Anda di halaman 1dari 153

Haruno Hana

Bab 1
H
IASAN dalaman rumah agam
itu diperhatikannya dengan
rasa kagum. Rumah yang
berkonsepkan klasik Perancis itu benar-benar membuatkan
dia terpegun.
Warna ungu lembut dan putih melatari dinding
rumah itu.
Perhiasan-perhiasan rumah yang mahal menghiasi
rumah agam itu.
Sebuah kolam air terjun arca kristal berbentuk dewi
jelita sedang memeluk seekor burung phoenix di ruang
tengah rumah agam itu menarik perhatiannya.
Perlahan-lahan, dia menapak mendekati kolam itu.
Air turun dari sekeliling rambut dewi itu memenuhi kolam
yang berukir indah itu. Dia menarik senyum.
“Cik Kinimoto?”
Sapaan seseorang mematikan lamunannya. Dia
segera menoleh ke belakang. Seorang gadis berambut paras
bahu berdiri di belakangnya. Gadis itu tersenyum manis.

1
Lovin' You

“Sila ikut saya. Puan Tezuka hendak bertemu


dengan cik.” Kata gadis itu.
Dia mengangguk. Langkah gadis itu diikutinya.
Jantungnya berdegup kencang.

KIRA membetulkan ikatan tali lehernya. Butler di Haru


Mansion merangkap pembantunya, Pak Cik Ozu setia
menunggu di dalam bilik.
Lelaki tua itu hanya diam tidak bersuara.
“Dengar kata ada pembantu baru, betul ke?” tanya
Kira.
Kot hitam disarung ke badan. Dia duduk
berhadapan dengan cermin besar. Membetulkan gaya
rambutnya. Setelah berpuas hati, dia berpaling menghadap
Pak Cik Ozu.
“Ya. Mak Cik Ono minta tempatnya diganti sempena
ketiadaan dia ke Hokkaido. Cucu saudaranya akan bekerja
secara sambilan di sini,” terang Pak Cik Ozu.
Kening Kira hampir bercantum.
“Bekerja sambilan? Budak tu masih belajar ke?”
tanya Kira.
Dia mencapai sebiji epal merah yang berada di
dalam bakul buah-buahan yang terletak di atas meja. Dia
menggigit epal itu lalu dikunyah perlahan. Beg sandang
diletak di bahu. Kira berjalan keluar dari bilik.
Pak Cik Ozu mengangguk sambil menuruti langkah
Kira.
“Dia sebaya dengan Tuan Muda Kira atau muda

2
Haruno Hana

setahun, pak cik tak pasti. Tapi, gadis tu dah pindah masuk
dalam rumah ni.”
“Boleh ke budak tu buat kerja?” tanya Kira lagi.
“Mak Cik Inoue dah aturkan jadual untuk dia.
Lagipun, kehadiran gadis tu sekadar memenuhi permintaan
Mak Cik Ono. Puan pun dah setuju. Kalau diikutkan hati
puan, puan tak nak gadis tu bekerja. Cukuplah hanya tinggal
di sini sementara Mak Cik Ono tiada. Tapi, Mak Cik Ono tak
setuju. Dia nak cucu saudaranya itu bekerja juga.”
“Dia belajar di mana?” tanya Kira. Epal merah itu
digigit lagi.
“Kalau tak salah pak cik, sekolah yang sama dengan
tuan muda. Hanami International High School (HIHS).”
Erk? Kira merasakan epal itu tersekat di
kerongkongnya. Dia terbatuk-batuk. Wajah Pak Cik Ozu
dipandangnya serius.
“A… apa? Dia sekolah kat situ jugak?” Tanyanya
tidak percaya.
Teragak-agak lelaki tua itu mengangguk.
Kira menepuk dahi. Bala....

3
Lovin' You

Bab 2
“M
ANA mereka berdua ni?”
Kotomi melihat
jam tangannya. Hampir
pukul sembilan pagi. Sebentar lagi, kelas masakan akan
bermula. Namun, kelibat dua orang sahabat karibnya masih
belum kelihatan. Kebiasaannya, mereka berempat akan
bertemu di Dewan Besar ini.
Buku dan fail dicapai dari lokar. Pintu lokar ditutup
lantas dikunci. Sebaik sahaja Kotomi ingin memusingkan
badannya ke kanan, dia terlanggar seseorang. Buku dan
failnya jatuh di atas lantai. Pantas matanya mencari siapa
yang dilanggarnya tadi. Alamak! Putera sekolahnya!
“Maaf... maaf, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?”
tanya Kotomi cemas. Dia menghulurkan tangannya ingin
membantu budak lelaki itu berdiri, namun tangannya ditepis
kasar.
Budak lelaki itu segera bangun dan bercekak
pinggang di hadapan Kotomi.
Gila! Tingginya mamat ni. Aku ni paras dada dia

4
Haruno Hana

aje, desis hati Kotomi. Dia terpaksa mendongak. Wajah budak


lelaki itu ditenungnya.
“Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya benar-
benar minta maaf,” ulang Kotomi. Berulang kali dia tunduk
memohon maaf.
“Kau ingat aku ni patung ke? Senang-senang aje
kau nak langgar?”
Sinis budak lelaki itu bertanya.
Kotomi tergamam.
“Saya minta maaf, saya tak sengaja,” kata Kotomi
lagi.
Wajah merah padam lelaki itu tidak berani
dipandangnya. Dia merenung kasut hitam yang tersarung di
kaki.
“Senang-senang aje kau nak minta maaf. Kau
memang sengaja buat macam ni, kan? Dasar perempuan
murahan!”
Sarkastik budak lelaki itu menuturkan ayat tanpa
nada.
Darah Kotomi naik ke pipinya. Tanpa sebarang
amaran, tangannya ringan menarik tali leher budak lelaki itu.
Hampir terjatuh budak lelaki itu dibuatnya.
“Hoi! Gila ke?”
Dahi budak lelaki itu ditunjal kuat. Kemudian kaki
budak lelaki itu dipijak sekuat hati.
“Hoi!” marah budak lelaki itu. Dahinya dipegang.
Terhincut-hincut dia menahan sakit di kaki.
“Oi, jangan ingat saya terlanggar awak, awak boleh
cakap macam-macam pada saya, tau? Tolong jaga sikit mulut

5
Lovin' You

awak tu! Dasar putera bongkak! Awak ingat awak jadi pujaan
ramai, saya takut ke?” marah Kotomi.
Buku dan fail yang tergeletak di atas lantai dikutip.
Dia segera berlalu pergi, meninggalkan budak lelaki itu.
Sebelum sempat dia keluar dari Dewan Besar itu, budak lelaki
itu memanggilnya kembali. Kotomi lekas berpaling.
“Ada apa?” Kotomi bertanya dengan kasar.
Mahu sahaja dia menampar budak lelaki itu. Dia
memang pantang dihina sebegitu. Lebih-lebih lagi oleh kaum
lelaki. Dalam kelembutan dan kesabaran yang dimilikinya, itu
tidak bermaksud dia akan berdiam diri jika dihina dengan
panggilan perempuan murah.
“Hoi, budak kecik! Jangan biar aku jumpa lagi
dengan kau! Kalau tidak, teruk kau aku kenakan!” Marah
budak lelaki itu.
Kotomi menjelirkan lidahnya. Tanpa berkata apa-
apa lagi, dia segera meninggalkan budak lelaki itu yang masih
terjerit-jerit memanggilnya.

KIRA menghempaskan begnya ke atas meja. Toma, Shin


dan Hiro yang leka bermain PSP menoleh ke arahnya. Kira
mendengus kuat.
“Kenapa ni? Nampak marah semacam aje?” tanya
Shin. Dia mengambil tempat duduk di sisi Kira.
Toma dan Hiro turut berdiri berhadapan dengan
Kira.
Masing-masing hairan melihat wajah masam Kira.
“Aku jumpa perempuan gila tadi,” kata Kira tanpa

6
Haruno Hana

berdolak-dalih. Peristiwa tadi masih segar berputar di kotak


memorinya.
“Perempuan gila? Maksud kau kumpulan Si Yui
yang tergila-gilakan kau tu ke?” tanya Hiro.
“Bukan.”
“Habis tu?”
“Perempuan gila tu langgar aku. Dah la otak aku
tengah serabut masa tu, aku tengking dia. Dia minta maaf.
Aku tengking dia lagi. Lepas tu dia buat hal. Ada ke patut
perempuan tu tunjal dahi aku? Dahlah kuat, dia pijak pulak
kaki aku. Geram betul aku dengan budak tu,” terang Kira.
Dia menggosok dahinya yang masih terasa sakit.
“Salah kau jugak. Budak tu dah minta maaf, tapi
kau tengking balik budak tu, mana budak tu tak bengang. Dia
junior kita ke?” Toma mencelah.
“Aku rasa budak tu junior kita. Tengok badan dia
kecik semacam aje. Rasa-rasanya tinggi dia paras dada aku
aje,” kata Kira lagi.
Tubuh kecil molek gadis yang ‘menyerangnya’ tadi
terbayang di minda.
“Keciknya. Kau tu dahlah tinggi macam zirafah,”
kata Toma lagi.
Hiro dan Shin ketawa.
Kira turut tersenyum.
“Aku bukannya nak marah sangat budak tu pasal
dia langgar aku. Tapi, yang aku geram sebab dahi dan kaki
aku jadi mangsanya. Tak padan kecik, sakit gila dibuatnya,”
kata Kira lagi.
“Kalau kau jumpa dia lagi, kau nak buat apa?” tanya
Shin.

7
Lovin' You

Kira tersengih. “Kau akan tahu nanti.”

NORI dan Ran mendekati Kotomi yang sedang mengelamun


di tingkap. Bahu Kotomi ditepuk mesra.
Kotomi segera menoleh.
“Korang rupanya. Kenapa?” tanya Kotomi.
Dia melempar pandangan ke luar tingkap,
memerhatikan kolam air terjun yang terletak di taman
sekolah. Beberapa orang pelajar sedang berada di taman itu
bersama dengan kanvas putih dan alatan melukis. Mungkin
para pelajar dari jurusan seni lukis, fikirnya.
“Dari tadi lagi kita orang tengok kau termenung
aje. Kenapa? Kau ada masalah?” tanya Ran.
Kotomi menggelengkan kepalanya.
“Tak ada apa-apalah. Jangan bimbang,” kata Kotomi
sambil mengukirkan senyum di bibir.
Ini tahun kedua Kotomi belajar di sini. Jika nenek
saudaranya tidak bermurah hati membiayai pelajarannya di
sekolah elit ini, mungkin Kotomi tidak akan berada di sini.
Nenek saudaranya bekerja sebagai ketua pembantu
rumah di sebuah rumah orang kaya.
Hampir kesemua pelajar yang bersekolah di sini
berasal daripada golongan berada.
Begitu juga dengan Nori serta Ran. Ibu bapa mereka
merupakan ahli perniagaan yang berjaya.
Sementara ibunya hanya bekerja sebagai pendandan
rambut di Hokkaido.
Walaupun begitu, kedua-dua sahabat karibnya

8
Haruno Hana

menerima Kotomi seadanya tanpa mengambil kira latar


belakangnya.
Selama ibunya di Hokkaido, Kotomi tinggal di
rumah nenek saudaranya. Namun kini, nenek saudaranya
telah ke Hokkaido dan akan menetap di sana selama enam
bulan. Kotomi akan tinggal dengan majikan neneknya dalam
tempoh itu.
“Betul kau tak ada masalah?” tanya Nori.
“Betul, aku tak ada masalah. Sekarang ni masa
rehat, kan? Jom ke kafe. Aku dah lapar ni.” Kata Kotomi.
Wajahnya diceriakan. Dia memaut lengan kedua-dua
sahabatnya itu, berjalan keluar dari kelas.

9
Lovin' You

Bab 3
“K
OTOMI, kamu dah siap?”
panggil Mak Cik Inoue dari
luar pintu.
Pintu dibuka. Kotomi keluar dari bilik itu. Seragam
hitam putih tersarung di tubuh kecilnya.
Mak Cik Inoue tersenyum.
“Baju tu memang sesuai dengan kamu,” puji Mak
Cik Inoue.
Gaun hitam paras peha pembantu rumah itu
memang sesuai dengan Kotomi. Tambahan pula, Kotomi
mengikat satu tocang di sebelah kanan kepalanya. Apron
putih dipakai.
“Mak Cik Inoue?” tegur Kotomi.
“Ya?”
“Kenapa gaun ni paras peha? Siap ada legging
hitam paras betis lagi. Saya tengok gaun pembantu rumah
yang lain paras betis semuanya, tak macam saya pun?” tanya
Kotomi.

10
Haruno Hana

Dia merasakan pertanyaan itu sesuatu yang


melucukan, namun dia tidak dapat menahan dirinya daripada
bertanyakan soalan itu. Benar, kesemua pembantu rumah
yang lain diperhatikannya memakai sut paras betis, tetapi
kenapa dia berbeza? Ada sesuatu ke?
“Puan sendiri yang pilih baju ni. Kalau nak tahu,
tanyalah puan. Tapi, mak cik tengok baju ni sesuai dengan
kamu. Lagipun kamu masih lagi remaja,” jawab Mak Cik
Inoue.
Dia menggosok lembut kepala Kotomi. Kotomi
dipandangnya dengan perasaan kasih.
Kotomi mengangguk.
“Bila mak cik nak kenalkan saya dengan yang lain?”
tanya Kotomi.
“Mari, semua dah menunggu kamu di dapur. Jom,”
ajak Mak Cik Inoue.
Tangan Kotomi ditarik. Mereka berdua menuju ke
dapur. Sepanjang perjalanan, Kotomi melihat keadaan rumah
agam itu. Mewah, tetapi tiada kedengaran gelak ketawa
penghuninya.
Mak Cik Inoue telah memberitahunya, rumah agam
ini dipanggil Haru Mansion. Ada sepuluh buah bilik, lima
buah bilik tetamu, sebuah perpustakaan, sebuah gimnasium,
dua ruang tamu, sebuah galeri dan dua kolam renang di
rumah ini. Itu tidak termasuk dengan taman bunga ros yang
diusahakan oleh Puan Masashi. Kawasan bilik pembantu
rumah terletak di bahagian selatan rumah agam itu.
Perpustakaan, gimnasium serta galeri terletak di bahagian
utara manakala ruang tamu digabung dan terletak di ruang
tengah Haru Mansion. Arca dewi kristal yang dilihatnya
tempoh hari menandakan sempadan dua ruang tamu itu.

11
Lovin' You

“Kotomi, selamat datang ke Haru Mansion,” ucap


Mak Cik Inoue.
Pintu berukir indah di hadapannya dibuka.
Kesemua pembantu rumah sudah berkumpul di dapur.
Kotomi tergamam. Dia tidak menyangka hanya
seramai ini pembantu rumah di Haru Mansion. Dua orang
gadis mendekati Kotomi.
“Selamat berkenalan, Kotomi. Kita sudah berjumpa
semalam. Saya Miyuki. Ini adik kembar saya, Fuyuki,” sapa
gadis itu.
Mereka berdua tunduk hormat kepada Kotomi.
Begitu juga dengan Kotomi.
“Mereka berdua anak saya. Kotomi, kenalkan ini
Mak Cik Nami, dia ketua tukang masak di sini. Michiko dan
Seshuke merupakan pembantunya. Ini pula....”
Seorang demi seorang diperkenalkan kepada
Kotomi. Mereka semuanya mesra dengan Kotomi, sedikit
sebanyak melegakan Kotomi.
Sedang mereka asyik berbual, pintu dibuka.
Seorang lelaki tua masuk ke dapur. Lelaki tua itu kelihatan
kemas bersut hitam.
“Kotomi, kenalkan. Ini Pak Cik Ozu, dia merupakan
butler merangkap pembantu tuan muda kita. Pak Cik Ozu
antara pembantu yang sudah lama bekerja di sini, sama
seperti nenek saudara kamu,” terang Mak Cik Inoue.
Kotomi mengangguk. Dia mendekati lelaki tua itu.
“Apa khabar? Saya Kinimoto Kotomi, pembantu
baru di sini. Sila beri tunjuk ajar,” ujar Kotomi. Dia tunduk
hormat di hadapan Pak Cik Ozu.
Pak Cik Ozu tersenyum.

12
Haruno Hana

“Panggil pak cik, Pak Cik Ozu. Pak cik dah lama
kenal dengan nenek saudara kamu. Jangan bimbang, anggap
aje kami semua ni macam keluarga kamu,” pesan Pak Cik
Ozu.
“Betul apa yang Pak Cik Ozu katakan tu. Lagipun,
kami berdua ada,” kata Fuyuki.
Kedua-dua kembar itu memaut lengan Kotomi.
“Betullah tu. Hari-hari kamu kena usik dek kembar
berdua tu.” Kata Pak Cik Ozu lagi.
Kotomi ketawa senang hati. “Terima kasih, semua.”

AIR teh dituang ke dalam cawan, lantas dihulurkan kepada


anak majikannya.
Kira meletakkan majalah yang dibacanya di atas
meja. Air teh yang dihulurkan oleh Pak Cik Ozu dihirup
perlahan. Dia memerhati suasana taman bunga ros ibunya.
Puan Masashi memang gemar menanam bunga, terutamanya
bunga ros. Jika ibunya tiada masa, ibunya akan menyuruh
tukang kebun menyelanggarakan taman itu. Pelbagai warna
bunga ros dapat diperhatikan. Ros merah, kuning, merah
jambu serta ros putih. Setiap hari, bunga ros itu akan dipetik
dan diletakkan di dalam vas di ruang tamu. Bapanya tidak
pernah menghalang minat ibunya itu.
“Tuan muda?”
“Ya?”
“Tuan muda dah jumpa dengan cucu saudara Mak
Cik Ono tu?” tanya Pak Cik Ozu.
Kira menggeleng.

13
Lovin' You

“Pak cik dah jumpa dengan budak tu?” tanyanya.


“Tengah hari tadi. Kalau tuan muda nak jumpa
dengan dia, pak cik boleh tolong panggilkan.”
“Tak perlulah, pak cik. Lagipun, budak tu sama
sekolah dengan saya. Pak cik tau, kan? Saya tak suka kalau
perkara tu terjadi dalam rumah ni. Dahlah jumpa kat rumah,
kat sekolah pun kena jumpa juga ke?” kata Kira.
Dia melempar pandang ke arah taman bunga.
Mustahil lelaki tua itu tidak mengetahui apa yang
dimaksudkan olehnya, sedangkan Pak Cik Ozu merupakan
orang yang paling memahami dirinya. Bukan bapanya. Bukan
juga ibunya. Hanya kepada lelaki tua itulah dia mencurahkan
segala perasaannya.
Pak Cik Ozu mengangguk. Dia faham apa yang
dimaksudkan oleh remaja itu. Sudah beberapa kali Kira
memberitahu masalah dia diganggu oleh pelajar perempuan
di sekolah. Ke mana sahaja Kira melangkah, pasti ada
beberapa orang pelajar perempuan yang mengikutnya. Setiap
hari, pasti ada surat cinta yang diselit ke dalam lokar Kira.
Kadang-kadang, ada juga pelajar yang berani meluahkan
perasaannya di hadapan Kira. Namun, semuanya ditolak
mentah-mentah oleh Kira. Kira cukup membenci sesiapa
yang mengganggunya seperti itu.
“Pak cik,” panggil Kira perlahan. Matanya masih
tertumpu pada taman bunga.
“Ya?”
“Nampaknya, tak semua pelajar perempuan sama.
Tadi, saya bertemu dengan seorang gadis yang berbeza.”
“Apa maksud tuan muda?” tanya Pak Cik Ozu penuh
sabar. Dia memandang wajah anak muda itu.

14
Haruno Hana

Kira mengeluh.
“Memang pertemuan tadi menyakitkan hati, tapi
dia betul-betul berbeza. Semasa saya nak ke kelas tadi, gadis
tu terlanggar saya. Memang saya yang salah sebab tengking
dia walaupun dia minta maaf, tapi saya memang tidak dapat
tahan kemarahan saya tadi. Kesian pulak kat dia tu. Teruk
kena tengking. Dia minta maaf beberapa kali, tapi saya tetap
tengking dia. Yang lucunya, dia tujah dahi saya sebab tak
tahan kena tengking. Kaki saya pula yang dipijaknya. Dia pula
yang marahkan saya. Ada ke dia panggil saya ‘putera
bongkak’?” kata Kira. Dia ketawa kecil.
Pak Cik Ozu masih senyap, membiarkan Kira habis
bercerita.
“Biasanya, kalau saya marah pada pelajar
perempuan, mereka akan minta maaf balik pada saya. Malah,
mereka tak berani nak kata apa-apa. Tapi, budak tu berani
lawan saya balik. Selama tiga tahun saya belajar di situ, saya
tak pernah lagi jumpa dengan gadis yang macam tu,” kata
Kira lagi. Ketawanya masih lagi berterusan. Wajahnya juga
kelihatan ceria.
“Pak cik gembira bila tengok tuan muda macam
ni,” kata Pak Cik Ozu.
“Apa maksud pak cik?” tanya Kira kehairanan. Dia
mengangkat wajah, memandang seraut wajah tenang lelaki
tua itu.
Pak Cik Ozu mengukir senyum.
“Selama ini, pak cik tak pernah lihat wajah tuan
muda segembira ini ketika bercerita tentang pelajar
perempuan di sekolah tuan muda. Biasanya, tuan muda akan
mengutuk mereka, tetapi hari ini tuan muda nampak
gembira sangat,” terang Pak Cik Ozu.

15
Lovin' You

Kira tergamam.
Betul ke apa yang Pak Cik Ozu katakan? Tapi, gadis
itu benar-benar berbeza. Aku harap aku akan bertemu lagi
dengannya walaupun pertemuan akan datang akan
menyakitkan hati.
“Pak cik masuk ke dalam dulu. Pak cik perlu ke
dapur. Sekejap lagi pak cik akan datang lagi.”
Kira mengangguk. Tumpuannya kini pada taman
bunga ros. Namun, ada sesuatu yang sedang bermain di
fikirannya ketika ini. Wajah gadis itu dan tingkah gadis itu
bermain di fikirannya.

“MIYUKI, nak tanya sikit boleh?”


Miyuki bangun daripada pembaringannya. Dia
melihat ke arah Kotomi. Fuyuki masih lagi mengemas di
dapur. Kini, hanya dia dan Kotomi sahaja yang berada di
dalam bilik.
Pada mulanya, hanya Miyuki dan Fuyuki yang
tinggal di dalam bilik itu. Tetapi, ibu mereka tidak
membenarkan Kotomi tinggal seorang diri di bilik sebelah,
lantas kedua-dua kembar itu mempelawa Kotomi untuk
tinggal sebilik dengan mereka.
“Apa dia?” tanya Miyuki.
“Tadi, Mak Cik Inoue bawa saya melawat kawasan
rumah ni. Ada sebuah bilik yang terletak berhadapan dengan
taman bunga ros Puan Masashi. Mak Cik Inoue kata bilik itu
sentiasa berkunci, dan kita tidak dibenarkan mendekati bilik
itu. Kenapa, Miyuki?” soal Kotomi.
“Kita memang tak dibenarkan mendekati bilik itu.

16
Haruno Hana

Apatah lagi memasukinya. Sebenarnya, bilik itu kepunyaan


tuan muda. Hanya Pak Cik Ozu sahaja yang dibenarkan
masuk. Apa yang ada di dalam bilik tu, kami tak tahu. Tuan
muda juga tidak membenarkan tuan dan puan masuk ke
dalam bilik itu,” kata Miyuki tanpa berselindung.
“Tapi, kenapa…”
“Kami tak tahu. Apa yang pasti, dulu ada seorang
lelaki yang bekerja di sini sebagai tukang kebun pernah
masuk ke dalam bilik itu. Selepas tuan muda dapat tahu,
teruk lelaki tu kena marah. Tak lama kemudian, lelaki tu
berhenti kerja,” celah Fuyuki yang baru sahaja masuk ke
dalam bilik. Dia memegang sepiring buah epal yang telah
dipotong. Dia menghulurkan piring itu kepada Miyuki dan
Kotomi.
“Lelaki tu tak beritahu ke apa yang ada dalam bilik
tu?” tanya Kotomi lagi. Dia mengunyah potongan epal yang
diberikan oleh Fuyuki.
Fuyuki menggeleng.
“Sejak hari tu, tak ada siapa yang berani pergi dekat
dengan bilik tu,” kata Miyuki pula.
Kotomi diam. Mindanya ligat berfikir. Apa yang
hebat sangat pasal bilik tu hinggakan tuan muda tak
benarkan sesiapa pun mendekati bilik itu?
“Tak payah fikirkan lagi pasal bilik tu. Esok kita
kena ke kolej, Kotomi pula perlu ke sekolah. Tidurlah. Dah
lewat ni,” kata Fuyuki sambil melemparkan bantal peluknya
ke arah Miyuki.
Miyuki segera menepis.
“Orang nak tidur tak ada main lempar-lempar
bantal, tau.” Kata Miyuki berpura-pura marah.

17
Lovin' You

Sejurus kemudian, anak patung beruang Kotomi


menjadi mangsa lemparan Miyuki. Anak patung itu tepat
mengenai muka Fuyuki. Riuh bilik itu dengan gelak ketawa
mereka bertiga.

18
Haruno Hana

Bab 4
“B
ETUL ke kamu tak nak
tumpang tuan muda? Tak
perlu kamu susah payah
kayuh basikal ke sekolah,” pujuk Mak Cik Inoue.
Kotomi sudah bersiap untuk ke sekolah. Dari dia
bersiap-siap di bilik sehinggalah dia bersedia untuk
menunggang basikal, sudah berkali-kali wanita itu
memujuknya untuk ke sekolah dengan tuan muda. Sudah
berkali-kali juga dia menolak pelawaan wanita itu. Katanya,
dia lebih selesa ke sekolah dengan menunggang basikalnya.
“Tak apalah, mak cik. Saya ke sekolah dulu,” kata
Kotomi.
Mak Cik Inoue mencium dahi gadis itu sebelum
Kotomi menunggang basikal keluar dari pekarangan Haru
Mansion.
Jarak HIHS dengan Haru Mansion hanya
mengambil masa lima belas minit jika dia berbasikal. Jalan
menuju ke HIHS juga lengang kerana sekolah itu terletak di
dalam kawasan perumahan elit. Sebarang kemasukan ke

19
Lovin' You

dalam kawasan perumahan ini akan dicatat. Kotomi


menghidupkan MP3nya. Lagu Flower Lady dendangan
kumpulan kegemarannya, Tohoshinki berkumandang di
telinga. Dia menyanyi perlahan. Tanpa disedarinya, sebuah
kereta sedang bergerak di belakangnya. Bunyi hon kereta
menarik perhatiannya. Kotomi berhenti mengayuh basikalnya
lantas menoleh ke belakang. Sebuah kereta Bentley hitam
metalik berada di belakangnya. Kotomi mengerutkan dahi.
Dia turun dari basikalnya.
Siapa tu?
Pintu kereta dibuka. Sesusuk tubuh yang
dikenalinya keluar dari kereta mewah itu.
“Pak Cik Ozu!”
Pak Cik Ozu berjalan mendekati Kotomi.
Kira yang berada di dalam kereta terkejut. Dia kenal
benar dengan gadis yang menunggang basikal itu. Itu gadis
yang berani menengking dia kembali tempoh hari. Kakinya
yang dipijak oleh gadis itu terasa berdenyut kembali.
Budak kecik tu cucu saudara Mak Cik Ono ke? Gila!
“Kotomi nak ke sekolah ke? Kenapa tak pergi
dengan tuan muda sekali?” tanya Pak Cik Ozu.
“Tak perlulah, pak cik. Menyusahkan aje,” balas
Kotomi. Dia tidak menyedari tingkahnya itu diperhatikan
oleh Kira yang masih berada di dalam kereta.
“Tak apalah. Pak cik hantar tuan muda ke sekolah
dulu. Tunggang basikal baik-baik ye, Kotomi. Hati-hati,”
pesan Pak Cik Ozu.
Kotomi mengangguk.
“Baiklah, pak cik. Saya pergi dulu,” kata Kotomi.
Dia kembali menunggang basikalnya.

