Anda di halaman 1dari 7

SOALAN-SOALAN UJIAN KURSUS INDUKSI MODUL UMUM.

1) Yang manakah di antara berikut, langkah-langkah keselamatan yang tidak berkesan?


A) Diletakkan di kawasan laluan orang ramai
B) Arahan-arahan senang difahami
C) Setiap orang benar-benar memahami perlunya langkah-langkah itu diadakan
D) Langkah-langkah itu dikuatkuasakan dengan tegas hingga dihormati dan menjadi perkara
biasa.
2) Penjawat-penjawat awam yang menguruskan perkara- perkara terperingkat “Rahsia Besar”
hendaklah dalam apa keadaan sekalipun apabila menimbangkan soal penyampaian perkara
terperingkat kepada orang lain perlu mengamalkan prinsip
A) “Berhati - hati”
B) “Lihat dan Kembalikan”
C) “Tertutup”
D) “Perlu Mengetahui”
3) Kementerian Dalam Negeri ingin mengadakan satu persidangan mengenai keselamatan negara
dengan negara jiran Thailand. Mengikut Arahan Keselamatan, langkah-langkah keselamatan yang
perlu diambil hendaklah berasaskan perkara-perkara berikut kecuali
A) Tempoh masa persidangan diadakan
B) Peringkat keselamatan maklumat yang terlibat
C) Taraf dan kewarganegaraan orang-orang yang terlibat.
D) Tempat ianya diadakan.

4) Kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkara terperingkat dengan cara tersembunyi dan
menyalahi undang-undang yang bertujuan untuk mengancam keselamatan negara adalah ditakrifkan
sebagai

A) Subversif

B) Espionaj

C) Sabotaj

D) Khianat

5) Tindakan atau sebarang kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkara terperingkat dengan
cara tersembunyi dan menyalahi undang-undang yang bertujuan untuk mengancam keselamatan negara
adalah ditakrifkan sebagai

A) Subversif B) Espionaj

C) Sabotaj D) Khianat
6) Kelemahan-kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya pelanggaran keselamatan dan
mungkin berkesudahan dengan perkara-perkara rasmi diketahui oleh pihak yang tidak diberi kebenaran.
Kelemahan-kelemahan itu termasuk

I. Keinginan hendak “menunjuk- nunjuk” dan menarik hati saudara -mara, sahabat handai dan rakan
taulan, terutama kepada kumpulan jantina lain mengenai pengetahuan sesuatu perkara terperingkat
yang pada amnya tidak diketahui oleh orang lain.

II. Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan

III. Kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras atau dadah

IV. Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat awam mengenai perkara
terperingkat.

A) I dan II
B) II dan III
C) II, III dan IV
D) I, II , III dan IV

7) Kelemahan-kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya pelanggaran keselamatan dan


mungkin berkesudahan dengan perkara-perkara rasmi diketahui oleh pihak yang tidak diberi
kebenaran. Kelemahan-kelemahan itu termasuk

I) Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat awam mengenai perkara
terperingk

II) Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan

III) Kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras atau dadah

IV) Keinginan hendak “menunjuk -nunjuk” dan menarik hati saudara -mara, sahabat handai dan rakan
taulan, terutama kepada kumpulan jantina lain mengenai pengetahuan sesuatu perkara terperingkat
yang pada amnya tidak diketahui oleh orang lain.

A) I, II dan III sahaja


B) I, III dan IV sahaja
C) II, III dan IV sahaja
D) I, II , III dan IV

8 Seseorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan kepadanya boleh
A) Melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan tugasnnya

B) Melihat semua perkara terperingkat secara automatik

C) Menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat


D) Menyimpan semua jenis fail terperingkat.

