Anda di halaman 1dari 2

25.

RAMADAN BULAN HIDAYAH AL-QURAN

Ramadan adalah penghulu segala bulan, Ia menyajikan seribu rahmat. Tarikh 17 Ramadan
pula mencatat sejarah agung kerana pada tarikh tersebut, al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t
daripada Lohmahfuz ke langit dunia sebelum diturunkan secara beransur-ansur kepada
Rasulullah. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185:

4 Èβ$s%öàø9$#uρ 3“y‰ßγø9$# zÏiΒ ;M≈oΨÉit/uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 ”W‰èδ ãβ#uöà)ø9$# ϵŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy−
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-
Quran, menjadi petunjuk kepada sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

Alangkah bertuahnya kerana kita masih diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang
diturunkan al-Quran yang mulia ini. Kita telah dibekalkan dengan kitab petunjuk sebagai
panduan hidup di dunia ini. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 1-2:

∩⊄∪ zŠÉ)−Fßϑù=Ïj9 “W‰èδ ¡ ϵ‹Ïù ¡ |=÷ƒu‘ Ÿω Ü=≈tGÅ6ø9$# y7Ï9≡sŒ ∩⊇∪ $Ο!9#

“Alif, Laam, Miin. Kitab (al-Quran) ini tidak ada sebarang syak padanya. Menjadi petunjuk
kepada orang yang (hendak) bertaqwa”.

Alangkah baiknya, jika setiap waktu yang terluang di bulan Ramadan yang mulia ini, diisi
dengan tilawah al-Quran, bertadarus, menghayati isi kandungan al-Quran, menghafaz al-Quran,
mempertingkatkan mutu bacaan dengan mendalami ilmu-ilmu tajwid, bertarannum, mempelajari
ilmu-ilmu qiraat dan sebagainya.

Membaca al-Quran bererti membaca kalam Allah. Tidak ada kalam semulia kalam Allah.
Membacanya mendapat pahala. Bahkan setiap huruf mendapat 10 pahala. Sabda
Rasulullahs.a.w.:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala maka ia memperolehi kebaikan,
setiap kebaikan diberi sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata “alif lam mim” sebagai satu huruf,
tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (HR Tarmizi)

Jika bulan Ramadan tidak dapat menyemarakkan semangat kita untuk membaca al-Quran
maka di bulan manakah lagi untuk kita semarakkan kecintaan kita kepada al-Quran. Jika di
bulan-bulan lain para sahabat Rasulullah membaca al-Quran, maka pada bulan Ramadan
mereka lebih banyak membaca al-Quran sehingga beberapa kali mereka mengkhatamkan al-
Quran sama ada ketika solat malam atau di luar solat. Mereka benar-benar menghayati al-
Quran.Al-Quran adalah kitab mukjizat.Kita tidak akan jemu membacanya walaupun diulang-
ulang setiap hari. Contohnya membaca surah Al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap rakaat dalam
solat fardu. Sedangkan membaca surat khabar cukuplah hanya sekali. Mengapa?. Begitulah
agungnya Kalam Allah berbanding tulisan yang lain.

Marilah kita muhasabah diri. Adakah selama ini kita benar-benar membaca al-Quran dengan
penuh penghayatan? Betulkah tajwid dan sebutannya? Fahamkah maksud ayat yang kita
baca? Puaskah kita dengan pencapaian mutu bacaan al-Quran kita selama ini? Berapa
banyakkah surah yang telah kita hafal dan lain-lain yang seumpamanya.

Anda mungkin juga menyukai