Anda di halaman 1dari 6

3.

0 Sajarah Penubuhan UITM Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951. Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM). Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM). UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM. 3.1 Sejarah UITM Terengganu Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus Sementara ini mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah Syarikat Bijih Besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT). Pada masa itu terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran, bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan asrama siswi. Sementara beberapa bangunan seperti di Union Club, Sungai Udang dan Sungai Buaya dijadikan asrama siswa.Pengubahsuaian bangunan-bangunan dan pembinaan bangunan tambahan di Sura Gate juga dilakukan bagi menampung keperluan pelajar dan staf pada masa itu. Pengubahsuaian tersebut merangkumi 5 buah bangunan lama dijadikan bilik-bilik kuliah, rumah Residen Staf dan surau serta 2 buah stor lama dijadikan Dewan Makan dan 2 blok makmal serta pusat rekreasi pelajar

Walaupun kampus tetap di Sura Hujung telah dibina pada tahun 1982, namun kampus Sura Gate masih digunakan untuk Kajian Sains Kesetiausahaan dan Sijil Perkhidmatan Hotel & Restoran. Pada tanggal 30 April 1998, setelah beroperasi selama hampir 23 tahun, kampus Sura Gate akhirnya dikembalikan kepada kerajaan negeri sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, semua aktiviti dan penempatan pelajar adalah berpusat di kampus Sura Hujung dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit.

Tanggal 19 Oktober 1978, perletakan batu asas kampus tetap UiTM Kampus Dungun telah disempurnakan oleh Almarhun Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Sura Hujung. Kawasan ini meliputi 1,306,536 meter persegi iaitu 342,536 meter persegi di kawasan yang bersempadan pantai Laut China Selatan dan 964,000 meter persegi di kawasan bukit Seberang Sura. Pembangunan kampus tetap di Sura Hujung dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa fasa. Hasil perlaksanaan 4 fasa tersebut dan pembangunan fizikal di dalam Rancangan Malaysia ke-6 dan ke-7, kini UiTM Kampus Dungun telah membangunkan keseluruhan kawasan di sebelah pantai dan 500,00 meter persegi di seberang tasik

Jawatankuasa Induk Kualiti sebagai unit pemandu yang merumuskan dasar dan polisi telah ditubuhkan Ahli-ahli Jawatankuasa ini dianggotai oleh Pengarah Kampus sebagai Pengerusi, semua Ketua Jabatan serta lain-lain ahli yang dipilih Jawantankuasa diperkukuhkan lagi dengan penubuhan 12 Jawatankuasa Penyelaras mengikut fungsi dan tugasan tertentu. Kini, Unit Kualiti mensasarkan untuk mendapat Pengiktirafan Akreditasi ISO 9001:2000 menjelang tahun 2006 serta membantu merealisasikan aspirasi UiTM untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia menjelang tahun 2006

3.2 Hasil Pencapaian Antara pencapaian kualiti yang dicapai oleh uitm terangganu ialah

Pemenang Anugerah Kualiti UiTM pada tahun 1996. Ini Pemenang Anugerah Kualiti UiTM tahun1997 Mewakili UiTM untuk Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 1997 (Kategori Sektor Awam) Penerima Anugerah Kualiti tahun 1999 (Kategori Pengurusan Sumber Manusia) Penerima Anugerah Kualiti tahun 2000 (Sistem Pengurusan Maklum Balas Pelanggan) Menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Pelanggan UiTM tahun 2002 Menerima Anugerah Kualiti Kepuasan Pelanggan Tahun 2004

Demi mencapai kecemerlangan, UiTM Terengganu, sentiasa berusaha untuk mengekalkan serta meningkatkan pencapaian anugerah yang di perolehi setiap tahun melalui kejayaan staf atau pun pelajar. Bermula tahun 2001, UiTM Terengganu telah berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan di dalam sistem pengurusan yang berkualiti selaras dengan saranan kerajaan agar semua jabatan kerajaan perlu mendapatkan pengiktirafan MS ISO. Di atas berkat usaha seluruh warga kampus UiTM Terengganu, pada tanggal 13 Disember 2001, UiTM Terengganu telah dianugerahkan sijil MS ISO 9002 oleh SIRIM bagi skop pendaftaran: - Proses pengajaran dan pembelajaran program Diploma Sains Komputer - Proses perkhidmatan sokongan Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar . Penyampaian sijil MS ISO 9002 secara rasmi telah dilakukan oleh Y.Bhg. Datuk Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM kepada Prof. Madya Dr. Mustaffa Mohamed Zain, Pengarah Kampus UiTM Terengganu pada 30 Mac 2002 bertempat di Auditorium Cemara UiTM Terengganu.

