Anda di halaman 1dari 4

CARA MENULIS TUGASAN HARIAN

Laporan Tugasan Harian perlu dibuat dalam bentuk karangan yang ditulis sendiri oleh
pelajar. Panjang laporan anda mestilah tidak kurang daripada 250 patah perkataan. Laporan
perlu ditulis di atas kertas A4. Ingat ye....pelajar dilarang melukis garisan di atas kertas A4
tersebut kecuali tajuk. Untuk laporan Tugasan Harian, pelajar tidak perlu sertakan gambar
(bukti) ataupun lampiran.
Bilangan Laporan
Pelajar semua mestilah menyiapkan sekurang-kurangnya 8 laporan.(Tingkatan 4 =6 laporan
+ Tingkatan 5=2 laporan). Tidak seperti laporan Kerja Amal, pelajar bebas untuk menyentuh
mana-mana nilai yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Setiap tugasan harian mesti
mengandungi sekurang-kurangnya 2 nilai atau lebih.
Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan
dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.
Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman
tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbagan moral.
Penyediaan laporan
Bagi setiap laporan, pelajar semua perlulah menulis butiran-butiran seperti di bawah:
Nama penuh :
Nombor kad pengenalan :
Tingkatan:

TUGASAN HARIAN 1
TAJUK:____________________________________________________

Untuk memastikan markah yang baik pula, pelajar perlulah mengambil kira perkaraperkara di bawah:
kekemasan
mematuhi ketepatan masa
kebersihan laporan
kekemasan tulisan
kekemasan penyusunan kesemua Tugasan Harian
Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan)
Adalah sangat penting untuk pelajar menyatakan kesan positif laporan terhadap diri
calon. Calon perlu menggunakan perkataan-perkataan di bawah:
Kesedaran/sedar
Insaf

Iktibar
Perubahan sikap
Panduan Menulis Kata Kesan
Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar)
Contoh: Setelah selesai membaca laporan mengenai aktiviti rakan-rakan saya menyediakan
makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan
perhatian dan kasih sayang.
Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri sendiri)
Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut,
saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami
sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak.
Iktibar ( pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal)
Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut,
saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa.
Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti)
Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut,
saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orangorang yang kehilangan anggota keluarga.

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN: KERJA AMAL & TUGASAN


HARIAN
(Penghantaran lewat akan ditolak markah peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun untuk markah sahsiah)
KERJA
AMAL

TARIKH AKHIR
PENGHANTARAN

1
2
3
4

28/2/14
30/3/14
24/4/14
30/4/14

TUGASA
N
HARIAN
1
2
3
4
5
6

TARIKH AKHIR
PENGHANTARAN
25/5/14
25/5/14
15/6/14
15/6/14
15/6/14
15/6/14

CONTOH-CONTOH FORMAT TUGASAN HARIAN DILAMPIRKAN


DI MUKASURAT 2 & 3

Kamachi A/P Kumaran


Tingkatan 4 Aristotle
No. K/P:

Kamachi A/P Kumaran


Tingkatan 4 Faraday
No. K/P:

Kamachi A/P Kumaran


Tingkatan 4 Faraday
No. K/P:

Kamachi A/P Kumaran


Tingkatan 4 Faraday
No. K/P:

Kamachi A/P Kumaran


Tingkatan 4 Faraday
No. K/P:

Anda mungkin juga menyukai