Anda di halaman 1dari 2

Kesantunan Bahasa Diabai: Dr Nik Safiah

Sumber berita harian 18/8/2006

KUALA LUMPUR: Kegagalan mengguna dan menghormati bahasa kebangsaan


pada majlis rasmi bukan saja disebabkan kejahilan individu terhadap
kesantunan bahasa, bahkan memperlihatkan kejahilan masyarakat.

Pakar bahasa, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, berkata


peristiwa pada Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM19) Ahad lalu,
memperlihatkan generasi muda tidak memahami kesantunan yang merangkumi
kesopanan dan kehalusan budi, akal serta kebijaksanaan.

"Walau apapun bahasa yang dituturkan di rumah, rakyat negara ini


sewajarnya menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik pada majlis dan
situasi bersifat kebangsaan serta tidak menghina bahasa kebangsaannya
sendiri," katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Penterjemahan:
Kesantunan Bahasa dalam Terjemahan dan Peranan Media di sini, semalam.

Pelakon Wanita Terbaik FFM19, Sharifah Amani, mengeluarkan ungkapan "I


will sound stupid, if I speak Malay" ketika berucap selepas menerima
trofi kemenangan daripada pelakon veteran, Rubiah Suparman dan Datuk
Rahim Razali.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,


berkata ungkapan pelakon itu merendahkan bahasa dan bangsa sendiri,
sekali gus bertentangan dengan usaha kementerian untuk berbudi serta
berbahasa dengan baik.

Nik Safiah berkata, kejahilan berbahasa menunjukkan kesantunan bahasa


semakin terhakis.
Sementara itu di KANGAR, Bernama melaporkan Persatuan Melayu Perlis
(Pemanis) menyarankan artis yang tidak menghormati budaya dan bahasa
Melayu tidak diberi sebarang anugerah, dan jika sudah diberi, wajar
dipertimbangkan sama ada anugerah itu dikekalkan atau ditarik balik.

"Anugerah sepatutnya diberi kepada artis yang membantu menegakkan


budaya dan bahasa ibunda sendiri," kata Yang Dipertua Pemanis, Mohd
Zain Hamzah.

Anda mungkin juga menyukai