Anda di halaman 1dari 31

Perkembangan Fizikal

“ Implikasi Terhadap Pengajaran dan


Pembelajaran”

Kumpulan 4
Nama Kumpulan:
Nur Syamera
Nur Izzati
Subaihah
Pengenalan
• Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz
fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan,
fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia
( Woolfolk & Margetts,2007).
• Perubahan-perubahan yang berlaku mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak
langsung (Hurlock,1978).
• Perkembangan kanak-kanak membolehkan mereka
melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dengan rakan
sebaya mereka.
• Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan
otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan
emosi.
Pendekatan, strategi dan kaedah
• Belajar melalui bermain adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga
akan mendatangkan keseronokan dan
kepuasan kepada mereka dalam sesuatu
pengajaran yang hendak disampaikan.
• Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat
menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal.
• Menurut Caplan dan Caplan 1973, main
sebagai penentu penting bagi perkembagan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan
emosi, perkembangan sosial dan intelek di
samping dapat memperkembangkan kekuatan
fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang
murid.
• Menurut Mok Soon Sang, dalam bukunya
Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main
merupakan satu teknik mengajar yang
memberi peluang kepada murid-murid
melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-
pura di dalam keadaan terkawal.
• Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
berlandaskan prinsip belajar sambil bermain.
• Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.
Permainan merupakan saluran yang boleh
mengembangkan perkembangan kanakkanak
ke tahap yang optima.
• Oleh kerana permainan merupakan sesuatu
kekuatan dan pengalaman yang penting
menjadi asas dalam model pendidikan awal
kanak-kanak.
• Menurut Buku Panduan Guru (Pusat
Perkembangan Kurikulum), belajar melalui
bermain adalah satu pendekatan yang
terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar dalam suasana
yang bebas dan selamat, menggembirakan
dan bermakna.
Objektif P&P
• i. Guru memahami kepentingan pendekatan aktiviti
belajar melalui bermain dan pelaksanaanya di tadika-
tadika.
• ii. Menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh
guru dalam menguruskan aktiviti belajar melalui
bermain .
• iii. Mengenal pasti kelemahan guru dalam
menjalankan aktiviti kaedah bermain.
• iv. Mengenal pasti kesesuaian latihan yang diperolehi
oleh mereka.
Bayi (lahir hingga 2 tahun)

1. Berat bayi semasa kelahiran puratanya 3.5kg.


2. 2 tahun yangg pertama, pertumbuhan & perkembangan
bayi berlaku pada kadar yg pesat.
3. Berat bertambah 10kg & ketinggian bertambah 40cm.
4. Saiz & kompleksi otak juga bertambah, manakala sel
neuron dalam otak berkembang dan organisasinya
memerlukan pengalaman selepas lahir.
5. Pd 6-8 bulan gigi susu bawah sudah mula kelihatan.
6. Pertumbuhan ini dipengaruhi kesihatan bayi,baka,dan
khasiat yg diterima sebelum/selepas kelahiran.
7. Pertumbuhannya bermula pada gusi bawah diikuti gigi atas.
8. Sekuen yang sebaliknya menyebabkan posisi rahang tidak
tepat & susunan gigi yang tidak sempurna.
9. Bayi mula menunjukkan autonomi & kekuatan melalui
pergerakkan seperti memusingkan badan & merangkak
hasil perkembangan psikiomotor yg melibatkan otot-otot
besar (leher,tangan & kaki).
10. Pergerakan otot halus (jari tangan) pula, membolehkan
bayi mencapai, menggengam & koordinasi antara mata &
tangan kelihatan.
11. Di akhir tahun kedua, bayi sudah mula melakukan
aktiviti yang kompleks yang melibatkan beberapa langkah
seperti memegang pensil & menulis.
Implikasi kepada penjagaan & pembelajaran bayi.

 Stimulasi visual & pendengaran perlu utk bahagian otak


terbabit menyusun maklumat.
 Jadi, pengalaman harian biasa yg menyediakan stimulasi
ini dapat merangsangkan organisasi perkembangan otak.
 Bayi yg tidak dapat menerima stimulasi-stimulasi ini
mempunyai risiko perkembangan otaknya terganggu.
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun
pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama
pembelajaran berlaku.

Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa


atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak.
Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. Jenis-jenis


interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun,
kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru
untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila
anda tidak tidur malam meredakan tangisannya).
CONTOH AKIVITI

•BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA.
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di
wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi
memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma
perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

•GELETEK BAYI.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama
dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan
‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak
menjangka apa yang bakal berlaku. 

•BACA BUKU.
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan
dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali
berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa. 
Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

1. Kadar pertumbuhan fizikal perlahan pada peringkat ini


jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama
kanak-kanak tersebut.
2. Ketinggiannya 2 kali bertambah berbandinag semasa
dilahirkan & berat badannya 4 kali ganda.
3. Otot-otot besar sudah berkembang tapi otot halus belum
berkembang dengan sempurna.
4. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak
perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki
pada peringkat ini.
5. Perubahan dalam psikomotor ini mengikut aturan, seperti
kanak-kanak boleh berjalan dahulu sebelum berlari.
6. Jadual di bawah menunjukkan beberapa pencapaian
aktiviti psikomotor kanak-kanak yg boleh digunakan
sebagai petunjuk perkembangan mereka.

Umur (tahun) Perkembangan psikomotor


2 - Menaiki tangga dgn bantuan
- Memegang objek besar spt bola & memanipulasi objek
kecil spt krayon.
3 - Melambung bola
- Membutangkan bajunya dgn sendiri
4 - Melompat & berlari
- Menaiki & menurun tangga tanpa bantuan

5 -Menggunakan kasut roda


- Menulis huruf & perkataan yg mudah
Implikasi kepada pengajaran & pembelajaran
dalam kelas

 Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya


setakat mana yg perlu.
 Bantuan yg berlebihan akan mengalakkan pergantungan
kanak-kanak kpd ibubapa/guru & menimbulkn perasaan
kurang yakin.
 Mereka akan mendapat kepuasan jika berjaya melakukan
sesuatu dgn sendiri.
 Elakkn membanding antara mereka kerana tahap
perkembangn mereka berbeza.
 Guru boleh menyediakn aktiviti permainan seperti bola,
kad imbasan, mewarna dll kerana mereka aktif pd tahap
begini.
CONTOH AKTIVITI

• contoh aktiviti koordinasi motor kasar

Membaling guli ke alam kotak


Objektif : untuk membina koordinasi mata dan
tangan semasa membaling guli ke dalam kotak
serta kemahiran mengira
Bahan : 15 biji guli, kotak (30cm x 30cm)
Prosedur : 1. letakkan kotak dalam jarak 1m
daripada tempat membaling
2. Minta kanak-kanak balingkan guli-guli
tadi ke dalam kotak
3. Kemudian suruh mereka kira
• Contoh aktiviti koordinasi motor halus

Bermain dengan plastisin


Objektif : untuk membina otot-otot tangan
dan jari dengan meramas, memicit,
mencubit dan menggentel
Bahan : pelbagai warna plastisin
Variasi : kanak-kanak boleh digalakkan
untuk membuat bentuk-bentuk spt
bentuk geometri, buah-buahan atau binatang
KANAK-KANAK ( 7-12 TAHUN)
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat
ini stabil dan tidak begitu pesat.

Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih


bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran
psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan


gigi susu akan diganti.

Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada


umur 8 hingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak
pada 12 tahun.
Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila
mereka berumur antara 10-12 tahun dan mencapai tahap
kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Umumnya
kanak-kanak menjadi semakin kurus.

Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak


menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat,
cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada
aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan


tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis
dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik.
IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM KELAS
Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan
aktiviti-aktiviti seperti melukis.

Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak


untuk kanak-kanak lelaki seperti bola sepak manakala
permainan bola jaring untuk pelajar perempuan.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu


diterapkan kepada kanak-kanak.
AWAL REMAJA ( 12 - 15 TAHUN )
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini
adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan
semasa bayi.

Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja


perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya.

Manakala bagi lelaki pula akan melalui perubahan suara


atau ‘suara pecah’.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja


perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun
tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh
lebih lama.
IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM KELAS

Guru boleh merancang dan melaksana aktiviti seperti ceramah,


kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya,
rupa dan bentuk badannya.

Guru boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja


membina daya tenaga dan daya tahan. Ini kerana remaja pada
peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan fizikal dan
bentuk badan.

Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan


jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat.

Akil baligh juga menandakan kematangan dari segi seksual.


Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk
remaja membincang dan bertanya tentang
perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka
agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat.

Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada


perubahan-perubahan ini kerana ia
mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat
kanak-kanak di dalam pembelajaran di sekolah
Guru juga perlu memberi nasihat kepada pelajar
berkenaan kesihatan pada tahap ini.Antaranya ialah:

a) Mengamalkan tabiat kesihatan diri


ii. Menjaga kebersihan diri dan pakaian
iii.Memahami pentingnya menjaga kebersihan
badan, pakaian, dan kasut
iv.Memahami pentingnya memakan makanan
seimbang
v. mengamalkan tabiat makan yang betul
vi.Menyedari pentingnya berehat pada masa yang
sesuai
vii.Menggunakan tandas dengan betul
viii.Menyedari dan mengamalkan posisi tubuh yang
betul.
b) Mengamalkan tabiat kebersihan alam
sekitar

i. Menjaga kebersihan bilik, alat-alat dan


kawasan tadika
ii. Menolong menjaga kebersihan rumah
dan persekitarannya
iii.Menolong menjaga kebersihan tempat
dan alat- alat kemudahan awam
c) Membiasakan diri dengan suasana
klinik

i. Mahu mendapatkan rawatan dan


nasihat daripada doktor dan jururawat
apabila perlu
ii. Menyedari pentingnya ubat untuk
membantu menyembuhkan penyakit
Guru juga perlu menekankan aspek keselamatan
kepada pelajar-pelajar.Antaranya ialah:

a. Menyedari dan mengenal keadaan dan perbuatan


yang menyebabkan kemalangan dan mendatangkan
bahaya
b. Mengetahui tempat-tempat berbahaya
c. Menolong menjaga keselamatan alat-alat,
bangunan, dan kawasan tadika
d. Mengetahui cara-cara mencegah kemalangan
e. Memberitahu guru, ibu bapa, dan orang dewasa
apabila diancam bahaya
 
Sekian, terima kasih 

Anda mungkin juga menyukai