. Ada kala kita lebih suka menyalahkan orang
lain dan faktor lain atas kegagalan kita. Banyak
kali, kita tidak tahu pun kenapa kita gagal.
Bersama-sama kita hadap dan hadam ilmu yang
akan dikongsikan nanti supaya tindakan yang
akan kita ambil dapat memberi kehidupan yang
lebih bermakna di tahun hadapan.

16

AO TRIBE

KEAJAIBAN DISIPLIN
DIRI - Brian Tracy
Menerusi kajian yang dilakukan selama 50 tahun, beliau
mendapati individu yang berjaya mempunyai keupayaan
berfikir untuk jangka masa panjang, mereka menunda
kepuasan jangka masa pendek bagi menikmati ganjaran
lebih besar dalam tempoh jangka masa panjang.
Mereka memikirkan situasi 10 hingga 20 tahun
mendatang ketika membuat keputusan terhadap
tindakan semasa.
Kata kuncinya adalah Pengorbanan. Ia adalah
keupayaan anda mengorbankan keseronokan atau
kepuasan sedia ada supaya anda boleh menikmati
ganjaran lebih besar.

Keupayaan anda mengembangkan tabiat displin diri


akan menyumbang lebih banyak kejayaan kepada anda Albert Einstein pernah berkata, faedah kompaun
adalah daya penarik paling berkuasa di alam
jika dibandingkan dengan kualiti perwatakan lain.
semesta. Oleh yang demikian, menyimpan dan
Beberapa tahun lalu, saya berjumpa Kop Kopmeyer, melabur adalah kunci pertama untuk berjaya
seorang pihak berkuasa yang berjaya. Beliau telah dari segi kewangan pada masa akan datang.
menjumpai seribu rahsia kejayaan dan diterbitkan
dalam empat buah buku yang mengandungi 250 Ianya bukan bermaksud anda tidak mempunyai
pengalaman yang menyeronokkan dalam kehidupan.
prinsip setiap satu.
Tetapi gambaran bagaimana anda memperoleh disiplin
Ketika ditanya yang manakah antara seribu prinsip itu diri selepas menyelesaikan tugas utama, bekerja keras
dianggap terpenting baginya, beliau berkata, Disiplin dan melaksanakan kerja yang sepatutnya.
Diri. Keupayaan anda melakukan sesuatu, apa yang
perlu anda lakukan, bila anda perlu lakukan, adakah
anda suka atau tidak melakukannya.
Napoleon Hill selepas menemuramah 500 individu
terkaya di Amerika turut menekankan Disiplin Diri
adalah kunci utama kepada kejayaan.
Tom, seorang Jurulatih Jualan yang terkenal berkata,
kejayaan adalah hasil daripada disiplin yang bertan-tan.
Jim Rollins berkata, disiplin ditimbang menggunakan
auns manakala penyesalan ditimbang dengan tan.
Dr Edward Benfield dari Harvard membuat kesimpulan
bahawa perspektif jangka panjang adalah kunci untuk
meningkatkan pergerakan sosial dan ekonomi Amerika
atau mana-mana negara di dunia.

18

AO TRIBE

Ganjaran mengamalkan disiplin diri akan diperoleh serta


merta. Setiap kali anda mendisiplinkan diri dan memaksa
diri anda melakukan perkara yang betul, sama ada suka
atau tidak, anda akan lebih menghormati dan menyukai
diri anda. Nilai diri anda juga akan meningkat. Imej diri
anda bertambah baik. Otak anda melepaskan endorfin
yang membuatkan anda gembira dan bangga. Anda akan
mendapat ganjaran setiap kali anda melakukan sesuatu
dengan usaha anda sendiri.

Beliau mengkaji dan menemuramah individu berjaya


selama 11 tahun dan membuat kesimpulan bahawa
mereka yang berjaya adalah individu yang melakukan
perkara yang tidak disukai orang yang gagal.

Pengasas Amway, Rich Devos berkata, banyak perkara


dalam kehidupan ini yang anda tidak suka lakukan,
seperti mencari prospek, menjual dan membangunkan
perniagaan pada waktu petang serta hujung minggu.
Tetapi anda tetap melakukannya juga supaya anda
Perkara paling penting mengenai disiplin diri adalah boleh melakukan perkara yang mengembirakan anda
amalan yang anda boleh pelajari melalui latihan dan di kemudian hari.
pengulangan. Ia mengambil masa 21 hari pengulangan
tanpa pengecualian, untuk mengembangkan tabiat Terdapat 9 disiplin yang anda boleh kembangkan bagi
kerumitan yang bersifat sederhana. Kadangkala anda meningkatkan setiap bidang yang diceburi dalam
dapat membina sesuatu tabiat dengan cepat dan ada kehidupan anda. Ternyata bahawa setiap latihan
ketikanya mengambil masa yang lama. Ianya disiplin diri akan menguatkan disiplin lain pada masa
bergantung kepada bagaimana tekad anda pada masa sama, sebaik sahaja setiap kelemahan dalam disiplin
diri melemahkan anda dalam bidang lain.
itu.

Beberapa tahun lalu, seorang Ahli Perniagaan,
Herbert Grey memulakan pencarian terhadap apa
yang dipanggil Penyebut Kejayaan yang Biasa.
(The Common Denominator of Success)

y
c
a
r
T
n
a
i
r
B
AO TRIBE

19

#1

Disiplin
Berfikiran Jelas

Thomas Edison berkata, berfikir adalah disiplin


paling sukar sekali. Terdapat tiga jenis manusia.
Mereka yang berfikir (minoriti kecil); mereka
yang fikir mereka sedang berfikir; mereka yang
lebih rela mati daripada berfikir.