20
Haruno Hana

Setelah Kotomi hilang dari pandangan barulah Pak


Cik Ozu masuk kembali ke dalam perut kereta.
“Itu ke cucu saudara Mak Cik Ono?” tanya Kira
sebaik sahaja lelaki tua itu masuk ke dalam kereta.
Pak Cik Ozu mengangguk. “Namanya Kotomi. Pak
cik harap tuan muda boleh berkawan dengannya.”
Kira senyum sinis. “Pak cik jangan bimbang. Saya
akan ‘berkawan baik’ dengan budak tu nanti.”
Kira ketawa di dalam hati. Hanya dia sahaja yang
faham maksud kata-katanya tadi. Gadis itu sudah ditemui.
Dia akan melaksanakan rancangannya tak lama lagi.

“AKU dah jumpa budak tu!”


Shin mengalih pandang dari komik yang dibacanya.
Toma dan Hiro masih setia menonton video klip
ciptaan Hiro yang dimuat naik (upload) di dalam laptop.
Sesekali, ketawa mereka berdua memecah suasana.
Kelas mereka riuh dengan gelak ketawa pelajarnya.
Jam baru sahaja menunjukkan pukul lapan empat puluh lima
pagi. Dua masa pertama hari ini ialah mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Sebentar lagi, mereka perlu ke padang.
Walaupun HIHS merupakan sekolah persendirian, namun
mata pelajaran yang dibenci oleh kebanyakan pelajar itu
masih lagi diteruskan.
“Kau jumpa dia kat mana?”
“Kau ingat tak, aku ada beritahu korang semua
pasal gadis yang menggantikan pembantu rumah aku tu?”
“Takkanlah....”

21
Lovin' You

“Memang dia!” kata Kira tanpa menunggu Hiro


menghabiskan ayatnya.
Hiro mengerutkan dahinya.
Toma menggeleng-gelengkan kepalanya.
Ketiga-tiga sahabatnya tidak tahu apa yang patut
dikatakan lagi.
“Oh... gadis tu patut menyesal sebab buat kau
macam tu,” kata Hiro setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Aku sokong cakap Hiro. Gadis tu memang tak
patut buat kau macam tu,” kata Shin pula.
Toma mengangguk.
Kira tersengih. “Korang jangan bimbanglah. Aku
ada plan baik ni. Nak tahu tak?”
Mereka bertiga mendekati Kira.
Waktu untuk Pendidikan Jasmani telah tiba,
kesemua rakan sekelas mereka telah menuju ke bilik
persalinan.
Namun itu semua tidak dihiraukan oleh mereka
berempat. Shin, Hiro serta Toma sedang khusyuk mendengar
apa yang diperkatakan oleh Kira. Sesekali mereka berempat
akan ketawa. Setelah Kira menghabiskan ayatnya, kesemua
rakannya ketawa besar.
“Baik punya plan. Kau teruskanlah. Kami bertiga
akan tolong kau laksanakan plan kau nanti kalau kau
perlukan kami,” kata Hiro.
Kira tersengih. “Terima kasih, semua.”
“Tapi kau lupa satu perkara!” celah Shin.
“Apa dia?”
Shin tersengih. “Kalau kau nak kenakan budak tu

22
Haruno Hana

berpada-padalah, jangan teruk sangat. Sekadar kejutkan dia


aje.”
Kira diam sejenak. Dia sedang memikirkan sesuatu.
Tiba-tiba, dia tersenyum. “Aku rasa aku tahu apa patut aku
buat kalau nak ikutkan konteks ‘berpada-pada’ kau tu. Kau
tak payah bimbanglah.”

23
Lovin' You

Bab 5
K
OTOMI keluar dari biliknya
sebaik sahaja dia selesai
membersihkan dirinya. Uniform
hitam putih itu tersarung di tubuhnya. Kotomi tersenyum
puas. Dia perlu menemui Mak Cik Inoue dahulu sebelum
dia memulakan tugasnya. Sementelah lagi dia tidak tahu apa
yang patut dilakukan.
“Mak Cik Inoue,” sapa Kotomi.
Mak Cik Inoue sedang menyusun kuntuman bunga
ros di ruang tamu. Beberapa kuntuman bunga ros sudah
digubah cantik oleh Mak Cik Inoue. “Kamu dah makan?”
Kotomi mengangguk. “Apa tugas saya, mak cik?”
“Kamu pergi tolong Pak Cik Watabiki di rumah
kaca. Dia tengah menyusun pasu dalam tu. Mungkin dia
perlukan bantuan kamu,” cadang Mak Cik Inoue.
“Ba…”
Sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya,
seseorang telah mencelah percakapannya. Kotomi merasakan
ada tangan yang diletakkan pada bahunya.

24
Haruno Hana

“Dia boleh tolong Pak Cik Ozu kemas bilik bacaan


saya. Boleh, mak cik?”
Kotomi tergamam. Dia segera menoleh ke belakang.
Dia terperanjat besar melihat Kira. “Awak?”
Kira tersengih. Cengkamannya pada bahu Kotomi
dikuatkan lagi. Kira menghadiahkan senyuman kepada
Kotomi sebelum dia bercakap dengan Mak Cik Inoue.
Jantung Kotomi semakin laju berdegup. Dia
langsung tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi
‘mangsanya’ tempoh hari merupakan anak majikan nenek
saudaranya. Tidak!!! Mahu sahaja dia lari dari situ.
“Baiklah. Kotomi, kamu pergi tolong tuan muda,
boleh?” tanya Mak Cik Inoue, tidak menyangka bahawa ada
sesuatu yang telah terjadi di antara mereka berdua.
“Errr… emmm… baik… baiklah.”
Tanpa ada pilihan lain, Kotomi bersetuju.
Mak Cik Inoue menghilang ke dapur.
Hanya tinggal Kotomi dan Kira sahaja di ruang
tamu.
“Budak kecil, sekarang ni kau pembantu di rumah
ni. Aku akan minta dengan Mak Cik Inoue, kau akan jadi
pembantu peribadi aku. Kau tentu gembira, boleh jumpa
dengan aku sekali lagi, kan?” kata Kira sarkastik. Dia
memandang sinis ke arah Kotomi.
Kotomi mendengus. Wajahnya dimasamkan.
Namun, dalam hati tiada siapa yang tahu betapa takutnya dia.
Dia tahu lelaki yang diserangnya tempoh hari merupakan
pujaan gadis di sekolahnya, namun dia sama sekali tidak
menyangka bahawa nenek saudaranya bekerja untuk keluarga
Masashi. Apa yang dia tahu, anak majikan nenek saudaranya

25
Lovin' You

turut belajar di sekolah yang sama dengannya. Salahnya juga,


tidak ambil tahu nama keluarga majikan nenek saudaranya.
“Awak ingat saya pembantu di sini awak boleh ejek
saya sesuka hati? Awak...”
Kira menyambar lengan Kotomi tanpa berkata
sepatah pun. Dia menarik Kotomi menuju ke bilik bacaannya.
Pintu bilik dibuka. Dia menolak Kotomi ke dalam.
“Lembut sikit boleh tak?” marah gadis itu. Dia
memegang lengannya yang ditarik kasar oleh Kira.
Kira tersengih.
“Kau yang pijak kaki aku tempoh hari tu tak apa
pulak?” tanya Kira.
“Yang awak ejek saya tu kenapa? Tanggung
sendirilah!”
Kotomi ingin keluar dari bilik itu, namun tangan
kasar Kira sempat mencapai lengannya. Sekali lagi dia
terdorong ke dalam bilik.
Kira tidak melepaskan lengan Kotomi, tidak
membenarkan gadis itu keluar dari bilik bacaannya.
Kotomi merenung tajam ke arah Kira.
“Awak ni kenapa?” marahnya.
Sudah dua kali dia ditarik dengan kasar oleh Kira.
Ikutkan hati, mahu sahaja dia menendang kaki budak
sombong itu. Namun apabila mengenangkan nenek
saudaranya bekerja dengan ibu bapa budak lelaki itu, dia
terpaksa mengalah.
“Aku takkan lepaskan kau. Kau kena janji dulu,
jangan nak lari lagi,” gertak Kira. Dia menguatkan
cengkamannya.

26
Haruno Hana

Kotomi mengaduh kesakitan. “Yelah, yelah. Awak


nak saya buat apa?”
Kira melepaskan pegangannya.
Kotomi segera mengusap lengannya. Kulit
lengannya kemerah-merahan akibat cengkaman Kira yang
kuat.
Simpati menguasai diri Kira apabila melihat lengan
Kotomi yang kemerahan dek cengkamannya. “Sakit ke?”
Lembut dia bertanya.
Kotomi menggeleng. Apehal pulak dengan mamat
ni? Nak buat baik dengan aku pulak tu.
“Awak nak saya buat apa?” tanyanya malas.
Dia malas mahu melayan perangai anak majikan
nenek saudaranya itu. Kotomi melihat sekeliling bilik bacaan
kepunyaan Kira. Hatinya tercuit. Bilik bacaan ini memang
cantik. Warna pastel biru melatari dinding. Langsir putih
menghiasi tingkap dan pintu lungsur.
“Kau tolong aku buang barang yang dah lama ni.
Bawa ke tempat pembakaran. Dah banyak kertas yang
bertimbun dalam ni. Ikut aku.”
Tanpa banyak soal, Kotomi mengikut langkah Kira.
Nampaknya, Kira dah berlembut dengan dia.
Kira mengeluarkan beberapa buah kotak sederhana
besar dari bawah meja belajarnya.
Kotomi menjenguk isi kotak itu. Sebahagian besar
isi kotak itu mengandungi nota-nota muzik. Terdapat not-not
muzik yang terlakar di atas kertas-kertas itu. Kotomi duduk
di atas lantai bersebelahan dengan Kira.
“Awak nak buang semua not muzik ni?” tanyanya.

27
Lovin' You

Kotomi mengambil sehelai daripada not muzik itu.


Dia meneliti apa yang ditulis di atasnya.
Kira mengalihkan tumpuannya dari bawah meja
belajarnya. Dia baru sahaja ingin berkata sesuatu, namun apa
yang sedang dilakukan oleh Kotomi menarik minatnya.
Kotomi cuba menyanyikan lagu itu.
Kira tersenyum. Dia menarik helaian kertas itu dari
Kotomi.
“Kalau tak tahu nak nyanyi lagu ni, lebih baik
jangan nyanyi langsung,” usik Kira. Dia mengusap kepala
Kotomi, seolah-olah Kotomi itu adiknya.
Kotomi mencebik. Tangan Kira ditolak. “Suka
hatilah!”
Kira tersengih. “Dah. Jangan kacau, tolong aku
kemas kertas-kertas ni.”
“Semua not muzik ni awak yang karang ke?” tanya
Kotomi.
Tangan Kira berhenti secara mendadak. Pertanyaan
Kotomi menyentap jantungnya.
Kotomi mengerutkan dahinya. Kira seolah-olah
terperanjat dengan pertanyaannya. “Awak?”
Kira menggeleng. “Dah, buat aje kerja tu. Tak payah
banyak tanya. Aku nak keluar sebentar, jangan usik apa-apa
kecuali barang-barang ni aje. Aku keluar dulu.”
Tanpa menoleh ke arah Kotomi, Kira segera keluar
dari bilik bacaannya.
“Salah ke apa yang aku tanya?” tanyanya sendirian.
Kira yang berada di luar bilik sedang berdiri
membelakangi pintu. Tapak tangannya menekup muka,
nafasnya sesak, dadanya berombak. Dia ingin memarahi

28
Haruno Hana

dirinya sendiri kerana membiarkan Kotomi melihat semua


not muzik itu. Namun itu salahnya juga, dia yang meminta
Kotomi menolongnya. Muka Kira bertambah merah. Dia
perlukan Pak Cik Ozu, sekarang juga!

“TUAN MUDA KIRA suruh Kotomi buat apa tadi?” tanya


Miyuki.
Seperti biasa, mereka bertiga akan bersembang
dahulu sebelum tidur.
Kotomi mendongak memandang siling bilik.
Patung beruangnya dipeluk erat.
“Dia minta tolong kemaskan barang dia. Tu aje,”
katanya perlahan.
Peristiwa petang tadi masih terbayang di mindanya.
Kira langsung tidak masuk semula ke dalam bilik bacaan
setelah dia keluar. Kotomi hanya menyusun kembali kotak-
kotak itu di tepi meja belajar dan meninggalkannya di situ
begitu sahaja. Dia bimbang jika dia membakar kesemua isi
kotak-kotak itu, mungkin masih ada benda lain yang masih
belum diambil oleh Kira.
“Tak ada perkara lain?” Tanya Fuyuki pula.
Kotomi menggeleng. Selimutnya dibawa rapat ke
dagu. Dia berpusing ke kiri dan menyembunyikan mukanya
dengan patungnya.
Miyuki dan Fuyuki hanya berpandangan sesama
sendiri.

29
Lovin' You

Bab 6
“K
AU dah jumpa dengan
budak tu?” tanya Shin.
Kira hanya
mengangguk. Dia menekup muka ke meja.
Shin mengalih pandang ke arah Toma dan Hiro,
namun kedua-dua sahabatnya itu hanya mampu mengangkat
bahu. Shin menepuk bahu Kira.
“Kau ada masalah? Biasanya kau ada masalah kalau
kau macam ni. Ibu bapa kau ungkit pasal ‘benda’ tu lagi?”
tanya Shin.
‘Benda’ itulah yang sering menimbulkan masalah
di dalam diri Kira sekali gus boleh merenggangkan hubungan
Kira dengan kedua-dua ibu bapanya. Mereka bertiga sudah
faham apa yang berlaku di dalam keluarga Kira.
“Bukan pasal ‘benda’ tu,” kata Kira. Dia mengangkat
wajah dan memerhati ke luar tingkap.
“Habis tu?”
“Aku minta tolong budak tu kemaskan barang aku,

30
Haruno Hana

aku benarkan dia tengok kertas-kertas tu. Lepas tu, dia tanya
aku sama ada aku yang karang not-not muzik. Aku rasa sakit
hati, aku terbayang wajah bapa aku. Aku ingat kata-kata dia,
aku rasa nak marah aje masa tu,” katanya perlahan.
“Kau marahkan budak tu?” tanya Toma.
Kira menggeleng. “Aku terus tinggalkan bilik tu
dan tak cakap apa-apa. Aku tak dapat tahan perasaan aku
masa tu. Aku betul-betul tak tahan.”
Kira menekup mukanya semula.
Hiro mengeluh. “Kau tak nak jumpa budak tu ke?”
Kira segera mendongak. “Untuk apa?”
“Mungkin kau rasa biasa aje, tapi aku rasa kau perlu
jumpa dia. Dia tentu pelik kenapa kau senyap masa tu,
mungkin dia fikir kau marahkan dia. Sebelum ni, dia tentu
tak kisah kalau kau marah atau mengamuk sebab kau bukan
majikan dia lagi. Selepas dia bekerja dan tinggal di rumah
kau tentu dia rasa tak selesa kalau kau marah dia. Kau selesa
ke kalau kau tinggal serumah dengan orang yang bencikan
kau? Mungkin itu apa yang budak tu rasakan sekarang.”
Hiro tersengih melihat muka Kira yang blur. “Kita
orang boleh tolong kau. Mari, kita ke kelas dia. Kita ke fakulti
seni. Kau pernah kata dia pelajar jurusan seni, kan?”

LOCENG berdering menandakan masuknya waktu rehat.


Kebiasaannya, para pelajar akan menuju ke kafe sekolah
untuk memenuhkan perut masing-masing. Namun, ada juga
segelintir pelajar yang lebih selesa berada di kawasan taman
sekolah.
Seperti yang dijanjikan oleh Hiro, mereka berempat

31
Lovin' You

akan pergi menemui Kotomi. Kira, Shin, Hiro serta Toma


berjalan beriringan menuju ke bangunan fakulti seni.
Seperti biasa, pelajar-pelajar perempuan akan
berhenti berjalan dan memerhatikan mereka berempat,
terutamanya Kira. Walaupun dia menjadi tumpuan hampir
kesemua gadis di sekolah itu, Kira tetap tidak mempedulikan
mereka. Bahkan, dia sendiri tidak mempunyai kekasih. Begitu
juga dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berempat lebih
senang dengan status solo masing-masing.
“Itu kelas seni tahun kedua, kan?”
Kira mengangguk. Dia menjenguk ke dalam kelas.
Hanya kelihatan beberapa orang pelajar di dalam kelas itu.
Matanya mencari kelibat Kotomi. Di sudut kelas itu, dia
melihat Kotomi sedang berdiri menghadap ke tingkap. Pintu
kelas diketuk kuat. Ketukan yang kuat itu menarik perhatian
pelajar yang berada di dalam kelas itu.
“Ada apa?” tanya seorang pelajar perempuan sambil
tersenyum manis.
Rakan-rakannya mendekati. Satu kejutan buat
pelajar kelas itu, putera sekolah menjenguk kelas mereka.
Tentu ada sesuatu yang dicarinya.
“Tolong panggil Kotomi, boleh?” tanya Kira tanpa
menghiraukan lagak pelajar perempuan itu. Dia mengintai
Kotomi yang tetap setia berada di hadapan tingkap itu,
seolah-olah tidak mendengar langsung ketukan tadi.
“Kotomi? Errr… dia…”
Belum sempat pelajar perempuan itu menghabiskan
ayatnya, Kira segera memanggil Kotomi. Dia dapat mengagak
apa yang akan dikatakan oleh pelajar perempuan itu.
“Kotomi!” panggilnya lantang.

32
Haruno Hana

Kotomi tersentak. Dia menoleh ke belakang dan


melihat ke arah pintu. “Kira?”
“Mari ke sini,” arah Kira.
Kotomi mencebik. Dia berjalan menuju ke pintu
kelas.
Kumpulan pelajar perempuan itu kelihatan
terkejut, namun mereka tidak berkata apa-apa.
Kotomi mendongak, mencari wajah Kira. Perbezaan
ketinggian mereka yang ketara memaksa dia mendongak.
“Ada apa?” tanyanya perlahan.
Kira menoleh ke belakang, mengangguk sedikit ke
arah rakan-rakannya. Ketiga-tiga sahabatnya mengangguk
faham. Mereka bertiga menjarakkan diri dari Kira, memberi
sedikit ruang bagi mereka berdua bercakap.
“Pasal semalam. Aku….”
“Awak marahkan saya ke?” tanya Kotomi.
Kira tersentak. Betul apa yang dikatakan oleh Hiro.
Nampaknya Kotomi sedang memikirkan peristiwa semalam.
Kira tersenyum.
“Bukan. Aku tak marahkan kau, cuma ada masalah
sikit semalam. Kertas-kertas tu masih ada dalam bilik ke?”
tanyanya.
Kotomi mengangguk. “Saya tak berani buang,
manalah tau ada benda yang awak tak ambil lagi.”
Kira ketawa. Dia menarik hidung Kotomi.
Kotomi mendengus.
“Bagus betul budak kecil ni. Petang ni, tolong aku
macam semalam. Boleh?”
“O….”

33
Lovin' You

“Tolong, ye?” pujuk Kira. Dia membuat mimik


muka kasihan.
Hampir ketawa Kotomi dibuatnya. Dia menahan
diri dari menghamburkan tawanya.
“Okey. Tapi, dengan satu syarat!” katanya
bersemangat.
Kira mengangkat keningnya. “Apa?”
“Berhenti layan saya macam budak kecil,” kata
Kotomi.
Kira ketawa.
“Yang tu tak boleh janji. Tapi, jangan lupa. Aku
boleh adu pada Mak Cik Inoue kalau kau tak nak tolong aku,”
ugut Kira.
Serentak dengan itu, kaki kanannya ditendang oleh
Kotomi. “Hoi!”
Kotomi tersenyum puas. “Padan muka. Saya akan
tolong awak nanti. Okey?”
Kira mengerutkan keningnya.
“Takkan setiap kali aku nak minta tolong, kau nak
tendang aku?” tanya Kira tak percaya.
Shin, Toma serta Hiro yang berdiri di belakangnya
sudah tidak dapat menahan ketawa. Gelak ketawa mereka
menarik perhatian Kira.
“Kenapa korang ketawa?”
Mereka bertiga berjalan mendekati Kira.
“Kita orang tabik kat Kotomi. Sebelum ni mana ada
budak perempuan layan kau macam manusia biasa. Kotomi,
Kira banyak menyusahkan awak ke?” tanya Toma. Dia
tersengih lebar.

34
Haruno Hana

“Mungkin?”
“Sudahlah, waktu rehat dah nak habis. Kotomi,
balik nanti tunggu kat taman. Kita jumpa kat sana, jangan
balik jalan kaki pulak,” pesan Kira. Mukanya berkerut
menahan kesakitan.
“Yelah, tuan muda,” balas Kotomi dengan nada
mengejek lalu terus masuk ke dalam kelasnya semula.
Mulut Kira terlopong. Tidak percaya Kotomi pergi
begitu sahaja. “Dia boleh pergi macam tu aje? Sia-sia aje aku
datang minta maaf.”
Hiro ketawa. Dia menepuk bahu Kira. “Sekurang-
kurangnya dia bukan macam budak perempuan lain. Dia
layan kau macam manusia biasa, bukannya macam putera
mahkota.”
“Bukannya senang kau nak cari budak perempuan
macam tu. Tapi, nampaknya masalah akan timbul nanti. Kau
kenalah pandai nak hapuskan masalah tu,” kata Shin pula.
Dia mengerling jam tangannya sebelum menoleh ke arah
Kira.
“Yui dan kawan-kawannya tentu tak akan lepaskan
Kotomi macam tu aje. Mereka tentu marah sebab kau rapat
dengan Kotomi. Yelah, selama ni kau jauhkan diri dari semua
budak perempuan kat sekolah ni, bila kau kenal Kotomi kau
rapat dengan dia. Mana tak angin Si Yui tu.” Kata Shin lagi.
Kira hanya mendiamkan diri. Baginya, apa yang
dikatakan oleh Shin itu benar. Selepas ini, Kotomi pasti akan
menghadapi masalah kerananya. Pasti. Dan dia mesti
menghalang sesuatu yang buruk menimpa gadis itu. Walau
dengan apa cara sekalipun.

35
Lovin' You

Bab 7
J
AM sudah menunjukkan pukul
dua setengah petang. Hampir lima
belas minit Kotomi menunggu
Kira di taman. Dia mengeluh. Jam di tangan dikerlingnya
lagi. Dia menggetap bibir. Kakinya yang terjuntai dari meja
batu itu digerakkan berulang kali.
“Mana mamat ni? Dah lama aku tunggu, dia tak
muncul-muncul lagi. Menyusahkan orang betul,” bisiknya
sendirian.
Matanya liar melihat sekeliling taman itu, cuba
mencari kelibat Kira di kalangan pelajar yang berada di
taman.
“Kalau aku balik jalan kaki, dia marah pulak.
Susah, susah...” bisiknya lagi.
MP3 dikeluarkan lalu dipasang. Lagu Crazy Love
bermain di telinganya. Sekali lagi lagu Tohoshinki menjadi
pilihannya. Kotomi merupakan peminat setia kumpulan
asing dari Korea Selatan itu. Hampir kesemua lagu yang
terkandung di dalam MP3nya merupakan lagu daripada

36
Haruno Hana

kumpulan itu. Tidak kiralah lagu berbahasa Jepun atau


Korea.
Kawasan taman itu semakin lengang. Kebanyakan
pelajar sudah pulang ke rumah, namun masih ada segelintir
pelajar yang berada di sekolah. Kebanyakan daripada mereka
menyertai aktiviti kelab. Kelab yang berlainan akan
mengadakan aktiviti mereka pada hari yang berlainan.
Beberapa minit sudah berlalu. Kotomi mengerling
sekali lagi pada jam di tangannya. Dia mengeluh kuat.
“Baik aku pulang. Lantaklah dia nak marah aku ke
tak,” bebel Kotomi.
Beg sandang dicapai. Dia melompat dari meja batu
itu. Baru sahaja dia melangkah pergi, Kotomi terdengar
namanya diseru oleh seseorang. Dia menoleh. “Baru nak
muncul?”
Kira berjalan selamba menuju ke arahnya.
Kotomi mencebik. Dia menguis rumput dengan
hujung kasutnya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia
mencabut kasutnya dan melempar tepat pada muka lelaki itu.
“Kenapa lambat?” tanya Kotomi sebaik sahaja Kira
berdiri di hadapannya.
Kira tersengih.
“Maaf, aku jumpa Cikgu Sumaragi tadi. Pasal
festival sekolah musim bunga bulan depan,” jelasnya.
“Festival sekolah? Kenapa?”
“Cikgu minta tolong uruskan bahagian pementasan.
Cikgu Sasakura nak buat teater, jadi Cikgu Sumaragi minta
tolong. Aku jadi ketua bahagian pementasan. Kau nak
berlakon ke?” usik Kira.
Kotomi pantas menggeleng laju. “Tak nak!”

37
Lovin' You

“Siapa pembantu awak?” tanya Kotomi lagi.


“Kaulah.”
“Erk?”
“Aku dah beritahu Cikgu Sumaragi dan Cikgu
Sasakura. Kau akan tolong aku dan kau juga akan reka
kostum untuk teater tu. Nak tak?”
“Nak!” Laju Kotomi menjawab.
Kira ketawa. Kepala Kotomi diusap lembut.
“Aku pernah lihat lakaran fesyen kau. Cikgu
Sasakura tak cakap lagi apa tajuk untuk pementasan teater
tu. Dia nak jalankan uji bakat selepas ini,” terang Kira.
Mereka berdua berjalan menuju ke pintu pagar
sekolah. Bentley hitam sudah menunggu di situ.
“Awak tak nak berlakon?” tanya Kotomi.
Kira menggeleng.
“Sekarang ni pun aku dah jadi perhatian pelajar
perempuan sekolah ni, kalau aku jadi hero teater tu tentu
lagi popular aku.” Katanya sambil tersenyum.
“Perasan!”
Kira ketawa besar.
Kotomi mencebik.
Pak Cik Ozu yang menunggu di luar kereta
tersenyum. Gembira melihat perubahan Kira.

“KAMU semua nampak tak? Aku tak percaya!”


Mio menggeleng. Begitu juga dengan rakan-
rakannya yang lain.

