Anda di halaman 1dari 10

pada Sabtu, Julai 17, 2010 | 0 komen |

Membina Rangkaian Rumah @ Home Networking - Bhg 1

Membina rangkaian rumah / SOHO / pejabat kecil tidak lah begitu sukar. Konsepnya sama
seperti membina kawasan rangkaian tempatan (LAN)

Peranti yang diperlukan :


 Modem DSL / ADSL2+ : untuk sambungan Internet, dengan Streamyx atau talian
broadband DSL lain.
 Router (bina dalam dengan modem), 4 port minimum : menguruskan talian rangkaian
dalaman dengan menguruskan trafik paket2 data antara nod dalam rangkaian.
 Switch (jika diperlu untuk pelebaran rangkaian) : fungsi switch adalah hampir seperti
router, ia tidak menguruskan paket data tetapi cuma menghalakan paket (switch) terus
port yang berkenaan tanpa perlu broadcast paket itu kesemua nod rangkaian seperti yang
dilakukan oleh hub.
 Acces point (untuk fitur wireless, WIFI) :  jika diperlukan. Anda juga boleh dapatkan
modem DSL yang mempunyai fitur wireless bina dalam. Wireless memudahkan anda
membina home networking tetapi anda perlu konfigur seting sekuriti betul2.
 Firewall (bina dalam dengan modem/router) : firewall paket filtering, diperlukan untuk
menghalang paket luaran yang tidak diperlukan.
 NAT (network address translation, bina dalam) .
 DHCP (bina dalam, modem / router) : servis ini akan mengumpukkan alamat IP kepada
sebarang nod dalam rangkaian LAN anda secara automatik.
 NIC (kad network) : jika diperlukan, biasanya PC hari ini mempunyai NIC on board dan
port RJ45 boleh didapati pada terminal I/O motherboard belakang casing PC.
 Wireless NIC (kad wireless network) : jika diperlukan, kedudukan tetap di mana kad
dipasang dalam PC.
 Wireless USB adapter : fungsi sama seperti wireless NIC kecuali anda boleh pasang ia
secara plug n play seperti peranti USB lain (thumb drive, printer dsb).
 Homeplug (jika diperlukan) : solution jika anda tidak mahu pendawaian kabel
networking berlebihan dalam bangunan atau rumah dan jika masalah dengan wireless
untuk menembusi dinding tebal dalam bangunan. Homeplug menggunakan soket elektrik
atau menggunakan sistem pendawaian elektrik sebagai medium transmisi data. Isyarat
data bergerak dalam wayar elektrik.

Solution terbaik adalah membeli modem ADSL2+ semua dalam satu, termasuk akses point
WIFI. Contoh modem  :

Aztech DSL605EW (cadangan), ADSL2+, router, 4 port LAN, WIFI G++ atau Aztech
DSL1000EW(L), ADSL2+, router, 4 port LAN, WIFI G atau lain-lain, wireless N mempunyai
bandwidth 300Mbps dan jarak lebih jauh.

Jenama lain : D-Link, TP-Link, Prolink, Linksys (Cisco), Artnet, SMC, Belkin dan lain2.

Harga : RM100++

Komponen rangkaian lain

Contoh Port RJ45 dan kabel RJ45.


Contoh Network interface card (NIC), wireless NIC dan NIC on board.

Contoh Wireless Access Point, dan Wireless USB adapter

Contoh Homeplug
Contoh Modem ADSL+ (4 in 1, 5 in 1 dan lain2), built in router, LAN, wireless access point,
firewall, DHCP, NAT dan sebagainya.

Contoh Network switch untuk LAN yang lebih besar.

Contoh implementasi : Untuk LAN yang besar seperti kampus, peranti2 rangkaian (rack
mounted) seperti router, switch, hub, malah server 1U/2U ditempatkan dalam kabinet berkunci.

pada Sabtu, Julai 17, 2010 | 0 komen |

Membina Rangkaian Rumah @ Home Networking - Bhg II

(sambungan ...)

Reka bentuk layout rangkaian

Untuk mewujudkan sistem rangkaian sama ada rangkaian rumah atau pejabat kecil, anda masih perlu
merancang plan layout fizikal rangkaian anda, sekurang-kurangnya secara lakaran. Misalnya ruang dalam
bangunan yang akan ditempatkan komputer atau nod rangkaian, bilik ke bilik atau tingkat ke tingkat,
tebal dinding, jarak dan keluasan.

Contoh : plan LAN yang mudah


Contoh : plan rangkaian berkabel dan wireless untuk rangkaian rumah.

