Anda di halaman 1dari 153

Haruno Hana

Bab 1
IASAN dalaman rumah agam itu diperhatikannya dengan rasa kagum. Rumah yang berkonsepkan klasik Perancis itu benar-benar membuatkan dia terpegun. Warna ungu lembut dan putih melatari dinding rumah itu. Perhiasan-perhiasan rumah yang mahal menghiasi rumah agam itu. Sebuah kolam air terjun arca kristal berbentuk dewi jelita sedang memeluk seekor burung phoenix di ruang tengah rumah agam itu menarik perhatiannya. Perlahan-lahan, dia menapak mendekati kolam itu. Air turun dari sekeliling rambut dewi itu memenuhi kolam yang berukir indah itu. Dia menarik senyum. Cik Kinimoto? Sapaan seseorang mematikan lamunannya. Dia segera menoleh ke belakang. Seorang gadis berambut paras bahu berdiri di belakangnya. Gadis itu tersenyum manis.

Lovin' You

Sila ikut saya. Puan Tezuka hendak bertemu dengan cik. Kata gadis itu. Dia mengangguk. Langkah gadis itu diikutinya. Jantungnya berdegup kencang.

KIRA membetulkan ikatan tali lehernya. Butler di Haru Mansion merangkap pembantunya, Pak Cik Ozu setia menunggu di dalam bilik. Lelaki tua itu hanya diam tidak bersuara. Dengar kata ada pembantu baru, betul ke? tanya Kira. Kot hitam disarung ke badan. Dia duduk berhadapan dengan cermin besar. Membetulkan gaya rambutnya. Setelah berpuas hati, dia berpaling menghadap Pak Cik Ozu. Ya. Mak Cik Ono minta tempatnya diganti sempena ketiadaan dia ke Hokkaido. Cucu saudaranya akan bekerja secara sambilan di sini, terang Pak Cik Ozu. Kening Kira hampir bercantum. Bekerja sambilan? Budak tu masih belajar ke? tanya Kira. Dia mencapai sebiji epal merah yang berada di dalam bakul buah-buahan yang terletak di atas meja. Dia menggigit epal itu lalu dikunyah perlahan. Beg sandang diletak di bahu. Kira berjalan keluar dari bilik. Pak Cik Ozu mengangguk sambil menuruti langkah Kira. Dia sebaya dengan Tuan Muda Kira atau muda

Haruno Hana

setahun, pak cik tak pasti. Tapi, gadis tu dah pindah masuk dalam rumah ni. Boleh ke budak tu buat kerja? tanya Kira lagi. Mak Cik Inoue dah aturkan jadual untuk dia. Lagipun, kehadiran gadis tu sekadar memenuhi permintaan Mak Cik Ono. Puan pun dah setuju. Kalau diikutkan hati puan, puan tak nak gadis tu bekerja. Cukuplah hanya tinggal di sini sementara Mak Cik Ono tiada. Tapi, Mak Cik Ono tak setuju. Dia nak cucu saudaranya itu bekerja juga. Dia belajar di mana? tanya Kira. Epal merah itu digigit lagi. Kalau tak salah pak cik, sekolah yang sama dengan tuan muda. Hanami International High School (HIHS). Erk? Kira merasakan epal itu tersekat di kerongkongnya. Dia terbatuk-batuk. Wajah Pak Cik Ozu dipandangnya serius. A apa? Dia sekolah kat situ jugak? Tanyanya tidak percaya. Teragak-agak lelaki tua itu mengangguk. Kira menepuk dahi. Bala....

Lovin' You

Bab 2
Kotomi melihat jam tangannya. Hampir pukul sembilan pagi. Sebentar lagi, kelas masakan akan bermula. Namun, kelibat dua orang sahabat karibnya masih belum kelihatan. Kebiasaannya, mereka berempat akan bertemu di Dewan Besar ini. Buku dan fail dicapai dari lokar. Pintu lokar ditutup lantas dikunci. Sebaik sahaja Kotomi ingin memusingkan badannya ke kanan, dia terlanggar seseorang. Buku dan failnya jatuh di atas lantai. Pantas matanya mencari siapa yang dilanggarnya tadi. Alamak! Putera sekolahnya! Maaf... maaf, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa? tanya Kotomi cemas. Dia menghulurkan tangannya ingin membantu budak lelaki itu berdiri, namun tangannya ditepis kasar. Budak lelaki itu segera bangun dan bercekak pinggang di hadapan Kotomi. Gila! Tingginya mamat ni. Aku ni paras dada dia

ANA mereka berdua ni?

Haruno Hana

aje, desis hati Kotomi. Dia terpaksa mendongak. Wajah budak lelaki itu ditenungnya. Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya benarbenar minta maaf, ulang Kotomi. Berulang kali dia tunduk memohon maaf. Kau ingat aku ni patung ke? Senang-senang aje kau nak langgar? Sinis budak lelaki itu bertanya. Kotomi tergamam. Saya minta maaf, saya tak sengaja, kata Kotomi lagi. Wajah merah padam lelaki itu tidak berani dipandangnya. Dia merenung kasut hitam yang tersarung di kaki. Senang-senang aje kau nak minta maaf. Kau memang sengaja buat macam ni, kan? Dasar perempuan murahan! Sarkastik budak lelaki itu menuturkan ayat tanpa nada. Darah Kotomi naik ke pipinya. Tanpa sebarang amaran, tangannya ringan menarik tali leher budak lelaki itu. Hampir terjatuh budak lelaki itu dibuatnya. Hoi! Gila ke? Dahi budak lelaki itu ditunjal kuat. Kemudian kaki budak lelaki itu dipijak sekuat hati. Hoi! marah budak lelaki itu. Dahinya dipegang. Terhincut-hincut dia menahan sakit di kaki. Oi, jangan ingat saya terlanggar awak, awak boleh cakap macam-macam pada saya, tau? Tolong jaga sikit mulut

Lovin' You

awak tu! Dasar putera bongkak! Awak ingat awak jadi pujaan ramai, saya takut ke? marah Kotomi. Buku dan fail yang tergeletak di atas lantai dikutip. Dia segera berlalu pergi, meninggalkan budak lelaki itu. Sebelum sempat dia keluar dari Dewan Besar itu, budak lelaki itu memanggilnya kembali. Kotomi lekas berpaling. Ada apa? Kotomi bertanya dengan kasar. Mahu sahaja dia menampar budak lelaki itu. Dia memang pantang dihina sebegitu. Lebih-lebih lagi oleh kaum lelaki. Dalam kelembutan dan kesabaran yang dimilikinya, itu tidak bermaksud dia akan berdiam diri jika dihina dengan panggilan perempuan murah. Hoi, budak kecik! Jangan biar aku jumpa lagi dengan kau! Kalau tidak, teruk kau aku kenakan! Marah budak lelaki itu. Kotomi menjelirkan lidahnya. Tanpa berkata apaapa lagi, dia segera meninggalkan budak lelaki itu yang masih terjerit-jerit memanggilnya.

KIRA menghempaskan begnya ke atas meja. Toma, Shin dan Hiro yang leka bermain PSP menoleh ke arahnya. Kira mendengus kuat. Kenapa ni? Nampak marah semacam aje? tanya Shin. Dia mengambil tempat duduk di sisi Kira. Toma dan Hiro turut berdiri berhadapan dengan Kira. Masing-masing hairan melihat wajah masam Kira. Aku jumpa perempuan gila tadi, kata Kira tanpa

Haruno Hana

berdolak-dalih. Peristiwa tadi masih segar berputar di kotak memorinya. Perempuan gila? Maksud kau kumpulan Si Yui yang tergila-gilakan kau tu ke? tanya Hiro. Bukan. Habis tu? Perempuan gila tu langgar aku. Dah la otak aku tengah serabut masa tu, aku tengking dia. Dia minta maaf. Aku tengking dia lagi. Lepas tu dia buat hal. Ada ke patut perempuan tu tunjal dahi aku? Dahlah kuat, dia pijak pulak kaki aku. Geram betul aku dengan budak tu, terang Kira. Dia menggosok dahinya yang masih terasa sakit. Salah kau jugak. Budak tu dah minta maaf, tapi kau tengking balik budak tu, mana budak tu tak bengang. Dia junior kita ke? Toma mencelah. Aku rasa budak tu junior kita. Tengok badan dia kecik semacam aje. Rasa-rasanya tinggi dia paras dada aku aje, kata Kira lagi. Tubuh kecil molek gadis yang menyerangnya tadi terbayang di minda. Keciknya. Kau tu dahlah tinggi macam zirafah, kata Toma lagi. Hiro dan Shin ketawa. Kira turut tersenyum. Aku bukannya nak marah sangat budak tu pasal dia langgar aku. Tapi, yang aku geram sebab dahi dan kaki aku jadi mangsanya. Tak padan kecik, sakit gila dibuatnya, kata Kira lagi. Kalau kau jumpa dia lagi, kau nak buat apa? tanya Shin.

Lovin' You

Kira tersengih. Kau akan tahu nanti.

NORI dan Ran mendekati Kotomi yang sedang mengelamun di tingkap. Bahu Kotomi ditepuk mesra. Kotomi segera menoleh. Korang rupanya. Kenapa? tanya Kotomi. Dia melempar pandangan ke luar tingkap, memerhatikan kolam air terjun yang terletak di taman sekolah. Beberapa orang pelajar sedang berada di taman itu bersama dengan kanvas putih dan alatan melukis. Mungkin para pelajar dari jurusan seni lukis, fikirnya. Dari tadi lagi kita orang tengok kau termenung aje. Kenapa? Kau ada masalah? tanya Ran. Kotomi menggelengkan kepalanya. Tak ada apa-apalah. Jangan bimbang, kata Kotomi sambil mengukirkan senyum di bibir. Ini tahun kedua Kotomi belajar di sini. Jika nenek saudaranya tidak bermurah hati membiayai pelajarannya di sekolah elit ini, mungkin Kotomi tidak akan berada di sini. Nenek saudaranya bekerja sebagai ketua pembantu rumah di sebuah rumah orang kaya. Hampir kesemua pelajar yang bersekolah di sini berasal daripada golongan berada. Begitu juga dengan Nori serta Ran. Ibu bapa mereka merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Sementara ibunya hanya bekerja sebagai pendandan rambut di Hokkaido. Walaupun begitu, kedua-dua sahabat karibnya

Haruno Hana

menerima Kotomi seadanya tanpa mengambil kira latar belakangnya. Selama ibunya di Hokkaido, Kotomi tinggal di rumah nenek saudaranya. Namun kini, nenek saudaranya telah ke Hokkaido dan akan menetap di sana selama enam bulan. Kotomi akan tinggal dengan majikan neneknya dalam tempoh itu. Betul kau tak ada masalah? tanya Nori. Betul, aku tak ada masalah. Sekarang ni masa rehat, kan? Jom ke kafe. Aku dah lapar ni. Kata Kotomi. Wajahnya diceriakan. Dia memaut lengan kedua-dua sahabatnya itu, berjalan keluar dari kelas.

Lovin' You

Bab 3
Pintu dibuka. Kotomi keluar dari bilik itu. Seragam hitam putih tersarung di tubuh kecilnya. Mak Cik Inoue tersenyum. Baju tu memang sesuai dengan kamu, puji Mak Cik Inoue. Gaun hitam paras peha pembantu rumah itu memang sesuai dengan Kotomi. Tambahan pula, Kotomi mengikat satu tocang di sebelah kanan kepalanya. Apron putih dipakai. Mak Cik Inoue? tegur Kotomi. Ya? Kenapa gaun ni paras peha? Siap ada legging hitam paras betis lagi. Saya tengok gaun pembantu rumah yang lain paras betis semuanya, tak macam saya pun? tanya Kotomi.

OTOMI, kamu dah siap? panggil Mak Cik Inoue dari luar pintu.

10

Haruno Hana

Dia merasakan pertanyaan itu sesuatu yang melucukan, namun dia tidak dapat menahan dirinya daripada bertanyakan soalan itu. Benar, kesemua pembantu rumah yang lain diperhatikannya memakai sut paras betis, tetapi kenapa dia berbeza? Ada sesuatu ke? Puan sendiri yang pilih baju ni. Kalau nak tahu, tanyalah puan. Tapi, mak cik tengok baju ni sesuai dengan kamu. Lagipun kamu masih lagi remaja, jawab Mak Cik Inoue. Dia menggosok lembut kepala Kotomi. Kotomi dipandangnya dengan perasaan kasih. Kotomi mengangguk. Bila mak cik nak kenalkan saya dengan yang lain? tanya Kotomi. Mari, semua dah menunggu kamu di dapur. Jom, ajak Mak Cik Inoue. Tangan Kotomi ditarik. Mereka berdua menuju ke dapur. Sepanjang perjalanan, Kotomi melihat keadaan rumah agam itu. Mewah, tetapi tiada kedengaran gelak ketawa penghuninya. Mak Cik Inoue telah memberitahunya, rumah agam ini dipanggil Haru Mansion. Ada sepuluh buah bilik, lima buah bilik tetamu, sebuah perpustakaan, sebuah gimnasium, dua ruang tamu, sebuah galeri dan dua kolam renang di rumah ini. Itu tidak termasuk dengan taman bunga ros yang diusahakan oleh Puan Masashi. Kawasan bilik pembantu rumah terletak di bahagian selatan rumah agam itu. Perpustakaan, gimnasium serta galeri terletak di bahagian utara manakala ruang tamu digabung dan terletak di ruang tengah Haru Mansion. Arca dewi kristal yang dilihatnya tempoh hari menandakan sempadan dua ruang tamu itu.

11

Lovin' You

Kotomi, selamat datang ke Haru Mansion, ucap Mak Cik Inoue. Pintu berukir indah di hadapannya dibuka. Kesemua pembantu rumah sudah berkumpul di dapur. Kotomi tergamam. Dia tidak menyangka hanya seramai ini pembantu rumah di Haru Mansion. Dua orang gadis mendekati Kotomi. Selamat berkenalan, Kotomi. Kita sudah berjumpa semalam. Saya Miyuki. Ini adik kembar saya, Fuyuki, sapa gadis itu. Mereka berdua tunduk hormat kepada Kotomi. Begitu juga dengan Kotomi. Mereka berdua anak saya. Kotomi, kenalkan ini Mak Cik Nami, dia ketua tukang masak di sini. Michiko dan Seshuke merupakan pembantunya. Ini pula.... Seorang demi seorang diperkenalkan kepada Kotomi. Mereka semuanya mesra dengan Kotomi, sedikit sebanyak melegakan Kotomi. Sedang mereka asyik berbual, pintu dibuka. Seorang lelaki tua masuk ke dapur. Lelaki tua itu kelihatan kemas bersut hitam. Kotomi, kenalkan. Ini Pak Cik Ozu, dia merupakan butler merangkap pembantu tuan muda kita. Pak Cik Ozu antara pembantu yang sudah lama bekerja di sini, sama seperti nenek saudara kamu, terang Mak Cik Inoue. Kotomi mengangguk. Dia mendekati lelaki tua itu. Apa khabar? Saya Kinimoto Kotomi, pembantu baru di sini. Sila beri tunjuk ajar, ujar Kotomi. Dia tunduk hormat di hadapan Pak Cik Ozu. Pak Cik Ozu tersenyum.

12

Haruno Hana

Panggil pak cik, Pak Cik Ozu. Pak cik dah lama kenal dengan nenek saudara kamu. Jangan bimbang, anggap aje kami semua ni macam keluarga kamu, pesan Pak Cik Ozu. Betul apa yang Pak Cik Ozu katakan tu. Lagipun, kami berdua ada, kata Fuyuki. Kedua-dua kembar itu memaut lengan Kotomi. Betullah tu. Hari-hari kamu kena usik dek kembar berdua tu. Kata Pak Cik Ozu lagi. Kotomi ketawa senang hati. Terima kasih, semua.

AIR teh dituang ke dalam cawan, lantas dihulurkan kepada anak majikannya. Kira meletakkan majalah yang dibacanya di atas meja. Air teh yang dihulurkan oleh Pak Cik Ozu dihirup perlahan. Dia memerhati suasana taman bunga ros ibunya. Puan Masashi memang gemar menanam bunga, terutamanya bunga ros. Jika ibunya tiada masa, ibunya akan menyuruh tukang kebun menyelanggarakan taman itu. Pelbagai warna bunga ros dapat diperhatikan. Ros merah, kuning, merah jambu serta ros putih. Setiap hari, bunga ros itu akan dipetik dan diletakkan di dalam vas di ruang tamu. Bapanya tidak pernah menghalang minat ibunya itu. Tuan muda? Ya? Tuan muda dah jumpa dengan cucu saudara Mak Cik Ono tu? tanya Pak Cik Ozu. Kira menggeleng.

13

Lovin' You

Pak cik dah jumpa dengan budak tu? tanyanya. Tengah hari tadi. Kalau tuan muda nak jumpa dengan dia, pak cik boleh tolong panggilkan. Tak perlulah, pak cik. Lagipun, budak tu sama sekolah dengan saya. Pak cik tau, kan? Saya tak suka kalau perkara tu terjadi dalam rumah ni. Dahlah jumpa kat rumah, kat sekolah pun kena jumpa juga ke? kata Kira. Dia melempar pandang ke arah taman bunga. Mustahil lelaki tua itu tidak mengetahui apa yang dimaksudkan olehnya, sedangkan Pak Cik Ozu merupakan orang yang paling memahami dirinya. Bukan bapanya. Bukan juga ibunya. Hanya kepada lelaki tua itulah dia mencurahkan segala perasaannya. Pak Cik Ozu mengangguk. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh remaja itu. Sudah beberapa kali Kira memberitahu masalah dia diganggu oleh pelajar perempuan di sekolah. Ke mana sahaja Kira melangkah, pasti ada beberapa orang pelajar perempuan yang mengikutnya. Setiap hari, pasti ada surat cinta yang diselit ke dalam lokar Kira. Kadang-kadang, ada juga pelajar yang berani meluahkan perasaannya di hadapan Kira. Namun, semuanya ditolak mentah-mentah oleh Kira. Kira cukup membenci sesiapa yang mengganggunya seperti itu. Pak cik, panggil Kira perlahan. Matanya masih tertumpu pada taman bunga. Ya? Nampaknya, tak semua pelajar perempuan sama. Tadi, saya bertemu dengan seorang gadis yang berbeza. Apa maksud tuan muda? tanya Pak Cik Ozu penuh sabar. Dia memandang wajah anak muda itu.

14

Haruno Hana

Kira mengeluh. Memang pertemuan tadi menyakitkan hati, tapi dia betul-betul berbeza. Semasa saya nak ke kelas tadi, gadis tu terlanggar saya. Memang saya yang salah sebab tengking dia walaupun dia minta maaf, tapi saya memang tidak dapat tahan kemarahan saya tadi. Kesian pulak kat dia tu. Teruk kena tengking. Dia minta maaf beberapa kali, tapi saya tetap tengking dia. Yang lucunya, dia tujah dahi saya sebab tak tahan kena tengking. Kaki saya pula yang dipijaknya. Dia pula yang marahkan saya. Ada ke dia panggil saya putera bongkak? kata Kira. Dia ketawa kecil. Pak Cik Ozu masih senyap, membiarkan Kira habis bercerita. Biasanya, kalau saya marah pada pelajar perempuan, mereka akan minta maaf balik pada saya. Malah, mereka tak berani nak kata apa-apa. Tapi, budak tu berani lawan saya balik. Selama tiga tahun saya belajar di situ, saya tak pernah lagi jumpa dengan gadis yang macam tu, kata Kira lagi. Ketawanya masih lagi berterusan. Wajahnya juga kelihatan ceria. Pak cik gembira bila tengok tuan muda macam ni, kata Pak Cik Ozu. Apa maksud pak cik? tanya Kira kehairanan. Dia mengangkat wajah, memandang seraut wajah tenang lelaki tua itu. Pak Cik Ozu mengukir senyum. Selama ini, pak cik tak pernah lihat wajah tuan muda segembira ini ketika bercerita tentang pelajar perempuan di sekolah tuan muda. Biasanya, tuan muda akan mengutuk mereka, tetapi hari ini tuan muda nampak gembira sangat, terang Pak Cik Ozu.

15

Lovin' You

Kira tergamam. Betul ke apa yang Pak Cik Ozu katakan? Tapi, gadis itu benar-benar berbeza. Aku harap aku akan bertemu lagi dengannya walaupun pertemuan akan datang akan menyakitkan hati. Pak cik masuk ke dalam dulu. Pak cik perlu ke dapur. Sekejap lagi pak cik akan datang lagi. Kira mengangguk. Tumpuannya kini pada taman bunga ros. Namun, ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya ketika ini. Wajah gadis itu dan tingkah gadis itu bermain di fikirannya.

MIYUKI, nak tanya sikit boleh? Miyuki bangun daripada pembaringannya. Dia melihat ke arah Kotomi. Fuyuki masih lagi mengemas di dapur. Kini, hanya dia dan Kotomi sahaja yang berada di dalam bilik. Pada mulanya, hanya Miyuki dan Fuyuki yang tinggal di dalam bilik itu. Tetapi, ibu mereka tidak membenarkan Kotomi tinggal seorang diri di bilik sebelah, lantas kedua-dua kembar itu mempelawa Kotomi untuk tinggal sebilik dengan mereka. Apa dia? tanya Miyuki. Tadi, Mak Cik Inoue bawa saya melawat kawasan rumah ni. Ada sebuah bilik yang terletak berhadapan dengan taman bunga ros Puan Masashi. Mak Cik Inoue kata bilik itu sentiasa berkunci, dan kita tidak dibenarkan mendekati bilik itu. Kenapa, Miyuki? soal Kotomi. Kita memang tak dibenarkan mendekati bilik itu.

