Anda di halaman 1dari 13

Soalan 1 hingga 30.

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Ini adik saya.______ suka bermain bola.

A Dia C Kita

B Beliau D Kami

2. Salman selalu _______ televisyen pada waktu malam

bersama keluarganya.

A menyaksi C melihat

B menonton D mendengar

3. Razif selalu membeli kertas lukisan ______ koperasi

sekolahnya.

A di C pada

B kepada D daripada

BM1/T2 2
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Puan Wong membeli belah di _______.

A pasar malam C pasar borong

B pasar raya D pasar pagi

5. Encik Sabri menghadiahi anaknya_______ arnab yang comel.

A sebiji C seekor

B sebuah D seutas

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Haikal menerima hadiah se______ piala kerana memenangi

acara lumba lari.

A biji C batang

B pucuk D buah

BM1/T2 3
7. Guru sangat bangga dengan sikap rajin Sofiah______Linda.

A atau C tetapi

B dan D kerana

8. Pakaian Zakuan lusuh ______kemas.

A tetapi C dan

B atau D kerana

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9. Julia memerhati pemandangan di ______rumah.

A tepi C luar

B dalam D atas

10. Wanita yang cantik itu berasal_______negara Turki.

A kepada C di

B dari D daripada

BM1/T2 4
11. Beg sekolah yang ______itu tidak mampu saya membelinya.

A mahal C murah

B bulat D panjang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

12. Jamal tidak dapat_______ kotak yang berat itu.

A mengusung C mengangkat

B menjungjung D membimbit

13. Ibu menggunakan cili_______untuk membuat sambal.

A biru C kuning

B ungu D merah

14. Air longkang itu berbau sangat .

A busuk C wangi

B harum D tengik

BM1/T2 5
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Amir dan Hakimi bercadang ________bermain bola.

A telah C hendak

B pernah D masih

16. ________ tangan kamu berdarah? tanya ibu kepada adik.

A Bilakah C Di mana

B Mengapa D Apa

17. ______ kamu tinggal? tanya cikgu Ramlah kepada Asyikin.

A Di manakah C Siapakah

B Mengapakah D Apakah

18. Akmal terkejut apabila melihat rumah jirannya

terbakar.

A lama-lama C asyik-asyik

B sungguh-sungguh D tiba-tiba

BM1/T2 6
19. Danial kerana kakinya terpijak duri di padang

sekolah.

A menjerit C terjerit

B jeritan D jerit

20. Tangan kakak sungguh dan

kerana kakak selalu memakai losyen.

A lembut , kasar C halus , berkedut

B kurus , kasar D lembut , halus

21. Azlan dikatakan kerana dia tidak pandai bermain

bola.

A kaki kurus C kaki bangku

B kaki capek D kaki ayam

BM1/T2 7
Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22. Lukman adalah seorang anak yang . Dia

selalu membantu ibunya mencuci pinggan.

A berat tulang C tangan ringan

B ringan tulang D ringan bahu

soalan 23 berdasarkan gambar di bawah

23. , siapa pula yang mengambil kotak pensil saya ni?

A Oh C Wah

B Nah D Eh

BM1/T2 8
Soalan 24 -25 Pilih ayat yang betul.

24. A Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati.

B Abang pergi bercuti kepada Jepun.

C Kucing menidur atas sofa.

D Cis, sedapnya kuih karipap di kantin !

25. A Abang gemar makan jus mangga.

B Salmah sakit kaki tetapi tersepak tunggul kayu.

C Amboi, sakitnya kepala saya terlanggar pintu !

D Saya menunggang basikal setiap hari ke sekolah.

Berikan perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.

26. Siti adalah seorang murid yang rajin kerana selalu datang awal ke

sekolah.

A laju C kerap

B cepat D lambat

BM1/T2 9
27. Murid yang paling tinggi itu menjadi johan dalam acara lumba lari.

A panjang C rendah

B kurus D kacak

Berikan perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

28. “Semburan pati minyak gaharu sungguh harum baunya” kata ibu.

A busuk C tengik

B loya D wangi

29. Pelajar itu dikenakan tindakan disiplin kerana mencuri.

A Rakan C Kawan

B Murid D Pensyarah

30. “ hendak bermain di padang bola pak cik,” kata

Alif, Zamani dan Saiful serentak.

A Saya C Kami

B Dia D Mereka

BM1/T2 10
Soalan 31-35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Pada cuti sekolah yang lalu, Alif dan keluarganya pulang bercuti ke
Perak. Mereka pulang ke kampung dengan menaiki kereta.

Ayah Alif memandu kereta di lebuh raya dengan berhati-hati. Ayah Alif
tidak mahu memandu laju. Memandu kereta dengan laju boleh mendatangkan
bahaya.

Mereka tiba di kampung pada pukul 2.00 petang. ALif bersalaman


dengan datuk dan neneknya. Alif sangat rindu akan datuk dan neneknya. Ayah
Alif menghulurkan buah tangan yang dibawa dari Kuala Lumpur.

31. Bilakah Alif dan keluarganya pulang ke kampung?

A pada waktu cuti sekolah

B pada waktu cuti hari raya

C pada waktu hujung minggu

D pada waktu tahun baharu

32. Ayah Alif memandu dengan berhati-hati untuk menjaga

A keamanan C kedamaian

B keselamatan D keperluan
BM1/T2 11
33. Pada pukul berapakah Alif dan keluarganya tiba di kampung?

A 1.00 petang C 3.00 petang

B 2.00 petang D 2.00 pagi

34. Perkataan seerti bagi tiba di dalam petikan ialah

A datang C pulang

B sampai D dekat

35. Di manakah keluarga Alif tinggal?

A Perak C Kuala Lumpur

B Shah Alam D Petaling Jaya

Soalan 36-40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jamil : Hai, Mazuan! Apa khabar?

Mazuan : Khabar baik. Apa hal kamu menelefon saya pagi-pagi begini?

Jamil : Saya hendak mengajak kamu mengunjungi pameran buku.

Mazuan : Di manakah pameran buku itu diadakan?

Jamil : Di balai raya kampung kita.

BM1/T2 12
Mazuan : Kalau begitu saya berminat mengikuti kamu ke sana.

Jamil : Baiklah. Saya akan ke rumah kamu dalam masa sepuluh minit dari

sekarang.

Mazuan : Sebelum itu saya hendak meminta kebenaran daripada ibu saya.

Jamil : Baguslah kalau begitu. Saya pun hendak meminta kebenaran

daripada ibu saya.

36. Bagaimanakah Jamil menghubungi Mazuan?

A melalui surat C melalui telefon

B melalui internet D melalui radio

37. Apakah tujuan Jamil menghubungi Mazuan?

A Mengajak Mazuan ke kedai buku.

B Mengajak Mazuan ke rumahnya.

C Menyuruh Mazuan meminta izin dari ibunya.

D Mengajak Mazuan mengunjungi pameran buku.

BM1/T2 13
38. Di manakah pameran buku itu diadakan?

A di perpustakaan C di balai raya

B di dewan sekolah D di pasar raya

39. Perkataan seerti bagi mengunjungi ialah

A menyertai C melawat

B melihat D menyaksikan

40. Apakah hubungan antara Jamil dengan Mazuan?

A adik-beradik C sahabat

B anak murid D sepupu

--SOALAN TAMAT--

BM1/T2 14

Anda mungkin juga menyukai