Anda di halaman 1dari 9

BAGAIMANA CARA MEMARTABATKAN BIDANG PENULISAN SKRIP DI MALAYSIA?

PENDAHULUAN Di Malaysia, bidang penulisan skrip seolah-olah tidak diangkat martabatnya sungguhpun ia adalah antara penyumbang terpenting di dalam penyiaran televisyen, radio, drama mahu pun filem. Skrip adalah terjemahan idea dan pemikiran seseorang penulis skrip untuk disusun dalam bentuk audio, video dan kemudian dipaparkan

kepada masyarakat di Malaysia. Bermakna apa yang setiap penulis skrip hasilkan tidak kira penulis itu baru atau lama, terlatih atau tidak ia akan sampai kepada masyarakat. Kemudian hanya terpulang kepada khalayak sama ada menerima bulat-bulat atau dengan tapisan. Tidak berlebihan jika kita ibaratkan penulis skrip sebagai think thank sesebuah rancangan, Maka, adalah sesuatu yang tidak adil jika pelakon, pengarah dan penerbit sahaja yang lebih dikenali. Mengenai kumpulan penulis skrip iaitu SWAM singkatan Script Wroters Asscociation of Malaysia (Persatuan Penulis Skrip Malaysia) pula ia tidak begitu diketahui umum berbanding FINAS dan sesebuah produksi itu sendiri. Hari ini juga bidang penulisan skrip kekurangan tenaga professional dan

terlatih dalam erti kata faham akan apa peranan skrip dan benar-benar tahu tentang pembikinan skrip. Ini kerana, begitu ramai yang menjadi penulis skrip secara tidak sengaja.Setelah Berjaya mengahasilkan beberapa skrip, mereka merasa sudah pandai hingga tidak mahu mengikuti kelasa dan latihan dari masa ke semasa.Justeru, bidang penulisan skrip di Malaysia perlu dimartabatkan dan diangkat semula agar mesej yang sampai kepada khlayak tidaklah seperti kuih yang tidak siap ataupun telah hangus.

Cara Memartabat Bidang Penulisan Skrip

Hak Penulis Skrip Pertama sekali untuk memartabatkan bidang ini, penulis skrip harus diletakkan pada tempatnya.Penulis mesti dapat projek penulisan terus dari stesyen televisyen. Pada masa ni penerbit yang akan dapatkan slot dari stesyen televisyen. Slot itu diperolehi dari ilham cerita dari penulis. Slot ini harus diberi kepada penulis yang karyanya diterima oleh tv stesyen. Kemudiannya stesyen televisyen mengenalpasti penerbit mana yang layak untuk menerbitkan drama atau karya tersebut. Dengan cara ini penulis lebih dihormati penerbit malahan stesen televisyen sendiri kerana penulis yang mempunyai 'kuasa' terus dalam penerbitan sesebuah drama di stesyen tv.

Stesen televisyen dan penerbit mesti mendedahkan tentang penulis kepada pihak umum.Masa kini contohnya kalau penerbitan 'in the making' atau pun mana-mana temuramah dan sebagainya tidak pernah atau jarang disebut tentang penulis yang mengilhamkan sesebuah karya tersebut.Hanya penerbit, pengarah dan pelakon ditonjolkan.Memang tidak dinafikan ada sesetngah pengarah atau penerbit itu sendiri yang menghasilkan skrip sesebuah rancangan. Namun, tetap juga penulis skrip tidak diketahui umum jika bukan ditulis oleh pengarah atau penerbit.

Stesen televisyen boleh membuat satu siri drama yg disemuanya ditulis oleh seseorang penulis. Contohnya karya Yasmin Ahmad diberi slot khas ditv Astro. Semua karya-karya beliau ditayangkan di Astro tidak lama dahulu.Ini juga boleh dilakukan pada penulis. Misalnya lima karya terbaik dari Mazelan Manan ditayangkan kepada umum secara berturut-turut. Buat promosi - 'drama-drama hasil tulisan Mazelan Manan akan ditayangkan di RTM. misalnya.

Ekonomi Kuasa ekonomi selalunya akan terus mempertabatkan sesuatu profesyen. Oleh itu penulis skrip mesti giat dan kreatif dalam cara menguatkan sumber ekonomi mereka. Sebagai contoh penulis skrip mesti memperjuangkan agar mereka diberi profit sharing di dalam sesebuah projek. Kalau nanti penerbit berjaya mendapat bayaran jika sesebuah drama atau rancangan mereka ditayang semula di tv maka penulis skrip mesti juga mendapat bayaran jika karya mereka ditayang semula di tv. Selain itu, dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 28 Disember 2008, Mahadi J Murat juga mempertikaikan kejayaan FINAS memajukan industri filem negara selama 27 tahun. Beliau berpandangan bahawa filem atau drama yang dihasilkan kini lebih cenderung mengaut keuntungan disamping tidak ada usaha untuk membangunkan golongan karyawan seperti penulis skrip, pengarah, sinematografer, pereka produksi dan editor. Ketiadaan dana untuk pembangunan skrip menyebabkan filem-filem yang dihasilkan kurang berkualiti dibandingkan dengan filem atau drama dari luar negara. Hal ini turut memberi kesan negatif kepada penulisan skrip drama dakwah. Maka, dengan meningkatkan taraf ekonomi tanpa menjadikan khalayak sebagai mangsa juga adalah salah satu cara untuk memartabatkan bidang penulisan skrip.

Latihan Berterusan Ini adalah aspek terpenting sebenarnya bagi memartabatkan bidang penulisan skrip.Malah bukan sahaja untuk bidang ini.Apa-apa bidang juga memerlukan latihan yang benar-benar efektif dan mendalam.Ini adalah untuk melahirkan penulis-penulis skrip yang bukan sahaja mahu berkarya tetapi tidak tahu apa-apa malah segala aspek dilanggar baik dari segi bahasa, tidak menegerti tentang harta intelek dan sebagainya. Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam), industri drama televisyen Malaysia menghadapi masalah mendapatkan skrip
3

yang berkualiti dan bersifat klise. Kelemahan skrip juga adalah pada dialog yang dipertuturkan oleh pelakon. Presiden Swam, Ismail Ahmad (2009) mengatakan drama tempatan dinilai cetek dan tidak lagi mementingkan aspek bahasa sastera yang indah. Ini memberi kesan untuk melebarkan drama tempatan ke luar negara.Menurut beliau lagi, ramai penulis skrip bebas yang tidak mengikut format skrip yang betul diambil oleh pihak televisyen.Ia disebabkan masalah pembayaran penerbit kepada penulis skrip yang dikira tidak setimpal dan murah. Di Malaysia, bidang perfileman ataupun drama berhadapan dengan masalah besar ekoran tidak mempunyai jatidiri kerana lebih meluaskan pengaruh budaya luar terutama dari barat. Bahkan, sebahagian besar para penerbit tempatan gemar mengangkat imej filem atau drama yang negatif serta tidak menguntungkan agama, bangsa dan negara.Kebanyakan drama atau filem Malaysia dihasilkan mengikut kemahuan penerbit bukan Melayu yang lebih mementingkan keuntungan.Kesannya, karya-karya ini tidak menaikkan imej Melayu, menyebarkan nilai Islam, menguatkan iman serta merapatkan perpaduan Melayu dan ummah.

Mansor Puteh (2009) dalam kajiannya mengatakan bahawa pada dekad 1970an, pihak stesen televisyen swasta dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ghairah menyiarkan karya yang dipengaruhi nilai Hong Kong.Hal ini menggalakkan ramai orang yang tidak berkelayakan untuk mejadi pengarah, penulis skrip dan penerbit.Manakala kebanyakan pengkarya Melayu pula adalah ahli perniagaan menjadikan banyak drama yang disiarkan di televisyen tidak berkualiti.Kini, keghairahan stesen televisyen adalah memaparkan drama yang berbentuk hiburan dan fantasi. Penolakan kehadiran pakar yang terdidik dalam bidang ini oleh FINAS, RTM dan kerajaan menyebabkan elemen positif tidak dapat diresapkan ke dalam industri filem dan drama televisyen. Malahan, drama dakwah ada yang memaparkan imej lelaki Melayu yang berjubah sebagai perogol atau perkara lain yang mencemarkan Islam.

