Anda di halaman 1dari 3

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U!

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) JOM MASUK U TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005 berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi signature programme Kementerian Pengajian Tinggi. PAMERAN PENDIDIKAN Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTS serta Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGBK), Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.

URUSETIA PAMERAN (WAKIL WILAYAH PERAK)

Kolej Komuniti Sungai Siput, KPTM telah dilantik sebagai urusetia pameran bagi karnival tersebut. Seramai 4 dari Unit Hal Ehwal Pelajar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa untuk mengendalikan pameran tersebut termasuklah 2 ahli yang dilantik secara berasingan dari Unit Multimedia untuk sesi fotografi dan vedio.

SENARIO DI BOOTH PAMERAN

Pameran Jom Masuk U bermula pada 27 hingga 28 Mac 2010 di Dewan Indera Mulia, Ipoh bersamaan hari Sabtu dan Ahad. Pameran tersebut telah bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Selain itu, 2 wakil dari Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti, (HQ), turut hadir bersama mempromosikan kolej komuniti. Booth pameran Kolej Komuniti Wilayah Perak mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Ramai pengunjung dari kalangan para ibu bapa dan para pelajar lepasan SPM dan STPM hadir ke booth pameran Wilayah Perak.tidak ketinggalan para pengunjung yang berminat dengan kursus pendek yang ditawarkan di Kolej-kolej Wilayah Perak. Borang-borang kemasukkan pelajar secara manual dan borang Jom masuk U bagi semua kolej Wilayah Perak untuk kemasukkan sesi Julai 2010 disediakan dan diedarkan kepada pengunjung-pengunjung yang mendaftar terus untuk kemasukkan sesi Julai 2010 nanti.

Pada 28 Mac 2010(Ahad), jam 10.00 pagi, Yang Berbahagia Prof. Madya Kamarudin bin Kasim, Ketua Pengarah, JPKK telah hadir bersama untuk mempromosikan booth pemeran kolej Komuniti Wilayah Perak. Beliau banyak bertanyakan perkembangan pameran dan sambutan orang ramai terhadap booth pameran tersebut. Malah beliau juga turut serta berbual dengan pengunjung-pengunjung yang datang bertanyakan perihal kolej.

Pada tarikh yang sama, 28 Mac 2010, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput, Puan Maznah Othman. yang mewakili kolej-kolej Wilayah Perak, dijemput untuk mengadakan taklimat berkaitan Kolej Komuniti kepada seramai 150 orang kaunselor sekolah-sekolah Negeri Perak termasuk Matrikulasi. Taklimat tersebut bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.

STATISTIK PENDAFTARAN DI BOOTH JOM MASUK U KOLEJ KOMUNITI


WILAYAH PERAK

Sebanyak 286 borang permohonan / pendaftaran telah diedarkan kepada para pengunjung dan statistik pemohonan mengikut kolej adalah seperti berikut:

BIL 1 2 3 4 5 6 Kolej Kolej Kolej Kolej Kolej Kolej Komuniti Komuniti Komuniti Komuniti Komuniti Komuniti

KOLEJ Teluk Intan Chenderoh Perak Gerik Perak Sungai Siput Pasir Salak Lain JUMLAH

JUMLAH PERMOHONAN 44 59 9 121 24 29 286

Anda mungkin juga menyukai