38
Haruno Hana

Yui menggetap bibir. Dua wajah gembira yang


diperhatinya benar-benar membuatkan dia menyampah.
Terutamanya wajah gadis itu yang tersenyum riang.
“Putera kita… dah ada kekasih ke?” kata Nami
sedih. Dia memeluk beg sandangnya.
Azumi menggeleng. “Takkanlah. Entah-entah budak
tu orang gaji rumah dia.”
“Ye ke? Tapi, mereka berdua nampak gembira
betul,” kata Nami lagi.
“Janganlah fikir macam tu! Aku ada rancangan, kita
siasat siapa budak tu dan tanya dia sendiri!” Kata Yui
bersemangat. Dia memandang ke arah semua rakannya.
Azumi dan Hyun mengangguk. “Setuju!”

39
Lovin' You

Bab 8
B
EBERAPA buah kotak
sederhana besar diletakkan di
kawasan pembakaran. Kotomi
mengeluh kuat. Dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Dia
mendongak. Matahari masih setia memancarkan sinarnya.
Kotomi melabuhkan punggungnya di atas rumput yang
tumbuh menghijau. Sedang dia seronok mengelamun, dia
merasakan sesuatu yang sejuk ditekapkan di pipinya. Kotomi
segera mendongak. Wajah Kira menyapa matanya.
“Apa?” tanyanya malas.
Kira tersenyum. Setin jus oren yang sejuk
ditujukan kepada Kotomi.
Kotomi mencapai tin minuman itu lantas
meneguknya rakus. Tekaknya telah lama kering. Sebaik
sahaja dia pulang ke Haru Mansion dan mandi, dia terus ke
bilik bacaan Kira untuk memulakan tugasnya. Kotomi juga
tidak sempat makan apatah lagi minum.
“Terima kasih,” ucap Kira.
“Untuk apa?”

40
Haruno Hana

“Tolong aku kemaskan semua ni.”


“Walau apa pun, saya kena laksanakan juga apa
yang awak arahkan. Awakkan tuan muda saya,” katanya
perlahan. Kotomi menguis rumput dengan hujung kasutnya.
Kira menjentik dahi Kotomi.
“Apa?” tanyanya marah. Dia mengusap dahinya
yang pedih dijentik oleh Kira.
“Jangan cakap macam tu, budak kecil. Nanti ada
yang kena jentik sekali lagi. Suka betul cakap macam tu.”
Kira ketawa.
Kotomi mendengus. Dia mendongak ke atas. Langit
hari ini kelihatan biru jernih tanpa dilitupi awan. Matahari
juga bersinar terang. Angin bertiup lemah menyapa pipinya.
“Kau tak nak sertai acara pentas ke?” tanya Kira.
Kotomi menggeleng. “Saya lebih suka kerja di
belakang pentas. Saya bukannya jenis orang yang boleh
berdepan dengan khalayak ramai. Baru berdiri atas pentas
dua saat, sedar-sedar aje dah terbaring di atas sofa.”
“Kau boleh cuba.”
“Tak nak!”
“Betul ke? Nanti aku daftar nama kau untuk acara
nyanyian,” usik Kira.
“Tak nak!” Kotomi memeluk lututnya,
menyembunyikan wajahnya daripada pandangan Kira.
Kira menarik lengannya.
“Betul ke? Kau tak nak jadi duet aku untuk
nyanyian? Kalau kau nak, aku akan daftar nama kita berdua,”
usiknya lagi.
Kotomi pantas menggeleng.

41
Lovin' You

Tingkah Kotomi hampir membuatkan Kira ketawa.


“Tak nak! Saya cakap tak nak, tak naklah.”
Kira ketawa.
“Budak ni nak aku pengsan atas pentas ke?”
gumamnya perlahan, namun dapat ditangkap oleh telinga
Kira.
Kira ketawa di dalam hati.
“Jom,” ajak Kira tiba-tiba.
Kotomi mengalih pandangannya ke arah Kira.
Dahinya berkerut.
“Ke mana?” tanyanya. Nak ajak aku ke mana pulak
ni?
“Ke dapur. Kau belum makan lagi, kan?”
Sebaik sahaja Kira menghabiskan ayatnya, Kotomi
segera tersenyum lebar. Perutnya sudah lama menyanyi
sumbang sejak dia pulang dari sekolah lagi. Kotomi
mengangguk. “Jom!”
Kira ketawa di dalam hati. Dia benar-benar selesa
berdampingan dengan gadis bertubuh kecil itu.
Mereka sama-sama menuju ke dapur.

MAK CIK INOUE mengeluarkan sebiji kek coklat lembap


dari peti sejuk. Kek itu dihidangkan di atas meja. Pisau
diambil dan dia memotong kek itu lantas diletakkan di atas
piring.
Kira segera mencapai piring itu dan menyuap kek
itu ke dalam mulutnya.

42
Haruno Hana

“Tuan Muda Kira dah lama tak makan kek yang mak
cik buat, betul tak?” tanya Mak Cik Inoue sambil tersenyum.
Kira mengangguk. “Saya betul-betul sukakan kek
ni, tapi saya tak sampai hati nak suruh mak cik buatkan saya
kek ni.”
”Kalau tuan muda nak makan, cakap aje pada mak
cik. Bukannya susah nak buat kek ni. Kotomi, kamu pandai
buat kek atau pastri?”
Mak Cik Inoue mengalihkan pandangannya ke arah
Kotomi pula.
Kotomi tercengang seketika. Lambat-lambat dia
mengangguk.
“Kamu pandai buat kek apa?”
“Errr... kek buah-buahan segar, kek strawberi dan
kek keju. Tapi, saya lebih suka buat kek keju,” kata Kotomi
gembira.
“Esok tolong mak cik buat kek, boleh?”
“Erk?”
Kira yang diam sahaja dari tadi menyampuk, “tak
payahlah mak cik. Nanti tak pasal-pasal pulak saya masuk
hospital sebab kena cirit-birit.”
Dia tersenyum sinis.
Kotomi menggetap bibir.
“Tuan muda, tak elok tuan muda cakap macam tu,”
tegur Mak Cik Inoue.
Wanita itu bimbang sekiranya Kotomi terasa hati
walaupun dia tahu anak muda sekadar ingin bergurau.
“Tak ada apa-apalah, mak cik. Lebih baik mak cik
buat sendiri aje kek tu. Saya tak nak masuk hospital esok.”

43
Lovin' You

“Tuan muda,” tegur Mak Cik Inoue lagi.


Kira tersenyum.
“Betullah apa yang saya cakap. Mak cik nak ke
masuk hospital sebab kek budak kecil ni? Dahlah kecil, entah-
entah kek yang dia buat tu masam ke, terlampau manis ke.
Kita mana tahu,” kutuk Kira lagi.
“Awak!”
“Apa?” tanyanya selamba.
Kira buat bodoh. Dia terus menyuap kek ke
mulutnya seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kotomi melihat kek yang masih belum dimakannya.
Sesuatu terlintas di dalam kepalanya. Kotomi tersenyum
sinis. Dia terus mencapai piring dan....

“APA yang berlaku?” tanya Fuyuki tiba-tiba. Dia memandang


ke arah kembarnya.
Miyuki berhenti daripada melakukan kerjanya.
“Kenapa, Fuyuki?” tanyanya.
“Aku dengar macam ada suara orang menjerit. Dari
dapur agaknya,” kata Fuyuki.
Sebentar tadi, dia mendengar suara orang menjerit.
Tetapi, dia tidak dapat mengagak suara siapakah itu.
“Mungkin ada orang menjerit sebab jumpa tikus
atau lipas kut?” teka Miyuki.
“Tikus dan lipas ada ke menghuni kat rumah ni?
Sepanjang berbelas-belas tahun kita tinggal kat sini, tak
pernah lagi aku jumpa binatang-binatang tu,” kata Fuyuki
lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya

44
Haruno Hana

berkerut seribu. Pelik! Dan dalam masa yang sama dia juga
kehairanan.
“Betul jugak cakap kau.” Balas Miyuki.
Mereka berdua sama-sama menoleh ke belakang,
melihat ke arah dapur.

45
Lovin' You

Bab 9
“K
OTOMI, mari ikut kami ke
bilik persediaan kraf
tangan. Cikgu Sasakura
panggil,” ajak Nori.
Kotomi mengangguk. Fail yang berisi lukisannya
disimpan ke dalam beg. Dia bangun dari duduknya lalu
berjalan ke pintu kelas.
Nori dan Ran sudah menunggunya di hadapan
kelas.
“Cikgu Sasakura nak buat apa untuk kelas nanti?”
tanyanya.
Ran mengangkat bahu.
“Tak pasti. Tapi, kelmarin aku nampak Cikgu
Sasakura bawa masuk guni berisi kapas dalam kelas
persediaan. Cikgu nak ajar buat anak patung agaknya,” kata
Ran.
“Anak patung?”
“Patung beruang agaknya?” teka Nori.

46
Haruno Hana

“Mungkin. Lagipun, kita patut masuk silibus tu


dalam bulan ni,” kata Ran.
Pintu bilik persediaan kraf tangan itu dibuka.
Kotomi terkejut.
Kira sedang bercakap dengan Cikgu Sasakura di
dalam bilik itu. Dia cuba mengawal raut wajahnya. Peristiwa
semalam menjengah mindanya.
“Baiklah, Masashi. Awak boleh pulang ke kelas
sekarang. Kalau ada apa-apa, saya akan cari awak,” kata Cikgu
Sasakura.
Kira mengangguk. Sebelum Kira keluar dari bilik
itu, dia sempat mengerling ke arah Kotomi.
Kotomi berpura-pura memandang perhiasan kaca
yang terletak elok di atas meja gurunya.
Tanpa berkata apa-apa, Kira keluar dari bilik itu.
Pintu ditutup rapat.
“Hari ni cikgu akan ajar kamu semua buat anak
patung kain. Tolong cikgu bawa semua peralatan ni ke kelas
kraf tangan, boleh?”
“Baik.”
Mereka bertiga mengusung kotak sederhana besar
yang berisi tiga guni seperti mana yang dikatakan oleh Ran.
Kotomi menjenguk ke dalam kotak itu. Dua bekas
plastik turut berada di dalam kotak itu. Kelihatan butang-
butang berwarna hitam berada di dalam bekas itu.
“Ada apa-apa lagi yang perlu kami tolong?” tanya
Kotomi.
Cikgu Sasakura menggelengkan kepalanya. “Tak
ada. Kamu tolong bawa semua tu ke kelas, ye? Terima kasih.”

47
Lovin' You

Mereka bertiga mengangguk. Belum sempat mereka


keluar dari bilik itu, nama Kotomi dipanggil.
Kotomi menoleh. “Ada apa, cikgu?”
“Cikgu ada perkara nak beritahu kamu. Nori, Ran,
kamu berdua boleh pergi dulu,” kata Cikgu Sasakura.
Mereka berdua mengangguk.
Kotomi mendekati Cikgu Sasakura.
“Masashi beritahu cikgu, dia nak kamu jadi
pembantu dia untuk bekerja di belakang pentas. Betul ke?”
tanya Cikgu Sasakura. Wajah Kotomi dipandang lembut.
Kotomi mengangguk.
“Cikgu setuju. Sepanjang dua tahun cikgu jadi guru
kamu, kamu memang pandai mereka kostum. Cikgu rasa,
cikgu nak buat pementasan muzikal Beauty and The Beast.
Apa pendapat kamu?” tanya Cikgu Sasakura. Dia
mengeluarkan sebuah buku dari laci mejanya. Buku itu
diserahkan kepada Kotomi.
“Cerita dongeng tu bagus juga. Tapi, cikgu kena
cari pelajar yang pandai menari, berlakon dan menyanyi
kalau cikgu nak buat pementasan muzikal. Bukan senang nak
cari pelajar yang berbakat macam tu,” kata Kotomi.
“Betul juga kata kamu. Macam nilah, kita buat
pementasan Puteri Salji. Cerita dongeng ni memang popular
di Jepun. Kamu boleh rujuk buku atau Internet.”
“Tapi, cerita dongeng Puteri Salji terdapat dalam
pelbagai versi. Cikgu nak cerita dongeng yang mana satu?”
tanya Kotomi.
“Kamu tahu cerita dongeng Puteri Salji yang mana
keikhlasan pemuda tu berjaya mencairkan hati Puteri Salji
yang dingin di akhir cerita?”

48
Haruno Hana

Kotomi mengangguk.
Cikgu Sasakura tersenyum. “Kita guna cerita
dongeng tu untuk pementasan nanti. Cikgu akan berbincang
dengan kamu nanti. Kamu boleh mulakan lakaran untuk
teater tu sekarang. Tengah hari esok, cikgu akan jalankan uji
bakat. Datang ke Dewan Hanami pukul dua, cikgu perlukan
kamu. Boleh?”
“Baiklah, cikgu.” Kotomi tunduk hormat sebelum
keluar dari bilik itu.

KIRA berbaring di atas katilnya. Sudah beberapa kali dia


mengubah posisinya di atas katil. Dia resah. Peristiwa
petang kelmarin sudah beberapa kali menjengah mindanya.
Peristiwa itu betul-betul membuatkan dia kagum dan...
marah terhadap Kotomi. Dia bernasib baik hanya Mak Cik
Inoue sahaja yang berada di dapur ketika itu. Jika tidak dia
tidak tahu apa yang akan dilakukannya. Kira ketawa kecil.
“Argh!!!”
Kira menekup mukanya. Krim kek telah menjadi
topeng di mukanya.
Kotomi ketawa. Dia menjilat krim yang masih
berada di jarinya.
Mak Cik Inoue terkejut. Terkejut dengan tindakan
berani Kotomi.
“Kau gila ke?” marah Kira.
Dia segera menuju ke singki. Paip dibuka. Air yang
mencurah keluar segera ditadah. Berulang kali dia
menggosok mukanya. Tuala yang dihulur oleh Mak Cik Inoue
segera diambil.

49
Lovin' You

Kotomi menekup mulut, menahan tawa.


“Kalau awak rasa awak nak ejek saya, baik awak fikir
sepuluh kali sebelum awak lakukannya. Padan muka,” pesan
Kotomi. Dia menjelirkan lidahnya sebelum berlari keluar dari
dapur.
Mak Cik Inoue terpanar, tidak berani berkata apa-
apa.
“Gila,” gumam Kira berulang kali.
Budak tu spesies apa? Sebelum ni belum ada
seorang pun yang berani buat aku macam ni. Dahlah aku ni
majikan dia, tak sedar diri betul budak tu! Desis hatinya.
“Errr… tuan muda? Tuan muda tak apa-apa?” tanya
Mak Cik Inoue teragak-agak.
Kira mengangguk sekilas.
“Saya masuk dalam bilik dulu.” Kata Kira perlahan
sebelum berjalan keluar dari dapur.
Mak Cik Inoue mengangguk. “Ba… baik.”

KOTOMI meletakkan jarumnya di atas meja sebelum


meneliti jahitannya pada patung beruang itu. Dia melihat
jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul satu lima
belas minit pagi. Hanya dia yang masih berjaga. Miyuki
dan Fuyuki sudah lama dibuai mimpi. Lampu bilik telah
dipadamkan. Hanya sinaran lampu meja yang bersebelahan
dengan katil Kotomi sahaja yang melimpahkan sinar di bilik
itu.
Kotomi mengeluh. Dari semalam lagi dia tidak
bertegur sapa dengan Kira dek perbuatannya kelmarin.

50
Haruno Hana

Malah, dia langsung tidak menunggu Kira untuk ke sekolah


bersama-sama. Dia kembali menunggang basikalnya kerana
tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu. Dia mencebik
secara tiba-tiba. Dah tua pun nak merajuk ke? Aku yang kena
usik tiap-tiap hari tak merajuk pun.
Sedang Kotomi asyik melayani fikirannya, dia
dikejutkan dengan suatu bunyi yang merdu. Kotomi
mendongak, memerhati ke arah tingkap. Nampaknya bunyi
itu datang dari taman bunga ros, atau kawasan berhampiran
dengan taman itu. Kotomi menelan liur. Hatinya kecut, tetapi
dia memberanikan diri untuk keluar dari bilik itu.
Bunyi apa tu? Macam bunyi piano aje. Tapi, aku tak
pernah nampak piano pun kat sini. Kotomi berjalan dengan
perlahan agar bunyi tapak kakinya tidak mengganggu lena
penghuni rumah agam itu. Hanya lampu dinding bersinar
kelam sepanjang jalan menuju ke hujung rumah itu. Taman
bunga ros itu terletak berhampiran dengan bilik rahsia itu,
dan bilik itu terletak di hujung rumah ini.
Semakin lama bunyi merdu itu semakin kuat
kedengaran. Kotomi melihat taman bunga ros itu dari pintu
kaca. Kelam. Kedengaran air terjun mengalir dari kolam di
taman.
Bunyi tu datang dari bilik tu ke? Kotomi mengalih
pandang ke arah bilik itu. Dia tidak nampak sebarang cahaya
yang menerangi bilik itu. Dahinya berkerut. Bunyi itu
semakin lama semakin perlahan lalu berhenti. Kotomi
merapati bilik itu perlahan-lahan.
Erk?
Dia perasan pintu bilik itu dibuka. Dia segera
bersembunyi di sebalik almari hiasan yang terletak
bertentangan dengan jalan menuju ke bilik itu. Kotomi

51
Lovin' You

memeluk lututnya erat. Dia menggigil. Bunyi tapak kaki


keluar dari bilik itu menarik perhatiannya. Dia mengangkat
sedikit wajahnya namun dia tidak dapat mengecam siapakah
yang keluar dari bilik itu.
Siapa tu?
Susuk tubuh itu hilang di dalam kegelapan.
Selepas memastikan tiada orang berhampiran
dengan tempat persembunyiannya, Kotomi segera melangkah
menuju ke biliknya. Dia terus menghela nafas lega selepas
pintu biliknya ditutup. Kotomi berbaring di atas katil.
Selimut ditarik menutupi tubuh, anak patung beruangnya
didakap erat. Dia termenung panjang. Alunan merdu piano
tadi kembali mengusik telinganya. Alunan irama itu sungguh
merdu. Dia tidak dapat menafikannya. Perlahan-lahan,
matanya dipejamkan. Kotomi terlelap.

52
Haruno Hana

Bab 10
“K
OTOMI, Cikgu Sasakura
panggil!” laung rakan
sekelasnya.
“Aaa… okey! Okey! Sebentar!” balasnya tergesa-
gesa.
Buku-bukunya dimasukkan ke dalam beg. Telefon
bimbitnya disimpan ke dalam poket vest hitam yang
dipakainya. Kotomi berlari-lari anak menuju ke pintu kelas.
“Maaf, cikgu. Saya….”
Cikgu Sasakura ketawa. “Tak ada apa-apalah.
Kebetulan cikgu baru habis mengajar kelas tahun pertama,
cikgu terus ke sini. Mari, kita ke dewan.”
Kotomi mengangguk. Dia berjalan menuruti
langkah gurunya itu.
“Cikgu lupa nak beritahu kamu, Setsuna akan
terlibat dalam persembahan pentas, jadi kamu akan
bekerjasama dengan dia,” kata Cikgu Sasakura.
Kotomi mengangkat wajahnya. “Setsuna?”

53
Lovin' You

Cikgu Sasakura mengangguk.


Kotomi terdiam. Dia kenal siapa Setsuna. Lelaki itu
merupakan pelajar tahun ketiga jurusan perfileman. Namun
apa yang lebih menarik, Setsuna merupakan salah seorang
bintang remaja yang semakin meningkat naik. Dia juga
merupakan pewaris tunggal kepada syarikat perkapalan milik
datuknya. Selain Kira, Setsuna juga merupakan pujaan gadis
di sekolahnya. Dia mengeluh.
“Kenapa Kotomi?” tanya Cikgu Sasakura yang
mendengar keluhannya.
Kotomi tersengih.
“Entah. Saya rasa lain macam… mungkin sebab
Setsuna terlibat sama. Diakan penyanyi popular, manalah tau
kalau dia tak suka bekerjasama dengan saya nanti,” katanya.
“Kamu tak perlu bimbang. Cikgu kenal Setsuna.
Dia bukannya jenis orang yang sombong. Tapi, mungkin
sebab dia suka bersendirian... orang lain fikir dia tu sombong.
Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang dia untuk punya
ramai peminat, kan?” kata Cikgu Sasakura.
“Oh… heh… heh….”
Pintu Dewan Hanami dibuka. Mereka berdua
menuju ke belakang pentas. Di situ sudah ramai pelajar yang
berkumpul untuk menjalani sesi uji bakat. Dari pengamatan
Kotomi, kebanyakan pelajar perempuan mahupun lelaki yang
datang untuk sesi uji bakat kebanyakannya dari kelas tarian
atau muzik. Dia perasan, sebaik sahaja dia masuk bersama-
sama Cikgu Sasakura, ada sekumpulan gadis yang
memandangnya dengan tajam. Apehal pulak dengan mereka
tu? Tak pernah tengok orang ke?
“Kotomi?”

54
Haruno Hana

Kotomi menoleh ke belakang sebaik sahaja dia


terdengar namanya dipanggil. Dia terkejut. Kira! “Apehal?”
“Ikut aku. Cikgu Sumaragi nak jumpa,” kata Kira
perlahan. Dia segera berlalu sebelum sempat Kotomi berkata
apa-apa.
Kotomi mencebik. Nak gaduh dengan aku lagilah
tu!
Di hujung ruang, Cikgu Sumaragi sudah
menantinya bersama Cikgu Sasakura. Kotomi menyapa
kedua-duanya gurunya itu sebelum mengambil tempat di sisi
Kira.
Cikgu Sumaragi menghulurkan lima helai kertas
bercetak kepada Kira dan Kotomi. Kotomi segera meneliti
apa yang tercatat di atas kertas itu.
“Kamu akan tolong Kira laksanakan tugas dia.
Tentang kostum pulak, cikgu dah minta tolong kawan kamu.
Nori dan Ran akan tolong kamu siapkan kostum tu. Sekarang
ni sesi uji bakat akan bermula, kamu boleh ikut cikgu. Mari,”
ajak Cikgu Sumaragi setelah memberikan penerangan.
Mereka berdua mengangguk.
“Okey, semua! Sila ke hadapan pentas,” umum
Cikgu Sasakura.
Kelompok pelajar tadi mengikut guru muda itu
menuju ke hadapan pentas.
Kotomi dan Kira turut menuju ke sana. Mereka
turun dari pentas, duduk di tempat duduk penonton bersama
guru-guru mereka.
Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
Sekarang ini uji bakat akan dijalankan untuk mencari watak
utama.

55
Lovin' You

Kotomi ketawa di dalam hati. Beberapa orang


pelajar kelihatan terlalu kaku, sesetengah pula kelihatan
terlalu menghayati lakonan mereka. Seronok jugak tengok
uji bakat ni!
Tanpa dia sedari, Kira asyik mengerling ke arahnya
sejak uji bakat bermula lagi. Namun Kira tetap senyap.
Kotomi menggosok matanya. Tanpa berkata apa-apa
dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke tempat
duduk penonton di hujung dewan. Dia mengeluarkan buku
notanya serta pensel. Dia mula melakar kostum untuk Puteri
Salji dan pengembara itu. MP3 dipasang. Lagu Stand by U
berkumandang di telinga. Mata pensel menari di atas kertas.
Kotomi asyik dengan dunianya tanpa menyedari ada
seseorang duduk di sisinya.
“Kotomi?”
Senyap.
“Kotomi?” Suaranya dikuatkan sedikit.
Senyap.
Dia mengeluh. Fon telinga ditarik dari telinga
Kotomi.
Kotomi terkejut. Apesal tiba-tiba senyap aje ni? Dia
menoleh ke sisinya. Kira duduk tenang di sebelahnya. Tangan
kanannya memegang fon telinga putih milik gadis itu.
Kotomi mencebik. Tanpa berkata apa-apa, dia terus merampas
kembali fon telinga itu. Sebaik sahaja fon itu selamat berada
di telinganya dia terus bangun dari duduknya, berjalan
menuju ke belakang pentas. Di situ, dia duduk di atas sebuah
meja yang terletak berhampiran dengan sebuah almari.
Kakinya terjuntai ke bawah. Kotomi menyambung rekaannya
kembali.

56
Haruno Hana

“Cik?”
Ada orang panggil aku ke?
Fon telinga sebelah kanan dicabut. Kotomi
mengangkat wajah. Seorang pelajar lelaki berdiri di
hadapannya. Keningnya bercantum. Wajah pelajar itu seperti
dikenalinya, namun dia tidak dapat mengingatinya dengan
jelas. Setelah lama berfikir barulah dia perasan. Setsuna!
“Ada apa?” tanyanya selamba.
Dia cuba mengawal rasa terkejutnya. Dia turun dari
meja itu, berdiri di hadapan idola remaja terkenal itu.
Sebagaimana dia berhadapan dengan Kira, dia terpaksa
mendongak untuk melihat wajah Setsuna. Kotomi merungut
di dalam hati. Kenapalah mamat ni tinggi macam musuh aku
tu? Aku ni dahlah tak cukup ketinggian. Nak cakap pendek,
tak sampai hati pulak! Huh!
“Ada nampak Cikgu Sasakura tak? Dah lama saya
cari dia,” tanya lelaki itu berhemah.
“Cikgu Sasakura kat hadapan pentas. Sekarang ni
sesi uji bakat bermula. Awak boleh cari dia kat sana,” kata
Kotomi. Dia memakai semula fon telinga.
“Terima kasih.” Ucap Setsuna.
Kotomi mengangguk perlahan sebelum kembali
duduk di atas meja, meneruskan kerjanya.
Setsuna berlalu pergi. Sambil mengorak langkah ke
hadapan pentas, dia sempat memandang Kotomi yang sedang
asyik menyudahkan rekaannya. Dia berhenti, berfikir sejenak
sebelum kembali menyambung langkahnya.

57
Lovin' You

JAM di tangan menunjukkan pukul lima petang. Sudah


lima belas minit dia keluar dari Dewan Hanami menuju
ke bangunan sekolah. Sengaja dia keluar awal dari dewan
itu untuk mengelakkan diri daripada Kira. Dia juga perlu
ke Dewan Besar. Dewan Besar yang terletak di bangunan
pertama sekolah itu menempatkan lokar para pelajar. Pintu
pagar utama sekolah terletak bertentangan dengan bangunan
itu. Kebiasaannya, pintu yang menghubungkan Dewan Besar
dengan bangunan sekolah akan dibuka demi memudahkan
pelajar memasukinya.
Kotomi memerhati sekeliling bangunan sekolah.
Sepi. Kebanyakan pelajar yang mempunyai aktiviti kelab
sudah pulang. Mungkin hanya pelajar yang terlibat dengan
pementasan itu sahaja yang masih berada di dalam sekolah
ini.
“Senyap semacam aje. Dahlah sekolah ni besar, baik
aku cepat,” katanya sendirian.
Kotomi menguatkan cengkaman pada beg
sandangnya dan mempercepatlan langkahnya. Namun, ada
sesuatu yang membuatkan dia berhenti tanpa dia sedar.
Simfoni.
Bunyi simfoni kedengaran dari sisinya. Kotomi
menoleh ke kanan. Bilik piano! Alunan simfoni merdu itu
menarik perhatiannya. Tombol pintu dicapai, tetapi ada
sesuatu yang menghalang niatnya. Dia teringatkan peristiwa
semalam. Masih jelas terngiang di telinganya alunan merdu
semalam. Dia mengeluh.
Siapa yang berada di dalam bilik tu? Tapi, bilik tu
bilik Kira. Mungkin dia, tapi.... takkan dia tak tidur lagi lewat
malam semalam?
“Cik?”

