Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH PERKEMBANGAN ANTARABANGSA Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya

tersendiri. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dapat mengakui akan asal-usul permainan ini atau tempat asalnya. Lukisan-lukisan yang terdapat di beberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke-17 dan ke-18. Sumber sejarah juga menerangkan iatu di Negara China sudah ada sejenis permainan yang menggunakan bola berbulu yang mirip kepada bulu tangkis untuk badminton sekarang. Bagaimanapun catatan itu tidak pula menerangkan penggunaan pemukul atau raket atau bilangan pemain seperti sekarang. Menurut Encyclopedia Americana pula, permainan badminton pertama kali dimainkan di India. Orang India menamakannya sebagai poona. Menurut

encyclopedia itu, tarikh tepat kelahiran permainan ini di negara tersebut tidak pula dikesan, walaupun ramai yang berpendapat sekitar abad ke-17. Walaupun ada lagi dakwaan menyatakan sukan ini bermula di England, namun tempat asal permainan ini adalah di India. Dari India barulah badminton dibawa ke England. Ini dilakukan oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India, kemudian terikut-ikut dan turut sama bermain badminton. Mereka mencabut penyumbat botol yang diperbuat daripada gabus. Kemudian disekeliling gabus itu dilekatkan bulu angsa bagi memudahkan bola itu dilambung-lambung apabila dipukul atau disepak. Askar-askar Inggeris tadi, apabila bercuti atau telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka di India, telah pulang dan membawa bersama unsur-unsur permainan badminton ini. Duke of Beaufort, memperkenalkan permaina ini kepada masyarakat atasan Inggeris di sana, iatu disebuah bandar bernama Gloucester lebih kurang sekitar tahun 1873. Tempat permainan ini dinamakan badminton. Disebabkan orang Inggeris lebih biasa menyebut badminton daripada poona dan sesuai pula dikalangan penduduk di situ, mereka mula

menyebut permainan itu sebagai badminton sahaja. Lama-kelamaan nama asal yang lahir di India hilang begitu sahaja dan wujudlah badminton. Namun begitu, nama badminton berasal dari nama Kota Badminton di Wilayah Glouscestershire, England. Perkembangan permainan ini boleh dikaitkan dengan Tamadun China, Greek, Jepun dan India. Permainan ini mempunyai perkaitan dengan permainan primitif battledore dan shuttlecork. Dikatakan sebelum permainan ini, orang Cina telah bermain Ti Jian Zi atau menendang bulu tangkis, iatu satu permainan yang menggunakan kedua-dua belah kaki. Permainan tersebut menggunakan bulu tangkis, tetapi tidak jelas sama ada ia mempunyai kaitan kaitan dengan permainan battledore atau shuttlecork, dimana permainan ini telah diperkenalkan di Greek 2000 tahun sebelumnya. Permainan tersebut juga dimainkan oleh kanak-kanak di India dan askar-askar British yang bertugas di India dan askar-askar British yang bertugas disana pada tahun 1860. Pegawai-pegawai tentera ini telah mengubah permainan tersebut dengan menambah jaring dan memperkenalkan permainan tersebut dengan sebagai poona. Pada ketika itu, permainan po ona dilengkapi dengan peraturanperaturan permainan yang didokumentasikan pada tahun 1867.

Anda mungkin juga menyukai