Anda di halaman 1dari 3

PEMARKAHAN PENULISAN

A. Pemberian Markah
1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )
a. Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting.
( Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang
sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah
bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis. )
2 markah X 4 isi yang lengkap = 8 markah
1 markah pendahuluan = 1 markah
1 markah penutup = 1 markah
2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )
Aspek bahasa terbahagi
a. Perbendaharaan kata = 3 markah
b. Struktur ayat = 3 markah
c. Imbuhan = 3 markah
d. Tanda baca = 3 markah
e. Ejaan = 3 markah
Jumlah
15 markah
3. Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk
satu soalan
4. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan
dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan.
5. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang
menarik.
6. markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.
7. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga
mempengaruhi markah.
* Peringatan
: karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah
daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan
tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
: isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah
yang berteraskan budaya Melayu / Islam )
Tahukah kamu ?
Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang
mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik.

Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman
dan ucapan adalah dikira sebagai format.
B. Potong Markah
1. Bilangan perkataan tidak mencukupi
- kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )
- 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )
- 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )
- 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )
2. Bagi setiap satu kesalahan
- imbuhan tolak markah
- tanda baca tolak markah
- ejaan tolak markah
3. Karangan yang terpesong langsung
- markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah
4. Format
Isi 10
B a perbendaharaan kata
b struktur ayat
c imbuhan
d tanda
baca
e ejaan 33333
Jumlah Tolak bilangan perkataan
- format
- tiada perenggan
25332
Jumlah keseluruhan 17
- salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah yang diperolehi
untuk soalan itu. (markah keseluruhan)
Contoh pemotongan markah surat kiriman ;
tiada alamat tolak 1
tiada nama pengirim tolak 1
tiada tanda tangan tolak 1
tiada tarikh tolak
tiada kata panggilan hormat tolak 1
tiada ucapan terima kasih tolak 1
Salah letak format tolak
tiada tajuk bagi surat rasmi tolak
Tahukah kamu ?:
Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat
sebarang markah (0) bagi setiap satu aspek tatabahasa.
Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.

Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih


daripada 3 markah.

Anda mungkin juga menyukai