benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit.
Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.
Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena
santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat
digalakkan.
Cara-caranya:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air
tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan
dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah
cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan
racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai.
Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya
sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala
pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya
dengan izin-Nya.