Anda di halaman 1dari 8

Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran

dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

IMPLIKASI PROGRAM PENDIDIKAN LUAR TERHADAP


KEYAKINAN DIRI PELAJAR

Hamimi Fadziati A.Wahab, Afida Ayob, Asraf Mohamed Moubark &


Muhd Fauzi Aminuddin Shazi Shaarani
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti implikasi serta kesan pendidikan luar
terhadap terhadap keyakinan diri dan motivasi intrinsik pelajar. Seramai 27 orang
pelajar tahun 2 dan 3 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem
(JKEES), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang menyertai aktiviti
perkhemahan di Kem Nur Lembah Pangsun selama 2 hari telah dipilih sebagai
responden untuk kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik
pra dan pasca. Kesemua data dianalisis menggunakan pakej komputer SPSS versi
17.00 (Statistical Package For Social Sciences) dan dikemukakan dalam bentuk
analisis statistik secara deskriptif dan secara inferensi. Secara keseluruhannya,
berdasarkan ujian t-berpasangan, didapati program pendidikan luar yang
dijalankan membawa perubahan yang signifikan dengan nilai  p  .05  . Skor
min peserta semasa ujian pra adalah M = 3.6050, SP = 0.69762 dan ianya telah
meningkat kepada skor M=4.0379, SP = 0.57977 selepas ujian pasca. Hasil ujian
inter-kolerasi pula menunjukkan kolerasi positif yang tinggi dengan nilai 0.898.
Ini membuktikan program pendidikan luar ini telah berjaya memberi kesan positif
terhadap tahap keyakinan diri para peserta kem. Justeru, perubahan sikap yang
positif ini diharap dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka kelak.

PENGENALAN

Terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Dari petikan Priest & Gass
(1997); Kraft, (1985) mendefinasikan pendidikan luar sebagai suatu pendekatan
pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi gabungan elemen kognitif,
psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar. Definisi lain pula adalah
sekumpulan manusia yang menyertai aktiviti-aktiviti ‘adventure’ yang terancang
di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri sendiri sebagai sumber utama
untuk menyelesaikan masalah (Neill, 2006).
Pelbagai persoalan timbul tentang bagaimana pendidikan luar mempengaruhi
pelajar, terutamanya dalam kejayaan akademik mereka (Hofferth & Jankuniene,
2001). Banyak kajian yang dijalankan tidak menunjukkan perkembangan hasil
yang signifikan (Shepard & Speelman, 1986).
317
Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran
dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi melihat implikasi pendidikan luar terhadap
motivasi intrinsik dan keyakinan diri pelajar yang boleh menjurus kepada prestasi
akademik mereka. Beberapa persoalan kajian yang perlu di jawab ialah:

1) Adakah peserta kem perkhemahan Nur Lembah Pangsun dapat


meningkatkan motivasi intrinsik dan tahap keyakinan diri mereka melalui
aktiviti pendidikan luar?
2) Apakah bentuk program atau aktiviti kem perkhemahan Nur Lembah
Pangsun yang boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar?

KAJIAN LITERATUR

Sepertimana kepelbagaian pada definisi pendidikan luar, matlamatnya juga adalah


pelbagai rupa. Antara tujuan umum program pendidikan luar ialah perkembangan
individu untuk merangsang keyakinan diri, kesedaran terhadap diri, motivasi dan
sikap (Priest dan Gas, 1997). Ia juga dilihat dapat meningkatkan dan merangsang
kemajuan akademik dan semangat kemasyarakatan. Gabungan elemen kognitif,
psikomotor dan afektif yang boleh diperolehi melalui pendidikan luar juga akan
menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah
pembentukan pelajar yang sihat mental dan fizikal (Edginton,1998)
Terdapat beberapa teori yang mengkaji perhubungan antara aktiviti pendidikan
luar dengan pencapaian akademik pelajar. Teori pertama iaitu zero-sum
berpendapat bahawa penglibatan terhadap aktiviti luar akan mengalihkan
perhatian dan masa dari kerja-kerja akademik dan ini membawa impak negatif
terhadap pencapaian (Gerber, 1996). Dalam teori identification/commitment pula,
Marsh & Kleitman (2002) berpendapat, pendidikan luar dapat membantu
perkembangan dan membina kemahiran bukan akademik seperti inisiatif,
motivasi dan interpersonal yang kompeten, seterusnya mendorong kepada
perkembangan peribadi pelajar yang matang, pandai bersosial dan serba boleh.
Gabungan kedua-dua teori diwujudkan dan dirujuk kepada model threshold oleh
Marsh & Kleitman (2002) dengan mengatakan aktiviti luar yang sederhana dapat
memberi kebaikan kepada pelajar (teori commitment) tetapi aktiviti yang
berlebihan akan mengurangi pulangan (teori zero-sum).
Crandall (1990) menjelaskan aktiviti luar banyak membantu mengukuhkan
hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan, serta meningkatkan keyakinan diri.
Steele (1999) menyokong kenyataan Crandall dengan menjelaskan bahawa
menerusi aktiviti, kumpulan akan dicabar secara mental dan fizikal untuk bekerja
bersama, berkomunikasi dan menghormati bakat dan limitasi setiap individu
dalam kumpulan.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, seramai 27 orang pelajar tahun 2 dan 3 Jabatan Elektrik,
Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang
318
Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran
dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

