Anda di halaman 1dari 6

Siri Klinik Muzik

Oleh
Md Tahar Sarip

(c) Taharsarip 2008


BAGAIMANA MENULIS MUZIK

Menulis muzik atau menotasi muzik adalah proses merekodkan ide-ide muzik
dalam bentuk catatan grafik mengikut konvensi penulisan muzik. Muzik ditulis
dengan menggunakan lambang atau ikon yang terdiri daripada not muzik dan
tanda-tanda isyarat serta terminologi khas.

Baluk
Cara yang lazim menulis atau menotasi muzik adalah dengan menggunakan baluk
(staf). Baluk adalah garisan-garisan melintang serta ruang-ruang di antara garisan-
garisan itu di mana not-not muzik dicatat.

Garisan Ruang

Tinggi atau rendah sesuatu pic itu ditentukan oleh kedudukannya pada baluk
contoh berikut..

Klef
Setelah dinotasikan pic pada baluk, identiti pic itu masih belum tentu melainkan
dengan adanya klef di pangkal baluk itu, seperti contoh di bawah.

Klef trebel

E A F 1
Dengan meletakkan klef trebel barulah not-not di atas mempunyai nama sebagai
not E, not A, dan not F. Sekiranya diletakkan klef bes, ketiga-tiga not tadi akan
bertukar identiti menjadi not G, not C, dan not A, seperti contoh di bawah.

Klef Bes

G C A

Tanda-tanda isyarat dalam penulisan muzik

Menulis muzik adalah seperti menulis sebuah ayat di mana terdapat tanda-tanda
bacaan dan tata tertib penulisan. Sebuah karangan muzik ada persamaannya
dengan sebuah karangan essei atau puisi. Untuk memulakan penulisan, perlu
dicatatkan jenis klef dan tanda masa atau tanda meter. Tanda masa
mempamerkan dua nombor yang menyatakan jenis not dan bilangannya dalam
setiap bar. Antara tanda masa yang sering digunakan dalam lagu-lagu pop dan
lagu kanak-kanak adalah seprti berikut.

Meter empatan:

Meter tigaan:

Meter duaan:

2
Semasa menotasi muzik, not-not muzik disusun pada baluk yang dibahagi kepada
segmen-segmen kecil yang dinamakan bar, seperti yang dipaparkan dalam contoh
berikut.

Contoh:
bar 1 bar 2

Garisan tegak yang menjadi pembahagi dinamakan garis bar.

Garis bar

Pada penghujung karangan sesebuah lagu, maka ditandakan dengan dua garisan
tegak sebagai tanda tamat seperti cotoh berikut.

Tanda tamat

Seringkali terdapat bahagian-bahagian lagu yang diulang. Tempat-tempat yang


perlu diulang akan diberi tanda ulangan seperti berikut.

Tanda ulangan

3
Jadual 1: Nilai Not Lazim
Lambang Nama Lambang
Nilai masa
not Panggilan rehat

4 bit Semibrif
krocet
2 bit
Minim
krocet

1 bit
Krocet
krocet

½ bit krocet Kuaver

¼ bit krocet Semikuaver

Jadual 2: Nilai Not Taklazim


Lambang Nama Lambang
Nilai masa
not panggilan rehat

6 bit krocet Semibrif


bertitik

3 bit krocet Minim


bertitik

1½ bit Krocet
krocet bertitik

¾ bit krocet Kuaver


bertitik
Semikuaver
3/8 bit krocet
bertitik

4
5

Anda mungkin juga menyukai