Anda di halaman 1dari 45

Sumber Tenaga

Tenaga (energy) didefinisikan sebagai keupayaan

untuk melakukan kerja(ability to do work).


Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari,
memanjat pokok, menyalakan mentol, menunggang
basikal, dan mendayung sampan.

Sumber Tenaga
Semua hidupan (living things) memerlukan tenaga

bagi melakukan aktiviti harian mereka.


Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada
makanan yang diperolehi daripada tumbuhtumbuhan atau haiwan-haiwan lain.
Tenaga diukur dalam unit Joule (J).

Sumber Tenaga
Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:
Tenaga kinetik (kinetic energy).
Tenaga keupayaan (potential energy).
Tenaga Haba (heat energy).
Tenaga cahaya (light energy).
Tenaga bunyi (sound energy).
Tenaga kimia (chemical energy).
Tenaga elektrik (electrical energy).
Tenaga nuklear (nuclear energy).

Tenaga Kinetik
Tenaga kinetik (kinetic energy) adalah tenaga

yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang bergerak


(moving body).
Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:

- Sistem aliran.
- Gerakan jarum jam.
- Angin.
- Guli yang bergolek.
- Kipas yang berputar.
- Kenderaan yang bergerak.

Tenaga Kinetik

Tenaga Keupayaan
Tenaga keupayaan (potential energy) adalah tenaga

yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana


kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau
keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).

Tenaga Keupayaan
Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat

tenaga kinetik (kinetic energy) dan kehilangan


tenaga keupayaan.
Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas
boleh mendapat tenaga keupayaan dan kehilangan
tenaga kinetik.

Tenaga Keupayaan
Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga

keupayaan graviti:
Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.
Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan
anjal.
Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.
Kipas yang tergantung pada siling (ceiling).

Tenaga Keupayaan

Tenaga Keupayaan
Tenaga keupayaan elastik (elastic potential

energy) hanya wujud dalam bahan-bahan yang


kenyal sahaja, seperti spring atau getah.
Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga
keupayaan elastik:
Segulung spring kereta mainan.
Gelang/gelung getah yang diregangkan.
Spring yang dimampatkan.

Tenaga Keupayaan

Tenaga Haba
Tenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang

tersimpan di dalam objek panas (hot object).


Contoh-contoh sumber tenaga haba:
Api.
Matahari.
Kolam air panas.
Air yang mendidih.
Pemanas elektrik.
Badan manusia dan haiwan.

Tenaga Haba

Tenaga Cahaya
Tenaga cahaya (light energy) adalah tenaga yang

dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.


Sumber-sumber tenaga cahaya:
Matahari.
Api.
Kilat.
Lampu / mentol.

Tenaga Cahaya

Tenaga Bunyi
Tenaga bunyi ialah tenaga yang boleh didengar

oleh telinga manusia


Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan
tenaga bunyi:
Wisel (whistle) yang ditiup.
Dram/gendang (drum) yang dipukul.
Gitar yang dipetik talinya (guitar string).
Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).
Loceng (bell) yang dibunyikan.
Siren kereta polis.

Tenaga Bunyi

Tenaga Kimia
Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang

tersimpan didalam bahan-bahan kimia.


Kegunaan tenaga kimia:
Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel
akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan
badan serta mengawal suhu badan.
Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik (electrical energy) ialah tenaga yang

dihasilkan oleh aliran cas elektrik (flow of electric


charges).
Contoh-contoh tenaga elektrik:
Dinamo (dynamo).
Bateri/sel kering.
Sel solar.
Penjana-kuasa elektrik.

Perubahan Tenaga
PRINSIP KEABADIAN TENAGA
a) Tenaga tidak boleh DICIPTA atau

DIMUSNAHKAN
b) Tenaga boleh berubah bentuk dari satu bentuk ke
bentuk yang lain,
Contoh : Tenaga Elektrik ---- Tenaga Haba

Perubahan tenaga

SOALAN 1
Semasa perubahan tenaga ,
jumlah tenaga akan berkurang ?
Sama ? Atau bertambah?

Jumlah tenaga sama

Perubahan tenaga
SOALAN 2
Nyatakan perubahan tenaga bagi setiap situasi
berikut :
a) Menghidupkan lampu

JAWAPAN

Perubahan tenaga
b) Menyalakan lilin

JAWAPAN

Perubahan tenaga
c) Kalkulator yang menggunakan bateri

JAWAPAN

Perubahan tenaga
d) Menendang Bola

JAWAPAN

Perubahan tenaga
e) Memanaskan air menggunakan cerek elektrik

JAWAPAN

Perubahan tenaga
f) Saterika Elektrik

JAWAPAN

Perubahan tenaga
g) Kipas Siling

JAWAPAN

Perubahan tenaga
h) Dapur Gas

JAWAPAN

Perubahan tenaga
i)

Televisyen

JAWAPAN

Perubahan tenaga
j) Alat Pengering Rambut (Hair dryer )

JAWAPAN

Perubahan tenaga
k) Lampu Suluh

JAWAPAN

TENAGA ELEKTRIK ----- TENAGA CAHAYA

KEMBALI

TENAGA KIMIA ---- TENAGA CAHAYA


+ TENAGA HABA
KEMBALI

TENAGA KIMIA ---- TENAGA ELEKTRIK


+ TENAGA CAHAYA

KEMBALI

TENAGA KIMIA----- TENAGA KINETIK

KEMBALI

TENAGA ELEKTRIK --- TENAGA HABA

KEMBALI

TENAGA ELEKTRIK --- TENAGA HABA

KEMBALI

TENAGA ELEKTRIK--- TENAGA KINETIK +


TENAGA BUNYI
KEMBALI

TENAGA KIMIA ---- TENAGA HABA +


TENAGA CAHAYA

KEMBALI

TENAGA ELEKTRIK---- TENAGA BUNYI + TENAGA


HABA

KEMBALI

Jawapan

TENAGA ELEKTRIK ----- TENAGA BUNYI +


TENAGA HABA

KEMBALI

TENAGA KIMIA---TENAGA ELEKTRIK----TENAGA


CAHAYA+
TENAGA
HABA
KEMBALI

Anda mungkin juga menyukai