menyertai kem perkhemahan di Nur Lembah Pangsun selama 2 hari telah dipilih
sebagai responden. 22 orang pelajar ini memperolehi skor PNGK kurang daripada
2.60 manakala 5 lagi memperolehi skor PNGK melebihi 2.60.
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang melibatkan kaedah kualitatif dan
kuantitatif dengan menggunakan pakej komputer SPSS versi 17.00 (Statistical
Package For Social Sciences). Data dikumpulkan menggunakan borang soal
selidik pra dan pasca. Berdasarkan ujian t-berpasangan, data dianalisa secara
keseluruhannya melalui perbezaan kedua-duanya. Ujian pra terhadap responden
dijalankan sebelum aktiviti perkhemahan bermula manakala ujian pasca
dijalankan sebaik sahaja responden menyelesaikan tugasan terakhir pada hari
perkhemahan. Dalam kajian ini, tahap signifikan ditetapkan kepada .05.
Soal selidik ini terdiri dari 2 bahagian. Bahagian 1 merangkumi 8 item yang
berkaitan dengan butir-butir peribadi responden. Bahagian 2 pula terbahagi
kepada 3 kategori yang merangkumi 24 item yang dibentuk daripada pernyataan
dan pendapat pelajar tentang impak pendidikan luar terhadap keyakinan diri,
motivasi intrinsik dan prestasi akademik mereka. Dalam bahagian 2 ini,
pengukuran dibuat dengan menggunakan skala 5 pemeringkatan. Kategori A
adalah berkaitan dengan motivasi intrinsik peserta dengan mengukur matlamat
dan perancangan peserta dalam hidup. Kategori B pula mengukur tahap
keyakinan diri peserta dalam memperbaiki prestasi akademik dan kemahiran
belajar mereka. Kategori C mengukur kemahiran sosial dan interaksi peserta
seperti tahap keyakinan diri pelajar seperti belajar daripada kawan-kawan dan
orang lain.

ANALISIS DAN HASIL KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan data demografi responden. Data dianalisa menggunakan


kekerapan dan peratusan. Secara keseluruhannya, responden terdiri daripada
66.7% yang mendapat CGPA bawah 2.60 pada semester lalu manakala 18.5 %
mendapat PNGK lebih daripada 2.60.
Sejumlah 54 borang kaji selidik telah dikumpul dan ujian t-berpasangan telah
Jadual 1 menunjukkan perbezaan keputusan ujian-t ke atas ujian pra dan pasca
secara keseluruhannya. Keputusan menunjukkan kenaikan yang signifikan
 p  .05  dari penilaian pra (M = 3.6050, SP = 0.69762) kepada ujian pasca (M =
4.0379, SP = 0.57977). Ini membuktikan bahawa program pendidikan luar
membawa perubahan yang signifikan kepada peserta-peserta. Rajah 1
memperjelaskan lagi perbezaan min bagi ujian pra dan pasca terhadap motivasi
dan keyakinan diri peserta. Analisis inter-kolerasi pula menunjukkan kolerasi
positif yang kuat dengan nilai 0.898. Ini bermakna peserta yang memberi markah
rendah sebelum menyertai kem, sepatutnya tetap memberi markah yang rendah
selepas kem (walaupun markah yang diberi adalah meningkat bagi setiap peserta)
dan begitu juga sebaliknya. Berdasarkan keputusan keseluruhan ini maka
persoalan kajian telah terjawab, iaitu terdapat perubahan keyakinan diri dalam diri
peserta kem perkhemahan Nur Lembah selepas mengikuti program pendidikan
luar secara keseluruhannya.
319
Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran
dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

JADUAL 1 Data Demografi


Kategori Kekerapan (N) Peratusan (%)
Lelaki 23 85.2%
Jantina
Perempuan 4 14.8%
Melayu 25 92.6%
Cina 2 7.4%
Bangsa
India 0 0%
Lain-lain 0 0%
Islam 25 92.6%
Buddha 2 7.4%
Agama
Hindu 0 0%
Lain-lain 0 0%
Lokasi Tempat Bandar 9 33.3%
Tinggal Luar Bandar 18 66.7%
>2.6 5 18.5%
PNGK lalu
<2.6 22 81.5%

