Anda di halaman 1dari 11

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

TAHAP KEBIMBANGAN MATEMATIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN


PENCAPAIAN PELAJAR DI POLITEKNIK MUADZAM SHAH, PAHANG

Siti Huzaifah binti Mohammad


Politeknik Muadzam Shah, Pahang (huzaifah@pms.edu.my)

Nor Sharidah binti Mohd Roslan


Politeknik Muadzam Shah, Pahang (sharidah@pms.edu.my)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana tahap kebimbangan matematik pelajar
berdasarkan jantina dan mengkaji hubungan antara pencapaian pelajar dengan tahap
kebimbangan matematik di Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Elemen yang diukur adalah
tahap kebimbangan matematik dan kaitannya dengan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan
Akhir. Seramai 125 orang pelajar digunakan sebagai sampel dalam kajian berbentuk
kuantitatif ini. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang mengandungi 30 item berkaitan
skop kajian dan dihasilkan dari adaptasi Mathematics Anxiety Rating Scale (MARS) turut
digunakan. Perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) versi 21.0 digunakan
untuk memproses data yang diperolehi. Analisis kajian dibuat berdasarkan statistik deskriptif
iaitu frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensial iaitu ujian-t dan
korelasi Spearman Rho. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan matematik pelajar
berada pada tahap sederhana dengan M = 3.35, SP = 0.54. Analisis ujian-t pula mendapati
wujudnya perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan berkaitan aspek
tahap kebimbangan terhadap matematik (t = -4.099; p < 0.05). Ujian korelasi menunjukkan
perbezaan yang signifikan dan hubungan negatif antara pencapaian Peperiksaan Akhir
dengan tahap kebimbangan matematik pelajar. (r = -0.236, p = 0.008).

KATA KUNCI: Kebimbangan matematik, pencapaian matematik, skala kebimbangan


matematik pelajar dan jantina

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi telah melakar sejarah penting dengan pelancaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Ia terhasil kesan
daripada kesedaran terhadap sumbangan besar pendidikan tinggi dalam membantu negara
mencapai aspirasi sebagai negara berpendapatan tinggi. Terdapat sepuluh lonjakan utama
yang harus dicapai institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta pendidikan aliran
teknikal dan vokasional atau TVET. Melalui pelan transformasi ini juga, turut ditekankan
adalah penguasaan pengetahuan mata pelajaran teras seperti sains dan matematik. Matematik
merupakan satu kemahiran yang penting dalam bidang pekerjaan, khususnya berkaitan
kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan perakaunan. Justeru itu, bakal graduan
lepasan institusi pengajian tinggi amat dititikberatkan dengan pengetahuan matematik.
Bahkan graduan aliran TVET juga perlu menguasai kemahiran matematik.

1.1 Latar Belakang Kajian


Penubuhan Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia KPTM adalah bertujuan
melatih bakal pekerja separa profesional bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam
perindustrian dan perkhidmatan. Program yang ditawarkan di politeknik yang merangkumi

1
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Bidang teknikal dan perdagangan


memerlukan pelajar mempunyai kemahiran matematik yang sesuai digunakan dalam lapangan
kerja masing-masing. Walau bagaimanapun, ramai graduan yang memasuki pasaran kerja
gagal untuk mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kerja mereka (Zeynivandnezhad
et. al 2012). Bagi pelajar aliran TVET pula, mereka beranggapan bahawa bidang pekerjaan
mereka tidak memerlukan kemahiran matematik yang tinggi berbanding kemahiran kerja
yang lain. Perkara ini terjadi akibat kurangnya kesedaran pelajar terhadap kepentingan
matematik. Malah, TVET juga sering dipandang sebagai pilihan kedua bagi pelajar yang tidak
berjaya ke universiti dan tidak memiliki pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) (Aiezat Fadzell, 2014).