58
Haruno Hana

Ha? Kotomi mendongak. Sesusuk tubuh berdiri di


hadapannya.
“Cik buat apa kat sini? Cik nak masuk ke?” tanya
pelajar lelaki itu.
“Errr… awak….” Fikirannya kabur.
“Saya Setsuna. Kita ada bertemu tadi di belakang
pentas,” kata pelajar lelaki itu.
Riak wajah Kotomi berubah terkejut. Pipinya
memerah. “Ma… maaf. Saya sebenarnya... errr....”
Setsuna mengukir senyum. Dia keluar dari bilik
piano itu dan menutup pintu. Dia berdiri menghadap gadis
kecil itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam
poket seluar.
“Kinimoto Kotomi… emmm… awak tak kisah
kalau saya panggil awak Kotomi? Walaupun kita baru kenal?”
tanya Setsuna. Pandangannya tertumpu pada tanda nama
yang dipinkan di atas lencana sekolah.
“Oh! Okey. Saya tak berniat nak mengganggu,
cuma… awak ke yang bermain piano tadi?”
Spontan Kotomi bertanya. Dia menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Sebaik sahaja dia melontarkan soalan itu,
dia merasakan mahu sahaja dia membenamkan mukanya ke
dalam air. Pipinya bertambah merah. Kenapalah aku tanya
soalan tu? Hesy! Bodohnya!
Setsuna ketawa. “Haah. Awak nak ke mana
sebenarnya? Dah lewat petang ni.”
“Saya nak ke Dewan Besar. Saya pergi dulu. Maaf
kalau mengganggu,” kata gadis itu seraya mengangguk kecil.
Dia baru sahaja mengatur langkah sebelum namanya
dipanggil kembali.

59
Lovin' You

“Ada apa?” tanyanya.


“Cikgu Sasakura beritahu saya, awak yang
bertanggungjawab dalam lakaran kostum. Gembira
bekerjasama dengan awak,” kata Setsuna. Senyuman tidak
lekang dari bibirnya.
“Oh, baik. Saya pergi dulu. Jumpa lagi,” balas
Kotomi.
Setsuna masuk kembali ke dalam bilik piano itu.
Kotomi berlari-lari anak menuju ke Dewan Besar.
Sesekali dia melihat pada jam tangannya. Bibirnya juga
mengomel kecil. Kesunyian menyelubungi Dewan Besar.
Hanya dia sahaja yang berada di dalam dewan itu. Dia
memperlahankan langkah, menuju ke lokarnya. Pintu lokar
dibuka.
Apa ni? Kotak?
Sebuah kotak kecil terletak elok di dalam lokarnya.
Dia mencapai kotak itu. Tiada nama pengirim. Kotomi
memandang sekelilingnya. Tiada sesiapa yang berada di
dalam dewan ini selain daripadanya. Dia membuka penutup
kotak itu.
“Argh!!!!”

SELURUH tubuhnya menggigil ketakutan. Selimut yang


menyelimuti tubuhnya ditarik rapat. Nafasnya sesak.
Bibirnya bergetar, wajahnya pucat. Dia langsung tidak
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya.
“Macam mana boleh terjadi macam ni?” Cikgu Inari
menyoal.

60
Haruno Hana

Wanita itu merupakan guru yang bertanggungjawab


terhadap bilik sakit sekolah. Dia mencatat sesuatu di dalam
fail sebelum kembali menghadap Kotomi.
“Saya tak pasti, tapi saya jumpa satu kotak yang
berisi katak dan tikus mati yang masih berdarah berdekatan
dengannya,” kata Setsuna.
“Macam mana kamu boleh ada dekat dengan dia?”
tanya Cikgu Inari lagi.
“Saya berada di dalam bilik piano masa tu. Kami
juga sempat bercakap sebentar sebelum dia ke Dewan Besar.
Saya baru aje nak kunci pintu bilik piano masa saya dengar
dia menjerit,” terangnya.
Peristiwa tadi kembali menerjah ke minda Setsuna.
Dia baru sahaja ingin mengunci pintu bilik piano apabila dia
terdengar jeritan Kotomi. Mengesyaki sesuatu yang buruk
terjadi, dia bergegas ke Dewan Besar. Alangkah terkejutnya
dia sebaik sahaja melihat Kotomi terduduk di atas lantai
sambil menggigil ketakutan. Sebuah kotak kecil yang telah
terbuka penutupnya ada di sisinya. Begitu juga dengan
beberapa ekor bangkai tikus dan katak yang masih berdarah
ada di dalam kotak tersebut.
“Cikgu perlu telefon penjaganya. Kamu tahu dia
tinggal dengan siapa?”
“Apa yang saya dengar, dia sekarang tinggal bersama
Kira. Cikgu nak telefon Kira ke?”
“Ya.”
“Tak payahlah, cikgu. Biar saya hantar dia pulang.
Saya tinggal satu taman perumahan dengan Kira.”
“Baguslah kalau macam tu. Biar cikgu tolong papah
dia ke kereta.”

61
Lovin' You

“Baik.”

KIRA melihat jam di dinding. Tujuh setengah malam. Dia


mengeluh. Kotomi masih belum pulang dari sekolah. Pada
mulanya, dia menjangkakan gadis itu sudah pulang ke
Haru Mansion, apatah lagi Kotomi sudah keluar dari Dewan
Hanami lebih awal daripadanya.
Kira berjalan menuju ke tingkap. MP3 dikeluarkan.
Dia tersenyum. Teringat akan Kotomi yang telinganya
sentiasa tersumbat dengan earphone kerana mendengar lagu.
Butang play ditekan. Schubert’s Serenade kedengaran di
telinganya.
Kira menyukai simfoni. Schubert’s Serenade
merupakan kegemarannya selain daripada karya Mozart dan
Beethoven.
“Tuan muda?”
Kira menoleh ke belakang. Pak Cik Ozu berdiri di
belakangnya. “Ada apa, pak cik?”
“Kotomi masih belum pulang. Tuan muda tahu dia
ke mana?”
Kira menggeleng.
“Jangan risau, budak tu tentu pulang nanti. Kita
tunggu aje,” katanya.
Dia kembali menghadap tingkap. Ada kereta
berhenti di hadapan pagar rumahnya. Dahi Kira berkerut.
“Siapa tu, pak cik?”
Kira mengecilkan matanya, cuba mengecam dua
susuk tubuh yang berdiri menghadap rumahnya. Dia terkejut.

62
Haruno Hana

Tanpa berkata apa-apa, dia segera keluar dari rumahnya,


menuju ke pagar. Memang sah! Kotomi! Di sisinya seorang
pelajar lelaki berdiri. Dia kenal pelajar lelaki itu. Langkahnya
dipercepatkan.
“Kenapa kau pulang lewat?” tanyanya kasar sambil
berjalan.
Kotomi terkejut. Dia memandang ke arah Kira.
Kira mendekati Kotomi dan Setsuna. Matanya
mencerlung tajam.
Kotomi senyap, menunduk memandang tanah.
“Maaf, aku tak nak masuk campur. Tapi, dia ada
masalah tadi,” kata Setsuna.
“Ye ke?” Kira bersuara tanpa perasaan.
“Kau masuk ke dalam dulu. Tunggu kat ruang
tamu,” arahnya.
Kotomi mengangguk. Dia mengambil begnya dari
tangan Setsuna, berjalan masuk ke dalam rumah. Dia masih
lemah. Peristiwa tadi masih menghantuinya.
“Kenapa dengan dia?” tanya Kira sebaik sahaja
Kotomi masuk ke dalam rumah. Nada suaranya mendatar.
Dia mengalih pandang ke arah Setsuna.
“Dia terkejut. Ada pelajar letakkan kotak berisi
bangkai katak dan tikus yang masih berdarah di dalam
lokarnya. Aku yang jumpa dia tadi,” terang Setsuna.
“Apa?”
Setsuna mengangguk. “Aku rasa tu kerja peminat
kau. Mungkin mereka cemburu kau rapat dengan dia.”
Senyap.
“Aku balik dulu. Lebih baik kau jaga dia dengan

63
Lovin' You

baik lepas ni. Kita tak tahu kalau kejadian macam ni akan
berlaku lagi,” pesan Setsuna.
Dia menepuk bahu Kira sebelum berjalan pergi.
Kira mengangguk. Dia menoleh ke belakang, ke
arah rumahnya. Dia berjalan masuk dengan tergesa-gesa.
Kotomi sedang menunggu di ruang tamu. Pak Cik
Ozu dan Mak Cik Inoue ada di sisinya. Fuyuki dan Miyuki
turut berada di situ.
“Kau tak apa-apa?” tanyanya lembut.
Kotomi tergamam. Dia mengangkat wajah, melihat
ke arah Kira. Perlahan-lahan, dia mengangguk.
Kira mengeluh. “Mak Cik Inoue, bawa Kotomi
masuk bilik. Lepas dia mandi dan makan, saya akan jumpa
dia di bilik.”
Mak Cik Inoue mangangguk. “Baik, tuan muda.”
Fuyuki dan Miyuki memegang bahu Kotomi,
menyokongnya agar tidak jatuh. Mak Cik Inoue menuruti
mereka.
Pak Cik Ozu masih di situ, menemani Kira yang
kelihatan gelisah.
Kira meraup wajahnya.
“Apa yang dah berlaku, tuan muda? Pak cik dah
tanya pada Kotomi, tapi dia tak nak cakap apa-apa.”
“Salah saya.”
“Maksud tuan muda?”
“Mungkin ni perbuatan pelajar perempuan sekolah
saya. Pak cikkan tahu, mereka akan buat apa sahaja untuk
mendekati saya, malah untuk menghapuskan gadis yang
rapat dengan saya,” katanya perlahan.

64
Haruno Hana

“Bahaya bagi Kotomi.”


“Ya.”

“MULAI sekarang, kalau kau nak ke mana-mana pastikan


ada orang yang temankan kau. Aku risau kalau perkara
macam ni akan terjadi lagi. Esok tak payah ke sekolah.
Rehat dulu di rumah. Cikgu Inari dah beri kebenaran,”
arah Kira yang berada di dalam bilik Kotomi.
Mak Cik Inoue dan Pak Cik Ozu yang turut berada
di situ menganggukkan kepala masing-masing.
Pucat di wajah Kotomi sudah berkurangan.
Bibirnya juga sudah merah kembali.
“Tak ada apa-apalah. Tadi saya cuma terkejut aje,”
kata Kotomi.
Dia mengukirkan senyuman yang paling manis. Dia
tidak mahu sesiapa pun bimbang akan dirinya.
“Kotomi….” Suara Kira bergetar.
“Betul. Jangan bimbang,” kata Kotomi lagi.
“Walau ke mana kau nak pergi, pastikan kau
berteman. Ini arahan aku. Aku akan beritahu Nori dan Ran
esok. Kau ke sekolah dengan aku. Jangan tunggang basikal
lagi. Nak keluar dari rumah ni pun pastikan ada orang
temankan. Kalau bukan Fuyuki atau Miyuki, aku yang akan
temankan kau. Faham?” tegas Kira.
“Mana boleh!” bantah Kotomi.
“Muktamad!” putus Kira.
Kira berjalan keluar dari bilik itu. Wajahnya tegang.
Pak Cik Ozu menuruti langkahnya.

65
Lovin' You

Mak Cik Inoue memeluk bahu Kotomi. Dia


menepuk-nepuk lembut bahu gadis itu.
“Ikut aje apa yang tuan muda arahkan. Dia
bimbangkan keselamatan kamu. Kalau apa-apa terjadi pada
kamu, macam mana kami nak beritahu pada nenek saudara
kamu, mak kamu? Tentu Kotomi tak nak mereka bimbang,
kan?” pujuk Mak Cik Inoue. Wajah Kotomi dipandang
lembut.
“Emmm….”
“Sudahlah, pergi tidur. Ikut kata tuan muda, ye?”
Kotomi mengangguk perlahan. Dia membaringkan
diri di atas katil. Selimut ditarik.
Mak Cik Inoue mengucup dahi Kotomi sebelum
keluar dari bilik itu. Lampu dipadamkan, hanya lampu meja
sebelah katil Kotomi sahaja yang masih melimpahkan
sinarnya. Pintu bilik ditutup.

66
Haruno Hana

Bab 11
“B
ETUL ke apa yang kau
cakap ni?” Shin bangun
dari duduknya sebaik sahaja
Kira selesai bercakap. Wajah Kira dipandang cemas.
Toma dan Hiro yang pada asalnya sedang
bertanding bola keranjang satu lawan satu di tengah
gelanggang, turut berlari mendekati mereka berdua.
Kira dan Shin baru sahaja berehat di luar
gelanggang sebelum Kira menceritakan apa yang berlaku
kepada mereka bertiga.
Sekarang merupakan waktu rehat. Kebiasaannya,
mereka berempat akan ke gelanggang bola keranjang. Mereka
akan bermain bersama-sama rakan sekelas yang lain, tetapi
hari ini Kira memilih untuk bermain bersama rakan-rakan
karibnya sahaja. Ada perkara yang perlu diceritakan kepada
mereka bertiga.
“Siapa hantar dia pulang semalam?” tanya Hiro.
“Setsuna.”
“Apa kau cakap?”

67
Lovin' You

Kira mengangguk. Dia duduk sambil menengadah


ke langit. Langit biru yang terbentang luas menenangkan
hatinya. Dia mengeluh.
“Korang gaduh tak semalam?”
Kira menggeleng. “Dia cuma cakap apa yang
berlaku pada Kotomi aje. Seolah-olah, dia tak kenal aku pun.”
Kira menggelengkan kepalanya berulang kali. Tidak
mahu mengingati peristiwa yang terjadi di antara dia dengan
Setsuna.
Pada mulanya, Setsuna merupakan sahabatnya juga
walaupun dia tidak satu kumpulan dengan mereka berempat.
Sahabat sejak di menengah rendah. Mereka sama-sama
mempunyai impian. Namun, kerana peristiwa itulah,
hubungan mereka menjadi renggang. Peristiwa yang
menyebabkan dia tidak lagi bertegur sapa dengan Setsuna.
Salahnya. Dia cemburukan Setsuna yang sudah mencapai
impiannya dan disertai dengan galakan keluarganya,
sedangkan dia... impiannya ditentang hebat oleh ibu bapanya
sendiri. Impiannya sejak kecil.
“Sudahlah. Berbalik pada Kotomi pulak. Habis tu,
kau suruh Kotomi buat apa lepas tu?” tanya Toma termengah-
mengah. Nafasnya semput. Tuala yang dihulur oleh Kira
diambil lalu dilap di muka. Peluh merintik dari dahinya.
“Hari ni dia tak datang sekolah. Aku dah pesan,
kalau nak pergi ke mana-mana, ajak kawan-kawan dia. Aku
tak nak perkara sama berlaku lagi. Apa yang berlaku semalam
itu pun dah buat aku risau, apatah lagi kalau perkara lain
turut berlaku.”
“Tapi, betul ke Si Yui dengan geng dia yang
lakukan? Kita tak ada bukti,” kata Hiro pula sesudah
meneguk air mineral. Dia menyapu mulut dengan belakang

68
Haruno Hana

tangannya sebelum menyambung, “lagipun, belum tentu itu


perbuatan mereka. Hampir semua pelajar perempuan kat
sekolah ni minat kau, kita tak boleh agak yang mana satu.”
Shin mengangguk. “Apa yang kau cakap tu betul.
Tapi, kan kita semua tahu. Si Yui tu memang obses dengan
Kira. Sejak dari hari pertama dia mendaftar di sekolah ini.”
Hiro ketawa. “Korang ingat tak masa pendaftaran
pelajar baru tahun lepas? Lawak gila! Aku boleh ketawa
sampai terguling bila ingat pasal tu.”
Ketawa Hiro semakin kuat. Dia menekan perutnya,
menahan tawa.
Toma dan Shin turut menyertai Hiro. Berdekah-
dekah mereka ketawa.
Kira tersengih lucu. “Sudahlah korang. Aku dah tak
nak ingat. Buat malu aje.”
“Aku tak boleh bayangkan kalau aku ni Yui. Boleh
dia buat muka selamba cakap kat Kira yang dia suka Kira.
Dah la rambut dia tertumpah smoothies aku, cakap pulak kat
khalayak ramai. Hari pertama sekolah pulak tu. Yang paling
memalukan masa Kira...” kata-kata Toma terhenti, disambung
oleh Kira.
“Masa aku curah susu atas kepala dia dan cakap,
‘baik kau pergi bandingkan muka kau dengan mangkuk
tandas dulu sebelum kau cakap kau suka aku dan nak aku
jadi teman lelaki kau’.”
“Malu wo! Dah la depan orang ramai, lepas tu kau
suruh dia bandingkan muka dia dengan mangkuk tandas.”
“Padanlah dengan muka dia. Aku tengah tension
masa dia cakap benda tu. Nasiblah,” kata Kira sambil ketawa
sinis.

69
Lovin' You

“Tapi, Yui tu comel jugak,” komen Toma.


“Kau nak ke? Ambillah, aku tak nak perempuan
macam dia.”
Kira bangun dari duduknya. Beg sukan digalas ke
bahu. Dia mencapai tuala dan botol air sebelum mula
mengatur langkah.
“Tak nak aku. Aku nak letak mana Si Kaori tu?
Aku... wei, kau nak ke mana tu?” laung Toma sebaik sahaja
dia menyedari Kira sudah berlalu pergi ke bangunan sekolah.
Shin dan Hiro turut mengambil barang-barang
mereka sebelum menyertai Kira.
“Ke bilik mandi. Masa rehat dah nak habis!” Laung
Kira kembali.

“KOTOMI mana?”
Kira berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar
pertanyaan itu. Dia menoleh ke belakang. Wajahnya berubah.
“Apa kaitan dia dengan kau?” tanya Kira dingin.
Langsung tidak memandang muka pemuda itu. Kedua-dua
tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
Setsuna tersenyum.
“Dia dah jadi kawan aku. Lagipun, aku risau kalau
sesuatu macam tu berlaku lagi padanya. Kotomi budak baik.
Aku boleh nampak walaupun aku baru kenal dia,” kata
Setsuna.
“Dia tak ke sekolah hari ni.”
“Boleh aku melawat dia?”
“Apa maksud kau?”

70
Haruno Hana

“Salah ke kalau aku melawat dia? Atau kau


cemburu?” duga Setsuna.
“Mengarut! Dia tu cuma cucu pekerja rumah aku
aje,” bidas Kira.
“Aku rasa tak salah kalau kau sukakan dia.”
Kira merengus.
Setsuna berjalan melepasi bahu Kira. “Aku akan ke
rumah kau lepas sekolah. Aku nak melawat dia.”
Senyap.
“Kita sama. Kau dan aku sama-sama tak pernah
jatuh cinta, sama-sama anggap perasaan tu tak betul. Tapi,
macam mana kalau suatu hari nanti, aku kata yang aku....”
Senyap.
“Aku cintakan Kotomi?”
Selesai sahaja mengucapkan kata-kata itu, Setsuna
menghela nafas sebelum menyambung kata, “mungkin kau
anggap aku dah tak betul, sebab aku cakap benda macam ni
walaupun aku baru aje sehari kenal dia. Tapi, aku rasa kalau
berkaitan dengan Kotomi, ianya tak mustahil. Aku boleh
nampak sesuatu dalam diri dia. Dan, aku nak tengok....”
Nafas Kira tersekat.
“Macam mana seorang gadis miskin ibarat
Cinderella dapat mencairkan hati batu seorang pemuda yang
hidupnya umpama Putera Raja.”
Setsuna tersenyum sinis. Dia melambai tangan
kepada Kira sambil berjalan pergi.
Kira kekal berdiri di situ. Mindanya kosong. Dan,
kata-kata Setsuna berlegar-legar di ruang mindanya.

71
Lovin' You

Bab 12
J
AMBANGAN bunga ros putih itu
dicium berulang kali. Kotomi
mengukir senyum kepada orang
yang memberikan jambangan ros itu. Lesung pipitnya
terserlah. Kedua-dua matanya bulat bersinar.
“Terima kasih,” ucapnya.
Setsuna tersenyum.
“Awak suka? Saya tak tau nak pilih bunga yang
mana satu,” kata Setsuna sambil ketawa.
Kotomi tersenyum lagi. “Nasib awak baik. Saya
memang sukakan ros putih.”
Kotomi membawa Setsuna ke ruang tamu. Hari ini
dia cuma memakai t-shirt putih lengan panjang dan seluar
jean paras lutut sahaja. Mak Cik Inoue melarang dia memakai
uniformnya, alasan Mak Cik Inoue hari ini dia perlu berehat.
Kotomi hanya menurut sahaja perintah wanita itu.
“Sebentar, saya nak ke dapur. Tunggu ye?” kata
Kotomi.

72
Haruno Hana

Setsuna mengangguk. “Baiklah.”


Kotomi segera berlari menuju ke dapur.
Setsuna menggelengkan kepalanya sambil ketawa
kecil. Lucu melihat tingkah Kotomi. Dia bangun dari sofa
empuk itu, berjalan menuju ke dinding. Dia melihat bingkai
gambar berwarna keemasan yang tergantung di dinding itu.
Kesemua ahli keluarga Masashi berada di dalam gambar itu.
“Tuan Muda Setsuna?”
Setsuna menoleh. Wajah Pak Cik Ozu menggamit
pandangan. Setsuna tersenyum lantas tunduk hormat. “Lama
kita tak jumpa, pak cik.”
Pak Cik Ozu mengangguk. “Hampir dua tahun.
Sejak...”
“Sejak hari tu…” potong Setsuna perlahan.
Pak Cik Ozu mengeluh. Lelaki tua itu mengangguk
setuju.
Suasana sepi sejenak. Mereka berdua membisu.
“Kenapa tuan muda ke sini?”
Pak Cik Ozu memecahkan kesunyian antara
mereka. Dia mahu tahu keadaan Setsuna setelah sekian lama
mereka tidak berjumpa. Sejak hari itu. “Tuan muda dah....”
Setsuna menggeleng. Dia tahu apa yang ingin
dikatakan oleh lelaki tua itu.
“Bukan, pak cik. Saya datang jenguk Kotomi. Saya
baru aje kenal dia,” terang Setsuna.
Pak Cik Ozu mengangguk.
“Pak cik?”
Pak Cik Ozu mendongak. Memandang tepat ke arah
wajah anak muda itu.

73
Lovin' You

“Macam mana dengan Kira?”


Akhirnya terluah jua apa yang sekian lama
dipendamkan olehnya. Sudah lama dia ingin tahu keadaan
Kira, namun keadaan tidak mengizinkan. Semuanya kerana
perkara itu.
“Tuan Muda Kira baik-baik sahaja. Tapi, dia lebih
memendam perasaan sekarang. Buat masa ni, dia suka berada
di dalam bilik tu. Nasib Tuan Muda Kira baik, sekarang ni
Tuan Masashi dan Puan Masashi tiada di rumah,” cerita Pak
Cik Ozu.
“Pak cik dan mak cik ke mana?” tanya Setsuna.
“Paris. Tuan Masashi ada urusan di sana.”
Setsuna mengangguk.
“Saya harap sangat keadaan boleh kembali seperti
dulu. Saya tak salahkan Kira, saya tahu kenapa dia jadi
macam tu. Saya cuma boleh doakan pak cik akan benarkan
dia kejar impian dia. Saya kasihankan Kira. Sudah lama dia
ingin lihat impiannya terlaksana. Sejak datuknya meninggal
dunia,” kata Setsuna ikhlas.
Mereka berdua sama-sama mengejar impian.
Setsuna sudah mencapai impian untuk bergelar penyanyi.
Itulah apa yang diidamkannya sejak sekian lama. Nasibnya
baik, dia diterima dengan baik di dalam industri hiburan.
Malahan, dia lebih popular berbanding artis-artis yang sudah
sekian lama bertapak di dalam bidang itu. Sedangkan Kira....
“Pak cik yakin Tuan Muda Setsuna boleh berbaik
semula dengan Tuan Muda Kira. Sekarang, tuan muda ada
rakan-rakan yang menyokong di sisinya. Malah, dia yang
dingin dengan perempuan sudah boleh berkawan baik dengan
Kotomi,” kata Pak Cik Ozu.

74
Haruno Hana

Setsuna mengangguk.
“Tuan muda?”
“Ya?”
“Pak cik nak minta tolong. Jika Tuan Muda Kira
benar-benar tidak dapat mencapai impiannya, pak cik harap
Tuan Muda Setsuna akan tetap berada di sisinya,” kata Pak
Cik Ozu perlahan.
“Baiklah, pak cik.”
Kedua-duanya berdiam diri. Di dalam kesepian itu,
mereka tidak menyangka ada orang lain yang mendengar
perbualan mereka.
Kotomi turut diam. Sudah lama dia bersembunyi di
sebalik dinding. Pada mulanya dia mahu menyertai mereka
berdua, tetapi sebaik sahaja mendengar dengan teliti apa yang
dikatakan oleh Setsuna, dia segera bersembunyi.
Apa maksud Setsuna? Dia kawan baik Kira ke?
Impian yang tak tercapai? Impian apa?

LANGKAH diatur perlahan menuju ke dapur. Kotomi


mengeluh. Tekak yang haus memaksa dia meredah kegelapan
rumah besar itu untuk ke dapur. Nasibnya kurang baik,
bekas yang dikhaskan untuk menyimpan air di dalam
biliknya telah kehabisan air. Miyuki terlupa bahawa malam
ini gilirannya untuk mengisi air. Selang dua hari, mereka
akan bergilir-gilir mengisi air di dalam bekas itu. Mungkin
kerana keletihan menjalankan aktiviti-aktiviti di universiti
membuatkan gadis itu terlupa.
Apalah malang nasib aku ni? Dahlah rumah ni
besar, tengah-tengah malam pulak tu!

75
Lovin' You

Kotomi masuk ke dapur tanpa membuka lampu.


Dia membuka pintu peti sejuk, mengambil sebotol besar air
mineral yang disimpan di dalam peti sejuk tersebut. Gelas
dicapai. Tegukan demi tegukan masuk ke dalam mulutnya.
Kotomi tersenyum lega. Dia kembali menyimpan botol air
mineral itu.
Eh?
Kotomi menoleh ke pintu dapur. Simfoni yang
didengarnya tempoh hari kedengaran lagi. Kotomi tergamam.
Sudah lama dia melupakan peristiwa tempoh hari, namun
simfoni itu kedengaran lagi.
Siapa yang main piano ni? Kira ke? Apa yang dia
buat tengah malam macam ni?
Kakinya menapak menuju ke hujung rumah agam
itu. Gelap. Simfoni semakin kuat kedengaran. Kotomi
meneguk liur. Dia bersembunyi di sebalik almari, perlahan-
lahan kepalanya dijengukkan ke luar. Pintu bilik itu tertutup
rapat. Kotomi melangkah merapati pintu bilik itu. Hatinya
berdebar. Mindanya dikuasai dengan bayangan yang
menakutkan.
Ke... bilik ni berhantu? Ish!!! Takkanlah!
Krak!
Alamak!
Sisi almari kembali menjadi tempat
persembunyiannya. Dia menjenguk sedikit. Dia nampak ada
seorang lelaki keluar dari bilik itu, tetapi dia tidak dapat
mengecam wajah lelaki itu di dalam kegelapan. Seperti
tempoh hari, lembaga itu segera menghilang di dalam
kegelapan.
Kira ke?