JADUAL 2 Keputusan keseluruhan ujian-t berpasangan


Sampel Statistik Berpasangan Sampel Ujian
Berpasangan Inter-
(Pra-Pasca) Kolerasi Tahap
Ujian Min (M) Sisihan t Sig (Pra & Signifikan
Piawai (2- Pasca)
(SP) tailed)
Pra 3.6050 0.69762
-6.828 .000 0.898 ( p  0.05)
Pasca 4.0379 0.57977

RAJAH 1 Perbandingan skor min keseluruhan bagi ujian pra dan pasca
320
Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran
dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

Seterusnya, ujian t-berpasangan telah dijalankan ke atas setiap kategori dalam


Bahagian 2 kaji selidik. Jadual 3 menunjukkan perbandingan pra dan pasca
dalam tiga kategori kaji selidik.
Skor min bagi kategori A, matlamat dan perancangan, berdasarkan item kajian
adalah M = 4.5840, SP = 0.23607 untuk ujian pra dan M = 4.8420, SP = 0.11541
bagi ujian pasca. Berdasarkan perbandingan tahap peningkatan melalui ujian-t
menunjukkan nilai signifikan adalah .049 iaitu menghampiri nilai signifikan yang
ditetapkan. Walaubagaimanapun, nilai ini adalah kecil dari .05 dan terdapat
sedikit peningkatan skor min bagi kategori ini setelah melalui kem perkhemahan.
Oleh itu, dapat dirumuskan terdapat perbezaan yang signifikan
(t  2.794 , p  .05 ) dalam kategori ini. Keputusan ini menunjukkan program
pendidikan luar sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi intrinsik peserta
kem.
Dalam kategori B, akademik dan kemahiran belajar, peserta kem
mempamerkan perubahan yang signifikan (t  5.732 , p  .05) . Skor min
peserta semasa ujian pra adalah M = 3.1836, SP = 0.48529 dan ianya telah
meningkat kepada skor M = 3.6745, SP = 0.35328 selepas ujian pasca. Perubahan
ini membawa maksud bahawa selesai saja aktiviti kem, peserta menunjukkan
peningkatan kepada tahap keyakinan diri dalam akademik dan kemahiran belajar
mereka.
Merujuk kepada Jadual 2 juga, semasa ujian pra, tahap sosial dan interaksi
peserta yang diukur dalam kategori C adalah M = 3.5725, SD = 0.51572.
Walaubagaimanapun, selepas menjalani kem dan ujian pasca, terdapat
peningkatan sebanyak 0.4625 (M = 4.0350, SD = 0.49923). Analisis ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t  3.390 , p  .05) dalam
kategori ini. Program ini dibuktikan dapat membantu peserta meningkatkan aspek
sosial dan interaksi mereka.

JADUAL 3 Perbandingan Pra dan Pasca dalam Tiga Kategori Kaji Selidik
Sampel Statistik Berpasangan Sampel Ujian Tahap
Berpasangan Signifikan
(Pra-Pasca)
Sisihan Sig
Kategori Min (M) t
Piawai (SP) (2-tailed)
Kategori A Pra: 4.5840 Pra: 0.23607
Matlamat dan Pasca: Pasca: -2.749 .049 p  .05
Perancangan 4.8420 0.11541
Kategori B
Pra: 3.1836 Pra: 0.48529
Akademik dan
Pasca: Pasca: -5.723 .000 p  .05
Kemahiran
3.6745 0.35328
belajar
Kategori C Pra: 3.5725 Pra: 0.51572
Sosial dan Pasca: Pasca: -3.390 .012 p  .05
Interaksi 4.0350 0.49923
321
Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran
dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

Setiap ujian t menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam ketiga-tiga


kategori yang diukur daripada ujian pra kepada pasca. Berdasarkan hasil kajian,
terdapat perubahan yang sangat positif terhadap keyakinan diri peserta kem yang
meliputi motivasi intrinsik, kemahiran belajar dan aspek sosial peserta kem. Ini
adalah kerana aktiviti yang dilaksanakan dalam program pendidikan luar ini tidak
hanya berfokuskan kepada aktiviti dalam dewan sahaja, malahan aktiviti luar
seperti flying fox, pond rafting dan wall climbing juga dapat membentuk
semangat kerjasama dan mendorong kepada peningkatan motivasi serta
keyakinan diri pelajar.
Kajian juga dijalankan untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang boleh
meningkatkan keyakinan diri pelajar berdasarkan persepsi peserta kem. Bagi
menjawab persoalan kajian ini, analisis kekerapan dan peratusan digunakan bagi
melihat bentuk program atau aktiviti dari aspek kuantitatif. Jadual 4 menunjukkan
perbandingan di antara kekerapan dan peratusan aktiviti yang boleh
meningkatkan keyakinan diri peserta.