9 Tanggungjawab Ketua Jabatan di dalam melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang perlu


terhadap kawasan terperingkat ialah merujuk kepada

A) Pegawai Jabatan Penjara Malaysia


B) Pegawai Keselamatan Kerajaan
C) Pegawai Bahagian Keselamatan Negara
D) Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia

10 Kegiatan dan percubaan untuk mendapatkan maklumat terperingkat oleh pertubuhan-pertubuhan


perisik dan kumpulan subversif dengan cara memintas, mencuri atau menyalin dokumen terperingkat
semasa dalam perjalanan pos atau daripada pembawanya ialah

A) Pengintipan
B) Subversif
C) Pemerasan
D) Sabotaj

11 En. Ali telah dihubungi oleh pihak akhbar bagi mendapatkan sesuatu maklumat terperingkat. Beliau
boleh berbuat demikian dengan kebenaran

A) Ketua Jabatan
B) Menteri yang berkenaan
C) Ketua Setiausaha Negara
D) Lembaga tatatertib

12 Jabatan Pertanian Negeri Selangor bercadang untuk menggunakan perkhidmatan pengawal swasta
bagi menjaga keselamatan bangunannya. Bagi maksud ini, perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada
A) Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian

B) Ketua Polis Negeri

C) Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan

D) Ketua Setiausaha Negara

13 Mesin-mesin fotostat yang digunakan bagi mengeluarkan salinan dokumen-dokumen terperingkat


hendaklah sentiasa diawasi oleh Ketua Jabatan. Salah satu daripada caranya ialah dengan

A) Mewujudkan sebuah buku daftar


B) Mendapatkan kelulusan Ketua Pegawai keselamatan Kerajaan sebelum membuat salinan
dokumen terperingkat
C) Menyimpan salinan dokumen yang rosak di dalam fail terperingkat
D) Meletakkan mesin-mesin fotostat tersebut berdekatan dengan bilik pegawai yang
bertanggungjawab bagi mengawasinya.
14 Kenyataan berikut mengenai fail sulit adalah betul kecuali

A) Fail sulit diedarkan terus dari Bahagian Pendaftaran Sulit kepada pegawai yang meminta fail
berkenaan
B) Fail sulit tidak boleh disemak peringkat keselamatannya
C) Pengedaran fail sulit boleh dilakukan oleh pelayan pejabat yang telah diberi tapisan keselamatan
D) Fail sulit hendaklah disimpan dalam bilik fail tertutup

15 Satu daripada kenyataan berikut mengenai fail sulit adalah salah

A) Fail sulit tidak boleh disemak peringkat keselamatannya


B) Fail sulit didaftarkan berasingan daripada fail terbuka
C) Fail sulit disimpan di dalam bilik fail tertutup
D) Fail sulit diedarkan terus dari bahagian Pendaftaran Sulit kepada pegawai yang meminta

16 Tapisan keselamatan adalah

A) Satu proses menanda peringkat keselamatan fail


B) Satu proses memeriksa latar belakang penjawat awam untuk memastikan mereka tidak
menjalankan kegiatan-kegiatan subversif, sabotaj atau espionaj
C) System kawalan keselamatan perlindungan
D) Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi persidangan , pertunjukkan latihan atau
pun tayangan filem

17 Encik Rahman Ali, seorang pegawai Penyelidik di Jabatan Geosains telah mengambil gambar foto
mengenai perkara terperingkat. Peringkat keselamatan gambar foto tersebut hendaklah ditanda

A) Disebelah belakang
B) Di penjuru sebelah kanan atas
C) Di penjuru sebelah kiri hadapan
D) Di mana-mana penjuru sebelah bawah hadapan

18 Seseorang pegawai kanan kerajaan tidak boleh membuat pernyataan awam mengenai sesuatu
dasar dan peraturan baru yang akan dikuatkuasakan di jabatan berkenaan melainkan setelah
mendapat kebenaran bertulis daripada

A) Ketua jabatannya
B) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
C) Ketua Setiausaha Negara
D) Menteri yang berkenaan

19 En Rosli ialah seorang pegawai di Jabatan Audit Negara telah kehilangan kunci bilik Pendaftaran
Rahsia yang diamanahkan kepadanya. Encik Rosli hendaklah melaporkan perkara ini dengan segera
kepada
A) Pegawai Keselamatan Kerajaan B) Pegawai Keselamatan Jabatan
B) Pegawai Polis D) Pegawai Audit

20 Seseorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan kepadanya
boleh

A) Menyimpan semua jenis fail terperingkat


B) Melihat semua perkara terperingkat secara automatic
C) Menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat
D) Melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan tugasnya

21 Sesuatu premis boleh diisytiharkan sebagai Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan
dan Tempat Larangan 1959 untuk

A) mencegah kemasukan kedalamnya orang-orang yang tidak dibenarkan.


