Anda di halaman 1dari 7

PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH

KONVENSYEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA 2005 GEMA SENI MERDEKA MAKUM 2005 PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU-LAGU PATRIOTIK PERINGKAT IPT SEMINAR PENGURUSAN ASRAMA PERINGKAT KEBANGSAAN (SPARK 2005) PROGRAM BAKTISISWA DAYA WAWASAN MALAM AMBANG KEMERDEKAAN KONSERT MENJUNJUNG KASIH ORKESTRA IPT 2006 KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWA (KAKS) LATIHAN KEUSAHAWANAN SISWA (LKS)

IPT di Malaysia perlu mengorak langkah untuk melaksanakan revolusi pendidikan dalam usaha memantapkan dan memperkasakan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh demi kemakmuran negara dan kehendak pasaran kerja. Dengan ini, IPT dapat menjanakan graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya. Justeru, kemahiran insaniah harus diberi perhatian utama oleh IPT. Kemahiran ini bertujuan untuk menjanakan graduan yang memiliki Kemahiran Berkomunikasi; Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah; Kemahiran Berpasukan; Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat; Kemahiran Keusahawanan; Kemoralan dan Etika Profesional dan Kemahiran Kepemimpinan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama pendidikan negara adalah menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam 4 domain utama iaitu kognitif (pengerahuan), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif dan sosial. Namun, sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya boleh dianggap berjaya dalam memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar kemahiran psikomotor. Justeru, KI domain afektif dan sosial yang sangat perlu bagi pembentukan insan kamil yang seimbang amat ketinggalan jauh. Akibatnya, produk sistem pendidikan kini ataupun modal insan yang dibentuk tidak seimbang seperti yang dihasratkan. Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik. KI merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang KI, tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. KI dalah antara elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. Oleh itu, graduan IPT mesti menilai KI yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian yang kian mencabar. Dalam usaha menentukan elemen KI untuk dilaksanakan dan diterima guna oleh IPT, kajian dan pandangan pakar serta pengalaman IPT yang telah melaksanakannya perlu diambil kira. Sebagai hasilnya, elemen utama yang disenaraikan berikut telah dilaksanakan di IPT: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Kemahiran Berkomunikasi Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Kerja Berpasukan Pembelajaran berterusan dan Pengurusan Maklumat Kemahiran Keusahawanan Etika dan Moral Profesional Kemahiran Kepemimpinan

KONVENSYEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA 2005 Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa UPM dengan kerjasama Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada 13 hingga 16 Mei 2005. Konvensyen yang bertemakan Mahasiswa Pewaris Negara ini menghimpunkan semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar dari setiap IPTA seluruh negara untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai isu-isu yang dibincangkan seperti Graduan World Class, Misi Perdana Menteri, Cabaran Ekonomi Negara, Keselamatan Negara, Islam Hari Ini dan sebagainya. Tidak ketinggalan menyertai konvensyen ini adalah Timbalan-timbalan Naib Canselor (HEP) dan Timbalan-timbalan Rektor setiap IPTA. Objektif utama konvensyen ini adalah untuk mempertemukan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dengan tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang untuk bersama-sama membincangkan isu-isu kemahasiswaan yang bersifat semasa dan global. Konvensyen selama 4 hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Dato Dr. Hj. Shafie Salleh, manakala majlis perasmian penutupan pula telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam. Antara ahli panel yang menjayakan slot-slot sepanjang konvensyen berlangsung adalah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Prof. Datuk Dr. Hassan Said; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Musa Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Mustapa Mohamed dan Pengerusi BERNAMA, Prof. Datuk Anuar Zaini. GEMA SENI MERDEKA MAKUM 2005 Malam Gema Seni Merdeka MAKUM 2005 telah dianjurkan oleh Unit Kebudayaan dan Rakan Muda, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa UPM dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM). Ianya telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 6 Ogos 2005 di Panggung Percubaan, UPM. Persembahan yang menerapkan unsur-unsur patriotik, cinta kepada negara dan pejuang kemerdekaan sepenuhnya ini telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari 13 IPTA seluruh negara. UPM diwakili oleh Kelab Pantun dan Puisi Cenderawasih yang menampilkan sebuah persembahan puisi muzikal. Antara persembahan lain yang menarik perhatian ialah persembahan dari Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang berkonsepkan dramatari dan pentomin. Persembahan adalah berlatarbelakangkan zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an telah mendapat pujian dari penonton dan tetamu kehormat. Persembahan dari IPTA lain juga tidak kurang hebatnya seperti persembahan ghazal dari Kolej Universiti Islam