JADUAL 4 Perbandingan Kekerapan dan Peratusan Aktiviti Yang Boleh


Meningkatkan Keyakinan Diri
Ujian Aktiviti Kekerapan Peratusan
Pond rafting 19 70.4%
Luar Wall climbing 2 7.4%
Dewan Flying fox 6 22.2%
Jumlah 27 100%
Pasca
Ice Breaking 18 66.7%%
Dalam River of My Life 6 22.2%
Dewan Teknik Belajar 3 11.1%
Jumlah 27 100%

Analisis kajian mendapati, bagi aktiviti luar dewan, pond rafting mendapat skor
tertinggi dengan 19 kekerapan dan peratusan sebanyak 70.3%. Skor bagi aktiviti
wall climbing pula adalah 2 kekerapan dengan peratusan 7.4%. Aktiviti flying fox
pula mendapat 6 kekerapan dengan peratusan sebanyak 22.2%. Pada pendapat
pengkaji melalui pemerhatian, aktiviti pond rafting mendapat undian tertinggi
adalah kerana aktiviti ini mempunyai nilai tersendiri dalam meningkatkan
keyakinan diri peserta dengan mengukuhkan hubungan sosial dan kemahiran
interpersonal peserta.
Bagi aktiviti dalam dewan pula, aktiviti ice breaking mendapat skor tertinggi
dengan 66.7% manakala aktiviti teknik belajar mendapat skor terendah dengan
peratusan 11.1%. Melalui pemerhatian, keadaan ini berlaku adalah kerana aktiviti
ice breaking lebih menjurus kepada bentuk permainan dan menyeronokkan.
Manakala aktiviti lain kurang menjurus kepada permainan dan memerlukan
konsentrasi yang lebih.

322
Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran
dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan program pendidikan luar dapat


membawa perubahan terhadap keyakinan diri para pelajar. Tahap perubahan yang
tinggi menunjukkan hubungan yang positif dengan penglibatan para peserta
dalam program pendidikan luar. Ia memainkan peranan yang penting kerana
peserta program dapat membina hubungan interpersonal dan menggalakkan
mereka bekerjasama serta saling menyokong antara satu sama lain. Ini adalah
amat penting bagi memberikan ketenangan mental kepada para pelajar dan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Keyakinan diri yang tinggi
akan meningkatkan prestasi pelajaran dan sebaliknya. Faktor-faktor ini diharap
dapat membantu peserta kem meningkatkan lagi tahap penguasaan akademik
mereka kelak. Kejayaan program pendidikan luar juga adalah bergantung kepada
tahap pengetahuan dan kemahiran pensyarah. Justeru adalah penting bagi
pensyarah merancang dan mengurus program pendidikan luar yang dilihat
sebagai medium pengajaran luar bilik kuliah. Hasil kajian ini diharap dapat
digunakan oleh pensyarah untuk mengelolakan program pendidikan luar dengan
lebih berkesan demi menghasilkan kesan yang positif terhadap keyakinan diri
pelajar dan seterusnya membantu mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

RUJUKAN

Crandall, D. A. 1990.Outdoor Recreation Tomorrow-Blending Traditions and


Trends. Journal of Physical Education, Recreation & Dance. pg. 43.

Edginton, C. R., Hanson, C. J. & Edginton, S. R. (1992). Leisure programming:


Concept, trend, and profesional practice (2nd ed. ). United State of America:
Wm. C. Brown Communication, Inc.

Gerber,S.B.1996. Extracurricular activities and academic achievement. Journal


of Research and Development in Education, 30(1), 42-50.

Hofferth, S.L.,& Jankuniene,Z.2001.Life after school,Educational Leardership,


58(7), 19-23

Marsh,H.W.1992.Exrtacurricular activities: Beneficial extension of the traditional


curriculum or subversion of academic goals? Journals of educational
Psyhology,84(4)553-562.

Neill.2006. Neill-International Outdoor (atas talian)


http://www.wilderdom.com/OEinternational/James Education (4 Nov 06).

Priest, S. & Gass, M. A. 1997. Effective Leadership in Adventure Programming.


Champaign, IL: Human Kinetics.

323
Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran
dan Alam Bina (PeKA ’09) dan Pembelajaran UKM 2009

Shepard, C. L., & Speelman, L. R. 1986. Affecting environmental attitudes


through outdoor education. Journal of Environmental Education, 17(2), 20 -
23.

Steele, G. J. 1999. A Camp for the Future. New York State Conservationist.
Wilson General Science Abstracts. pg. 20.

324

Anda mungkin juga menyukai