Anda di halaman 1dari 6

BUDAYA DAN ETIKA PENYELIDIKAN:

Pengalaman dari sebuah negara maju


 

Penulis: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob

Program Geologi, UKM

Sememangnya pengalaman belajar di negara asing terutama di negara maju


adalah merupakan pengalaman yang menyeronokan dan sukar dilupakan. 
Tujuan utama mestilah untuk menuntut ilmu untuk keperluan agama, bangsa dan
negara yang menjadikan pengalaman ini menjadi bertambah manis dan amat
berharga.  Disamping pengalaman manis tersebut tersembunyi pengalaman
pahit dan perit berada diperantauan yang elok juga diperkatakan terutama sekali
apabila mengalami masalah buntu dalam penyelidikan seperti; kerja makmal
yang tak menjadi, idea penulisan yang tak kunjung menjelma dan sebagainya. 
Tidak dinafikan guru kepada penyelidikan adalah buku-buku dan kertas-kertas
penyelidikan di perpustakaaan disamping dorongan dan tunjuk ajar dari
penyelia.  Doa kepada Allah dan juga usaha yang bersungguh-sungguh adalah
amat perlu dan begitu membantu dalam kejayaan sesuatu penyelidikan. 
Kebanyakan penyelia hanya memandu kita ke arah yang betul serta data-data
yang diperolehi adalah mencukupi untuk dijadikan bahan tesis nanti.  Pernah
seorang penyelia berkata "Membuat penyelidikan boleh diibaratkan kita
ditinggalkan di dalam hutan tebal keseorangan, jadi kita mencuba membuat jalan
laluan keluar.  Mungkin beberapa jalan perlu dibuat sebelum jalan keluar dapat
dicari; yakni kajayaan".

 
Seterusnya, tidak dapat dinafikan penyelidikan yang betul adalah mengikut tertib
atau aturcara penyelidikan yang tepat dan positif.  Ini bermula seawal sebelum
pendaftaran untuk membuat penyelidikan dibuat dengan adanya proposal yang
baik, yang bersesuian dengan masa, kos dan kepakaran di tempat penyelidikan
tersebut.  Kajian terdahulu juga amat penting terutama untuk memastikan
sumbangan yang dibuat dalam bidang tersebut bukan merupakan ulangan dari
penyelidikan yang lain.  Ini diikuti dengan kerja makmal (atau lapangan), analisis
data, penulisan tesis, peperiksaan viva dan juga keputusan samada lulus atau
gagal.

Pengalaman penulis bekerja di dalam kumpulan penyelidikan yang dinamakan


"Geo-Environmental Research Centre" dan bekerja di bawah tiga jabatan yang
berbeza: Earch Science Department, Civil Engineering Department, dan juga
Materials and Minerals Department di Cardiff University, United Kingdom banyak
memberikan -pengalaman yang amat berharga, terutama sekali apabila kita
berpeluang bergaul dengan pakar-pakar yang berbakat dalam pelbagai bidang. 
Tidak dapat dinafikan yang kekayaan sesebuah jabatan di universiti di luar
negara adalah bergantung kepada kebolehan fakulti tersebut untuk meniagakan
jabatan mereka bagi mendapatkan wang dari luar yang berupa geran-geran
penyelidikan serta pelajar penyelidik asing (oversea students) yang turut juga
menyumbang dengan bayaran yuran mereka yang tinggi berbanding dengan
pelajar tempatan (lapan kali ganda!!!).  Dengan adanya projek-projek tersebut
maka sesebuah jabatan itu dapat berkembang dan bersaing dengan jabatan lain
samada di universiti tersebut atau di universiti yang berlainan.  Boleh dikatakan
penyelidikan yang dijalankan di jabatan yang mewah/kaya dapat memberikan
banyak kemudahan kepada kejayaan sesuatu penyelidikan; contohnya
kemudahan mendapatkan komputer persendirian yang tercanggih untuk kerja-
kerja penulisan dan kemudahan internet dan penempahan alat-alat makmal yang
boleh dibuat dengan serta-merta.  Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain
seperti mesin scanner, printer, plotter, dan sebagainya yang banyak membantu
dalam menjayakan kerja-kerja penyelidikan.  Banyak juga kumpulan-kumpulan
penyelidik (research groups) yang ditubuhkan oleh malim sarjana bertujuan
untuk mengaktifkan dan menaikan nama jabatan mereka (contohnya ialah
seperti MINPEG di Program Geologi, UKM).  Setiap kumpulan penyelidik dan
jabatan mereka mempunyai laman web mereka sendiri yang sentiasa di kemas-
kinikan; berfungsi untuk memberikan maklumat serta mempromosi kebolehan
mereka dan jabatan mereka dalam membuat penyelidikan dalam bidang yang
berkaitan.

