Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

::
Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung.
Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan
salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW).

Syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan taufik dan hidayahnya saya berkemampuan
untuk menyiapkan website ini. Saya berharap amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran
(Quranic Medicine), iaitu perubatan yang saya namakan Perubatan Syifa Al-Hidayah ini
dapat diperkembangkan dan dipraktikkan di kalangan umat Islam.

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang
terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap
surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat
seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.
PENGASAS- Pengasas perubatan ini adalah Saidina Abu Bakar (ra). Perubatan dengan
menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penawar ini sangat mashyur semasa di zaman
kegemilangan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad (SAW). Tetapi setelah sekian
lama, ramai umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mujizat Al Quran sebagai penawar
kepada segala penyakit. Saya sangat berharap agar kita dapat mengembalikan semula
zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti semasa zaman permulaan Islam
dahulu.
AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa Ayat 82 Allah (SWT)
berfirman Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya. Di dalam Surah
Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan
penawar bagi orang yang beriman. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang
dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk
mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di
dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34
hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit
rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang
belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang
berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan
usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran
darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections".
Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit.
Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini
berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan
sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml
khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin
ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk
kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts
dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-
Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney
failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-
Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk
jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan
atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit
buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan
sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu saya mengubati termasuklah anak-anak yang
mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic"
dan penyakit kronik yang lain.
CARA PERUBATAN- Perubatan Shifa' Al-Hidayah ini tidak menggunakan hikmat
makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan
sebarang perantaraan.

Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:

1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila haillallah)
Selain dari 3 amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral dan madu asli. Madu asli
adalah digunakan untuk mengubati penyakit yang ada kaitan dengan paru-paru (seperti
sakit lelah), perut (sakit ulcer, gastric, dll), usus, sakit sendi, lemah tenaga batin dan
pasangan yang sukar mendapat anak. Setiap pesakit dinasihatkan berwuduk sebelum
perubatan dan kaum muslimat dikehendaki menutup aurat dengan memakai pakaian solat
(telekong) semasa perubatan.

Kadang-kadang saya perlu menyentuh pesakit ketika berubat dan tempat yang selalu
disentuh adalah di tulang belakang (spinal cord) atau di kepala pesakit. Sebab itu kaum
muslimat di mestikan memakai pakaian solat ketika berubat. Untuk kaum muslimat selalu
sentuhan dilakukan secara batin and bukan melalui fizikal. Untuk kaum lelaki, kadang kala
perlu diurut untuk penyakit yang melibatkan urat saraf, otot-otot dan sakit lemah tenaga
batin.
DIAGNOSIS DAN SCANNING UNUK KENAL PASTI PENYAKIT- Mengikut
prosedur perubatan yang saya amalkan, pesakit perlu berjumpa dengan saya dahulu, dan
saya akan menbuat diagnosis (kenal pasti) penyakit yang dialami oleh pesakit. Diagnosis
(kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah scanning. Keupayaan scanning ini adalah
suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT). Berdasarkan penyakit yang
dikenal pasti, dengan izin dan hidayah Allah (SWT), saya akan memberitahu pesakit itu
samada sakit yang dialami itu adalah -

1. sakit jasmani / fizikal (sakit badan atau physical illness - sakit jantong, cancer, darah
tinggi, kencing manis, dll. ) atau

2. sakit rohani (spiritual illness - sihir, saka, gangguan jin, santau. dll.) atau

3. sakit akhlak (behavioural or attitude problem - mencuri, melawan ibu bapa, menipu dan
suka cakap bohong, ketagih dadah, zina, etc).

Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, ini kemudian disusuli
dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran yang tertentu untuk sakit yang dialami. Bacaan ayat-
ayat Al-Quran ini perlu disertakan dengan doa kepada Allah (SWT) dan memohon
kepadaNya agar disembuhkan penyakit itu.
AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran
yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air
yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu.
Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol
tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan
ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat
Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk
menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.
KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini
kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran
manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan
sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut
tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah
kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan reasoning, dan dengan ini
lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat
menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-
killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer.
Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit,
ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi
antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf
(nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan
dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.
- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat
penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang
bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan
dan harta kekayaan.
PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit saya yang mengidap sakit kanser
yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan
mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam
rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi
setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini
disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-
ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah
haid.