Ambil masa untuk berfikir walaupun mengenai


isu kritikal dan masalah dalam hidup anda.
Beri masa pada diri anda sebanyak 30, 60 dan
90 minit untuk berfikir. Peter Drucker berkata,
orang yang cepat membuat keputusan kebiasaannya
adalah keputusan orang yang salah. Tambahan
pula, keputusan terburu-buru berkaitan keluarga,
kerjaya, kewangan atau isu utama yang lain
kebiasaannya keputusan yang salah.

Duduk dengan tenang selama 30 60 minit


untuk berfikir. Amalkan bersendirian secara
tetap. Selami diri anda dalam kesunyian.
Apabila anda mengamalkan bersendirian
secara tetap lebih daripada 30 minit. Anda
akan mengaktifkan minda sedar yang hebat
sekali gus menjentik gerak hati anda.
Untuk berfikir dengan lebih baik, tulis
segala masalah yang anda hadapi dengan
jelas di atas helaian kertas. Ada ketikanya
perkara betul yang perlu dilakukan lancar
apabila ianya dicatit dalam kertas.
Aristotle pernah berkata, keupayaan
membuat keputusan yang baik adalah
gabungan daripada pengalaman dan refleksi.
Lebih banyak masa anda luangkan untuk
berfikir mengenai pengalaman anda, lebih
banyak pengajaran penting anda perolehi
darinya.
Melakukan senaman selama 30 hingga 60
minit. Setiap kali anda melakukan senaman
anda akan mendapatkan idea-idea baru
yang membantu anda berfikir dan membuat
keputusan dengan lebih baik.
Bercerita mengenai situasi anda kepada
seseorang yang anda suka dan percaya, dan
mereka yang tidak terlibat dengan beremosi.
Selalunya, perspektif berbeza dapat mengubah
pandangan anda.
Seringkali bertanya, apakah andaian saya?
Apakah keadaan yang saya andaikan itu
adalah benar?

20

AO TRIBE

Bagaimana pula jika andaian anda itu salah?


Bagaimana jika anda telah didahului dengan
maklumat palsu?
Sentiasa terbuka kepada kemungkinan yang anda
mungkin salah semasa mengambil tindakan.
Terbuka untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

#2

Disiplin Dalam
Menetapkan
Matlamat

Fokus dan memberi tumpuan adalah ciri penting


untuk mencapai kejayaan.
Mula bertanya, Apa yang saya benar-benar
ingin lakukan dengan kehidupan saya?.
Tanya soalan ini berulang kali sehingga anda
mendapat jawapan yang jelas.
Bayangkan anda mempunyai 10 juta dolar
secara tunai tetapi hanya mempunyai 10 tahun
untuk hidup. Apakah perkara berbeza yang
akan anda lakukan dengan segera.?
Bayangkan anda tiada batasan untuk mempunyai
semua termasuk wang, masa, pengalaman,
pendidikan dan kenalan bagi mencapai apa-apa
matlamat. Apa yang akan anda lakukan?
Catitkan segalanya dalam buku nota, mulakan
dengan menulis 10 matlamat anda yang terkini.
Mulakan setiap matlamat dengan perkataan
sayadan diikuti dengan kata kerja tindakan.
Sebagai contoh: Saya memperoleh Rm100,000
pada 31 Disember 2016.
Sebelum memulakan hari baru, tulis semula 10
matlamat utama anda seolah-olah anda telah
mencapainya dan ingin melaporkan kejayaan
itu pada yang lain. Tulis semula matlamat itu
tanpa menoleh pada halaman sebelumnya.
Tulisnya dengan mengingatinya semula. Lihat
bagaimana ia berkembang dan berubah dari
masa ke masa setiap hari. Ramai orang yang
berjaya berkata disiplin dalam penetapan
matlamat telah mentransformasi kehidupan
mereka dengan lebih cepat daripada yang
dibayangkan.

#4
#3

Disiplin
Pengurusan
Waktu

Peraturan: Setiap minit digunakan untuk merancang


dapat menjimatkan 10 minit pelaksanaan. Lebih
banyak anda rancang, lebih baik anda menguruskan
waktu dan lebih banyak yang dapat dicapai.
Bermula dengan menyenaraikan setiap
perkara yang perlu anda lakukan. Masa
paling sesuai untuk menulis senarai harian
anda adalah pada malam sebelumnya supaya
minda bawah sedar anda boleh bekerja
semasa anda tidur.
Susun senarai berdasarkan keutamaan
sebelum memulakan tugas.
Berlatih peraturan 80/20 di mana 80%
daripada keputusan anda didorong oleh 20%
aktiviti anda.
Gunakan kaedah ABCDE untuk menetapkan
keutamaan. Ianya berdasarkan pertimbangan
kepada melakukan atau tidak melakukan
sesuatu tugasan
A = Mesti Lakukan (Akibat yang serius
untuk tidak melengkapkannya)
B = Patut Lakukan (Akibat yang ringan
untuk tidak melengkapkannya)
C = Bagus Lakukan (Tiada kesan untuk
tidak melengkapkannya)
D = Mewakilkan (Segalanya Mungkin)
E = Menghapuskan (Semua yang berikan
lebih banyak masa pada anda)

Disiplin
Keberanian

Keberanian memerlukan anda melakukan apa


yang sepatutnya anda lakukan, di mana anda
akan berurusan dengan rasa takut anda bukan
mengelaknya.
Halangan terbesar kepada kejayaan dalam
hidup anda adalah rasa takut untuk gagal.
Ianya diekspresikan melalui perasaan anda
dengan mengatakan Saya tidak boleh! Saya
tidak boleh! Saya tidak boleh!.
Keberaniaan adalah tabiat yang dibina dengan
mengamalkan keberanian apabila perlu.
Seperti yang dikatakan Emerson, Lakukan
perkara yang anda takuti dan takut untuk
mati adalah pasti.
Amalkan tabiat menghadapi rasa takut
daripada mengelaknya. Apabila anda
menghadapi dan menuju ke arahnya,
terutamanya ia adalah individu atau keadaan
lain, ketakutan itu menjadi semakin kecil
dan keberanian anda semakin besar.
Ulang perkataan untuk mematikan rasa takut,
Saya Boleh Lakukan! secara berulangan
bagi membina keberanian dan keyakinan
anda.
Kenal pasti salah satu ketakuan dalam
kehidupan dan disiplinkan diri anda untuk
berhadapan dengannya. Ganjaran mengenal
pasti dan berhadapan dengan ketakutan
adalah hebat . ia memberi anda keberanian
dan keyakinan untuk mengharungi kehidupan
dan berurusan dengan setiap ketakutan yang
didorong keadaaan semasa.

