Anda di halaman 1dari 19

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ekologi ialah kajian tentang hubungan
antara organisma hidup dengan persekitarannya. Bidang ekologi ini bukan sahaja
terhad kepada populasi manusia sahaja malah bidang ini meliputi semua organisma
hidup seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan sebagainya. Bidang ekologi ini
juga membantu dalam mengkaji dan memahami proses general yang dikongsikan
dengan populasi yang berbeza. Oleh hal yang demikian, menurut Eldra P. Solomon
(2002), ahli ekologis telah membina satu model matematik bagi menerangkan dinamika
sesuatu populasi. Melalui modul inilah, ahli ekologis membuat penilaian terhadap
berubahan yang berlaku pada setiap populasi. Hal ini sangat penting kerana hasil
daripada dapatan tersebut, ahli ekologis dapat membuat ramalan tentang pertumbuhan
sesuatau populasi dan memkirkan jalan penyelesaian sekiranya timbul masalah seperti
kepupusan berlaku di dalam populasi tersebut.
Terdapat banyak model pertumbuhan sesuatu spesis yang telah dijumpai oleh pakar
matematik. Namun, pada kali ini saya hanya memilih satu model iaitu model pemangsamangsa.

PENGENALAN MODEL
Apakah itu model pemangsa-mangsa? Model pemangsa-masa ialah satu model
matematik yang mencari hubungkait interaksi antara pemangsa dan mangsa. Model ini
telah dipelopori oleh biophysicist Amerika Alfred James Lotka (1925) dan ahli matematik
Itali Vito Volterra (1926). Persamaan Lotka-Volterra, iaitu persamaan pembezaan telah
digunakan dalam model matematik ini. Selain itu, model ini juga menggunakan dua
pemboleh ubah yang bersandar iaitu pemangsa dan mangsa. Mangsa ialah satu
populasi yang mempunyai sumber makanan yang cukup untuk membiak manakala
pemangsa iailah spesis yang memakan mangsa.

Konsep model pemangsa-mangsa

Fokus
utama
model

Pemangsa boleh menghadkan


populasi mangsa

Populasi pemangsa dan


mangsa, menaik dan berkurang
dalam satu kitaran

Terdapat beberapa andaian yang digunakan dalam Lotka-Volterra model :


Andaian 1:
- Tanpa kehadiran pemangsa dan sumber makanan yang cukup akan dapat
membantu pertumbuhan mangsa.
- Formula pertumbuhan mangsa :

Andaian 2 :
- Tanpa kehadiran mangsa, diandaikan bahawa kadar pertumbuhan populasi
pemangsa akan berkurang.
- Formula untuk pemangsa :

R = populasi mangsa
P = populasi pemangsa
k = exponential growth rate of
prey
r = capture efficiency of the

Andaian 3 :

- Punca kematian mangsa adalah berpunca daripada dimakan oleh pemangsa.


- Kadar kelahiran dan kemandirian spesis pemangsa bergantung kepada
sumber
makanan iaitu mangsa.
- The more there are of either population, the more encounters there are likely to
be.
- Berikut merupakan dua persamaan pembezaan (Lotka-Volterra model) yang
terbentuk dari andaian tersebut.
- Formula untuk mangsa :

Rate of
change in
the prey
population

Instrinsic
growth rate
of the prey

Removal of
prey by
predators

Formula untuk pemangsa :

Rate of
change in
the predator
population

Death rate
of
predators

Conversion
of prey into
new
predators

Nota :
* -aRW = penurunan kadar pertumbuhan semulajadi
MANGSA
* bRW = peningkatan kadar pertumbuhan semualajadi
PEMANGSA

Tahap keseimbangan ( equilibrium ) adalah satu keadaan dimana kedua-dua pemangsa dan
mangsa mencapai tahap yang seimbang.