Malaysia (KUIM), persembahan akustik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), tarian klasik Melayu oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam), persembahan dikir barat oleh Universiti Malaya (UM) dan juga tarian perpaduan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain berhibur, acara ini dapat menyampaikan mesej yang bekesan kepada anak-anak merdeka alaf baru tentang peri pentingnya kemerdekaan kepada kita. PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU-LAGU PATRIOTIK PERINGKAT IPT Satu lagi program sambutan kemerdekaan peringkat IPTA / IPTS anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, UPM adalah Pertandingan Nyanyian Solo Lagu-lagu Patriotik Peringkat IPT. UPM telah diberi kepercayaan oleh MAKUM untuk menjadi tuan rumah pertandingan ini untuk tahun kedua berturut-turut. Pertandingan nyanyian ini memperlihatkan kebolehan mahasiswa pelbagai kaum dari 30 buah IPTA/S seluruh negara menunjukkan bakat masing-masing dalam mendendangkan lagu-lagu patriotik. Selain itu, ianya juga dapat menyuburkan rasa cinta dan sayang para pelajar universiti khususnya dan rakyat Malaysia amnya terhadap bumi Malaysia yang amat bertuah ini. Pada tahun 2005, 8 peserta yang layak ke peringkat akhir ialah dari UPM, UMS, UPSI, UiTM, UTAR, Putri Nusing College, KUTPM dan KUSTEM. Manakala untuk tahun 2006, peserta-peserta yang layak ke peringkat akhir adalah dari UPM, UM, UNITEN, UiTM, UMS, Kolej Universiti Kreatif Lim Kok Wing dan UNITAR. Pemenang bagi tahun 2005 adalah Karen Kong Chen Tshe dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang menyanyikan lagu Bumi Malaysia, manakala untuk edisi 2006 pula, Betcy Michael dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjuarainya dengan dendangan lagu Dirgahayu Tanahairku. Walau bagaimanapun, UPM yang telah diwakili oleh Adidi Tamin (2005) dan Nur Ilyani Salim (2006) tidak kurang hebatnya apabila berjaya memenangi tempat Ketiga bagi kedua-dua edisi penganjurannya. SEMINAR PENGURUSAN ASRAMA PERINGKAT KEBANGSAAN (SPARK 2005) Asrama atau kolej kediaman merupakan satu komponen terpenting dalam pentadbiran universiti. Bagi memantapkan lagi sistem pengurusan asrama di IPTA, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa UPM dengan kerjasama Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (MAPUM) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan yang disertai oleh pengurus-pengurus dan juga felo kolej kediaman setiap IPTA pada 28 hingga 30 September 2005 bertempat di Century Mahkota Hotel, Melaka.

Seminar yang dianjurkan untuk kali ke-9 ini bertemakan Asrama Cemerlang, Mahasiswa Gemilang ini telah dirasmikan olah Y. Bhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Hj. Zainul Ariff bin Hj. Hussain yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM. 3 objektif utama SPARK 2005 ini adalah :