16

Haruno Hana

Apatah lagi memasukinya. Sebenarnya, bilik itu kepunyaan tuan muda. Hanya Pak Cik Ozu sahaja yang dibenarkan masuk. Apa yang ada di dalam bilik tu, kami tak tahu. Tuan muda juga tidak membenarkan tuan dan puan masuk ke dalam bilik itu, kata Miyuki tanpa berselindung. Tapi, kenapa Kami tak tahu. Apa yang pasti, dulu ada seorang lelaki yang bekerja di sini sebagai tukang kebun pernah masuk ke dalam bilik itu. Selepas tuan muda dapat tahu, teruk lelaki tu kena marah. Tak lama kemudian, lelaki tu berhenti kerja, celah Fuyuki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Dia memegang sepiring buah epal yang telah dipotong. Dia menghulurkan piring itu kepada Miyuki dan Kotomi. Lelaki tu tak beritahu ke apa yang ada dalam bilik tu? tanya Kotomi lagi. Dia mengunyah potongan epal yang diberikan oleh Fuyuki. Fuyuki menggeleng. Sejak hari tu, tak ada siapa yang berani pergi dekat dengan bilik tu, kata Miyuki pula. Kotomi diam. Mindanya ligat berfikir. Apa yang hebat sangat pasal bilik tu hinggakan tuan muda tak benarkan sesiapa pun mendekati bilik itu? Tak payah fikirkan lagi pasal bilik tu. Esok kita kena ke kolej, Kotomi pula perlu ke sekolah. Tidurlah. Dah lewat ni, kata Fuyuki sambil melemparkan bantal peluknya ke arah Miyuki. Miyuki segera menepis. Orang nak tidur tak ada main lempar-lempar bantal, tau. Kata Miyuki berpura-pura marah.

17

Lovin' You

Sejurus kemudian, anak patung beruang Kotomi menjadi mangsa lemparan Miyuki. Anak patung itu tepat mengenai muka Fuyuki. Riuh bilik itu dengan gelak ketawa mereka bertiga.

18

Haruno Hana

Bab 4
ETUL ke kamu tak nak tumpang tuan muda? Tak perlu kamu susah payah kayuh basikal ke sekolah, pujuk Mak Cik Inoue. Kotomi sudah bersiap untuk ke sekolah. Dari dia bersiap-siap di bilik sehinggalah dia bersedia untuk menunggang basikal, sudah berkali-kali wanita itu memujuknya untuk ke sekolah dengan tuan muda. Sudah berkali-kali juga dia menolak pelawaan wanita itu. Katanya, dia lebih selesa ke sekolah dengan menunggang basikalnya. Tak apalah, mak cik. Saya ke sekolah dulu, kata Kotomi. Mak Cik Inoue mencium dahi gadis itu sebelum Kotomi menunggang basikal keluar dari pekarangan Haru Mansion. Jarak HIHS dengan Haru Mansion hanya mengambil masa lima belas minit jika dia berbasikal. Jalan menuju ke HIHS juga lengang kerana sekolah itu terletak di dalam kawasan perumahan elit. Sebarang kemasukan ke

19

Lovin' You

dalam kawasan perumahan ini akan dicatat. Kotomi menghidupkan MP3nya. Lagu Flower Lady dendangan kumpulan kegemarannya, Tohoshinki berkumandang di telinga. Dia menyanyi perlahan. Tanpa disedarinya, sebuah kereta sedang bergerak di belakangnya. Bunyi hon kereta menarik perhatiannya. Kotomi berhenti mengayuh basikalnya lantas menoleh ke belakang. Sebuah kereta Bentley hitam metalik berada di belakangnya. Kotomi mengerutkan dahi. Dia turun dari basikalnya. Siapa tu? Pintu kereta dibuka. Sesusuk dikenalinya keluar dari kereta mewah itu. Pak Cik Ozu! Pak Cik Ozu berjalan mendekati Kotomi. Kira yang berada di dalam kereta terkejut. Dia kenal benar dengan gadis yang menunggang basikal itu. Itu gadis yang berani menengking dia kembali tempoh hari. Kakinya yang dipijak oleh gadis itu terasa berdenyut kembali. Budak kecik tu cucu saudara Mak Cik Ono ke? Gila! Kotomi nak ke sekolah ke? Kenapa tak pergi dengan tuan muda sekali? tanya Pak Cik Ozu. Tak perlulah, pak cik. Menyusahkan aje, balas Kotomi. Dia tidak menyedari tingkahnya itu diperhatikan oleh Kira yang masih berada di dalam kereta. Tak apalah. Pak cik hantar tuan muda ke sekolah dulu. Tunggang basikal baik-baik ye, Kotomi. Hati-hati, pesan Pak Cik Ozu. Kotomi mengangguk. Baiklah, pak cik. Saya pergi dulu, kata Kotomi. Dia kembali menunggang basikalnya. tubuh yang

20

Haruno Hana

Setelah Kotomi hilang dari pandangan barulah Pak Cik Ozu masuk kembali ke dalam perut kereta. Itu ke cucu saudara Mak Cik Ono? tanya Kira sebaik sahaja lelaki tua itu masuk ke dalam kereta. Pak Cik Ozu mengangguk. Namanya Kotomi. Pak cik harap tuan muda boleh berkawan dengannya. Kira senyum sinis. Pak cik jangan bimbang. Saya akan berkawan baik dengan budak tu nanti. Kira ketawa di dalam hati. Hanya dia sahaja yang faham maksud kata-katanya tadi. Gadis itu sudah ditemui. Dia akan melaksanakan rancangannya tak lama lagi.

AKU dah jumpa budak tu! Shin mengalih pandang dari komik yang dibacanya. Toma dan Hiro masih setia menonton video klip ciptaan Hiro yang dimuat naik (upload) di dalam laptop. Sesekali, ketawa mereka berdua memecah suasana. Kelas mereka riuh dengan gelak ketawa pelajarnya. Jam baru sahaja menunjukkan pukul lapan empat puluh lima pagi. Dua masa pertama hari ini ialah mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sebentar lagi, mereka perlu ke padang. Walaupun HIHS merupakan sekolah persendirian, namun mata pelajaran yang dibenci oleh kebanyakan pelajar itu masih lagi diteruskan. Kau jumpa dia kat mana? Kau ingat tak, aku ada beritahu korang semua pasal gadis yang menggantikan pembantu rumah aku tu? Takkanlah....

21

Lovin' You

Memang dia! kata Kira tanpa menunggu Hiro menghabiskan ayatnya. Hiro mengerutkan dahinya. Toma menggeleng-gelengkan kepalanya. Ketiga-tiga sahabatnya tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi. Oh... gadis tu patut menyesal sebab buat kau macam tu, kata Hiro setelah sekian lama mendiamkan diri. Aku sokong cakap Hiro. Gadis tu memang tak patut buat kau macam tu, kata Shin pula. Toma mengangguk. Kira tersengih. Korang jangan bimbanglah. Aku ada plan baik ni. Nak tahu tak? Mereka bertiga mendekati Kira. Waktu untuk Pendidikan Jasmani telah tiba, kesemua rakan sekelas mereka telah menuju ke bilik persalinan. Namun itu semua tidak dihiraukan oleh mereka berempat. Shin, Hiro serta Toma sedang khusyuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Kira. Sesekali mereka berempat akan ketawa. Setelah Kira menghabiskan ayatnya, kesemua rakannya ketawa besar. Baik punya plan. Kau teruskanlah. Kami bertiga akan tolong kau laksanakan plan kau nanti kalau kau perlukan kami, kata Hiro. Kira tersengih. Terima kasih, semua. Tapi kau lupa satu perkara! celah Shin. Apa dia? Shin tersengih. Kalau kau nak kenakan budak tu

22

Haruno Hana

berpada-padalah, jangan teruk sangat. Sekadar kejutkan dia aje. Kira diam sejenak. Dia sedang memikirkan sesuatu. Tiba-tiba, dia tersenyum. Aku rasa aku tahu apa patut aku buat kalau nak ikutkan konteks berpada-pada kau tu. Kau tak payah bimbanglah.

23

Lovin' You

Bab 5
OTOMI keluar dari biliknya sebaik sahaja dia selesai membersihkan dirinya. Uniform hitam putih itu tersarung di tubuhnya. Kotomi tersenyum puas. Dia perlu menemui Mak Cik Inoue dahulu sebelum dia memulakan tugasnya. Sementelah lagi dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Mak Cik Inoue, sapa Kotomi. Mak Cik Inoue sedang menyusun kuntuman bunga ros di ruang tamu. Beberapa kuntuman bunga ros sudah digubah cantik oleh Mak Cik Inoue. Kamu dah makan? Kotomi mengangguk. Apa tugas saya, mak cik? Kamu pergi tolong Pak Cik Watabiki di rumah kaca. Dia tengah menyusun pasu dalam tu. Mungkin dia perlukan bantuan kamu, cadang Mak Cik Inoue. Ba Sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya, seseorang telah mencelah percakapannya. Kotomi merasakan ada tangan yang diletakkan pada bahunya.

24

Haruno Hana

Dia boleh tolong Pak Cik Ozu kemas bilik bacaan saya. Boleh, mak cik? Kotomi tergamam. Dia segera menoleh ke belakang. Dia terperanjat besar melihat Kira. Awak? Kira tersengih. Cengkamannya pada bahu Kotomi dikuatkan lagi. Kira menghadiahkan senyuman kepada Kotomi sebelum dia bercakap dengan Mak Cik Inoue. Jantung Kotomi semakin laju berdegup. Dia langsung tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi mangsanya tempoh hari merupakan anak majikan nenek saudaranya. Tidak!!! Mahu sahaja dia lari dari situ. Baiklah. Kotomi, kamu pergi tolong tuan muda, boleh? tanya Mak Cik Inoue, tidak menyangka bahawa ada sesuatu yang telah terjadi di antara mereka berdua. Errr emmm baik baiklah. Tanpa ada pilihan lain, Kotomi bersetuju. Mak Cik Inoue menghilang ke dapur. Hanya tinggal Kotomi dan Kira sahaja di ruang tamu. Budak kecil, sekarang ni kau pembantu di rumah ni. Aku akan minta dengan Mak Cik Inoue, kau akan jadi pembantu peribadi aku. Kau tentu gembira, boleh jumpa dengan aku sekali lagi, kan? kata Kira sarkastik. Dia memandang sinis ke arah Kotomi. Kotomi mendengus. Wajahnya dimasamkan. Namun, dalam hati tiada siapa yang tahu betapa takutnya dia. Dia tahu lelaki yang diserangnya tempoh hari merupakan pujaan gadis di sekolahnya, namun dia sama sekali tidak menyangka bahawa nenek saudaranya bekerja untuk keluarga Masashi. Apa yang dia tahu, anak majikan nenek saudaranya

25

Lovin' You

turut belajar di sekolah yang sama dengannya. Salahnya juga, tidak ambil tahu nama keluarga majikan nenek saudaranya. Awak ingat saya pembantu di sini awak boleh ejek saya sesuka hati? Awak... Kira menyambar lengan Kotomi tanpa berkata sepatah pun. Dia menarik Kotomi menuju ke bilik bacaannya. Pintu bilik dibuka. Dia menolak Kotomi ke dalam. Lembut sikit boleh tak? marah gadis itu. Dia memegang lengannya yang ditarik kasar oleh Kira. Kira tersengih. Kau yang pijak kaki aku tempoh hari tu tak apa pulak? tanya Kira. Yang awak ejek saya tu kenapa? Tanggung sendirilah! Kotomi ingin keluar dari bilik itu, namun tangan kasar Kira sempat mencapai lengannya. Sekali lagi dia terdorong ke dalam bilik. Kira tidak melepaskan lengan Kotomi, tidak membenarkan gadis itu keluar dari bilik bacaannya. Kotomi merenung tajam ke arah Kira. Awak ni kenapa? marahnya. Sudah dua kali dia ditarik dengan kasar oleh Kira. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menendang kaki budak sombong itu. Namun apabila mengenangkan nenek saudaranya bekerja dengan ibu bapa budak lelaki itu, dia terpaksa mengalah. Aku takkan lepaskan kau. Kau kena janji dulu, jangan nak lari lagi, gertak Kira. Dia menguatkan cengkamannya.

26

Haruno Hana

Kotomi mengaduh kesakitan. Yelah, yelah. Awak nak saya buat apa? Kira melepaskan pegangannya. Kotomi segera mengusap lengannya. Kulit lengannya kemerah-merahan akibat cengkaman Kira yang kuat. Simpati menguasai diri Kira apabila melihat lengan Kotomi yang kemerahan dek cengkamannya. Sakit ke? Lembut dia bertanya. Kotomi menggeleng. Apehal pulak dengan mamat ni? Nak buat baik dengan aku pulak tu. Awak nak saya buat apa? tanyanya malas. Dia malas mahu melayan perangai anak majikan nenek saudaranya itu. Kotomi melihat sekeliling bilik bacaan kepunyaan Kira. Hatinya tercuit. Bilik bacaan ini memang cantik. Warna pastel biru melatari dinding. Langsir putih menghiasi tingkap dan pintu lungsur. Kau tolong aku buang barang yang dah lama ni. Bawa ke tempat pembakaran. Dah banyak kertas yang bertimbun dalam ni. Ikut aku. Tanpa banyak soal, Kotomi mengikut langkah Kira. Nampaknya, Kira dah berlembut dengan dia. Kira mengeluarkan beberapa buah kotak sederhana besar dari bawah meja belajarnya. Kotomi menjenguk isi kotak itu. Sebahagian besar isi kotak itu mengandungi nota-nota muzik. Terdapat not-not muzik yang terlakar di atas kertas-kertas itu. Kotomi duduk di atas lantai bersebelahan dengan Kira. Awak nak buang semua not muzik ni? tanyanya.

27

Lovin' You

Kotomi mengambil sehelai daripada not muzik itu. Dia meneliti apa yang ditulis di atasnya. Kira mengalihkan tumpuannya dari bawah meja belajarnya. Dia baru sahaja ingin berkata sesuatu, namun apa yang sedang dilakukan oleh Kotomi menarik minatnya. Kotomi cuba menyanyikan lagu itu. Kira tersenyum. Dia menarik helaian kertas itu dari Kotomi. Kalau tak tahu nak nyanyi lagu ni, lebih baik jangan nyanyi langsung, usik Kira. Dia mengusap kepala Kotomi, seolah-olah Kotomi itu adiknya. Kotomi mencebik. Tangan Kira ditolak. Suka hatilah! Kira tersengih. Dah. Jangan kacau, tolong aku kemas kertas-kertas ni. Semua not muzik ni awak yang karang ke? tanya Kotomi. Tangan Kira berhenti secara mendadak. Pertanyaan Kotomi menyentap jantungnya. Kotomi mengerutkan dahinya. Kira seolah-olah terperanjat dengan pertanyaannya. Awak? Kira menggeleng. Dah, buat aje kerja tu. Tak payah banyak tanya. Aku nak keluar sebentar, jangan usik apa-apa kecuali barang-barang ni aje. Aku keluar dulu. Tanpa menoleh ke arah Kotomi, Kira segera keluar dari bilik bacaannya. Salah ke apa yang aku tanya? tanyanya sendirian. Kira yang berada di luar bilik sedang berdiri membelakangi pintu. Tapak tangannya menekup muka, nafasnya sesak, dadanya berombak. Dia ingin memarahi

28

Haruno Hana

dirinya sendiri kerana membiarkan Kotomi melihat semua not muzik itu. Namun itu salahnya juga, dia yang meminta Kotomi menolongnya. Muka Kira bertambah merah. Dia perlukan Pak Cik Ozu, sekarang juga!

TUAN MUDA KIRA suruh Kotomi buat apa tadi? tanya Miyuki. Seperti biasa, mereka bertiga akan bersembang dahulu sebelum tidur. Kotomi mendongak memandang siling bilik. Patung beruangnya dipeluk erat. Dia minta tolong kemaskan barang dia. Tu aje, katanya perlahan. Peristiwa petang tadi masih terbayang di mindanya. Kira langsung tidak masuk semula ke dalam bilik bacaan setelah dia keluar. Kotomi hanya menyusun kembali kotakkotak itu di tepi meja belajar dan meninggalkannya di situ begitu sahaja. Dia bimbang jika dia membakar kesemua isi kotak-kotak itu, mungkin masih ada benda lain yang masih belum diambil oleh Kira. Tak ada perkara lain? Tanya Fuyuki pula. Kotomi menggeleng. Selimutnya dibawa rapat ke dagu. Dia berpusing ke kiri dan menyembunyikan mukanya dengan patungnya. Miyuki dan Fuyuki hanya berpandangan sesama sendiri.

29

Lovin' You

Bab 6
mengangguk. Dia menekup muka ke meja. Shin mengalih pandang ke arah Toma dan Hiro, namun kedua-dua sahabatnya itu hanya mampu mengangkat bahu. Shin menepuk bahu Kira. Kau ada masalah? Biasanya kau ada masalah kalau kau macam ni. Ibu bapa kau ungkit pasal benda tu lagi? tanya Shin. Benda itulah yang sering menimbulkan masalah di dalam diri Kira sekali gus boleh merenggangkan hubungan Kira dengan kedua-dua ibu bapanya. Mereka bertiga sudah faham apa yang berlaku di dalam keluarga Kira. Bukan pasal benda tu, kata Kira. Dia mengangkat wajah dan memerhati ke luar tingkap. Habis tu? Aku minta tolong budak tu kemaskan barang aku,

AU dah jumpa dengan budak tu? tanya Shin. Kira hanya

30

Haruno Hana

aku benarkan dia tengok kertas-kertas tu. Lepas tu, dia tanya aku sama ada aku yang karang not-not muzik. Aku rasa sakit hati, aku terbayang wajah bapa aku. Aku ingat kata-kata dia, aku rasa nak marah aje masa tu, katanya perlahan. Kau marahkan budak tu? tanya Toma. Kira menggeleng. Aku terus tinggalkan bilik tu dan tak cakap apa-apa. Aku tak dapat tahan perasaan aku masa tu. Aku betul-betul tak tahan. Kira menekup mukanya semula. Hiro mengeluh. Kau tak nak jumpa budak tu ke? Kira segera mendongak. Untuk apa? Mungkin kau rasa biasa aje, tapi aku rasa kau perlu jumpa dia. Dia tentu pelik kenapa kau senyap masa tu, mungkin dia fikir kau marahkan dia. Sebelum ni, dia tentu tak kisah kalau kau marah atau mengamuk sebab kau bukan majikan dia lagi. Selepas dia bekerja dan tinggal di rumah kau tentu dia rasa tak selesa kalau kau marah dia. Kau selesa ke kalau kau tinggal serumah dengan orang yang bencikan kau? Mungkin itu apa yang budak tu rasakan sekarang. Hiro tersengih melihat muka Kira yang blur. Kita orang boleh tolong kau. Mari, kita ke kelas dia. Kita ke fakulti seni. Kau pernah kata dia pelajar jurusan seni, kan?

LOCENG berdering menandakan masuknya waktu rehat. Kebiasaannya, para pelajar akan menuju ke kafe sekolah untuk memenuhkan perut masing-masing. Namun, ada juga segelintir pelajar yang lebih selesa berada di kawasan taman sekolah. Seperti yang dijanjikan oleh Hiro, mereka berempat

31

Lovin' You

akan pergi menemui Kotomi. Kira, Shin, Hiro serta Toma berjalan beriringan menuju ke bangunan fakulti seni. Seperti biasa, pelajar-pelajar perempuan akan berhenti berjalan dan memerhatikan mereka berempat, terutamanya Kira. Walaupun dia menjadi tumpuan hampir kesemua gadis di sekolah itu, Kira tetap tidak mempedulikan mereka. Bahkan, dia sendiri tidak mempunyai kekasih. Begitu juga dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berempat lebih senang dengan status solo masing-masing. Itu kelas seni tahun kedua, kan? Kira mengangguk. Dia menjenguk ke dalam kelas. Hanya kelihatan beberapa orang pelajar di dalam kelas itu. Matanya mencari kelibat Kotomi. Di sudut kelas itu, dia melihat Kotomi sedang berdiri menghadap ke tingkap. Pintu kelas diketuk kuat. Ketukan yang kuat itu menarik perhatian pelajar yang berada di dalam kelas itu. Ada apa? tanya seorang pelajar perempuan sambil tersenyum manis. Rakan-rakannya mendekati. Satu kejutan buat pelajar kelas itu, putera sekolah menjenguk kelas mereka. Tentu ada sesuatu yang dicarinya. Tolong panggil Kotomi, boleh? tanya Kira tanpa menghiraukan lagak pelajar perempuan itu. Dia mengintai Kotomi yang tetap setia berada di hadapan tingkap itu, seolah-olah tidak mendengar langsung ketukan tadi. Kotomi? Errr dia Belum sempat pelajar perempuan itu menghabiskan ayatnya, Kira segera memanggil Kotomi. Dia dapat mengagak apa yang akan dikatakan oleh pelajar perempuan itu. Kotomi! panggilnya lantang.

32

Haruno Hana

Kotomi tersentak. Dia menoleh ke belakang dan melihat ke arah pintu. Kira? Mari ke sini, arah Kira. Kotomi mencebik. Dia berjalan menuju ke pintu kelas. Kumpulan pelajar perempuan itu terkejut, namun mereka tidak berkata apa-apa. kelihatan

Kotomi mendongak, mencari wajah Kira. Perbezaan ketinggian mereka yang ketara memaksa dia mendongak. Ada apa? tanyanya perlahan. Kira menoleh ke belakang, mengangguk sedikit ke arah rakan-rakannya. Ketiga-tiga sahabatnya mengangguk faham. Mereka bertiga menjarakkan diri dari Kira, memberi sedikit ruang bagi mereka berdua bercakap. Pasal semalam. Aku. Awak marahkan saya ke? tanya Kotomi. Kira tersentak. Betul apa yang dikatakan oleh Hiro. Nampaknya Kotomi sedang memikirkan peristiwa semalam. Kira tersenyum. Bukan. Aku tak marahkan kau, cuma ada masalah sikit semalam. Kertas-kertas tu masih ada dalam bilik ke? tanyanya. Kotomi mengangguk. Saya tak berani buang, manalah tau ada benda yang awak tak ambil lagi. Kira ketawa. Dia menarik hidung Kotomi. Kotomi mendengus. Bagus betul budak kecil ni. Petang ni, tolong aku macam semalam. Boleh? O.

