Anda di halaman 1dari 7

SEJARAH PERKEMBANGAN ANTARABANGSA Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya

tersendiri. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dapat mengakui akan asalusul permainan ini atau tempat asalnya. Lukisan-lukisan yang terdapat di beberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke-17 dan ke-18. Sumber sejarah juga menerangkan iatu di Negara China sudah ada sejenis permainan yang menggunakan bola berbulu yang mirip kepada bulu tangkis untuk badminton sekarang. Bagaimanapun catatan itu tidak pula menerangkan penggunaan pemukul atau raket atau bilangan pemain seperti sekarang. Menurut Encyclopedia Americana pula, permainan badminton pertama kali dimainkan di India. Orang India menamakannya sebagai poona. Menurut encyclopedia itu, tarikh tepat kelahiran permainan ini di negara tersebut tidak pula dikesan, walaupun ramai yang berpendapat sekitar abad ke-17. Walaupun ada lagi dakwaan menyatakan sukan ini bermula di England, namun tempat asal permainan ini adalah di India. Dari India barulah badminton dibawa ke England. Ini dilakukan oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India, kemudian terikut-ikut dan turut sama bermain badminton. Mereka mencabut penyumbat botol yang diperbuat daripada gabus. Kemudian disekeliling gabus itu dilekatkan bulu memudahkan bola itu dilambung-lambung apabila dipukul atau disepak. Askar-askar Inggeris tadi, apabila bercuti atau telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka di India, telah pulang dan membawa bersama unsur-unsur permainan badminton ini. Duke of Beaufort, memperkenalkan permaina ini kepada masyarakat atasan Inggeris di sana, iatu disebuah bandar bernama Gloucester lebih kurang angsa bagi

sekitar tahun 1873. Tempat permainan ini dinamakan badminton. Disebabkan orang Inggeris lebih biasa menyebut badminton daripada poona dan sesuai pula dikalangan penduduk di situ, mereka mula menyebut permainan itu sebagai badminton sahaja. Lama-kelamaan nama asal yang lahir di India hilang begitu sahaja dan wujudlah badminton.

Namun begitu, nama badminton berasal dari nama Kota Badminton di Wilayah Glouscestershire, England. Perkembangan permainan ini boleh dikaitkan dengan Tamadun China, Greek, Jepun dan India. Permainan ini mempunyai perkaitan dengan permainan primitif battledore dan shuttlecork. Dikatakan sebelum permainan ini, orang Cina telah bermain Ti Jian Zi atau menendang bulu tangkis, iatu satu permainan yang menggunakan kedua-dua belah kaki. Permainan tersebut menggunakan bulu tangkis, tetapi tidak jelas sama ada ia mempunyai kaitan kaitan dengan permainan battledore atau shuttlecork, dimana permainan ini telah diperkenalkan di Greek 2000 tahun sebelumnya. Permainan tersebut juga dimainkan oleh kanak-kanak di India dan askar-askar British yang bertugas di India dan askar-askar British yang bertugas disana pada tahun 1860. Pegawai-pegawai tentera ini telah mengubah permainan tersebut dengan menambah jaring dan memperkenalkan permainan tersebut dengan sebagai poona. Pada ketika itu, permainan poona dilengkapi dengan peraturan-peraturan permainan yang didokumentasikan pada tahun 1867.

Perkembangan Sukan Badminton Di Malaysia Badminton mula diperkenalkan di Malaysia sebagai satu sukan sosial, di mana badminton dimainkan dalam perlawanan persahabatan dan antara kelab sukan di Malaya. Selepas Perang Dunia Kedua, ia telah menjadi satu permainan yang amat digemari oleh masyarakat Malaya dan menggugat kedudukan sukan bola sepak yang pada ketika itu merupakan sukan untuk semua. Pada tahun 1950-an, terdapat sebanyak 50 buah kelab sukan badminton telah ditubuhkan di seluruh negara. Negeri Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang menganjur dan mengelolakan pertandingan badminton yang pertama secara formal (1929).

Pemenangnya pada ketika itu ialah A.M. Samuel yang telah membayar sendiri tambang pengangkutannya ke England (1939) untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Seluruh England. Di sana, beliau telah mengejutkan pihak lawan dengan melayakkan

diri ke peringkat separuh akhir. Rakan sepasukan dari Malaysia iaitu Eddy Choong (kini bergelar Datuk) telah mengambil bahagian dalam 12 pertandingan akhir All England dan memenangi empat acara perseorangan, iaitu pada tahun 1953, 1954, 1956, 1957. Beliau merupakan lagenda dalam sukan badminton kerana turut memenangi acara regu lelaki bersam abangnya, David Choong 3 kali berturut-turut . (1951-1953). Malaysia yang turut diwakili oleh pemain-pemain seperti Wong Peng Soon dan Ong Poh Lim turut mengambil bahagian dalam pertandingan pertama Piala Thomas di Queens Halls. England (1949). Dalam pertandingan tersebut, pasukan negara telah memenangi piala pertandingan akhir. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah ditubuhkan pada 1934. Persatuan ini telah menjadi ahli IBF yang ke-13 pada 1037. Pada 1938, dianggarkan terdapat lebih 25 000 pemain yang aktif bermain badminton di Malaya. Seabad kemudian, pemain Malaysia telah mengejutkan dan menakluk dunia dengan corak permainan pantas dan teknik menyerang yang menandakan bermulanya dominasi pemain Timur di dalam bahagian lelaki. Sejak itu, Malaysia telah memenangi Piala Thomas sebanyak empat kali (1952, 1955, 1967, 1992). Walau bagaimanapun, Malaysia belum pernah memenangi Piala Uber, iaitu permainan berpasukan badminton dunia bagi wanita. Di peringkat Sukan Olimpik, Rashid Sidek telah berjaya memenangi pingat gangsa yang pertama untuk Malaysia dalam acara perseorangan (1996), manakala pemainpemain regu lelaki, iaitu Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta Jalani Sidek dan Rzif Sidek telah berjaya memenangi pihak perak dan gangsa pada Sukan Olimpik yang sama. Seterusnya pada Sukan Olimpik 2000 di Sdyney, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah telah mendapat tempat keempat dalam acara regu lelaki. tersebut dengan kemenangan atas Denmark 8-1 semasa

