Koleksi Lawak
Koleksi Lawak
Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada
kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Pen merah, pen biru, pen hitam....
Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...
Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!
DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan
sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?
Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut
kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.
Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot
GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....
SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah
jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!
DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer
CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau
Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi
muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Alahai buaya, ini manusia memang bahaya, hidup penuh foya-foya, habis anak dara diperdaya,
sekali pandang tampan bergaya, rupanya penipu berjaya.