Selain itu, pertambahan stesen televisyen kerajaan dan swasta telah memberikan ruang kepada penayangan drama-drama berunsur Islam terutama ketika hari sambutan Islam seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah, bulan Ramadan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban. Kebanyakan drama-drama ini bertemakan kekeluargaan dan ketuhanan misalnya drama Cinta Madinah 1 dan 2 (Drama bersiri, RTM1), Cerekarama Ehsan (Telemovie, TV3), Mencari Khadijah (Telemovie, RTM1), Pesantren Cinta (Drama Bersiri, Astro Oasis), Aqso Madina (Drama Bersiri, TV9), Diari Ramadan Rafik (Drama Bersiri, TV3) dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa drama dakwah turut menjadi medium penyampaian Islam yang popular di negara ini.Walaubagaimanapun, stesen televisyen masih berhadapan dengan masalah penyediaan skrip yang baik. Hal seperti inilah yang membantutkan proses pemartabatan bidang penulisan skrip. Seperti yang dikatakan pada pendahuluan, penulis bebas ataupun penulis tak sengaja tidak mahu mengikuti kelas dan belajar daripada pakar yang berpengalamanlah yang menyebabkan mereka tidak mengikut format, menulis mengikut rasa sahaja dan tanpa matlamat yang jelas. Seterusnya, pencemaran dan pencabulan bahasa dalam sesetengah rancangan sekarag ini amatlah menakutkan.Penggunaan bahasa Inggeris terutamanya sedang menyemarak dan merebak dengan berleluasa dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, dan pemikiran Inggeris, menular bagai barah dalam bahasa Melayu. Mansor Ahmad Saman dalam bukunya Penulisan dan Media ada menyebut, sudah sampai masanya penulis, pengarang, wartawan, penyunting dalam segala badan penerbitan dan penyiaran (atau media) mengambil berat akan hal ini. Ini adalah cara yang amat besar dalam memartabatkan sudah bidang penulisan skrip. Skrip adalah terjemahan yang patut

pemikiran.Maka,

semestinya

pemikiran

orang

Melayulah

diterjemahkan. Penggunaan Bahasa Melayu tinggi (baca : bukan skematik) sebenarnya mampu menjadikan sesebuah rancangan, drama atau filem itu evergreen. Lihat sahaja filem-filem klasik, masih mampu bertahan sehingga hari ini berbanding filemfilem selepasnya yang menggunakan Bahasa Melayu rendah.

Kesimpulan Bidang penulisan skrip di Malaysia mampu dimartabatkan jika penulisnya terlatih dan professional, dan hak-hak mereka dijaga dan mereka dikenali oleh masyarakat setanding dengan penerbit, pengarah atau pelakon. Kesimpulannya, bagi

memartabatkan sesuatu perkara, keadilan yakni meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya adalah cara umum yang perlu diambil kira. Jika penulis letih memerah idea, sewajarnya ia diangkat. Jika mahu jadi penulis Malaysia sewajarnya bahasa Melayu digunapakai sebaiknya.Jika penulis bekerja di nusantara, sewajarnya nilai ketimuranlah yang dipersembahkan kepada khalayak setempat, bukan nilai daripada luar. Namun, ia tidak bermakna tidak boleh langsung. Tetapi, letaklah apa yang lebih utama di atas. Barulah bidang penulisan skrip di Malaysia mampu dimartabat.

RUJUKAN

Mansor Ahmad Saman 1995.Media dan Penulisan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

www.universitipts.com.my

temuramah melalui laman sosial facebook dengan penulis skrip Faznita Mohd Nor

temuramah melalui laman sosial facebook dengan penulis Zabidi Mohamad

L. Hilliard, Robert. Writing for television, radio and new media. (edisi ke lapan). Canada. Thomson Wardsworth.

Anda mungkin juga menyukai