76
Haruno Hana

Kotomi berdiri membelakangi almari. Fikirannya


mencerna sesuatu. Perbualan di antara Setsuna dengan Pak
Cik Ozu petang tadi kembali bermain di minda. Simfoni tadi
juga kembali terngiang-ngiang di telinganya.
Bilik ni ada kaitan dengan apa yang dimaksudkan
oleh Setsuna tadi ke? Impian? Apa tu? Takkanlah Kira nak
jadi penyanyi macam Setsuna jugak? Ish!!! Takkan la...
takkan. Atau, Kira nak jadi... pemain piano?

77
Lovin' You

Bab 13
K
OTOMI berjalan bersendirian
menuju ke bilik persediaan kraf
tangan. Hatinya kecut. Macam
mana kalau dia tiba-tiba sahaja terserempak dengan Kira?
Kira tentu akan memarahinya kerana berjalan seorang diri.
Nori dan Ran tidak dapat menemaninya kerana mereka
berdua telah dipanggil oleh Encik Yoshui, guru Pendidikan
Jasmani mereka untuk mengemas stor sukan yang terletak di
dalam gimnasium.
“Masuk.”
Kedengaran suara Cikgu Sasakura dari dalam bilik
setelah pintu diketuk perlahan. Pintu ditolak sedikit. Kotomi
menjenguk ke dalam. Dia menghela nafas lega. Yeah! Kira
tak ada! Selamat aku.
Sangkanya, Kira tentu akan berada di dalam bilik
itu juga. Sejak kebelakangan ini, Cikgu Sasakura sering
meminta Kira berjumpa dengannya memandangkan Kira
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam
menguruskan bahagian pementasan. Nasibnya baik. Kalaulah

78
Haruno Hana

Kira tahu dia berjalan tanpa ditemani sesiapa, bersiap


sedialah dia menadah telinga mendengar leteran Kira.
Kotomi melangkah masuk dengan wajah yang ceria. “Selamat
pagi cikgu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Cikgu Sasakura menarik tangan Kotomi. Wajah
Kotomi dipandang risau. Raut wajahnya menandakan ada
sesuatu yang membimbangkannya.
“Errr... kenapa, cikgu?” tanya Kotomi. Dia
kehairanan. Tiba-tiba sahaja raut wajah gurunya berubah.
“Kamu tak apa-apa, kan? Risau betul cikgu bila
Masashi cakap kamu ditimpa musibah,” kata Cikgu Sasakura.
“Apa?”
Bila masa pulaklah mamat tu bukak mulut cerita
pasal aku?
“Bila Kira cerita pada cikgu?” tanya Kotomi hairan.
Sebelum sempat Cikgu Sasakura menjawab
pertanyaan, suatu suara yang cukup dikenalinya mencelah
perbualan mereka. “Aku baru aje cakap tadi.”
Kira keluar dari sebalik dinding yang memisahkan
ruang hadapan dan ruang belakang bilik itu.
Riak di wajah Kotomi berubah terkejut.
Wajah Kira pula masih kelihatan biasa. Tenang
sahaja dia melambung-lambungkan bola kecil di tangan.
Cikgu Sasakura tersenyum. Dia memandang Kira
sekilas sebelum pandangannya tertumpu pada Kotomi
kembali. Tangan Kotomi dielus perlahan.
“Masashi baru aje beritahu cikgu semuanya. Cikgu
nak kamu berhati-hati selalu, ye? Dalam minggu ni, kamu
tak payah datang untuk pementasan tu,” usul Cikgu
Sasakura.

79
Lovin' You

Kotomi kaget.
“Tapi, macam mana dengan kerja-kerja saya?” tanya
Kotomi. Wajah Kira dipandang geram.
Kira tersenyum sinis. Bola kecil itu dilambung ke
udara berulang kali dengan gerakan perlahan. Sebelah
tangannya diletak di dalam poket. Santai dia bersandar pada
dinding. Pandangan marah Kotomi langsung tidak
dihiraukannya.
“Tak apa. Apa kata kalau minggu ni kamu cuma
buat lakaran untuk kostum-kostum tu? Minggu depan cikgu
boleh tengok,” pujuk Cikgu Sasakura.
Raut wajah Cikgu Sasakura dipandang lama.
Kotomi serba salah. Dia mahu menyertai rakan-rakannya
yang lain di dewan, tetapi dia tidak sampai hati hendak
mengecewakan guru yang risau akan dirinya. Tanpa pilihan,
dia mengangguk perlahan.
Cikgu Sasakura tersenyum. “Jangan risau. Cikgu
takkan singkirkan kamu dari persiapan untuk pementasan ni.
Cuma cikgu nak kamu berehat dahulu minggu ni, okey?”
Angguk.
“Baiklah, kamu berdua boleh masuk ke kelas
sekarang. Cikgu pun ada hal sikit. Cikgu pergi dulu,” kata
Cikgu Sasakura menamatkan perbualan.
Kira dan Kotomi mengangguk hormat sebelum
guru muda itu keluar dari bilik itu.
“Kenapa kau ke sini seorang diri? Bukan ke aku dah
kata, kalau nak ke mana-mana mesti berteman! Nori dan Ran
mana?” kata Kira keras sebaik sahaja pintu bilik persediaan
kraf tangan ditutup.
Kotomi mencebik.

80
Haruno Hana

“Tak ada apa-apalah. Lagipun, mereka berdua ada


hal. Tak dapat dielakkan,” kata Kotomi. Wajah Kira tidak
dipandangnya langsung. Ei!!! Geram! Geram!!!!
“Kau ni memang budak kecik yang tak dengar apa
orang lain kata, kan? Dasar budak kecik. Menyusahkan orang
aje yang kau tahu,” kutuk Kira.
“Apa? Hei!”
Dahi Kira ditujah kuat. Muka Kotomi merah padam.
Peristiwa yang berlalu beberapa minggu lalu kembali bermain
di dalam ingatannya. Dia bercekak pinggang.
“Awak nak kena macam tempoh hari ke? Dasar
bongkak! Macam manalah Pak Cik Ozu boleh tahan dengan
perangai awak? Entah-entah, Pak Cik Ozu tu pernah kena
serangan jantung sebab perangai awak ni!” marah Kotomi.
Kira menggosok dahinya berulang kali. Matanya
mencerlung marah. Mukanya sama merah dengan muka
Kotomi yang menahan marah. “Kau!”
Kira baru sahaja ingin melontarkan amarahnya
sebelum cakapnya dipotong oleh seseorang.
“Apehal ni?”
Kotomi dan Kira sama-sama menoleh ke sisi.
Setsuna berdiri tenang di sebelah Kotomi.
Kotomi tersengih. “Tak ada apa-apalah. Kami
cuma…”
“Apa kau buat kat sini?” tanya Kira dengan nada
suara yang mendatar. Matanya mencerun ke bawah.
“Aku lalu aje di sini. Nampak macam korang berdua
ni tengah perang mulut. Aku rasa kau memang tak pandai
layan perempuan, kan?” kata Sestuna, sinis.

81
Lovin' You

“Apa maksud kau?” tanya Kira, dingin.


Setsuna ketawa. “Aku rasa aku tak perlu jelaskan.
Mari, Kotomi.”
Tangan Kotomi ditarik mengikut langkahnya.
Kotomi terkejut. Dia tidak sempat berkata apa-apa.
Langkah Setsuna yang panjang tidak membenarkannya
membuat apa-apa. Wajah Kira dipandang dengan perasaan
bersalah. Terlupa langsung dengan pergaduhan mereka tadi.
“Sa… saya pergi dulu. Jumpa nanti!” laungnya.
Kira berlalu pergi ke arah yang bertentangan
dengan mereka.
Kira semakin menjauh. Kotomi memandang wajah
Setsuna. Matanya... kelihatan seperti menanggung sesal.
Apa aku patut buat ni?
Perlahan-lahan tangannya ditarik dari genggaman
kejap Setsuna.
Setsuna mematikan langkah. Dia menoleh ke arah
Kotomi. Gadis itu tunduk merenung lantai.
“Kenapa?” tanyanya perlahan.
Kotomi diam. Tidak tahu apa yang patut dikatakan.
Serba salah menguasai dirinya. Dia betul-betul tidak tahu apa
yang patut dilakukannya. Perbualan Pak Cik Ozu dan Setsuna
masih segar di dalam ingatannya.
Lama kesepian menyelubungi mereka sebelum
Kotomi membuka mulut. “Saya nak tanya awak sesuatu.
Boleh kita ke taman?”
Dahi Setsuna berkerut. “Awak nak tanya apa?”

82
Haruno Hana

KIRA membuka sebuah kotak antik yang berukir indah.


Kotak itu merupakan hadiah daripada datuknya semasa hari
lahirnya yang ketujuh. Tangannya mencapai satu per satu
barang yang terkandung di dalamnya. Patung permainan
aksinya sewaktu kecil, kamera mainan yang sudah rosak dan
guli yang berwarna-warni. Dia tersenyum nipis. Sekeping
gambar dikeluarkan dari kotak itu. Gambar seorang lelaki tua
dan seorang kanak-kanak lelaki. Jelas tergambar kegembiraan
di wajah kedua-duanya. Itulah gambar datuknya dan dia.
Waktu itu Kira baru sahaja berusia lima tahun. Mereka berdua
berada di padang kuda milik datuknya. Masih jelas di dalam
ingatannya....
Pada hari itu, dia terjatuh dari seekor anak kuda
dan cedera di lutut kanan. Hingga ke hari ini parut itu masih
ada di lutut kanannya. Dia yang asyik menangis pada
mulanya, dipujuk oleh lelaki tua itu. Datuknya membawa dia
pulang ke rumah datuknya di sebelah padang kuda, menuju
ke bilik muzik. Datuknya memainkan Schubert’s Serenade
dengan piano. Pada saat itulah cintanya pada simfoni dan
piano mula tersemai. Namun, setelah datuknya meninggal
dunia, segala-galanya berubah.
Kira mengeluh berat. Gambar itu ditenung lama.
Dadanya sebak. Mutiara jernih yang sudah lama tidak
mengalir dari matanya menitis pada gambar itu. Tepat pada
wajah lelaki tua yang kelihatan gembira itu.
“Maafkan Kira, atuk. Kira tak dapat tunaikan janji
Kira pada atuk,” bisiknya sedih.
Masashi Kira terkenal dengan sikapnya yang dingin
di kalangan pelajar di sekolahnya. Namun tiada siapa yang
mengetahui, di sebalik tingkahnya yang dingin itu terselit
pelbagai rahsia. Rahsia yang dipendamnya buat sekian lama.
Hanya Pak Cik Ozu dan rakan-rakan karibnya sahaja yang

83
Lovin' You

mengetahui apa yang dipendamkan oleh dia. Dan... Setsuna


juga.
Setsuna dan Kira sudah lama berkawan rapat.
Mereka mempunyai impian yang hampir sama sejak kecil.
Sejak Setsuna berjaya menggapai impiannya untuk bergelar
penyanyi dua tahun lalu, dia terus menyepi dari sahabatnya
itu. Hubungan mereka baik, namun dia yang memulakan
angkara. Salahnya juga kerana menurut kehendak hati yang
tidak dapat dikawal waktu itu.
Kira mendongak memandang jam di dinding. Jam
sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Kira
mengeluh. Gambar itu diletakkan kembali di dalam kotak
antik itu. Kotak antik itu diletakkan di bawah katil. Kira
bangkit menuju ke pintu. Ada sesuatu yang perlu
dilakukannya.

PATUNG beruang dibawa rapat ke tubuh. Keluhan sekali lagi


bermain di bibirnya. Kotomi merenung kosong sekeliling
bilik itu. Fuyuki dan Miyuki sudah lama lena dibuai mimpi.
Mereka berdua perlu tidur awal kerana kuliah mereka akan
bermula pada awal pagi lagi. Kotomi mengeluh sekali lagi.
Wajah patung beruangnya ditenung pula.
“Yunnie, apa yang patut saya buat?” tanyanya pada
patung itu.
Hampir dua minggu berlalu selepas nama Yunnie
‘dirasmikan’ oleh Kira untuk patung beruangnya. Kata Kira,
Yunnie itu dia ubah suai dari nama ketua kumpulan
Tohoshinki yang diminati oleh Kotomi, U-know Yunho. Tanpa
persetujuan daripada Kotomi, nama itu terus digunakan oleh
Kira. Kotomi yang pada mulanya tidak setuju, akhirnya

84
Haruno Hana

menerima nama itu untuk patung beruangnya. Kotomi


tersenyum sendirian apabila mengingatkan peristiwa itu.
Namun, bukan itu yang perlu dipedulikan olehnya
sekarang. Apa yang perlu dia fikirkan sekarang adalah
mengenai Kira. Kotomi bangun dari katilnya menuju ke luar
bilik. Dia mengatur langkah menuju ke bilik rahsia itu.
Perbualannya dengan Setsuna di sekolah tadi kembali
bermain di fikiran. Setsuna telah menceritakan segala-
galanya kepadanya.

RUMPUT yang menghijau dipandang kosong. Dia yang pada


mulanya terkejut dengan pertanyaan gadis itu sebentar tadi,
kembali tenang. Setsuna diam sejenak. Merangka ayat-ayat
yang patut diluahkan. Dia mengangkat wajah, memandang
Kotomi yang berdiri di hadapannya.
“Sestuna, tolong. Saya merayu pada awak. Tolong
beritahu saya apa yang berlaku sebenarnya antara awak
dengan Kira. Saya dah dengar perbualan awak dan Pak Cik
Ozu semalam,” pinta gadis itu sekali lagi.
“Awak betul-betul nak tahu tentang perkara tu?”
tanya Setsuna perlahan.
Kotomi mengangguk cepat.
“Tolonglah beritahu saya. Saya dapat lihat yang Kira
seolah-olah menanggung sesuatu. Saya juga dapat lihat, sikap
dinginnya itu bukan sikapnya yang sebenar,” kata Kotomi
lagi.
“Bagaimana awak tahu?”
“Saya dah tinggal dengan dia hampir sebulan
lamanya. Malah, ada sesuatu yang diceritakan oleh Mak Cik

85
Lovin' You

Inoue yang mendorong saya untuk menanyakan perkara ini


dengan awak. Tolonglah, Setsuna. Tolong beritahu saya,”
pintanya lagi.
Setsuna tergamam. Redup pandangan Kotomi
dilihatnya. Hatinya gelisah. Patut atau tidak dia beritahu
semuanya? Melihat pada kesungguhan Kotomi, akhirnya dia
mengangguk perlahan. Setsuna mengalah. “Baiklah, saya
akan ceritakan semuanya.”
Mereka berdua duduk di atas sebuah bangku di
taman yang terletak di situ.
Setsuna menghela nafas sebelum memulakan
ceritanya.
Kotomi menanti dengan sabar.
“Sebenarnya….”

“PAK CIK OZU ke?”


Kira membuka pintu bilik rahsianya itu. Dia
kehairanan. Takkan Pak Cik Ozu masih belum tidur lagi. Dia
menjenguk ke luar. Namun, apa yang dilihat benar-benar
memeranjatkannya. Susuk tubuh kecil Kotomi berdiri tegak
berhadapan dengannya. Kira tergamam.
“Apa kau buat kat sini?” tanyanya terperanjat.
“Ada sesuatu saya nak beritahu awak. Tepilah!”
Tubuh Kira ditolak ke tepi. Kotomi meloloskan diri
masuk ke dalam bilik itu. Pandangannya menebar ke seluruh
bilik itu. Jangkaannya tepat. Ada sebuah piano hitam terletak
megah di tengah-tengah bilik itu. Kertas-kertas yang
mengandungi not-not muzik tersusun kemas di atas almari

86
Haruno Hana

kecil di sudut dinding. Beberapa buah gambar pemuzik


terkenal tergantung elok di dinding.
“Apa kau buat kat sini?” tanya Kira tidak percaya.
Takkanlah selama ini Kotomi mengetahui kegiatannya setiap
malam?
Kotomi menghela nafas. Dia berdiri berhadapan
dengan Kira. Wajah Kira dipandang tajam. “Saya dah tahu
semuanya. Setsuna dah ceritakan kepada saya segala-
galanya!”
“Apa? Kau…”
“Tunggu. Dengar dulu apa yang saya nak cakap,”
tegas Kotomi. Dia berjalan menuju ke piano itu. “Dah banyak
kali saya dengar simfoni tu.”
Kotomi memulakan bicara. Dia berdiri
membelakangi Kira. “Pada mulanya, saya fikir apa yang saya
dengar itu cuma perasaan saya. Tak mungkin ada orang main
piano tengah-tengah malam macam ni. Lagipun, setahu saya
tak ada piano di rumah ini. Tapi, lepas beberapa kali
mendengarnya, barulah saya tahu memang ada orang yang
mainkan simfoni tu berulang kali.”
Dia berhenti sejenak. Menghela nafas. “Dan, lepas
saya dengar perbualan Pak Cik Ozu dan Setsuna kelmarin,
baru saya sedar ada perkara yang awak sembunyikan.”
“Aku tak faham apa yang kau cakap ni,” kata Kira
keras.
Kotomi ketawa sinis. “Awak memang nak jadi
pemain piano, kan?”
“Apa?”
“Awak simpan impian untuk menjadi pemain piano
sejak kecil, kan? Sejak datuk awak ajar awak main piano,

87
Lovin' You

sejak awak mula mengenali piano. Tapi, Tuan Masashi tak


benarkan awak capai impian awak, betul tak apa yang saya
cakap?”
“Tak! Aku…”
“Awak tak payahlah nak tipu. Awak berjanji pada
datuk awak, awak akan menjadi pemain piano suatu hari
nanti. Tapi, awak kecewa bila bapa awak tak benarkan. Bapa
awak nak awak mewarisi syarikatnya. Lepas Setsuna berjaya
mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi, impian yang
sudah lama ingin dia laksanakan, awak putuskan
persahabatan awak dengan dia. Sebab apa? Sebab awak
cemburu!”
“Kotomi!”
Kira mula berang. Api kemarahannya semakin
memuncak. Wajah Kotomi dipandang geram. Mukanya
merah.
“Awak tak patut buat macam tu,” kata Kotomi
perlahan. Hatinya kecut, namun dia gagahi juga untuk
meluahkan apa yang bersarang di dada.
“Awak tak patut cemburukan dia. Awak tak patut
bersikap dingin sebab perkara tu. Datuk awak tentu kecewa
sebab awak berkelakuan macam ni.”
Sepi.
Kira yang cuba menahan rasa amarahnya tidak
berjaya. Dadanya berombak ganas. Wajahnya kelihatan seperti
mahu menelan Kotomi hidup-hidup. Dia mara ke hadapan.
Wajah Kotomi dipandang tajam.
“Kau tak layak nak kata apa-apa! Kau tak tahu apa-
apa! Kau tak tahu, macam mana perasaan aku bila ayah aku
tak benarkan aku teruskan impian aku! Dah lama, dah lama

88
Haruno Hana

aku simpan impian tu! Ayah aku tak tahu apa-apa, apa yang
penting bagi dia cumalah perniagaannya. Dia langsung tidak
pedulikan perasaan aku!” jerkah Kira.
“Kira….”
Hati Kotomi bertambah kecut. Takut melihat raut
Kira yang bengis, terkejut dengan jerkahan Kira yang tiba-
tiba menyentak gegendang telinganya.
“Tidak! Kali ni giliran kau dengar apa yang aku nak
cakap. Selama ni hanya datuk aku yang pedulikan perasaan
aku. Saat ayah aku marah bila dia tahu pasal tu, hanya datuk
aku aje yang pertahankan aku! Mak aku pun sama! Dia cuma
diam, ikut aje apa yang ayah aku cakap! Kau tak faham. Kau
tak akan faham. Segala-galanya berubah lepas datuk aku
meninggal dunia. Ayah aku tak benarkan aku bermain piano
lagi! Dia nak aku tumpukan pada perniagaannya! Dia
memang tak akan faham perasaan aku sampai bila-bila! Dia
lebih pentingkan perniagaannya tu daripada aku!” marah Kira
lagi.
Dia meraup wajahnya. Segala-galanya telah pun
dihamburkan. Apa yang ditanggungnya selama ini, akhirnya
terluah jua. Walaupun kepada Pak Cik Ozu, dia tidak luahkan
kesemuanya. Dia banyak memendam rasa selama ini.
Kotomi senyap. Dia tidak tahu apa yang patut
dikatakan. Begitu berat perasaan yang ditanggung oleh Kira
selama ini. Air mata bergenang di tubir mata. Wajah Kira
dipandang sayu.
“Sejak kecil lagi….”
Kira kembali bersuara. Kali ini nadanya sayu.
Meruntun perasaan Kotomi yang mendengarnya. Kotomi
cuba menahan air matanya luruh. Dia tunduk memandang
lantai.

89
Lovin' You

“Sejak kecil lagi… hidup aku dikawal oleh ayah


aku. Aku tidak dibenarkan bermain seperti kanak-kanak yang
lain. Aku dipaksa belajar setiap hari. Setiap hari, ada cikgu
yang akan datang ke rumah dan mengajar aku pelajaran yang
tidak patut lagi dipelajari oleh kanak-kanak seusia aku. Hanya
datuk aku, hanya datuk aku aje yang faham perasaan aku.”
Matanya merah. Cuba menahan air mata yang akan
tumpah pada bila-bila masa sahaja.
Air mata Kotomi mengalir perlahan menuruni
pipinya. Dia menangis teresak-esak. Tidak dapat dibayangkan
bagaimana hidup Kira sewaktu kecil. Dia memeluk tubuh.
Menahan esakan yang semakin menjadi-jadi.
“Maaf… saya tak tahu…” katanya perlahan.
Begitu menggunung sesal di hatinya. Jika dia tidak
memaksa Kira mendengar apa yang ingin dikatakannya tadi,
mungkin Kira tidak perlu mengenang kembali peristiwa yang
melukakan hatinya.
Kira mengeluh. Kotomi didekati.
“Tolong jangan menangis lagi.” Lirih Kira bersuara.
Kotomi menggeleng. “Saya tak patut paksa awak
dengar apa yang saya katakan tadi. Saya minta maaf....”
“Jangan menangis lagi. Tolonglah. Jangan menangis
lagi.”
Tanpa disangka-sangka, Kira menarik Kotomi ke
dalam pelukannya. Erat.
Kotomi tergamam. Dia tidak langsung menjangka
Kira akan berbuat demikian.
“Tolonglah. Jangan menangis lagi.”
Di luar, hujan mula turun. Hujan yang pada
mulanya hanya sekadar rintik-rintik kecil yang membasahi

90
Haruno Hana

permukaan bumi, mula menjadi lebat. Seolah-olah


memahami perasaan Kira sekarang. Kesedihan yang sudah
lama dipendam olehnya.

91
Lovin' You

Bab 14
“S
ELAMAT PAGI!”
Serentak dengan
ucapan itu, Kotomi
merasakan kepalanya digosok perlahan. Dia menoleh ke
belakang. Hampir tercekik roti bakar yang baru sahaja
ditelannya sebaik sahaja melihat wajah Kira. Perlakuan Kira
semalam jelas tergambar di dalam mindanya. Pipinya terasa
panas.
Apa yang dia buat kat ruang makan pembantu ni?
Takkanlah dia nak sarapan kat sini pulak?
“Se… selamat pagi,” ucapnya gagap. Gelas dicapai.
Secepat mungkin dia menghabiskan susu yang masih
berbaki.
Kira mengambil tempat duduk di sisi Kotomi.
“Apesal ni? Merah semacam aje muka tu?” tanya
Kira. Dia mengambil sekeping roti bakar dan menyapu jem di
atasnya. Sambil itu muka Kotomi direnungnya sepintas lalu.
Kotomi menggeleng pantas.

92
Haruno Hana

“Tak ada apa-apalah!” nafinya.


“Ye ke?” tanya Kira lagi.
Wajahnya didekatkan dengan muka gadis itu.
Debar di hati Kotomi semakin menjadi-jadi. Dapat
dirasakan olehnya hembusan nafas lelaki itu. Kotomi mula
panik. Wajah Kira semakin dekat dengan wajahnya. “Apa ni?
Jauhlah!”
Tanpa berfikir panjang, ringan tapak tangannya
menolak wajah Kira kuat ke belakang.
Kira tersentak.
Kotomi lekas-lekas duduk membelakangi Kira.
Dahi Kira berkerut. Mencerna sesuatu. Sejenak
kemudian, senyuman nakal bermain di bibirnya.
“Ooo... pasal semalam ke?” tanya Kira sambil
ketawa nakal. Dia terbayangkan semasa dia memeluk gadis
kecil itu malam tadi. “Maaflah. Semalam aku tak sengaja
pe...”
Dia baru sahaja mahu menghabiskan ayatnya
sebelum dia dikejutkan dengan tingkah Kotomi yang bangun
dari kerusinya secara tiba-tiba. Dengan pipi yang masih
merah, Kotomi berhadapan dengannya.
“Jangan habiskan ayat tu!” tempik gadis itu.
Beg sandang yang terletak di atas meja makan
segera dicapai sebelum dia berlari keluar dari ruang makan
itu. Tergesa-gesa sahaja lagaknya.
Sekali lagi Kira tersentak.
“Takkanlah sebab tu nak malu sampai tahap macam
ni? Aku yang tak pernah peluk perempuan pun rileks aje,”
kata Kira sendirian. Dia menggelengkan kepalanya. Dia

93
Lovin' You

kembali duduk di kerusi dan mula bersarapan. Akhirnya, dia


ketawa sendirian.

DIA langsung tidak dapat menumpukan perhatian semasa


kelas berjalan. Kejadian semalam masih bermain di
mindanya. Berulang kali. Kotomi mengeluh. Dia bernasib
baik gurunya tidak perasan akan keadaannya.
Apesal aku boleh boleh malu sangat macam ni?
Bukannya dia buat apa-apa yang teruk pun. Kotomi, Kotomi.
Sedarlah! Pipinya ditepuk berulang kali. Kotomi mengeluh.
Akhirnya, dia menekup muka ke meja.
“Kotomi, apesal dengan kau ni?”
Nori dan Ran menghampiri Kotomi. Dari pagi tadi,
mereka berdua perasan akan perubahan sikap Kotomi. Dia
lebih banyak termenung semasa guru mereka sedang
mengajar.
Kotomi menggelengkan kepalanya berulang kali.
Dia masih menekup muka ke meja. Ran menepuk bahunya.
“Apesal ni? Kita orang perasan, kau banyak
termenung hari ni. Kenapa?” tanya Ran pula.
Tiada jawapan balas daripada Kotomi.
Nori dan Ran saling berpandangan. Apa dah jadi
dengan rakan mereka yang seorang ni?
“Kotomi, cakaplah kalau kau ada masalah. Kenapa?
Kira buli kau lagi ke?” tanya Nori.
Mereka berdua sering mendengar cerita bagaimana
Kira memperlakukan Kotomi di rumah agam itu. Tapi,
takkanlah teruk sangat Kotomi dibuli oleh Kira?