Dari segi masa, penyelidikan di United Kingdom dibuat dalam sela masa dari jam
9:00 pagi hingga jam 5:00 petang lima hari seminggu.  Selalunya sudah menjadi
budaya kerja mereka bekerja dari jam 9-5, dan pada masa tersebutlah segalanya
dilakukan dari menjalankan ujikaji makmal, memasukkan data kedalam
komputer, serta menulis kertas-kertas penyelidikan.  Boleh dikatakan jabatan
agak lengang selepas jam 5:00 petang.  Sehinggakan pelajar akan diberikan
pujian (merit) jika datang bekerja pada hari sabtu dan ahad atau disebelah
malamnya, terutama apabila terserempak dengan penyelia (ketua penyelidik)
pada masa-masa tersebut.  Penyelidikan dibuat dengan tekun dan serius, dan
hasilnya ialah ketepatan dan kecepatan untuk perolehan data yang boleh
digunakan untuk membuat kertas-kertas penyelidikan dan penulisan tesis.  Ada
juga beberapa penyelia yang sekali-sekali mengintip pelajar mereka untuk
memastikan kehadiran mereka setiap hari!!!.

Perbincangan adalah sesuatu yang amat penting bagi menjayakan sesuatu


penyelidikan.  Perbincangan dengan kawan-kawan, penyelia, pansihat (jika ada)
berkaitan dengan kerja penyelidikan juga amat penting.  Perbincangan secara
formal dengan penyelia hendaklah selalu dibuat bagi menjayakan sesuatu projek
penyelidikan.  Selalunya perbincangan dengan penyelia hanyalah berkaitan
dengan masalah penyelidikan sahaja seperti masalah menggunakan alat serta
makmal di jabatan yang berlainan dan memerlukan surat dari penyelia,
menentukan kuantiti dan kualiti data yang diperolehi adalah mencukupi untuk
penulisan tesis dan boleh diterbitkan untuk persidangan (journal), memastikan
yang penyelidikan ada peningkatan dari hari ke hari dan juga memastikan bidang
yang diterokai itu tidak bertindih dengan kajian yang telah dibuat di masa lalu
oleh penyelidik yang lain.  Perbincangan dalam kumpulan dengan penyelia dan
pelajar yang lain (group meeting) juga berperanan untuk membincangkan
masalah yang dihadapi dan juga hasil yang diperolehi.   Perbincangan yang tidak
formal selalu jugak dibuat semasa minum (tea break), di mana terdapat bilik khas
yang disediakan untuk kakitangan jabatan serta pelajar untuk menghabiskan
masa rehat mereka.  Masa tersebut selalunya digunakan untuk berbual dan
berbincang apa sahaja; termasuklah masalah penyelidikan dengan rakan pelajar
serta kakitangan akademik dan bukan akademik yang ada.  Pelajar-pelajar
penyelidik dibawah satu penyelia yang membuat kajian yang sama ditempatkan
di dalam bilik yang sama; ini boleh membantu proses pembelajaran melalui
perbincangan, persaingan yang sihat, perkongsian alat-alat seperti pencetak
atau scanner dan sebagainya.

