Anda di halaman 1dari 10

Kanak-Kanak Cacat Penglihatan

Cadangan aktiviti untuk mempertingkatkan keupayaan persepsi

 Keupayaan persepsi adalah berkaitan dengan penggunaan deria. Oleh yang


demikian adalah tepat jika dikatakan bahawa penggunaan deria bagi kanak-
kanak cacat penglihatan perlu dimaksimumkan untuk mendapatkan tahap
perseptual yang terbaik (Kain, 2004).
 Kanak-kanak yang mengalami kebutaan konginental memerlukan pelbagai
pendedahan dan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau
diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu
penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan
kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Menurut Vaughn et
al. (2003) kesan psikologi yang baik kepada bayi yang berisiko tinggi seperti
bayi buta akan dibawa hingga mereka mampu memahami persekitarannya.
Jika diperhatikan kepada gaya dan perlakuan seseorang kanak-kanak cacat
penglihatan, mereka sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut.
Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru
dilaluinya. Mereka akan sukar untuk melakukan pergerakan jika tiada
pemandu celik disampingnya. Ini adalah disebabkan mereka tidak menguasai
konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan
mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih
kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti
dinding agar mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran
dengan sesuatu objek.
 Latihan orientasi dan mobiliti perlu diberikan dalam pelbagai situasi. Bentuk
latihan yang diberikan adalah mengenal situasi, cuaca, bentuk laluan,
menggunakan pengangkutan awam dan tindakan yang sewajarnya dilakukan
jika berlaku kecemasan. Kemahiran mobiliti perlu disertakan dengan latihan
menggunakan anggota badan seperti hadangan tangan, tongkat, dan
pemandu celik. Keyakinan akan dapat dipupuk apabila kanak-kanak ini sudah
dapat menggunakan kemahiran yang diajar. Walau bagaimanapun tahap
latihan yang diberikan perlulah mengikut peringkat keupayaan dan umur
kanak-kanak tersebut. Latihan ini perlu diberikan secara sistematik. Sebagai
contoh, bentuk latihan bagi kanak-kanak lebih diberikan penekanan kepada
latihan eksplorasi. Mereka perlu mengetahui apa yang dikatakan dengan
bahaya seperti kedalaman sesuatu parit. Sentuhan fizikal adalah penting
untuk mereka mengetahui keadaan fizikal sesuatu objek itu. Kepelbagaian
bentik latihan dalam orientasi dan mobiliti akan mendatangkan kesan yang
lebih positif di dalam diri mereka.
 Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi
kekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak
seperti apakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-
kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri
menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak. Bagi
kanak-kanak yang sudah mencapai tahap operasi formal (Piaget) mereka
perlu diberikan pendedahan tentang jarak yang lebih besar misalnya
perbandingan jarak dengan masa. Sebagai contoh untuk pergi ke tempat A
jaraknya ialah lima kilometer dan masa yang diambil ialah lima minit dengan
berbasikal, jarak B pula ialah 50 kilometer dan masa yang diambil dengan
berbasikal ialah sejam empat puluh minit. Latihan ini perlu dipelbagaikan
dengan penggunaan sumber yang berlainan bagi memantapkan lagi
penguasaan tentang jarak dikalangan kanak-kanak ini. Selain itu interpretasi
tentang gema juga mesti diajar untuk mengenal jarak di dalam bangunan.
Kanak-kanak diajar menggunakan pantulan bunyi dengan menggunakan
tepukan ttapak tangan. Pantulan gema yang dihasilkan akan membantu
mereka mengenal jarak diri dengan sesuatu objek. Jika kuat gema yang
dihasilkan maka menandakan mereka lebih dekat dengan sesuatu objek.
 Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat
menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan
dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, adik
memakai seluar saiz S, abang memakai seluar saiz L dan ayah memakai
seluar saiz XL. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat
penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan saiz.
Kepelbagaian material yang digunakan akan dapat memantapkan lagi
pemahaman tentang sesuatu saiz.

