Anda di halaman 1dari 2

Isu anak ramai dan statistik kemiskinan...

Semalam saya dikunjungi seorang penduduk kampung dari Kota Belud. Hasratnya ialah untuk
memohon bantuan membina rumah kecil untuk ibunya yang kehilangan rumah akibat kebakaran.
Beliau berkata dia tidak berkemampuan kerana kemiskinan dan hanya hidup serba kekurangan seperti
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Saya mendengar dengan teliti apa yang diluahkan dan bersimpati dengan beliau dan meminta beliau
bersabar menghadapi musibah yang menimpa keluarganya. Saya memberitahu beliau bahawa saya
akan membincangkannya dan akan mengambil tindakan susulan. Beliau nampak berpuas hati dengan
jawapan saya.

Sebenarnya, bukan itu yang saya ingin kongsikan bersam dengan para pembaca. Yang saya ingin
timbulkan dalam tulisan ini ialah jawapan beliau apabila saya bertanya khabar keluarga beliau dan
apa latarbelakang kerja beliau.

Saya amat terkejut apabila mendengar jawapan beliau apabila ditanya berapa orang anaknya. Dia
dengan tersenyum menjawab bahawa dia mempunyai anak seramai 10 orang! Saya merasa seperti
tidak percaya ada lagi manusia yang mendapat anak seramai 10 orang terutamanya dalam zaman
sekarang ini.

Setelah mendengar statistik ahli keluarganya, saya terfikir bagaimana untuk membasmi kemiskinan
dikalangan penduduk Kota Belud jika orang kampung yang miskin tidak mengendahkan soal
"merancang keluarga".

Bayangkan senario ini. Kalau sebelum kahwin, hanya dua orang (iaitu si ibu dan si bapa) yang
menjadi sebahagian daripada statistik kemiskinan di Kota Belud. Setelah berkahwin dan mempunyai
10 orang anak, statistik kemiskinan di Kota Belud tentunya meningkat dengan kemasukan jumlah 10
orang anak itu tadi.

Persoalannya, jika 10 orang anak itu dapat diberi pelajaran yang secukupnya dan dijaga pertumbuhan
fizikalnya dengan memeberi makanan yang berzat dan persekitaran kehidupan yang
memberangsangkan, saya rasa bukan sahaja mereka tidak akan termasuk di dalam statistik
lemiskinan, malah mereka akan mampun membantu mengurangkan jumlah orang msikin di Kota
Belud dengan membantu ibu dan bapa mereka keluar dari lingkaran ganas kemiskinan dengan
memberi kehidupan yang lebih selesa.

Malangnya, ini tidak terjadi. Hakikatnya, besar kemungkinan 10 orang anak itu tadi tidak mampu
diberi pembelajaran yang secukupnya. Lebih malang lagi jika mereka akan terkandas dalam
persekolahan dan akhirnya akan berpotensi untuk menjadi orang miskin seperti ibu dan bapa mereka.
Ini terbukti apabila, saudara yang berjumpa dengan saya itu mengaku bahawa 6 orang anak beliau
sudah berhenti sekolah kerana ketidakmampuannya untuk menyekolahkan mereka.

Sebenarnya, "strategi" yang lebih baik ialah berpuas hati dengan mendapat zuriat hanya dua atau tiga
orang anak. Kemudian tumpukan segala tenaga dan usaha untuk memberi yang terbaik kepada anak
mereka supaya anak-anak itu dapat berjaya dalam persekolahan dan seterusnya kehidupan mereka.

Mungkin ramai tidak setuju dengan saya kerana kata mereka anak itu adalah kurniaan Tuhan dan kita
harus pasrah dan terima berapa ramaipun anak yang diberikan oleh Tuhan. Ini adalah pandangan
yang kurang tepat. "Merancang keluarga" adalah dibenarkan dalam agama jika kita yakin bahawa
anak yang ramai akan memudaratkan kehidupan dan masa depan mereka akibat tidak mendapat
perhatin yang secukupnya oleh ibu dan bapa mereka.

Saya amat berharap masyarakat kampung akan memahami isu ini demi untuk menjayakan misi
membasmi kemiskinan dikalangan orang kampung di negara ini. InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai