Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2013/2014
TARIKH

22 MAC 2014
(SABTU)
TEMPAT
DEWAN BESAR KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI,
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2013/2014

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN


KERTAS KERJA
ENGLISH SPEAKING ZONE
KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


1.0

TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dalam menjayakan
Program English Speaking Zone (ESZ) untuk mahasiswa/i kolej-kolej di Universiti
Kebangsaan Malaysia yang diterajui oleh Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi,
Kolej Keris Mas.

2.0

PENGENALAN
Program English Speaking Zone ini merupakan program yang julung-julung kali
diadakan di bawah Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi Majlis Eksekutif Pelajar
(MEP) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014. Program ini menjadi pelantar bagi para pelajar
dan warga kolej bagi memahami kepentingan serta mengaplikasikan kemahiran
berbahasa Inggeris yang sedia ada di samping meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan bahasa Inggeris pada masa kini.
Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin
melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan, berilmu serta mampu bersaing dalam arus
globalisasi, maka program seperti ini mampu untuk merealisasikan impian tersebut.
Melalui pengalaman yang bakal diperoleh sepanjang melaksanakan program ini,
mahasiswa/i dapat mencungkil kemahiran Berbahasa Inggeris mereka melalui aktivitiaktiviti menarik yang dianjurkan. Ilmu yang diperolehi akan menjadi bonus untuk mereka
gunakan semasa bekerja nanti.
Program ini disasarkan kepada semua pelajar yang mendaftar di setiap kolej-kolej di
Universiti
Kebangsaan
Malaysia
dengan
bertemakan
EXPLORING
ENGLISH,ENJOY THE FUNyang selaras dengan matlamat program ini untuk
memberi pengisian yang akan menbantu mereka memahami kepentingan Bahasa Inggeris
dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana dan peserta, adalah menjadi tanggungjawab kami
untuk memastikan program ini mampu:
3.1 Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
3.2 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris
3.3 Memperkukuhkan pengetahuan Bahasa Inggeris pelajar yang sedia ada
3.4 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan Bahasa
Inggeris yang sedia ada
4.0 MATLAMAT

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program ini iaitu:
4.1 Membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dalam semua aspek di samping
membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang
efektif.
4.2 Melahirkan pelajar yang berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi dalam apa jua
keadaan melibatkan fizikal, mental, emosi dan rohani.
4.3 Menaikkan semangat seluruh warga universiti khususnya pelajar dalam meningkatkan
kualiti pengurusan, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersialan
seiring ke arah universiti terkemuka dunia.
4.5 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Keris Mas ke
peringkat yang lebih tinggi.
5.0

OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 kemahiran di dalam kontrak pembelajaran/
learning contract (LC) seperti berikut :

5.1

Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap


perkara dan
setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil
lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

5.2

Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat


mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan,
termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua
tugas dan kewajipan.

5.3

Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat


(HPP3) : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa
memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

5.4

Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) :Rakyat


Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan
tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua
pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan
sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

5.5

Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik


(HPP5) : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat
Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki
keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang
diceburi.

5.6

Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya


kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang
tercinta.

5.7

Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan


sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara
yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

5.8

Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat
Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita
ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi
pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan,
berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk
menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Kesemua objektif ini akan digarap sebaik mungkin seiring dengan usaha yang berterusan dari
pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia melahirkan para pelajar yang memenuhi
keperluan negara serta membawa kesejahteraan rakyat Malaysia.

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

6.0

TEMA
EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

Tema ini dipilih kerana ia amat bertepatan dengan misi dan matlamat yang ingin
dicapai oleh pihak kami di samping menetapkan harapan dan objektif yang jitu kepada
para peserta supaya mempunyai semangat bersaing yang tinggi sebagai persediaan di
masa depan di peringkat nasional dan juga global.
7.0

ANJURAN
Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2013/2014

8.0

TARIKH
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh :22 Mac 2014
Hari :Sabtu

9.0

TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan di Dewan Besar Kolej Keris Mas, Universiti
Kebangsaan Malaysia

10.0

CADANGAN PERASMI

Perasmi Penutup:
i)

Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

ii) Dr. Ruslin Bin Amir


Pengetua Kolej Keris Mas
11.0

STRUKTUR ORGANISASI

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

Rujuk Lampiran A
12.0

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B

13.0

PERINCIAN PROGRAM

13.1 Guess it Right


Tayangan ini bermula pada pukul 10.30 pagi. Peserta akan diminta untuk menjawab
kuiz Bahasa Inggeris yang dibuka selepas tayangan movie berakhir. Mereka yang
berjaya menjawab dengan betul, akan diberi hadiah.