 Pendedahan kepada persekitaran atau real-world environment akan dapat


meningkatkan pemahaman kanak-kanak cacat penglihatan tentang persepsi
dan konsep spatial. Kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan bagi
memperoleh pengukuhan secara semulajadi. Pendedahan tentang warna
perlu dilakukan kepada kanak-kanak buta konginental agar mereka tidak
membuat salah tafsiran atau anggapan (Moore, 1997). Sebagai contoh
kanak-kanak diajar untuk mengenal kehidupan ksesuatu komuniti di
persisiran pantai. Kanak-kanak boleh diajar tentang perbezaan bunyi ombak,
angin, konsep pasang dan surut air selain mereka dapat meningkatkan
kemahiran psikomotor dengan membezakan cengkerang dan daun serta
membina istana pasir (Bishop, 1991).
 Setiap individu mempunyai rasa takut. Walaupun begitu rasa takut akan
hilang apabila sesuatu perkara yang menakutkan itu diketahui atau dapat
dilihat. Berbeza dengan kanak-kanak cacat penglihatan. Perasaan takut akan
menyebabkan self esteem dan konfidensi mereka menurun. Individu yang
terlibat dalam mendidikan kanak-kanak cacat penglihatan ini perlu membuat
pelbagai aktiviti yang melibatkan murid secara langsung. Sebagai contoh bagi
murid yang kurang pergerakan boleh dibawa ke gimnasium atau ke padang
untuk merasai dan mendapat pengalaman tentang sesuatu pergerakan
seperti mengangkat beban dan berlari. Selain itu guru juga boleh merujuk
murid kepada professional seperti menjalani kaunseling untuk mengatasi
sesuatu permasalahan dan meningkatkan kompitensi diri (Dettmer et al.,
1999).
 Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, permasalahan perseptual akan
melibatkan daya kognitif. Sukar bagi mereka untuk memahami proses
melakukan penaakulan, konsep tiga dimensi, tekstur dan anggaran. Guru
perlu kreatif dalam menjalankan sesuatu aktiviti sebagai contoh penggunaan
objek maujud perlu diutamakan semasa pengajaran. Selain penggunaan
rajah timbul untuk menambahkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep.
Murid perlu diberi peluang merasai sendiri sesuatu situasi agar kefahaman
yang ada dapat diperkukuhkan. Seterusnya memantapkan lagi pemahaman
perseptual mereka. Hanya latihan yang berulang kali dapat membantu kanak-
kanak cacat penglihatan ini memahami sesuatu konsep itu selain
bersandarkan kepada umur mereka.

Cadangan aktiviti untuk mempertingkatkan keupayaan motor

 Terdapat beberapa cara untuk mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi


dalam membentuk perkembangan motor kanak-kanak cacat penglihatan.
Bagi mengatasi masalah motivasi rendah. Pada peringkat bayi lagi kanak-
kanak ini harus diberikan galakan untuk mencuba dan setiap percubaan itu
hendaklah diberi ganjaran samaada lisan atau ganjaran tangible. Sebagai
contoh apabila kanak-kanak ini berjaya melakukan sesuatu pergerakan ibu
bapa boleh memuji dengan memberikan dan menggalakkan mereka
mengulangi semula pergerakan tersebut. Melalui cara ini pembentukan
motivasi dan nilai esteem yang tinggi dapat dibentuk.
 Perasaan takut terhadap sesuatu pergerakan akan menyebabkan pergerakan
seseorang kanak-kanak itu terbatas. Oleh itu guru dan ibu bapa perlu
memberi rangsangan dan sering bersama-sama melakukan sesuatu
pergerakan yang ingin diajar kepada kanak-kanak ini. Latihan yang
berulangan diperlukan dengan menyertakan berbagai rangsangan seperti
bunyi dan warna yang terang untuk kanak-kanak rabun. Sebagai contoh
untuk pergi ke suatu jarak tertentu, rangsangan bunyi digunakan. Aktiviti yang
boleh dibuat ialah mengajar kanak-kanak ini mengikut bola berloceng yang
bergolek. Selain itu bagi peringkat prasekolah, kanak-kanak ini boleh
menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dengan rangsangan bola loceng
untuk menarik perhatiannya. Kondisi ini akan memberikan keyakinan kepada
mereka seterusnya mengelakkan rasa takut terhadap sesuatu pergerakan
yang dianggap selamat.
 Kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan imbangan seperti duduk
dengan posture yang betul. Kedudukan badan semasa duduk perlu diberikan
penekanan kerana kebanyakan kanak-kanak tidak boleh duduk dengan betul
akibat dari kekurangan peneguhan di peringkat awal perkembangannya
(Studholme, 2000). Perkembangan motor kasar juga perlu diberikan
rangsangan yang maksimum agar mereka dapat menggunakan keseluruhan
anggota badan dan membuat perkaitan diantara satu kondisi dengan kondisi
yang lain. Di dalam proses transisi, kanak-kanak perlu diberikan latihan untuk
menggunakan tangan sebagai permainan. Tindakan mengangguk kepala dan
mengibas tangan akan memberi nilai tambah kepada kekuatan otot dan juga
rangsangan kepada pergerakan lain. Ibu bapa perlu mengajar mereka
menggunakan jari untuk bermain sendirian.
 Aktiviti meniarap, merangkak dan bertatih merupakan aktiviti yang wajar
dilakukan untuk melatih kanak-kanak ini bergerak. Koordinasi tangan dan kaki
serta daya imbangan yang diperlukan untuk berjalan perlu diberikan latihan.
Ulangan latihan amat perlu agar kekuatan otot mereka bertambah baik. Ibu
bapa boleh menggunakan rangsangan fizikal seperti menunjukkan langkah-
langkah yang perlu digunakan dalam aktiviti meniarap, merangkak dan
bertatih. Ini adalah kerana kanak-kanak ini tidak boleh melakukan perniruan
dari persekitarannya.
 Seringkali kita melihat kanak-kanak cacat penglihatan berjalan dalam kondisi
yang tidak sesuai. Ibu bapa perlu mengajar mereka cara berjalan yang betul.
Menurut (Mason & McCall, 1999) latihan yang sistematik diperlukan dalam
latihan ini. Kanak-kanak perlu diajar untuk berdiri dan mendapatkan
keseimbangan. Apabila tahap ini telah dicapai, maka latihan bertatih
menggunakan pemegang diperlukan. Setelah kanak-kanak ini boleh
menyusun langkah mereka dengan baik maka perlulah diajar berjalan tanpa
menggunakan pemegang. Ibu bapa boleh membantu mereka mendapatkan
keseimbangan sementara kemahiran berjalan bebas ini dicapai.
 Bagi kanak-kanak cacat penglihatan di peringkat prasekolah aktiviti motor
halus boleh dijalankan seperti menggenggam, meramas, menekan,
menggunting, mewarna, dan menyurih (tracing) boleh dilakukan kepada
kanak-kanak cacat penglihatan. Mereka boleh diajar untuk menggunakan
bola getah dan gunting untuk melakukan sesuatu aktiviti di samping
menguatkan otot tangan mereka. Aktiviti yang sama seperti kanak-kanak
normal boleh diajar hanya sedikit perubahan diperlukan untuk mendapatkan
penyesuaian. Guru dan ibu bapa perlu kreatif dalam melakukan aktiviti ini di
sekolah (Bishop, 1996).
 Apabila sesuatu tahap asas dalam pergerakan telah dikuasai, maka aktiviti
gross motor boleh dicadangkan untuk dijalankan. Sebagai contoh ialah aktiviti
pemadanan objek. Aktiviti circle games seperti jongkang jongkit, gelungsur,
marry-go-round juga boleh dilakukan. Semua aktiviti ini memerlukan
pengawasan untuk menjamin keselamatan mereka. Diingatkan agar ibu bapa
tidak melakukan overprotected kepada kanak-kanak ini untuk membolehkan
mereka berdikari dan berupaya menggunakan semua fungsi otot mereka.
Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, mendaki, berguling, meregang dan
berpusing juga membolehkan kanak-kanak ini mengembangkan kemahiran
motor mereka selain dapat memberikan kepuasan dalam melakukan sesuatu
aktiviti (Kain, 2004). Aktiviti fizikal ini memerlukan penglibatan ibu bapa dan
guru agar sesuatu kemahiran dapat diterangkan secara terus kepada kanak-
kanak. Daripada aktiviti fizikal yang dijalankan ia akan dapat membantu untuk
seseorang kanak-kanak itu mempelajari teknik orientasi dan mobiliti selepas
mereka berupaya menguasai asas-asas dalam pergerakan motor kasar.