1.2 Pernyataan Masalah


Di kalangan pelajar sekolah mahupun di IPT, masih wujud stigma bahawa matematik adalah
subjek yang sukar (Norziah Othman et. al, 2014). Sebolehnya pelajar mengelak daripada
mengambil kursus matematik di peringkat lebih tinggi atau memilih kerjaya yang berkaitan
dengan matematik. Sebagaimana yang di laporkan oleh Scarpello (2007), hampir 75 peratus
rakyat Amerika Syarikat menolak kerjaya yang berkaitan dengan matematik. Ini disebabkan
segelintir pelajar bimbang pencapaian yang buruk dalam subjek matematik akan menjejaskan
gred peperiksaan akhir mereka. Ramai graduan yang memasuki pasaran kerja gagal untuk
mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kerjaya mereka. Malahan ada yang
beranggapan bidang pekerjaan tidak memerlukan kemahiran matematik yang tinggi
berbanding kemahiran kerja yang lain. Matematik merupakan kemahiran asas yang sangat
penting bagi sesuatu komuniti (Zeynivandnezhad et. al 2012). Dalam bidang teknikal pula
matematik amat sinonim dan sering digunakan secara meluas serta memerlukan graduan
mengusainya dengan mendalam. Ia adalah untuk memastikan graduan yang memasuki
pasaran kerja sedar akan kepentingan matematik serta dapat mengaplikasikan pengetahuan
matematik dalam kerjaya mereka.

Di Politeknik Muadzam Shah (PMS), pelajar jurusan komputer iaitu dari Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan jurusan teknikal iaitu dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal (JKM) wajib mengambil subjek matematik dalam pengajian mereka.
Namun begitu, rumusan dari Course Review Report keputusan Peperiksaan Akhir sesi Jun
2016 di Politeknik Muadzam Shah (PMS) mendapati pencapaian pelajar dalam matematik
adalah sederhana iaitu 56% bagi pelajar dari JTMK dan 52% bagi pelajar dari JKM. Justeru
itu, penyelidik terpanggil untuk menjalankan kajian berkaitan permasalahan pelajar dalam
mengusai matematik di PMS dengan mengaitkan tahap kebimbangan matematik sebagai
punca kepada permasalahan ini. Disamping itu, hubungkait tahap kebimbangan matematik
dengan pencapaian matematik pelajar dalam Peperiksaan Akhir sesi Jun 2016 turut dikaji bagi
mengenal pasti faktor penyumbang kepada kebimbangan mereka dalam menguasai matematik
dan mencari kaedah yang bersesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan memahami
aspek tersebut pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkaitan matematik di PMS akan
dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan.

1.3 Persoalan Kajian


i. Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan matematik pelajar semester dua
berdasarkan jantina di Politeknik Muadzam Shah?
ii. Adakah terdapat hubungan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian pelajar
dalam peperiksaan akhir di Politeknik Muadzam Shah.

2
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

1.4 Objektif Kajian


Kajian ini mengandungi objektif yang hendak dicapai seperti berikut:
i. Mengenalpasti wujudkah perbezaan yang signifikan tentang tahap kebimbangan
matematik berdasarkan jantina di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
ii. Mengenalpasti wujudkah hubungan antara pencapaian pelajar dalam Peperiksaan
Akhir dengan tahap kebimbangan matematik di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

1.5 Kepentingan Kajian


Kajian ini penting bagi mengatasi masalah pelajar dalam memahami dan mempelajari
matematik di dalam kelas. Kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui kesan pencapaian
pelajar terhadap tahap kebimbangan matematik. Kajian ini diharap dapat menjelaskan isu-isu
yang dikaji supaya menjadi manfaat kepada semua pihak terutama pensyarah di politeknik
bagi mengatasi masalah pelajar dalam mengusai konsep matematik.

1.6 Batasan Kajian


Batasan kajian ini hanya melibatkan pelajar semester dua dari Politeknik Muadzam Shah
Pahang iaitu daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Fokus utama adalah mengenal pasti tahap kebimbangan
matematik pelajar terhadap jantina dan mencari hubungan antara tahap kebimbangan
matematik dengan pencapaian pelajar dalam matematik.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Kebimbangan matematik


Menurut Marzita (2002), kebimbangan matematik adalah perasaan tertekan dan bimbang
apabila berhadapan dengan nombor dan matematik ketika menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian atau apabila belajar matematik. Ashcraft (2002), pula mentakrifkan
kebimbangan matematik sebagai rasa tegang, bimbang dan takut sehingga mengganggu
pelajar dalam pembelajaran matematik. Menurut beliau lagi, kebimbangan terhadap
matematik mendorong pelajar menjauhi situasi yang memerlukan mereka menggunakan
matematik. Tahap kebimbangan matematik adalah berbeza mengikut individu. Ia boleh jadi
berpunca daripada pengalaman negatif terhadap matematik, tekanan dan harapan keluarga,
persoanaliti guru dan gaya pengajarannya dan pengaruh keluarga serta rakan sebaya (Marzita,
2002).