Susun senarai anda menggunakan A-1, A-2,


A-3 dan sebagainya.
Mulakan tugas A-1 di awal pagi.
Mendisiplinkan diri anda untuk menumpukan
sepenuh perhatian pada tugasan A-1 sehingga
ianya 100% diselesaikan.
Disiplin pengurusan masa yang baik akan
merebak kepada disiplin anda yang lain.
Ianya akan mendapat ganjaran serta merta
dan menunjukkan keputusan yang baik,
ganjaran jangka masa panjang dari segi
kualiti kerja dalam kehidupan anda.
AO TRIBE

21

#6

Disiplin Terhadap
Simpanan Tetap
& Pelaburan

Penyelesaian hari ini adalah untuk keluar daripada


beban hutang supaya bebas dari segi kewangan.
Matlamat anda dan setiap orang adalah untuk
mencapai kebebasan kewangan secepat mungkin
dalam kehidupan mereka. Ianya memerlukan
disiplin kewangan berterusan terhadap setiap duit
yang anda peroleh. Yang penting adalah anda perlu
menyimpan 10%, 15% dan 20% daripada pendapatan
anda.

#5

Disiplin Tabiat
Kesihatan
Cemerlang

Matlamat anda adalah untuk hidup sehingga 100


tahun dengan keadaan fizikal yang hebat.
Reka dan bayangkan bentuk badan yang ideal
buat anda. Bagaimana rupa bentuk badan anda
jika ia adalah sempurna di mata anda. Ini
adalah matlamat anda.
Ringkasan kunci kepada kesihatan dan kehidupan
dalam lima perkataan ialah Kurangkan makan
dan lebihkan senaman.
Bangunkan disiplin bersenam setiap hari,
walaupun ianya hanya sekadar berjalan.
Senaman adalah lebih baik dilakukan di waktu
pagi, sebaik sahaja anda bangun dari tidur.
Sekiranya ianya dilakukan selama 21 hari, ia
akan menjadi sebahagian daripada rutin harian
anda sepanjang kehidupan anda.
Elakkan daripada tiga jenis racun putih:
Tepung, gula, garam.
Makan lebih banyak salad dan makanan yang
lebih ringan, makan sebelum jam 6 petang dan
hanya makan separuh bahagian sahaja.
Dapatkan pemeriksaan perubatan dan pergigian.
Ianya boleh memanjangkan usia anda.
Gunakan kaedah Micheal Jordan, Lakukan
Saja!.
22

AO TRIBE

Mungkin anda telah berada dalam keadaan


berhutang, mula menyimpan 1% daripada
pendapatan anda dan disiplinkan diri anda
untuk meneruskan kehidupan dengan
menggunakan 99% lagi sehingga ia menjadi
satu tabiat.
Tingkatkan jumlah simpanan kepada 2%, 3%
dan seterusnya 10% dan 15%. Disiplinkan diri
anda untuk kehidupan yang seimbang.
Set semula fikiran anda daripada Saya seronok
berbelanja kepada Saya seronok menyimpan.
Tangguhkan belian utama selama 30 hari.
Siasat sebelum anda melabur. 2/3 pelaburan
yang berjaya datang daripada mengelakkan kesilapan.
Luangkan banyak masa mengkaji pelaburan
yang ingin anda lakukan bagi memastikan anda
mendapat pulangan.
Bayar secara tunai terhadap seberapa banyak
perkara yang boleh. Buang semua kad kredit
anda.
Jika anda tidak boleh menyimpan wang, benih
kehebatan tiada dalam diri kamu.(W Clement
Stone)

#7

Disiplin Kerja
Keras

Membina reputasi untuk menjadi tegas dan


pekerja yang rajin.
Lebih rajin anda bekerja, lebih banyak
keuntungan anda peroleh.
(Thomas Jefferson)
Purata minggu bekerja di Amerika adalah
32 jam.
Kebanyakan pekerja membazirkan
50% waktu bekerja dengan melakukan
perkara tidak berfaedah seperti berborak
dengan rakan sekerja, memanjangkan
waktu minum dan makan tengah hari,
melayari internet, membaca surat khabar
dan hal peribadi.
Peraturan: Bekerja sepanjang masa anda
bekerja.
Mula bekerja satu jam lebih awal dan
jangan lewat ke tempat kerja.
Bekerja lebih keras menerusi waktu makan
tengah hari, sepanjang hari; jangan buang
masa.
Bagi yang bekerja sejam kemudian, jadi
orang terakhir balik kerja. Gunakan masa
itu untuk mengakhiri semua kerja dan
membuat perancangan esok hari. Tambah
tiga jam bekerja akan menterjemahkan
kepada penghasilan produktiviti bagi
tempoh 6 hingga 8 jam.
Tanya Apakah penggunaan yang paling
bermanfaat telah saya gunakan sepanjang
masa saya? Apa pun jawapan anda,
manfaatkan setiap jam pada hari anda
bekerja.
Jika anda diganggu atau terganggu, ulang
semula berkali-kali Kembali Bekerja!
Kembali Bekerja! Kembali Bekerja!.

#8

Disiplin
Pembelajaran
Berterusan

Nak dapat lebih kena belajar lebih.