Penerbitan sesuatu penyelidikan juga berperanan untuk mempromosikan


kejayaan pelajar dan sesuatu penyelidikan.  Setiap kumpulan penyelidikan
berlumba untuk menghantar data awal mereka ke persidangan antarabangsa
dengan menggunakan pelajar sebagai media.  Boleh dikatakan setiap
pelajar/ahli penyelidik bernasib baik untuk dihantar ke persidangan dengan
perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh jabatan/penyelia untuk
membentangkan hasil kajian mereka.  Ini membantu dan mendedahkan pelajar,
penyelia, kumpulan penyelidikan, jabatan dan universiti kepada dunia luar. 
Hasilnya ialah mungkin ada syarikat-syarikat atau agensi-agensi kerajaan yang
berminat dengan kajian mereka dan berkemungkinan mereka akan memberikan
sumbangan kewangan untuk penyelidikan tersebut.  Pengalaman
membentangkan kertas persidangan di persidangan yang bertaraf antarabangsa
boleh mendedahkan pelajar kepada dunia penyelidikan yang sebenar dan
seterusnya menambahkan lagi keyakinan diri semasa menghadapi viva
(peperiksaann) nanti.  Pernah dikatakan yang kertas penyelidikan dari kajian
tesis merupakan passport untuk memasuki viva; bagi membuktikan kepada
pemeriksa yang data yang diperolehi boleh dipercayai dan telahpun di
terbitkan!!!.  Di samping itu, terdapat juga seminar-seminar ringkas yang dibuat di
jabatan terbuka kepada pelajar untuk membincangkan hasil awal yang
diperolehi.  Seminar tersebut dihadiri oleh pensyarah dari pelbagai bidang yang
mungkin berminat mendengar kerja penyelidikan tersebut yang boleh
memberikan komen serta membaiki sebarang kelemahan yang ada.

Kebolehan berkomunikasi (dalam bahasa inggeris!!!) dengan baik juga amat


diperlukan; ini termasuklah dengan mengajukan soalan yang sopan dan bertertib
serta memanggil nama penyelia dan kakitangan dengan nama-nama yang betul. 
Selalunya nama keluarga (surname) digunakan untuk panggilan kepada penyelia
dan kakitangan jabatan dalam segala urusan.  Kadang-kala pangkat juga perlu
diletakkan seperti professor, doktor dan sebagainya.  Ini penting untuk
mengeratkan ikatan dan rasa hormat pelajar kepada penyelia/kakitangan baik
semasa bercakap di depan, di telefon, menulis e-mail dan sebagainya. 
Temujanji perundingan yang dibuat dengan penyelia dan kakitangan makmal
hendaklah sentiasa ditepati.  Sebarang pindaan tarikh dan masa
perundingan/pertemuan hendaklah dimaklumlah seawal-awal yang boleh
sebelum masa tersebut tiba.  Ini penting untuk menjaga hubungan diantara
pelajar dengan penyelia tesis.

Tidak dinafikan yang kemudahan perpustakaan yang moden dengan buku-buku


serta jurnal yang terkini banyak membantu kerja-kerja penyelidikan di luar
negara.  Banyak jurnal yang boleh diperolehi dan pinjaman boleh dibuat bagi
mendapatkan tesis serta jurnal dari luar dengan pembiayaan dari penyelia. 
Kemudahan menggunakan komputer untuk mencari rujukan penting
diperpustakaan seperti perisian komputer "GeoRef" membolehkan maklumat
rujukan yang dicari dihantar terus kepada kita dengan menggunakan e-mail.

Dari pemerhatian penulis, ramai penyelidik muda dan tua yang mempelbagaikan
bidang kajian mereka.  Ramai penyelidik yang sekarang ini berlumba-lumba
untuk menbuat kajian dalam bidang-bidang yang baru dan berpotensi contohnya
dalam bidang yang berkaitan dengan alam sekitar dan pencemaran yang begitu
popular di United Kingdom di masa ini.  Banyak peluang pekerjaan dan geran-
geran penyelidikan dalam bidang ini yang ditawarkan kepada sesiapa sahaja
yang berminat untuk membuat penyelidikan dalam bidang tersebut.  Banyak
peluang pekerjaan yang tersedia, sehingga penulis sendiri telah ditawarkan
bekerja sebagai pegawai penyelidik selama dua tahun di universiti berkenaan!!!.

Sesungguhnya kejayaan seseorang itu dalam penyelidikan yang dibuat adalah


yang pertama sekali kerana pemberian dari Allah; oleh kerana usaha yang telah
dicurahkan.  Usaha yang terpenting ialah usaha untuk menjaga hubungan
dengan penyelia, yang seboleh-bolehnya mestilah sentiasa baik semasa
pengajian dibuat.  Jika ada bibit-bibit benci menbenci diantara penyelia dan
pelajar, maka berkemungkinan pelajar tersebut mengundang kesusahan dan
berkemungkinan akan digagalkan/dipayahkan semasa pemeriksaan lisan nanti
(ada beberapa kes sebegini!!!).  Selalunya doa dan usaha yang bersungguh-
sungguh, serta hubungan yang erat diantara pelajar dengan penyelia, insya Allah
akan memberikan pulangan yang setimpal….

Anda mungkin juga menyukai