Anda di halaman 1dari 3

Hamid Mydin

Pencipta Dan Pengasas Permainan Sepak Takraw


"Father of Modern Takraw"
(19 Disember 1916 - 18 Disember 1991)
Permainan Sepak Takraw pada permulaanya dikenali dengan nama Sepakbola
Jaring kemudian kepada Sepakraga Jala atau Jaring dan atas permintaan negara
Laos, Kemboja dan Thailand, ianya dinamakan SEPAK TAKRAW. Permainan
ini sekarang telah popular di seluruh dunia.
Malaysia boleh berbangga kerana menjadi negara pelopor sukan yang
baru ini dan kerana sepak takraw juga lah nama Malaysia tercatit di arena sukan
antarabangsa sebagai negara peneroka yang mula memperkenallkan permainan
tersebut.
Ia telah menjadi salah satu pertandingan paling menarik dalam sukan
SEA, sukan Asia dan kejohanan dunia. Langkah sedang dibuat supaya
permainan yang berasal dari nenek moyang kita ini diterima dalam sukan
Olimpik.
Siapakah manusia pereka yang telah berjasa mencipta permainan sepak
raga moden menggunakan jaring ini? Bagaimana dia mendapat ilham supaya
pemain-pemain menggunakan "Smashing Tajam"dengan kepala dan "Sepak
Maut" untuk mematikan langkah lawan.
Taktik-taktik baru yang mengagumkan ini terdapat dalam permainan
sepak raga jaring yang mula-mula sekali diperkenalkan di Jalan Patani, Pulau
Pinang pada tahun 1946.

Hamid Mydin dilahirkan pada 19 Disember 1916 dan ketika itu tinggal di Jalan
Patani, Pulau Pinang. Pada ketika itu, permainan Sepakraga Bulatan di main di
merata tempat terutama di kampung-kampung terdiri daripada kalangan orang
tua sahaja.

Anak-anak muda mula menjauhkan diri dari permainan ini dan Sepakraga
Bulatan sudah hilang daya penariknya. Penonton yang menyaksikan
pertandingan pun boleh dihitung dengan jari walaupun pihak penganjur
menyediakan hadiah-hadiah.
Di atas sebab-sebab inilah mendorong Hamid Mydin untuk mengubah
dan memodenkan permainan Sepakraga. Tergambar di fikirannya bagaimana
permainan ini menggunakan jaring dan gelanggang badminton.
Sejarahnya bermula apabila pada suatu petang Februari 1946, Hamid
Mydin telah menemui sahabat bernama Mohamad Abdul Rahman, anak
tempatan Jalan Hatin, Pulau Pinang yang terkenal sebagai pemain Sepakraga
Bulatan yang handal dan menceritakan hasratnya untuk mengubah atau
memodenkan permainan Sepakraga ini dengan menggunakan jaring dan
gelanggang seperti permainan badminton.
Bertempat di suatu kawasan atas lapisan bertar, tapak bekas Hospital
Haiwan di Jalan Patani Pulau Pinang, Hamid Mydin menggaris dengan
menggunakan kapur tulis, garisan panjangnya 44 kaki dan lebar 22 kaki. Beliau
kemudian meregang tali rami di tiang yang sedia ada tingginya 5 kaki 3 inci.

Dengan menggunakan bolaraga buruk dan menyuruh Mohamad Abdul


Rahman berdiri di sebelah sana dan beliau sendiri di sebelah sini. Mereka
menendang bolaraga pergi balik cara satu lawan satu. Itulah kali pertama Hamid
Mydin mencuba ciptaan barunya.
Pada petang hari berikutnya di tempat yang sama, beliau mencuba
membaiki ideanya dengan penambahan 2 orang menjadikan 4 orang dan
bermain secara 2 pemain sebelah. Tidak berpuas hati, pada petang ketiganya 6
orang pemain pula digunakan. Beliau sendiri di tempat tekong dan dua pemain
lagi di hadapannya. Begitu juga di sebelah sana Mohamad Abdul Rahman di
posisi hadapan (apit) dan 2 pemain lagi iaitu 1 orang sebagai tekong dan 1 orang
lagi sebagai apit Mohamad Abdul Rahman.
Cubaan yang dilakukan berjaya.

Permainan baru ini sejak itu mendapat perhatian ramai. Pemain-pemain


muda mula meninggalkan permainan bulatan dan berpindah kepada permainan
yang lebih menarik ini menggunakan 3 pemain sebelah dan berjaring yang
kemudiannya dinamakan Sepakraga Jaring.

Selepas itu pihaknya juga membuat beberapa perubahan bermain dan mendapat
sambutan orang ramai termasuk dari Thailand. Corak permainan sekarang
adalah hasil beberapa perubahan yang dibuat bersama Yusof Latif yang pernah
menjawat jawatan Setiausaha Agung Persatuan Sepakraga Malaysia.Berkat hasil
usahanya berterusan bersama Syed Abbas Al-Habshee. Corak permainan baru
ini diperkenalkan kepada penduduk Kuala Lumpur. Ianya mendapat galakan dan
sokongan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.
Dalam masa yang singkat permainan sepak raga jaring mula dan
dipertandingkan dalam stadium bertutup tidak lagi di tanah-tanah lapang yang
terbuka.

Anda mungkin juga menyukai