Membaca mengenai bidang anda 30 hingga
60 kali sehari, ianya akan menghasilkan
satu buku setiap minggu, 50 buah buku
setahun.
Dengar cakera padat ketika anda sedang
memandu dari satu tempat ke satu tempat.
Ini akan menghasilkan jumlah antara 500
hingga 1000 jam setiap tahun.
Hadir seminar dan ambil kursus yang
diberikan mereka yang pakar dalam bidang
anda ceburi. Satu idea daripada setiap
kursus boleh jimatkan kerja keras anda
untuk bertahun.
Purata pendapatan di Amerika meningkat
pada kadar 3% setahun. Dengan faedah
kompaun, kebanyakan mereka dapat
menggandakan pendapatan setiap 22
tahun.
Anda boleh menghasilkan keputusan yang
bagus dengan adanya tambahan ilmu dan
kemahiran, anda juga dapat meningkatkan
pendapatan pada kadar 10%, 15% dan juga
25% setahun.
Peningkatan 10% kadar setahun
bermaksud anda menggandakan
pendapatan dalam tempoh 7.2 tahun.
Peningkatan 25% kadar setahun
bermaksud anda menggandakan
pendapatan dalam tempoh 2 tahun 8
bulan.
Bekerja atas usaha sendiri, seolah-olah
masa anda bergantung sepenuhnya kepada
anda.
AO TRIBE

23

#9

Disiplin Kegigihan
Ujian paling hebat terhadap displin diri adalah apabila anda bertahan menghadapi
kesusahan dan mengharunginya sendiri bagi memastikan ianya 100% diselesaikan

tanpa mengambil kira apa yang anda rasa. Keberanian terbahagi kepada dua bahagian: Pertama, keberanian
untuk memulakan dan terus ke hadapan tanpa sebarang jaminan kejayaan. Kedua adalah keberanian untuk
bertahan apabila anda rasa kecewa dan ingin berhenti.
Kegigihan anda adalah kayu ukur kepada kepercayaan anda terhadap diri sendiri dann apa yang
anda lakukan.
Lebih banyak anda percaya terhadap kebaikan dan apa yang betul anda lakukan, lebih lama anda
bertahan.
Lebih lama anda bertahan, anda akan lebih cenderung percaya pada diri sendiri dan apa yang anda
lakukan.
Kegigihan adalah displin diri dalam tindakan.
Displin diri memimpin anda kepada nilai diri, rasa yang lebih hebat terhadap kuasa peribadi yang
mendorong kepada kegigihan dan yang membawa kepada displin diri yang lebih besar dalam
sesuatu lingkaran.
Sifat gigih terdapat dalam perwatakan lelaki dan perempuan di mana ianya dijadikan sebagai karbon
sebelum menjadi besi. (Napoleon Hill)
Anda sebenarnya menjadi individu yang lebih baik dan hebat dengan menjadi tabah apabila terasa
ingin berhenti.

Anda melakukan kawalan sepenuhnya ke atas perkembangan watak anda sendiri.


Akhirnya anda menjadi seorang yang sukar dihalang.
KELEBIHAN MENGAMALKAN DISPLIN DIRI DALAM SETIAP BIDANG :
Tabiat displin diri menjamin kejayaan anda dalam kehidupan sama ada untuk diri sendiri
atau dengan orang lain.
Lebih banyak dan cepat yang dapat anda lakukan dengan kualiti displin yang tinggi berbanding
kemahiran lain.
Anda akan lebih cepat dinaikkan pangkat dan dibayar lebih.
Anda akan mengalami rasa yang lebih hebat berkaitan kawalan diri, berdikari dan kuasa
peribadi.
Displin diri adalah kunci kepada membina nilai diri, kebanggaan diri dan maruah diri.
Lebih hebat displin diri anda, lebih hebat keyakinan diri dan merendahkan rasa takut untuk gagal
atau ditolak. Tiada apa yang dapat menghalang anda.
Displin diri akan memberi kekuatan perwatakan untuk terus mengharungi segala halangan
sehingga mencapai kejayaan.
Mulakan amalan displin diri dalam setiap bidang yang anda ceburi. Teruskan amalan ini sehingga displin
diri datang kepada anda secara automatik dan semudah bernafas. Masa depan anda akan terjamin.
Sumber dari The miracle of self. Dicipline by Brian Tracy at media.briantracy.com
24

AO TRIBE

BUKU INI TERLALU


PERIBADI - FIZO OMAR
Terima kasih yang tidak terhingga
kepada mentor saya, Dr. Azizan
Osman yang mengembalikan warna di
dalam kehidupan saya. Alhamdulillah,
Tuhan mengurniakan hikmah yang
tersembunyi sebelum ini, kata Fizo
yang ditemui ketika program IMKK,
pada 1-4 Oktober 2015.

Shah Alam: 2 Oktober menjadi


satu lagi sejarah buat pelakon dan
usahawan berjaya, Fizo Omar
apabila melancarkan buku yang
menggunakan namanya sendiri
sebagai judul.
Buku yang diterbitkan sepenuhnya
oleh Azizan Osman Publications
Sdn Bhd (AOP) ini menceritakan
permulaan hidup anak jati kelahiran
Kelantan ini dalam mengharungi
kehidupan sebelum bergelar sebagai
usahawan berjaya hari ini.

Buku ini terlalu


peribadi kepada saya.
Buku ini bukan biografi
penuh tetapi naskhah
ini menghimpunkan
segala pahit maung saya
dalam mencari sebuah
pengertian kehidupan
sebenar.
26

AO TRIBE

Pelakon filem Isyarat Cinta ini


melahirkan rasa terharunya terhadap
kelahiran buku Fizo Omar, lebihlebih lagi diterbitkan oleh mentornya
sendiri yang disifatkan sangat
beruntung.
Saya pernah hampir tewas dengan
dugaan hidup termasuk kes penipuan
RM8 juta, sehingga saya tertanya
pada diri sendiri kenapa semua ini
terjadi dan mengapa saya yang kena.
Bagaimanapun apabila saya belajar
tentang sebab-sebab kenapa saya
dipilih oleh Allah untuk berdepan
dengan semua dugaan demi dugaan,
lantas saya sebaliknya bersyukur
dengan ujian itu.