94
Haruno Hana

Kotomi mengangkat wajahnya. Tidak tahan diasak


dengan soalan berulang kali. Wajah Nori dan Ran ditenung
silih berganti. Dia mengeluh berat.
“Apa perasaan korang….” Dia berhenti seketika.
Menarik nafas sebelum menyambung pertanyaannya.
Nori dan Ran kehairanan.
“Apa perasaan korang, kalau selama ni korang tak
pernah rapat dengan mana-mana lelaki, tiba-tiba dipeluk oleh
lelaki yang baru korang kenal. Pulak tu dia bukannya kekasih
korang?” tanyanya.
Muka Nori dan Ran sekali lagi berubah. Mereka
ketawa besar. Dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik
pertanyaan Kotomi.
Kotomi mencebik.
“Cepatlah jawab! Janganlah ketawakan aku,” kata
Kotomi sedikit marah. Dia mendengus.
Ketawa Nori dan Ran masih kedengaran walaupun
sudah berkurangan. Mereka berdua menarik kerusi lantas
duduk di tepi Kotomi yang mula menyembunyikan wajahnya
dengan menekup muka.
“Kira peluk kau ke malam tadi?” tanya Nori teruja.
Kotomi teragak-agak mengangguk.
“Wah, macam mana tu?” usik Ran pula.
Mereka berdua benar-benar teruja dengan berita
itu. Putera sekolah yang selama ini tidak pernah rapat dengan
mana-mana gadis, berpelukan dengan perempuan yang baru
dikenalinya? Betul-betul tak masuk akal.
“Janganlah cakap macam tu,” bantah Kotomi. “Aku
cuma nak tahu apa perasaan korang, tu je.”

95
Lovin' You

“Yelah, yelah.”
“Kalau aku, aku mungkin akan pitam kat situ juga.
Yelah, tiba-tiba aje ada lelaki peluk kau, dahlah bukan kekasih
kau. Logiklah kalau kau terkejut,” komen Ran.
Nori turut mengangguk. Menyokong kata-kata Ran.
“Aku setuju.”
Muka Kotomi berubah pucat. Apa aku nak buat ni?
Masa kat dalam kereta tadi pun, aku tak tengok langsung
muka dia sebab malu. Argh!!!! Aku rasa nak pengsan aje....

“HAI, Kotomi.”
Dia yang baru sahaja membuka pintu lokarnya
tersentak dengan teguran itu. Dia menoleh ke sisi. Setsuna
sedang berdiri berhadapan dengan dia. Seperti kebiasaannya,
lelaki itu akan mengukir senyumannya.
“Hai,” sapa Kotomi perlahan.
“Kenapa ni?” Setsuna mengangkat sebelah
keningnya. Semacam aje Kotomi hari ni. “Macam mana
semalam? Awak kata nak beritahu semuanya semalam.”
“Oh....” Kotomi ketawa teragak-agak.
“Kenapa ni? Ada masalah ke?” tanya Setsuna lagi.
Kotomi menggeleng. “Tak ada apa-apalah. Kalau
pasal semalam, boleh tak kalau kita jangan cakap pasal tu?”
“Emmm?”
“Nantilah saya cerita. Tapi, semuanya okey. Tak ada
masalah.”
“Kenapa?” tanya Setsuna lagi. Perasaan ingin tahu
begitu muncah di dalam dirinya.

96
Haruno Hana

Kotomi hanya menggelengkan kepalanya dan


mengangkat bahu. Kepada Setsuna, dia menghadiahi lelaki
itu dengan senyuman penuh rahsia.
Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari
Dewan Besar. Kotomi perasan, kesemua pelajar yang
terserempak dengan mereka pasti akan melemparkan
pandangan kepada mereka. Terutamanya pelajar perempuan.
Mereka akan mencebik apabila ternampaknya.
Lantaklah. Aku bukannya buat jenayah pun.
“Awak kata okey. Baguslah kalau macam tu. Saya
hampir tak boleh tidur sebab memikirkan reaksi Kira lepas
awak tegur dia. Manalah tahu, kalau tiba-tiba aje dia
mengamuk kat awak,” kata Setsuna.
“Oh, ye ke? Kiranya awak ni prihatinlah orangnya?”
usik Kotomi.
“Mestilah. Kenapa? Awak fikir saya ni kejam ke?
Kalau saya ni berperangai teruk, takkan ada peminat-peminat
saya yang bagaikan dirasuk hantu bila jumpa saya.” Kata
Setsuna dengan lagak menyombong diri.
Kotomi mencebik. Sejenak kemudian, dia mula
ketawa. Dia benar-benar senang hati. Setsuna memang
seorang sahabat yang baik.

BARANGAN yang tersusun rapi pada rak diteliti dahulu


sebelum diletakkan di dalam troli. Barang lain pula dicapai.
Namun, hatinya sedang mendidih. Semakin mendidih apabila
ada tangan yang meletakkan barangan itu kembali ke rak.
Beberapa kali juga barangan yang dia ambil diletakkan
kembali di rak oleh lelaki itu. Kotomi merengus. Mahu sahaja

97
Lovin' You

dia menelan lelaki itu hidup-hidup atau menghalaunya jauh-


jauh. Langsung dia terlupa akan peristiwa semalam.
“Kira! Janganlah letak balik botol jem kat rak tu!”
marahnya.
Botol jem itu diambil lalu diletakkan kembali ke
dalam troli. Troli itu segera disorong ke hadapan. Sebelum
tangan Kira mengambil barang itu dan meletakkan kembali
ke atas rak, lebih baik dia menyelamatkan diri dia dan troli
itu terlebih dahulu. Masih banyak lagi barang yang perlu
dibelinya.
“Kan jem masih ada di rumah?” bantah Kira.
Kotomi segera menghadiahkan pandangan yang
tajam kepadanya. Troli dilepaskan. Dia berdiri bercekak
pinggang berhadapan dengan lelaki itu.
“Jangan sibuk boleh tak? Saya cuma ikut senarai
yang diberi oleh Mak Cik Inoue. Lagipun, kalau jem tu dah
habis nanti, awak juga yang membebel. Nanti awak kata saya
tak beli sebagai simpananlah, tanya kenapa jem dah habislah,
itulah, inilah. Nanti, saya jugak yang kena tadah telinga
dengar bebelan awak,” kata Kotomi sambil mengajuk cara
Kira membebel kepadanya.
Kira tersengih.
“Lupa pulak aku,” katanya sambil ketawa.
Kotomi segera memandang ke hadapan kembali.
Boleh sakit jiwa aku dibuatnya! Yang mamat ni pun
satu, apesal la dia rajin sangat nak ikut aku pergi beli barang?
Dia bukannya tolong aku pun, tolong menambahkan masalah
ada la! Menyusahkan hidup betullah! bebelnya di dalam hati.
Geram!
Masih dia ingat, semasa Mak Cik Inoue menyuruh

98
Haruno Hana

dia ke pasar raya untuk membeli barangan dapur, dengan


senang hatinya Kira yang turut berada di dapur menawarkan
diri untuk menemaninya. Bantahan Kotomi tidak dihiraukan.
Sebaliknya, Kira memberi alasan Kotomi harus ditemani jika
tidak mahu peristiwa tempoh hari berulang lagi. Mak Cik
Inoue yang termakan dengan kata-kata Kira, membenarkan
Kira mengikutinya.
“Kotomi,” panggil Kira perlahan.
Kotomi yang sedang membelek tin yang
mengandungi nanas kiub hanya mendengus kecil. Tanda dia
sedang mendengar. Dia langsung tidak mengalihkan
pandangannya daripada tin itu.
“Terima kasih,” ucap Kira.
“Eh?” Wajah Kira segera ditenung. Keningnya
berkerut menandakan kehairanan.
“Pasal semalam.”
Kira teragak-agak bersuara. Dia menggosok
belakang lehernya perlahan-lahan. Bibirnya mengukir
senyum malu. Pipinya berubah merah.
“Sebab kau, aku dah rasa lega sebab dah luahkan
semuanya. Terima kasih,” katanya lagi.
Kotomi diam sejenak. Dia menarik nafas sebelum
merenung Kira kembali.
“Awak tak payahlah nak berterima kasih. Saya cuma
cakap aje apa yang saya rasa,” balas Kotomi.
Kira tersengih. “Still, aku nak mintak maaf jugak.”
“Pasal apa pulak?”
“Pasal aku peluk kau semalam. Aku tak sedar pun,
tiba-tiba aje aku peluk kau. Tapi... kau ni kurus sangat, tak
sedap untuk dipeluk. Kesian bakal suami kau,” usik Kira

99
Lovin' You

sambil tersengih. Dia mengenyit nakal sebelum berjalan ke


hadapan meninggalkan Kotomi sendirian.
Kotomi tergamam. Matanya membulat melihat
belakang Kira. Sekali lagi, pipi Kotomi terasa panas.

100
Haruno Hana

Bab 15
S
UASANA di dalam Dewan
Hanami agak riuh. Kesemua
pelajar dan guru yang terlibat
di dalam festival sekolah kelihatan kelam-kabut untuk
memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar.
Di atas pentas, Cikgu Sasakura sedang memberi
penerangan kepada para pelajar yang akan menyertai
pementasan Puteri Salji.
Cikgu Sumaragi pula sedang menolong Setsuna
memastikan mikrofon yang akan digunakan berada di dalam
keadaan yang baik.
Hiasan pentas pula sudah disusun dengan cantik.
Malam ini, para pelajar dan ibu bapa akan
memenuhi dewan ini bagi menyaksikan teater Puteri Salji.
Masalah kekurangan tempat tidak menjadi masalah. Dewan
Hanami mempunyai 5,000 kerusi empuk, setaraf dengan
pawagam-pawagam terkenal.
Kotomi duduk termenung sendirian di dalam
kekalutan suasana. Tiba-tiba... “Sakitnya!”

101
Lovin' You

Kotomi menoleh ke belakang sambil menggosok


kepalanya yang diketuk kuat.
Kira ketawa. Dia memang suka mengetuk kepala
gadis itu jika berkesempatan. Kira telah menanggalkan kot
hitamnya manakala tali lehernya pula dilonggarkan. Dia
tampak lebih santai.
Kotomi mencebik.
“Apesal ketuk kepala pulak? Nanti tak pasal-pasal
ada orang kena pijak kaki,” bebelnya.
Mamat ni fikir tak sakit ke kalau kena ketuk kepala?
Aku tujah jugak dahi tu baru tau! Memang tak serik-serik.
“Melamun aje kerjanya,” kata Kira dengan ketawa
yang masih bersisa. Kepala Kotomi digosok sebelum dia
berlalu ke atas pentas.
Kotomi merengus.
Sejak malam itu, Kira semakin rapat dengannya.
Tiada lagi sikap dingin yang ditunjukkan olehnya selama ni.
Setiap malam minggu, dia dan Kira akan berada di dalam
bilik itu. Kira akan memainkan piano sedangkan dia
mendengar sahaja simfoni yang dimainkan oleh Kira.
Kadang-kadang perbalahan akan berlaku jika Kira
mengusiknya.
Namun, Kotomi tertanya-tanya. Kenapa selama ini
tiada langsung orang yang perasan simfoni akan
berkumandang setiap malam? Kata Kira, mereka semua lena
dibuai mimpi kerana simfoni yang dimainkannya amat
merdu. Dan, Kotomi akan mencebik setiap kali Kira
memberikan jawapan itu.
Kotomi senyum, tanda puas hati. Wajah Kira yang
semakin ceria saban hari menggembirakannya. Dia mahu

102
Haruno Hana

melaksanakan sesuatu pada malam ini, tepat selepas teater


itu berlangsung. Dan, dia memerlukan bantuan Cikgu
Sasakura, Cikgu Sumaragi dan Setsuna untuk memastikan
rancangannya itu berjalan dengan lancar. Mereka bertiga
sudah berjanji mahu menolongnya, terutamanya Setsuna
yang segera bersetuju dengan rancangannya itu. Malahan,
Hiro, Shin dan Toma pun telah berjanji mahu menolongnya
melancarkan rancangan istimewanya itu.
“Kotomi!”
Laungan lantang Kira mematikan senyumannya.
Kira melambai dari atas pentas. Dahi Kotomi berkerut. Apa
pulak yang mamat ni nak?
“Mari sini! Ada hal! Cepat sikit!” Laung Kira lagi.
Pandangan daripada beberapa orang pelajar tidak
dihiraukannya.
Kotomi mengangguk. “Sekejap!”
Dia berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke atas
pentas. Kira sedang menantinya dengan senyuman.

“JADI ke tidak plan awak malam ini?” tanya Hiro.


Shin dan Toma turut memerhati Kotomi.
Kotomi mengangguk. “Jadi. Cuma, saya harap Kira
tak akan lari dari pentas nanti.”
Tanpa pengetahuan Kira, dia datang bertemu
mereka bertiga. Kotomi sudah menceritakan rancangannya
pada mereka bertiga. Daripada apa yang dilihatnya, mereka
bertiga memberi reaksi positif di samping mahu
menolongnya.

103
Lovin' You

“Kau tak payah bimbang. Kalau dia lari, kami


bertiga akan cekup dia. Paksa dia naik ke pentas. Okey tak?”
kata Toma pula.
Kotomi ketawa. “Bagus juga tu!”
“Tapi, kenapa awak beria-ia nak adakan acara tu?”
tanya Shin selepas sekian lama berdiam diri. Wajah Kotomi
dipandang tepat.
Kotomi hanya tersengih nakal.
“Rahsia!” katanya sepatah sebelum berlari pergi dari
situ.
Toma dan Hiro yang tidak sempat menghalang
Kotomi, hanya menggelengkan kepala mereka.
“Bagus jugak, Kotomi dah buat Kira gembira
macam dulu,” kata Hiro.
Toma mengangguk. “Aku dah lama nak tengok dia
kembali macam dulu. Lepas kenal Kotomi, dia dah kembali
ke perangainya yang dahulu.”
“Kita semua sama-sama tumpang gembira. Cuma,
aku bimbang kalau lepas Kotomi tak ada, Kira akan kembali
ke perangainya yang dingin tu. Aku nampak Kotomi bagaikan
penyeri hidup Kira sekarang. Bagaikan separuh daripada jiwa
dia,” kata Shin pula dengan wajah yang seolah-olah
menyimpan seribu rahsia.
Hiro dan Toma kehairanan.
“Takkan kau nak kata, mereka berdua tu... pasangan
pulak?” Duga Hiro.
Shin tersenyum. “Tak ada siapa yang tahu.”

104
Haruno Hana

SEPERTI yang dijangka, Dewan Hanami dipenuhi oleh


para pelajar dan ibu bapa masing-masing. Kesemuanya
menumpukan perhatian tatkala teater berlangsung. Para
pelakon menjiwai watak mereka dengan penuh penghayatan.
Sebelum teater itu berlangsung, Setsuna telah muncul di atas
pentas dan menyampaikan dua buah lagunya yang popular.
Sorakan yang lantang diterima oleh penyanyi muda itu. Para
ibu bapa turut teruja dengan kemunculannya.
“Macam mana? Semuanya berjalan dengan lancar?”
tanya Cikgu Sasakura yang muncul tiba-tiba. Dia kelihatan
berpuas hati. Senyuman tidak lekang dari wajahnya.
“Setakat ini berjalan lancar, cikgu. Saya pun puas
hati,” kata Kira.
“Baguslah.”
Sorakan yang kuat kedengaran dari hadapan.
Nampaknya, persembahan teater itu sudah tamat dan para
penonton memberi tepukan yang gemuruh. Sorak-sorai dari
luar kedengaran agak lama sebelum ianya berakhir. Tirai
dilabuhkan.
“Cikgu nak ke hadapan. Cikgu nak umumkan
persembahan yang terakhir,” kata Cikgu Sasakura sambil
tersenyum penuh rahsia.
Wajah Kira kehairanan.
“Kita ada persembahan lagi ke lepas pementasan
tu?” tanyanya hairan.
Cikgu Sasakura mengangguk. Dia berjalan ke
hadapan pentas.
Hati Kira tertanya-tanya. Persembahan apa lagi?
Kenapa aku tak tahu pun?
“Kira!” sergah Kotomi dari belakang.

105
Lovin' You

Kira terkejut.
“Apa ni?” katanya berpura-pura marah.
“Cikgu Sasakura nak umumkan persembahan
terakhir. Dengarlah!” gesa Kotomi.
“Persembahan apa lagi?” tanyanya malas. Telinganya
cuba menangkap butir-butir percakapan gurunya di hadapan.
Riak wajahnya berubah terkejut. Wajah Kotomi segera
dipandangnya.
Kotomi mengenyit mata sambil tersenyum.
Suara Cikgu Sasakura masih kedengaran dari luar.
“Saya mempersilakan saudara Masashi Kira untuk
memainkan piano di atas pentas. Masashi Kira merupakan
orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian
pementasan ini. Dipersilakan, Masashi Kira,” umum Cikgu
Sasakura.
Tirai dibuka kembali. Sebuah piano terletak di
tengah-tengah pentas.
Kira kaget.
“Kotomi, apa semua ni?” bisiknya pantas.
Kotomi hanya ketawa sambil menggeleng.
“Cepatlah ke depan. Mereka semua dah tunggu. Tak
baik buat penonton tertunggu-tunggu, tau?” kata Kotomi
riang. Dia menolak Kira ke hadapan pentas.
Penonton yang berada di hadapan mata
memberikan tepukan yang gemuruh. Kira tergamam. Mahu
tidak mahu, dia perlu menjayakan persembahan yang
dirancang tanpa pengetahuannya ini. Dia berjalan ke hadapan
pentas. Menunduk hormat sebelum duduk di atas bangku
piano. Tangannya diletakkan pada bilah-bilah piano,
membelainya perlahan. Dia menarik nafas. Jemarinya

106
Haruno Hana

berhenti daripada membelai bilah-bilah piano itu. Simfoni


mula berlagu.
Sepi. Dewan Hanami sepi semasa Kira memainkan
piano. Mata para penonton tertumpu kepadanya. Tidak
kurang juga kedengaran bisikan-bisikan yang kagum melihat
persembahannya.
Kira memainkan piano dengan sepenuh
perasaannya. Bagaikan dia berada di dunia lain dan hanya dia
sahaja yang berada di dalam dunia itu.
Kotomi yang melihat dari sisi pentas tersenyum
hiba.
“Berjalan dengan baik, kan?” sapa suatu suara.
Kotomi menoleh. “Setsuna!”
Setsuna melontarkan senyumannya. “Nampaknya,
awak betul-betul gembira kali ni. Rancangan awak dah
berjaya.”
Kotomi mengangguk. “Terima kasih sebab
membantu.”
Setsuna mengangguk sekilas.
Perhatian mereka berdua kembali tertumpu pada
Kira.
Kira baru sahaja selesai memainkan piano. Dia
bangun dari bangku dan menyambut mikrofon yang
dihulurkan oleh Cikgu Sasakura.
“Dia nak cakap apa tu?” soal Kotomi.
“Entah.”
Kira menghela nafas berulang kali sebelum
mulutnya berbicara. Dia menebar pandangan ke seluruh
dewan. Dia tersenyum nipis.

107
Lovin' You

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada anda


semua yang sudi mendengar persembahan saya tadi.” Kira
mula berbicara. Tiada gentar di wajahnya.
“Sejujurnya, saya langsung tidak tahu tentang
persembahan ini. Saya hanya mendapat tahu tentang
persembahan ini pada saat guru saya membuat pengumuman
sebentar tadi.” Kira berhenti seketika. Kotomi di sisi pentas
dipandangnya.
“Saya ingin berterima kasih kepada pembantu saya,
Cik Kinimoto Kotomi. Dialah yang merancang kejutan ini.”
Dia tunduk hormat sekali lagi.
Kira berjalan perlahan menuju ke arah Kotomi.
Kotomi kaget.
Setsuna segera berlalu dari situ.
Kira mengukir senyum sebaik sahaja berhadapan
dengan Kotomi. Tangan Kotomi ditarik lembut menuju ke
piano.
Tepukan penonton kembali bergema.
“Kira, apa ni?” tanyanya berbisik.
Kira langsung tidak mempedulikan pertanyaan
Kotomi.
Mereka berdiri berhadapan penonton. Mikrofon
dibawa ke bibir.
“Saya ingin memainkan piano sekali lagi. Khas
untuk pembantu saya yang comel ni,” kata Kira lagi. Dia
menoleh ke arah Kotomi lantas mengenyit mata.
Para penonton kembali bersorak. Para ibu bapa juga
kelihatan terhibur.
“Simfoni yang akan saya mainkan ini merupakan

108
Haruno Hana

ciptaan saya sendiri. Harap anda semua terhibur.” Kira


tunduk hormat. Kotomi ditarik agar duduk di sisinya. Dia
kembali memainkan piano.
Debaran di dada Kotomi beransur kurang. Dia
menumpukan perhatiannya pada simfoni yang dimainkan
oleh Kira. Jiwanya terasa sungguh tenang. Apa yang
dibayangnya kini, dia dan Kira berada di sebuah padang yang
luas menghijau dan Kira sedang memainkan piano untuknya.
Damai sungguh perasaan ni. Selama ini, ketika Kira
memainkan piano masa kami berdua berada dalam bilik itu,
aku tak pernah rasa seperti ini.
Wajah Kira dipandang redup. Matanya...
menunjukkan suatu perasaan yang tidak pernah ditunjukkan
olehnya selama ini. Kotomi tersenyum. Entah kenapa, dia
berasa hatinya sungguh puas apabila melihat pandangan Kira
yang seumpama itu.

“PANDAI betul kau rancang semua ni. Macam mana kalau


aku tak naik ke pentas, sebaliknya lari dari sini?” tanya Kira.
Persembahan sudah tamat. Jam juga sudah
menjangkau pukul sebelas malam. Kebanyakan pelajar sudah
pun pulang ke rumah. Hanya tinggal beberapa orang sahaja
yang masih berada di sekolah.
Kotomi tersengih. “Tak apa. Toma, Hiro dan Shin
dah janji. Kalau awak lari, mereka akan cekup awak dan paksa
awak naik ke atas pentas.”
Mata Kira terbeliak. “Apa? Jadi mereka turut
bersubahatlah?”
Kotomi mengangguk.

109
Lovin' You

“Apa pun, terima kasih. Kau dah buat aku gembira


malam ni,” kata Kira.
Kotomi hanya tersengih. Dia mengangkat tangan,
menepuk-nepuk kepala Kira lagak Kira itu seolah-olah budak
kecil yang baru sahaja berbuat baik.
“Bagus, bagus,” katanya riang.
Kira menepis tangan Kotomi sambil tersenyum
sinis.
“Kau tak cukup tinggi untuk sentuh kepala aku,”
sindirnya.
“Mana ada!” kata Kotomi marah.
“Yelah, tuan puteri. Sekarang, dah lewat malam.
Kereta dah menunggu kita di luar. Apa kata, patik pergi ambil
beg tuan puteri dan kita balik sama-sama?” gurau Kira.
Kotomi pantas mengangguk. Seronok juga dapat
mengarahkan Kira berbuat sesuatu untuknya. Ini tidak, asyik
dia sahaja yang kena melakukan kerja untuk Kira.
Kira berjalan ke deretan kerusi di belakang pentas.
Beg sandang miliknya dan Kotomi dicapai. Dia baru sahaja
menoleh ke arah Kotomi sebelum dia menyedari sesuatu.
Riak wajahnya bertukar cemas.
“Kotomi, hati-hati!” pekiknya.
Kedua-dua beg dilepaskan dari tangannya. Dia
segera berlari mendapatkan gadis itu.
Kotomi tergamam. Dia memandang ke atas. Ada
guni yang dijadikan pemberat tali tirai meluncur jatuh tepat
pada tempat dia berdiri. “Argh!!!”
Tubuhnya ditolak ke tepi. Kira jatuh di atasnya.
Wajah Kotomi berubah pucat.

110
Haruno Hana

Kira segera bangun dan melihat ke arah guni itu.


Guni itu hanya jatuh tidak sampai sejengkal dari kakinya.
Kira menarik nafas lega.
“Kira, awak tak apa-apa?” tanya Kotomi cemas.
Kira tersenyum lantas menarik tangan Kotomi
supaya bangun dari lantai. Dapat dirasakan tubuh gadis itu
menggigil.
“Kira, Kotomi, kamu berdua tak apa-apa?” tanya
Cikgu Sasakura tergesa-gesa.
Riak wajahnya kelihatan terkejut.
Beberapa orang pelajar yang masih berada di
belakang pentas turut mendekati mereka berdua.
Kira menggeleng.
“Kami okey. Maaf, cikgu. Saya nak bawa Kotomi
pulang. Kami pulang dulu,” kata Kira perlahan.
“Baik,” kata Cikgu Sasakura. Dia tidak berkata apa-
apa lagi sebaliknya menolong Kira menarik Kotomi bangun.
Para pelajar yang mengerumuni beralih ke tepi.
Memberi laluan kepada Kira yang memapah Kotomi.
Sebaik sahaja dia turun dari pentas, Toma, Shin dan
Hiro yang masih berada di dalam dewan itu menerpa ke arah
mereka berdua.
“Apa yang dah berlaku?” tanya Shin.
Teriakan Kira tadi telah mengejutkan mereka
bertiga.
“Esok, aku cerita. Aku kena pulang sekarang,” kata
Kira perlahan. Kedengaran ketegasan dalam nada suaranya.
Shin mengangguk. “ Biar kami tolong bawa beg-beg
kau ke kereta.”

111
Lovin' You

“Terima kasih.”
Dari kejauhan, Kira tidak perasan ada beberapa
pasang mata yang menyaksikan kejadian itu dari jauh.
Kesemua mereka kelihatan tidak berpuas hati. Lain yang
disasarkan, lain pula yang menjadi. Salah seorang dari
mereka merengus kuat. Hatinya panas. Betul-betul panas!

112
Haruno Hana

Bab 16
B
AYU yang lembut menyapa
pipinya tidak dapat meredakan
resah di hati. Matahari
yang bersinar terang menerangi alam juga tidak dapat
mendatangkan keceriaan padanya. Sudah beberapa kali dia
mengeluh berat. Apa yang berlaku semalam benar-benar
memeranjatkannya.
“Kau nak buat apa sekarang?” tanya Shin.
Sudah lama mereka berdiam diri. Mereka hanya
melihat sahaja perlakuan Kira.
Kira menggeleng. “Aku tak tahu.”
Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Sekarang masih awal pagi. Namun, ketiga-tiga
sahabatnya sudah berkumpul di ruang tamu rumah agam
itu. Kebetulan, hari ini hari minggu. Mereka segera datang
ke rumah Kira. Mereka ingin tahu apa yang patut dilakukan
sekarang. Kini, sudah dua kali Kotomi diancam bahaya.
Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menamatkannya.
“Dia macam mana semalam?” tanya Hiro pula.

113
Lovin' You

“Dia terkejut. Tapi, taklah teruk macam sebelum ni.


Cuma, macam biasalah. Dia cakap tak apa-apa. Cakap dia
boleh tangani semua ni. Macamlah korang semua tak kenal
perangai dia tu,” kata Kira.
Semalam, sebaik sahaja mereka berdua sampai ke
rumah, Kotomi terus ke bilik. Dia tidak mahu sesiapa pun
tahu akan keadaan dirinya. Wajahnya juga kelihatan tenang.
Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Kau ada idea tak?” tanya Hiro lagi.
Shin menggeleng.
Kira turut menggeleng.
Pandangan mereka bertiga tertumpu pada Toma
yang kelihatan lebih relaks sambil bermain dengan PSP
miliknya.
“Apa?” tanyanya yang perasan dirinya diperhatikan.
“Aku tanya, kau ada idea tak untuk mengelakkan
perkara macam ni berlaku lagi?” tanya Hiro. PSP di tangan
Toma dirampas.
Toma hanya tersengih apabila melihat wajah serius
mereka bertiga. “Aku ada rancangan.”
Mereka berempat membuat lingkungan kecil sambil
mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Toma. Suara Toma
perlahan memberi idea.
“Boleh ke kalau kita buat macam tu?” tanya Kira
sebaik sahaja Toma selesai memberitahu rancangannya.
“Korang tak payah bimbang. Aku yakin boleh
berjaya. Lagipun aku ada sebab kenapa aku rancang semua
ni,” katanya riang. PSP di tangan Hiro diambil kembali
sebelum dia menyambung permainannya yang tergendala
tadi.

