Anda di halaman 1dari 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

penyiaran

PENYIARAN
Salah satu bidang komunikasi yang semakin berkembang di negara ini ialah bidang penyiaran. Sejak kerajaan membuka ruang kepada swasta, satu demi satu stesen televisyen dari segi radio ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat. Pelancaran Measat-1, satelit pertama Malaysia pada 1997, membuka satu lembaran baru dalam perkembangan bidang penyiaran. Industri media elektronik di negara ini dilihat berkembang pesat selaras dengan perkembangan negara ke arah negara maju selain tuntutan terhadap peranan media sebagai tanggungjawab sosial. Ketika ini rangkaian televisyen yang beroperasi ialah Radio Televisyen Malaysia (TV1 dan TV2), Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan National Television (NTV7) Sementara Mega TV dan Measat Broadcast Sdn. Bhd. menawarkan siaran televisyen kabel. Selain televisyen, kerajaan juga menggalakkan kembangan stesen radio. Di samping radio kerajaan, terdapat beberapa radio swasta seperti Time Highway Radio, Best 104 dan Era ditubuhkan dan beroperasi telah lebih banyak peluang pekerjaan. Menyedari kepentingan bidang ini, maka tidak hairanlah stesen TV3 telah menubuhkan akademinya sendiri bertujuan menghasilkan lebih ramai tenaga di bidang ini. Perkembangan positif ini telah membuka peluang pekerjaan yang banyak di bidang penyiaran sama ada di televisyen dan radio. Walaupun untuk berkhidmat di bidang penyiaran tidak semestinya memerlukan pengkhususan di bidang berkenaan tetapi bagi mereka yang berkelulusan di bidang ini atau komunikasi mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan ini. Seseorang itu boleh menjadi penerbit, pengendali rancangan, penulis skrip drama dan majalah, pengacara, wartawan siaran dan penyunting serta pembaca berita. Pengacara atau pembaca berita misalnya, harus memiliki personaliti yang menarik, petah berbicara, berkemahiran dari segi bahasa dan persembahan. Manakala seorang penulis skrip misalnya, harus kreatif dalam mengeluarkan idea dan berkemahiran dalam penulisan. Untuk menjadi wartawan siaran pula, selain memiliki ciri-ciri di atas, individu perlu berpengetahuan tentang kamera video dan teknik-teknik penggambaran. Ini penting kerana wartawan dikehendaki menyunting sendiri visual yang diambil. Bagi yang berminat menjalankan perniagaan sendiri, mereka juga boleh menguruskan production house dengan menerbitkan rancangan-rancangan untuk disiarkan di televisyen atau radio. Misalnya, menerbitkan rancangan bercoak agama dengan tujuan berdakwah kepada masyarakat. Malah dasar kenajaan untuk menetapkan 80 peratus rancangan tempatan dalam semua rangkaian televisyen pada tahun 2000, menunjukkan bidang penyiaran mempunyai pasaran yang luas. Sehubungan itu, kerjaya ini menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,600 hingga RM2,000 berdasarkan kelayakan akademik di samping ganjaran lain. Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus penyiaran iaitu Universiti

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 1/2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

penyiaran

Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di samping banyak universiti di luar negara seperti di Amerika Syarikat. Semasa pengajian para pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti pengantar komunikasi, teori komunikasi, prinsip-prinsip penyiaran, pemberitaan dan penyuntingan, penerbitan radio dan televisyen, asas penerbitan filem dan video, dokumentari teori dan amalan, penulisan skrip, penerbitan televisyen, perbandingan sistem penyiaran antarabangsa dan sutradara. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) Meminati bidang ini (ii) Kreatif (iii) Berkeyakinan (iv) Mampu berkomunikasi dengan baik (v) Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris (vi) Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat (vii) Sentiasa mengikuti perkembangan dunia penyiaran SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Individu yang berminat di bidang penyiaran harus memiliki sama ada Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di bidang penyiaran atau komunikasi atau bidang lain tetapi berminat dengan bidang penyiaran dari universiti/IPT tempatan atau luar negara. TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Beberapa universiti/IPT tempatan menawarkan kursus penyiaran atau komunikasi di peringkat ijazah pertama. UITM, UKM dan USM menawarkan kursus penyiaran dan komunikasi di peringkat sarjana muda untuk tempoh tiga tahun. Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan kursus komunikasi selama tiga tahun. SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Peringkat ijazah sarjana muda: Pelajar perlu lulus di peringkat SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu, bahasa Inggenis dan matematik. Selain itu, pelajar perlu lulus dengan mendapat prinsipal yang baik di peringkat STPM.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2/2

Anda mungkin juga menyukai