Anda di halaman 1dari 5

𝓜𝓲𝓷𝓲 𝓐𝓵𝓫𝓾𝓶

𝓣𝓸𝓴𝓸𝓱 𝓗𝓸𝓴𝓲 𝓜𝓪𝓵𝓪𝔂𝓼𝓲𝓪

𝓜𝓾𝓱𝓪𝓶𝓶𝓪𝓭 𝓕𝓪𝓻𝓱𝓪𝓷 𝓕𝓲𝓭𝓪'𝓲𝔂


𝓑𝓲𝓷 𝓡𝓾𝔃𝓵𝓪𝓷
6 𝓜𝓮𝓻𝓪𝓱
𝓚𝓮𝓵𝓪𝓫 𝓟𝓮𝓻𝓶𝓪𝓲𝓷𝓪𝓷 𝓗𝓸𝓴𝓲
𝙎.𝙆𝙐𝙈𝘼𝙍
(penjaga gol)

Penjaga gol kebangsaan sekarang. Berusia 35 tahun dengan 210 caps untuk Malaysia.
Sering bersaing dengan Roslan Jamaluddin  untuk posesi penjaga gol utama Malaysia.
Walaupun beliau sering diketepikan dalam kejohanan besar seperti Piala Dunia, saya
amat sukakan S.Kumar di gawang gol negara. Di hari-hari tertentu, dia bagai sukar
ditembusi langsung. Pemilihan yang paling sukar mengambil kira betapa ramai penjaga
gol yang hebat buat negara seperti Roslan, Mohd Nasihin Nubli dan Ahmad Fadzil
Zainal Abidin.
𝙈𝙄𝙉𝘼𝙍𝙒𝘼𝙉 𝙉𝘼𝙒𝘼𝙒𝙄
(sayap kiri)

Siapa tidak kenal Minarwan Nawawi? Antara selebriti sukan tanahair yang amat
popular. Bukan sahaja hensem, dia juga adalah salah seorang pemain sayap terbaik di
dunia, hampir setanding dengan pemain lagenda Pakistan, Shahbaz Ahmed. Keupayaan
Minarwan mengelicik dan membawa bola dengan laju amat dirindui oleh peminat-
peminat hoki tanahair. Sehingga kini, kita tidak dapat mencari pengganti yang
sehebatnya.
𝙁𝙖𝙞𝙯𝙖𝙡 𝙎𝙖𝙖𝙧𝙞
(serangan tengah)

Penyerang muda kebangsaan yang sedang meningkat naik. Mungkin terlalu awal
untuk saya letakkan dalam senarai ini, namun keupayaan Faizal memang
mengkagumkan saya. Dari segi teknik dan kemahiran, Faizal adalah bertaraf dunia.
Apa yang beliau perlu lakukan kini adalah untuk naik setapak lagi dengan
membuktikan keupayaannya di kejohanan-kejohanan besar seperti Olimpik dan
Piala Dunia. Mungkin, Faizal boleh jadikan pemain Australia, Jamie Dwyer sebagai
inspirasi untuk menjadi pemain handalan.
ıllıllı⭐🌟 S͙ E͙ K͙ I͙A͙N͙ 🌟⭐ıllıllı

Anda mungkin juga menyukai