114
Haruno Hana

Kira, Hiro dan Shin hanya mengeluh apabila


memikirkan rancangan Toma tadi.

“AKU bimbang dengan apa yang berlaku semalam,” kata


Mio penuh kebimbangan. Wajah rakan-rakannya dipandang
dengan penuh kerisauan.
Nami turut mengangguk.
Perhatian mereka beralih kepada Yui.
“Korang nak bimbangkan apa? Bukannya ada orang
nampak kita buat kerja tu,” kata Yui keras.
Hyun mendengus. Dia setuju dengan kata-kata Yui.
“Korang tak payah bimbanglah. Tak ada apa-apa punya.”
“Tapi, putera tentu siasat perkara ni. Budak tukan
rapat dengan dia,” kata Mio lagi.
Mereka berlima benar-benar bencikan Kotomi.
Obses pada Kira mendorong perlakuan mereka. Selama ini,
tiada seorang perempuan pun yang dapat menarik perhatian
Kira yang mereka gelarkan sebagai putera sekolah itu.
Namun, setelah lelaki itu bertemu Kotomi, mereka
menjadi semakin rapat. Sahabat-sahabat karib Kira juga
berkawan baik dengan gadis itu.
Bukan itu sahaja yang menyebabkan mereka sakit
hati. Kerana Setsuna juga. Setsuna juga sudah mula rapat
dengan Kotomi. Kadang-kadang, mereka berdua akan
kelihatan bersama.
“Aku peliklah.” Hyun menyuarakan kehairanannya.
“Macam mana budak miskin tu boleh rapat dengan semua
pelajar lelaki yang popular kat sekolah ni? Kalau dulu, dia

115
Lovin' You

baik dengan putera dan kawan-kawan putera. Sekarang, dia


dah jadi kawan baik Setsuna pulak. Setsuna tu lebih kurang
macam puteralah. Tak layan lebih-lebih peminat-peminat dia.
Malah, kawan karib pun dia tak ada. Istimewa sangat ke
budak miskin tu?”
Yui pantas mengangguk.
“Sebab itulah kita kena hapuskan budak tu. Dia tak
setaraf dengan putera langsung! Miskin! Tak cantik! Ada hati
nak berdampingan dengan putera? Tak sedar diri betul,”
marahnya.
“Apa rancangan kau yang seterusnya?” tanya Azumi
seraya bangun dari kerusi.
Dia berpeluk tubuh. Matanya tajam merenung Yui.
Selama ini, hanya Yui sahaja yang mengatur rancangan
mereka. Malah, gadis itu bersikap bagaikan ketua mereka.
Yui ketawa sinis. Perhatiannya beralih pada
pemandangan di luar tingkap. “Kita jangan bertindak dulu.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan budak miskin tu lakukan
lepas kejadian semalam. Bila tiba masanya, kita akan dapat
lihat bagaimana budak tu dihalau dari sekolah ni macam
seekor anjing kurap. Aku dah ada rancangan. Tapi, belum
masanya lagi aku beritahu korang semua.”
Mereka ketawa riang. Berdekah-dekah. Tidak sabar
menunggu detik itu.
Namun ada seorang sahaja yang kelihatan tidak
gembira dengan rancangan itu. Dia mengeluh berat.

“MEREKA rancang apa lepas ni?” tanyanya tergesa-gesa.


Gadis itu hanya menggeleng. “Tak tahu lagi. Dia tak

116
Haruno Hana

nak beritahu. Tak apalah, saya akan beritahu awak jugak


nanti. Buat masa sekarang, tolong tengokkan dia.”
Lelaki itu mengangguk. Dia meminta diri. Tombol
pintu dipulas. Dia baru sahaja ingin keluar dari bilik itu
sebelum dia mematikan langkah. Dia menoleh ke belakang,
memandang tepat wajah gadis itu. Sebelah keningnya
dijongket.
“Memang aku tak salah pilih kau. Terima kasih
banyak-banyak,” ucapnya.
Gadis itu hanya tersenyum. “Tak apa. Lagipun, awak
pernah tolong saya. Saya hargai pertolongan awak dulu.”
Lelaki itu turut mengukir senyuman. Dia berjalan
keluar dari bilik dengan wajah yang ceria. Hatinya lega.
Masalah ini boleh diselesaikan tidak lama lagi. Tidak sabar dia
mahu memaklumkan perkara itu kepada kawan-kawannya.

117
Lovin' You

Bab 17
“A
H!!! Bosannya aku!!!” keluh
Kotomi buat kesekian
kalinya.
Dia sudah tidak larat mengira keluhan yang keluar
dari bibirnya. Tak terkira banyaknya! Dari pagi tadi melarat
ke waktu rehat. Masa guru sedang mengajar pun dia tidak
boleh memberi tumpuan. Apalah nasib....
Nori dan Ran hanya ketawa. Hati sudah kasihankan
Kotomi, tapi tiada apa yang boleh dibuat oleh mereka. Suara
Kira masih jelas di telinga mereka. Geli hati juga melihat
Kotomi yang bagaikan cacing kepanasan.
“Jangan benarkan dia pergi ke mana-mana seorang
diri. Kalau korang berdua tak boleh temankan dia, halang dia
dari pergi ke tempat lain. Pastikan dia tidak ke mana-mana
seorang diri. Ingat tu!”
Semenjak peristiwa di belakang pentas itu terjadi,
arahan Kira semakin berkuat kuasa. Dan, apa yang diarahkan
oleh Kira itu benar-benar menyusahkan Kotomi. Arahan
mandatori itu semakin menambahkan sakit hati Kotomi.

118
Haruno Hana

“Apa boleh buat? Putera idaman merangkap


pengawal peribadi kau tu dah arahkan kami, ‘pengasuh-
pengasuh’ di istana untuk jaga kau, Cinderella impian dia,”
usik Ran.
Nori menekup mulut, menahan tawa yang bakal
terhambur.
Kotomi merengus.
“Dia bukan putera idaman aku, dan aku bukan
Cinderella dia. Dia tu tak ubah macam seekor raksasa yang
menangkap manusia untuk dimakan, tau tak? Menakutkan.
Menyusahkan hidup betullah budak tu, dasar bongkak,” keluh
Kotomi lagi. Dia menjulingkan mata ke atas.
Nori tidak dapat menahan ketawanya lagi.
Ran yang sudah sedia ketawa, bertambah kuat
tawanya.
Kotomi hairan. Kenapa dengan rakan-rakannya ni?
“Apesal?”
“Itulah ayat kegemaran kau kalau kau tengah kutuk
budak tu. Dan... untuk pengetahuan kau, Kira bukannya
budak. Dia tu setahun lebih tua daripada kau, sedar tak?” kata
Nori pula.
“Ye ke?” tanya Kotomi selamba.
Gaya selamba Kotomi menguatkan lagi tawa
mereka. Nasib baik sekarang ini hanya mereka bertiga yang
berada di dalam kelas, jika tidak tentu ketawa Nori dan Ran
mengganggu rakan-rakan mereka yang lain. Kesemua rakan
sekelas mereka berada di luar kelas. Ada yang sedang bermain
di gelanggang bola keranjang, tidak kurang juga yang berada
di kafe.
“Kotomi!”

119
Lovin' You

Mereka bertiga menoleh ke pintu.


Kira dan rakan-rakannya sedang berdiri tegak
menghadap pintu. Kira menuding jarinya pada Kotomi,
mengarahkan dia keluar.
Kotomi menggeleng. Wajah Kira langsung tidak
dipandangnya. Dia mendongak, menengadah ke siling.
“Ek eleh budak kecik ni. Apesal dengan dia hari ni?
Nak memberontak pulak,” bebel Kira perlahan. Namun kata-
katanya masih dapat didengari oleh rakan-rakannya.
“Dia bosanlah tu. Mana taknya, kau dah beri arahan
mandatori kau tu kat dia. Baik kau masuk dalam, cakap
dengan dia elok-elok,” usul Shin.
Hiro mengangguk setuju. Dalam banyak-banyak
hal, Shin dan Hiro lebih bersikap matang di dalam menangani
masalah. Berbeza dengan Kira yang lebih suka mendiamkan
diri. Berbeza juga dengan Toma yang lebih suka memandang
ringan sesuatu masalah itu.
“Kalah tuan puteri nak minta dipujuk,” rungut Kira
lagi.
Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga masuk ke
dalam kelas itu.
Nori dan Ran segera keluar, meninggalkan mereka
berdua di dalam kelas. Mereka berdua menyertai Shin, Toma
dan Hiro di luar kelas.
“Kenapa dengan Kotomi hari ni?” tanya Hiro.
“Dia bosan. Kira tak benarkan dia merayau-rayau di
kawasan sekolah,” kata Nori.
“Patutlah masam aje muka tu,” komen Hiro lagi.
Mereka berlima menjenguk ke dalam kelas. Menanti
butir bicara yang akan dibualkan oleh Kotomi dan Kira.

120
Haruno Hana

Seperti biasa, pasti ada pergaduhan di dalam pertemuan


mereka.
“Janganlah masam aje. Aku buat semua ni untuk
keselamatan kau jugak. Kalau kau asyik bermasam muka aje,
nanti makin buruk pulak muka kau tu.” Dalam memujuk,
Kira sempat mengutuk Kotomi.
Hati Kotomi mula panas.
“Suka hatilah! Muka saya yang jadi buruk, bukan
muka awak,” protes Kotomi. Hatinya sebal.
Kalau datang jumpa aku setakat nak kutuk aku aje,
baik tak payah datang. Dia merengus lagi.
“Kalau kau bosan sangat, apa kata musim panas ni
kita ke pantai? Tiga minggu lagi cuti musim panas,” cadang
Kira tiba-tiba.
Eh? Wajah Kira dipandang, memastikan apa yang
dikatakan tadi bukannya pembohongan.
Muka lelaki itu masih kelihatan selamba.
“Kau boleh ajak kawan-kawan kau kalau kau nak.
Okey, tak? Anggap aje ni ucapan minta maaf aku sebab buat
hidup kau bosan. Keluarga aku ada vila kat sana, jadi tiada
masalah makan minum dan penginapan,” kata Kira lagi.
Sememangnya kedatangan dia ke kelas Kotomi
semata-mata mahu memaklumkan hal itu. Selepas diberitahu
oleh Nori dan Ran keadaan Kotomi yang semakin monyok
dari sehari ke sehari, idea percutian di pantai terlintas di
dalam mindanya. Selain itu, ada perkara lain yang ingin dia
beritahu kepada Kotomi. Walaupun dia boleh memberitahu
Kotomi di rumah, tetapi dia tidak sabar mahu melihat reaksi
gadis itu jika hal itu dikhabarkan. Wajah Kotomi dipandang
lagi.

121
Lovin' You

“Nak pergi atau tak?” tanya Kira lagi.


“Saya boleh ajak kawan-kawan saya?” tanya Kotomi
meminta kepastian.
Kira mengangguk. “Tapi, janganlah terlalu ramai
pulak.”
Mata bulat Kotomi bersinar.
Sinar di mata Kotomi mengundang lucu di hatinya.
Sedaya upaya Kira menahan tawa.
Senyuman terukir di bibir Kotomi.
“Tapi, kau kena tolong aku sebagai balasan,” tambah
Kira lagi.
Senyuman pada bibir Kotomi mula kendur. Perkara
macam nilah yang boleh hancurkan mood aku! “Apa dia?”
Kira tersengih. Dia mengeluarkan sekeping kad
berwarna merah dari poket kotnya. Kad itu dibuka sebelum
diserahkan kepada Kotomi.
“Pemilik SS Financial Group adakan majlis tari
menari malam ni. Ayah aku tak boleh hadir, dia minta aku
hadiri majlis ni bagi pihak dia dan ibu aku. Aku pun baru aje
terima ‘arahan’ ni. Aku nak kau jadi pasangan aku untuk
majlis tu, ini arahan aku.”
Selamba sahaja dia mengeluarkan arahan. Riak di
wajahnya tidak mencerminkan apa-apa perasaan. Tetapi,
hatinya sedang menjerit gembira. Suka betul dia dapat
kenakan Kotomi.
“Apa?!”
Jeritan Kotomi mendorong rakan-rakan mereka
yang menunggu di luar kelas menjenguk ke dalam.
Kira sudah tergelak besar.

122
Haruno Hana

Kotomi pula menekup mukanya pada meja sambil


menggelengkan kepalanya.
Rakan-rakan mereka hanya tersengih.

KAKINYA melangkah keluar dari bilik persalinan butik


mewah itu. Wajahnya monyok.
Kira yang sedang duduk di atas sofa empuk
berhadapan dengan bilik persalinan itu segera melipat
majalah yang dibacanya.
“Sesuai tak?” tanya Kotomi. Dia memusingkan
badannya di hadapan Kira.
Kira menggeleng. “Cuba yang lain pulak. Gaun ni
menampakkan kau makin pendek pulak.”
Kotomi mencebik. Ikutkan hati, mahu sahaja dia
segera keluar dari butik itu. Tetapi, dia tidak berdaya.
Mahunya Kira kejar dia dan tarik dia balik masuk dalam butik
ni? Tak ke naya tu?
“Yelah, tuan muda,” katanya sebal.
Dia kembali melangkah masuk ke dalam bilik
persalinan itu.
Gaun yang lain pula dihulur oleh jurujual
perempuan yang ditugaskan untuk melayan mereka.
Kira ketawa kecil. Dia tahu kenapa Kotomi marah.
Hampir dua puluh kali Kotomi ulang-alik masuk ke dalam
bilik persalinan itu. Setakat ini, masih tiada gaun malam
yang menepati cita rasa Kira. Walaupun dia lelaki, Kira
bercita rasa tinggi dalam soal pakaian. Mengalahkan
perempuan!

123
Lovin' You

Pintu bilik persalinan dibuka kembali. Kotomi


melangkah keluar perlahan-lahan.
“Yang ni okey tak?” tanyanya lagi. Agaknya ini kali
ke seratus aku ulang soalan yang sama.
“Aku ra....”
Kira yang baru sahaja mengangkat wajah untuk
melihat penampilan Kotomi tidak dapat meneruskan kata-
katanya. Dia terpegun. Gaun yang dipakai oleh Kotomi benar-
benar menampakkan gadis itu bagaikan bidadari. Gaun putih
melepasi lutut itu benar-benar padan dengan dia. Ada ikatan
reben yang berwarna putih melilit pinggang Kotomi. Sepatu
putih yang dipakainya juga sesuai. Rambutnya pula hanya
dihiasi cekak putih tanpa hiasan. Sempurna!
“Betul ke kau ni Kotomi? Padan pulak gaun ni
dengan kau,” ucap Kira sambil ketawa, cuba melindungi
perasaan gugup yang terserlah pada wajahnya.
Wajah Kotomi bertambah masam.
“Sesuai tak? Saya dah letih ni,” rungutnya. Kalau
kali ni pun tak boleh jugak, memang sahlah aku hempuk
kepala budak ni dengan kasut tumit tinggi ni!
Senyap. Kira langsung tidak berkata apa-apa, apatah
lagi menjawab soalannya. Hati Kotomi bertambah panas.
Apehal pulak dengan mamat ni? Dah bisu ke?
“Kira!” panggilnya lagi. Geram betul!
“Dah okey. Tak payah tukar apa-apa. Sempurna!
Cantik!” kata Kira tergesa-gesa.
Setiap patah perkataan meluncur laju keluar
daripada mulutnya. Dia seolah-olah tidak sedar dengan apa
yang dikatakannya.
Dahi Kotomi berkerut.

124
Haruno Hana

“Errr... dah okey? Kalau macam tu, saya tukar


pakaian asal dulu,” katanya.
Kira mengangguk.
Kotomi berlalu masuk ke dalam bilik persalinan
itu.
Kira menepuk-nepuk pipinya. Dadanya berdebar-
debar. Semuanya bermula apabila dia melihat Kotomi tadi.
Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba aje berdebar macam ni?
Tenang, tenang....
Kira termenung seketika. Jujurnya, ini bukan kali
pertama hatinya berdebar apabila berhadapan dengan
Kotomi. Pada saat mereka berdua-duaan di dalam bilik itu,
ketika Kotomi tersenyum manis kepadanya dan saat mata
gadis itu tepat memandang wajahnya. Hatinya berdegup
kencang. Dia sendiri tidak tahu kenapa perkara itu mesti
terjadi.
“Kira?”
Kotomi sudah keluar dari bilik persalinan itu.
“Dah siap?”
Kotomi mengangguk.
“Jom ke kaunter. Aku nak bayar,” kata Kira. Dia
segera bangun dari sofa itu.
“Bayar? Bukan ke awak nak sewa aje?” tanya
Kotomi.
Kira tersengih. “Anggaplah gaun tu hadiah daripada
aku. Dah, jangan banyak cakap. Lepas ni kita singgah restoran
dulu sebelum balik.”
Tangan Kotomi ditarik.
Kotomi terpaksa mengikut rentak langkah Kira.

125
Lovin' You

Selepas urusan jual beli selesai, mereka berdua


beriringan keluar dari butik itu.
Malam ini, buat pertama kalinya Kotomi akan
menghadiri majlis tari menari. Dia tertanya-tanya, agak-agak
apa yang akan terjadi malam ni? Dia hanya mengeluh di
dalam hati. Janganlah berlaku apa-apa.

126
Haruno Hana

Bab 18
K
OTOMI tergamam. Hotel
mewah yang gah berdiri di
hadapannya benar-benar
memukau pandangan. Sudah ramai yang berkumpul di
dewan dansa hotel itu. Kereta-kereta mewah diparkir di luar
hotel. Kesemua yang datang kelihatan elegan dengan pakaian
mahal yang membaluti tubuh masing-masing.
“Kotomi?”
Panggilan Kira membawa dia kembali ke alam
nyata. Dia tersentak. Kira yang sudah keluar dari Bentley itu
sedang berdiri di hadapannya. Sebelah tangannya dihulur
kepada Kotomi.
“Kenapa?” Dia kehairanan dengan huluran tangan
Kira.
Kira ketawa. Naif betul budak kecil ni. “Majlis dah
nak mula. Kita kena masuk dewan cepat. Mari!”
Tangan Kotomi dipegang lantas ditarik, memaksa
gadis itu keluar dari kereta mewah itu. Mereka berdua
beriringan masuk ke dalam dewan dansa.

127
Lovin' You

Sekali lagi Kotomi tergamam. Pemandangan di


dalam dewan itu lebih memukau pandangannya. Candelier
bergantungan di atas kepala. Konsep putih-emas itu
menampakkan suasana mewah di dewan itu. Cantik!
“Eh?”
Tangannya diraih oleh Kira sekali lagi. Kotomi
merenung wajah Kira yang segak berpakaian tuksedo hitam.
“Kita pergi jumpa Encik Suzuki dulu.”
Kotomi dibawa mengikut langkahnya ke arah tiga
orang lelaki dan seorang wanita yang sedang berbual-bual.
Kira mendekati mereka berempat.
“Apa khabar, Encik Suzuki?” sapa Kira ramah.
Seorang lelaki yang bercermin mata berhenti
daripada perbualan yang diikutinya. Wanita yang berada di
sisinya tersenyum manis. Kelihatan jelita dengan rantai
berlian yang pastinya berharga jutaan dolar.
“Kira! Dah lama pak cik tak jumpa kamu. Bapa
kamu mana?” Ramah Encik Suzuki menyoal.
Kira mengangguk hormat sambil tersenyum.
“Ayah dan ibu saya tak boleh hadir. Mereka ada
urusan di Perancis,” jawab Kira tenang.
Berbeza dengan Kotomi di sisi yang kegelisahan.
Encik Suzuki ketawa. “Bapa kamu tu memang tak
ubah-ubah! Kerja sepanjang waktu. Memang patutlah
perniagaan dia semakin pesat berkembang!”
Kira hanya mengangguk.
Kotomi senyap sahaja di sisi Kira. Dia tidak berani
mencelah. Biarlah Kira sahaja yang menyapa. Silap cakap, dia
juga yang malu!

128
Haruno Hana

“Ini teman kamu, ye?” tanya Puan Suzuki.


Perhatiannya beralih pada Kotomi.
Kotomi tersengih.
“Lupa nak kenalkan.” Bahu Kotomi dipaut erat.
Kotomi tersentak. Apa lagi yang mamat ni nak
cakap? Jangan dia kenakan aku, sudah!
Kira mengerling Kotomi sekilas sebelum kembali
memandang Puan Suzuki. Bibirnya mengukir senyum.
Wajahnya ceria.
“Kenalkan, ini teman wanita saya. Kinimoto
Kotomi,” kata Kira lagi.
Apa?
Puan Suzuki ketawa kecil. “Kekasih kamu? Padan
betul. Cantik budak ni.”
“Samalah dengan bapa dia. Pilih yang cantik-cantik
aje,” gurau Encik Suzuki.
Kira tersenyum lagi. Renungan ‘membunuh’
Kotomi langsung tidak dipedulikan. Sebaliknya, dia hanya
mengeratkan pautan tangannya di bahu Kotomi.
“Tak apalah, Encik Suzuki. Kami pergi dahulu. Maaf
kerana mengganggu,” ucap Kira. Dia tunduk hormat.
“Eloklah. Lagipun, tarian dah nak mula. Pak cik
nak tengok kamu menari.”
“Baiklah.”
Mereka berdua beredar ke bahagian tengah dewan
dansa.
Kotomi memandang marah ke arah Kira.
“Teman wanita? Kenapa awak cakap macam tu?”
tanyanya.

129
Lovin' You

“Kenapa? Salah ke aku cakap? Aku cuma cakap


teman wanita, tak tambah pun perkataan istimewa tu,” kata
Kira. Sebelah keningnya dijongket. Dia tersengih geli hati.
“Tu saya tau! Tapi, cara awak cakap tu boleh buat
orang lain salah faham!” marah Kotomi lagi.
Kira hanya ketawa. Langsung tidak membalas kata-
kata gadis itu yang sedang menahan marah.
Lagu mula dimainkan. Lampu dikelamkan sedikit,
menimbulkan suasana romantis. Kebanyakan pasangan yang
hadir sudah mula menari waltz.
Kotomi mula cemas. Sebelah tangan Kira
memegang tangannya manakala sebelah lagi merangkul
pinggang Kotomi.
“Kira, saya tak tahu menari,” bisiknya cemas.
Kira buat endah tak endah dengan pengakuan
Kotomi.
“Kira!”
Mamat sorang ni memang nak kena! Dah la ajak
aku ke majlis ni, lepas tu malukan aku. Kemudian kena
menari pulak! Manalah aku pernah menari seumur hidup aku
ni! Alahai....
“Relaks.” Kira berbisik lembut pada telinga Kotomi.
Hembus nafas Kira menggetarkan nalurinya.
Kotomi mula malu. Pipinya memerah.
“Macam mana ni? Saya tak tahu menari,” katanya
lagi secara perlahan.
Kira tersenyum.
“Apa kata,” bisiknya perlahan, romantis, “kita buat
gaya Erward Cullen dan Bella Swan dalam filem Twilight?”

130
Haruno Hana

“Apa?”
Mamat ni gila ke apa? Buatnya aku jatuh, naya!
“Rileks. Aku tahulah yang kaki kau tak patah atau
pakai kaki kayu. Ikut aje cakap aku,” kata Kira dalam nada
perlahan.
Dahi Kotomi sudah berkerut seribu. “Saya…”
Sebelum Kotomi berkata apa-apa, tubuhnya sudah
diangkat oleh Kira. Kakinya diletakkan di atas kaki Kira. Kira
merangkul erat pinggangnya dan mula menari. Setiap
langkah Kira dapat diikutinya kerana kakinya sudah melekat
pada kasut Kira.
Kotomi mengerling sekilas pada orang ramai. Ada
yang berhenti daripada menari dan melihat ke arah mereka.
Perhatian mereka tertumpu pada dirinya dan Kira. Ada yang
tersenyum, tidak kurang juga yang berbisik-bisik.
Encik dan Puan Suzuki turut berhenti menari,
mengalih perhatian pada mereka.
“Kira, malulah macam ni...” katanya perlahan.
Kira hanya tersenyum sahaja dan meneruskan
tariannya. Lampu dituju pada mereka, mengikut ke mana
sahaja arah mereka berdua menari. Lagu yang dimainkan
sudah berganti dengan lagu lain.
“Kira!”
Kepala Kotomi dibawa ke dadanya.
Kotomi tergamam. Dadanya mula bergetar hebat.
Dia gementar, tetapi dia juga berasa damai berada di samping
Kira. Sudah banyak kali perkara seperti ini terjadi. Semasa
persembahan Kira di atas pentas tempoh hari juga
perasaannya berubah tenang. Perlahan-lahan, dia
memejamkan matanya. Kotomi hanyut dibuai perasaan.

131
Lovin' You

Bunyi tepukan yang gemuruh menampar


gegendang Kotomi. Spontan, Kotomi membuka mata. Lagu
sudah tamat dimainkan. Dia mendongak. Kira sedang
tersenyum manis kepadanya.
Dengan perlahan, Kira mengangkat tubuh Kotomi.
Kaki Kotomi mencecah ke lantai semula.
Kotomi senyap. Tidak berkata apa-apa.
“Dah tamat. Kau tak perlu takut lagi,” bisik Kira di
telinganya.
Tetamu yang hadir mula bertepuk tangan. Suasana
menjadi gemuruh seketika. Mata mereka tertumpu pada Kira
dan Kotomi.
“Mari, tunduk hormat.” Bisik Kira lagi. Tangan
Kotomi dipegang erat.
Kotomi akur.
Mereka berdua tunduk hormat kepada tetamu-
tetamu yang hadir.
Kotomi tersenyum ceria. Taklah teruk sangat
pengalaman pertama dia menari. Dia ketawa di dalam hati.

132
Haruno Hana

Bab 19
N
OTA muzik disimpan kembali
ke dalam fail. Punggungnya
dilabuhkan di atas kerusi. Kira
sudah bersedia untuk memainkan simfoni ciptaannya yang
terbaharu.
Kotomi yang mula teruja segera bersiap sedia
untuk mengambil video. Dia mahu merakamkan saat Kira
memainkan piano.
“Cepatlah!” desaknya.
“Banyak cakap pulak. Lagi satu, siapa bagi
kebenaran untuk kau rakam video masa aku main piano?”
tanya Kira sarkastik.
Kotomi menjuihkan bibir.
“Suka hatilah! Cepatlah, saya dah tak sabar ni,”
desaknya lagi.
“Yelah, yelah. Dah mula rakam ke?” tanya Kira.
Kotomi menggeleng. “Sekejap. Hah, okey. Dah
boleh mula rakam.”

133
Lovin' You

Kira menghela nafas. Dia menarik senyum dan


mula fokus pada camcoder di tangan Kotomi. Dia tunduk
hormat di hadapan Kotomi yang sudah mula merakam.
“Apa khabar? Saya, Masashi Kira akan memainkan
piano dan memperkenalkan simfoni terbaharu ciptaan saya
yang masih belum diberi nama ini di hadapan seorang budak
kecil yang menyibuk,” katanya.
“Betul-betullah!”
Suara Kotomi kedengaran, termasuk sekali ke
dalam rakaman itu.
Kira tunduk hormat sekali lagi tanpa mempedulikan
Kotomi dan mula membelai bilah-bilah piano. Dia mula
memainkan piano.
Simfoni ciptaan Kira itu mula mengusik telinga
Kotomi. Kotomi melihat dari balik perakam videonya itu.
Asyik benar Kira dengan pianonya. Itulah yang sering berlaku
sebaik sahaja Kira memainkan piano. Dia akan berada di
dalam dunianya dan tidak mudah terganggu dengan perkara
lain.
Kotomi tersenyum sendirian. Dia sendiri leka
mendengar simfoni yang dimainkan. Dia sendiri tidak tahu
kenapa. Hatinya senang sekali bila melihat Kira asyik dengan
pianonya dan melihat senyuman lelaki itu terukir indah
apabila jemarinya menari di atas bilah-bilah piano. Dia
tertanya-tanya juga, adakah dia sukakan lelaki itu? Dia sendiri
tidak pasti.
Jemari Kira berhenti bergerak. Dia menoleh ke arah
Kotomi dan tersenyum.
“Dah tamat,” katanya ringkas.
Kotomi tersedar dari lamunannya. Dia malu sendiri.

134
Haruno Hana

Janganlah Kira perasan dengan wajahnya yang sedang


senyum sendiri itu.
“Janganlah cakap macam tu! Saya masih tengah
rakam video ni,” marah Kotomi, cuba menutup malu.
Kira mengeluh. “Baiklah tuan puteri. Ada soalan
ke?”
“Boleh tak beritahu saya simfoni ni bertemakan
apa?” tanya Kotomi dengan lagak seorang wartawan. Dia
masih sibuk merakam video tersebut. Video itu akan disimpan
sebagai simpanan peribadinya.
“Emmm… nak cakap macam mana ye?”
Kira menggaru-garu kepalanya. “Macam nilah,
simfoni ni berunsurkan percintaan. Aku gambarkan
bagaimana seorang lelaki ni tak boleh lupakan kekasihnya
walaupun kekasihnya dah meninggal dunia. Okey tak?”
“Kiranya, cinta sepanjang hayatlah ni? Sedihnya,”
kata Kotomi.
“Awak tak nak namakan simfoni ni ke?” tanyanya
lagi.
“Tak tahu. Kau ada cadangan ke? Aku bukannya
jenis yang pandai bagi nama.”
“Emmm....” Kotomi mula berfikir. Payah jugak nak
fikir untuk tajuk ni. Apa ya? “Haaa!!!”
Jeritan Kotomi mengejutkan Kira. “Apa dia?”
“Lovin’ You? Okey tak?”
“Loving You?” Dahi Kira berkerut.
“Lovin’ You! Huruf G tu dibuang. Sesuailah dengan
tema yang awak cakap tadi,” kata Kotomi riang.
Sebenarnya, dia teringatkan salah satu lagu

135
Lovin' You

kumpulan Tohoshinki yang sering menjadi siulannya, Lovin’


You. Alang-alang Kira meminta pendapatnya, apa kata dia
beri tajuk tu? He he he....
Kira hanya mengangguk setuju. Malas mahu
memanjangkan topik. Dia berjalan mendekati Kotomi. Tapak
tangannya menutup kamera camcoder itu. “Sudah-sudahlah
rakam video tu. Bagi pada aku perakam ni!”
“Tak nak!”
Kotomi menjelir lidahnya. Sebelum sempat Kira
menarik camcoder itu dari tangannya, dia sudah melarikan
diri dari bilik itu. Jika tidak, boleh hancur camcoder
pemberian ibunya di tangan Kira. Kelmarin, dia menerima
bungkusan dari Hokaido yang dihantar oleh ibunya. Kotomi
sama sekali tidak menyangka ibunya akan menghadiahi dia
sebuah camcoder. Dia berlari menuju ke ruang tamu. Kotomi
ketawa gembira. Dapat juga dia kenakan Kira. Bagaimana
kalau aku edit sikit video ni? Dia mula berfikiran jahat.
“Kotomi?”
Langkahnya mati. Pak Cik Ozu rupanya. Lelaki itu
sedang berdiri berhampiran dengan potret keluarga Masashi.
Dia sedang mengelap bingkai gambar keemasan itu.
“Kenapa berlari ni? Boleh jatuh kalau tak hati-hati,”
omel lelaki tua itu.
Kotomi tersengih.
“Kamu dari mana?”
“Dari bilik piano Kira. Dia mainkan simfoni ciptaan
dia. Pak cik nak tengok tak? Saya dah rakam.”
Kotomi mengeluarkan camcoder itu, menekan
butang play dan mengunjuk kepada Pak Cik Ozu.
Pak Cik Ozu mengukir senyum.

136
Haruno Hana

“Kenapa pak cik senyum?” tanya Kotomi. Dia


kehairanan.
“Pak cik gembira tengok tuan muda macam ni. Oh
ya, Kotomi! Bulan ni masuk bulan kedua kamu tinggal di
sini, kan? Cepat betul masa berlalu.”
Kotomi mengangguk. “Ya. Tinggal lagi empat bulan
sebelum nenek saudara saya pulang ke Tokyo. Lepas tu, saya
akan tinggal semula kat rumah lama saya.”
Wajah tua itu kelihatan bersedih.
“Kan baik kalau kamu boleh tinggal terus kat sini,”
keluh Pak Cik Ozu.
“Kenapa pak cik cakap macam tu?”
Wajah lelaki tua itu berubah sayu. Kepala Kotomi
digosok perlahan. “Pak cik gembira bila kamu ada kat sini.
Semua orang gembira. Lebih-lebih lagi, bila pak cik fikirkan
pasal tuan muda.”
Lelaki tua itu berhenti sejenak sebelum
menyambung kembali katanya, “kalau bukan sebab Kotomi,
Tuan Muda Kira takkan boleh gembira sampai macam ni.
Lagipun, selama ni tuan muda tak pernah ada kawan
perempuan.”
Kotomi termangu. Dia sebak apabila memikirkan
hari dia akan keluar dari rumah agam yang menyimpan
memori indahnya. Ketika dia mula-mula masuk ke dalam
rumah ini, saat dia bergurau senda dengan Fuyuki dan
Miyuki, waktu Mak Cik Inoue mengajarnya membuat kek dan
pastri dan ketika... dia mula mesra dengan Kira. “Pak cik….”
Pak Cik Ozu merenung wajah gadis itu.
Wajah Kotomi sudah berubah sayu. Gadis itu mula
mengesat matanya. Setitik air matanya sudah mengalir

137
Lovin' You

menuruni pipi. “Kotomi pun… kalau boleh tak nak


tinggalkan tempat ni....”
Dia sudah menganggap mereka semua seperti
keluarganya sendiri. Bagaimana dia mahu meninggalkan
rumah itu jika kesemua orang yang dia sayangi berada di
dalamnya?
Pak Cik Ozu mengeluh berat. Dia memeluk tubuh
gadis itu. Kotomi sudah dianggap seperti cucunya sendiri.
Kalau Kotomi pergi, bagaimana dengan Kira? Siapa lagi yang
mampu mengembalikan senyuman Kira selain daripada
rakan-rakannya bertiga itu? Itu sahaja yang mampu difikirnya
sekarang.
“Kotomi?” panggil Pak Cik Ozu.
Kotomi mendongak. Merenung wajah tua itu. Dia
mengesat matanya yang sembap. “Ada apa, pak cik?”
“Pak cik dengar, tuan muda nak bawa kamu dan
kawan-kawannya ke pantai, betul?”
Kotomi hanya mengangguk. Tiada suara keluar
daripada bibirnya.
“Boleh pak cik minta tolong kamu?”
“Pak cik nak minta tolong apa?”

138
Haruno Hana

Bab 20
“Y
EAH! Cuti musim panas
dah mula!”
Lautan yang
membiru, camar yang berterbangan di udara, cahaya
matahari yang tidak terlalu terik dan angin yang bertiup
sepoi-sepoi bahasa. Dia teruja dengan semua yang berkaitan
dengan pantai. Tiada ramai orang di kawasan pantai di mana
mereka berada. Mungkin kerana musim panas baru sahaja
tiba. Atau mungkin kerana kawasan pantai yang berhadapan
dengan vila musim panas Kira itu merupakan kawasan
persendirian. Entahlah, Kotomi sendiri tidak pasti.
“Aduh!”
Kepalanya diketuk kuat. Siapa pulak yang dengki
ni? Aku baru aje tengah riang gembira ni. Ni tak lain tak
bukan....
“Mengelamun!”
Suara Kira menyapa telinganya.
“Kira!” marahnya. Memanglah manusia sorang ni,
tak boleh langsung tengok aku senang. Dengki aje kerjanya.

139
Lovin' You

“Tak nak mandi laut ke?” tanya Kira.


Pantas Kotomi menggeleng.
Dahi Kira berkerut. “Kenapa?”
“Tunggu kawan,” jawab Kotomi pendek.
Matanya liar memerhatikan kawasan sekitar.
Shin, Toma dan Hiro awal-awal lagi sudah berenang
di laut.
Nori dan Ran pula sedang berjalan di tepi pantai.
Tinggal dia seorang sahaja sebelum dirinya dikacau
oleh Kira.
“Tunggu siapa lagi?”
Pertanyaan Kira tidak dijawab. Mata Kotomi masih
liar memandang sekeliling. Orang yang dicarinya masih
belum muncul. Kemudian, senyuman mula terukir di
bibirnya. Dia melambai-lambai ke suatu arah. “Setsuna!”
Wajah Kira berubah riak. Wajah Kotomi dipandang
tidak percaya.
“Kau ajak dia?” tanyanya perlahan.
Wajah Kira yang kelihatan tegang dipandang tanpa
rasa takut.
“Bukan ke awak kata saya boleh ajak kawan saya?”
katanya tanpa rasa bersalah.
Kotomi masih lagi melambai ke arah Setsuna yang
sedang berlari menuju ke arah mereka berdua.
“Maaf, lambat sikit,” kata Setsuna sebaik sahaja dia
berhadapan dengan Kotomi. Dia mengerling sekilas ke arah
Kira.
Kira melontarkan pandangan ke arah laut. Tiada
apa-apa yang ingin dikatakan.

140
Haruno Hana

“Awak tinggal kat mana?” tanya Kotomi tanpa


mengendahkan perubahan wajah Kira.
Setsuna sudah sampai dan dia mesti memastikan
rancangannya yang dirancang bersama Pak Cik Ozu berjalan
lancar. Mereka berdua mahu Kira berbaik kembali dengan
Setsuna.
“Kat hotel sana. Saya ada penggambaran klip video
kat sini. Kebetulan masa awak ajak saya ke sini, saya baru aje
dapat tahu pasal penggambaran tu,” terang Setsuna.
“Ye ke? Maaflah, ganggu masa kerja awak,” kata
Kotomi serba salah.
Tidak sangka pula Setsuna masih bekerja walaupun
cuti sudah bermula. Maklumlah, artis terkenal. Tentulah
sibuk ke sana sini dengan akiviti seni.
Kotomi memikirkan kembali rancangannya. Dia
mengajak Setsuna ke pantai ini untuk mengeratkan kembali
hubungan Kira dan Setsuna yang renggang. Dia tidak mahu
mereka berdua kekal bermasam muka apabila bertemu. Tidak
sangka pula Setsuna terikat dengan kerjanya. Hatinya sebal.
“Tak ada apa-apalah,” kata Setsuna lagi. “Lagipun,
saya tiba di sini dua hari lebih awal. Penggambaran dah
selesai. Kiranya, sekarang ni masa cuti sayalah.”
“Baguslah kalau macam tu!” kata Kotomi riang
secara tiba-tiba. Tangan Kira dan Setsuna dicapai.
“Apa ni?” tanya Kira yang terkejut dengan tingkah
laku mendadak Kotomi. Dia baru sahaja enak melayan
perasaan sebelum dikacau oleh gadis itu.
“Sekarang ni masa cuti. Baik kita pergi berenang
kat laut. Mereka dah tunggu kita tu,” kata Kotomi bertambah
riang.

141
Lovin' You

Kedua-dua lelaki itu ditarik ke arah laut.


Shin, Toma dan Hiro yang ternampak kejadian itu
hanya ketawa.
Nori dan Ran juga sudah menyelam di lautan.
Berenang bersama-sama mereka bertiga.
“Kotomi!” Kira bertempik geram.
Kotomi hanya ketawa.

SUASANA di pantai itu amat menyeronokkan. Seharian


mereka bermain di pantai. Melompat ke sana-sini, berenang
di laut, membina istana pasir serta makan ais krim atau ais
kacang di gerai yang berderet di pantai. Orang ramai sudah
membanjiri pantai itu. Kebanyakannya datang bersama-
sama keluarga atau kawan-kawan. Masing-masing berjemur
di tepi pantai atau pun berenang di lautan.
“Kotomi! Giliran awak!” laung Ran.
Kotomi hanya mengangguk. Dia segera masuk ke
gelanggang.
“Siap sedia! Saya memang pakar dalam permainan
ni,” katanya sambil ketawa.
Kira yang berpasangan dengan Toma hanya
mencebik.
“Kita tengoklah siapa yang paling handal,” kata Kira
angkuh.
Kotomi hanya menyeringai. Mamat ni masih tak
kenal aku rupanya. Siap kau!
“Dah sedia?” laung Shin yang bertindak sebagai
pengadil.

142
Haruno Hana

“Dah!”
Sahutan mereka bergema.
“Mula!” laung Shin lagi.
Bola di tangan dilempar masuk ke dalam
gelanggang.
Mereka semua bersorak.
Perlawan bola pantai dua menentang dua
dimulakan. Kira berpasangan dengan Toma manakala Kotomi
berpasangan dengan Nori. Pada asalnya, Nori berpasangan
dengan Ran, tetapi Ran sudah keletihan selepas dua set
perlawanan. Untuk perlawanan kali ini pula, Kira dan Kotomi
cuma memerlukan satu set perlawanan untuk menentukan
kemenangan.
“Ingat! Siapa yang kalah kena masak untuk malam
ni. Dan, dilarang beli kat gerai!” kata Kotomi tercungap-
cungap.
Hebat juga pasukan Kira! Kira dan Toma memang
tangkas bermain. Letih dibuatnya.
“Kita tengok siapa yang menang!” kata Kira lagi.
Hiro merakamkan perlawanan itu dengan
camcodernya.
Shin berdiri di tepi gelanggang.
Ran pula duduk berlunjur kaki sambil melihat
pertandingan bola pantai itu.
Setsuna pula berdiri di hujung gelanggang.
Terhibur hatinya melihat perlawanan di antara dua seteru
kuat itu.
Bola di tangan Kira dilempar tinggi selepas dia
menyambutnya lagi. Sengaja Kira melempar bola itu tinggi,

143
Lovin' You

sangkanya Kotomi tidak dapat menyambut lontarannya. Dia


baru sahaja mengukir senyuman lebar sebelum senyumannya
mati. Hampir tidak percaya dia melihat ketangkasan gadis
bertubuh kecil itu.
“Peluang!”
Kotomi segera melompat. Lompatannya tinggi.
Tidak padan dengan tubuhnya yang kecil itu. Tangannya
disasar pada bola. Sup!!! Bola itu masuk ke gelanggang Kira
tanpa sempat ditepis. Hampir sahaja bola itu mengenai bahu
kiri Kira.
Kira dan Toma sama-sama memandang ke arah bola
itu.
“Gila!”
Perhatian Toma kembali beralih kepada Kotomi.
“Tangan kau tu diperbuat daripada besi ke?” soalnya
tidak percaya.
Kotomi tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya
tersenyum kemenangan. Sudah beberapa kali dia melompat
kegembiraan. Nori turut diraih ke dalam pelukannya.
Gembira betul dia. Ini kali pertama dia menewaskan Kira
dalam sesuatu perkara. Kalau tidak, asyik kena buli aje
kerjanya. Nama Kira dipanggil kuat.
“Ingat janji tu! Yay!!! Tak payah masak malam ni!”
soraknya lagi.
Setsuna dan Hiro bertepuk tangan.
Shin tersenyum. Dia mengerling ke arah Kira.
“Yelah! Yelah! Dah lewat ni, kita balik ke vila dulu.
Kau jugak yang nak aku masak,” kata Kira.
Wajahnya menunjukkan ketidakpuasan hatinya,
namun di dalam hatinya dia terhibur apabila melihat Kotomi

144
Haruno Hana

sebegitu. Wajah ceria Kotomi sering menggembirakan


hatinya walaupun dia marah. Dia tersenyum juga akhirnya.
“Okey!”
Mereka berjalan meninggalkan pantai. Baru sahaja
beberapa langkah Kotomi menapak, dia berhenti. Pantas dia
menoleh ke belakang.
Setsuna sudah berjalan meninggalkan mereka
semua.
“Setsuna!” laung Kotomi.
Laungan itu mendorong Setsuna menoleh ke
belakang.
Kira juga berhenti melangkah. Dia memerhati
Kotomi yang berlari menuju ke arah Setsuna. Dia terasa
sesuatu. Hatinya....
“Ada apa?” tanya Setsuna.
“Awak tak nak sertai kami ke?” tanya Kotomi.
Setsuna menggeleng.
“Esok, kita jumpa lagi,” katanya lagi sebelum
kembali menuju ke hotel di mana dia menginap.
Kotomi hanya mengangguk perlahan. Dia
mendapatkan Kira semula. Rakan-rakan mereka yang lain
sudah berjalan meninggalkan mereka berdua.
“Kau memang rapat dengan dia?” tanya Kira tanpa
menoleh ke arah Kotomi.
Kotomi kebingungan. “Apa maksud awak?”
Kira tersenyum sinis. “Kau bercinta dengan dia
ke?”
Hah? “Apa yang awak cakap ni? Saya dan Setsuna
bukannya pasangan kekasih.”

145
Lovin' You

Kenapa dengan Kira ni? Tiba-tiba je. Dia marah


sebab aku ajak Setsuna ke mari agaknya.
“Oh?” katanya selamba.
Kotomi menjeling Kira.
“Tak boleh ke kalau awak jangan sambung
perbalahan awak dengan Setsuna? Bukan ke awak dah kata,
nak ubah keadaan jadi baik semula? Tapi, sepanjang kita kat
pantai ni, tak pernah pun awak bercakap dengan dia. Senyum
pun tidak. Kalau macam nilah, sampai bila-bila pun awak tak
boleh ubah keadaan jadi macam dulu.” Kata Kotomi geram.
Dia segera meninggalkan Kira di belakang. Geram
betul dia. Panggilan Kira tidak disahutnya. Dia terus berjalan
tanpa menoleh ke belakang lagi.
Kira terkedu. Apa yang dikatakan oleh Kotomi tadi
kembali bermain di dalam mindanya. Keluhan berat
terhembus dari mulutnya. Dia menggeleng perlahan. Apa
yang dikatakan oleh Kotomi tadi betul, dia juga mahu berbaik
semula dengan Setsuna. Tapi, tidak semudah itu. Tidak
semudah itu.

SETSUNA duduk berseorangan di beranda sambil


termenung panjang. Pengurusnya sudah hilang entah ke
mana. Mungkin turun ke lobi. Setsuna tiada hati untuk ke
mana-mana. Dia betul-betul letih. Seharian dia menyertai
Kotomi dan rakan-rakannya. Bermain di pantai. Mereka
semua menerimanya dengan baik, kecuali... Kira.
Kira masih seperti dahulu. Langsung tidak
menegurnya. Sangkanya, selepas malam itu, mereka akan
berbaik seperti dahulu. Tidak mengapalah. Mungkin Kira

146
Haruno Hana

masih kekok kerana mereka sudah lama tidak berbaik-baik.


Mungkin lelaki itu masih perlukan masa untuk berbaik-baik
dengannya. Bergelak ketawa, bertepuk tampar seperti dahulu.
Setsuna mengeluh. Dia kembali ke katil. Dia
merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk itu. Selain Kira,
masih ada sesuatu yang mengganggunya. Kotomi.
Dia terpaksa mengakui, dia semakin sukakan gadis
itu. Mungkin juga, lebih tepat kalau dia katakan bahawa dia...
cintakan gadis itu. Perasaan itu tidak pernah hadir di dalam
dirinya. Dia juga masih muda. Peminat-peminatnya juga
dilayan seadanya. Tidak pernah berlebih-lebihan. Sudah
ramai gadis yang ditemuinya, namun tiada seorang pun yang
mampu menarik perhatiannya. Namun Kotomi berbeza.
Gadis itu tidak seperti gadis-gadis lain yang akan menjerit
kegembiraan apabila bertemu dengannya. Tidak sama.
Tetapi, cinta Kotomi mungkin bukan untuknya.
Mungkin, dalam diam gadis itu menaruh perasaan pada Kira.
Dan, tidak mustahil juga kalau Kira turut mencintai gadis
itu. Kotomi seorang gadis yang istimewa. Benar-benar
istimewa.
Setsuna mengiring ke kanan. Dia benar-benar tidak
tahu apa yang patut dilakukannya. Dia gembira apabila gadis
itu berada di sisinya, tenang apabila melihat gadis itu
gembira. Bukan mudah baginya untuk melafazkan kata ajaib
itu. Matanya dipejam rapat. Cuba melupakan masalah yang
sedang difikirkan.

“MAAF. Pasal tadi.”


Kira melabuhkan punggung di sisi Kotomi.

147
Lovin' You

Malam sudah menjengah tiba. Mereka semua


berada di pantai semata-mata untuk bermain bunga api.
Toma yang menyediakan pelbagai jenis bunga api untuk
mereka semua.
Kotomi masih berdiam diri. Dia merenung ke arah
laut. Kata-kata Kira langsung tidak dihiraukannya. Seolah-
olah Kira tiada langsung di sisinya.
“Kotomi!”
Nadanya naik satu oktaf. Geram juga kerana Kotomi
tidak menghiraukannya.
Senyap.
Kotomi mencapai ranting kecil dan mula melukis
pada permukaan pasir.
Kira mengeluh.
“Bukan mudah untuk aku berbaik dengan Setsuna.
Kau kena faham,” kata Kira.
Jemari Kotomi berhenti daripada melukis. Dia
mengalih pandang ke arah Kira. “Tapi, awak boleh cuba,
kan?”
“Kotomi, tolonglah. Maaf pasal tadi, ye?”
Kotomi diam sejenak sebelum mengangguk. “Saya
boleh maafkan awak. Tapi, saya nak minta tolong satu
perkara.”
Kira tersengih. Lepas ni tak payahlah dia
menghadap wajah mencuka Kotomi lagi. Dia betul-betul
tidak selesa dengan tingkah Kotomi apabila merajuk. Apatah
lagi gadis ini jarang merajuk lama dengannya. “Apa dia?”
“Saya nak….” Kotomi kembali merenung laut.
Kira menanti dengan debaran. Apa pulak yang

148
Haruno Hana

budak kecik ni nak? Jangan dia mintak yang bukan-bukan


sudah.
“Saya nak awak layan Setsuna dengan baik esok,”
kata Kotomi senafas.
Itu sahaja yang dia harapkan. Tambahan lagi, itulah
tujuan utama dia dan Pak Cik Ozu berpakat untuk mengajak
Setsuna menyertai mereka.
“Apa?”
Kotomi ketawa. “Maksud saya, jangan layan dia
macam tadi. Kalau awak tak bersedia nak bercakap dengan
dia lagi, sekurang-kurangnya awak boleh senyum pada dia.
Boleh tak?”
Kira termenung seketika. Susah juga nak penuhi
permintaan Kotomi. Akhirnya, dia akur. Kira mengangguk
perlahan-lahan. “Baiklah, aku cuba.”
Kotomi tersenyum. Dia bangun dari duduknya.
“Nak ke mana pulak tu?” tanya Kira.
Kotomi mengunjuk ke arah rakan-rakan mereka
yang sedang seronok bermain bunga api.
Toma sedang dikejar oleh Hiro manakala yang lain
pula sedang ketawa sakan. Tentu ada sesuatu yang berlaku.
“Ke sana. Nak main bunga api.”
“Aku pergi sana jugaklah.” Kira juga bangun.
Mereka berdua berjalan beriringan.
“Oh, ya! Lupa nak cakap,” kata Kotomi tiba-tiba.
Dia memandang wajah Kira.
“Makan malam tadi masin sikit. Awak ni memang
tak tau masak ke?” tanyanya dengan riak muka tidak
bersalah.

149
Lovin' You

“Apa?”
Kotomi mula ketawa. Dia terpaksa menekup
mulutnya untuk menghalang tawa itu kedengaran lebih kuat.
Kira mencebik.
“Kau jangan nak kutuk aku, dasar budak kecik! Nak
menari pun tak lulus lagi, ada hati nak kutuk aku,” balas
Kira. Dia berjalan mendahului Kotomi.
Kotomi sudah berhenti ketawa, sebaliknya dia
berlari ke arah Kira. Buku limanya dikepal.
“Aduh!” Kira mengaduh kesakitan.
“Kena!”
Kotomi meloncat gembira sebelum berlari
menjauhi Kira. Buku limanya sudah berjaya mengetuk kepala
Kira kembali.
Kira kembali mengejarnya.
Riuh pantai itu dengan jeritan Kotomi yang dikejar
oleh Kira.
Rakan-rakan mereka hanya ketawa melihat gelagat
mereka berdua.

150
No. ISBN: 978-967-5067-63-1
Jumlah muka surat: 424
Harga Runcit:
Semenanjung M’sia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17

Sinopsis:
Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap
dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk
menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-
habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan
legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di
seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang
mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya
untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak
kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan
ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya.
Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran
Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani
memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni
kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang
diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan
hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun
dari piano.
Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah
mengubah kisah mereka berdua.
Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir
yang menghempas mereka? Berjayakah mereka
mengharunginya bersama-sama?

“Simfoni kita akan terus berlagu selagi ianya kekal


di hati kita….”

Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta Kira dan


Kotomi, jangan lupa dapatkan LOVIN’ YOU di rangkaian
kedai buku MPH dan Popular serta kedai-kedai buku
berhampiran anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk
melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:-
www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KMHB
    KMHB
    Dokumen95 halaman
    KMHB
    kelabk
    100% (1)
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Dokumen93 halaman
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Hot Gimmick BG P2U
    Hot Gimmick BG P2U
    Dokumen362 halaman
    Hot Gimmick BG P2U
    kelabk
    100% (2)
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Rettt
    Rettt
    Dokumen92 halaman
    Rettt
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • BCB PDF
    BCB PDF
    Dokumen53 halaman
    BCB PDF
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • SYKT
    SYKT
    Dokumen104 halaman
    SYKT
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Arghh!!
    Arghh!!
    Dokumen147 halaman
    Arghh!!
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HMP
    HMP
    Dokumen163 halaman
    HMP
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • C&amp SII
    C&amp SII
    Dokumen105 halaman
    C&amp SII
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • DJ
    DJ
    Dokumen124 halaman
    DJ
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • QNI Bab1 10
    QNI Bab1 10
    Dokumen43 halaman
    QNI Bab1 10
    kelabk
    Belum ada peringkat