Sambungan kabel
Sambungan nod berkabel sangat mudah, hanya sambungkan kabel network ke nod sama ada PC atau
peranti. Servis DHCP dalam modem akan memperuntukkan IP private yang disediakan oleh servis NAT
kepada nod itu. Modem perlu dikonfigur dengan akaun broadband anda (seperti streamyx) terlebih
dahulu. Apabila modem mendail ISP dan disambungkan ke ISP, rangkaian anda disambungkan ke
Internet secara perkongsian talian. Perkongsian talian ini diuruskan oleh servis NAT yang menterjemah
alamat IP awam dari ISP ke ISP private dalaman, dan juga servis router yang menguruskan trafik
rangkaian dalaman dan juga ke Internet.
Satu kelebihan pendawaian secara kabel, bandwidth setiap port adalah dedicated atau dikhaskan
kepada nod yang disambungkan tanpa perkongsian bandwidth. Iaitu katakan router mempunyai 4 port
RJ45 (LAN), bandwidth bagi port 1 adalah 100Mbps (atau 10 / 1000Mbps mengikut switch / router dan
juga NIC) uplink dan 100Mbps downlink, oleh itu jumlah bandwith bagi port 1 adalah 200Mbps. Setiap
port mempunyai bandwith masing2, oleh itu port 2,3 dan 4 juga mempunyai jumlah bandwidth
200Mbps masing2. Oleh kerana bandwidth adalah khusus dan tidak dikongsikan maka ia sesuai untuk
rangkaian dalaman yang memerlukan kelajuan tinggi dan kestabilan talian yang tetap. Had jarak kabel
rangkaian (CAT5e) maksimum adalah 100 meter. Bandwidth dedicated ini hanya benar jika
disambungkan ke switch atau router, jika disambungkan ke hub (discontinued, tidak lagi digunakan)
bandwidth adalah dikongsikan.

Wireless
Bagi seting wireless, ada perlu tetapkan SSID bagi access point (modem) anda bersama dengan key WEP
atau WPA. Jika tiada kesulitan, anda perlu tetapkan SSID sebagai hidden (tersorok) supaya AP anda sukar
untuk dihack. Jika anda tidak menetapkan tetapan sekuriti dengan betul, talian Internet anda akan
digunakan oleh jiran2 anda atau mereka yang berdekatan secara percuma. Kesannya? Internet anda
akan menjadi perlahan apabila trafik terlalu tinggi.

Bandwidth bagi wireless adalah dikongsikan, tetapi bergantung juga kepada standard bandwidth AP
seperti wireless G, wireless G++, wireless draft N dan juga bandwidth nod wireless itu sendiri. Jika
bandwith AP adalah 125Mbps dan ia boleh menampung dua nod wireless pada 54Mbps, jika lebih
daripada dua nod wireless maka bandwidth AP perlu dibahagikan mengikut bilangan nod. Tetapi ini juga
bergantung kepada trafik semasa setiap nod.

Homeplug
Contoh : plan rangkaian berkabel, wireless dan homeplug untuk rangkaian rumah.
Plan rangkaian ini hampir sama seperti di atas kecuali kabel rangkaian hanya digunakan untuk jarak
pendek. Pendawaian kabel rangkaian bilik ke bilik digantikan dengan homeplug yang diplugkan ke soket
elektrik di dinding. Kabel rangkaian pendek digunakan untuk menyambungkan homeplug dengan PC
atau apa-apa peranti rangkaian.

Pendawaian menggunakan wayar elektrik adalah lebih kemas kerana pendawaian elektrik telah sedia
ada dalam bangunan. Kos pendawaian atau kerja2 pendawaian kabel rangkaian dapat dijimatkan.
Penggunaan homeplug juga membantu untuk jarak jauh atau di mana dinding bangunan agak tebal dan
gelombang WIFI sukar untuk menembusinya. Namun harga bagi satu homeplug pada masa ini agak
mahal (dari RM80) terutama jika setiap nod memerlukan satu homeplug. Homeplug perlu dipasang
minimum dua unit seperti rajah berikut.

Bandwidth bagi homeplug adalah sama seperti AP. Ia juga bergantung kepada bandwidth homeplug
yang disambungkan ke router serta bandwidth port router yang dihubungkan ke homeplug.

Konfigurasi Rangkaian

Konfigurasi rangkaian menentukan rangkaian yang dibina berfungsi atau tidak. Ia mungkin
memeningkan kepala jika ia tidak dilakukan dengan baik.

Rangkaian rumah tidak berasaskan pelayan atau rangkaian "peer-to-peer", oleh itu masing2 adalah
bebas mencapai rangkaian yang dikongsi. Bagi setiap komputer rangkaian, anda perlukan alamat
nombor IP untuk komputer itu, IP sub mask, ip gateway dan juga IP DNS (domain name servers). Alamat
bagi komputer anda serta tetapan lain akan dijanakan secara automatik oleh ISP komputer anda semasa
di sambungkan ke Internet.
Bagi home networking yang kita bincangkan di atas, oleh kerana modem/router yang mendail internet
maka alamat IP yang diberikan oleh ISP akan diumpukkan kepada router itu. Router akan bertindak
sebagai gateway untuk LAN anda mencapai Internet.

Router mempunyai dua alamat IP satu IP private dan satu lagi IP public yang diberikan oleh ISP bila
sambungan Internet dibuat. Alamat IP private router adalah "default gateway" kepada LAN anda. Setiap
nod dalam LAN yang mahu mencapai Internet akan melalui router (gateway) yang memproses trafik2
rangkaian dalaman ke Internet. Secara ringkas router mempunyai dua tugas menguruskan trafik
rangkaian dalaman dan satu lagi menguruskan capaian trafik dalaman ke Internet.

Setiap PC atau nod mestilah dibezakan dalam rangkaian berdasarkan alamat IP. Servis DHCP dalam
modem boleh memperuntukkan alamat IP private daripada NAT. NAT adalah proses pemetaan alamat IP
private (192.168.x.x) kepada satu alamat IP public yang diperuntukkan oleh ISP. Proses penterjemahan
alamat IP ke alamat IP awam ini juga dilakukan oleh router.

Satu kelebihan NAT ialah ia boleh memisahkan rangkaian dalaman daripada rangkaian luaran
sepenuhnya. Ini adalah satu bentuk firewall dan sekuriti rangkaian di mana rangkaian luaran seperti
Internet tidak boleh mencapai LAN anda secara terus. Private IP hanya sah dalam rangkaian dalaman
sahaja, ia tidak diterjemah dan digugurkan oleh router luaran.

Servis DHCP juga mengumpukkan tetapan rangkaian seperti submask, alamat IP pelayan DNS, gateway
dan WINS kepada komputer yang meminta servisnya. Dalam rangkaian rumah apabila kabel LAN
disambungkan ke router modem ADSL+, mula2 sistem operasi komputer akan cuba mendapatkan IP
daripada servis DHCP (jika tetapan rangkaian dibuat secara automatik). Sistem operasian kemudian akan
menetapkan tetapan rangkaian pada komputer secara automatik berdasarkan tetapan yang diberikan
oleh DHCP. Jika anda menetapkan tetapan rangkaian secara manual, semua tetapan rangkaian bagi
setiap nod perlu ditetapkan secara manual satu persatu. Tetapan manual juga mempunyai kelebihan
sendiri berbanding servis DHCP di mana ia mewujudkan rangkaian yang lebih stabil, tiada jangka hayat
bagi IP ditetapkan berbanding DHCP.

Begitu juga dengan rangkaian wireless, untuk tetapan rangkaian seperti alamat IP, submask, gateway
dan DNS ia juga ditetapkan oleh servis DHCP dalam modem/router. Tetapi untuk membolehkan wireless
adapter PC anda ataupun wireless LAN PC anda disambungkan ke access point wireless, anda perlu
membuat beberapa tetapan tentang rangkaian wireless LAN anda.

Mula2 tetapkan tetapan sekuriti SSID dan kekunci pada AP modem / router. Pastikan capaian hanya
dibenarkan jika log in SSID / key itu sah sahaja. Untuk keselamatan AP, anda perlu pilih teknik enkripsi
WEP atau WPA bagi penyulitan data rangkaian. Sorokkan SSID AP anda jika perlu, ini akan menyukarkan
cubaan luar untuk disambungkan ke rangkaian anda walaupun mereka dapat mengesan kehadiran WIFI
@ wireless LAN anda. Key bagi AP adalah nombor heksadesimal, nombor perenam belas (0, 1, 2, 3, 4, 5,
6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F). Adalah lebih baik jika anda tidak menggunakan default key AP dan
menggunakan key yang anda ciptakan sendiri.

Untuk modem pula, anda perlu memasukkan tetapan akaun broadband kepada modem ADSL+ anda. Ini
membolehkan modem menyambungkan rangkaian ke Internet secara automatik apabila modem
dihidupkan.

Rangkaian LAN yang lebih besar

Walau pun anda boleh menggunakan switch untuk melebarkan rangkaian, router 4 port LAN tak mampu
untuk menguruskan trafik lebih daripada 5 atau 6 nod. Anda mungkin perlukan router yang lebih besar
bilangan portnya dan pelan rangkaian yang lebih rumit. Di mana anda mungkin perlu router khusus
(bukan built-in dengan modem ADSL+) atau pelayan2 tertentu. Lebih besar suatu rangkaian maka lebih
rumit lagi rangkaian itu dan ia merupakan satu subjek atau bidang yang agak besar untuk dibincangkan
di sini.

Misalnya, rangkaian LAN bagi perjabat seperti ini walau pun kecil memerlukan perancangan
pemasangan rangkaian dengan betul. Anda memerlukan peranti2 rangkaian yang lebih khusus seperti
router, switch, AP, rak, pelayan2, printer server, NAS atau file server, Windows Server (domain
controller dsb)  dan sebagainya. Untuk talian Internet sudah tentu anda perlukan talian korporat yang
lebih besar bandwidthnya, dedicated IP dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai