Anda di halaman 1dari 1

PENJAGAAN KERETA

Ada beberapa bahagian atau komponen kereta yang harus diperkenalkan kepada anda.

1.  “plugs”. Kebanyakan kereta mempunyai 4 biji, kecuali Kancil 3 biji saja. Biasanya tidak banyak masalah berhubungan
komponen ini. Kereta baru atau “second hand”, kalau plug-plugnya ditukar 6 – 9 bulan sekali memadailah. Serahkan
kepada mekanik untuk membuat keputusan bila hendak menukar komponen ini.

2.  “air filter” (penapis udada kereta). Komponen ini menapis udara yang memasuki karburetor. Udara hari ini memang
kotor. Yang dicadangkan adalah menukarlah bahagian ini lebih kurang 6 bulan sekali. Ingat, penapis udarar boleh
menjejaskan “timing” sesebuah enjin.

3.  “minyak hitam” dan sekaligus “oil filter” (penapis minyak). Berdasarkan berapa jauh kilometer anda berjalan, puratanya
minyak hitam / pelincir dicadangkan ditukar 5000 km sekali. Ada sesetengah orang tukar barangan ini mengikut
jangkamasa waktu. Terselah kepada anda yang mana satu mirip mengikuti. Untuk kereta baru atau “second hand” anda,
yang paling senang, pilihlah minyak pelincir jenis “Multigrade” (10W – 50W). Kalau ada apa-apa kemuskilan, rujuk
kepada mekanik / foreman anda.

4.  “fuel filter” atau penapis petrol. Terdapat kotoran dalam bahan petrol. Dari masa ke semasa, pastikan komponen ini
ditukar. Langkah ini dapat memastikan kenderaan anda akan berjalan denagan lancar atau licin.

5.  “radiator” atau tangki air. Suhu kereta anda dikawal oleh bahagian ini. Tabung plastik sebelah enjin disambung kepada
radiator (tangki air). Dari masa ke semasa intai paras air ditabung plastik. Kalau air kekurangan, isi tempat ini. Tidak
perlu isi air di radiator. Leceh membuka penutup besi radiator. Diingatkan pemilik kenderaan yang kurang
berpengalaman jangan sekali-kali cuba membuka penutup radiator yang sedang panas.
Ini kerana suhu / air yang panas boleh memercik keluar serta mencederakan badan / tangan / anggota anda.

6.  “minyak brek”. Perhatikan minyak brek ditakungan plastik sampai ke paras atas. inzinkan paras jatuh ke paras bawah.
Guna minyak brek DOT 3. Elak guna jenis DOT 4 (untuk kenderaan cuaca sejuk seperti Eropah).
Kiranya minyak brek berwarna merah-merahan, ia boleh dicampur dengan minyak brek yang hijau. Tidak ada masalah
mencampuri kedua-dua warna minyak brek.

7.  “tayar”. Ada 3 perkara – Tekanan, ImbanganandPenjajaran. Anda harus sedari tentang tayar.


Oleh kerana ketiga diatas agak pelik bagi seorang yang baru saja dapat lesen, maka dicadangkan serahkan tugas ini
kepada pakar tukar tayar. Yang satu elok anda belajar buat sendiri iaitu tekanan. Paling senang, harus ingat tayar
belakang tekanan 24 – 26 psi (pound per sq. inch) dan depan, kerana menampung enjin kereta, 26 -28 psi.
Lampu brek ketiga atau brek kedua belah sisi ada kala berbakar. Tukar mentolnya saja. Anda sendiripun boleh lakukan
penukarannya. Kalau susah, hantarkan kepada mekanik anda. Ingat, kalau mana-mana lampu brek tidak bernyala, anda
boleh kena saman polis.

8. “Horn” adakalanya gagal berfungsi khasnya semasa cuaca hujan. Komponen ini yang diletak dibahagian bawah kenderaan
terkena air dan mudah rosak. Horn rosak merumitkan pemandu kereta. Untuk mengatasi masalah ini, hantarkan saja
kepada mekanik.

9.  “bateri”. Bateri sekarang tidak perlu dijaga, tidak perlu tambah air seperti bateri jenis lama. Kalau anda masih lagi
gunakan bateru jenis lama yang perlu diisi air, pastikan paras air bateri sampai ke paras atas. Air yang digunakan untuk
mengisi bateri biasanya air bateri yang dapat dibeli dikedai-kedai bekalan barangan auto. Bateri terdiri daripada jenis 9
plet atau 13 plet. Yang 13 plet lebih besar, lebih berkuasa, lebih tahan lama daripada 9 plet. Jaga bateri dengan baik dan
bateri anda dapat bertahan lebih kurang 15 bulan puratanya.

10. Yang akhir sekali, perkara atau komponen yang walaupun kecil saja, sentiasa dilupai ramai pemandu, tetapi ingat, anda
boleh kena saman kalau berlaku kepada anda. Lampu belakang plet numbor anda. Sentiasa perhatikan nombor plet
dari masa ke semasa. Kalau ia tidak bernyala, tukarlah mentolnya. Ia berharga beberapa sen saja demi mengelakkan
anda dikena saman

Anda mungkin juga menyukai