33

Lovin' You

Tolong, ye? pujuk Kira. Dia membuat mimik muka kasihan. Hampir ketawa Kotomi dibuatnya. Dia menahan diri dari menghamburkan tawanya. Okey. bersemangat. Tapi, dengan satu syarat! katanya

Kira mengangkat keningnya. Apa? Berhenti layan saya macam budak kecil, kata Kotomi. Kira ketawa. Yang tu tak boleh janji. Tapi, jangan lupa. Aku boleh adu pada Mak Cik Inoue kalau kau tak nak tolong aku, ugut Kira. Serentak dengan itu, kaki kanannya ditendang oleh Kotomi. Hoi! Kotomi tersenyum puas. Padan muka. Saya akan tolong awak nanti. Okey? Kira mengerutkan keningnya. Takkan setiap kali aku nak minta tolong, kau nak tendang aku? tanya Kira tak percaya. Shin, Toma serta Hiro yang berdiri di belakangnya sudah tidak dapat menahan ketawa. Gelak ketawa mereka menarik perhatian Kira. Kenapa korang ketawa? Mereka bertiga berjalan mendekati Kira. Kita orang tabik kat Kotomi. Sebelum ni mana ada budak perempuan layan kau macam manusia biasa. Kotomi, Kira banyak menyusahkan awak ke? tanya Toma. Dia tersengih lebar.

34

Haruno Hana

Mungkin? Sudahlah, waktu rehat dah nak habis. Kotomi, balik nanti tunggu kat taman. Kita jumpa kat sana, jangan balik jalan kaki pulak, pesan Kira. Mukanya berkerut menahan kesakitan. Yelah, tuan muda, balas Kotomi dengan nada mengejek lalu terus masuk ke dalam kelasnya semula. Mulut Kira terlopong. Tidak percaya Kotomi pergi begitu sahaja. Dia boleh pergi macam tu aje? Sia-sia aje aku datang minta maaf. Hiro ketawa. Dia menepuk bahu Kira. Sekurangkurangnya dia bukan macam budak perempuan lain. Dia layan kau macam manusia biasa, bukannya macam putera mahkota. Bukannya senang kau nak cari budak perempuan macam tu. Tapi, nampaknya masalah akan timbul nanti. Kau kenalah pandai nak hapuskan masalah tu, kata Shin pula. Dia mengerling jam tangannya sebelum menoleh ke arah Kira. Yui dan kawan-kawannya tentu tak akan lepaskan Kotomi macam tu aje. Mereka tentu marah sebab kau rapat dengan Kotomi. Yelah, selama ni kau jauhkan diri dari semua budak perempuan kat sekolah ni, bila kau kenal Kotomi kau rapat dengan dia. Mana tak angin Si Yui tu. Kata Shin lagi. Kira hanya mendiamkan diri. Baginya, apa yang dikatakan oleh Shin itu benar. Selepas ini, Kotomi pasti akan menghadapi masalah kerananya. Pasti. Dan dia mesti menghalang sesuatu yang buruk menimpa gadis itu. Walau dengan apa cara sekalipun.

35

Lovin' You

Bab 7
AM sudah menunjukkan pukul dua setengah petang. Hampir lima belas minit Kotomi menunggu Kira di taman. Dia mengeluh. Jam di tangan dikerlingnya lagi. Dia menggetap bibir. Kakinya yang terjuntai dari meja batu itu digerakkan berulang kali. Mana mamat ni? Dah lama aku tunggu, dia tak muncul-muncul lagi. Menyusahkan orang betul, bisiknya sendirian. Matanya liar melihat sekeliling taman itu, cuba mencari kelibat Kira di kalangan pelajar yang berada di taman. Kalau aku balik jalan kaki, dia marah pulak. Susah, susah... bisiknya lagi. MP3 dikeluarkan lalu dipasang. Lagu Crazy Love bermain di telinganya. Sekali lagi lagu Tohoshinki menjadi pilihannya. Kotomi merupakan peminat setia kumpulan asing dari Korea Selatan itu. Hampir kesemua lagu yang terkandung di dalam MP3nya merupakan lagu daripada

36

Haruno Hana

kumpulan itu. Tidak kiralah lagu berbahasa Jepun atau Korea. Kawasan taman itu semakin lengang. Kebanyakan pelajar sudah pulang ke rumah, namun masih ada segelintir pelajar yang berada di sekolah. Kebanyakan daripada mereka menyertai aktiviti kelab. Kelab yang berlainan akan mengadakan aktiviti mereka pada hari yang berlainan. Beberapa minit sudah berlalu. Kotomi mengerling sekali lagi pada jam di tangannya. Dia mengeluh kuat. Baik aku pulang. Lantaklah dia nak marah aku ke tak, bebel Kotomi. Beg sandang dicapai. Dia melompat dari meja batu itu. Baru sahaja dia melangkah pergi, Kotomi terdengar namanya diseru oleh seseorang. Dia menoleh. Baru nak muncul? Kira berjalan selamba menuju ke arahnya. Kotomi mencebik. Dia menguis rumput dengan hujung kasutnya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mencabut kasutnya dan melempar tepat pada muka lelaki itu. Kenapa lambat? tanya Kotomi sebaik sahaja Kira berdiri di hadapannya. Kira tersengih. Maaf, aku jumpa Cikgu Sumaragi tadi. Pasal festival sekolah musim bunga bulan depan, jelasnya. Festival sekolah? Kenapa? Cikgu minta tolong uruskan bahagian pementasan. Cikgu Sasakura nak buat teater, jadi Cikgu Sumaragi minta tolong. Aku jadi ketua bahagian pementasan. Kau nak berlakon ke? usik Kira. Kotomi pantas menggeleng laju. Tak nak!

37

Lovin' You

Siapa pembantu awak? tanya Kotomi lagi. Kaulah. Erk? Aku dah beritahu Cikgu Sumaragi dan Cikgu Sasakura. Kau akan tolong aku dan kau juga akan reka kostum untuk teater tu. Nak tak? Nak! Laju Kotomi menjawab. Kira ketawa. Kepala Kotomi diusap lembut. Aku pernah lihat lakaran fesyen kau. Cikgu Sasakura tak cakap lagi apa tajuk untuk pementasan teater tu. Dia nak jalankan uji bakat selepas ini, terang Kira. Mereka berdua berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Bentley hitam sudah menunggu di situ. Awak tak nak berlakon? tanya Kotomi. Kira menggeleng. Sekarang ni pun aku dah jadi perhatian pelajar perempuan sekolah ni, kalau aku jadi hero teater tu tentu lagi popular aku. Katanya sambil tersenyum. Perasan! Kira ketawa besar. Kotomi mencebik. Pak Cik Ozu yang menunggu di luar kereta tersenyum. Gembira melihat perubahan Kira.

KAMU semua nampak tak? Aku tak percaya! Mio menggeleng. Begitu juga dengan rakanrakannya yang lain.

38

Haruno Hana

Yui menggetap bibir. Dua wajah gembira yang diperhatinya benar-benar membuatkan dia menyampah. Terutamanya wajah gadis itu yang tersenyum riang. Putera kita dah ada kekasih ke? kata Nami sedih. Dia memeluk beg sandangnya. Azumi menggeleng. Takkanlah. Entah-entah budak tu orang gaji rumah dia. Ye ke? Tapi, mereka berdua nampak gembira betul, kata Nami lagi. Janganlah fikir macam tu! Aku ada rancangan, kita siasat siapa budak tu dan tanya dia sendiri! Kata Yui bersemangat. Dia memandang ke arah semua rakannya. Azumi dan Hyun mengangguk. Setuju!

39

Lovin' You

Bab 8
EBERAPA buah kotak sederhana besar diletakkan di kawasan pembakaran. Kotomi mengeluh kuat. Dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Dia mendongak. Matahari masih setia memancarkan sinarnya. Kotomi melabuhkan punggungnya di atas rumput yang tumbuh menghijau. Sedang dia seronok mengelamun, dia merasakan sesuatu yang sejuk ditekapkan di pipinya. Kotomi segera mendongak. Wajah Kira menyapa matanya. Apa? tanyanya malas. Kira tersenyum. Setin jus oren yang sejuk ditujukan kepada Kotomi. Kotomi mencapai tin minuman itu lantas meneguknya rakus. Tekaknya telah lama kering. Sebaik sahaja dia pulang ke Haru Mansion dan mandi, dia terus ke bilik bacaan Kira untuk memulakan tugasnya. Kotomi juga tidak sempat makan apatah lagi minum. Terima kasih, ucap Kira. Untuk apa?

40

Haruno Hana

Tolong aku kemaskan semua ni. Walau apa pun, saya kena laksanakan juga apa yang awak arahkan. Awakkan tuan muda saya, katanya perlahan. Kotomi menguis rumput dengan hujung kasutnya. Kira menjentik dahi Kotomi. Apa? tanyanya marah. Dia mengusap dahinya yang pedih dijentik oleh Kira. Jangan cakap macam tu, budak kecil. Nanti ada yang kena jentik sekali lagi. Suka betul cakap macam tu. Kira ketawa. Kotomi mendengus. Dia mendongak ke atas. Langit hari ini kelihatan biru jernih tanpa dilitupi awan. Matahari juga bersinar terang. Angin bertiup lemah menyapa pipinya. Kau tak nak sertai acara pentas ke? tanya Kira. Kotomi menggeleng. Saya lebih suka kerja di belakang pentas. Saya bukannya jenis orang yang boleh berdepan dengan khalayak ramai. Baru berdiri atas pentas dua saat, sedar-sedar aje dah terbaring di atas sofa. Kau boleh cuba. Tak nak! Betul ke? Nanti aku daftar nama kau untuk acara nyanyian, usik Kira. Tak nak! Kotomi memeluk lututnya, menyembunyikan wajahnya daripada pandangan Kira. Kira menarik lengannya. Betul ke? Kau tak nak jadi duet aku untuk nyanyian? Kalau kau nak, aku akan daftar nama kita berdua, usiknya lagi. Kotomi pantas menggeleng.

41

Lovin' You

Tingkah Kotomi hampir membuatkan Kira ketawa. Tak nak! Saya cakap tak nak, tak naklah. Kira ketawa. Budak ni nak aku pengsan atas pentas ke? gumamnya perlahan, namun dapat ditangkap oleh telinga Kira. Kira ketawa di dalam hati. Jom, ajak Kira tiba-tiba. Kotomi mengalih pandangannya ke arah Kira. Dahinya berkerut. Ke mana? tanyanya. Nak ajak aku ke mana pulak ni? Ke dapur. Kau belum makan lagi, kan? Sebaik sahaja Kira menghabiskan ayatnya, Kotomi segera tersenyum lebar. Perutnya sudah lama menyanyi sumbang sejak dia pulang dari sekolah lagi. Kotomi mengangguk. Jom! Kira ketawa di dalam hati. Dia benar-benar selesa berdampingan dengan gadis bertubuh kecil itu. Mereka sama-sama menuju ke dapur.

MAK CIK INOUE mengeluarkan sebiji kek coklat lembap dari peti sejuk. Kek itu dihidangkan di atas meja. Pisau diambil dan dia memotong kek itu lantas diletakkan di atas piring. Kira segera mencapai piring itu dan menyuap kek itu ke dalam mulutnya.

42

Haruno Hana

Tuan Muda Kira dah lama tak makan kek yang mak cik buat, betul tak? tanya Mak Cik Inoue sambil tersenyum. Kira mengangguk. Saya betul-betul sukakan kek ni, tapi saya tak sampai hati nak suruh mak cik buatkan saya kek ni. Kalau tuan muda nak makan, cakap aje pada mak cik. Bukannya susah nak buat kek ni. Kotomi, kamu pandai buat kek atau pastri? Mak Cik Inoue mengalihkan pandangannya ke arah Kotomi pula. Kotomi tercengang seketika. Lambat-lambat dia mengangguk. Kamu pandai buat kek apa? Errr... kek buah-buahan segar, kek strawberi dan kek keju. Tapi, saya lebih suka buat kek keju, kata Kotomi gembira. Esok tolong mak cik buat kek, boleh? Erk? Kira yang diam sahaja dari tadi menyampuk, tak payahlah mak cik. Nanti tak pasal-pasal pulak saya masuk hospital sebab kena cirit-birit. Dia tersenyum sinis. Kotomi menggetap bibir. Tuan muda, tak elok tuan muda cakap macam tu, tegur Mak Cik Inoue. Wanita itu bimbang sekiranya Kotomi terasa hati walaupun dia tahu anak muda sekadar ingin bergurau. Tak ada apa-apalah, mak cik. Lebih baik mak cik buat sendiri aje kek tu. Saya tak nak masuk hospital esok.

43

Lovin' You

Tuan muda, tegur Mak Cik Inoue lagi. Kira tersenyum. Betullah apa yang saya cakap. Mak cik nak ke masuk hospital sebab kek budak kecil ni? Dahlah kecil, entahentah kek yang dia buat tu masam ke, terlampau manis ke. Kita mana tahu, kutuk Kira lagi. Awak! Apa? tanyanya selamba. Kira buat bodoh. Dia terus menyuap kek ke mulutnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kotomi melihat kek yang masih belum dimakannya. Sesuatu terlintas di dalam kepalanya. Kotomi tersenyum sinis. Dia terus mencapai piring dan....

APA yang berlaku? tanya Fuyuki tiba-tiba. Dia memandang ke arah kembarnya. Miyuki berhenti daripada melakukan kerjanya. Kenapa, Fuyuki? tanyanya. Aku dengar macam ada suara orang menjerit. Dari dapur agaknya, kata Fuyuki. Sebentar tadi, dia mendengar suara orang menjerit. Tetapi, dia tidak dapat mengagak suara siapakah itu. Mungkin ada orang menjerit sebab jumpa tikus atau lipas kut? teka Miyuki. Tikus dan lipas ada ke menghuni kat rumah ni? Sepanjang berbelas-belas tahun kita tinggal kat sini, tak pernah lagi aku jumpa binatang-binatang tu, kata Fuyuki lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya

44

Haruno Hana

berkerut seribu. Pelik! Dan dalam masa yang sama dia juga kehairanan. Betul jugak cakap kau. Balas Miyuki. Mereka berdua sama-sama menoleh ke belakang, melihat ke arah dapur.

45

Lovin' You

Bab 9
panggil, ajak Nori.

OTOMI, mari ikut kami ke bilik persediaan kraf tangan. Cikgu Sasakura

Kotomi mengangguk. Fail yang berisi lukisannya disimpan ke dalam beg. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan ke pintu kelas. Nori dan Ran sudah menunggunya di hadapan kelas. Cikgu Sasakura nak buat apa untuk kelas nanti? tanyanya. Ran mengangkat bahu. Tak pasti. Tapi, kelmarin aku nampak Cikgu Sasakura bawa masuk guni berisi kapas dalam kelas persediaan. Cikgu nak ajar buat anak patung agaknya, kata Ran. Anak patung? Patung beruang agaknya? teka Nori.

46

Haruno Hana

Mungkin. Lagipun, kita patut masuk silibus tu dalam bulan ni, kata Ran. Pintu bilik persediaan kraf tangan itu dibuka. Kotomi terkejut. Kira sedang bercakap dengan Cikgu Sasakura di dalam bilik itu. Dia cuba mengawal raut wajahnya. Peristiwa semalam menjengah mindanya. Baiklah, Masashi. Awak boleh pulang ke kelas sekarang. Kalau ada apa-apa, saya akan cari awak, kata Cikgu Sasakura. Kira mengangguk. Sebelum Kira keluar dari bilik itu, dia sempat mengerling ke arah Kotomi. Kotomi berpura-pura memandang perhiasan kaca yang terletak elok di atas meja gurunya. Tanpa berkata apa-apa, Kira keluar dari bilik itu. Pintu ditutup rapat. Hari ni cikgu akan ajar kamu semua buat anak patung kain. Tolong cikgu bawa semua peralatan ni ke kelas kraf tangan, boleh? Baik. Mereka bertiga mengusung kotak sederhana besar yang berisi tiga guni seperti mana yang dikatakan oleh Ran. Kotomi menjenguk ke dalam kotak itu. Dua bekas plastik turut berada di dalam kotak itu. Kelihatan butangbutang berwarna hitam berada di dalam bekas itu. Ada apa-apa lagi yang perlu kami tolong? tanya Kotomi. Cikgu Sasakura menggelengkan kepalanya. Tak ada. Kamu tolong bawa semua tu ke kelas, ye? Terima kasih.

47

Lovin' You

Mereka bertiga mengangguk. Belum sempat mereka keluar dari bilik itu, nama Kotomi dipanggil. Kotomi menoleh. Ada apa, cikgu? Cikgu ada perkara nak beritahu kamu. Nori, Ran, kamu berdua boleh pergi dulu, kata Cikgu Sasakura. Mereka berdua mengangguk. Kotomi mendekati Cikgu Sasakura. Masashi beritahu cikgu, dia nak kamu jadi pembantu dia untuk bekerja di belakang pentas. Betul ke? tanya Cikgu Sasakura. Wajah Kotomi dipandang lembut. Kotomi mengangguk. Cikgu setuju. Sepanjang dua tahun cikgu jadi guru kamu, kamu memang pandai mereka kostum. Cikgu rasa, cikgu nak buat pementasan muzikal Beauty and The Beast. Apa pendapat kamu? tanya Cikgu Sasakura. Dia mengeluarkan sebuah buku dari laci mejanya. Buku itu diserahkan kepada Kotomi. Cerita dongeng tu bagus juga. Tapi, cikgu kena cari pelajar yang pandai menari, berlakon dan menyanyi kalau cikgu nak buat pementasan muzikal. Bukan senang nak cari pelajar yang berbakat macam tu, kata Kotomi. Betul juga kata kamu. Macam nilah, kita buat pementasan Puteri Salji. Cerita dongeng ni memang popular di Jepun. Kamu boleh rujuk buku atau Internet. Tapi, cerita dongeng Puteri Salji terdapat dalam pelbagai versi. Cikgu nak cerita dongeng yang mana satu? tanya Kotomi. Kamu tahu cerita dongeng Puteri Salji yang mana keikhlasan pemuda tu berjaya mencairkan hati Puteri Salji yang dingin di akhir cerita?

48

Haruno Hana

Kotomi mengangguk. Cikgu Sasakura tersenyum. Kita guna cerita dongeng tu untuk pementasan nanti. Cikgu akan berbincang dengan kamu nanti. Kamu boleh mulakan lakaran untuk teater tu sekarang. Tengah hari esok, cikgu akan jalankan uji bakat. Datang ke Dewan Hanami pukul dua, cikgu perlukan kamu. Boleh? Baiklah, cikgu. Kotomi tunduk hormat sebelum keluar dari bilik itu.

KIRA berbaring di atas katilnya. Sudah beberapa kali dia mengubah posisinya di atas katil. Dia resah. Peristiwa petang kelmarin sudah beberapa kali menjengah mindanya. Peristiwa itu betul-betul membuatkan dia kagum dan... marah terhadap Kotomi. Dia bernasib baik hanya Mak Cik Inoue sahaja yang berada di dapur ketika itu. Jika tidak dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya. Kira ketawa kecil. Argh!!! Kira menekup mukanya. Krim kek telah menjadi topeng di mukanya. Kotomi ketawa. Dia menjilat krim yang masih berada di jarinya. Mak Cik Inoue terkejut. Terkejut dengan tindakan berani Kotomi. Kau gila ke? marah Kira. Dia segera menuju ke singki. Paip dibuka. Air yang mencurah keluar segera ditadah. Berulang kali dia menggosok mukanya. Tuala yang dihulur oleh Mak Cik Inoue segera diambil.

49

Lovin' You

Kotomi menekup mulut, menahan tawa. Kalau awak rasa awak nak ejek saya, baik awak fikir sepuluh kali sebelum awak lakukannya. Padan muka, pesan Kotomi. Dia menjelirkan lidahnya sebelum berlari keluar dari dapur. Mak Cik Inoue terpanar, tidak berani berkata apaapa. Gila, gumam Kira berulang kali. Budak tu spesies apa? Sebelum ni belum ada seorang pun yang berani buat aku macam ni. Dahlah aku ni majikan dia, tak sedar diri betul budak tu! Desis hatinya. Errr tuan muda? Tuan muda tak apa-apa? tanya Mak Cik Inoue teragak-agak. Kira mengangguk sekilas. Saya masuk dalam bilik dulu. Kata Kira perlahan sebelum berjalan keluar dari dapur. Mak Cik Inoue mengangguk. Ba baik.

KOTOMI meletakkan jarumnya di atas meja sebelum meneliti jahitannya pada patung beruang itu. Dia melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul satu lima belas minit pagi. Hanya dia yang masih berjaga. Miyuki dan Fuyuki sudah lama dibuai mimpi. Lampu bilik telah dipadamkan. Hanya sinaran lampu meja yang bersebelahan dengan katil Kotomi sahaja yang melimpahkan sinar di bilik itu. Kotomi mengeluh. Dari semalam lagi dia tidak bertegur sapa dengan Kira dek perbuatannya kelmarin.