Saya percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-
ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman saya mengubati pesakit-pesakit
kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1
dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser
berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga,
pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat
Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan
ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada
penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-
Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik
ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.
PEMBEDAHAN CARA BATIN Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui
pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau
dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk
penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara
simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa',
saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh
seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat by-pass operation.
PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan
sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit
jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati
penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir,
saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103
hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada
sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat
ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118,
dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan
Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau
racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat
"penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa,
fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan
mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati
GANGGUAN SAKA- Gangguan saka adalah gangguan jin atau benda-benda halus yang
datang daripada keturunan keluarga. Ramai pesakit-pesakit yang mengalami gangguan saka
tidak mengetahui ada nya jin dalam badan mereka yang mereka miliki melalui keturunan
keluarga.

Sekiranya ada ahli keluarga terdahulu seperti ayah atau emak, nenek atau datok yang
menuntut ilmu-ilmu silat atau ilmu-ilmu batin yang berasaskan jin, bila mereka meninggal
dunia dan mereka tidak sempat membuang ilmu-ilmu tersebut atau memerdekakan jin-jin
mereka, besar kemungkinan jin jin ini akan mendampingi waris-waris dalam keluarga
tersebut. Bukan semua dalam keluarga itu akan didampingi oleh jin-jin saka ini. Selalunya
anak anak lelaki dalam keluarga atau anak perempuan yang lemah semangat.

Ramai pesakit yang membawa ke klinik saya bayi-bayi yang baru lahir yang menangis dan
meragam, dan selalunya bayi-bayi ini diganggu oleh jin-jin saka dari keturunan mak dan
ayah bayi tersebut. Selepas saya mengeluarkan jin-jin saka dari dalam bayi-bayi ini,
selalunya mereka akan pulih dan akan kembali normal.

Ada beberapa kes anak-anak yang tidak mahu pergi sekolah tanpa sebab yang munasabah.
Mereka memang tidak mahu dan takut untuk ke sekolah. Dalam kes macam ini selalu anak-
anak ini ada jin-jin saka dalam badan mereka dan jin-jin saka ini mempengaruhi minda dan
hati anak-anak ini supaya tidak mahu ke sekolah. Mengapa mereka mempengaruhi anak ini
ialah kerana di sekolah anak ini ada terdapat benda-benda halus di mana jin-jin dalam
badan anak ini mungkin tidak selasa atau takut untuk memasuki ke kawasan sekolah.
Mungkin perkara yang saya nyatakan ini tidak masuk akal tapi ia kerap kali berlaku.
Setelah saya mengeluarkan jin-jin saka dari anak anak ini, mereka tidak ada masalah untuk
ke sekolah selepas itu.
PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya
disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila
jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang
belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin
akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu
ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan
kadang-kadang anxiety level mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di
bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan
mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau depression.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu
dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau
memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu
keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan
atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-
Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah
Taha, Surah Fussilat, dll.
GANGUAN SIHIR Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah
sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang
dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir
menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu
akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya
dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak
sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan
sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

Santau adalah sejenis sihir yang sangat popular dalam masyarakat Melayu, India dan Cina.
Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari
racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau
dari bahan kaca, pasir dan besi. Terkini yang saya dapati ialah santau yang diperbuat dari
bangkai binatang dan tuala wanita yang telah dipakai. Perubatan mengeluarkan racun
santau ini dilakukan melalui batin dan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu.

Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu
pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan
sesaorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga
yang ingin memisahkan pasangan suami isteri untuk mengawini suami atau isteri pasangan
tersebut.
MEMBUAT KAJIAN- Saya memang berharap agar ada pelajar-pelajar atau tenaga
pengajar pusat pengajian tinggi dapat membuat research tentang Perubatan Syifa' Al-
Hidayah ini sebab banyak lagi rahsia-rahsia di dalam Al-Quran yang saya sendiri belum
dapat mendalami dan memahaminya. Hakikatnya, ramai kalangan umat Islam yang sakit
telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran (dengan keizinan Allah SWT), ini
adalah bukti bahawa Al-Quran adalah penawar kepada segala penyakit kepada orang yang
yakin dengannya dan dengan keizinan Allah SWT.
KEYAKINAN DAN USAHA SERTA DOA- Saya telah mempraktikkan Perubatan Syifa'
Al-Hidayah atau (Koranic Medicine)ini sudah lebih daripada 10 tahun. Hakikatnya, dengan
keizinan Allah (SWT) ramai kalangan pesakit yang telah sembuh dengan mengamalkan
ayat-ayat Al-Quran yang diberikan. Pokoknya, kita perlu yakin sepenuhnya dengan
mukjizat ayat-ayat Al-Quran ini dan berusaha membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa
kepada Allah (SWT) untuk sembuh dari penyakit yang dihadapi.
INTERNET WEBSITE- Saya berharap melalui website ini, ilmu Allah (SWT) ini dapat di
perkembangkan. Al-Quran ini adalah dari Allah (SWT) dan perubatan ini adalah dari Allah
(SWT), jadi tidak ada rahsia didalam perubatan ini. Tujuan saya mengadakan website ini
adalah untuk berkongsi bersama pengetahuan perubatan ini dan seterusnya untuk
menyebarkan perubatan ini kepada sesiapa yang yakin akan hikmah ayat-ayat Al-Quran.
Kebanyakkan ayat-ayat yang digunakan untuk perubatan ada di dalam website ini. Dengan
adanya website ini, ia juga dapat membantu orang ramai atau pesakit-pesakit yang kurang
fasih membaca ayat-ayat Al-Quran. Dalam website ini, setiap ayat yang dipamirkan
terdapat kemudahan audio untuk pesakit-pesakit mendengar dan menyemak semula
bacaaan Al-Quran yang diamalkan. Selain dari itu, setiap ayat disertakan dengan
terjemahannya supaya mudah orang ramai dan pesakit-pesakit memahami maksud ayat-ayat
tersebut.
PEMBINAAN PUSAT ANAK YATIM, SURAU & PUSAT RAWATAN- Saya
bersyukur kepada Allah (SWT) kerana dengan keizinan dan rahmat nya, Klinik atau Pusat
Perubatan saya di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak, telah siap dibina dan beroperasi
sejak 18 September 2006 yang lalu. Ini adalah rahmat dan pemberian Allah (SWT) kepada
saya dan juga kepada semua pesakit pesakit yang telah bersama-sama berdoa untuk
mendirikan dan merealisasikan impian saya untuk mendirikan Klinik Pusat Perubatan Syifa'
Al-Hidayah. Dengan adanya Pusat Perubatan ini, agar dapat memberi kemudahan
perubatan yang lebih selesa dan lengkap kepada semua pesakit-pesakit. Terima kasih Ya
Allah Ya Tuhan atas pemberian Mu ini.

Ingin saya memberitahu bahawa Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini telah pun didaftarkan
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 00163401-P pada 28
Ogos 2006.

Setelah terdirinya Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah di Sg. Pusu ini, fokus saya sekarang
ialah membina asrama anak-anak yatim, rumah warga emas dan kanser klinik di Kampong
Ceringgin, di Janda Baik, Bentung, Pahang. Tanah seluas 4 ekar di Janda Baik ini dimana 2
ekar yang dibeli hasil kutipan dermawan sebanyak RM230,000 dari pesakit-pesakit dan
orang ramai and 2 ekar lagi diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Pembinaan asrama anak
yatim, rumah warga emas dan kanser klinik ini akan memerlukan banyak bantuan dari segi
tenaga, idea dan dermawan. Sesiapa yang ingin menyumbang dermawan atau sumbangan
tenaga, bolehlah datang berjumpa saya untuk membincang sumbangan yang sedia diberi.
Anggaplah ini sebagai projek istimewa untuk Allah dan kebaikan anak-anak yatim dan
kaum warga emas.