Buat permulaan, buku Fizo Omar hanya dijual di


program-program anjuran Richworks International
Sdn Bhd, iaitu salah satu daripada 27 Syarikat
Kumpulan Richworks
pada harga RM33
senaskhah.
Sebanyak 1,000 naskhah dijual dalam tempoh dua
hari pertama hanya di program IMKK di IDCC yang
dihadiri lebih 3,200 peserta.
Menurut Dr Azizan Osman, buku Fizo Omar ini
menyaksikan perubahan hidup selebriti itu secara
dramatik.
Fizo Omar sangat berbeza daripada kelompok artis
yang pernah saya lihat dan baca. Bukan kerana dia
telah menghadiri seminar-seminar saya hingga
menjadi antara pelajar contoh saya tetapi kerana dia
berani dan pantas untuk bertindak.
Tindakan yang saya maksudkan di sini adalah keluar
daripada zon selesa. Fizo walaupun namanya sudah
memuncak di dalam industri hiburan tetapi masih
mencari ruang yang dikatakan benar-benar selesa
untuk dirinya.
Daripada ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar,
dia seperti kebanyakan peserta lain juga (yang bukan
selebriti) dapat mengenali potensi dirinya untuk
dimajukan hingga maksimum mungkin.
Saya tahu anda semua juga mempunyai impian
dan berpotensi mengecapinya. Semoga buku ini
membuat anda terinspirasi untuk anda mengejar
impian yang telah lama terpendam di dalam diri sejak
sekian lama, kata Dr Azizan.

Buku setebal 272 mukasurat hasil tulisan Abie


Abdullah ini dilancarkan secara rasminya oleh
mentor Fizo sendiri, Dr Azizan Osman sempena
program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan
(IMKK) sesi Oktober 2015 di tingkat 7, IDCC.
Sementara itu, penulis buku Fizo Omar, Abie Abdullah
berkata, dia mengambil masa sebulan penuh untuk
menyiapkan kerja-kerja penulisan untuk naskhah
pertamanya dengan Azizan Osman Publications ini.
Sebulan hanya untuk menulis tetapi masa untuk
menemubual Fizo agak lama kerana dia terikat
dengan banyak komitmen termasuk lakonan dan
pengacaraan.
Untuk sesi temubual, saya memerlukan masa
yang banyak untuk mengorek isi hatinya kerana
penerbitan buku bukan seringkas wawancara untuk
siaran akhbar. Sebab itu masa banyak diperlukan
untuk mendapat intipati dan perincian sekemas
yang mungkin. Alhamdulillah, akhirnya impian ini
menjadi kenyataan, kata Abie.
Abie mempunyai pengalaman selama 22 tahun di dalam
dunia kewartawanan di Harian Metro terutama di
dalam bidang hiburan.
Pengalamannya cukup luas dan sudah tiba masanya
untuk beralih kepada minatnya menghasilkan
buku-buku terutama berkaitan motivasi.
Abie pernah menulis buku biografi pemuzik legenda
Malaysia, Datuk Ahmad Nawab berjudul LEGASI
AHMAD NAWAB KHAN - SENIMAN NEGARA
dan menyelia buku biografi bintang ternama, Datuk
Sheila Majid berjudul SHEILA MAJID
AO TRIBE

27

BIJAK REBUT PELUANG


TAMBAH PELABURAN
Oleh Mohd Asri Ahmad
Pasaran saham serata dunia
mengalami
kejatuhan
yang
mendadak. Indeks Shanghai di
China turun melebihi 40 peratus
manakala indeks penanda arah
pasaran saham dunia, Indeks Dow
Jones di Amerika Syarikat pula
hilang 2,000 mata dalam beberapa
minggu sahaja. Di Malaysia, Indeks
FBMKLCI terjun lebih 10 peratus
akibat kejatuhan Ringgit, kejatuhan
harga minyak mentah dunia dan
kemelut politik dalaman.

Bagi mereka yang bijak membidik


peluang, pasti berkesempatan
meraih keuntungan walaupun negara
sedang berdepan dengan kejatuhan
nilai ringgit.

menanganinya.
Saya
tidak
mengatakan krisis itu bagus tetapi
saya lebih suka melihatnya
daripada perspektif yang berbeza
iaitu bagaimana sesuatu yang
dinoktahkan sebagai pengakhiran
Menurut Mentor Pelaburan Saham sebaliknya boleh dianggap sebagai
No.1 Malaysia, Mohd Asri Ahmad, satu permulaan atau peluang baru.
situasi yang hampir serupa ini pernah berlaku sekitar tahun 1998 dan Kerugian kepada yang lain mungkin
2008 dan akhirnya tetap kemba- bererti satu peluang baru kepada
li pulih mengikut peredaran iklim kelompok yang lain. Dalam setiap
ekonomi negara dan dunia.
krisis, ada yang menjadi muflis dan
ada juga menjadi jutawan baru.
Katanya, bagi mereka yang
mempunyai ilmu, kitaran ekonomi
Persoalannya, adakah
sebegini boleh dijangka dan kita akan berada di dalam
dinantikan sebagai kesempatan kelompok yang akan rugi
terbaik untuk mencatur peluang
atau dalam kumpulan kecil
yang bakal hadir di depan mata.