50

Haruno Hana

Malah, dia langsung tidak menunggu Kira untuk ke sekolah bersama-sama. Dia kembali menunggang basikalnya kerana tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu. Dia mencebik secara tiba-tiba. Dah tua pun nak merajuk ke? Aku yang kena usik tiap-tiap hari tak merajuk pun. Sedang Kotomi asyik melayani fikirannya, dia dikejutkan dengan suatu bunyi yang merdu. Kotomi mendongak, memerhati ke arah tingkap. Nampaknya bunyi itu datang dari taman bunga ros, atau kawasan berhampiran dengan taman itu. Kotomi menelan liur. Hatinya kecut, tetapi dia memberanikan diri untuk keluar dari bilik itu. Bunyi apa tu? Macam bunyi piano aje. Tapi, aku tak pernah nampak piano pun kat sini. Kotomi berjalan dengan perlahan agar bunyi tapak kakinya tidak mengganggu lena penghuni rumah agam itu. Hanya lampu dinding bersinar kelam sepanjang jalan menuju ke hujung rumah itu. Taman bunga ros itu terletak berhampiran dengan bilik rahsia itu, dan bilik itu terletak di hujung rumah ini. Semakin lama bunyi merdu itu semakin kuat kedengaran. Kotomi melihat taman bunga ros itu dari pintu kaca. Kelam. Kedengaran air terjun mengalir dari kolam di taman. Bunyi tu datang dari bilik tu ke? Kotomi mengalih pandang ke arah bilik itu. Dia tidak nampak sebarang cahaya yang menerangi bilik itu. Dahinya berkerut. Bunyi itu semakin lama semakin perlahan lalu berhenti. Kotomi merapati bilik itu perlahan-lahan. Erk? Dia perasan pintu bilik itu dibuka. Dia segera bersembunyi di sebalik almari hiasan yang terletak bertentangan dengan jalan menuju ke bilik itu. Kotomi

51

Lovin' You

memeluk lututnya erat. Dia menggigil. Bunyi tapak kaki keluar dari bilik itu menarik perhatiannya. Dia mengangkat sedikit wajahnya namun dia tidak dapat mengecam siapakah yang keluar dari bilik itu. Siapa tu? Susuk tubuh itu hilang di dalam kegelapan. Selepas memastikan tiada orang berhampiran dengan tempat persembunyiannya, Kotomi segera melangkah menuju ke biliknya. Dia terus menghela nafas lega selepas pintu biliknya ditutup. Kotomi berbaring di atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuh, anak patung beruangnya didakap erat. Dia termenung panjang. Alunan merdu piano tadi kembali mengusik telinganya. Alunan irama itu sungguh merdu. Dia tidak dapat menafikannya. Perlahan-lahan, matanya dipejamkan. Kotomi terlelap.

52

Haruno Hana

Bab 10
Aaa okey! Okey! Sebentar! balasnya tergesagesa. Buku-bukunya dimasukkan ke dalam beg. Telefon bimbitnya disimpan ke dalam poket vest hitam yang dipakainya. Kotomi berlari-lari anak menuju ke pintu kelas. Maaf, cikgu. Saya. Cikgu Sasakura ketawa. Tak ada apa-apalah. Kebetulan cikgu baru habis mengajar kelas tahun pertama, cikgu terus ke sini. Mari, kita ke dewan. Kotomi mengangguk. Dia berjalan menuruti langkah gurunya itu. Cikgu lupa nak beritahu kamu, Setsuna akan terlibat dalam persembahan pentas, jadi kamu akan bekerjasama dengan dia, kata Cikgu Sasakura. Kotomi mengangkat wajahnya. Setsuna?

OTOMI, Cikgu Sasakura panggil! laung rakan sekelasnya.

53

Lovin' You

Cikgu Sasakura mengangguk. Kotomi terdiam. Dia kenal siapa Setsuna. Lelaki itu merupakan pelajar tahun ketiga jurusan perfileman. Namun apa yang lebih menarik, Setsuna merupakan salah seorang bintang remaja yang semakin meningkat naik. Dia juga merupakan pewaris tunggal kepada syarikat perkapalan milik datuknya. Selain Kira, Setsuna juga merupakan pujaan gadis di sekolahnya. Dia mengeluh. Kenapa Kotomi? tanya Cikgu Sasakura yang mendengar keluhannya. Kotomi tersengih. Entah. Saya rasa lain macam mungkin sebab Setsuna terlibat sama. Diakan penyanyi popular, manalah tau kalau dia tak suka bekerjasama dengan saya nanti, katanya. Kamu tak perlu bimbang. Cikgu kenal Setsuna. Dia bukannya jenis orang yang sombong. Tapi, mungkin sebab dia suka bersendirian... orang lain fikir dia tu sombong. Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang dia untuk punya ramai peminat, kan? kata Cikgu Sasakura. Oh heh heh. Pintu Dewan Hanami dibuka. Mereka berdua menuju ke belakang pentas. Di situ sudah ramai pelajar yang berkumpul untuk menjalani sesi uji bakat. Dari pengamatan Kotomi, kebanyakan pelajar perempuan mahupun lelaki yang datang untuk sesi uji bakat kebanyakannya dari kelas tarian atau muzik. Dia perasan, sebaik sahaja dia masuk bersamasama Cikgu Sasakura, ada sekumpulan gadis yang memandangnya dengan tajam. Apehal pulak dengan mereka tu? Tak pernah tengok orang ke? Kotomi?

54

Haruno Hana

Kotomi menoleh ke belakang sebaik sahaja dia terdengar namanya dipanggil. Dia terkejut. Kira! Apehal? Ikut aku. Cikgu Sumaragi nak jumpa, kata Kira perlahan. Dia segera berlalu sebelum sempat Kotomi berkata apa-apa. Kotomi mencebik. Nak gaduh dengan aku lagilah tu! Di hujung ruang, Cikgu Sumaragi sudah menantinya bersama Cikgu Sasakura. Kotomi menyapa kedua-duanya gurunya itu sebelum mengambil tempat di sisi Kira. Cikgu Sumaragi menghulurkan lima helai kertas bercetak kepada Kira dan Kotomi. Kotomi segera meneliti apa yang tercatat di atas kertas itu. Kamu akan tolong Kira laksanakan tugas dia. Tentang kostum pulak, cikgu dah minta tolong kawan kamu. Nori dan Ran akan tolong kamu siapkan kostum tu. Sekarang ni sesi uji bakat akan bermula, kamu boleh ikut cikgu. Mari, ajak Cikgu Sumaragi setelah memberikan penerangan. Mereka berdua mengangguk. Okey, semua! Sila ke hadapan pentas, umum Cikgu Sasakura. Kelompok pelajar tadi mengikut guru muda itu menuju ke hadapan pentas. Kotomi dan Kira turut menuju ke sana. Mereka turun dari pentas, duduk di tempat duduk penonton bersama guru-guru mereka. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Sekarang ini uji bakat akan dijalankan untuk mencari watak utama.

55

Lovin' You

Kotomi ketawa di dalam hati. Beberapa orang pelajar kelihatan terlalu kaku, sesetengah pula kelihatan terlalu menghayati lakonan mereka. Seronok jugak tengok uji bakat ni! Tanpa dia sedari, Kira asyik mengerling ke arahnya sejak uji bakat bermula lagi. Namun Kira tetap senyap. Kotomi menggosok matanya. Tanpa berkata apa-apa dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke tempat duduk penonton di hujung dewan. Dia mengeluarkan buku notanya serta pensel. Dia mula melakar kostum untuk Puteri Salji dan pengembara itu. MP3 dipasang. Lagu Stand by U berkumandang di telinga. Mata pensel menari di atas kertas. Kotomi asyik dengan dunianya tanpa menyedari ada seseorang duduk di sisinya. Kotomi? Senyap. Kotomi? Suaranya dikuatkan sedikit. Senyap. Dia mengeluh. Fon telinga ditarik dari telinga Kotomi. Kotomi terkejut. Apesal tiba-tiba senyap aje ni? Dia menoleh ke sisinya. Kira duduk tenang di sebelahnya. Tangan kanannya memegang fon telinga putih milik gadis itu. Kotomi mencebik. Tanpa berkata apa-apa, dia terus merampas kembali fon telinga itu. Sebaik sahaja fon itu selamat berada di telinganya dia terus bangun dari duduknya, berjalan menuju ke belakang pentas. Di situ, dia duduk di atas sebuah meja yang terletak berhampiran dengan sebuah almari. Kakinya terjuntai ke bawah. Kotomi menyambung rekaannya kembali.

56

Haruno Hana

Cik? Ada orang panggil aku ke? Fon telinga sebelah kanan dicabut. Kotomi mengangkat wajah. Seorang pelajar lelaki berdiri di hadapannya. Keningnya bercantum. Wajah pelajar itu seperti dikenalinya, namun dia tidak dapat mengingatinya dengan jelas. Setelah lama berfikir barulah dia perasan. Setsuna! Ada apa? tanyanya selamba. Dia cuba mengawal rasa terkejutnya. Dia turun dari meja itu, berdiri di hadapan idola remaja terkenal itu. Sebagaimana dia berhadapan dengan Kira, dia terpaksa mendongak untuk melihat wajah Setsuna. Kotomi merungut di dalam hati. Kenapalah mamat ni tinggi macam musuh aku tu? Aku ni dahlah tak cukup ketinggian. Nak cakap pendek, tak sampai hati pulak! Huh! Ada nampak Cikgu Sasakura tak? Dah lama saya cari dia, tanya lelaki itu berhemah. Cikgu Sasakura kat hadapan pentas. Sekarang ni sesi uji bakat bermula. Awak boleh cari dia kat sana, kata Kotomi. Dia memakai semula fon telinga. Terima kasih. Ucap Setsuna. Kotomi mengangguk perlahan sebelum kembali duduk di atas meja, meneruskan kerjanya. Setsuna berlalu pergi. Sambil mengorak langkah ke hadapan pentas, dia sempat memandang Kotomi yang sedang asyik menyudahkan rekaannya. Dia berhenti, berfikir sejenak sebelum kembali menyambung langkahnya.

57

Lovin' You

JAM di tangan menunjukkan pukul lima petang. Sudah lima belas minit dia keluar dari Dewan Hanami menuju ke bangunan sekolah. Sengaja dia keluar awal dari dewan itu untuk mengelakkan diri daripada Kira. Dia juga perlu ke Dewan Besar. Dewan Besar yang terletak di bangunan pertama sekolah itu menempatkan lokar para pelajar. Pintu pagar utama sekolah terletak bertentangan dengan bangunan itu. Kebiasaannya, pintu yang menghubungkan Dewan Besar dengan bangunan sekolah akan dibuka demi memudahkan pelajar memasukinya. Kotomi memerhati sekeliling bangunan sekolah. Sepi. Kebanyakan pelajar yang mempunyai aktiviti kelab sudah pulang. Mungkin hanya pelajar yang terlibat dengan pementasan itu sahaja yang masih berada di dalam sekolah ini. Senyap semacam aje. Dahlah sekolah ni besar, baik aku cepat, katanya sendirian. Kotomi menguatkan cengkaman pada beg sandangnya dan mempercepatlan langkahnya. Namun, ada sesuatu yang membuatkan dia berhenti tanpa dia sedar. Simfoni. Bunyi simfoni kedengaran dari sisinya. Kotomi menoleh ke kanan. Bilik piano! Alunan simfoni merdu itu menarik perhatiannya. Tombol pintu dicapai, tetapi ada sesuatu yang menghalang niatnya. Dia teringatkan peristiwa semalam. Masih jelas terngiang di telinganya alunan merdu semalam. Dia mengeluh. Siapa yang berada di dalam bilik tu? Tapi, bilik tu bilik Kira. Mungkin dia, tapi.... takkan dia tak tidur lagi lewat malam semalam? Cik?

58

Haruno Hana

Ha? Kotomi mendongak. Sesusuk tubuh berdiri di hadapannya. Cik buat apa kat sini? Cik nak masuk ke? tanya pelajar lelaki itu. Errr awak. Fikirannya kabur. Saya Setsuna. Kita ada bertemu tadi di belakang pentas, kata pelajar lelaki itu. Riak wajah Kotomi berubah terkejut. Pipinya memerah. Ma maaf. Saya sebenarnya... errr.... Setsuna mengukir senyum. Dia keluar dari bilik piano itu dan menutup pintu. Dia berdiri menghadap gadis kecil itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Kinimoto Kotomi emmm awak tak kisah kalau saya panggil awak Kotomi? Walaupun kita baru kenal? tanya Setsuna. Pandangannya tertumpu pada tanda nama yang dipinkan di atas lencana sekolah. Oh! Okey. Saya tak berniat nak mengganggu, cuma awak ke yang bermain piano tadi? Spontan Kotomi bertanya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebaik sahaja dia melontarkan soalan itu, dia merasakan mahu sahaja dia membenamkan mukanya ke dalam air. Pipinya bertambah merah. Kenapalah aku tanya soalan tu? Hesy! Bodohnya! Setsuna ketawa. Haah. Awak nak ke mana sebenarnya? Dah lewat petang ni. Saya nak ke Dewan Besar. Saya pergi dulu. Maaf kalau mengganggu, kata gadis itu seraya mengangguk kecil. Dia baru sahaja mengatur langkah sebelum namanya dipanggil kembali.

59

Lovin' You

Ada apa? tanyanya. Cikgu Sasakura beritahu saya, awak yang bertanggungjawab dalam lakaran kostum. Gembira bekerjasama dengan awak, kata Setsuna. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Oh, baik. Saya pergi dulu. Jumpa lagi, balas Kotomi. Setsuna masuk kembali ke dalam bilik piano itu. Kotomi berlari-lari anak menuju ke Dewan Besar. Sesekali dia melihat pada jam tangannya. Bibirnya juga mengomel kecil. Kesunyian menyelubungi Dewan Besar. Hanya dia sahaja yang berada di dalam dewan itu. Dia memperlahankan langkah, menuju ke lokarnya. Pintu lokar dibuka. Apa ni? Kotak? Sebuah kotak kecil terletak elok di dalam lokarnya. Dia mencapai kotak itu. Tiada nama pengirim. Kotomi memandang sekelilingnya. Tiada sesiapa yang berada di dalam dewan ini selain daripadanya. Dia membuka penutup kotak itu. Argh!!!!

SELURUH tubuhnya menggigil ketakutan. Selimut yang menyelimuti tubuhnya ditarik rapat. Nafasnya sesak. Bibirnya bergetar, wajahnya pucat. Dia langsung tidak menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Macam mana boleh terjadi macam ni? Cikgu Inari menyoal.

60

Haruno Hana

Wanita itu merupakan guru yang bertanggungjawab terhadap bilik sakit sekolah. Dia mencatat sesuatu di dalam fail sebelum kembali menghadap Kotomi. Saya tak pasti, tapi saya jumpa satu kotak yang berisi katak dan tikus mati yang masih berdarah berdekatan dengannya, kata Setsuna. Macam mana kamu boleh ada dekat dengan dia? tanya Cikgu Inari lagi. Saya berada di dalam bilik piano masa tu. Kami juga sempat bercakap sebentar sebelum dia ke Dewan Besar. Saya baru aje nak kunci pintu bilik piano masa saya dengar dia menjerit, terangnya. Peristiwa tadi kembali menerjah ke minda Setsuna. Dia baru sahaja ingin mengunci pintu bilik piano apabila dia terdengar jeritan Kotomi. Mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi, dia bergegas ke Dewan Besar. Alangkah terkejutnya dia sebaik sahaja melihat Kotomi terduduk di atas lantai sambil menggigil ketakutan. Sebuah kotak kecil yang telah terbuka penutupnya ada di sisinya. Begitu juga dengan beberapa ekor bangkai tikus dan katak yang masih berdarah ada di dalam kotak tersebut. Cikgu perlu telefon penjaganya. Kamu tahu dia tinggal dengan siapa? Apa yang saya dengar, dia sekarang tinggal bersama Kira. Cikgu nak telefon Kira ke? Ya. Tak payahlah, cikgu. Biar saya hantar dia pulang. Saya tinggal satu taman perumahan dengan Kira. Baguslah kalau macam tu. Biar cikgu tolong papah dia ke kereta.

61

Lovin' You

Baik.

KIRA melihat jam di dinding. Tujuh setengah malam. Dia mengeluh. Kotomi masih belum pulang dari sekolah. Pada mulanya, dia menjangkakan gadis itu sudah pulang ke Haru Mansion, apatah lagi Kotomi sudah keluar dari Dewan Hanami lebih awal daripadanya. Kira berjalan menuju ke tingkap. MP3 dikeluarkan. Dia tersenyum. Teringat akan Kotomi yang telinganya sentiasa tersumbat dengan earphone kerana mendengar lagu. Butang play ditekan. Schuberts Serenade kedengaran di telinganya. Kira menyukai simfoni. Schuberts Serenade merupakan kegemarannya selain daripada karya Mozart dan Beethoven. Tuan muda? Kira menoleh ke belakang. Pak Cik Ozu berdiri di belakangnya. Ada apa, pak cik? Kotomi masih belum pulang. Tuan muda tahu dia ke mana? Kira menggeleng. Jangan risau, budak tu tentu pulang nanti. Kita tunggu aje, katanya. Dia kembali menghadap tingkap. Ada kereta berhenti di hadapan pagar rumahnya. Dahi Kira berkerut. Siapa tu, pak cik? Kira mengecilkan matanya, cuba mengecam dua susuk tubuh yang berdiri menghadap rumahnya. Dia terkejut.

62

Haruno Hana

Tanpa berkata apa-apa, dia segera keluar dari rumahnya, menuju ke pagar. Memang sah! Kotomi! Di sisinya seorang pelajar lelaki berdiri. Dia kenal pelajar lelaki itu. Langkahnya dipercepatkan. Kenapa kau pulang lewat? tanyanya kasar sambil berjalan. Kotomi terkejut. Dia memandang ke arah Kira. Kira mendekati Kotomi dan Setsuna. Matanya mencerlung tajam. Kotomi senyap, menunduk memandang tanah. Maaf, aku tak nak masuk campur. Tapi, dia ada masalah tadi, kata Setsuna. Ye ke? Kira bersuara tanpa perasaan. Kau masuk ke dalam dulu. Tunggu kat ruang tamu, arahnya. Kotomi mengangguk. Dia mengambil begnya dari tangan Setsuna, berjalan masuk ke dalam rumah. Dia masih lemah. Peristiwa tadi masih menghantuinya. Kenapa dengan dia? tanya Kira sebaik sahaja Kotomi masuk ke dalam rumah. Nada suaranya mendatar. Dia mengalih pandang ke arah Setsuna. Dia terkejut. Ada pelajar letakkan kotak berisi bangkai katak dan tikus yang masih berdarah di dalam lokarnya. Aku yang jumpa dia tadi, terang Setsuna. Apa? Setsuna mengangguk. Aku rasa tu kerja peminat kau. Mungkin mereka cemburu kau rapat dengan dia. Senyap. Aku balik dulu. Lebih baik kau jaga dia dengan

63

Lovin' You

baik lepas ni. Kita tak tahu kalau kejadian macam ni akan berlaku lagi, pesan Setsuna. Dia menepuk bahu Kira sebelum berjalan pergi. Kira mengangguk. Dia menoleh ke belakang, ke arah rumahnya. Dia berjalan masuk dengan tergesa-gesa. Kotomi sedang menunggu di ruang tamu. Pak Cik Ozu dan Mak Cik Inoue ada di sisinya. Fuyuki dan Miyuki turut berada di situ. Kau tak apa-apa? tanyanya lembut. Kotomi tergamam. Dia mengangkat wajah, melihat ke arah Kira. Perlahan-lahan, dia mengangguk. Kira mengeluh. Mak Cik Inoue, bawa Kotomi masuk bilik. Lepas dia mandi dan makan, saya akan jumpa dia di bilik. Mak Cik Inoue mangangguk. Baik, tuan muda. Fuyuki dan Miyuki memegang bahu Kotomi, menyokongnya agar tidak jatuh. Mak Cik Inoue menuruti mereka. Pak Cik Ozu masih di situ, menemani Kira yang kelihatan gelisah. Kira meraup wajahnya. Apa yang dah berlaku, tuan muda? Pak cik dah tanya pada Kotomi, tapi dia tak nak cakap apa-apa. Salah saya. Maksud tuan muda? Mungkin ni perbuatan pelajar perempuan sekolah saya. Pak cikkan tahu, mereka akan buat apa sahaja untuk mendekati saya, malah untuk menghapuskan gadis yang rapat dengan saya, katanya perlahan.

64

Haruno Hana

Bahaya bagi Kotomi. Ya.

MULAI sekarang, kalau kau nak ke mana-mana pastikan ada orang yang temankan kau. Aku risau kalau perkara macam ni akan terjadi lagi. Esok tak payah ke sekolah. Rehat dulu di rumah. Cikgu Inari dah beri kebenaran, arah Kira yang berada di dalam bilik Kotomi. Mak Cik Inoue dan Pak Cik Ozu yang turut berada di situ menganggukkan kepala masing-masing. Pucat di wajah Kotomi sudah berkurangan. Bibirnya juga sudah merah kembali. Tak ada apa-apalah. Tadi saya cuma terkejut aje, kata Kotomi. Dia mengukirkan senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu sesiapa pun bimbang akan dirinya. Kotomi. Suara Kira bergetar. Betul. Jangan bimbang, kata Kotomi lagi. Walau ke mana kau nak pergi, pastikan kau berteman. Ini arahan aku. Aku akan beritahu Nori dan Ran esok. Kau ke sekolah dengan aku. Jangan tunggang basikal lagi. Nak keluar dari rumah ni pun pastikan ada orang temankan. Kalau bukan Fuyuki atau Miyuki, aku yang akan temankan kau. Faham? tegas Kira. Mana boleh! bantah Kotomi. Muktamad! putus Kira. Kira berjalan keluar dari bilik itu. Wajahnya tegang. Pak Cik Ozu menuruti langkahnya.