2.2 Kebimbangan matematik dan jantina


Perbandingan antara kajian lepas yang mengkaji hubungan antara jantina dengan tahap
kebimbangan matematik didapati memberikan dapatan yang berbeza. Beberapa kajian lepas
menunjukkan pelajar perempuan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki (Yuksel-Sahin, 2008; Karimi & Venkatesan, 2009). Devine et al.
(2012) menjalankan kajian ke atas 433 pelajar berumur tujuh hingga sembilan tahun di Britain
dan mendapati tahap kebimbangan lebih tinggi dalam kalangan pelajar perempuan berbanding
lelaki. Begitu juga dengan kajian oleh Adamu (2013) ke atas 148 pelajar kejuruteraan di
sebuah politeknik di Nigeria. Wujud juga kajian yang menunjukkan hubungan antara
pencapaian pelajar dan tahap kebimbangan matematik dalam kalangan guru merentasi jantina
pelajar dan guru. Ramirez et. al (2013) telah menjalankan kajian ke atas 52 pelajar lelaki dan
65 pelajar perempuan serta guru wanita di sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat
berkaitan tahap kembimbangan, pencapaian matematik dan jantina. Keputusan kajian
menunjukkan wujud korelasi negatif bagi tahap kebimbangan matematik dalam kalangan guru
wanita dengan pencapaian matematik pelajar perempuan. Kebimbangan matematik dalam

3
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

kalangan guru wanita dikaitkan dengan kepercayaan dan sikap pelajar perempuan terhadap
matematik.

Walaubagaimanpun, terdapat juga kajian-kajian lepas yang menunjukkan dapatan yang


bertentangan di mana tiada perbezaan yang signifikan terhadap kebimbangan dengan jantina.
Alireza Pourmoslemi et. al (2013) yang melaksanakan kajian ke atas 275 pelajar di sebuah
universiti di Iran mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara tahap
kebimbangan matematik dan jantina. Dapatan ini turut disokong kajian lain oleh Keshavarzi
dan Ahmadi (2012), Marzita dan Siti Zaleha (2014) serta Effendi et al (2012).

2.3 Kebimbangan matematik dan pencapaian


Kebimbangan matematik sering dikaitkan dengan pencapaian pelajar dan menjadi faktor
peramal yang signifikan bagi mengukur pencapaian matematik pencapaian matematik (Mohd
Rustam dan et al, 2014). Tapia (2004) mendapati bahawa pelajar yang tiada kebimbangan
matematik mempunyai motivasi belajar yang tinggi berbanding pelajar yang mempunyai
kebimbangan yang tinggi dalam matematik. Ini menunjukkan bahawa peningkatan dalam
kebimbangan matematik menyebabkan penurunan dalam pencapaian.

Dapatan tersebut disokong oleh kajian Effandi dan Norazah (2008) yang dijalankan ke
atas 88 orang pelajar di sebuah matrikulasi. Analisis kajian menunjukkan pelajar matrikulasi
yang mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi mempunyai pencapaian matematik
yang rendah. Kajian juga mendapati pelajar dengan kebimbangan yang tinggi akan kurang
bermotivasi dalam melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik.

Kajian oleh Marzita Puteh dan Siti Zaleha (2016), ke atas 190 pelajar tingkatan empat
di daerah Perak Tengah, Malaysia berhubung kebimbangan matematik dan hubungannya
dengan pencapaian turut mendapati hubungan yang negatif antara kebimbangan matematik
dengan pencapaian matematik di mana pelajar yang memiliki tahap kebimbangan matematik
yang tinggi menunjukkan prestasi yang rendah dalam matematik begitu juga sebaliknya.

