Anda di halaman 1dari 1

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas
tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan
terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44
kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt.
Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu
yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.

SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ


Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7
hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.

SURAH AL-IKHLAS
Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada
kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur
dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat
menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca
seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan
terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya. Dan sesiapa yang
membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat
Rasulullah saw dalam tidurnya.

--

Anda mungkin juga menyukai