Dalam krisis pasti ada peluang. Di


dalam bahasa Cina, perkataan krisis
itu sendiri terdiri daripada dua
aksara iaitu wei dan jei. Ia
bermaksud bahaya dan yang kedua
bermaksud peluang. Oleh itu, krisis
memiliki dua maksud sekiranya
dilihat daripada kacamata yang Setiap masalah yang berlaku sukar
untuk dielakkan tetapi boleh
berbeza.
menjadi peluang kepada yang bijak

yang bijak merebut peluang


dengan tindakan yang betul
dan pada masa yang tepat?
AO TRIBE

29

dilaburkan. Beliau memberi contoh kepada beberapa


nama yang berjaya di dalam dunia bisnes ketika
berlaku krisis ekonomi seperti AirAsia dan Sapura
Kencana.
Sambil menunjukkan beberapa saham syarikat yang
melonjak setelah pulih daripada kegawatan ekonomi,
sekali lagi beliau menekankan bahawa pentingnya
ilmu untuk siap siaga kerana hanya jauhari yang
mengenal manikam.
Sebagai pelabur yang bijak, inilah masa yang
sesuai untuk meninjau dan menyenarai-pendekkan
saham-saham yang sebelum ini harganya terlalu
tinggi dan sekarang harganya jauh lebih murah.
Masukkan ke dalam senarai saham harga diskaun,
katanya.

Ketika pasaran gawat pun mereka masih boleh


menjana keuntungan kerana mereka telah bersedia
bukan sahaja dengan modal di kocek, tetapi juga
persiapan mental, ilmu taktikal dan cukup input
untuk mengenalpasti masalah itu sebagai peluang
yang baru.

Selain daripada itu Mohd Asri menyarankan supaya


kita membuat kajian yang terperinci mencakupi
aspek-aspek penting dan pilih saham-saham yang
berpotensi di mana kejatuhan adalah disebabkan
oleh faktor luaran syarikat (dan bukannya faktor
fundamental syarikat).

Ketika pasaran merudum inilah pelabur yang bijak


dan berilmu bersiap sedia untuk membeli-belah di
pasaraya bursa pada saat yang tepat dan pada harga
yang terbaik.

Sebagai contoh, harga saham Tenaga Nasional


Berhad daripada RM15 jatuh sehingga RM10 dan
dalam tempoh sebulan harga naik semula sehingga
RM12. Pernah berlaku saham daripada harga RM1
menjunam sehingga 20 sen. Bayangkan apabila harga
saham tadi kembali pulih? Berapa banyak pulangan
yang bakal diperolehi? kata Mohd Asri ketika
ditemui di Shah Alam baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menyuruh orang
ramai untuk membeli saham-saham berkenaan, ia
adalah sekadar contoh bagi mudah untuk difahami.
Bagi yang mempunyai ilmu dalam bidang pelaburan,
mereka pasti tahu menilai mana yang terbaik untuk
30

AO TRIBE

Minda kita harus terbuka, apa juga jenis pelaburan


mahupun perniagaan ia pasti mempunyai risikonya
yang tersendiri. Namun dengan adanya ilmu, risiko
dapat diuruskan agar kita dapat meminimakan
kerugian dan memaksimakan keuntungan, katanya.
Menurut penulis buku Mudahnya Pelaburan Saham,
Jom Melabur Secara Santai dan Melabur Atau
Melebur ini, memang tidak dinafikan ramai antara
kita yang masih bertanggapan salah mengenai
pelaburan saham.
Ada yang mengatakan saham ini hanya untuk orang
kaya dan banyak duit.
Sedangkan dengan hanya bermodalkan RM100 pun
kita sudah boleh membeli saham.
Namun apa yang paling penting katanya ialah
pastikan ada ilmu sebelum mengeluarkan duit untuk
membeli mana-mana saham.
Menurut Mohd Asri, siri jelajah Klinik Pelaburan
Saham ini diadakan bagi memberi pendedahan
kepada mereka yang ingin tahu mengenai peluang
menjana pendapatan daripada pelaburan saham serta
menjelaskan apa itu pelaburan sebenarnya.
Bumiputera terutamanya perlu menukar mindset
kalau mahu terbabit di dalam pelaburan dengan
menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai
persediaan awal sebelum terbabit dengan mana-mana
jenis pelaburan. Mohd Asri turut menegaskan: Kita
harus berdisiplin dalam membuat simpanan dan
apabila simpanan sudah ada, barulah fikirkan cara
untuk kembangkan simpanan berkenaan melalui
perniagaan mahupun pelaburan.

Dalam pada itu, Mohd Asri memaklumkan bahawa


pembabitan kaum Bumiputera di dalam pemilikan
ekuiti serta aset di bandar-bandar besar masih terlalu
rendah. Malah sasaran kerajaan untuk mendapatkan
sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan oleh
Bumiputera masih belum tercapai.
Situasi sama juga berlaku di dalam pemilikan ekuiti
oleh Bumiputera di Bursa Malaysia. Namun kita
masih bernasib baik kerana terdapat agensi kerajaan
seperti UDA, Lembaga Tabung Haji, MARA, PNB
dan FELDA yang dikira sebagai entiti milikan
Melayu, tetapi perlu diingat semua itu adalah milikan
syarikat bukannya individu.
Krisis pasti datang dan pergi mengikut arusnya.
Adakah kita sekadar menyapa dan melihat ia pergi
tanpa meraih sebarang keuntungan? Tepuk dada
tanyalah minda bersedia untuk melabur dengan
bijak ataupun melebur wang dengan penyesalan,
katanya.
Diterbitkan dalam ruangan Tinta Bisnes - Harian
Metro. 5 Oktober 2015.
AO TRIBE

