Contoh SOP bagi makmal latihan computer tersebut :
PERATURAN KHUSUS PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER
1. Setiap ketua kumpulan bertanggungjawab ke atas setiap bahan/peralatan latihan yang
digunakan.
2. Setiap ketua kelas dan penolong pula bertanggungjawab terhadap setiap ketua kumpulan.
3. Jika berlaku sebarang kerosakan, sila laporkan kepada pengajar secepat mungkin.
4. Sebarang kehilangan peralatan latihan adalah menjadi tanggungjawab kepada ketua kelas/penolong/ketua kumpulan (jika ada) dan pelajar-pelajar sendiri.
5. Jika berlaku kehilangan barang, kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pelajar (kerana tidak mengikut arahan), semua pelajar yang menggunakan makmal tersebut dalam semester pengajian dikehendaki dengan apa cara sekalipun mengganti kembali barang/bahan/peralatan yang sama atau yang sepadan dengannya dalam semester/sessi pengajaran tersebut.
6. Pelajar-pelajar hendaklah meninggalkan makmal/kelas apabila waktu slot untuk subjek tersebut telah tamat.
7. Diketuai oleh ketua kelas/penolong, pelajar-pelajar hendaklah memastikan: i. Semua komputer telah di "OFF" kan mengikut SOP yang telah ditetapkan. ii. Semua bekalan kuasa elektrik ke PC di "OFF" kan. iii. Semua tingkap hendaklah ditutup. iv. Penghawa dingin di "OFF" kan, untuk bilik/makmal yang mempunyai penghawa dingin jenis "split unit ". v. Ketua kelas/penolong atau pengguna terakhir hendaklah memastikan pintu dikunci, lampu di "OFF" kan setelah tiada lagi pengajar/pelajar/pengguna terakhir di dalam makmal. 8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali memegang atau menggunakan kunci makmal- makmal/bilik-bilik.
9. Dalam keadaan tertentu, jika notis telah diberi oleh pengajar lebih awal, sila berjumpa dengan penjaga tempat letak kunci. Penjaga tempat letak kunci hendaklah memastikan pengajar slot/subjek tersebut tiada/tidak hadir atau sebagainya.
10. Jika ketua kelas mendapati tiada pengajar untuk kelas/subjek berkenaan, datang sila periksa dalam bilik pengajar dan pastikan samaada pengajar-pengajar tersebut akan mengendalikan kelas atau tidak pada slot tersebut.
11. Pengajar untuk slot/subjek yang berkenaan hendaklah memastikan kelas/makmal dibuka pada waktu/slot yang berkenaan. Pengajar awal pagi perlu meletakkan kunci untuk hari tersebut ke dalam "flout box ", pengajar slot terakhir untuk setiap hari pula hendaklah meletakkan kembali di tempat kunci dan tempat kunci hendaklah dikunci.