Arsaythamby (2010) turut menjalankan kajian berkaitan orientasi pembelajaran


matematik dengan pencapaian matematik ke atas 674 orang pelajar tingkatan empat di 16
buah sekolah. Hasil kajian beliau mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara
sikap, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran dengan
pencapaian mereka dalam matematik. Kajian beliau turut merumuskan wujud korelasi negatif
yang signifikan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian pelajar. Hal ini
menunjukkan semua aspek yang dikaji beliau signifikan dan ada kaitannya dengan pencapaian
pelajar.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Populasi dan Persampelan


Penyelidik telah memilih pelajar Politeknik Muadam Shah, Pahang sebagai populasi dalam
kajian ini. Persampelan bukan kebarangkalian menggunakan teknik persampelan bertujuan
(purposive sampling) digunakan dalam kajian. Hal ini kerana penyelidik menetapkan
maklumat tertentu yang harus ada pada responden kajian. Menurut Lim (2007), teknik
persampelan ini sesuai digunakan yang mana setiap individu dalam populasi tidak
mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama dalam proses pemilihan sebagai sampel.
Oleh itu, penyelidik menggunakan kaedah ini kerana fokus utama kajian hanya kepada pelajar
semester dua di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

4
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Sampel dalam kajian ini adalah pelajar semester dua sesi Disember 2016 dari Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).
Hal ini kerana hanya dua jabatan ini sahaja mempunyai pelajar yang mengambil subjek
matematik dalam pengajian mereka. Pelajar ini juga telah melalui Peperiksaan Akhir pada sesi
Jun 2016. Seramai 125 orang pelajar dipilih dalam kajian ini terdiri daripada 71 orang lelaki
dan 54 orang perempuan.

3.2 Instrumen Kajian


Kaedah kajian adalah berbentuk kajian tinjauan (survey research) untuk tujuan menjawab
persoalan kajian dan pernyataan masalah dalam kajian ini. Kaedah ini dipilih berdasarkan
kesesuaian dengan bentuk kajian kerana ia lebih praktikal dan realistik untuk mendapatkan
maklum balas yang baik daripada responden. Rekabentuk penyelidikan ini adalah kajian
kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan semasa dan korelasi. Instrumen yang digunakan
adalah soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden. Penggunaan soal selidik
amat sesuai digunakan kerana menurut Syed Arabi (1992), penggunaan soal selidik adalah
lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Oleh itu, instrumen kajian ini dibina hasil
adaptasi daripada Mathematics Anxiety Rating Scale (MARS) yang telah diubahsuai mengikut
kesesuaian sampel dalam kajian ini.

Soal selidik tersebut mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Dalam bahagian A responden dikehendaki melengkapkan maklumat diri iaitu nombor
pendaftaran, jantina, semester dan program. Di Bahagian B pula, mengandungi 30 item soalan
berkaitan tahap kebimbangan matematik yang dibina berdasarkan skala Likert terdiri daripada
5 pilihan iaitu 1= Langsung tidak hingga 5 = Sangat banyak.

Jadual 1: Kesahan kajian (Alfa Cronbach, α)


Skala Kajian Rintis Kajian Sebenar
Kebimbangan matematik 0.88 0.91

Sebelum memulakan kajian, pengkaji turut melaksanakan kajian rintis kepada 26


orang pelajar dan sampel ini adalah berbeza dari sampel kajian sebenar. Kajian rintis
dilakukan bagi memastikan instrumen kajian yang dihasilkan mempunyai kadar
kebolehpercayaan yang boleh diterima. Berdasarkan Jadual 1, pekali alfa bagi instrumen
kajian rintis (α = 0.88) dan kajian sebenar (α = 0.91) adalah baik iaitu antara 0.88 – 0.91.
Menurut Chua (2006), nilai alfa 0.80 hingga 0.89 dianggap baik dan menunjukkan keupayaan
yang tinggi bagi item-item instrumen kajian mengukur pembolehubah yang dikaji.

3.3 Teknik Pengumpulan Data


Penyelidik berbincang dengan Ketua Jabatan bagi memohon kebenaran melaksanakan kajian
dan mengambil sedikit masa selepas proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selesai.
Selepas proses PdP tamat penyelidik mengambil satu slot bagi menerangkan kajian yang
diadakan. Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar dan menjelaskan tujuan
kajian dan memastikan kerahsiaan jawapan. Taklimat ringkas diberikan kepada pelajar
tentang cara menjawab soal selidik dan penyelidik turut membantu pelajar jika mereka
mempunyai masalah untuk memahami soalan. Perbincangan antara pelajar tidak digalakkan.
Pelajar juga diberi masa menjawab soalan selama 25 minit.

