Anda di halaman 1dari 2

Lelaki taati ibu bapa, jiran Nabi Musa di syurga

NABI Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus


dengan Allah. Setiap kali Baginda hendak bermunajat, Nabi Musa
akan naik ke Bukit Tursina.

Di atas bukit itu, Baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Itulah
kelebihan baginda yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari, Nabi Musa bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

Allah pun menjawab dengan menyebut nama orang itu, kampung dan
tempat tinggalnya.

Selepas mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan
terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari
kemudian, akhirnya Baginda sampai ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ, Baginda berjaya


bertemu dengan orang berkenaan. Selepas memberi salam, Nabi
Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam
bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar
sambil membawa seekor khinzir betina yang besar.

Khinzir itu didukung dengan cermat, dibersihkan, dimandikan dan


dikeringkan serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam
bilik. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?" katanya di dalam
hati dengan hairan.

Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi sambil membawa pula
seekor khinzir jantan yang lebih besar dan diperlakukan
sebagaimana tadi.

Selepas kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara,


apa agama kamu?"

"Aku agama Tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis
mengapa kamu memelihara khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu,"
kata Nabi Musa.

Pemuda itu berkata, "Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua


khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Mereka melakukan dosa yang
besar dan Allah menukar rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh.

"Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan
Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipan aku
sebagai anak.

"Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang
tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah berubah, aku
tetap melaksanakan tugas aku.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya mereka diampunkan.


Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi
manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkannya
lagi," kata pemuda itu.

Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa.
"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga
nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.

"Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa khinzir tetapi dia masih
berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makam dia sebagai anak salih
di sisi Kami,".

Allah juga berfirman yang bermaksud: "Oleh kerana dia berada di


makam anak yang salih di sisi Kami, maka Kami angkat doanya.
Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di neraka Kami
pindahkan ke dalam syurga."

Anda mungkin juga menyukai