13.2 Spell It Right


Spell It Right merupakan pertandingan mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan
betul. Pertandingan ini akan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Hadiah bagi
pemenang pertandingan ini akan disampaikan pada Majlis Penutup English Speaking
Zone (ESZ).
13.3 Scrabble
Scrabble merupakan pertandingan membina perkataan dalam Bahasa Inggeris. Peserta
yang mengutip mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini akan
berlangsung pada pukul 12.30 petang hingga 1.30 tengahari. Hadiah bagi pemenang
pertandingan ini akan disampaikan pada Majlis Penutup English Speaking Zone (ESZ).
13.4 Dream-Wheel@Roda Impian
Pertandingan Dream Wheel ini menggunakan konsep Roda Impian. Peserta akan
menjawab soalan berdasarkan kategori-kategori yang disediakan. Peserta yang menang
akan diberikan hadiah.
13.5 Tongue-Twisted
Tongue-Twisted merupakan pertandingan menyampaikan ayat bergilir-gilir kepada
orang lain dalam bahasa Inggeris. Peserta yang berjaya mendengar dengan baik dan
menulis perkataan yang diberi dengan betul akan diberi hadiah.

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

13.6 Majlis Penutup English Speaking Zone (ESZ)


Majlis ini akan berlangsung pada pukul 5 petang.Pengumuman dan pemberian hadiah
kepada pemenang bagi semua pertandingan akan diberikan pada majlis ini.
14.0

BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C

15.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran D

16.0

RUJUKAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Pejabat Pengurusan Kolej,
Aras 3, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Saidatul Eliya bt Rasman 012-7564963
: Raja Nor Ezzurien bt Raja Ishak- 017-2594589)
Tel
Faks
E-mel

: 03-8921 4011
: 03-8921 4009
: saidatuleliya93@gmail.com

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

17.0

PENUTUP
Adalah diharapkan agar program English Speaking Zone ini mendapat kelulusan
daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM dan
mendapat
pertimbangan yang sewajarnya serta diluluskan permohonan bantuan kewangan seperti
yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat
dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan.
Penganjuran projek sebegini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak, tidak
kira kepada pihak penganjur mahupun mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

SAIDATUL ELIYA BT RASMAN


Ketua Pengarah
English Speaking Zone,
Ketua Eksekutif Pembangunan Akademik dan
Inovasi 1
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia

MOHD FARID BIN IBARAHIM @


IBRAHIM
Ketua Eksekutif Pelajar,
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP),
Kolej Keris Mas,
Sesi 2013/2014
Univerisiti Kebangsaan Malaysia,

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

Disokong oleh

Disahkan oleh,

NUR NARIMAH BT JAMALI


Felo Penasihat
Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi
Sesi 2013/2014
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia

DR.RUSLIN BIN AMIR


Pengetua
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel (P) : 0389214009;
(H/P) : 019 2686865

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
ENGLISH SPEAKING ZONE
SESI 2013/2014
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Hj. Musa Zainal Abidin bin Othman
Timbalan Pendaftar JPPel
Penasihat Utama
Dr. Ruslin Bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas
Penasihat
Tuan Haji Ishak Abdul Rahman
Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 MAC 2014

En.Haji Mat Yusof bin Achin


Pengurus Kolej Keris Mas
En. Mahadi bin Long
Penolong Pengurus Kolej Keris Mas, UKM
SitiNarimahbtJamali
Felo Penasihat Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi
Ketua Pengarah
Saidatul Eliya bt Rasman
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2
A140587
012-7564963

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

10

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 Mac 2014

Timbalan Ketua Pengarah


MaisarahbtShahrain
FakultiEkonomidanPengurusan/2
A139732
012-9247481
Setiausaha
NurAidasyakirahbtMohd Tahir
FakultiSainsdanTeknologi/1
A145843
012-2980655
Bendahari
SitiZakiahbtLazat
FakultiEkonomidanPengurusan/1
A143152
013-4199464
Ketua Eksekutif Program

Raja Nor Ezzurien bt Raja Ishak


FPI/1 A144763

Timbalan Eksekutif Program

Fadhilah bt Mat Rodzi


FEP/1 A143116

Eksekutif Jamuan

Siti Nor Fatihah bt Salbinih


FST/1 A146122

Eksekutif Publisiti & Multimedia


dan Gimik

Nor Hisyam bin Mansor


FTSM/1 A146871

EksekutifTeknikal&Logistik
Timbalan Eksekutif Teknikal
Eksekutif Tugas-tugas Khas

RahwaniZayanibtPuslan
FEP/1 A143312
:

Muzdalifah bt Abdul Manaf


A143333

:
Nurulain Fatin bt Muhammad Radzi
FST/1 A146086

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

11

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 Mac 2014

Eksekutif Perolehan dan Penajaan

Nur Adlin Munirah bt Misrol


FST/1 A146071

Eksekutif Sijil &Cenderamata

TengkuShamiraAdilabtTengkuRosdi
FKAB/1 A144249

AJK Pelaksana

CheSuhaidabtChe Rahim
FST/1 A146050
NorhazirahbtHarif
FST/1 A146090
Noor Fatimah JainibtSalihatun
FKAB/1 A143920

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

12

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 Mac 2014

LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)
KOLEJ KERIS MAS
SABTU, 22 MAC 2014
MASA
9.00 pagi

9.30 pagi

10.30 pagi

12.30 tengahari

PERKARA
Pendaftaran peserta (Dewan
besar KKM)

TEMPAT

Pertandingan Spell it Right


bermula
Venue : Kafe KKM
Tayangan movie pendek
Bahasa Inggeris Guess it Right
Venue : Bilik Seminar 1
Pertandingan Dream-Wheel
bermula
Venue : Dewan KKM

1.30- 2 petang

Rehat/Solat/Makantengahari

2 petang

Pertandingan Karaoke
Venue : Kafe KKM

3 petang

Pertandingan Tongue-Twisted
bermula
Venue : BilikKonvensyen

5 petang

PenyampaianHadiahdanpenutu
p

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

DewanBesarKolejKeris
Mas, UKM

13

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 Mac 2014

LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BI
L

PERKARA

RM

1.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

2500

2.

Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

1500

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

4000

Anggaran Perbelanjaan
BI
L
1.

2.

3.

PERKARA

RM

Makanan
a) AJK
i)
Sarapan (20 orang x RM4)
ii)
Makan Tengahari (20 orang x RM5 )

80
100

b) Jamuan Majlis Penutup dan Perasmian


i)
Peserta program (100 orang x RM3)
ii)
AJK (20 orang x RM3)
iii)
VIP (30 orang x RM5)

300
60
150

Tugas-tugas Khas
i)
Tag Nama Urusetia (20 orang x RM 2)
ii)
Backdrop ( 2 x RM 75)
iii)
Poster (100 x RM2 )
iv)
Flyers
Sijil & Cenderamata
i)
Sijil Peserta (100 orang RM 2)
ii)
Sijil AJK (20 x RM2)
iii)
Cenderamata VIP ( 2 orang RM 100 )

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

40
150
245

200
40
200

14

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 Mac 2014

4.

Hadiah Pemenang (RM1000)


Hadiah Saguhati ( RM500)

1000
500

5.

Pengurusan program
i)
Kertas A4 ( RM 13 5 reams )
ii)
Fotokopi
iii)
Cartridge
iv)
Peralatan dan Alat Tulis

65
250
250
200

Rencam

170

6.

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

4000

15

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 Mac 2014

LAMPIRAN D
SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN
Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Guess it Right!
1

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 3 orang

Para peserta akan ditayangkan dengan potongan filem pendek dan diminta menjawab soalan
yang diberi

Sentimen perkauman, elemen politik mahupun berbaur lucah dalam petikan filem adalah
dilarang sama sekali

Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan
sama sekali.

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Spell it Right!


1

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

Penyertaan adalah secara individu. Maksimum 5 orang setiap kolej.

Peserta akan diberi perkataan bahasa Inggeris dan diminta mengejanya dengan ejaan yang
betul, lancar dan jelas

Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan
sama sekali.

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

16

ENGLISH SPEAKING ZONE (ESZ)


KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 Mac 2014

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Dream Wheel@Roda Impian


1. Pertandinganiniterbukakepadasemuapelajar yang sedangmenuntut di UniversitiKebangsaan
2
3
4
5

Malaysia (UKM) SAHAJA


Penyertaanadalahsecaraberkumpulandarisetiapkolej. Maksimum 3 orang setiapkolej.
Para pesertaakanmenjawabsoalanberdasarkankategori-kategori yang telahdisediakan
Peserta yang berjayamengumpulmarkahtertinggiakandikirasebagaipemenang
Keputusanpengadiladalahmuktamaddansebarangbantahandanaduantidakakandilayansamaseka
li

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Tongue-Twisted


1

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.

Penyertaan adalah secara berkumpulan dari setiap kolej. Maksimum 5 orang

Para peserta akan diberikan potongan ayat dalam bahasa Inggeris yang panjang, peserta yang
berjaya mendengar dengan baik dan menulis perkataan tersebut dengan betul akan dikira
sebagai pemenang.

Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan
sama sekali.

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Karaoke


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) SAHAJA.
2. Penyertaan adalah secara berkumpulan atau individu.
3. Para peserta dikehendaki membawa Minus One masing-masing dan hanya lagu Bahasa
Inggeris sahaja dibenarkan.
4. Ahli jawatankuasa penganjur serta ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak akan dilayan
sama sekali.

EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN

17

Anda mungkin juga menyukai