3.3 UNIT PENGURUSAN KUALITI UITM (TERENGGANU) 3.3.1 SEJARAH Unit Pengurusan Kualiti (UPQ) mula ditubuhkan di UiTM (Terengganu) pada tahun 1996 dan dikenali dengan nama Unit Kualiti. Unit ini masih giat beroperasi dan diteruskan sehingga hari ini. Fokus utama pada awal penubuhannya adalah gerakan projek Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). Kini, UPQ yang berada di bawah naungan Pejabat Rektor, membantu pengurusan dalam pemantapan budaya kualiti dan pelaksanaan jaminan kualiti akademik 3.3.2 PENGENALAN UPQ Unit Pengurusan Kualiti UITM Terengganu diketuai oleh seorang Ketua dan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua, seorang pembantu tadbir, 7 orang penyelaras, 10 orang Pegawai Kualiti (seorang pegawai kualiti dari setiap bahagian dan seorang wakil kualiti dari Kampus Kuala Terengganu). Berikut adalah struktur organisasi UPQ. Setiap penyelaras akan membentuk jawatankuasa masingmasing yang terdiri daripada gabungan pensyarah dan staf lain. Setiap penyelaras memainkan peranan tertentu dalam menggerakkan perancangan aktiviti-aktiviti kualiti universiti.Terma rujukan jawatankuasa di bawah menggariskan secara umum fungsi yang dijalankan oleh setiap jawatankuasa penyelaras 3.3.3 Fungsi Unit Pengurusan Kualiti Menyokong semua aktiviti berkaitan kualiti dengan memberi bantuan/kerjasama kepada bahagian/unit yang menjalankan aktiviti. Fungsi lain ialah Menyelaras aktiviti Dokumen ISO, Sistem Audit, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Dokumentasi dan Pelaporan, Komunikasi Dalaman dan Latihan, 5S dan Persekitaran, dan Analisa Data dan Pengukuran Kepuasan Pelanggan. Fungsi lain ialah Menyediakan laporan tahunan UiTM (Terengganu) mengikut kriteria Malcolm Baldrige untuk Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC). Fungsi seterusnya ialah Menyedia dan mengemaskini Portfolio Kendiri UiTM(Terengganu) mengikut kriteria COPIA yang telah ditetapkan oleh MQA. Menguruskan kursus-kursus audit dalaman dan Menguruskan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO. Dan fungsi yang terakhir adalah untuk penyediaan laporan SRP.

3.4 Kekuatan Dan Kelemahan Sistem Berdasarkan faktor kejayaan yang dimiliki oleh UiTM, beberapa aspek telah dikenal pasti. Di antaranya ialah kepimpinan yang komited kepada pemberian perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan tahap kualiti yang senantiasa dipertingkatkan. Penglibatan semua warga UiTM Kelantan dalam merialisasikan visi, misi serta objektif kualiti yang telah dikenal pasti oleh pihak pengurusan merupakan aspek yang paling penting. Selain itu system pengurusan dipantau secara berkesan bagi menghasilkan penambahbaikan yang berterusan. Pihak universiti juga mengamalkan pengumpulan data dan fakta bagi tujuan mengenalpasti ruang-ruang bagi tindakan yang bersesuaian untuk mencegah kegagalan kea rah pencapaian objektif kualiti yang disasarkan. Selain itu pihak universiti juga menjalinkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, kole-kolej bersekutu, bakal majikan, universiti-universiti di dalam dan luar Negara. Kekuatan yang ada pada UiTM ini yang mungkin unik atau tidak terdapat dalam jabatan atau institusi yang lain adalah majoriti staf yang komited, berdedikasi dan bekerja keras melebihi keperluan demi mempertingkatkan dan memartabatkan pendidikan dan kelulusan anak bumiputera. Usaha yang dinamik diamalkan untuk menghasilkan penambahbaikan di semua peringkat secara berterusan melalui kerjasama dan sokongan MS ISO 9002 iaitu secara proses pengajaran dan pembelajaran program Diploma Sains Komputer dan Proses perkhidmatan sokongan Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar

Selain itu pihak universiti juga berusaha memberi penghargaan dan pengiktirafan yang sewajarnya kepada individu dan juga pusat melalui anugerah tahunan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Kualiti Naib Cancelor (AKNC).

Pihak universiti juga memantapkan dan memperkasakan lagi usaha internal dan external benchmarking melalui Konvensyen Amalan Terbaik dan pelan tindakan dalam memastikan standard pengurusan yang cemerlang dapat dikekalkan. Bagi menjamin kualiti yang cemerlang, pihak universiti membudayakan 8 prinsip pengurusan kualiti dan melipat gandakan usaha ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pendidikan serta pengkomersialan ilmu berpandukan tema Pendidikan Sepanjang Hayat. Di samping itu pihak universiti juga mingkatkan usaha penanda arasan dan berkongsi pengalaman dengan IPTA dan IPTS lain bagi merapatkan jurang perbezaan. Dalam kejayaan dan anugerah yang ditempa oleh pihak universiti dalam pengurusan berkualiti, namun masih terdapat keluhan dan rungutan di kalangan pelajar terhadap kebajikan mereka. Isu yang melanda di kalangan pelajar adalah dari segi kemasukan pelajar yang terlalu ramai menyebabkan kekurangan kemudahan asrama menjadi satu masalah dan rungutan

Anda mungkin juga menyukai