B) Mengawal pergerakan dan kelakuan orang-orang didalamnya.
C) Pegawai Perhubungan Awam Stesen tersebut
D) Pegawai Berkuasa yang bertugas di Stesen tersebut.

22 Diantara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menjaga keselamatan
negara adalah seperti berikut, kecuali

A) Menguatkuasakan akta-akta serta undang-undang sivil dan jenayah yang kemaskini.


B) Mewujudkan pakatan ketenteraan dengan Negara-negara Asean.
C) Memoden dan memajukan system pertahanan negara.
D) Mewujudkan konsep pertahanan menyeluruh yang menekankan peranan dan tanggungjawab
semua sector di dalam hal ehwal keselamatan negara.

23 Encik Ali, seorang Penolong Setiausaha di Kementerian Pertanian terpaksa membawa pulang
fail terperingkat Rahsia untuk menyambung kerjanya di rumah. Dalam keadaan ini beliau hendaklah
A) Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan

B) Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.

C) Mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Pendaftaran Fail, Kementerian Pertanian.

D) Memaklumkan kepada rakan sepejabatnya.

24 Seseorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan kepadanya
boleh

A) Melihat semua perkara terperingkat secara automatik


B) Menyimpan semua jenis fail terperingkat
C) Menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat
D) Melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan tugasnya.
25 Dokumen terperingkat yang dihantar melalui peti atau beg berkunci adalah dikehendaki
menggunakan

A) Sampul pos berdaftar


B) Sampul surat biasa
C) System dua lapis sampul surat
D) System satu sampul surat sahaja.

26 Perkara terperingkat hanya boleh diturunkan peringkat keselamatannya dengan persetujuan

A) Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri


B) Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
C) Ketua Polis Negara
D) Pemulanya

27 Kelemahan-kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan kebocoran maklumat-maklumat


rasmi kerajaan. Kelemahan-kelemahan tersebut termasuk:

I) Terlalu gemar berbual dalam majlis-majlis social


II) Cuai dalam mematuhi arahan-arahan keselamatan
III) Suka menunjuk-nunjuk
IV) Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon mengenai perkara terperingkat.
A) I, II DAN III
B) I,III DAN IV
C) II, III DAN IV
D) III DAN IV

28 Ancaman terhadap Malaysia masa kini berpunca daripada kegiatan-kegiatan berikut, kecuali
A) Gerakan Kumpulan-kumpulan Pelampau

B) Gerakan Parti-parti Pembangkang

C) Gerakan Pertubuhan Perisikan Negara Asing

D) Gerakan Sindiket Dadah

29 Tindakan yang perlu diambil terhadap buangan terperingkat sebelum dibinasakan ialah

A) Membawa pulang buangan terperingkat tersebut


B) Menyimpannya di atas rak fail
C) Membuang sahaja buangan terperingkat itu
D) Menyimpannya di dalam peti keselamatan yang sesuai dengan peringkatnya.
SOALAN ESEI

1) Dokumen-dokumen terperingkat „Rahsia Besar‟ dan „Rahsia‟ tidak sekali -kali boleh dibawa balik
kerumah oleh pegawai-pegawai.
a) Dalam keadaan bagaimana peraturan ini boleh dikecualikan
b) Jelaskan pihak manakah yang boleh memberi kebenaran secara bertulis untuk tujuan tersebut.
c) Jelaskan cara-cara memusnahkan dokumen terperingkat.

2) Ancaman kepada keselamatan negara boleh diklasifikasikan kepada ancaman dalaman dan luaran.
Huraikan bentuk-bentuk ancaman dalaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

Anda mungkin juga menyukai