Anda di halaman 1dari 2

1.

PEMDAHULUAN

Forum Bahasa Melayu adalah wadah dalam mengembangkan minat pelajar terhadap Bahasa
Melayu. Pelbagai cara telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha menyemai
perasaan cinta dan kefahaman yang mendalam terhadap kepentingan Bahasa Melayu. Namun
begitu, masih ramai pelajar yang memandang remeh akan kepentingan bahasa pengantar ini.
Malah ada dalam kalangan masyarakat yang tidak lagi menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama dalam percakapan harian. Hal ini menjadikan Bahasa Melayu semakin terpinggir
dalam arus kemodenan. Bagi menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Melayu yang betul,
Unit Subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional Sentosa akan mengadakan forum bahasa Melayu
untuk pelajar semester empat.

2.MATLAMAT

Forum bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku
dalam kalangan pelajar agar dapat mewujudkan satu model penggunaan bahasa Melayu baku.
Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari segi penggunaan tatabahasa,
sebutan dan gaya.

3.OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

3.1 mewujudkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar.

3.2 menjadi gelanggang untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan berhujah dan
mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.

3.3 menggalakkan penglibatan semua pelajar dengan bimbingan guru dalam mencari idea dan
fakta yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan.

3.4 membina hubungan baik antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru serta
mendedahkan pelajar terhadap program yang bersifat kebahasaan

3.5 menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bahasa yang dianjurkan

3.6 mencungkil bakat dan mengasah kreativiti dalam aktiviti berbahasa

3.7 sebagai salah satu tugasan Penilaian Berterusan (PB) BM Kolej Vokasional

4.TEMA

Bahasa Jiwa Bangsa – Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa

5.SASARAN
2

Semua pelajar SVM Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Shas

6.SYARAT PENYERTAAN

6.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar SVM Kolej Vokasional Sentosa

6.2 Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli

6.2.1 Seorang pengerusi

6.2.2 Tiga orang ahli panel

6.3 Peserta bagi setiap pasukan hendaklah daripada kelas atau program yang sama

6.4 Setiap pasukan perlu membincangkan skop dan tajuk yang ditentukan oleh pasukan
masing-masing setelah berbincang dengan guru

6.5 Jawatankuasa pertandingan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan
munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran
perjalanan pertandingan

7.TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

7.1 Tarikh : 12 September 2022

7.2 Tempat : Makmal Bahasa Kolej Vokasional Sentosa

8.STRATEGI PELAKSANAAN

8.1 Membuat perancangan untuk menentukan tarikh dan aktiviti.

8.2 Memanggil AJK dan mengadakan mesyuarat pembahagian tugas

8.3 Membuat makluman kepada pelajar

8.4 Mengadakan program pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

8.5. Penilaian dan pelaporan program..

Anda mungkin juga menyukai