65

Lovin' You

Mak Cik Inoue memeluk bahu Kotomi. Dia menepuk-nepuk lembut bahu gadis itu. Ikut aje apa yang tuan muda arahkan. Dia bimbangkan keselamatan kamu. Kalau apa-apa terjadi pada kamu, macam mana kami nak beritahu pada nenek saudara kamu, mak kamu? Tentu Kotomi tak nak mereka bimbang, kan? pujuk Mak Cik Inoue. Wajah Kotomi dipandang lembut. Emmm. Sudahlah, pergi tidur. Ikut kata tuan muda, ye? Kotomi mengangguk perlahan. Dia membaringkan diri di atas katil. Selimut ditarik. Mak Cik Inoue mengucup dahi Kotomi sebelum keluar dari bilik itu. Lampu dipadamkan, hanya lampu meja sebelah katil Kotomi sahaja yang masih melimpahkan sinarnya. Pintu bilik ditutup.

66

Haruno Hana

Bab 11
ETUL ke apa yang kau cakap ni? Shin bangun dari duduknya sebaik sahaja Kira selesai bercakap. Wajah Kira dipandang cemas. Toma dan Hiro yang pada asalnya sedang bertanding bola keranjang satu lawan satu di tengah gelanggang, turut berlari mendekati mereka berdua. Kira dan Shin baru sahaja berehat di luar gelanggang sebelum Kira menceritakan apa yang berlaku kepada mereka bertiga. Sekarang merupakan waktu rehat. Kebiasaannya, mereka berempat akan ke gelanggang bola keranjang. Mereka akan bermain bersama-sama rakan sekelas yang lain, tetapi hari ini Kira memilih untuk bermain bersama rakan-rakan karibnya sahaja. Ada perkara yang perlu diceritakan kepada mereka bertiga. Siapa hantar dia pulang semalam? tanya Hiro. Setsuna. Apa kau cakap?

67

Lovin' You

Kira mengangguk. Dia duduk sambil menengadah ke langit. Langit biru yang terbentang luas menenangkan hatinya. Dia mengeluh. Korang gaduh tak semalam? Kira menggeleng. Dia cuma cakap apa yang berlaku pada Kotomi aje. Seolah-olah, dia tak kenal aku pun. Kira menggelengkan kepalanya berulang kali. Tidak mahu mengingati peristiwa yang terjadi di antara dia dengan Setsuna. Pada mulanya, Setsuna merupakan sahabatnya juga walaupun dia tidak satu kumpulan dengan mereka berempat. Sahabat sejak di menengah rendah. Mereka sama-sama mempunyai impian. Namun, kerana peristiwa itulah, hubungan mereka menjadi renggang. Peristiwa yang menyebabkan dia tidak lagi bertegur sapa dengan Setsuna. Salahnya. Dia cemburukan Setsuna yang sudah mencapai impiannya dan disertai dengan galakan keluarganya, sedangkan dia... impiannya ditentang hebat oleh ibu bapanya sendiri. Impiannya sejak kecil. Sudahlah. Berbalik pada Kotomi pulak. Habis tu, kau suruh Kotomi buat apa lepas tu? tanya Toma termengahmengah. Nafasnya semput. Tuala yang dihulur oleh Kira diambil lalu dilap di muka. Peluh merintik dari dahinya. Hari ni dia tak datang sekolah. Aku dah pesan, kalau nak pergi ke mana-mana, ajak kawan-kawan dia. Aku tak nak perkara sama berlaku lagi. Apa yang berlaku semalam itu pun dah buat aku risau, apatah lagi kalau perkara lain turut berlaku. Tapi, betul ke Si Yui dengan geng dia yang lakukan? Kita tak ada bukti, kata Hiro pula sesudah meneguk air mineral. Dia menyapu mulut dengan belakang

68

Haruno Hana

tangannya sebelum menyambung, lagipun, belum tentu itu perbuatan mereka. Hampir semua pelajar perempuan kat sekolah ni minat kau, kita tak boleh agak yang mana satu. Shin mengangguk. Apa yang kau cakap tu betul. Tapi, kan kita semua tahu. Si Yui tu memang obses dengan Kira. Sejak dari hari pertama dia mendaftar di sekolah ini. Hiro ketawa. Korang ingat tak masa pendaftaran pelajar baru tahun lepas? Lawak gila! Aku boleh ketawa sampai terguling bila ingat pasal tu. Ketawa Hiro semakin kuat. Dia menekan perutnya, menahan tawa. Toma dan Shin turut menyertai Hiro. Berdekahdekah mereka ketawa. Kira tersengih lucu. Sudahlah korang. Aku dah tak nak ingat. Buat malu aje. Aku tak boleh bayangkan kalau aku ni Yui. Boleh dia buat muka selamba cakap kat Kira yang dia suka Kira. Dah la rambut dia tertumpah smoothies aku, cakap pulak kat khalayak ramai. Hari pertama sekolah pulak tu. Yang paling memalukan masa Kira... kata-kata Toma terhenti, disambung oleh Kira. Masa aku curah susu atas kepala dia dan cakap, baik kau pergi bandingkan muka kau dengan mangkuk tandas dulu sebelum kau cakap kau suka aku dan nak aku jadi teman lelaki kau. Malu wo! Dah la depan orang ramai, lepas tu kau suruh dia bandingkan muka dia dengan mangkuk tandas. Padanlah dengan muka dia. Aku tengah tension masa dia cakap benda tu. Nasiblah, kata Kira sambil ketawa sinis.

69

Lovin' You

Tapi, Yui tu comel jugak, komen Toma. Kau nak ke? Ambillah, aku tak nak perempuan macam dia. Kira bangun dari duduknya. Beg sukan digalas ke bahu. Dia mencapai tuala dan botol air sebelum mula mengatur langkah. Tak nak aku. Aku nak letak mana Si Kaori tu? Aku... wei, kau nak ke mana tu? laung Toma sebaik sahaja dia menyedari Kira sudah berlalu pergi ke bangunan sekolah. Shin dan Hiro turut mengambil barang-barang mereka sebelum menyertai Kira. Ke bilik mandi. Masa rehat dah nak habis! Laung Kira kembali.

KOTOMI mana? Kira berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar pertanyaan itu. Dia menoleh ke belakang. Wajahnya berubah. Apa kaitan dia dengan kau? tanya Kira dingin. Langsung tidak memandang muka pemuda itu. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Setsuna tersenyum. Dia dah jadi kawan aku. Lagipun, aku risau kalau sesuatu macam tu berlaku lagi padanya. Kotomi budak baik. Aku boleh nampak walaupun aku baru kenal dia, kata Setsuna. Dia tak ke sekolah hari ni. Boleh aku melawat dia? Apa maksud kau?

70

Haruno Hana

Salah ke kalau aku melawat dia? Atau kau cemburu? duga Setsuna. Mengarut! Dia tu cuma cucu pekerja rumah aku aje, bidas Kira. Aku rasa tak salah kalau kau sukakan dia. Kira merengus. Setsuna berjalan melepasi bahu Kira. Aku akan ke rumah kau lepas sekolah. Aku nak melawat dia. Senyap. Kita sama. Kau dan aku sama-sama tak pernah jatuh cinta, sama-sama anggap perasaan tu tak betul. Tapi, macam mana kalau suatu hari nanti, aku kata yang aku.... Senyap. Aku cintakan Kotomi? Selesai sahaja mengucapkan kata-kata itu, Setsuna menghela nafas sebelum menyambung kata, mungkin kau anggap aku dah tak betul, sebab aku cakap benda macam ni walaupun aku baru aje sehari kenal dia. Tapi, aku rasa kalau berkaitan dengan Kotomi, ianya tak mustahil. Aku boleh nampak sesuatu dalam diri dia. Dan, aku nak tengok.... Nafas Kira tersekat. Macam mana seorang gadis miskin ibarat Cinderella dapat mencairkan hati batu seorang pemuda yang hidupnya umpama Putera Raja. Setsuna tersenyum sinis. Dia melambai tangan kepada Kira sambil berjalan pergi. Kira kekal berdiri di situ. Mindanya kosong. Dan, kata-kata Setsuna berlegar-legar di ruang mindanya.

71

Lovin' You

Bab 12
AMBANGAN bunga ros putih itu dicium berulang kali. Kotomi mengukir senyum kepada orang yang memberikan jambangan ros itu. Lesung pipitnya terserlah. Kedua-dua matanya bulat bersinar. Terima kasih, ucapnya. Setsuna tersenyum. Awak suka? Saya tak tau nak pilih bunga yang mana satu, kata Setsuna sambil ketawa. Kotomi tersenyum lagi. Nasib awak baik. Saya memang sukakan ros putih. Kotomi membawa Setsuna ke ruang tamu. Hari ini dia cuma memakai t-shirt putih lengan panjang dan seluar jean paras lutut sahaja. Mak Cik Inoue melarang dia memakai uniformnya, alasan Mak Cik Inoue hari ini dia perlu berehat. Kotomi hanya menurut sahaja perintah wanita itu. Sebentar, saya nak ke dapur. Tunggu ye? kata Kotomi.

72

Haruno Hana

Setsuna mengangguk. Baiklah. Kotomi segera berlari menuju ke dapur. Setsuna menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil. Lucu melihat tingkah Kotomi. Dia bangun dari sofa empuk itu, berjalan menuju ke dinding. Dia melihat bingkai gambar berwarna keemasan yang tergantung di dinding itu. Kesemua ahli keluarga Masashi berada di dalam gambar itu. Tuan Muda Setsuna? Setsuna menoleh. Wajah Pak Cik Ozu menggamit pandangan. Setsuna tersenyum lantas tunduk hormat. Lama kita tak jumpa, pak cik. Pak Cik Ozu mengangguk. Hampir dua tahun. Sejak... Sejak hari tu potong Setsuna perlahan. Pak Cik Ozu mengeluh. Lelaki tua itu mengangguk setuju. Suasana sepi sejenak. Mereka berdua membisu. Kenapa tuan muda ke sini? Pak Cik Ozu memecahkan kesunyian antara mereka. Dia mahu tahu keadaan Setsuna setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. Sejak hari itu. Tuan muda dah.... Setsuna menggeleng. Dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh lelaki tua itu. Bukan, pak cik. Saya datang jenguk Kotomi. Saya baru aje kenal dia, terang Setsuna. Pak Cik Ozu mengangguk. Pak cik? Pak Cik Ozu mendongak. Memandang tepat ke arah wajah anak muda itu.

73

Lovin' You

Macam mana dengan Kira? Akhirnya terluah jua apa yang sekian lama dipendamkan olehnya. Sudah lama dia ingin tahu keadaan Kira, namun keadaan tidak mengizinkan. Semuanya kerana perkara itu. Tuan Muda Kira baik-baik sahaja. Tapi, dia lebih memendam perasaan sekarang. Buat masa ni, dia suka berada di dalam bilik tu. Nasib Tuan Muda Kira baik, sekarang ni Tuan Masashi dan Puan Masashi tiada di rumah, cerita Pak Cik Ozu. Pak cik dan mak cik ke mana? tanya Setsuna. Paris. Tuan Masashi ada urusan di sana. Setsuna mengangguk. Saya harap sangat keadaan boleh kembali seperti dulu. Saya tak salahkan Kira, saya tahu kenapa dia jadi macam tu. Saya cuma boleh doakan pak cik akan benarkan dia kejar impian dia. Saya kasihankan Kira. Sudah lama dia ingin lihat impiannya terlaksana. Sejak datuknya meninggal dunia, kata Setsuna ikhlas. Mereka berdua sama-sama mengejar impian. Setsuna sudah mencapai impian untuk bergelar penyanyi. Itulah apa yang diidamkannya sejak sekian lama. Nasibnya baik, dia diterima dengan baik di dalam industri hiburan. Malahan, dia lebih popular berbanding artis-artis yang sudah sekian lama bertapak di dalam bidang itu. Sedangkan Kira.... Pak cik yakin Tuan Muda Setsuna boleh berbaik semula dengan Tuan Muda Kira. Sekarang, tuan muda ada rakan-rakan yang menyokong di sisinya. Malah, dia yang dingin dengan perempuan sudah boleh berkawan baik dengan Kotomi, kata Pak Cik Ozu.

74

Haruno Hana

Setsuna mengangguk. Tuan muda? Ya? Pak cik nak minta tolong. Jika Tuan Muda Kira benar-benar tidak dapat mencapai impiannya, pak cik harap Tuan Muda Setsuna akan tetap berada di sisinya, kata Pak Cik Ozu perlahan. Baiklah, pak cik. Kedua-duanya berdiam diri. Di dalam kesepian itu, mereka tidak menyangka ada orang lain yang mendengar perbualan mereka. Kotomi turut diam. Sudah lama dia bersembunyi di sebalik dinding. Pada mulanya dia mahu menyertai mereka berdua, tetapi sebaik sahaja mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Setsuna, dia segera bersembunyi. Apa maksud Setsuna? Dia kawan baik Kira ke? Impian yang tak tercapai? Impian apa?

LANGKAH diatur perlahan menuju ke dapur. Kotomi mengeluh. Tekak yang haus memaksa dia meredah kegelapan rumah besar itu untuk ke dapur. Nasibnya kurang baik, bekas yang dikhaskan untuk menyimpan air di dalam biliknya telah kehabisan air. Miyuki terlupa bahawa malam ini gilirannya untuk mengisi air. Selang dua hari, mereka akan bergilir-gilir mengisi air di dalam bekas itu. Mungkin kerana keletihan menjalankan aktiviti-aktiviti di universiti membuatkan gadis itu terlupa. Apalah malang nasib aku ni? Dahlah rumah ni besar, tengah-tengah malam pulak tu!

75

Lovin' You

Kotomi masuk ke dapur tanpa membuka lampu. Dia membuka pintu peti sejuk, mengambil sebotol besar air mineral yang disimpan di dalam peti sejuk tersebut. Gelas dicapai. Tegukan demi tegukan masuk ke dalam mulutnya. Kotomi tersenyum lega. Dia kembali menyimpan botol air mineral itu. Eh? Kotomi menoleh ke pintu dapur. Simfoni yang didengarnya tempoh hari kedengaran lagi. Kotomi tergamam. Sudah lama dia melupakan peristiwa tempoh hari, namun simfoni itu kedengaran lagi. Siapa yang main piano ni? Kira ke? Apa yang dia buat tengah malam macam ni? Kakinya menapak menuju ke hujung rumah agam itu. Gelap. Simfoni semakin kuat kedengaran. Kotomi meneguk liur. Dia bersembunyi di sebalik almari, perlahanlahan kepalanya dijengukkan ke luar. Pintu bilik itu tertutup rapat. Kotomi melangkah merapati pintu bilik itu. Hatinya berdebar. Mindanya dikuasai dengan bayangan yang menakutkan. Ke... bilik ni berhantu? Ish!!! Takkanlah! Krak! Alamak! Sisi almari kembali menjadi tempat persembunyiannya. Dia menjenguk sedikit. Dia nampak ada seorang lelaki keluar dari bilik itu, tetapi dia tidak dapat mengecam wajah lelaki itu di dalam kegelapan. Seperti tempoh hari, lembaga itu segera menghilang di dalam kegelapan. Kira ke?

76

Haruno Hana

Kotomi berdiri membelakangi almari. Fikirannya mencerna sesuatu. Perbualan di antara Setsuna dengan Pak Cik Ozu petang tadi kembali bermain di minda. Simfoni tadi juga kembali terngiang-ngiang di telinganya. Bilik ni ada kaitan dengan apa yang dimaksudkan oleh Setsuna tadi ke? Impian? Apa tu? Takkanlah Kira nak jadi penyanyi macam Setsuna jugak? Ish!!! Takkan la... takkan. Atau, Kira nak jadi... pemain piano?

77

Lovin' You

Bab 13
OTOMI berjalan bersendirian menuju ke bilik persediaan kraf tangan. Hatinya kecut. Macam mana kalau dia tiba-tiba sahaja terserempak dengan Kira? Kira tentu akan memarahinya kerana berjalan seorang diri. Nori dan Ran tidak dapat menemaninya kerana mereka berdua telah dipanggil oleh Encik Yoshui, guru Pendidikan Jasmani mereka untuk mengemas stor sukan yang terletak di dalam gimnasium. Masuk. Kedengaran suara Cikgu Sasakura dari dalam bilik setelah pintu diketuk perlahan. Pintu ditolak sedikit. Kotomi menjenguk ke dalam. Dia menghela nafas lega. Yeah! Kira tak ada! Selamat aku. Sangkanya, Kira tentu akan berada di dalam bilik itu juga. Sejak kebelakangan ini, Cikgu Sasakura sering meminta Kira berjumpa dengannya memandangkan Kira merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian pementasan. Nasibnya baik. Kalaulah

78

Haruno Hana

Kira tahu dia berjalan tanpa ditemani sesiapa, bersiap sedialah dia menadah telinga mendengar leteran Kira. Kotomi melangkah masuk dengan wajah yang ceria. Selamat pagi cikgu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Cikgu Sasakura menarik tangan Kotomi. Wajah Kotomi dipandang risau. Raut wajahnya menandakan ada sesuatu yang membimbangkannya. Errr... kenapa, cikgu? tanya Kotomi. Dia kehairanan. Tiba-tiba sahaja raut wajah gurunya berubah. Kamu tak apa-apa, kan? Risau betul cikgu bila Masashi cakap kamu ditimpa musibah, kata Cikgu Sasakura. Apa? Bila masa pulaklah mamat tu bukak mulut cerita pasal aku? Bila Kira cerita pada cikgu? tanya Kotomi hairan. Sebelum sempat Cikgu Sasakura menjawab pertanyaan, suatu suara yang cukup dikenalinya mencelah perbualan mereka. Aku baru aje cakap tadi. Kira keluar dari sebalik dinding yang memisahkan ruang hadapan dan ruang belakang bilik itu. Riak di wajah Kotomi berubah terkejut. Wajah Kira pula masih kelihatan biasa. Tenang sahaja dia melambung-lambungkan bola kecil di tangan. Cikgu Sasakura tersenyum. Dia memandang Kira sekilas sebelum pandangannya tertumpu pada Kotomi kembali. Tangan Kotomi dielus perlahan. Masashi baru aje beritahu cikgu semuanya. Cikgu nak kamu berhati-hati selalu, ye? Dalam minggu ni, kamu tak payah datang untuk pementasan tu, usul Cikgu Sasakura.

79

Lovin' You

Kotomi kaget. Tapi, macam mana dengan kerja-kerja saya? tanya Kotomi. Wajah Kira dipandang geram. Kira tersenyum sinis. Bola kecil itu dilambung ke udara berulang kali dengan gerakan perlahan. Sebelah tangannya diletak di dalam poket. Santai dia bersandar pada dinding. Pandangan marah Kotomi langsung tidak dihiraukannya. Tak apa. Apa kata kalau minggu ni kamu cuma buat lakaran untuk kostum-kostum tu? Minggu depan cikgu boleh tengok, pujuk Cikgu Sasakura. Raut wajah Cikgu Sasakura dipandang lama. Kotomi serba salah. Dia mahu menyertai rakan-rakannya yang lain di dewan, tetapi dia tidak sampai hati hendak mengecewakan guru yang risau akan dirinya. Tanpa pilihan, dia mengangguk perlahan. Cikgu Sasakura tersenyum. Jangan risau. Cikgu takkan singkirkan kamu dari persiapan untuk pementasan ni. Cuma cikgu nak kamu berehat dahulu minggu ni, okey? Angguk. Baiklah, kamu berdua boleh masuk ke kelas sekarang. Cikgu pun ada hal sikit. Cikgu pergi dulu, kata Cikgu Sasakura menamatkan perbualan. Kira dan Kotomi mengangguk hormat sebelum guru muda itu keluar dari bilik itu. Kenapa kau ke sini seorang diri? Bukan ke aku dah kata, kalau nak ke mana-mana mesti berteman! Nori dan Ran mana? kata Kira keras sebaik sahaja pintu bilik persediaan kraf tangan ditutup. Kotomi mencebik.

80

Haruno Hana

Tak ada apa-apalah. Lagipun, mereka berdua ada hal. Tak dapat dielakkan, kata Kotomi. Wajah Kira tidak dipandangnya langsung. Ei!!! Geram! Geram!!!! Kau ni memang budak kecik yang tak dengar apa orang lain kata, kan? Dasar budak kecik. Menyusahkan orang aje yang kau tahu, kutuk Kira. Apa? Hei! Dahi Kira ditujah kuat. Muka Kotomi merah padam. Peristiwa yang berlalu beberapa minggu lalu kembali bermain di dalam ingatannya. Dia bercekak pinggang. Awak nak kena macam tempoh hari ke? Dasar bongkak! Macam manalah Pak Cik Ozu boleh tahan dengan perangai awak? Entah-entah, Pak Cik Ozu tu pernah kena serangan jantung sebab perangai awak ni! marah Kotomi. Kira menggosok dahinya berulang kali. Matanya mencerlung marah. Mukanya sama merah dengan muka Kotomi yang menahan marah. Kau! Kira baru sahaja ingin melontarkan amarahnya sebelum cakapnya dipotong oleh seseorang. Apehal ni? Kotomi dan Kira sama-sama menoleh ke sisi. Setsuna berdiri tenang di sebelah Kotomi. Kotomi tersengih. Tak ada apa-apalah. Kami cuma Apa kau buat kat sini? tanya Kira dengan nada suara yang mendatar. Matanya mencerun ke bawah. Aku lalu aje di sini. Nampak macam korang berdua ni tengah perang mulut. Aku rasa kau memang tak pandai layan perempuan, kan? kata Sestuna, sinis.