Sindrom Lambat Membaca (DISLEKSIA)

Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca

Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia
atau tidak.

Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga
dikatakan lebih bijak dalam berfikir.

Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran.

Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan


disleksia ini.
CARA PENGAJARAN

Katanya, pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan


untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

"Anda boleh membantu dengan cara membacakan buku kepada mereka bagi
membantu mereka menyebut sesuatu huruf itu dengan baik.

"Bagi mereka yang tidak boleh membaca, sesi pengajaran mesti dilakukan dalam
jumlah kumpulan yang kecil setiap minggu. Selain itu, sokongan keluarga adalah
peluang paling besar bagi menyembuhkan disleksia katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu banyak meluangkan masa bercakap dengan mereka
dan memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom disleksia.

Jangan sekali-kali bandingkan mereka dengan kanak-kanak normal lain. Ini mampu
menjatuhkan maruah serta semangat mereka," katanya.

autisme

Ciri-ciri autisme
> Tidak menghiraukan orang lain

> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

> Lebih suka bermain sendiri

> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

> Lambat bercakap

> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang


> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka
yang bercakap)

> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan
bercakap seperti orang dewasa

> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan

> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda
kereta mainan berpusing dan memutar objek

> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka
menunjukkan perlakuan di luar kawalan

> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

> Tidak boleh duduk diam

> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas
negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif

> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan
keadaan baik dan buruk
Cara pengajaran

AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas
untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami
masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering
dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

 Apa yang boleh dilakukan guru?


Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun,
kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:

  Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar
kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama
pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu.
Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk
mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.
Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah
pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk
lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.

  Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau
susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam
barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang
baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila
permintaannya tidak dipenuhi.
  Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan
visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
  Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti,
beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-
kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu
bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.
Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita
akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya
kanak-kanak autisme mendengarnya.
  Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme
bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan
menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin
membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham
bahasa.
Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh
tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu
mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep
masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau
rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini
kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.

  Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan
ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip
baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu
banyak masa lapang.
  Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk
mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk
difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak
membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda
memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.
 Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini
termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak
dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan
digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini
mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai