Anda di halaman 1dari 4

KANDUNGAN CATATAN

Salam
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Terima kasih pengerusi majlis,barisan hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga


masa yang budiman,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Marilah kita sama-
sama hayati kisah yang akan disampaikan saya pada hari ini.

Wahai kawan kawan dengar ini cerita, Kata aluan


Kisah perang uhud menang dalam kalah, (nasyid)
Kesan tidak mendengar arahan ketua,
Akhirnya tentera muslimin menerima padah.

Inilah tajuk kisah yang akan saya sampaikan hari ini iaitu mengenai Tajuk
Peperangan Uhud.

Hadirin sekalian,
Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal Tahun 3 Hijrah. Dinamakan Isi 1
Uhud, mengambil sempena berlaku di kawasan Bukit Uhud berhampiran
Huraian
Madinah. Seramai 1000 orang tentera muslimin dipimpin Rasulullah terlibat
tetapi 300 orang berpaling tadah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubay.
Manakala tentera Quraish berjumlah 3000 orang, diketuai oleh Abu Sufyan
Dalil
Al-Harb.

Firman Allah dalam surah As-saff ayat 4:




Pengajaran
Isu semasa

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam
barisan yang teratur

Sesungguhnya kawan-kawan,beriman kepada Rasul merupakan Rukun Iman


ke-2. Kita sebagai umat Islam wajib beriman kepada Rasul dan
mengamalkannya dalam kehidupan. Sambutan maulidur Rasul yang menjadi
agenda tahunan negara, adalah tanda kecintaan kita kepada baginda.
Kawan-kawan..

Mengapakah tercetusnya Peperangan Uhud? Isi 2

Di hati Kaum Quraisy hasad menular, Huraian


Dendam membara kerana Badar, (pantun)
Perang pertama mereka kalah besar,
Uhud menjadi medan yang mereka sasar.

Tambahan pula,laluan perdagangan bukan lagi hak mereka malah penduduk


Madinah menguasainya.Faktor tersebut mendorong kaum Quraisy
merancang untuk melakukan serangan balas kepada kaum Muslimin.

Sabda Nabi Dalil








" Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang menaruh dendam
kesumat
Hadis Riwayat Muslim
Isu semasa
Contohnya kawan-kawan,kes tembakan sekeluarga 4 beranak di Bayan Baru Pengajaran
kerana dendam amat menginsafkan kita. Oleh itu, kita seharusnya sabar dan
jauhilah sifat dendam dalam kehidupan.

Hadirin sekalian,
Isi 3
Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat. Tiadanya Huraian
muafakat hancurlah setiap apa yang diusahakan. Begitu juga dengan
peperangan Uhud, walau jumlah tentera Islam kecil berbanding tentera
Quraish namun Rasulullah telah menyusun perancangan yang rapi.
Sekiranya diikuti dan ditaati oleh tentera Islam pasti Islam akan menang (pantun)
dalam peperangan ini.

Strategi dirancang penuh bijaksana,


3 kumpulan dibahagi tentera,
Sayap kiri kanan penyerang berbisa,
Kumpulan pemanah benteng utama.

Kepada pemanah Rasul berpesan,


Tetap dipuncak walau apa keadaan,
Quraisy bertempiaran membunga kemenangan, Dalil
Meninggalkan bukit mendapatkan harta rampasan.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 45:

Pengajaran
Isu semasa


.

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan


musuh maka, tetapkanlah hati kamu.

Perancangan rapi penting untuk menempah kejayaan . MAPA 21 ataupun


pembelajaran abad 21 merupakan perancangan bagi meningkatkan kualiti
pendidikan. Perancangan ini akan membawa kejayaan besar dalam sistem
pendidikan negara.
Kawan-kawan

Isi 4
Melihat tentera muslimin leka dengan rampasan perang, tentera Quraish Huraian
pada masa itu yang diketuai oleh panglima perang Quraisy Khalid alwalid
telah mengambil peluang menyerang pasukan pemanah yang sepatutnya
tetap teguh di atas bukit Uhud. Pasukan pemanah terkepung dan terkejut (syair)
dengan serangan tiba-tiba tersebut, semangat tentera Islam menjadi kendur
setelah tersebar pula fitnah kewafatan Rasulullah.

Tentera Islam menjadi huru hara, Dalil


Disangka menang, kecundang rupanya,
luka parah mengundang duka,
70 syahid menambah sengsara.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 166:


Pengajaran
Isu semasa

..

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka
kekalahan itu adalah dengan izin Allah

Kekalahan diterima penuh redha.Taatilah pemimpin kita. Peristiwa ini menjadi


peringatan kepada umat Islam bahawa taat itu sangat itu sangat penting.
Seperti yang kita lihat terjadi di Negara Turki. Ketaatan rakyat Turki kepada
perdana menteri mereka telah berjaya menggagalkan rampasan kuasa.

Penutup
Yakawan-kawan, Demikianlah kisah Perang Uhud. Meskipun tentera Islam
mengalami kekalahan, namun peperangan tersebut dapat menguji
keimanan.
nasyid

Ayuhlah kawan-kawan
kita ambil pengajaran,
Mantapkan iman tingkatkan amalan
Dugaan ditempuh penuh kesabaran, matlamat kita syurga idaman.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh