Anda di halaman 1dari 3

Tuesday, January 5, 2010

CARA MUDAH MENGHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9

Salam kepada semua..

Dalam subjek matematik sekolah rendah tidak dapat dinafikan


terhadap kepentingan sifir dalam menjawab soalan. Bagi menghadapi
peperiksaan besar seperti UPSR sudah semestinya kita tidak mahu
kehilangan masa yang banyak dalam usaha menulis kesemua urutan
sifir.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada antara pelajar yang masih
ga...gap bila ditujukan sifir. ditanya 4x9, 3 minit kemudian baru datang
jawapan 36. ditanya lagi 9x4, memakan masa lagi 2 minit untuk
jawapan 36. Jika ini diteruskan dalam ujian nescaya hanya 12 soalan
saja yang mampu di jawab bagi kertas 1.

oleh itu, saya ingin berkongsi ilmu tentang teknik mudah bagi
mengeluarkan jawapan sifir.. (#perlu diingat hafaz itu lebih efisien)..
tapi saya yakin jika dipraktikan kita akan mudah hafaz secara tidak
langsung

Taktiknya....

Kaedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untukk sifir 6


hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang
diingat oleh para pelajar (mudah-mudahan).

*Jari kelingking mewakili 6


*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu - 8
*Jari telunjuk - 9
Contoh: 7 darab 8=

cara-cara

1. Cantumkan jari manis tgn kiri dengan jari hantu tgn kanan.

2. Tambahkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah.


Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 dan jari
hantu ada 1 menjadi 5 (ini membawa maksud 50).

3. Kemudian jari2 yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang


bercantum, iaitu tgn kanan ada 2 dan tgn kiri ada 3. Darabkannya, 3x2
menjadi 6.

oleh itu, jwpnnya 56. Boleh cuba dengan darab nombor lain ... selamat
mencuba

Mudah kan.. ingat.. "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"

Anda mungkin juga menyukai