Mangsa dikatakan seimbang apabila :

Populasi mangsa distabilkan oleh saiz populasi


pemangsa

Pemangsa pula dikatakan seimbang apabila :

Populasi pemangsa distabilkan oleh saiz


populasi mangsa

APLIKASI LOTKA-VOLTERRA MODEL DALAM EKOSISTEM ARNAB DAN


MUSANG

Berikut merupakan data populasi musang (pemangsa) dan arnab (mangsa ) yang
diambil daripada sebuah taman negara selama 12 bulan.

Jadual 1 : Menunjukkan jadual perkembangan Arnab dan Musang di Taman Negara


selama 12 bulan

Langkah penyelesaian :
a) Cari penyelesaian yang konstant ( penyelesaian equilibrium ) dan tafsir data.
b) Guna sistem persamaan pembezaan untuk mencari persamaan

c) Lukis satu arah lapangan untuk keputusan persamaan pembezaan dalam RWplane.
d) Kemudian, lukis lekungan dan gunakannya untuk menyatakan perubahan pada
tahap kedua-dua populasi.
e) Menganalisis data.
Pengiraan :
a) Diberi k = 0.05, a = 0.001, r = 0.02 , dan b = 0.00002 , maka persamaan LotkaVolterra yang terhasil ialah :

Kedua dua R dan F akan menjadi konstant jika kedua-dua terbitan adalah 0,
pengiraan adalah seperti berikut :
R = R( 0.08 0.001F ) = 0
F = F( -0.02 + 0.00002R ) = 0

Satu penyelesaian yang diberi ialah R = 0 dan F = 0 ( jika tiada arnab atau
musang, maka kadar populasi tidak akan meningkat ). Cara penyelesaian
konstant yang lain ialah :

Oleh itu, populasi yang seimbang ( equilibrium ), terdiri daripada 1000 ekor arnab
dan 50 ekor musang. Hal ini bermaksud, bilangan 1000 ekor arnab sudah
mencukupi untuk memberi menampung keperluan 100 ekor musang.

b) Menggunakan peraturan lantai ( Chain Rule ) untuk menyingkirkan t :

c) Jika F dikatakan sebagai fungsi kepada R, persamaan pembezaan ialah :

Lukis direction field untuk persamaan pembezaan pada rajah 1. Gunakan


lukisan tersebut untuk melakar lengkungan solution curve seperti rajah 2. Jika
kita bergerak sepanjang solution curve, kita akan melihat bagaimana hubungan
di antara R dan F berubah mengikut masa. Lengkungan kelihatan seolah olah
semakin merapat apabila kita bergerak mengelilingi lengkungan, kita akan

kembali ke titik yang sama. Titik ( 1000, 50 ) berada dalam lingkungan solution
curves. Titik ini dipanggil titik equilibrium (equilibrium point) kerana titik ini sejajar
dengan penyelesaian equilibrium ( equilibrium solution ) R = 1000 dan F = 50.

Gambarajah 1 : Direction field untuk model


pemangsa-mangsa

Gambarajah 2 : Phase potrait of the system

Gambarajah 2 menunjukkan phase trajectories bagi persamaan pembezaan.


Phase trajectories adalah satu laluan yang dihasilkan oleh penyelesaian ( R,F)
sejajar dengan masa. Satu phase potrait mengandungi titik keseimbangan dan
typical phase trajectories.

d) Menganalisis Data

Ba gi menganalisis data, satu jadual telah dicipta bagi memudahkan manusia


untuk membuat penilaian.

Gambarajah 3 : Phase trajectory

Analisis dibuat berdasarkan Phase trajectory yang telah dibina.

IVV

III

II

Bagi menentukan pergerakkan mengelilingi phase projectory, masukkan


R = 1000 dan F = 100 dalam persamaan pembezaan yang pertama.

Disebabkan oleh dR/dt > 0, menunjukkan bahawa R meningkat pada P ,


maka pergerakkan kita mengelilingi phase trejectory adalah secara lawan
jam.

Hasil analisis
- Kuadrant I
o Pada kuadarant ini, bilangan mangsa banyak berbanding dengan
bilangan pemangsa. Hal ini dikuatkan dengan titik (1000,50)
menunjukkan bilangan mangsa (arnab) lebih banyak berbanding
dengan pemangsa (musang). Hal ini mungkin kerana populasi musang
baru berhijrah ke penempatan tersebut. Bilangan pemangsa tidak
mencukupi untuk mengekalkan keseimbangan di antara populasi.

- Kuadrant 2
o Kuadrant ini menunjukkan bilangan populasi mangsa dan pemangsa
meningkat secara selari. Hal ini di buktikan dengan titik yang di
tunjukkan pada P (1500,100). Titik tersebut telah menunjukkan
peningkatan dari segi bilangan populasi mangsa dan pemangsa. Hal
ini mungkin kerana bilangan pemangsa yang sikit pada mulanya telah
membolehkan mangsa membiak dan hidup dengan selamat. Bilangan
populasi mangsa dikatakan meningkat sehingga berada pada tahap
maksimum. Apabila pemangsa menyedari kewujudan populasi mangsa
yang banyak , semakin banyak bilangan pemangsa yang datang ke
penempatan tersebut dan mengakibatkan bilangan pemangsa
bertambah.

- Kuadrant 3
o Bilangan mangsa berkurang, dan bilangan pemangsa bertambah pada
kuadrant ini. Seperti yang di tunjukkan pada titik P (1000,150),
bilangan pemangsa meningkat lebih banyak, makala bilangan mangsa
pula semakin berkurang. Hal ini kerana, apabila bilangan pemangsa

banyak, pemangsa akan makan mangsa yang ada. Pertumbuhan


pemangsa juga menjadi lebih cepat disebabkan oleh sumber makanan
yang mencukupi seperti andaian yang telah di buat dalam LotkaVolterra model.

- Kuadrant 4
o Pada kuadrant ini pula, bilangan pamangsa dan mangsa menurun
secara sejajar. Titik P (500,100) menunjukkan penurun dari segi
bilangan populasi mangsa dan pemangsa. Hal ini terjadi kerana
apabila bilangan pemangsa banyak berlakunya persaingan untuk
hidup dari segi makanan. Sumber makanan ( mangsa) yang ada tidak
mencukupi untuk menampung keperluan makanan pemangsa. Hal ini
menyebabkan pemangsa terpaksa bergaduh untuk mendapatkan
makanan dan akhirnya terdapat juga pemangsa yang mati. Selain itu,
penurunan pemangsa juga di sebabkan oleh sesetengah pemangsa
yang berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan bekalan manakanan
yang mencukupi.

Rajah 1 : Bilangan populasi pemangsa


( Musang)

Rajah 2 : Bilangan populasi mangsa


( Arnab)

Rajah 3 : Perbezaan Bilangan populasi mangsa dan


pemangsa

MEMBANDINGKAN MASALAH DENGAN REALITI


Sebagai mana yang kita tahu, terdapat pelbagai model yang telah di hasilkan
oleh pakar-pakar matematik bagi tujuan untuk melakukan pengiraan tentang interaksi
yang berlaku terhadap sesuatu populasi dan apakah kesannya kepada pertumbuhan
spesis di sesuatu habitat. Antara model matematik yang telah dipelajari ialah model
perkembangan logistik dan model pemangsa-manga. Kedua-dua model ini mempunyai

fungsi dan kelebihan serta kekurangnya tersendiri. Namun begitu, tidak kesemua
pengiraan yang dihasilkan dapat memberikan satu gambaran sebenar tentang interaksi
yang berlaku anatara populasi. Oleh hal yang demikian, saya disini ingin menyangkal
beberapa andaian yang telah ditetapkan oleh Amerika Alfred James Lotka (1925) dan
ahli matematik Itali Vito Volterra (1926).
Andaian pertama :
- Tanpa kehadiran pemangsa dan sumber makanan yang cukup akan dapat
membantu meningkatkan bilangan populasi mangsa.
Realiti kehidupan :
- Saya menyangkal andaian ini kerana pada pandangan saya, pertambahan
bilangan mangsa bukan sahaja tertumpu kepada kurangnya bilangan
pemangsa dan sumber makanan yang cukup, malah hal ini juga boleh terjadi
sekiranya berlakunya migrasi mangsa yang sama (arnab) dari tempat yang
lain. Apabila kehadiran mangsa yang sama dari tempat lain semakin ramai,
maka bilangan mangsa akan bertambah.
- Selain itu, setelah saya mengkaji kadar pembiakan arnab dengan musang,
saya mendapati arnab lebih cepat membiak berbanding dengan musang. Hal
ini dapat di buktikan oleh jadual yang di petik dari laman sesawang.

