Anda di halaman 1dari 2

11 ayat negatif di tempat kerja.

1. Itu Bukan kerja saya


Dalam suasana ekonomi tidak menentu sekarang, ramai pekerja akan dibuang atau tiada
pertambahan dibuat. Ini memaksa anda perlu menjadi multitasking. Keengganan
berkerjasama, memastikan nama anda disenaraika pendek untuk pembuangan atau peti
sejuk.
2. Saya tidak dibayar untuk buat kerja ini.
Kadang-kadang pekerja tidak faham kenapa bos boleh mengarahnya menghadiri
mesyuarat sebagai wakilnya. Bukan boleh buat keputusan pun. Betul? Tapi dari sudut
bos, ia adalah memberi pendedahan kepada pekerja tentang kaedah membuat keputusan.
Ia sangat berguna bila hendak menaikkan pangkat kelak. Tetapi terlampau berkira, maka
banyaklah kiraan nanti semasa sesi penilaian.
3. Ia bukan masalah saya
Kategori ini dikenali juga sebagai pakar kung fu. Elak sana, tepis sini. Tiada langsung
menyelami makna kerja berpasukan. Ibarat sama panjat gunung, seorang anggota pendaki
terlekat pada cerun, pekerja jenis ini akan membiarkan dia sampai mati di situ.
4. Dia sangat teruk, zalim
Ungkapan ini berbentuk menghasut. Tetapi jika pendengarnya waras, mereka juga akan
menyifatkan orang yang menuturnya sebagai emosi dan suka menghukum tanpa soal
selidik.
5. Buat memek muka.
Ini komunikasi tanpa suara. Tapi buat muka Mr. Bean. Buatlah selalu. Selamanya pekerja
itu dikategorikan tidak matang, tidak boleh memimpin dan tidak boleh dinaikkan
pangkat.
6. Saya akan lewat.
Sekali-sekala lewat, itu diterima dan difahami. Namun, ada species yang berbangga lewat
masuk kerja dan lewat siapkan tugasan. Mereka sangat marah kalau cuti lewat
diluluskan.
7. Saya sudah cuba sekali tetapi tidak berhasil.
Oh tidak apa. Kita minta Ali pula buat. Apakah itu yang harap bos jawab bila
mengungkap frasa di atas?
8. Saya tidak suka kerja dengan syarikat ini.
Frasa di atas adalah lahir daripada tantrum atau buat perangai seorang pekerja semasa
dimarahi majiikan. Bukan hendak mengaku salah atau membetulkan kesilapan sendiri,
sebaliknya bertindak mengamuk.
9. Saya tidak suka bos.

Bos yang jadi kesukaan ramai ialah jenis lemah lembut dan kalau boleh, saling bergosip.
Bos akan jadi kebencian ialah jenis tegas dan tidak bersosial. Anda tidak perlu suka bos
atau benci tetapi hormat adalah memadai.
10. Ini bukan salah saya.
Ya. Ini salah lif. Masa hendak naik tadi, lif rosak. Itu sebab saya lambat. Pejabat di
tingkat dua sahaja pun. Boleh panjat tangga. Tak boleh panjat, pakai kasut tumit tinggi.
11. Saya tidak boleh.
Bila diminta pendapat atau diberi tugasan, inilah ayat paling pantang didengar oleh
majikan dan rakan sekerja. Negatif reputasi. Negative persekitaran kerja. Negative
segalanya.

Anda mungkin juga menyukai