1) meningkatkan

kecemerlangan pengurusan asrama dari segi pentadbiran am, keceriaan fizikal, pengurusan kewangan dan khidmat sokongan; 2) Menjadikan asrama sebagai pusat kecemerlangan akademik dan kokurikulum; dan 3) Meningkatkan keterampilan mahasiswa yang bepersonaliti unggul. Penganjuran SPARK 2005 ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri apabila mencatatkan jumlah penyertaan paling ramai dalam sejarah penganjurannya dimana seramai 580 peserta yang terdiri daripada 343 pegawai dan 237 mahasiswa telah menyertainya. Sebanyak 20 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang 3 hari seminar berlangsung manakala 8 kertas kerja tanpa pembentangan telah dipamerkan di tempat pameran. Pelbagai isu, masalah dan pandangan telah diutarakan oleh para pembentang kertas kerja yang secara langsung dapat meningkatkan sistem pengurusan asrama demi kebaikan pelajar yang menjadi penghuni tetapnya. PROGRAM BAKTISISWA DAYA WAWASAN Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerusi Bahagian Pembangunan Desa telah melaksanakan program ini menerusi perkongsian pintar dengan beberapa IPTA dan diantaranya ialah UPM. Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah terlibat secara langsung di dalam pelaksanaan Program Baktisiswa Daya Wawasan ini di mana ianya telah dilaksanakan pada 7 hingga 15 Mei 2006 di 9 buah kampung di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor. Seramai 360 orang pelajar telah terlibat menjayakan program ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sebagai agen perubahan dan para pemimpin tempatan termasuk JKKK untuk melaksanakan program pembangunan di kampung masing-masing. Di samping itu, penglibatan pelajar UPM akan dapat menyemarakkan lagi pembangunan kampung dengan lebih giat menerusi bantuan dan khidmat bakti oleh pelajar di dalam aspek pendidikan sekolah menengah dan rendah dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan berpekerti mulia.

MALAM AMBANG KEMERDEKAAN

Pada setiap tahun, UPM akan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan dimana pelbagai acara dan program bertemakan patriotik telah diadakan bagi menyemarakkan lagi tahap jatidiri dan rasa cinta dan sayang kepada negara Malaysia bumi bertuah ini selain menghargai nikmat kemerdekaan itu sendiri. Acara kemuncak bagi sambutan Bulan Kemerdekaan itu adalah Malam Ambang Kemerdekaan dimana Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan acara gilang gemilang ini. Majlis yang telah diadakan di Laman Putra, PKKSSAAS ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan kebudayaan, puisi, sajak dan nyanyian sementara menanti detik keramat pukul 12 tengah malam. Antara persembahan istimewa yang menarik perhatian hadirin pada malam tersebut adalah persembahan nyanyian acapella dari gabungan dekan-dekan fakulti UPM dan persembahan sajak dari Adik Luqman Hakim Mohd Pauzi yang berusia 5 tahun. Selain itu, UPM juga amat bertuah kerana telah menjadi lokasi pilihan oleh salah sebuah stesen televisyen di bawah rangkaian Media Prima Berhad iaitu TV9 untuk mengadakan siaran langsung rancangan Halaqah yang disiarkan secara langsung dari Dewan Besar, PKKSSAAS pada jam 9.30 malam dimana Y.Bhg. Prof. Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM telah menjadi salah seorang ahli panel untuk rancangan bual bicara itu. Nyanyian lagu Negaraku berkumandang sejurus selepas detik 12 tengah malam selain persembahan bunga api yang sememangnya meriah dan membuat para hadirin teruja. KONSERT MENJUNJUNG KASIH ORKESTRA IPT 2006 Sebagai citra tanda penghargaan dan kasih seluruh warga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) khususnya dan keseluruhan warga Institusi Pengajian Tinggi amnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, sebuah persembahan diraja yang diberi nama Konsert Menjunjung Kasih Orkestra IPT 2006 telah berlangsung dengan gilanggemilang pada 6 Disember 2006 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Konsert yang menggabungkan seramai 97 orang pemuzik yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT seluruh negara ini telah mempersembahkan 14 buah lagu klasik dan kontemporari yang telah digubah semula secara orkestra oleh 8 orang penggubah orkestra antaranya lagu Pulangkan, Bintang Malam, Quando-quando, Cindai, Sway dan Payung Mahkota. Antara penggubah orkestra yang dimaksudkan adalah Dato Johari Salleh, karyawan Tamu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Abdul Jamal Abd. Hamid dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Encik Ismail Ahmad dari Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Sebelum konsert ini berlangsung, para pemuzik yang terlibat untuk konsert ini telah menjalani latihan intensif selama 2 minggu di UPM. Penganjuran konsert sebegini adalah salah satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM)

dalam mempertingkat dan memartabatkan seni persembahan orkestra simfoni yang unggul daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia dengan menerapkan daya apresiasi muzik secara ilmiah dan menggalak integrasi para pemuzik.

Anda mungkin juga menyukai