Anda di halaman 1dari 3

PERINGATAN PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO

CAWANGAN BINTANG GEMILANG KALI KE 8 TAHUN 2009

Tarikh : 20hb Jun 2009


Hari : Sabtu
Masa : 3:00 petang
Tempat : Dewan Mastarakat Bintang Gemilang, B. Baru Kuala Selangor
Pemerhati Bahagian : Muhammad Nur Azam Bin Bahtihar
Jumlah Kehadiran : 11 orang
Jumlah Ahli Cawangan : 33 orang

1. KATA-KATA ALUAN SETIAUSAHA.

Mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli.


Menjemput Timbalan Pengerusi Tetap Cawangan Sdra. Mohd Ikhsan Bin Ahmad
mempengerusi Persidangan.

2. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERSIDANGAN.

Mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli.


Berharap persidangan dapat berjalan dengan aman,licin dan teratur.
Memaklumkan jumlah keahlian yang hadir ialah 11 orang.

3. UCAPAN KETUA UMNO CAWANGAN.

Sdra. Muhammad Nur Azam Bin Bahtihar selaku Ketua Pemuda Cawangan
mengucapkan salam keislaman kepada semua ahli yang hadir dan berharap persidangan
akan berjalan dengan teratur mengikut agenda persidangan.Disamping itu juga beliau
telah menegaskan supaya ahli-ahli sekalian agar dapat memberikan kerjasama yang
penuh untuk menjayakan agenda parti.

4. PESANAN TIMBALAN PENGERUSI PERSIDANGAN MENGENAI


TATACARA SERTA PERATURAN DALAM PERSIDANGAN.

4.1 Sdra. Mohd Ikhsan Bin Ahman telah menerangkan tatacara dan peraturan untuk
menjalankan persidangan mengikut peraturan- peraturan UMNO bagi melancarkan
persidangan tersebut.

1
5. MEMBENTANG LAPORAN/ PENYATA TAHUNAN PERGERAKAN
PEMUDA UMNO CAWANGAN 2008/2009.

5.1 Sdra. Hafizul Iskandar Bin Yusuf selaku Pen. Setiausaha Cawangan
membentangkan Laporan/Penyata Tahunan UMNO Cawangan Tahun 2008/2009.

6. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN PERGERAKAN


PEMUDA UMNO CAWANGAN YANG BERAKHIR PADA
31/12/2008.

6.1 Sdra. Hafizul Iskandar Bin Yusuf selaku Pemangku Bendahari Cawangan
membentangkan Penyata Kewangan dari 1hb Januari 2008 hingga 31hb Disember 2008
yang telah di audit oleh pemeriksa kira-kira.

7. MEMILIH 2 ORANG WAKIL PERGERAKAN PEMUDA UMNO


CAWANGAN KE MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN.

7.1 Sdra. Nurul fahmi bin Husin.


7.2 Sdra. Khairul Ikhwan Bin Abdul Halim

8. MENCADANGKAN 2 NAMA UNTUK DIPILIH SEBAGAI WAKIL


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN
AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2009.

8.1 Mohd Nizam Bin Hj Saroni


8.2 Suffian Bin Sharif

9. MEMBAHASKAN USUL-USUL (Jika ada)

Tiada usul bertuis

10. Timbalan Pengerusi Tetap menangguhkan Persidangan pada jam 4:05 petang.

11. UCAPAN PENANGUHAN

11.1 Mengucapkan terima kasih keran hadir menunaikan tanggungjawab sebagai ahli
Parti pada persidangan ini yang berjalan dengan teratur dan baik.

___________________________ ________________________________
Disedikan oleh: Disahkan oleh:
HAFIZUL ISKANDAR BIN YUSUF MUHAMMAD NUR AZAM BIN BAHTIHAR
Pen. Setiausaha Pemuda Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Caw. Bintang Gemilang UMNO Caw. Bintang Gemilang

2
3

Anda mungkin juga menyukai