UNDANG-UNDANG Badminton boleh dimain antara dua orang (acara perseorangan) atau empat orang (acara regu). Tujuannya adalah untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring ke dalam gelanggang pihak lawan sama ada bulu tangkis menyentuh lantai gelanggang sebelum pihak lawan dapat membalasnya balik atau pihak lawan memukulnya keluar dari gelanggang atau terkandas di jaring. Bulu tangkis tidak boleh melantun pada bila-bila masa apabila ia dimainkan. Pemain hanya memperoleh mata apabila memenangi rali yang dimulakan dengan servisnya. Terdapat lima jenis acara yang dimainkan dalam badminton, iatu perseorangan lelaki dan wanita, regu lelaki dan wanita serta regu campuran. Terdapat beberapa cara pengiraan skor dalam badminton. Dalam permainan yang biasa, bentuk skor the best of three games digunakan, iatu 11 mata untuk perseorangan perempuan dan 15 mata untuk perseorangan lelaki, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran. Dalam perlawanan perseorangan, pemain yang membuat servis, lazimnya dipanggil dahulu dan skor kosong dirujuk sebagai love. Jika pemain yang membuat servis

mendapat mata genap dalam permainan perseorangan, beliau mesti membuat servis dari sebelah kanan kawasan servis gelanggang. Tetapi apabila di mata ganjil, maka servis perlu dibuat disebelah kiri gelanggangnya. Servis akan diarah ke gelanggang pihak lawan secara melintang dan pihak lawan perlu berada di di kawasan gelanggang tersebut sebelum servis boleh dilakukan. Pemain hanya mendapat mata apabila beliau memenang rali dari dari servisnya. Jika pemain menang rali pertama dengan servisnya dari kanan servis gelanggang, skor akan menjadi 1-0 dan beliau akan melakukan servis dari kiri gelanggang dan seterusnya .

R2

S1

R2

S2

B S1 S2 R1 R2 Kedudukan pembuat servis dipetak kanan Kedudukan pembuat servis dipetak kiri Kedudukan penerima servis dipetak kanan Kedudukan penerima servis dipetak kiri

ABCD Kawasan permainan perseorangan Rajah 1.1 Gelanggang badminton untuk acara perseorangan Manakala dalam pertandingan perseorangan wanita yang diiktiraf oleh IBF, pemain yang memperoleh 11 mata yang pertama akan memenangi perlawanan set tersebut. Jika skor perlawanan tersebut sampai ke mata 10 sama (10-10).

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON 6. Cara Menentukan Keputusan i. Kedua-dua belah pihak hendaklah bertanding dalam satu game 21 mata dari pusingan awal hingga ke pusingan Suku Akhir. ii. Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang pada mata 11. iii. Tambahan tiga ( 3 ) mata hanya dua puluh (20) sama. iv. Pada peringkat separuh akhir dan akhir, kedua pihak hendaklah bertanding dan memenangi dua daripada tiga game, 11 mata untuk ( Perseorangan Perempuan) dan 15 mata untuk Perempuan). 7. Pakaian i. Pakaian sukan mesti kemas, bersih dan sopan. Lukisan dan iklan tidak dibenarkan. ii. Sebarang jenis warna pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat Pengiklanan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF). 8. Gelanggang Permainan i. Gelanggang hendaklah berbentuk segiempat tepat dan dibuat sepertimana di Rajah A. ii. Garis-garis hendaklah yang mudah dibezakan dan seelok-eloknya berwarna putih dan kuning. iii. Gelanggang-gelanggang yang telah dipilih untuk perlawanan hendaklah mempunyai 9 meter (30 keseluruhan kurangnya gelanggang. gelanggang 2 meter ( kaki) Ketinggian dan 6.5 hendaklah yang minimum ada ruang lapang semua dari lantai sekurang(Peseorangan,Beregu Lelaki dan Beregu

kaki

) mengelilingi

garis-garis luar

9. Alatan i. Jenis bulu tangkis yang akan digunakan akan diputuskan oleh Pihak penganjur.

ii. Tiang. iii. Tiang-tiang hendaklah tinggi 1.55 meter dari permukaan gelanggang dan hendaklah diletakkan digaris sempadan tepi untuk beregu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah A. iv. Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka hendaklah diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis sempadan tepi di mana garis itu lalu di bawah jarring. Misalnya menggunakan jalur bahan lebarnya 40 mm yang dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring. v. Jaring. vi. Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan sama tebal dengan siratannya tidak kurang 15 mm dan tidak melebihi 20 mm. vii. Labuh jaring hendaklah berukuran 760 mm viii. Bahagian atas sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai iaitu di bahagian tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis-garis

sempadan tepi untuk acara beregu. ix. Tidak terdapat kawasan-kawasan yang renggang di antara hujung-hujung jaring dan tiang-tiang. Tidak perlu keseluruhan hujung jaring hendaklah diikat kepada tiang.

Anda mungkin juga menyukai