Di samping itu, saya dan jiran-jiran saya di Villa Bestari, dengan keizinan Allah SWT telah
membina sebuah surau di kawasan kediaman kami Villa Bestari, Gombak. Kos pembinaan
surau ini adalah sebanyak RM400,000. Surau ini siap dibina pada bulan January 2010. Ia
terletak di kawasan Villa Bestari dan tanah tapak pembinaan yang luasnya 10,000 kaki
pesegi telah di sediakan oleh pemaju kawasan ini. Untuk pembinaan surau ini, kami telah
dapat mengumpulkan dana sebanyak RM360,000 dari kutipan derma dari pesakit-pesakit
yang datang ke klinik saya dan kutipan dari orang ramai.

Selain dari ini, wang derma ini juga disalurkan kepada 30 orang anak-anak yatim setiap
bulan sebagai wang saku bulanan dan pembelanjaan persekolahan mereka. Sekiranya ada
hamba-hamba Allah atau mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada pembinaan
pusat anak yatim atau menderma kapada anak-anak yatim yang tersebut diatas, bolehlah
berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional, Al-Wadiah nombor akaun :
1010041000017318.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memberi
kerjasama, idea, masa dan tenaga untuk bersama-sama membina website ini terutama Encik
Shahrul Mohd Saleh dan Encik Nik Nashron bin Abdul Aziz. Mereka telah banyak
meluangkan masa dalam pembinaan website dan saya amat menghargai kesabaran dan
ketekunan anda semua. Syukur ke hadrat Allah kerana memberi keupayaan dan keyakinan
diri kita bersama, membolehkan website ini sempurna dilaksanakan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro Oasis yang telah sudi
untuk menjemput saya melibatkan diri di dalam Program Dokumentari - SYIFA
(PENAWAR) di Siaran Astro Oasis, Channel 106. Program ini menayangkan dokumentari
berkenaan Perubatan Syifa' Al-Hidayah. Rancangan 13 episod ini bermula pada 26
December 2009 dan berakhir pada 20 March 2010.

Program Dokumentari - SYIFA (PENAWAR)ini fokus untuk penyakit-penyakit seperti
kanser, jantung berlubang, sakit urat saraf, masalah kesuburan, sakit buah pinggang, sakit
tulang belakang, sakit angin ahmar atau stroke dan lain-lain penyakit fizikal. Program ini
menunjukan kaedah rawatan perubatan islam dan temubual pesakit-pesakit yang telah
sembuh melalui cara perubatan Syifa' Al-Hidayah.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat karib saya yang telah
bersama-sama menyebarkan Perubatan Syifa Al-Hidayah ini dan membantu secara
sukarela didalam mencurahkan tenaga dan masa setiap kali saya melakukan rawatan di luar
kawasan Kuala Lumpur seperti di Kuala Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching,
Sibu, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Satu kali dalam sebulan atau dua bulan, saya
dan adik angkat saya Ashraf Muslim akan pergi ke tempat-tempat ini untuk melakukan
rawatan.

Dengan adanya cawangan-cawangan ini di seluruh Malaysia, dari Utara Semenanjung
hingga ke Sandakan, Sabah, ia memberi kemudahan kapada pesakit di luar kawasan
Lembah Klang untuk mendapat rawatan Syifa' Al-Hidayah. Setiap kali saya dan Ashraf
Muslim mengunjung ketempat cawangan-cawangan ini, seramai 200 hingga 400 pesakit
akan kami temui dan merawat. Syukur Alhamdulilah pada Allah SWT, ramai orang
Malaysia telah memilih cara berubat melalui AL-Quran dan saya harap ramai lagi tempat-
tempat yang dapat kami menubuhkan cawangan-cawangan Perubatan Syifa' Al-Hidayah.

Saya akui tahun lalu 2010 adalah tahun yang penuh cabaran bagi saya dan adik angkat saya
Ashraf Muslim setelah Program Dokumentari Syifa' Al-Hidayah ditayangkan di Astro
Oasis. Saya sungguh terharu diatas sambutan yang diberi oleh orang ramai dari seluruh
Malaysia termasuk dari Brunei dan Singapura.

Saya bersyukur kepada Allah (SAW) yang telah memberi kami kekuatan dan kesabaran
melakukan rawatan pada setiap malam dan hujung minggu untuk menyebarkan mukjizat
Al-Quran ini sebagai penawar kepada segala menyakit. Selain dari memberi rawatan, ini
adalah cara kami berdakwah sambil memberi rawatan kepada umat Islam supaya mereka
mendekatkan lagi diri mereka kepada Al-Quran, dan membetulkan pesakit-pesakit yang
selama ini menggunakan kaedah-kaedah yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam
dalam menjalani rawatan. Dalam pada itu, kami juga memberi khidmat kaunselling dan
nasihat kepada pesakit-pesakit.

Diantara sahabat-sahabat karib yang telah banyak membantu saya adalah yang seperti
berikut:

1. Cikgu Syed Othman dan Cikgu Sharifah serta sekeluarga dari Kuala Terengganu yang
menolong menguruskan cawangan di Kuala Ibai dam menyediakan tempat rawatan dan
penginapan semasa kami membuat rawatan di Kuala Ibai, KT. Terima kasih kerana
membina sebuah bilek khas untuk kami berubat. Sudah lebih 5 tahun Syifa' Al-Hidayah
bertapak di Terengganu dan banyak pengalaman telah kami berdia melalui semasa
membuat rawatan disana.

2. Pak Lim serta anak-anak (Ayu, Mujib, Muis, Amir, Ipa dan Amin) yang telah menolong
menguruskan cawangan di Melaka dan menyediakan tempat rawatan dan penginapan
semasa kami membuat rawatan di Telok Mas, Melaka. Anak-anak Pak Lim ini lah yang
sibuk menguruskan nombor-nombor giliran, mengawasi giliran pesakit dan menolong
menulis surah-surah untuk pesakit.

3. Dato' Zamzuri dan isteri serta anak mereka Amirul yang telah menolong menguruskan
cawangan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan menyediakan tempat rawatan disana. Dato
Zamzuri ini lah yang banyak memberi pertolongan dari segi mengedar nombor-nombor
giliran, mengawasi giliran pesakit dan membantu menyediakan logistic semasa kami
berubat disana.

4. Puan Juita Abang dan Dr. Wan Ali serta keluarga yang telah menolong kami
menguruskan cawangan di Kuching, Sarawak dan menyediakan tempat rawatan dan
penginapan semasa kami datang di Sarawak. Tanpa mereka berdua ini tidak bertapak lah
Perubatan Syifa' Al-Hidayah di Bumi Kenyalang.

5. Tuan Syed Hamzah dan sekeluarga serta kakitangan Hotel Zuhrah yang telah menolong
menguruskan cawangan di Sibu. Terima kasih atas semua layanan yang diberi dan masakan
"ummai" Chef Sharifah is still the best we tasted .

6. Hj Ibrahim serta keluarga yang telah membantu menguruskan pembukaan cawangan di
Kota Kinabalu, Sabah. Dengan pertolongan beliau, Syifa' Al-Hidayah telah bertapak di
Kota Kinabalu.

7. Hj. Roslan dan Hajjah Hasiah yang telah memberikan kami kemudahan menggunakan
kediaman mereka di Kota Kinabalu untuk kami membuat perubatan di sana.

8. Puan Salmah Sheikh Hassan dan sekeluarga yang telah membantu kami menumbuhkan
cawangan di Tawau, Sabah.

9. Encik Fairul dan En. Hafidz dari Sandakan yang telah menjemput kami menubuhkan
cawangan di Sandakan. Tidak terlintas dalam fikiran kami sebelum ini untuk kami
membuka cawangan Syifa' Al-Hidayah di Sandakan, Sabah tanpa undangan dari Encik
Fairul.

10. Sahabat saya Sheikh Tariq dan Sheikh Fareed Al-Maimani, terima kasih tidak terhingga
kerana dengan pertolongan berdua ini, Perubatan Syifa' Al-Hidayah telah bertapak di
Madinah Al-Munawarrah.

11. Ustadz Hj. Mohd Shukri bn Ali, Tuan Haji Yassin dan En. Yeop dari Istana Terengganu
yang telah menolong menyediakan logistik semasa kami kami berubat di Terengganu.

12. Sheikh Majeed Al-Baadbad dan sekeluarga dari Jeddah.

13. Semua yang terlibat dalam pembikinan Program bersiri Syifa' Penawar di Astro Oasis
termasuk Erland, Big, Encik Izelan Basar, Puan Nurjana dan ramai lagi.

