Anda di halaman 1dari 2

KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL SPM (1225/02)

Pentaksiran melalui dua elemen iaitu:


o Sahsiah ( Mac, Jun dan September )
Pentaksiran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sebanyak tiga kali
o Iltizam (Tugasan folio, bermula bulan Mac- September)
Tugasan harian 8 tugasan
Tugasan amal 4 tugasan

TUGASAN HARIAN

Menulis karangan berdasarkan isu berkaitan moral / laporan kerja amal.


Berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu semasa
Jumlah patah perkataan ialah 250 patah perkataan dan ditulis di kertas A4
Contoh tugasan :
o Isu Semasa Kes Pembuangan Bayi, Ragut, Mat Rempit, Penyakit Berjangkit
o Hidupan Harian Akiviti Di Waktu Cuti, Tragedi Di Pasar Raya
o Laporan Aktiviti Laporan Perkhemahan Di Sekolah Saya
Dalam karangan tersebut, selitkan nilai-nilai moral yang terdapat dalam Pendidikan Moral.
Sekurang-kurangnya empat nilai.
Perenggan terakhir :
o Nyatakan kesan / iktibar / keinsafan
o Ulasan / cadangan

KERJA AMAL

Empat aktiviti / kerja amal yang WAJIB dilakukan.


o Dua aktiviti / kerja amal setiap tahun
o Bidang yang terlibat :
1. Nilai berkitan dengan perkembangan diri 1
2. Nilai berkaitan dengan kekeluargaan 1
3. Nilai berkaitan dengan alam sekitar 2
o Lampiran harus sertakan bahan bukti
1. Sijil penghargaan / surat perakaunan
2. Gambar aktiviti yang dijalankan

Format penyediaan kerja amal.


Tajuk

: Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah

Tarikh

: 19/03/2012 ( Isnin )

Penganjur

: Persatuan Pendidikan Moral, SMK Datuk Panglima Abdullah.

Matlamat

: Melahirkan murid yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar.

Objektif Kerja Amal


1. Murid menyedari kepentingan keersihan alam sekitar untuk kehidupan yang berkualiti.
2. Murid dipupuk semangat kerjasama untuk menjaga alam sekitar.
3. Menyokong usaha murni pihak sekolah dalam hal kebersihan dan keceriaan sekolah.
Perjalanan Kerja Amal
1.
2.
3.
4.

Murid dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan kerja


Taklimat agihan gotong-royong.
Kemudian gotong-royong berjalan selama dua jam.
Perhimpunan ucapan terima kasih atas penglibatan dalam aktiviti gotong-royong.

Peranan Saya
1. Saya bersama tiga orang murid yang lain ditempatkan untuk mengecat kawasan sekolah.
2. Setelah itu, saya menyusun dan membersihkan kawasan yang telah dicat tadi.
( Terangkan semua kerja yang dilakukan dari mula hingga tamat aktiviti )
Kesan yang diperoleh
1. Daripada aktiviti gotong-royong ini, saya insaf dan akan cuba sedaya-upya untuk memberi
kerjasama yang padu kepada guru dan semua rakan.
2. Saya menyedari bahawa menjaga kebersihan sekolah adalah tanggngjawab semua pihak.
3. Saya mendapat iktibar ketika melakukan gotong-royong janganlah terlalu berkira dan
mementingkan diri sendiri
Lampiran
1. Gambar sekeping
2. Sijil penghargaan
3. Surat pengakuan

Anda mungkin juga menyukai