Bagi mendapatkan maklumat pencapaian pelajar pula, pengkaji mendapatkan


keputusan Peperiksaan Akhir sesi Jun 2016 pelajar daripada analisis data Course Outcome

5
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Review Report (CORR) yang dihasilkan dari Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik
(SPMP). Berdasarkan nombor pendaftaran pelajar pada borang soal selidik penyelidik dapat
mengesan keputusan pelajar pada peperiksaan lepas.

3.4 Analisi Data


Data yang siap dikumpul telah dikodkan dan dianalisis menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS) Versi 21.0. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu
frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai dan analisis inferensial iaitu ujian-t dan korelasi
Spearman Rho.

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Dapatan Kajian


Jadual 2: Taburan frekensi bagi jantina dan jabatan
Pembolehubah Frekuensi Peratus (%)
Jantina
Lelaki 71 56.8
Perempuan 54 43.2
Jabatan
JTMK 46.4
DDT 23 18.4
DNS 35 28.0
JKM 53.6
DRP 35 28.0
DTP 32 25.6

Berdasarkan Jadual 2 responden terdiri daripada 125 orang pelajar iaitu 71 (56.8%) pelajar
lelaki dan 54 (43.2%) adalah pelajar perempuan. Respondan juga dipilih dari dua jabatan
yang berbeza iaitu 58 (46.4%) dari JTMK dan 67 (53.6%) dari JKM. Pelajar JTMK yang
dipilih terdiri daripada 23 (18.4%) orang dari Program Diploma Teknologi Digital (DDT) dan
35 (28.0%) orang dari Program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) (DNS). Pelajar
JKM pula dipilih daripada 35 (28.0%) orang dari Program Diploma Kejuruteraan
(Rekabentuk Produk) (DRP) dan 32 (25.6%) orang dari Program Diploma Kejuruteraan
(Pembuatan) (DTP).

Jadual 3: Taburan frekuensi bagi tahap kebimbangan matematik


Pembolehubah N Peratus (%) Min SP
Skala kebimbangan matematik 3.345 0.539
Rendah(1 – 2.33) 3 2.4
Sederhana (2.34 – 3.66) 91 72.8
Tinggi (3.67 – 5) 31 24.8

Jadual 3 menunjukkan skala kebimbangan matematik pelajar yang telah dibahagikan kepada 3
kategori iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Hasil kajian mendapati kebanyakan pelajar
mempunyai tahap kebimbangan matematik yang sederhana dengan skor min 3.345 iaitu
seramai 91 (72.8%) orang pelajar dari keseluruhan sampel kajian. Selebihnya iaitu 3 (2.4%)
orang pelajar berada pada tahap rendah dan 31 (24.8%) orang pelajar berada pada tahap yang
tinggi berkaitan tahap kebimbangan matematik.

4.2 Persoalan Kajian 1

6
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan matematik pelajar semester dua berdasarkan
jantina di Politeknik Muadzam Shah?

Jadual 4: Ujian-t perbandingan tahap kebimbangan matematik berdasarkan jantina


Pembolehubah N Min SP ujian-t sig-t(2 hala)
Jantina -4.099 0.000
Lelaki 71 3.183 0.485
Perempuan 54 3.559 0.536

Berdasarkan Jadual 4 diatas, keputusan ujian-t menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan
(t = -4.009; p < 0.05) di antara tahap kebimbangan matematik pelajar terhadap jantina sama
ada lelaki mahupun perempuan. Keadaan ini menunjukkan tahap kebimbangan matematik
pelajar semester dua di Politeknik Muadzam Shah dipengaruhi oleh jantina. Pelajar
perempuan dilihat mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi dengan skor min 3.559
berbanding pelajar lelaki dengan skor min 3.183. Namun begitu, tahap kebimbangan mereka
adalah sederhana iaitu pada julat 2.34 hingga 3.66.

4.3 Persoalan Kajian 2


Adakah terdapat hubungan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan akhir di Politeknik Muadzam Shah.

Jadual 5: Korelasi di antara tahap kebimbangan matematik dan pencapaian matematik pelajar
Kebimbangan matematik Pencapaian matematik
Kebimbangan matematik Korelasi Spearman Rho 1.000 -0.236**
Sig (2 hala)
0.008
N 125 125
Pencapaian matematik Korelasi Spearman Rho -0.236** 1.000
Sig (2 hala)
0.008
N 125 125
** Korelasi adalah signifikan pada 0.01 (2 hala)

Jadual 5 menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara tahap kebimbangan


matematik dengan pencapaian matematik pelajar dalam Peperiksaan Akhir sesi Jun 2016
dengan (r = -0.297, p = 0.01). Dapatan ini menunjukkan pelajar yang mempunyai tahap
kebimbangan yang tinggi cenderung untuk mendapat keputusan yang rendah dalam
peperiksaan begitu juga sebaliknya. Dapatan ini selari dengan kajian Marzita dan Siti Zaleha
(2016).