81

Lovin' You

Apa maksud kau? tanya Kira, dingin. Setsuna ketawa. Aku rasa aku tak perlu jelaskan. Mari, Kotomi. Tangan Kotomi ditarik mengikut langkahnya. Kotomi terkejut. Dia tidak sempat berkata apa-apa. Langkah Setsuna yang panjang tidak membenarkannya membuat apa-apa. Wajah Kira dipandang dengan perasaan bersalah. Terlupa langsung dengan pergaduhan mereka tadi. Sa saya pergi dulu. Jumpa nanti! laungnya. Kira berlalu pergi ke arah yang bertentangan dengan mereka. Kira semakin menjauh. Kotomi memandang wajah Setsuna. Matanya... kelihatan seperti menanggung sesal. Apa aku patut buat ni? Perlahan-lahan tangannya ditarik dari genggaman kejap Setsuna. Setsuna mematikan langkah. Dia menoleh ke arah Kotomi. Gadis itu tunduk merenung lantai. Kenapa? tanyanya perlahan. Kotomi diam. Tidak tahu apa yang patut dikatakan. Serba salah menguasai dirinya. Dia betul-betul tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Perbualan Pak Cik Ozu dan Setsuna masih segar di dalam ingatannya. Lama kesepian menyelubungi mereka sebelum Kotomi membuka mulut. Saya nak tanya awak sesuatu. Boleh kita ke taman? Dahi Setsuna berkerut. Awak nak tanya apa?

82

Haruno Hana

KIRA membuka sebuah kotak antik yang berukir indah. Kotak itu merupakan hadiah daripada datuknya semasa hari lahirnya yang ketujuh. Tangannya mencapai satu per satu barang yang terkandung di dalamnya. Patung permainan aksinya sewaktu kecil, kamera mainan yang sudah rosak dan guli yang berwarna-warni. Dia tersenyum nipis. Sekeping gambar dikeluarkan dari kotak itu. Gambar seorang lelaki tua dan seorang kanak-kanak lelaki. Jelas tergambar kegembiraan di wajah kedua-duanya. Itulah gambar datuknya dan dia. Waktu itu Kira baru sahaja berusia lima tahun. Mereka berdua berada di padang kuda milik datuknya. Masih jelas di dalam ingatannya.... Pada hari itu, dia terjatuh dari seekor anak kuda dan cedera di lutut kanan. Hingga ke hari ini parut itu masih ada di lutut kanannya. Dia yang asyik menangis pada mulanya, dipujuk oleh lelaki tua itu. Datuknya membawa dia pulang ke rumah datuknya di sebelah padang kuda, menuju ke bilik muzik. Datuknya memainkan Schuberts Serenade dengan piano. Pada saat itulah cintanya pada simfoni dan piano mula tersemai. Namun, setelah datuknya meninggal dunia, segala-galanya berubah. Kira mengeluh berat. Gambar itu ditenung lama. Dadanya sebak. Mutiara jernih yang sudah lama tidak mengalir dari matanya menitis pada gambar itu. Tepat pada wajah lelaki tua yang kelihatan gembira itu. Maafkan Kira, atuk. Kira tak dapat tunaikan janji Kira pada atuk, bisiknya sedih. Masashi Kira terkenal dengan sikapnya yang dingin di kalangan pelajar di sekolahnya. Namun tiada siapa yang mengetahui, di sebalik tingkahnya yang dingin itu terselit pelbagai rahsia. Rahsia yang dipendamnya buat sekian lama. Hanya Pak Cik Ozu dan rakan-rakan karibnya sahaja yang

83

Lovin' You

mengetahui apa yang dipendamkan oleh dia. Dan... Setsuna juga. Setsuna dan Kira sudah lama berkawan rapat. Mereka mempunyai impian yang hampir sama sejak kecil. Sejak Setsuna berjaya menggapai impiannya untuk bergelar penyanyi dua tahun lalu, dia terus menyepi dari sahabatnya itu. Hubungan mereka baik, namun dia yang memulakan angkara. Salahnya juga kerana menurut kehendak hati yang tidak dapat dikawal waktu itu. Kira mendongak memandang jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Kira mengeluh. Gambar itu diletakkan kembali di dalam kotak antik itu. Kotak antik itu diletakkan di bawah katil. Kira bangkit menuju ke pintu. Ada sesuatu yang perlu dilakukannya.

PATUNG beruang dibawa rapat ke tubuh. Keluhan sekali lagi bermain di bibirnya. Kotomi merenung kosong sekeliling bilik itu. Fuyuki dan Miyuki sudah lama lena dibuai mimpi. Mereka berdua perlu tidur awal kerana kuliah mereka akan bermula pada awal pagi lagi. Kotomi mengeluh sekali lagi. Wajah patung beruangnya ditenung pula. Yunnie, apa yang patut saya buat? tanyanya pada patung itu. Hampir dua minggu berlalu selepas nama Yunnie dirasmikan oleh Kira untuk patung beruangnya. Kata Kira, Yunnie itu dia ubah suai dari nama ketua kumpulan Tohoshinki yang diminati oleh Kotomi, U-know Yunho. Tanpa persetujuan daripada Kotomi, nama itu terus digunakan oleh Kira. Kotomi yang pada mulanya tidak setuju, akhirnya

84

Haruno Hana

menerima nama itu untuk patung beruangnya. Kotomi tersenyum sendirian apabila mengingatkan peristiwa itu. Namun, bukan itu yang perlu dipedulikan olehnya sekarang. Apa yang perlu dia fikirkan sekarang adalah mengenai Kira. Kotomi bangun dari katilnya menuju ke luar bilik. Dia mengatur langkah menuju ke bilik rahsia itu. Perbualannya dengan Setsuna di sekolah tadi kembali bermain di fikiran. Setsuna telah menceritakan segalagalanya kepadanya.

RUMPUT yang menghijau dipandang kosong. Dia yang pada mulanya terkejut dengan pertanyaan gadis itu sebentar tadi, kembali tenang. Setsuna diam sejenak. Merangka ayat-ayat yang patut diluahkan. Dia mengangkat wajah, memandang Kotomi yang berdiri di hadapannya. Sestuna, tolong. Saya merayu pada awak. Tolong beritahu saya apa yang berlaku sebenarnya antara awak dengan Kira. Saya dah dengar perbualan awak dan Pak Cik Ozu semalam, pinta gadis itu sekali lagi. Awak betul-betul nak tahu tentang perkara tu? tanya Setsuna perlahan. Kotomi mengangguk cepat. Tolonglah beritahu saya. Saya dapat lihat yang Kira seolah-olah menanggung sesuatu. Saya juga dapat lihat, sikap dinginnya itu bukan sikapnya yang sebenar, kata Kotomi lagi. Bagaimana awak tahu? Saya dah tinggal dengan dia hampir sebulan lamanya. Malah, ada sesuatu yang diceritakan oleh Mak Cik

85

Lovin' You

Inoue yang mendorong saya untuk menanyakan perkara ini dengan awak. Tolonglah, Setsuna. Tolong beritahu saya, pintanya lagi. Setsuna tergamam. Redup pandangan Kotomi dilihatnya. Hatinya gelisah. Patut atau tidak dia beritahu semuanya? Melihat pada kesungguhan Kotomi, akhirnya dia mengangguk perlahan. Setsuna mengalah. Baiklah, saya akan ceritakan semuanya. Mereka berdua duduk di atas sebuah bangku di taman yang terletak di situ. Setsuna menghela nafas sebelum memulakan ceritanya. Kotomi menanti dengan sabar. Sebenarnya.

PAK CIK OZU ke? Kira membuka pintu bilik rahsianya itu. Dia kehairanan. Takkan Pak Cik Ozu masih belum tidur lagi. Dia menjenguk ke luar. Namun, apa yang dilihat benar-benar memeranjatkannya. Susuk tubuh kecil Kotomi berdiri tegak berhadapan dengannya. Kira tergamam. Apa kau buat kat sini? tanyanya terperanjat. Ada sesuatu saya nak beritahu awak. Tepilah! Tubuh Kira ditolak ke tepi. Kotomi meloloskan diri masuk ke dalam bilik itu. Pandangannya menebar ke seluruh bilik itu. Jangkaannya tepat. Ada sebuah piano hitam terletak megah di tengah-tengah bilik itu. Kertas-kertas yang mengandungi not-not muzik tersusun kemas di atas almari

86

Haruno Hana

kecil di sudut dinding. Beberapa buah gambar pemuzik terkenal tergantung elok di dinding. Apa kau buat kat sini? tanya Kira tidak percaya. Takkanlah selama ini Kotomi mengetahui kegiatannya setiap malam? Kotomi menghela nafas. Dia berdiri berhadapan dengan Kira. Wajah Kira dipandang tajam. Saya dah tahu semuanya. Setsuna dah ceritakan kepada saya segalagalanya! Apa? Kau Tunggu. Dengar dulu apa yang saya nak cakap, tegas Kotomi. Dia berjalan menuju ke piano itu. Dah banyak kali saya dengar simfoni tu. Kotomi memulakan bicara. Dia berdiri membelakangi Kira. Pada mulanya, saya fikir apa yang saya dengar itu cuma perasaan saya. Tak mungkin ada orang main piano tengah-tengah malam macam ni. Lagipun, setahu saya tak ada piano di rumah ini. Tapi, lepas beberapa kali mendengarnya, barulah saya tahu memang ada orang yang mainkan simfoni tu berulang kali. Dia berhenti sejenak. Menghela nafas. Dan, lepas saya dengar perbualan Pak Cik Ozu dan Setsuna kelmarin, baru saya sedar ada perkara yang awak sembunyikan. Aku tak faham apa yang kau cakap ni, kata Kira keras. Kotomi ketawa sinis. Awak memang nak jadi pemain piano, kan? Apa? Awak simpan impian untuk menjadi pemain piano sejak kecil, kan? Sejak datuk awak ajar awak main piano,

87

Lovin' You

sejak awak mula mengenali piano. Tapi, Tuan Masashi tak benarkan awak capai impian awak, betul tak apa yang saya cakap? Tak! Aku Awak tak payahlah nak tipu. Awak berjanji pada datuk awak, awak akan menjadi pemain piano suatu hari nanti. Tapi, awak kecewa bila bapa awak tak benarkan. Bapa awak nak awak mewarisi syarikatnya. Lepas Setsuna berjaya mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi, impian yang sudah lama ingin dia laksanakan, awak putuskan persahabatan awak dengan dia. Sebab apa? Sebab awak cemburu! Kotomi! Kira mula berang. Api kemarahannya semakin memuncak. Wajah Kotomi dipandang geram. Mukanya merah. Awak tak patut buat macam tu, kata Kotomi perlahan. Hatinya kecut, namun dia gagahi juga untuk meluahkan apa yang bersarang di dada. Awak tak patut cemburukan dia. Awak tak patut bersikap dingin sebab perkara tu. Datuk awak tentu kecewa sebab awak berkelakuan macam ni. Sepi. Kira yang cuba menahan rasa amarahnya tidak berjaya. Dadanya berombak ganas. Wajahnya kelihatan seperti mahu menelan Kotomi hidup-hidup. Dia mara ke hadapan. Wajah Kotomi dipandang tajam. Kau tak layak nak kata apa-apa! Kau tak tahu apaapa! Kau tak tahu, macam mana perasaan aku bila ayah aku tak benarkan aku teruskan impian aku! Dah lama, dah lama

88

Haruno Hana

aku simpan impian tu! Ayah aku tak tahu apa-apa, apa yang penting bagi dia cumalah perniagaannya. Dia langsung tidak pedulikan perasaan aku! jerkah Kira. Kira. Hati Kotomi bertambah kecut. Takut melihat raut Kira yang bengis, terkejut dengan jerkahan Kira yang tibatiba menyentak gegendang telinganya. Tidak! Kali ni giliran kau dengar apa yang aku nak cakap. Selama ni hanya datuk aku yang pedulikan perasaan aku. Saat ayah aku marah bila dia tahu pasal tu, hanya datuk aku aje yang pertahankan aku! Mak aku pun sama! Dia cuma diam, ikut aje apa yang ayah aku cakap! Kau tak faham. Kau tak akan faham. Segala-galanya berubah lepas datuk aku meninggal dunia. Ayah aku tak benarkan aku bermain piano lagi! Dia nak aku tumpukan pada perniagaannya! Dia memang tak akan faham perasaan aku sampai bila-bila! Dia lebih pentingkan perniagaannya tu daripada aku! marah Kira lagi. Dia meraup wajahnya. Segala-galanya telah pun dihamburkan. Apa yang ditanggungnya selama ini, akhirnya terluah jua. Walaupun kepada Pak Cik Ozu, dia tidak luahkan kesemuanya. Dia banyak memendam rasa selama ini. Kotomi senyap. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan. Begitu berat perasaan yang ditanggung oleh Kira selama ini. Air mata bergenang di tubir mata. Wajah Kira dipandang sayu. Sejak kecil lagi. Kira kembali bersuara. Kali ini nadanya sayu. Meruntun perasaan Kotomi yang mendengarnya. Kotomi cuba menahan air matanya luruh. Dia tunduk memandang lantai.

89

Lovin' You

Sejak kecil lagi hidup aku dikawal oleh ayah aku. Aku tidak dibenarkan bermain seperti kanak-kanak yang lain. Aku dipaksa belajar setiap hari. Setiap hari, ada cikgu yang akan datang ke rumah dan mengajar aku pelajaran yang tidak patut lagi dipelajari oleh kanak-kanak seusia aku. Hanya datuk aku, hanya datuk aku aje yang faham perasaan aku. Matanya merah. Cuba menahan air mata yang akan tumpah pada bila-bila masa sahaja. Air mata Kotomi mengalir perlahan menuruni pipinya. Dia menangis teresak-esak. Tidak dapat dibayangkan bagaimana hidup Kira sewaktu kecil. Dia memeluk tubuh. Menahan esakan yang semakin menjadi-jadi. Maaf saya tak tahu katanya perlahan. Begitu menggunung sesal di hatinya. Jika dia tidak memaksa Kira mendengar apa yang ingin dikatakannya tadi, mungkin Kira tidak perlu mengenang kembali peristiwa yang melukakan hatinya. Kira mengeluh. Kotomi didekati. Tolong jangan menangis lagi. Lirih Kira bersuara. Kotomi menggeleng. Saya tak patut paksa awak dengar apa yang saya katakan tadi. Saya minta maaf.... Jangan menangis lagi. Tolonglah. Jangan menangis lagi. Tanpa disangka-sangka, Kira menarik Kotomi ke dalam pelukannya. Erat. Kotomi tergamam. Dia tidak langsung menjangka Kira akan berbuat demikian. Tolonglah. Jangan menangis lagi. Di luar, hujan mula turun. Hujan yang pada mulanya hanya sekadar rintik-rintik kecil yang membasahi

90

Haruno Hana

permukaan bumi, mula menjadi lebat. Seolah-olah memahami perasaan Kira sekarang. Kesedihan yang sudah lama dipendam olehnya.

91

Lovin' You

Bab 14
Serentak dengan ucapan itu, Kotomi merasakan kepalanya digosok perlahan. Dia menoleh ke belakang. Hampir tercekik roti bakar yang baru sahaja ditelannya sebaik sahaja melihat wajah Kira. Perlakuan Kira semalam jelas tergambar di dalam mindanya. Pipinya terasa panas. Apa yang dia buat kat ruang makan pembantu ni? Takkanlah dia nak sarapan kat sini pulak? Se selamat pagi, ucapnya gagap. Gelas dicapai. Secepat mungkin dia menghabiskan susu yang masih berbaki. Kira mengambil tempat duduk di sisi Kotomi. Apesal ni? Merah semacam aje muka tu? tanya Kira. Dia mengambil sekeping roti bakar dan menyapu jem di atasnya. Sambil itu muka Kotomi direnungnya sepintas lalu. Kotomi menggeleng pantas.

ELAMAT PAGI!

92

Haruno Hana

Tak ada apa-apalah! nafinya. Ye ke? tanya Kira lagi. Wajahnya didekatkan dengan muka gadis itu. Debar di hati Kotomi semakin menjadi-jadi. Dapat dirasakan olehnya hembusan nafas lelaki itu. Kotomi mula panik. Wajah Kira semakin dekat dengan wajahnya. Apa ni? Jauhlah! Tanpa berfikir panjang, ringan tapak tangannya menolak wajah Kira kuat ke belakang. Kira tersentak. Kotomi lekas-lekas duduk membelakangi Kira. Dahi Kira berkerut. Mencerna sesuatu. Sejenak kemudian, senyuman nakal bermain di bibirnya. Ooo... pasal semalam ke? tanya Kira sambil ketawa nakal. Dia terbayangkan semasa dia memeluk gadis kecil itu malam tadi. Maaflah. Semalam aku tak sengaja pe... Dia baru sahaja mahu menghabiskan ayatnya sebelum dia dikejutkan dengan tingkah Kotomi yang bangun dari kerusinya secara tiba-tiba. Dengan pipi yang masih merah, Kotomi berhadapan dengannya. Jangan habiskan ayat tu! tempik gadis itu. Beg sandang yang terletak di atas meja makan segera dicapai sebelum dia berlari keluar dari ruang makan itu. Tergesa-gesa sahaja lagaknya. Sekali lagi Kira tersentak. Takkanlah sebab tu nak malu sampai tahap macam ni? Aku yang tak pernah peluk perempuan pun rileks aje, kata Kira sendirian. Dia menggelengkan kepalanya. Dia

93

Lovin' You

kembali duduk di kerusi dan mula bersarapan. Akhirnya, dia ketawa sendirian.

DIA langsung tidak dapat menumpukan perhatian semasa kelas berjalan. Kejadian semalam masih bermain di mindanya. Berulang kali. Kotomi mengeluh. Dia bernasib baik gurunya tidak perasan akan keadaannya. Apesal aku boleh boleh malu sangat macam ni? Bukannya dia buat apa-apa yang teruk pun. Kotomi, Kotomi. Sedarlah! Pipinya ditepuk berulang kali. Kotomi mengeluh. Akhirnya, dia menekup muka ke meja. Kotomi, apesal dengan kau ni? Nori dan Ran menghampiri Kotomi. Dari pagi tadi, mereka berdua perasan akan perubahan sikap Kotomi. Dia lebih banyak termenung semasa guru mereka sedang mengajar. Kotomi menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia masih menekup muka ke meja. Ran menepuk bahunya. Apesal ni? Kita orang perasan, kau banyak termenung hari ni. Kenapa? tanya Ran pula. Tiada jawapan balas daripada Kotomi. Nori dan Ran saling berpandangan. Apa dah jadi dengan rakan mereka yang seorang ni? Kotomi, cakaplah kalau kau ada masalah. Kenapa? Kira buli kau lagi ke? tanya Nori. Mereka berdua sering mendengar cerita bagaimana Kira memperlakukan Kotomi di rumah agam itu. Tapi, takkanlah teruk sangat Kotomi dibuli oleh Kira?

94

Haruno Hana

Kotomi mengangkat wajahnya. Tidak tahan diasak dengan soalan berulang kali. Wajah Nori dan Ran ditenung silih berganti. Dia mengeluh berat. Apa perasaan korang. Dia berhenti seketika. Menarik nafas sebelum menyambung pertanyaannya. Nori dan Ran kehairanan. Apa perasaan korang, kalau selama ni korang tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki, tiba-tiba dipeluk oleh lelaki yang baru korang kenal. Pulak tu dia bukannya kekasih korang? tanyanya. Muka Nori dan Ran sekali lagi berubah. Mereka ketawa besar. Dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik pertanyaan Kotomi. Kotomi mencebik. Cepatlah jawab! Janganlah ketawakan aku, kata Kotomi sedikit marah. Dia mendengus. Ketawa Nori dan Ran masih kedengaran walaupun sudah berkurangan. Mereka berdua menarik kerusi lantas duduk di tepi Kotomi yang mula menyembunyikan wajahnya dengan menekup muka. Kira peluk kau ke malam tadi? tanya Nori teruja. Kotomi teragak-agak mengangguk. Wah, macam mana tu? usik Ran pula. Mereka berdua benar-benar teruja dengan berita itu. Putera sekolah yang selama ini tidak pernah rapat dengan mana-mana gadis, berpelukan dengan perempuan yang baru dikenalinya? Betul-betul tak masuk akal. Janganlah cakap macam tu, bantah Kotomi. Aku cuma nak tahu apa perasaan korang, tu je.

95

Lovin' You

Yelah, yelah. Kalau aku, aku mungkin akan pitam kat situ juga. Yelah, tiba-tiba aje ada lelaki peluk kau, dahlah bukan kekasih kau. Logiklah kalau kau terkejut, komen Ran. Nori turut mengangguk. Menyokong kata-kata Ran. Aku setuju. Muka Kotomi berubah pucat. Apa aku nak buat ni? Masa kat dalam kereta tadi pun, aku tak tengok langsung muka dia sebab malu. Argh!!!! Aku rasa nak pengsan aje....

HAI, Kotomi. Dia yang baru sahaja membuka pintu lokarnya tersentak dengan teguran itu. Dia menoleh ke sisi. Setsuna sedang berdiri berhadapan dengan dia. Seperti kebiasaannya, lelaki itu akan mengukir senyumannya. Hai, sapa Kotomi perlahan. Kenapa ni? Setsuna mengangkat sebelah keningnya. Semacam aje Kotomi hari ni. Macam mana semalam? Awak kata nak beritahu semuanya semalam. Oh.... Kotomi ketawa teragak-agak. Kenapa ni? Ada masalah ke? tanya Setsuna lagi. Kotomi menggeleng. Tak ada apa-apalah. Kalau pasal semalam, boleh tak kalau kita jangan cakap pasal tu? Emmm? Nantilah saya cerita. Tapi, semuanya okey. Tak ada masalah. Kenapa? tanya Setsuna lagi. Perasaan ingin tahu begitu muncah di dalam dirinya.

96

Haruno Hana

Kotomi hanya menggelengkan kepalanya dan mengangkat bahu. Kepada Setsuna, dia menghadiahi lelaki itu dengan senyuman penuh rahsia. Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari Dewan Besar. Kotomi perasan, kesemua pelajar yang terserempak dengan mereka pasti akan melemparkan pandangan kepada mereka. Terutamanya pelajar perempuan. Mereka akan mencebik apabila ternampaknya. Lantaklah. Aku bukannya buat jenayah pun. Awak kata okey. Baguslah kalau macam tu. Saya hampir tak boleh tidur sebab memikirkan reaksi Kira lepas awak tegur dia. Manalah tahu, kalau tiba-tiba aje dia mengamuk kat awak, kata Setsuna. Oh, ye ke? Kiranya awak ni prihatinlah orangnya? usik Kotomi. Mestilah. Kenapa? Awak fikir saya ni kejam ke? Kalau saya ni berperangai teruk, takkan ada peminat-peminat saya yang bagaikan dirasuk hantu bila jumpa saya. Kata Setsuna dengan lagak menyombong diri. Kotomi mencebik. Sejenak kemudian, dia mula ketawa. Dia benar-benar senang hati. Setsuna memang seorang sahabat yang baik.