14. Sahabat-sahabat yang lain seperti Cikgu Din dan Ustadz Hashim dari Langkawi, Mohd
Azmi dan Dr. Wan Balqis dari Perlis. Mereka yang menolong saya semasa saya buka
cawangan membuat rawatan di Kangar, Perlis dan Langkawi seketika dahulu.

15. Sahabat saya Zulhaidi Ahmad yang kekadang bersengkang mata sampai 2 atau 3 pagi
meneman dan menolong saya menguruskan klinik saya di Klinik Gombak.

16. Adik angkat saya - Mohd Ashraf Muslim yang banyak membantu dan memahami saya
dalam perubatan ini.

Saya amat menghargai jasa-jasa dan sokongan anda semua dan semoga Allah (SWT)
memberi ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhirat di atas pertolongan yang diberi oleh
anda semua.

Kepada adik angkat saya Mohd Ashraf Muslim yang juga menjadi partner saya dalam
organisasi baru kami, syukur kepada Allah sebab telah memberi pedoman dan hidayah
untuk mempelajari ilmu Allah ini dan bersabar kerana syaitan dan iblis akan sentiasa
menghalang adik daripada mempelajari ilmu ini.

Cekalkan hati adik dan kuatkan iman adik dan selalu ingat akan keikhlasan hati apabila
hendak menolong orang. Banyak bersabar menempuh dugaan didalam melakukan kerja
fisabilillah ini. Abang berterima kasih kepada adik kerana banyak melapangkan masa
datang ke klinik abang membantu abang mengubat pesakit sampai jam 3 atau 4 pagi. Adik
adalah satu-satu nya pelapis untuk menyebarkan ilmu tuhan ini dan abang sangat bersyukur
kepada Allah yang telah memilih adik untuk membantu abang.

We have shared many difficult moments together dan abang mahu adik bersabar, dan abang
rasa adik sudah banyak mempelajari dan mendapat pengalaman dalam mengubati pesakit-
pesakit. Abang admire your "coolness" dan sikap kesabaran adik which I need to learn from
you. Abang tidak akan dapat lupakan masa kita buat unmrah bersama in the last Ramadhan
2009 and that is one umrah that abang will always cherish.

Untuk makluman pada 1 Januari 2011, klinik Perubatan Syifa' Al-Hidayah akan bertukar
operasi dibawah organisasi baru iaitu

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH

Memandangkan permintaan dan temujanji pesakit yang sangat ramai, kami perlu
menjalankan perubatan sepenuh masa. Dengan ini kami akan mengenakan bayaran untuk
perkhidmatan yang diberi bagi menampung kos pengendalian klinik dan sara hidup
keluarga kami, memandangkan kami tidak lagi bekerja sepenuh masa seperti dahulu.
Sebanyak 20% dari bayaran yuran perkhidmatan ini akan disalurkan kepada tabung dana
pembinaan rumah anak yatim Nur Hidayah di Janda Baik.

Akhir sekali, kepada isteri saya Norma Muhammad dan putera puteri saya - Noor Alia,
Noor Dayana, Adi Ikmal, Dani Aizat dan yang kecil dan manja sekali Dhiya Aiman, yang
telah banyak berkorban, memberi sokongan dan memahami saya, mudah-mudahan apa
yang kita sekeluarga lakukan ini memberi manafaat dan diperkira sebagai ibadah jua yang
diberi ganjaran oleh Allah (SWT).

Ya Allah, Ya Tuhanku, KemuliaanMu lebih daripada mencukupi untuk memenuhi pelbagai
ratapan. KeagunganMu dan ihsanMu lebih daripada memadai untuk mengampunkan dosa-
dosa. Sempurnakanlah dakapan hidayahMu ya Allah. Berikan lah kami kesejahteraan,
kekayaan, pemeliharaan dan kasih sayang Mu Ya Allah. Anugerahkanlah daku Ya Allah,
Ya Tuhanku, kedua ibu bapa, keluargaku, sahabat-sahabatku dengan rahmat dan
keberkatan, keampunan, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377

2 Januari 2011

Anda mungkin juga menyukai