4.4 Perbincangan
Keputusan kajian mendapati tahap kebimbangan matematik pelajar di PMS adalah sederhana.
Kajian berdasarkan perbezaan tahap kebimbangan matematik terhadap jantina pula mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan ini
bertentangan dengan kajian yang dibuat oleh Keshavarzi dan Ahmadi (2013), Marzita dan Siti
Zaleha (2014) serta Effendi et al (2012). yang menyatakan tiada perbezaan berkaitan tahap
kebimbangan matematik berdasarkan jantina.

7
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Terdapat hubungan negatif antara kebimbangan matematik dengan pencapaian


matematik pelajar dimana pelajar yang tinggi tahap kebimbangan matematik menunjukkan
pencapaian matematik yang rendah begitu juga sebaliknya. Penemuan ini selari dengan
dapatan Marzita dan Siti Zaleha (2016). Penemuan ini selari dengan dapatan Marzita dan Siti
Zaleha (2016), Effandi dan Norazah (2008) serta Tapia (2004) yang membuktikan wujudnya
korelasi negatif di antara kebimbangan dan pencapaian. Berdasarkan keputusan kajian,
walaupun nilai korelasi daripada analisis didapati tidak tinggi, namun faktor kebimbangan
matematik boleh menjadi peramal yang baik dalam menentukan pencapaian pelajar baik di
dalam mahupun di luar kelas. Ia sepatutnya memberi pendedahan kepada golongan pendidik
agar peka akan perbezaan pencapaian pelajar adalah kesan daripada kebimbangan terhadap
matematik.

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan
Pendidik perlu peka tentang kesan kebimbangan matematik terhadap pencapaian pelajar
berdasarkan jantina. Mereka juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan
mengembirakan disamping menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam kelas. Teknik
pembelajaran koperatif iaitu secara berkumpulan boleh dilaksanakan bagi mengurangkan
kebimbangan pelajar terhadap matematik.

Kajian Tang (1990), turut mencadangkan beberapa cara yang boleh diamalkan oleh
pendidik bagi membantu mengurangkan kebimbangan pelajar iaitu (i) memberi dorongan dan
pujian kepada pelajar supaya mereka boleh membina keyakinan dan menggalakkan mereka
dengan cara yang positif . (ii) Mengurangkan ancaman. Elakkan daripada menggunakan kata-
kata yang mengancam dan menakut-nakutkan pelajar. (iii) Menunjukkan kasih sayang,
kemesraan, kepercayaan, empati dan penerimaan untuk pelajar dan (iv) menyediakan
pemulihan kepada pelajar yang rendah pencapaian.

5.2 Cadangan
Cadangan untuk kajian akan datang ialah menggunakan populasi pelajar dari semua
politeknik sebagai responden kajian dan menjurus kepada program pelajar. Bilangan sampel
juga boleh ditambah bagi mendapatkan data yang lebih tepat. Selain itu, kajian berbentuk
kualitatif serta instrumen kajian berbentuk temubual boleh dilaksanakan bagi memperkuatkan
lagi dapatan dalam kajian kuantitatif ini. Kajian tentang faktor yang menyumbang kepada
kebimbangan pelajar terhadap matematik juga boleh dilaksanakan bagi mengenal pasti
permasalahan pelajar dalam elemen yang dikaji. Kajian ini juga perlu diteruskan lagi bagi
mengenal pasti punca kekuatan dan kelemahan pelajar dalam mempelajari matematik
seterusnya menjalankan satu kajian tindakan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh
pelajar.

RUJUKAN

Abdollah Keshavarzi & Saeed Ahmadi (2013). A comparison of mathematics anxiety among
students by gender. Journal of Social and Behavioral Sciences, 83, 542 – 546.

Adamu, G. S. (2013). Mathematics anxiety among engineering students and its relationship
with achievement in calculus. International Journal of Psychology and Counseling, 6(1),
10 -13.

8
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Aiezat Fadzell (2014). Taking vocational courses to higher level. The Sun Daily, 13 Nov.

Alireza Pourmoslemi, Nasrolah Erfani & Iraj Firoozfar (2013). Mathematics anxiety,
mathematics performance and gender differences among undergraduate students.
International Journal of Scientific and Research Publications 3(7).

Arsaythamby, V. (2010). Hubungan di antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM)


dengan pencapaian matematik. Asia Pacific Journal of Educatord and Education, 25, 33-
51.

Ashcraft, M. H. (2002). Math anxiety: Personal, educational, and cognitive consequences.


Current Directions in Psychological Science, 11, 181-185

Chua, Y. P. (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill (Malaysia)
Sdn.Bhd.

Devine, A., Fawcett, K., Szucs, D., & Dowker, A. (2012). Gender differences in mathematics
anxiety and the relation to mathematics performance while controlling for test anxiety.
Diperoleh Jan 15, 2016, daripada
http://behavioralandbrainfunctions.biomedcentral.com/articles

Effandi Zakaria & Norazah Mohd Nordin (2008). The effects of mathematics anxiety on
matriculation students as related to motivation and achievement. Eurasia Journal of
Mathematics, Science & Technology Education, 4(1), 27–30.

Effandi Zakaria, Normalizam Mohd Zain, Nur Amalina Ahmad & Ayu Erlina (2012).
Mathematics anxiety and achievement among secondary school students. American
Journal of Applied Sciences 9 (11), 1828-1832.

Karimi, A. & Venkatesen, S. (2009). Mathematics anxiety, mathematics performance and


academic hardiness in high school students. Journal of Education Science., 1: 33-37.

Lim, C. H. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kuala


Lumpur: McGraw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Marzita Puteh (2002). Qualitative research approach towards factors associated with
mathematics anxiety. Sultan Idris Education Education University, Malaysia. Dicapai dari
URL, http://www.mes3.learning.aau.dk/Projects/Puteh.pdf

Marzita Puteh & Siti Zaleha Khalin (2016). Mathematics anxiety and its relationship with
the achievement of secondary students in Malaysia. International Journal of Social Science
and Humanity, 6 (2), 119 -122.

Mohd Rustam Mohd Rameli, Azlina Kosnin, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin, Noriadah
Abdul Karim & Nguyen, T. V. (2014). Correlational analysis between mathematics anxiety

9
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

and mathematics achievement among vocational college students. Jurnal Teknologi.


Universiti Teknologi Malaysia.

Norziah Othman, Effandi Zakaria & Zanaton Iksan (2014). Nilai dalam pengajaran matematik di
institusi pengajian tinggi. E – jurnal penyelidikan dan inovasi, 1(2), 56 – 68.

Ramirez, G., Gunderson, E. G., Levine, S. C. & Beilock, S. L. (2013). Math anxiety, working
memory and math achievement in early elementary school. Journal of Cognition and
Development, 14(2), 187-202.

Scarpello, G. (2007). Helping students get past math anxiety. Connecting Education and
Careers, 82(6), 34-35.

Syed Arabi Idid (1992). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tang, C. Y. (1990). Psikologi perkembangan siri pendidikan perguruan. Selangor: Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

Tapia, M. & Marsh G. E. (2004). The relationship of math anxiety and gender. Academic
Exchange Quarterly, 8(2), 130–134.

Yuksel-Sahin, F. (2008). Mathematics anxiety among 4th and 5th grade Turkish Elementary
School students. Journal of Mathematics Education, 3, 179-192.

Zeynivandnezhad, F., Zaleha Ismail & Yudariah Mohammad Yusof (2012). Mathematics
requirements for vocational and technical education in Iran. Journal of Social and
Behavioral Sciences 56. 410 – 415.

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS

Penulis 1:
Nama: Siti Huzaifah binti Mohammad
Institusi: Politeknik Muadzam Shah, Pahang
e-Mail: huzaifah@pms.edu.my
No. Telefon: 013-4645476
Latarbelakang pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik), UPSI

Penulis2:
Nama: Nor Sharidah binti Mohd Roslan
Institusi: Politeknik Muadzam Shah, Pahang
e-Mail: sharidah@pms.edu.my
No. Telefon: 012-3264903

10
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Latarbelakang pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik), UPSI

11

Anda mungkin juga menyukai