Anda di halaman 1dari 2

Mokhtar Dahari-Lagenda dalam ingatan

oleh; sapix sangkunang, 25 Julai 2008

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini


walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 17 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang
negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain
dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh
bolasepak dunia. Paling ketara, Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang
dia mempamer taring dan kehebatannya.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh
diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika
itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru


menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas
penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira
bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan
meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan


tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia
hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut
merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan
Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya
sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak
pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran
Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah
memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang
menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya
sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus
mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan
tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah
yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan
kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan
dia idola paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak
seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba
menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara
kembali segar seperti sebelumnya.

Moktar Dahari....
bulan ini,
baru saja dinobatkan antara 30 pemain terbaik asia sepanjang zaman menurut
senarai yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History &
Statistic (IFFHS), sebuah badan penilaian di bawah kelolaan FIFA.

terkejutku membaca senarai,


nama bolasepak malaysia masih wujud dalam senarai dan maknanya bolasepak
kita sangat dipandang tinggi suatu ketika dulu dan ketinggian darjat itu masih
lagi ada pada hari ini namun ia hanyalah kenangan.
dikala bangga mendatang, timbul juga rasa sedih,
kenapa bolasepak kita hari ini tidak secerah dulu.
mendung mendatang seolah-olah tiada ruang untuk awan gelap itu berarak
pergi.

http://sangkunang.blogspot.com/2008/07/mokhtar-dahari-lagenda-dalam-
ingatan.html

Anda mungkin juga menyukai