BARANGAN yang tersusun rapi pada rak diteliti dahulu sebelum diletakkan di dalam troli. Barang lain pula dicapai. Namun, hatinya sedang mendidih. Semakin mendidih apabila ada tangan yang meletakkan barangan itu kembali ke rak. Beberapa kali juga barangan yang dia ambil diletakkan kembali di rak oleh lelaki itu. Kotomi merengus. Mahu sahaja

97

Lovin' You

dia menelan lelaki itu hidup-hidup atau menghalaunya jauhjauh. Langsung dia terlupa akan peristiwa semalam. Kira! Janganlah letak balik botol jem kat rak tu! marahnya. Botol jem itu diambil lalu diletakkan kembali ke dalam troli. Troli itu segera disorong ke hadapan. Sebelum tangan Kira mengambil barang itu dan meletakkan kembali ke atas rak, lebih baik dia menyelamatkan diri dia dan troli itu terlebih dahulu. Masih banyak lagi barang yang perlu dibelinya. Kan jem masih ada di rumah? bantah Kira. Kotomi segera menghadiahkan pandangan yang tajam kepadanya. Troli dilepaskan. Dia berdiri bercekak pinggang berhadapan dengan lelaki itu. Jangan sibuk boleh tak? Saya cuma ikut senarai yang diberi oleh Mak Cik Inoue. Lagipun, kalau jem tu dah habis nanti, awak juga yang membebel. Nanti awak kata saya tak beli sebagai simpananlah, tanya kenapa jem dah habislah, itulah, inilah. Nanti, saya jugak yang kena tadah telinga dengar bebelan awak, kata Kotomi sambil mengajuk cara Kira membebel kepadanya. Kira tersengih. Lupa pulak aku, katanya sambil ketawa. Kotomi segera memandang ke hadapan kembali. Boleh sakit jiwa aku dibuatnya! Yang mamat ni pun satu, apesal la dia rajin sangat nak ikut aku pergi beli barang? Dia bukannya tolong aku pun, tolong menambahkan masalah ada la! Menyusahkan hidup betullah! bebelnya di dalam hati. Geram! Masih dia ingat, semasa Mak Cik Inoue menyuruh

98

Haruno Hana

dia ke pasar raya untuk membeli barangan dapur, dengan senang hatinya Kira yang turut berada di dapur menawarkan diri untuk menemaninya. Bantahan Kotomi tidak dihiraukan. Sebaliknya, Kira memberi alasan Kotomi harus ditemani jika tidak mahu peristiwa tempoh hari berulang lagi. Mak Cik Inoue yang termakan dengan kata-kata Kira, membenarkan Kira mengikutinya. Kotomi, panggil Kira perlahan. Kotomi yang sedang membelek tin yang mengandungi nanas kiub hanya mendengus kecil. Tanda dia sedang mendengar. Dia langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada tin itu. Terima kasih, ucap Kira. Eh? Wajah Kira segera ditenung. Keningnya berkerut menandakan kehairanan. Pasal semalam. Kira teragak-agak bersuara. Dia menggosok belakang lehernya perlahan-lahan. Bibirnya mengukir senyum malu. Pipinya berubah merah. Sebab kau, aku dah rasa lega sebab dah luahkan semuanya. Terima kasih, katanya lagi. Kotomi diam sejenak. Dia menarik nafas sebelum merenung Kira kembali. Awak tak payahlah nak berterima kasih. Saya cuma cakap aje apa yang saya rasa, balas Kotomi. Kira tersengih. Still, aku nak mintak maaf jugak. Pasal apa pulak? Pasal aku peluk kau semalam. Aku tak sedar pun, tiba-tiba aje aku peluk kau. Tapi... kau ni kurus sangat, tak sedap untuk dipeluk. Kesian bakal suami kau, usik Kira

99

Lovin' You

sambil tersengih. Dia mengenyit nakal sebelum berjalan ke hadapan meninggalkan Kotomi sendirian. Kotomi tergamam. Matanya membulat melihat belakang Kira. Sekali lagi, pipi Kotomi terasa panas.

100

Haruno Hana

Bab 15
UASANA di dalam Dewan Hanami agak riuh. Kesemua pelajar dan guru yang terlibat di dalam festival sekolah kelihatan kelam-kabut untuk memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar. Di atas pentas, Cikgu Sasakura sedang memberi penerangan kepada para pelajar yang akan menyertai pementasan Puteri Salji. Cikgu Sumaragi pula sedang menolong Setsuna memastikan mikrofon yang akan digunakan berada di dalam keadaan yang baik. Hiasan pentas pula sudah disusun dengan cantik. Malam ini, para pelajar dan ibu bapa akan memenuhi dewan ini bagi menyaksikan teater Puteri Salji. Masalah kekurangan tempat tidak menjadi masalah. Dewan Hanami mempunyai 5,000 kerusi empuk, setaraf dengan pawagam-pawagam terkenal. Kotomi duduk termenung sendirian di dalam kekalutan suasana. Tiba-tiba... Sakitnya!

101

Lovin' You

Kotomi menoleh ke belakang sambil menggosok kepalanya yang diketuk kuat. Kira ketawa. Dia memang suka mengetuk kepala gadis itu jika berkesempatan. Kira telah menanggalkan kot hitamnya manakala tali lehernya pula dilonggarkan. Dia tampak lebih santai. Kotomi mencebik. Apesal ketuk kepala pulak? Nanti tak pasal-pasal ada orang kena pijak kaki, bebelnya. Mamat ni fikir tak sakit ke kalau kena ketuk kepala? Aku tujah jugak dahi tu baru tau! Memang tak serik-serik. Melamun aje kerjanya, kata Kira dengan ketawa yang masih bersisa. Kepala Kotomi digosok sebelum dia berlalu ke atas pentas. Kotomi merengus. Sejak malam itu, Kira semakin rapat dengannya. Tiada lagi sikap dingin yang ditunjukkan olehnya selama ni. Setiap malam minggu, dia dan Kira akan berada di dalam bilik itu. Kira akan memainkan piano sedangkan dia mendengar sahaja simfoni yang dimainkan oleh Kira. Kadang-kadang perbalahan akan berlaku jika Kira mengusiknya. Namun, Kotomi tertanya-tanya. Kenapa selama ini tiada langsung orang yang perasan simfoni akan berkumandang setiap malam? Kata Kira, mereka semua lena dibuai mimpi kerana simfoni yang dimainkannya amat merdu. Dan, Kotomi akan mencebik setiap kali Kira memberikan jawapan itu. Kotomi senyum, tanda puas hati. Wajah Kira yang semakin ceria saban hari menggembirakannya. Dia mahu

102

Haruno Hana

melaksanakan sesuatu pada malam ini, tepat selepas teater itu berlangsung. Dan, dia memerlukan bantuan Cikgu Sasakura, Cikgu Sumaragi dan Setsuna untuk memastikan rancangannya itu berjalan dengan lancar. Mereka bertiga sudah berjanji mahu menolongnya, terutamanya Setsuna yang segera bersetuju dengan rancangannya itu. Malahan, Hiro, Shin dan Toma pun telah berjanji mahu menolongnya melancarkan rancangan istimewanya itu. Kotomi! Laungan lantang Kira mematikan senyumannya. Kira melambai dari atas pentas. Dahi Kotomi berkerut. Apa pulak yang mamat ni nak? Mari sini! Ada hal! Cepat sikit! Laung Kira lagi. Pandangan daripada beberapa orang pelajar tidak dihiraukannya. Kotomi mengangguk. Sekejap! Dia berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke atas pentas. Kira sedang menantinya dengan senyuman.

JADI ke tidak plan awak malam ini? tanya Hiro. Shin dan Toma turut memerhati Kotomi. Kotomi mengangguk. Jadi. Cuma, saya harap Kira tak akan lari dari pentas nanti. Tanpa pengetahuan Kira, dia datang bertemu mereka bertiga. Kotomi sudah menceritakan rancangannya pada mereka bertiga. Daripada apa yang dilihatnya, mereka bertiga memberi reaksi positif di samping mahu menolongnya.

103

Lovin' You

Kau tak payah bimbang. Kalau dia lari, kami bertiga akan cekup dia. Paksa dia naik ke pentas. Okey tak? kata Toma pula. Kotomi ketawa. Bagus juga tu! Tapi, kenapa awak beria-ia nak adakan acara tu? tanya Shin selepas sekian lama berdiam diri. Wajah Kotomi dipandang tepat. Kotomi hanya tersengih nakal. Rahsia! katanya sepatah sebelum berlari pergi dari situ. Toma dan Hiro yang tidak sempat menghalang Kotomi, hanya menggelengkan kepala mereka. Bagus jugak, Kotomi dah buat Kira gembira macam dulu, kata Hiro. Toma mengangguk. Aku dah lama nak tengok dia kembali macam dulu. Lepas kenal Kotomi, dia dah kembali ke perangainya yang dahulu. Kita semua sama-sama tumpang gembira. Cuma, aku bimbang kalau lepas Kotomi tak ada, Kira akan kembali ke perangainya yang dingin tu. Aku nampak Kotomi bagaikan penyeri hidup Kira sekarang. Bagaikan separuh daripada jiwa dia, kata Shin pula dengan wajah yang seolah-olah menyimpan seribu rahsia. Hiro dan Toma kehairanan. Takkan kau nak kata, mereka berdua tu... pasangan pulak? Duga Hiro. Shin tersenyum. Tak ada siapa yang tahu.

104

Haruno Hana

SEPERTI yang dijangka, Dewan Hanami dipenuhi oleh para pelajar dan ibu bapa masing-masing. Kesemuanya menumpukan perhatian tatkala teater berlangsung. Para pelakon menjiwai watak mereka dengan penuh penghayatan. Sebelum teater itu berlangsung, Setsuna telah muncul di atas pentas dan menyampaikan dua buah lagunya yang popular. Sorakan yang lantang diterima oleh penyanyi muda itu. Para ibu bapa turut teruja dengan kemunculannya. Macam mana? Semuanya berjalan dengan lancar? tanya Cikgu Sasakura yang muncul tiba-tiba. Dia kelihatan berpuas hati. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. Setakat ini berjalan lancar, cikgu. Saya pun puas hati, kata Kira. Baguslah. Sorakan yang kuat kedengaran dari hadapan. Nampaknya, persembahan teater itu sudah tamat dan para penonton memberi tepukan yang gemuruh. Sorak-sorai dari luar kedengaran agak lama sebelum ianya berakhir. Tirai dilabuhkan. Cikgu nak ke hadapan. Cikgu nak umumkan persembahan yang terakhir, kata Cikgu Sasakura sambil tersenyum penuh rahsia. Wajah Kira kehairanan. Kita ada persembahan lagi ke lepas pementasan tu? tanyanya hairan. Cikgu Sasakura mengangguk. Dia berjalan ke hadapan pentas. Hati Kira tertanya-tanya. Persembahan apa lagi? Kenapa aku tak tahu pun? Kira! sergah Kotomi dari belakang.

105

Lovin' You

Kira terkejut. Apa ni? katanya berpura-pura marah. Cikgu Sasakura nak umumkan persembahan terakhir. Dengarlah! gesa Kotomi. Persembahan apa lagi? tanyanya malas. Telinganya cuba menangkap butir-butir percakapan gurunya di hadapan. Riak wajahnya berubah terkejut. Wajah Kotomi segera dipandangnya. Kotomi mengenyit mata sambil tersenyum. Suara Cikgu Sasakura masih kedengaran dari luar. Saya mempersilakan saudara Masashi Kira untuk memainkan piano di atas pentas. Masashi Kira merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian pementasan ini. Dipersilakan, Masashi Kira, umum Cikgu Sasakura. Tirai dibuka kembali. Sebuah piano terletak di tengah-tengah pentas. Kira kaget. Kotomi, apa semua ni? bisiknya pantas. Kotomi hanya ketawa sambil menggeleng. Cepatlah ke depan. Mereka semua dah tunggu. Tak baik buat penonton tertunggu-tunggu, tau? kata Kotomi riang. Dia menolak Kira ke hadapan pentas. Penonton yang berada di hadapan mata memberikan tepukan yang gemuruh. Kira tergamam. Mahu tidak mahu, dia perlu menjayakan persembahan yang dirancang tanpa pengetahuannya ini. Dia berjalan ke hadapan pentas. Menunduk hormat sebelum duduk di atas bangku piano. Tangannya diletakkan pada bilah-bilah piano, membelainya perlahan. Dia menarik nafas. Jemarinya

106

Haruno Hana

berhenti daripada membelai bilah-bilah piano itu. Simfoni mula berlagu. Sepi. Dewan Hanami sepi semasa Kira memainkan piano. Mata para penonton tertumpu kepadanya. Tidak kurang juga kedengaran bisikan-bisikan yang kagum melihat persembahannya. Kira memainkan piano dengan sepenuh perasaannya. Bagaikan dia berada di dunia lain dan hanya dia sahaja yang berada di dalam dunia itu. Kotomi yang melihat dari sisi pentas tersenyum hiba. Berjalan dengan baik, kan? sapa suatu suara. Kotomi menoleh. Setsuna! Setsuna melontarkan senyumannya. Nampaknya, awak betul-betul gembira kali ni. Rancangan awak dah berjaya. Kotomi membantu. mengangguk. Terima kasih sebab

Setsuna mengangguk sekilas. Perhatian mereka berdua kembali tertumpu pada Kira. Kira baru sahaja selesai memainkan piano. Dia bangun dari bangku dan menyambut mikrofon yang dihulurkan oleh Cikgu Sasakura. Dia nak cakap apa tu? soal Kotomi. Entah. Kira menghela nafas berulang kali sebelum mulutnya berbicara. Dia menebar pandangan ke seluruh dewan. Dia tersenyum nipis.

107

Lovin' You

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi mendengar persembahan saya tadi. Kira mula berbicara. Tiada gentar di wajahnya. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu tentang persembahan ini. Saya hanya mendapat tahu tentang persembahan ini pada saat guru saya membuat pengumuman sebentar tadi. Kira berhenti seketika. Kotomi di sisi pentas dipandangnya. Saya ingin berterima kasih kepada pembantu saya, Cik Kinimoto Kotomi. Dialah yang merancang kejutan ini. Dia tunduk hormat sekali lagi. Kira berjalan perlahan menuju ke arah Kotomi. Kotomi kaget. Setsuna segera berlalu dari situ. Kira mengukir senyum sebaik sahaja berhadapan dengan Kotomi. Tangan Kotomi ditarik lembut menuju ke piano. Tepukan penonton kembali bergema. Kira, apa ni? tanyanya berbisik. Kira langsung tidak mempedulikan pertanyaan Kotomi. Mereka berdiri berhadapan penonton. Mikrofon dibawa ke bibir. Saya ingin memainkan piano sekali lagi. Khas untuk pembantu saya yang comel ni, kata Kira lagi. Dia menoleh ke arah Kotomi lantas mengenyit mata. Para penonton kembali bersorak. Para ibu bapa juga kelihatan terhibur. Simfoni yang akan saya mainkan ini merupakan

108

Haruno Hana

ciptaan saya sendiri. Harap anda semua terhibur. Kira tunduk hormat. Kotomi ditarik agar duduk di sisinya. Dia kembali memainkan piano. Debaran di dada Kotomi beransur kurang. Dia menumpukan perhatiannya pada simfoni yang dimainkan oleh Kira. Jiwanya terasa sungguh tenang. Apa yang dibayangnya kini, dia dan Kira berada di sebuah padang yang luas menghijau dan Kira sedang memainkan piano untuknya. Damai sungguh perasaan ni. Selama ini, ketika Kira memainkan piano masa kami berdua berada dalam bilik itu, aku tak pernah rasa seperti ini. Wajah Kira dipandang redup. Matanya... menunjukkan suatu perasaan yang tidak pernah ditunjukkan olehnya selama ini. Kotomi tersenyum. Entah kenapa, dia berasa hatinya sungguh puas apabila melihat pandangan Kira yang seumpama itu.

PANDAI betul kau rancang semua ni. Macam mana kalau aku tak naik ke pentas, sebaliknya lari dari sini? tanya Kira. Persembahan sudah tamat. Jam juga sudah menjangkau pukul sebelas malam. Kebanyakan pelajar sudah pun pulang ke rumah. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih berada di sekolah. Kotomi tersengih. Tak apa. Toma, Hiro dan Shin dah janji. Kalau awak lari, mereka akan cekup awak dan paksa awak naik ke atas pentas. Mata Kira terbeliak. Apa? Jadi mereka turut bersubahatlah? Kotomi mengangguk.

109

Lovin' You

Apa pun, terima kasih. Kau dah buat aku gembira malam ni, kata Kira. Kotomi hanya tersengih. Dia mengangkat tangan, menepuk-nepuk kepala Kira lagak Kira itu seolah-olah budak kecil yang baru sahaja berbuat baik. Bagus, bagus, katanya riang. Kira menepis tangan Kotomi sambil tersenyum sinis. Kau tak cukup tinggi untuk sentuh kepala aku, sindirnya. Mana ada! kata Kotomi marah. Yelah, tuan puteri. Sekarang, dah lewat malam. Kereta dah menunggu kita di luar. Apa kata, patik pergi ambil beg tuan puteri dan kita balik sama-sama? gurau Kira. Kotomi pantas mengangguk. Seronok juga dapat mengarahkan Kira berbuat sesuatu untuknya. Ini tidak, asyik dia sahaja yang kena melakukan kerja untuk Kira. Kira berjalan ke deretan kerusi di belakang pentas. Beg sandang miliknya dan Kotomi dicapai. Dia baru sahaja menoleh ke arah Kotomi sebelum dia menyedari sesuatu. Riak wajahnya bertukar cemas. Kotomi, hati-hati! pekiknya. Kedua-dua beg dilepaskan dari tangannya. Dia segera berlari mendapatkan gadis itu. Kotomi tergamam. Dia memandang ke atas. Ada guni yang dijadikan pemberat tali tirai meluncur jatuh tepat pada tempat dia berdiri. Argh!!! Tubuhnya ditolak ke tepi. Kira jatuh di atasnya. Wajah Kotomi berubah pucat.

110

Haruno Hana

Kira segera bangun dan melihat ke arah guni itu. Guni itu hanya jatuh tidak sampai sejengkal dari kakinya. Kira menarik nafas lega. Kira, awak tak apa-apa? tanya Kotomi cemas. Kira tersenyum lantas menarik tangan Kotomi supaya bangun dari lantai. Dapat dirasakan tubuh gadis itu menggigil. Kira, Kotomi, kamu berdua tak apa-apa? tanya Cikgu Sasakura tergesa-gesa. Riak wajahnya kelihatan terkejut. Beberapa orang pelajar yang masih berada di belakang pentas turut mendekati mereka berdua. Kira menggeleng. Kami okey. Maaf, cikgu. Saya nak bawa Kotomi pulang. Kami pulang dulu, kata Kira perlahan. Baik, kata Cikgu Sasakura. Dia tidak berkata apaapa lagi sebaliknya menolong Kira menarik Kotomi bangun. Para pelajar yang mengerumuni beralih ke tepi. Memberi laluan kepada Kira yang memapah Kotomi. Sebaik sahaja dia turun dari pentas, Toma, Shin dan Hiro yang masih berada di dalam dewan itu menerpa ke arah mereka berdua. Apa yang dah berlaku? tanya Shin. Teriakan Kira tadi telah mengejutkan mereka bertiga. Esok, aku cerita. Aku kena pulang sekarang, kata Kira perlahan. Kedengaran ketegasan dalam nada suaranya. Shin mengangguk. Biar kami tolong bawa beg-beg kau ke kereta.

111

Lovin' You

Terima kasih. Dari kejauhan, Kira tidak perasan ada beberapa pasang mata yang menyaksikan kejadian itu dari jauh. Kesemua mereka kelihatan tidak berpuas hati. Lain yang disasarkan, lain pula yang menjadi. Salah seorang dari mereka merengus kuat. Hatinya panas. Betul-betul panas!

112

Haruno Hana

Bab 16
AYU yang lembut menyapa pipinya tidak dapat meredakan resah di hati. Matahari yang bersinar terang menerangi alam juga tidak dapat mendatangkan keceriaan padanya. Sudah beberapa kali dia mengeluh berat. Apa yang berlaku semalam benar-benar memeranjatkannya. Kau nak buat apa sekarang? tanya Shin. Sudah lama mereka berdiam diri. Mereka hanya melihat sahaja perlakuan Kira. Kira menggeleng. Aku tak tahu. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Sekarang masih awal pagi. Namun, ketiga-tiga sahabatnya sudah berkumpul di ruang tamu rumah agam itu. Kebetulan, hari ini hari minggu. Mereka segera datang ke rumah Kira. Mereka ingin tahu apa yang patut dilakukan sekarang. Kini, sudah dua kali Kotomi diancam bahaya. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menamatkannya. Dia macam mana semalam? tanya Hiro pula.

