Anda di halaman 1dari 11

Disediakan oleh:

Muhamad Faiz Jofri


Muhadir Saeman

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMK

Kajian ini menumpukan tentang penguasaan kemahiran generik di


kalangan pensyarah yang mengajar kursus kejuruteraan mekanikal tahun
akhir. Kajian telah dijalankan di Politeknik Melaka (PMK). Tujuan kajian ini
ialah untuk menilai tahap penguasaan kemahiran generik pensyarah
kejuruteraan mekanikal yang mengajar pelajar tahun akhir daripada aspek
kemahiran komunikasi, pemudah cara dan kemahiran menggunakan
teknologi berdasarkan persepsi pelajar kejuruteraan mekanikal tahun
akhir. Sampel telah dipilih secara rawak melibatkan seramai 34 pelajar.
Kajian ini juga meninjau sama ada terdapat perbezaan antara persepsi
pelajar terhadap kemahiran generik pensyarah Politeknik yang dikaji.
Data-data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik. Data
diproses menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science
version 11.0 (SPSS v 11.0) for Window. Hasil dapatan kajian secara
keseluruhannya, didapati pensyarah menguasai kemahiran generik. Ujian
-t menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara persepsi
terhadap tahap penguasaan kemahiran generik pensyarah.

Penguasaan kemahiran adalah penting dalam semua bidang


kerjaya. Tanpa kemahiran sesuatu kerja dianggap sia-sia. Untuk
kajian ini, seseorang pensyarah atau pendidik yang berkemahiran
harus memiliki kemahiran dari segi teknikal, komunikasi,
kepimpinan, pemudah cara, pengurusan, kaedah pengajaran dan
pembelajaran, menyelesaikan masalah dan berfikir (Fauziah
Abdul Hamid, 1999).
Antaranya ialah memiliki kemahiran generik, menguasai dan boleh
menyampaikan pengajaran dengan berkesan (Robiah
Sidin,1998).
Kemahiran generik adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pensyarah dan seharusnya diberi penekanan dalam perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan di Malaysia
terutama dalam memenuhi keperluan negara (Sharifah Noor
Anita, 2002).

(1) sejauh manakah tahap penguasaan kemahiran


generik di kalangan pensyarah kejuruteraan mekanikal
tahun akhir daripada aspek kemahiran komunikasi,
pemudah cara dan menggunakan teknologi;
(2) apakah keutamaan tahap penguasaan kemahiran
generik di kalangan pensyarah kejuruteraan mekanikal
tahun akhir. Hipotesis nol kajian telah dibina:
Ho1: Tiada perbezaan yang signifikan antara persepsi
pelajar terhadap tahap penguasaan kemahiran generik
di kalangan pensyarah kejuruteraan mekanikal tahun
akhir Politeknik yang dikaji.

Kajian yang telah dilakukan oleh Tony Gleeson (2000) dari Universiti
James Cook, Australia. Beliau mendapati 9 kemahiran generik yang perlu
ada pada pensyarah atau pendidik dalam pembangunan pengajaran dan
pembelajarannya. Kemahiran generik tersebut adalah seperti pemikiran
kritikal, menyelesaikan masalah, bekerjasama dengan yang lain,
komunikasi, pengiraan, penggunaan teknologi maklumat, literasi
maklumat dan pengurusan, pembelajaran dan sosial dan kesedaran
budaya.

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan secara kuantitatif.


Dalam kajian ini terdapat tiga aspek kemahiran generik yang dikaji iaitu
kemahiran komunikasi, pemudah cara dan kemahiran menggunakan
teknologi.

Sampel kajian terdiri daripada 34 orang pelajar


semester akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di
Politeknik Melaka (PMK).

Rasional memilih pelajar kejuruteraan mekanikal tahun


akhir adalah kerana mereka telah mengikuti hampir
keseluruhan program dan pernah menilai proses
pengajaran pensyarah semasa di Politeknik.

Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik.


Soal selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan
responden terhadap persoalan dan objektif kajian
kerana soal selidik tersebut boleh mengukur persepsi,
sikap dan pandangan seseorang responden terhadap
sesuatu peristiwa.
Borang soal selidik yang dibina adalah berdasarkan
adaptasi daripada kajian-kajian yang lepas Peter
Stuckey (1996), Kartini Baharun (2002), Victor J. Callan
(2002), Mayer, E (1992), ONeil dan Baker (1997) dan
Tony Gleeson (200). Penggunaan borang soal selidik
adalah kerana penyelidikan berbentuk penilaian
biasanya dicadangkan untuk menggunakan borang kaji
selidik (Cohen & Manion, 1985).

Bagi menentukan sekiranya terdapat perbezaan persepsi pelajar


terhadap tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pensyarah
kejuruteraan mekanikal tahun akhir Politeknik Melaka, analisis telah
dibuat dengan menggunakan ujian-t.

Secara keseluruhannya, keputusan telah diperoleh.


Nilai t adalah kecil untuk signifikan pada tahap 0.05 (p
= 0.298). Ini bermakna hipotesis null (Ho) diterima
dengan lain perkataan, tiada perbezaan yang signifikan
antara persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan
kemahiran generik di kalangan pensyarah kejuruteraan
mekanikal tahun akhir Politeknik yang dikaji.

Kemahiran menggunakan teknologi adalah antara


kemahiran yang terpenting kerana tahap penguasaan
kemahiran teknikal yang tinggi dapat membantu
pensyarah untuk melaksanakan tugas yang diberikan
kepadanya tanpa sebarang masalah. Dengan
kemahiran yang dimiliki, pensyarah dapat menjalankan
pengajaran dengan selesa tanpa membuang masa
memikirkan cara untuk mempelajari cara penggunaan
sesuatu teknologi tersebut sama ada dalam konteks
peralatan pendidikan atau teknikal.

Secara kesimpulannya, kemahiran generik adalah


sangat penting kepada pensyarah kerana kemahiran
tersebut boleh menyumbangkan secara langsung dan
tidak langsung kepada keberkesanan pengajaran dan
tugas pensyarah sebagai pendidik.
Pensyarah yang menguasai kemahiran generik akan
menjadikan mereka seorang yang berketerampilan,
fleksibel dan berinovasi selaras dengan tugas pendidik
sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kejuruteraan
kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai