Anda di halaman 1dari 5

KUIM

FIPP
BBAE 3
TITAS
MPU 3123
TAJUK:
ULASAN BUKU TITAS
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH FATIMAH NADIRAH BT MD NOOR
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMMAD FAKHRUR RAZI B. RAMLEE B1410175

ULASAN BUKU TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Alhamdulillah,kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan Rahmat dan


KasihNYA, saya telah mempelajari buku ini pada semester tiga ketika tahun dua pengajian di
KUIM. Kursus ini merupakan kursus wajib universiti kepada semua pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia. Tujuan mempelajari kursus ini adalah untu memberi
kefahaman dan pengetahuan tentang erti ketamadunan dalam konteks semasa dan khususnya
dalam pembinaan Tamadun di Malaysia.

Buku ini merupakan himpunan hasil penulisan bersama para pensyarah Fakulti Tamadun
Islam, Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran
dan pembelajaran TITAS. Buku ini terbahagi kepada lima bab.
Bab 1 membincangkan tentang Pengenalan Ilmu Ketamadunan dari segi konsep
tamadun; hubungan tamadun dengan agama, budaya, dan bangsa; ciri-ciri asas tamadun;
objektif kursus ketamadunan; teori kelahiran, perkembangan, dan keruntuhan tamadun;
interaksi antara pelbagai tamadun serta persamaan dan perbezaan antara tamadun.
Setelah mengikuti bab 1 ini saya dapat mengetahui konsep dan ciri-ciri sesebuah
tamadun dari sudut etimologi pelbagai bahasa dan hubungan tamadun dengan agama, budaya
dan bangsa serta faktor kekuatan dan dan kelemahan sesebuah tamadun.
Dengan bab 1 ini memberi pengajaran iaitu nilai sesebuah tamadun , tanpa tolenransi
dalam hubungan dalam agama , budaya dan bangsa ini akan menyebabkan keruntuhan
sesebuah tamadun dengan ini seharusnya menghormati sesama kaum dan bangsa ,agama dan
budaya untuk kehidupan yang harmoni dan memperkuatkan dan maju sesebuah tamadun.
Bab 2 pula menumpukan kepada Tamadun Islam, iaitu dari segi konsep tamadun dalam
Islam; sumber; asas dan matlamat Tamadun Islam; pandangan semesta Islam; dan ciri-ciri
Tamadun Islam.
Setelah saya mengikuti bab 2 ini saya dapat mengetahui penjelasan pandangan semesta
tamadun islam dan sumbangan besar tamadun islam kepada dunia serta cabaran-cabaran
semasa tamadun islam.

Dengan bab 2 ini secara khususnya mengenai tamadun islam, meliputi persoalan konsep
tamadun islam, prinsip dan matlamatnya, manifestasi dan sifat-sifatnya, sumber- sumbernya,
faktor-faktor kelahiran dan perkembangannya, sejarah ringkas kekhalifahan islam serta
sumbangan tamadun islam kepada peradaban dunia, pengaliran ilmu islam ke eropah dan
kegiatan keilmuan para sarjana islam , turut sekali isu-isu dan cabaran semasa tamadun islam
serta penghayatan nilai-nilai islam di malaysia seperti aplikasi nilai-nilai islam dalam bidang
sosial, politik dan ekonomi.
Dengan bab 2 ini memberi penjelasan yang jelas tamadun islam masakini, cabaran yang yang
dihadapi oleh umat islam masakini, cabaran semasa tamadun islam yang di hadapi sepeti
masalah perpaduan , globalisasi dan hegemoni barat dan umat islam perlu lagi kuat untuk
memperkuatkan lagi tamadun islam masakini,

Bab 3 memfokuskan kepada Tamadun Asia yang merangkumi Tamadun Melayu,


China, dan India di mana fokus perbincangan adalah berkaitan dengan kelahiran,
perkembangan, dan pencapaian serta pengaruh Islam dalam tamadun tersebut.
Setelah saya mengikuti bab 3 ini iaitu tamadun melayu yang saya dapat mengetahui tiga
teori kedatangan islam ke alam melayu iaitu dari india , china dan arab serterusnya kesan dan
pengaruh islam dalam bidang akidah , politik, sosial, undang-undang, ekonomi, kesenian,
bahasa dan sastera serta pendikan di alam melayu.juga peranan tamadun melayu dalam
pembinaan tamadun malaysia.
Selanjutnya bab tamadun india, perjelasan tentang konsep, dasar dan ciri-ciri serta
perkembangan tamadun india pada peringkat awal, menengah dan komtemporari dan
penghuraian tentang falsafah , sistem nilai, pendidikan kesatrian dan pensuratan serta
mengenalpasti sumbangan dan cabaran tamadun india dalam era giobalsasi dan aspek-aspek
persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam tamadun india .
Dengan bab ini ianya memperkenalkan tamadun india dalam pelbagai tahap termasuk
zaman penyebaran islam serta aspek-aspek politik, ekonomi, sosial , pendidikan dan
pentadbirannya . pengaruh dan peranan tamadun india begitu ketara di asia tenggara serta
sumbangan dan cabaran tamadun india dalam era globalisasi

Untuk bab tamadun china, perjelasan perkembangan sejarah tamadun china di semua
peringkat dinasti dan falsafah , kepercayaan, politik, ekonomi, sosial, nilaietika, sains dan
teknologi, institusi serta kesenian dalam tamadun china dan menghuraikan pengaruh islam di
negara china, dampak barat, globalisasi dan cabaran masa depan terhadap tamadun china

Bab 4 Isu-isu Semasa Ketamadunan yang meliputi hegemoni Barat, globalisasi, Islam
dan hak asasi manusia, Islam dan alam sekitar, konsep jihad dalam Islam, dialog peradaban,
Islam dan dialog peradaban serta pendekatan dialog dalam 1Malaysia .
Setelah mengikuti bab 4 ini ianya menjelaskan bentuk bentuk cabaran yang dihadapi
masyarakat islam dan masyarakat asia kini serta ianya menghuraikan kaedah-kaedah
penyelesaian yang pratikal dan harmonis dalam menghadapi pertembungan tamadun dengan
barat dan menjelaskan kepentingan sikap tolenransi dan menghargai budaya hidup masyarakat
malaysia yang pelbagai serta secara tepat tentang konsep konsep islam yang selalu
dikelirukan oleh media barat dan mengenalpasti kesan perkembangan semasa dunia kepada
masyarakat malaysia
Dengan bab 4 ini, ianya membicarakan isu-isu semasa yang dihadapi tamadun dunia .
persoalan utama yang diketengahkan ialah fenomena globalisasi yang mendedahkan
masyarakat dunia kepada penguasaan dan ancaman bentuk baharu dunia barat, turut ialah isuisu hak asasi manusia, dialong peradaban sebagai sebagai jalan penyelesaian masalah
pertembungan budaya, konsep jihad dalam islam yang sering menjadi momokan barat dan
kesan perkembangan komtemporari kepada masyarakat dan negara . topik yang dibincangkan
termasuklah persoalan jihad menurut perspektif islam yang meliputi pengertian sebenar jihad ,
bahagian- bahagian jihad, tujuan jihad , kepentingan jihad , halangan dalam jihad, tanggapan
salah terhadap jihad dan persoalan persoalan lain berkaitan jihad. Bab ini turut menyoroti
kesan perkembangan semasa dunia ke atas masyarakat malaysia dari segi sosial, ekonomi dan
politik
Bab 5 merupakan bab penutup yang membincangkan tentang ilmu Islam tersebar ke
Barat dan harapan sinar peradaban Islam.
Setelah mengikuti bab 5 ini ianya menjelaskan kegiatan keilmuan seperti proses penyerapan
dan pemindahan ilmu-ilmu klasik dan era kelahiran dan kebangkitan intelektual dan
penyaringan karya klasik dan penghasilan karya asli.

Selain itu, buku ini juga menarik kerana disertakan bersama dengan keunikan setiap
tamadun, isu-isu semasa ketamadunan, cabaran dan perubahan yang dihadapi oleh setiap
tamadun. Penulis menyusun tajuk dalam bab-bab yang berkesinambungan bagi memudahkan
pembaca memahami tajuk yang dibahaskan. Setiap tamadun dibahaskan dalam bab yang
berasingan iaitu pertama,konsep tamadun dan kedua,perkembangan serta pencapaian
tamadun. Keunikan buku ini juga adalah penulis juga menyertakan soalan-soalan aktiviti
pemudah cara dan perbincangan dalam kuliah serta diakhiri dengan ujian kefahaman kepada
pelajar.

Disamping itu, buku ini juga menarik kerana di permulaan setiap bab disertakan
bersama pengenalan tajuk, objektif pelajaran dan hasil pembelajaran, gambar-gambar dan
rajah-rajah yang berkaitan tajuk bagi memudahkan pemahaman pelajar tentang ilmu yang
akan dipelajari dan mengukuhkan lagi pemahaman tentang tajuk yang telah dipelajari. Penulis
mengakhiri buku ini dengan menyatakan pelbagai rujukan dan indeks bagi
memudahkan pencarian pembaca mengikut perkataan.

Konklusinya dapatlah dikatakan hampir keseluruhan penulisan buku TITAS ini


memuaskan hati para pembaca. Buku yang bersifat ilmiah dan ketamadunan ini memberi
impak dan pengetahuan baru ke dalam diri pelajar. Apa yang penting sekali terlalu banyak
perkara yang selama ini tidak diketahui telah diketahui. Akhir kalam,semoga buku ini
menjadai wacana dalam mencambahkan pemikiran berhubung erti ketamadunan di arus
globalisasi ini.

Anda mungkin juga menyukai