31

CARA UNTUK
MENYELESAIKAN
KONFLIK DENGAN
ANAK-ANAK
Anda pulang ke rumah setiap hari selepas seharian mencari nafkah, anda sering dapati anak remaja anda
berkurung di dalam bilik. Bila diajak keluar untuk makan, tiada jawapan. Atau, setiap kali anda bercakap
dengan mereka, pasti ada rungutan dan keluhan kedengaran. Kadang-kadang ianya sangat meruntun jiwa
anda sebagai ibu bapa.
Ada juga situasi, sebaik sahaja anda menjemput mereka dari sekolah atau kelas tambahan, mereka masuk
ke dalam kereta dan tidak bercakap walau sepatah perkataan, sepanjang perjalanan. Sampai di rumah, terus
berkurung di dalam bilik seharian. Bila anda tegur, pasti akan ada pergaduhan kecil di antara anda dengan
anak tersebut. Kadang-kadang berlarutan berhari-hari. Dan untuk mengelakkan keadaan ini berulang, ibu
bapa dan anak-anak terus mengurangkan komunikasi. Hasilnya, perhubungan semakin renggang.
Bila seseorang berada dalam keadaan marah, mereka akan berkelakuan seperti mereka sahaja yang betul.
Bila ibu bapa marah, kita akan rasakan kita betul dan bila anak marah, mereka akan rasakan ibu bapa yang
salah dan mereka yang berada di pihak yang benar. Akibatnya, masing-masing akan mengambil sikap untuk
mempertahankan diri sendiri.
Lebih teruk, bila ada ibu bapa yang terus menyalahkan anak tanpa langsung memberi ruang dan peluang untuk
mereka menjelaskan kedudukan dan cerita sebenar. Ibu bapa langsung tidak memberi teladan yang baik
dalam menguruskan situasi sebegini dan ini akan menular serta mempengaruhi cara anak-anak remaja ni
menguruskan situasi yang sama di luar.
Akibatnya, ibu bapa dan anak remaja gagal untuk memahami satu sama lain.
Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu ibu bapa untuk menangani situasi konflik dengan anak
remaja.

AO TRIBE

33

1. Berbincang tentang masalah yang dihadapi bila


kedua-duanya tenang
Cari masa yang sesuai untuk anda dan anak untuk duduk bersama
dan berbincang. Sebaiknya bila anda dan anak tidak terlalu penat
atau dalam keadaaan tertekan. Bila kedua-duanya berada dalam
keadaan marah dan tertekan, sukar untuk kita berbincang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Jika engkau marah, diamlah (H.R al-Bukhari dalam Adbul


Mufrad, dishahihkan Syaikh al-Albany).
Apabila anda dan anak anda berada dalam keadaan tenang,
anda boleh memulakan perbualan. Ini menunjukkan bahawa
anda bertanggungjawab, prihatin dan juga anda mengambil
berat tentang mereka dan apa yang terjadi di antara anda dan
anak tersebut. Ini juga menunjukkan ciri-ciri kematangan dan
ianya akan menjadi contoh kepada anak.
Jika anda tidak melakukan sesuatu untuk berbincang dengan
mereka, ianya akan membuatkan mereka rasa, anda tidak pentingkan
mereka. Anda tidak kisah jika hubungan di antara anda dan mereka
tidak berada dalam keadaan yang baik. Anda sebagai ibu bapa juga
akan terlepas peluang untuk menunjukkan diri sebagai contoh
yang baik terhadap anak. Mulakan dengan mengucapkan salam
dan membaca Bismallah..dan katakan kepadanya bahawa anda
mahu berbincang dengannya.

2. Elakkan dari menilai mereka


Bila berbincang dengan mereka, anda tidak sepatutnya untuk memberi sebarang penilaian atau menyalahkan
anak anda. Ini hanya akan menyebabkan mereka mahu membela diri mereka kerana pasti mereka rasa mereka
tidak bersalah.
Sebaiknya adalah untuk anda menjelaskan emosi dan perasaan anda. Sebagai contoh anda boleh kata Bila
kakak balik lambat ibu risau dan bukannya Sebab kakak balik lambat lah ibu risau dan pening kepala.
Anda cuba fahamkan mereka dengan perasaan anda dan tunjukkan bahawa anda juga memahami mereka.

34

AO TRIBE

3. Jadilah contoh yang baik


Jika konflik tercetus kerana kesalahan anda seperti anda telah mengeluarkan kata-kata yang tidak
baik, anda perlu menunjukkan contoh yang baik dengan terlebih dahulu meminta maaf kepada
mereka. Makin ikhlas anda mengucapkannya, makin membantu untuk menjernihkan keadaan di
antara ibu bapa dan anak.
Ini menunjukkan anda menyesal dengan apa yang berlaku. Dan perkara tersebut tidak sepatutnya
berlaku. Ia juga menunjukkan bahawa anda tidak suka dengan apa yang berlaku dan anda serius
untuk mengelakkannya dari berulang kembali. Selain dari itu anak juga akan faham bahawa konflik
yang terjadi juga kan memberi kesan buruk kepada ibu bapa yang dewasa.
Sebaik sahaja anda meminta maaf, ianya menunjukkan bahawa anda tidak merasakan diri anda
sebagai mangsa keadaan dan ini menyedarkan mereka untuk tidak merasakan mereka adalah
mangsa dalam konflik ini.