Jadual 1 :
Perkembangan
populasi arnab dan
musang mengikut

- Hal ini jelas menunjukkan bahawa, arnab membiak lebih cepat dan banyak
berbanding dengan musang. Pada awal tahun pembiakan, bilangan populasi
arnab telah mencapai kepada 300 ekor berbanding dengan bilangan musang
yang hanya 57 ekor. Perbezaan pertambahan bilangan arnab dari tahun

permulaan dan tahun pertama ialah sebanyak 176 ekor berbanding dengan
perbezaan bilangan musang yang hanya bertambah sebanyak 7 ekor sahaja.
Keputusan ini jelas membuktikan bahawa, kadar pertumbuhan arnab yang
cepat menjadi faktor kepada pertambahan populasi arnab.
- Bukti di atas jelas menunjukkan bahawa pertambahan populasi arnab tidak
hanya bergantung kepada ketidakhadiran musang dan sumber makanan
yang mencukupi.

Andaian kedua :
- Tanpa kehadiran mangsa, diandaikan bahawa kadar pertumbuhan populasi
pemangsa akan berkurang
- Andaian ini menyatakan bahawa pengurangan bilangan populasi pemangsa
berkurang adalah disebabkan oleh ketiadaan mangsa iaitu arnab.
Realiti kehidupan :
- Pada pandangan saya, sesuatu habit mempunyai ekosistemnya yang
tersendiri dimana setiap ekosistem mempunyai pelbagai mahkluk hidup yang
saling bergantung antara satu sama lain. Mustahil saya katakan jika di dalam
satu habitat hanya ada satu spesis haiwan yang menjadi sumber makanan
kepada musang. Menurut pembacaan saya melalui edaran yang diedarkan
oleh Nottinghamshire Wildlife Trust Club, musang merupakan haiwan omnivor
dimana musang boleh makan apa sahaja termasuklah ayam, tikus, siput,
buah beri, bangkai haiwan dan sebagainya. Malah musang juga akan makan
kerepek dan pizza jika mereka berada dibandar. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa pengurangan populasi musang tidak bergantung kepada
pengurangan populasi arnab semata-mata.

Andaian ketiga :
- Punca kematian mangsa adalah berpunca daripada dimakan oleh pemangsa.

- Kadar kelahiran dan kemandirian spesis pemangsa bergantung kepada


sumber
makanan iaitu mangsa.
- Kedua-dua andaian di atas menyimpulkan bahawa kadar pertumbuhan dan
pengurangan populasi disebabkan oleh kematian kedua dua populasi
adalah saling bergantungan. Segala punca di letakkan atas tindakan mangsa
dan pemangsa semata-mata.
Realiti kehidupan :
- Saya sangat tidak bersetuju dengan andaian ini. Secara formula dan
statistiknya jelas menunjukkan bahawa kedua-dua mangsa dan pemangsa
saling bergantungan antara satu sama lain, namun secara logiknya, setiap
perkara yang berlaku itu bukannya hadir dan berpunca dari satu sebab
sahaja. Banyak perkara yang berlaku di luar sana yang menjadi faktor
kepada perkembangan dan kematian mangsa dan pemangsa.
- Faktor yang menggugat perkembangan pemangsa yang pertama ialah
pemangsa mendapat ganguan daripada pemangsa yang lain. Seperti yang
saya nyatakan sebentar tadi, di dalam satu ekosistem terdapat pelbagai
spesis haiwan yang tinggal bersama. Walaupun musang dikatakan sebagai
seekor haiwan yang kuat jika hendak dibandingkan dengan arnab, namun
masih lagi terdapat haiwan lain yang lebih kuat seperti harimau.
- Selain itu, musang atau pemangsa juga akan mendapat gangguan daripada
pemangsa lain dari segi sumber makanan. Musang terpaksa bersaing
dengan beberapa pemangsa yang lain seperti helang, harimau, singa dan
sebagainya. Apabila bilangan populasi pemangsa yang berlainan spesis
bertambah dalam satu habitat, maka sumber makanan yang berada di habitat
itu juga akan berkurang. Hal ini akhirnya boleh menjadi faktor kepada
kematian dan pengurangan populasi pemangsa.
- Seterusnya, pengurangan kadar perkembangan populasi mangsa dan
pemangsa juga adalah di sebabkan oleh pemburuan haram secara terbuka
yang dilakukan oleh manusia. Manusia membunuh musang dan arnab bagi
mendapatkan isi mereka serta bulu mereka untuk di jadikan pakaian. hal ini
membuktikan bahawa pemburuan secara haram juga telah menyebabkan
bilangan populasi arnab dan musang semakin berkurang.

- Jangkitan penyakit juga menyebabkan berlakunya pengurangan bilangan


populasi mangsa dan pemangsa. Arnab sebagai contoh merupakan antara
haiwan yang sensitif terhadap persekitiran. Kebanyakkan arnab akan
mengalami penyakit seperti pasteurella (hingusan), hama telinga, strok haba
dan bermacam macam lagi, dipetik daripada artikel yang bertajuk 5 Rabbit
Illnesses to Know yang ditulis oleh Samantha Johnson. Oleh hal demikian,
terbuktilah bahawa penurunan bilangan populasi mangsa dan pemangsa
tidak bersandaran antara satu sama lain.

- Akhir sekali ialah perubahan iklim dan cuaca di sesuatu habitat menjadi salah
satu faktor kepada pengurangan bilangan populasi mangsa dan pemangsa.
Hal ini terjadi apabila sesuatu habitat sudah tidak sesuai untuk di diami,
pemangsa dan mangsa akan mencari dan meneroka tempat baru yang
sesuai dengan mereka. Sehubungan dengan itu, bilangan populasi mangsa
dan pemangsa di tempat asal akan berubah. Sebagai contoh musang
merupakan haiwan yang tinggal di kawasan yang lembap seperti hutan hujan
tropika, jika habitat tersebut berubah menjadi sangat panas dan kering,
musang akan bermigrasi untuk mencari habitat yang sesuai. Hal ini akan
menyebabkan bilangan populasi musang di kawasan itu berkurang. Perkara
yang sama juga akan berlaku terhadap arnab. Bukti ini jelas menunjukkan
bahawa kadar pengurangan bilangan populasi mangsa dan pemangsa tidak
bergantungan antara satu sama lain.

PENUTUP
Model matematik seperti model pemangsa-mangsa ini di wujudkan oleh pakar
matematik adalah untuk membantu pakar-pakar ekologis untuk membuat pengiraan
terhadap perubahan kadar perkembangan sesuatu populasi. Setiap model mempunyai
fokusnya tersendiri yang perlu di capai. Sebagai contoh model pemangsa-mangsa di
gunakan untuk melihat interaksi yang berlaku diantara dua populasi, manakala model
perkembangan logistik pula ingin meramal dan melihat sejauh mana perkembangan
sesuatu populasi pada tahap atau masa yang tertentu. Oleh itu, sebagai pengguna
model matematik ini, kita hendaklah membuat pilihan model matematik yang tepat
supaya objektif dapat dicapai.

Senarai rujukan
1. Eldra P. Solomon & Friends ( 2002). Biology. United States of
America:Thomson Learning, Inc. Thomson Learning.

2. http://www.hobbyfarms.com/farm-pets/pet-rabbit-information/5-rabbitillnesses-to
know.aspx

3. http://www.nottinghamshirewildlife.org/animal-facts/fox
4. http://www.illustrativemathematics.org/illustrations/713

Anda mungkin juga menyukai