Anda di halaman 1dari 12

Teori

Pembelajaran
Ausubel
BY MAMJ

Biodata

David Paul Ausubel (1918-2008), ahli psikologi Amerika.

Sumbangan dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga


pembelajaran pendidikan sains.

Mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah


kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi, sekolah perubatan di
Universiti Middlesex.

Berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service,


memperolehi M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti
Columbia pada 1950.

Menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal
psikologikal.

Menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika (1976).

Teori Pembelajaran Ausubel

Teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu


kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan
daripada pembelajaran penemuan.

Menekankan aspek pemahaman dan mengingat kembali.

Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna


(maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea) yang dikenali
sebagai Konsep Penyusunan Awal (advance organizers).

Advance Organizers

Menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta


yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap.

Pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am


kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh.

Dibahagikan kepada 3 jenis:

-Ekspositori

-Naratif

-Comparative

Ekspositorimemerihalkan
bahan baru

ADVANCE
ORGANIZER
S

Naratifpersembahkan
bahan baru dalam
bentuk cerita

Comparativemembina
perkaitan luaran
dan pengetahuan
sedia ada yang
sesuai dengan
maklumat baru

Contoh Pengurusan Grafik


Akibat

Pengaruh 2

Sebab
Pengaruh 1

Penyelesaia
n

Topik / Konsep / Tema


Idea Utama

Penerangan

Contoh

Perincian

Ringkasan

Ausubel dan Pembelajaran


Bermakna

Ausubel menekankan pembelajaran bermakna.

Prinsip-prinsip pembelajaran bermakna:

i. Penyampaian bahan baru menjadi lebih berkesan sekiranya


guru berusaha untuk memastikan struktur kognitif murid-murid
berada dalam keadaan optimum.

ii. Kurikulum disusun mengikut urutan dan mesti berhubungkait


dengan sesi pembelajaran sebelumnya.

Proses Pembelajaran Bermakna

i. Derivative subsumption (situasi pembelajaran mendapat


maklumat baru, tetapi tidak perlu membuat perubahan terhadap
pengetahuan sedia ada).
Contoh:
Murid-murid mempelajari konsep rumah. Murid mengetahui
rumah mempunyai bilik tidur, dapur, ruang tamu dan
sebagainya. Dalam sesi pembelajaran kedua, murid mempelajari
konsep pangsapuri, yang mungkin belum pernah dilihat.
Namun, pemahaman murid mengenai konsep pangsapuri
bergantung kepada pemahaman konsep rumah.

ii. Correlative subsumption (proses mengubahsuai pengetahuan)

Contoh:

Murid mempelajari konsep rumah. Guru memperkenalkan igloo


kepada murid-murid yang belum pernah dilihat. Murid harus
mengubahsuai konsep rumah untuk merangkumi pengetahuan
bahawa rumah bukan sahaja diperbuat dari kayu atau simen,
tetapi juga dari ais.

Implikasi Teori Pembelajaran


Kognitif Terhadap P&P

i. Guru memberi perhatian kepada murid-murid dalam penemuan kendiri agar


pembelajaran menjadi lebih bermakna. Guru harus menjadi pembekal
maklumat kepada murid-murid.

ii. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P. Guru mengatur
maklumat yang hendak disampaikan agar mudah untuk murid memahami dan
mengaitkan konsep baru dan konsep yang telah diketahui sama ada dalam
bentuk video, slaid, gambar dsb.

iii. Guru harus prihatin terhadap setiap mod pembelajaran (enaktif, ikonik,
simbolik).

Mod enaktif- Murid diminta untuk membuat model gunung berapi.

Mod ikonik- Murid diminta untuk membuat eksperimen tentang bagaimana


gunung berapi meletus, menonton filem atau gunung berapi meletus.

Mod simbolik- Murid dan guru membuat perbincangan berdasarkan eksperimen


yang telah dibuat dan berdasarkan apa yang telah mereka pelajari.

Anda mungkin juga menyukai