4. Selesaikan masalah dan janji tidak akan ulanginya


Untuk mengelakkan konflik yang sama dari berulang,
ibu bapa dan anak harus bersetuju atas keputusan yang
telah dibincangkan bersama. Anda juga harus memberi
peluang kepada anak anda untuk meluahkan pendapat dan
perasaannya. Ini adalah supaya dia tahu anda bersikap
adil kepadanya.
Bila anda beri arahan apa yang seharusnya anak anda
lakukan, mereka akan rasa bahawa mereka mangsa
keadaan dan mula mahu pertahankan diri sendiri. Tapi
jika anda beri dia peluang untuk memberi pendapat
tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk elakkan
kejadian sama berlaku, mereka akan rasa dihargai
dan merasakan mereka patut menghargai anda sebagai
ibu bapa mereka. Hasilnya mereka akan fikirkan
penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.
Juga akan menjadi penyebab untuk mereka tidak Apa rancangan anda untuk anak-anak sempena cuti
ulangi kesilapan.
sekolah yang bakal menjelma? Apa kata daftarkan
anak anda ke program cuti sekolah Kem Tahfiz (Rich
Kids Smart Kids). Dikendalikan tenaga pengajar
profesional, anak-anak akan diajar teknik hafazan
mudah dan berkesan, hafalan surah pilihan mengikut
kemampuan anak anda, belajar fardu ain, sunnah
Rasulullah dan asas-asas tajwid.
Program ini akan diadakan pada 22 - 28 November
2015 di Impiana Country Resort, Hulu Langat,
Selangor dan pada 6 - 12 Disember 2015 di Chalet
Bina Insan Rabiatul Adawiyah, Empangan Durian
Tunggal, Melaka.
Bagi anda yang berminat menghantar anak-anak
untuk mengisi masa lapang cuti sekolah mereka, anda
boleh melayari www.azizanosman.com/kemtahfiz
atau hubungi 1-300-88-2424 untuk pendaftaran.
AO TRIBE

35

DOESNT
Love
PAY THE
Hola all y cmo es la vida.
(Hello there and hows life).
Hows my Spanish? :)
Ive missed all you Readers and welcome back to
my column. These past few months have been so
hectic with travels and training here and there. We,
Richworkians are globetrotting to work and learn...
to bring the best for you... and its always super fun
besides feeling awesomely great!
What an ideal job to have To Inspire, Educate and
Add Value every day, every moment.
My job with our beloved Mentor Dr Azizan Osman
takes us to different continents around the world to
learn from the best. Our experiences especially the
culture and people we meet, how they live in different
countries inspires us to do what we do and give back
more.

Bills

We quite honestly like to think we are extraordinarily


different but we are all living our lives with the
common basic human needs to be loved, appreciated,
recognised, empowered and the list goes on. We just
prioritise these needs differently.
And with this insight, I would like to share my views
which are close to the heart and it comes with some
deep thinking and reflection whether we like it or not.
Heres what I would like to share about Love doesnt
pay the bills. There are 2 major observations to this
which is focused on Relationship & Passion.
Let me start with Relationship.

AO TRIBE

37

What to do when
love does not pay
the bills?
When two people are head over heels in LOVE, all
they can think of is love and sometimes they ignore
the reality of surviving together in that relationship
that requires you to actually have money. And we are
not talking about being rich here... if you are RICH all
the better but money to pay your daily bills. Love and
Money are pretty much separate entities.
Both have something in common, Money requires
Hard Work and so does Love.
Heres the thing, Love in all its magnificence and
wonder will NEVER be what bill collectors are after.
They want cold, hard cash. You can tell your beloved
you love her till you are blue in the face, but this wont
pay the electric bill. You can wine and dine her till the
cows come home, but this wont keep your cell phone
from getting shut off.
There is only ONE thing to do to pay bills work to
make money, save money, and spend it wisely.

life but it all comes with a price tag. It is again, hard


work.
Hard work is what pays the bills.
We wish love could pay the bills but here are
suggestions how you could handle your finances
together.
1. If you buy something, dont go into debt. Pay
cash especially if you know you cant manage
your credit cards.
2. Save, save, save - to Invest, invest, invest.
Remember the power of multiplication!
3. If you dont need it, dont buy it! Live within
your means.
4. Budget and keep track of your bills daily,
weekly, monthly. This is discipline. Know
where your money is going.

It is just a matter of perspective and being realistic.


The beauty about love is, you now have common
shared responsibilities to take care of each other, to
ensure your well-being together and maybe for some
to build a family. Love gives you a reason and usually
it is these reasons that leads you to your Big Why.
All successful people will tell you this How bad do
you want it? Right? We all want the best things in
38

AO TRIBE

To be financially sound, you need to know the Who,


What, When, Where, Why and How of every dollar
you spend. You need to rule your finances instead of
letting them rule you.
We will always have bills. There is no getting around
it. If you are madly in love that will at the very least
give you great incentive to WANT to have all your
bills paid so you can have time to enjoy this great
love you share.

The reality is still hard work. Why dont we devise


an action plan so that as we earn and make a living,
we still have the opportunity to pursue our greatest
passion?

My next point is Passion.


Youve probably heard it a million times, Do what
you love and Love what you do.
I have to agree but I dont know how a person can
commit to working thirty over years doing something
that doesnt ignite some kind of excitement or passion
in them.
The tricky part is to reconcile what you love to do
and how youre going to pay the bills.
So what can any of us do? Give up on our dreams
to be a singer, artist, beautician, restaurant owner...
for a decent pay check job? Here again, love doesnt
pay the bills.

1. Remain committed to your passion by learning


everything you can to improve your knowledge
and skills to master and pursue that passion
full-time. Once you are ready and you can
sustain your livelihood through your passion
for at least a year, then you can consider leaving
your pay check job.
2. Educate yourself on building your personal
wealth and finances. Live within your means.
Have a strategy so that come a rainy day, you
can still survive on your own two feet. Build
a passive income either through your pay
check job or earnings from your passion. Invest
so that you will have more opportunities to
pursue your passion in the long run.
3. Explore and find opportunities to grow and
build your passion. Make yourself marketable.
Keep on learning. Network with the right
circle of people with the same shared passion.
Never stop learning. And its always about
hard work, being consistent and never giving
up.
When You Love Something or Someone, Devise
an Action Plan. Just like reaching from point A to
B, you need a roadmap, so does Relationship &
Passion.
For you know right now that
Love alone doesnt pay the
bills.
Till our next issue.

Los amo a todos.


(Love you all).
Just Jerry

AO TRIBE

39

Anda mungkin juga menyukai