113

Lovin' You

Dia terkejut. Tapi, taklah teruk macam sebelum ni. Cuma, macam biasalah. Dia cakap tak apa-apa. Cakap dia boleh tangani semua ni. Macamlah korang semua tak kenal perangai dia tu, kata Kira. Semalam, sebaik sahaja mereka berdua sampai ke rumah, Kotomi terus ke bilik. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu akan keadaan dirinya. Wajahnya juga kelihatan tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Kau ada idea tak? tanya Hiro lagi. Shin menggeleng. Kira turut menggeleng. Pandangan mereka bertiga tertumpu pada Toma yang kelihatan lebih relaks sambil bermain dengan PSP miliknya. Apa? tanyanya yang perasan dirinya diperhatikan. Aku tanya, kau ada idea tak untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku lagi? tanya Hiro. PSP di tangan Toma dirampas. Toma hanya tersengih apabila melihat wajah serius mereka bertiga. Aku ada rancangan. Mereka berempat membuat lingkungan kecil sambil mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Toma. Suara Toma perlahan memberi idea. Boleh ke kalau kita buat macam tu? tanya Kira sebaik sahaja Toma selesai memberitahu rancangannya. Korang tak payah bimbang. Aku yakin boleh berjaya. Lagipun aku ada sebab kenapa aku rancang semua ni, katanya riang. PSP di tangan Hiro diambil kembali sebelum dia menyambung permainannya yang tergendala tadi.

114

Haruno Hana

Kira, Hiro dan Shin hanya mengeluh apabila memikirkan rancangan Toma tadi.

AKU bimbang dengan apa yang berlaku semalam, kata Mio penuh kebimbangan. Wajah rakan-rakannya dipandang dengan penuh kerisauan. Nami turut mengangguk. Perhatian mereka beralih kepada Yui. Korang nak bimbangkan apa? Bukannya ada orang nampak kita buat kerja tu, kata Yui keras. Hyun mendengus. Dia setuju dengan kata-kata Yui. Korang tak payah bimbanglah. Tak ada apa-apa punya. Tapi, putera tentu siasat perkara ni. Budak tukan rapat dengan dia, kata Mio lagi. Mereka berlima benar-benar bencikan Kotomi. Obses pada Kira mendorong perlakuan mereka. Selama ini, tiada seorang perempuan pun yang dapat menarik perhatian Kira yang mereka gelarkan sebagai putera sekolah itu. Namun, setelah lelaki itu bertemu Kotomi, mereka menjadi semakin rapat. Sahabat-sahabat karib Kira juga berkawan baik dengan gadis itu. Bukan itu sahaja yang menyebabkan mereka sakit hati. Kerana Setsuna juga. Setsuna juga sudah mula rapat dengan Kotomi. Kadang-kadang, mereka berdua akan kelihatan bersama. Aku peliklah. Hyun menyuarakan kehairanannya. Macam mana budak miskin tu boleh rapat dengan semua pelajar lelaki yang popular kat sekolah ni? Kalau dulu, dia

115

Lovin' You

baik dengan putera dan kawan-kawan putera. Sekarang, dia dah jadi kawan baik Setsuna pulak. Setsuna tu lebih kurang macam puteralah. Tak layan lebih-lebih peminat-peminat dia. Malah, kawan karib pun dia tak ada. Istimewa sangat ke budak miskin tu? Yui pantas mengangguk. Sebab itulah kita kena hapuskan budak tu. Dia tak setaraf dengan putera langsung! Miskin! Tak cantik! Ada hati nak berdampingan dengan putera? Tak sedar diri betul, marahnya. Apa rancangan kau yang seterusnya? tanya Azumi seraya bangun dari kerusi. Dia berpeluk tubuh. Matanya tajam merenung Yui. Selama ini, hanya Yui sahaja yang mengatur rancangan mereka. Malah, gadis itu bersikap bagaikan ketua mereka. Yui ketawa sinis. Perhatiannya beralih pada pemandangan di luar tingkap. Kita jangan bertindak dulu. Kita tunggu dan lihat apa yang akan budak miskin tu lakukan lepas kejadian semalam. Bila tiba masanya, kita akan dapat lihat bagaimana budak tu dihalau dari sekolah ni macam seekor anjing kurap. Aku dah ada rancangan. Tapi, belum masanya lagi aku beritahu korang semua. Mereka ketawa riang. Berdekah-dekah. Tidak sabar menunggu detik itu. Namun ada seorang sahaja yang kelihatan tidak gembira dengan rancangan itu. Dia mengeluh berat.

MEREKA rancang apa lepas ni? tanyanya tergesa-gesa. Gadis itu hanya menggeleng. Tak tahu lagi. Dia tak

116

Haruno Hana

nak beritahu. Tak apalah, saya akan beritahu awak jugak nanti. Buat masa sekarang, tolong tengokkan dia. Lelaki itu mengangguk. Dia meminta diri. Tombol pintu dipulas. Dia baru sahaja ingin keluar dari bilik itu sebelum dia mematikan langkah. Dia menoleh ke belakang, memandang tepat wajah gadis itu. Sebelah keningnya dijongket. Memang aku tak salah pilih kau. Terima kasih banyak-banyak, ucapnya. Gadis itu hanya tersenyum. Tak apa. Lagipun, awak pernah tolong saya. Saya hargai pertolongan awak dulu. Lelaki itu turut mengukir senyuman. Dia berjalan keluar dari bilik dengan wajah yang ceria. Hatinya lega. Masalah ini boleh diselesaikan tidak lama lagi. Tidak sabar dia mahu memaklumkan perkara itu kepada kawan-kawannya.

117

Lovin' You

Bab 17
Dia sudah tidak larat mengira keluhan yang keluar dari bibirnya. Tak terkira banyaknya! Dari pagi tadi melarat ke waktu rehat. Masa guru sedang mengajar pun dia tidak boleh memberi tumpuan. Apalah nasib.... Nori dan Ran hanya ketawa. Hati sudah kasihankan Kotomi, tapi tiada apa yang boleh dibuat oleh mereka. Suara Kira masih jelas di telinga mereka. Geli hati juga melihat Kotomi yang bagaikan cacing kepanasan. Jangan benarkan dia pergi ke mana-mana seorang diri. Kalau korang berdua tak boleh temankan dia, halang dia dari pergi ke tempat lain. Pastikan dia tidak ke mana-mana seorang diri. Ingat tu! Semenjak peristiwa di belakang pentas itu terjadi, arahan Kira semakin berkuat kuasa. Dan, apa yang diarahkan oleh Kira itu benar-benar menyusahkan Kotomi. Arahan mandatori itu semakin menambahkan sakit hati Kotomi.

H!!! Bosannya aku!!! keluh Kotomi buat kesekian kalinya.

118

Haruno Hana

Apa boleh buat? Putera idaman merangkap pengawal peribadi kau tu dah arahkan kami, pengasuhpengasuh di istana untuk jaga kau, Cinderella impian dia, usik Ran. Nori menekup mulut, menahan tawa yang bakal terhambur. Kotomi merengus. Dia bukan putera idaman aku, dan aku bukan Cinderella dia. Dia tu tak ubah macam seekor raksasa yang menangkap manusia untuk dimakan, tau tak? Menakutkan. Menyusahkan hidup betullah budak tu, dasar bongkak, keluh Kotomi lagi. Dia menjulingkan mata ke atas. Nori tidak dapat menahan ketawanya lagi. Ran yang sudah sedia ketawa, bertambah kuat tawanya. Kotomi hairan. Kenapa dengan rakan-rakannya ni? Apesal? Itulah ayat kegemaran kau kalau kau tengah kutuk budak tu. Dan... untuk pengetahuan kau, Kira bukannya budak. Dia tu setahun lebih tua daripada kau, sedar tak? kata Nori pula. Ye ke? tanya Kotomi selamba. Gaya selamba Kotomi menguatkan lagi tawa mereka. Nasib baik sekarang ini hanya mereka bertiga yang berada di dalam kelas, jika tidak tentu ketawa Nori dan Ran mengganggu rakan-rakan mereka yang lain. Kesemua rakan sekelas mereka berada di luar kelas. Ada yang sedang bermain di gelanggang bola keranjang, tidak kurang juga yang berada di kafe. Kotomi!

119

Lovin' You

Mereka bertiga menoleh ke pintu. Kira dan rakan-rakannya sedang berdiri tegak menghadap pintu. Kira menuding jarinya pada Kotomi, mengarahkan dia keluar. Kotomi menggeleng. Wajah Kira langsung tidak dipandangnya. Dia mendongak, menengadah ke siling. Ek eleh budak kecik ni. Apesal dengan dia hari ni? Nak memberontak pulak, bebel Kira perlahan. Namun katakatanya masih dapat didengari oleh rakan-rakannya. Dia bosanlah tu. Mana taknya, kau dah beri arahan mandatori kau tu kat dia. Baik kau masuk dalam, cakap dengan dia elok-elok, usul Shin. Hiro mengangguk setuju. Dalam banyak-banyak hal, Shin dan Hiro lebih bersikap matang di dalam menangani masalah. Berbeza dengan Kira yang lebih suka mendiamkan diri. Berbeza juga dengan Toma yang lebih suka memandang ringan sesuatu masalah itu. Kalah tuan puteri nak minta dipujuk, rungut Kira lagi. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga masuk ke dalam kelas itu. Nori dan Ran segera keluar, meninggalkan mereka berdua di dalam kelas. Mereka berdua menyertai Shin, Toma dan Hiro di luar kelas. Kenapa dengan Kotomi hari ni? tanya Hiro. Dia bosan. Kira tak benarkan dia merayau-rayau di kawasan sekolah, kata Nori. Patutlah masam aje muka tu, komen Hiro lagi. Mereka berlima menjenguk ke dalam kelas. Menanti butir bicara yang akan dibualkan oleh Kotomi dan Kira.

120

Haruno Hana

Seperti biasa, pasti ada pergaduhan di dalam pertemuan mereka. Janganlah masam aje. Aku buat semua ni untuk keselamatan kau jugak. Kalau kau asyik bermasam muka aje, nanti makin buruk pulak muka kau tu. Dalam memujuk, Kira sempat mengutuk Kotomi. Hati Kotomi mula panas. Suka hatilah! Muka saya yang jadi buruk, bukan muka awak, protes Kotomi. Hatinya sebal. Kalau datang jumpa aku setakat nak kutuk aku aje, baik tak payah datang. Dia merengus lagi. Kalau kau bosan sangat, apa kata musim panas ni kita ke pantai? Tiga minggu lagi cuti musim panas, cadang Kira tiba-tiba. Eh? Wajah Kira dipandang, memastikan apa yang dikatakan tadi bukannya pembohongan. Muka lelaki itu masih kelihatan selamba. Kau boleh ajak kawan-kawan kau kalau kau nak. Okey, tak? Anggap aje ni ucapan minta maaf aku sebab buat hidup kau bosan. Keluarga aku ada vila kat sana, jadi tiada masalah makan minum dan penginapan, kata Kira lagi. Sememangnya kedatangan dia ke kelas Kotomi semata-mata mahu memaklumkan hal itu. Selepas diberitahu oleh Nori dan Ran keadaan Kotomi yang semakin monyok dari sehari ke sehari, idea percutian di pantai terlintas di dalam mindanya. Selain itu, ada perkara lain yang ingin dia beritahu kepada Kotomi. Walaupun dia boleh memberitahu Kotomi di rumah, tetapi dia tidak sabar mahu melihat reaksi gadis itu jika hal itu dikhabarkan. Wajah Kotomi dipandang lagi.

121

Lovin' You

Nak pergi atau tak? tanya Kira lagi. Saya boleh ajak kawan-kawan saya? tanya Kotomi meminta kepastian. Kira mengangguk. Tapi, janganlah terlalu ramai pulak. Mata bulat Kotomi bersinar. Sinar di mata Kotomi mengundang lucu di hatinya. Sedaya upaya Kira menahan tawa. Senyuman terukir di bibir Kotomi. Tapi, kau kena tolong aku sebagai balasan, tambah Kira lagi. Senyuman pada bibir Kotomi mula kendur. Perkara macam nilah yang boleh hancurkan mood aku! Apa dia? Kira tersengih. Dia mengeluarkan sekeping kad berwarna merah dari poket kotnya. Kad itu dibuka sebelum diserahkan kepada Kotomi. Pemilik SS Financial Group adakan majlis tari menari malam ni. Ayah aku tak boleh hadir, dia minta aku hadiri majlis ni bagi pihak dia dan ibu aku. Aku pun baru aje terima arahan ni. Aku nak kau jadi pasangan aku untuk majlis tu, ini arahan aku. Selamba sahaja dia mengeluarkan arahan. Riak di wajahnya tidak mencerminkan apa-apa perasaan. Tetapi, hatinya sedang menjerit gembira. Suka betul dia dapat kenakan Kotomi. Apa?! Jeritan Kotomi mendorong rakan-rakan mereka yang menunggu di luar kelas menjenguk ke dalam. Kira sudah tergelak besar.

122

Haruno Hana

Kotomi pula menekup mukanya pada meja sambil menggelengkan kepalanya. Rakan-rakan mereka hanya tersengih.

KAKINYA melangkah keluar dari bilik persalinan butik mewah itu. Wajahnya monyok. Kira yang sedang duduk di atas sofa empuk berhadapan dengan bilik persalinan itu segera melipat majalah yang dibacanya. Sesuai tak? tanya Kotomi. Dia memusingkan badannya di hadapan Kira. Kira menggeleng. Cuba yang lain pulak. Gaun ni menampakkan kau makin pendek pulak. Kotomi mencebik. Ikutkan hati, mahu sahaja dia segera keluar dari butik itu. Tetapi, dia tidak berdaya. Mahunya Kira kejar dia dan tarik dia balik masuk dalam butik ni? Tak ke naya tu? Yelah, tuan muda, katanya sebal. Dia kembali melangkah masuk ke dalam bilik persalinan itu. Gaun yang lain pula dihulur oleh jurujual perempuan yang ditugaskan untuk melayan mereka. Kira ketawa kecil. Dia tahu kenapa Kotomi marah. Hampir dua puluh kali Kotomi ulang-alik masuk ke dalam bilik persalinan itu. Setakat ini, masih tiada gaun malam yang menepati cita rasa Kira. Walaupun dia lelaki, Kira bercita rasa tinggi dalam soal pakaian. Mengalahkan perempuan!

123

Lovin' You

Pintu bilik persalinan dibuka kembali. Kotomi melangkah keluar perlahan-lahan. Yang ni okey tak? tanyanya lagi. Agaknya ini kali ke seratus aku ulang soalan yang sama. Aku ra.... Kira yang baru sahaja mengangkat wajah untuk melihat penampilan Kotomi tidak dapat meneruskan katakatanya. Dia terpegun. Gaun yang dipakai oleh Kotomi benarbenar menampakkan gadis itu bagaikan bidadari. Gaun putih melepasi lutut itu benar-benar padan dengan dia. Ada ikatan reben yang berwarna putih melilit pinggang Kotomi. Sepatu putih yang dipakainya juga sesuai. Rambutnya pula hanya dihiasi cekak putih tanpa hiasan. Sempurna! Betul ke kau ni Kotomi? Padan pulak gaun ni dengan kau, ucap Kira sambil ketawa, cuba melindungi perasaan gugup yang terserlah pada wajahnya. Wajah Kotomi bertambah masam. Sesuai tak? Saya dah letih ni, rungutnya. Kalau kali ni pun tak boleh jugak, memang sahlah aku hempuk kepala budak ni dengan kasut tumit tinggi ni! Senyap. Kira langsung tidak berkata apa-apa, apatah lagi menjawab soalannya. Hati Kotomi bertambah panas. Apehal pulak dengan mamat ni? Dah bisu ke? Kira! panggilnya lagi. Geram betul! Dah okey. Tak payah tukar apa-apa. Sempurna! Cantik! kata Kira tergesa-gesa. Setiap patah perkataan meluncur laju keluar daripada mulutnya. Dia seolah-olah tidak sedar dengan apa yang dikatakannya. Dahi Kotomi berkerut.

124

Haruno Hana

Errr... dah okey? Kalau macam tu, saya tukar pakaian asal dulu, katanya. Kira mengangguk. Kotomi berlalu masuk ke dalam bilik persalinan itu. Kira menepuk-nepuk pipinya. Dadanya berdebardebar. Semuanya bermula apabila dia melihat Kotomi tadi. Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba aje berdebar macam ni? Tenang, tenang.... Kira termenung seketika. Jujurnya, ini bukan kali pertama hatinya berdebar apabila berhadapan dengan Kotomi. Pada saat mereka berdua-duaan di dalam bilik itu, ketika Kotomi tersenyum manis kepadanya dan saat mata gadis itu tepat memandang wajahnya. Hatinya berdegup kencang. Dia sendiri tidak tahu kenapa perkara itu mesti terjadi. Kira? Kotomi sudah keluar dari bilik persalinan itu. Dah siap? Kotomi mengangguk. Jom ke kaunter. Aku nak bayar, kata Kira. Dia segera bangun dari sofa itu. Bayar? Bukan ke awak nak sewa aje? tanya Kotomi. Kira tersengih. Anggaplah gaun tu hadiah daripada aku. Dah, jangan banyak cakap. Lepas ni kita singgah restoran dulu sebelum balik. Tangan Kotomi ditarik. Kotomi terpaksa mengikut rentak langkah Kira.

125

Lovin' You

Selepas urusan jual beli selesai, mereka berdua beriringan keluar dari butik itu. Malam ini, buat pertama kalinya Kotomi akan menghadiri majlis tari menari. Dia tertanya-tanya, agak-agak apa yang akan terjadi malam ni? Dia hanya mengeluh di dalam hati. Janganlah berlaku apa-apa.

126

Haruno Hana

Bab 18
OTOMI tergamam. Hotel mewah yang gah berdiri di hadapannya benar-benar memukau pandangan. Sudah ramai yang berkumpul di dewan dansa hotel itu. Kereta-kereta mewah diparkir di luar hotel. Kesemua yang datang kelihatan elegan dengan pakaian mahal yang membaluti tubuh masing-masing. Kotomi? Panggilan Kira membawa dia kembali ke alam nyata. Dia tersentak. Kira yang sudah keluar dari Bentley itu sedang berdiri di hadapannya. Sebelah tangannya dihulur kepada Kotomi. Kenapa? Dia kehairanan dengan huluran tangan Kira. Kira ketawa. Naif betul budak kecil ni. Majlis dah nak mula. Kita kena masuk dewan cepat. Mari! Tangan Kotomi dipegang lantas ditarik, memaksa gadis itu keluar dari kereta mewah itu. Mereka berdua beriringan masuk ke dalam dewan dansa.

127

Lovin' You

Sekali lagi Kotomi tergamam. Pemandangan di dalam dewan itu lebih memukau pandangannya. Candelier bergantungan di atas kepala. Konsep putih-emas itu menampakkan suasana mewah di dewan itu. Cantik! Eh? Tangannya diraih oleh Kira sekali lagi. Kotomi merenung wajah Kira yang segak berpakaian tuksedo hitam. Kita pergi jumpa Encik Suzuki dulu. Kotomi dibawa mengikut langkahnya ke arah tiga orang lelaki dan seorang wanita yang sedang berbual-bual. Kira mendekati mereka berempat. Apa khabar, Encik Suzuki? sapa Kira ramah. Seorang lelaki yang bercermin mata berhenti daripada perbualan yang diikutinya. Wanita yang berada di sisinya tersenyum manis. Kelihatan jelita dengan rantai berlian yang pastinya berharga jutaan dolar. Kira! Dah lama pak cik tak jumpa kamu. Bapa kamu mana? Ramah Encik Suzuki menyoal. Kira mengangguk hormat sambil tersenyum. Ayah dan ibu saya tak boleh hadir. Mereka ada urusan di Perancis, jawab Kira tenang. Berbeza dengan Kotomi di sisi yang kegelisahan. Encik Suzuki ketawa. Bapa kamu tu memang tak ubah-ubah! Kerja sepanjang waktu. Memang patutlah perniagaan dia semakin pesat berkembang! Kira hanya mengangguk. Kotomi senyap sahaja di sisi Kira. Dia tidak berani mencelah. Biarlah Kira sahaja yang menyapa. Silap cakap, dia juga yang malu!

128

Haruno Hana

Ini teman kamu, ye? tanya Puan Suzuki. Perhatiannya beralih pada Kotomi. Kotomi tersengih. Lupa nak kenalkan. Bahu Kotomi dipaut erat. Kotomi tersentak. Apa lagi yang mamat ni nak cakap? Jangan dia kenakan aku, sudah! Kira mengerling Kotomi sekilas sebelum kembali memandang Puan Suzuki. Bibirnya mengukir senyum. Wajahnya ceria. Kenalkan, ini teman wanita saya. Kinimoto Kotomi, kata Kira lagi. Apa? Puan Suzuki ketawa kecil. Kekasih kamu? Padan betul. Cantik budak ni. Samalah dengan bapa dia. Pilih yang cantik-cantik aje, gurau Encik Suzuki. Kira tersenyum lagi. Renungan membunuh Kotomi langsung tidak dipedulikan. Sebaliknya, dia hanya mengeratkan pautan tangannya di bahu Kotomi. Tak apalah, Encik Suzuki. Kami pergi dahulu. Maaf kerana mengganggu, ucap Kira. Dia tunduk hormat. Eloklah. Lagipun, tarian dah nak mula. Pak cik nak tengok kamu menari. Baiklah. Mereka berdua beredar ke bahagian tengah dewan dansa. Kotomi memandang marah ke arah Kira. Teman wanita? Kenapa awak cakap macam tu? tanyanya.

129

Lovin' You

Kenapa? Salah ke aku cakap? Aku cuma cakap teman wanita, tak tambah pun perkataan istimewa tu, kata Kira. Sebelah keningnya dijongket. Dia tersengih geli hati. Tu saya tau! Tapi, cara awak cakap tu boleh buat orang lain salah faham! marah Kotomi lagi. Kira hanya ketawa. Langsung tidak membalas katakata gadis itu yang sedang menahan marah. Lagu mula dimainkan. Lampu dikelamkan sedikit, menimbulkan suasana romantis. Kebanyakan pasangan yang hadir sudah mula menari waltz. Kotomi mula cemas. Sebelah tangan Kira memegang tangannya manakala sebelah lagi merangkul pinggang Kotomi. Kira, saya tak tahu menari, bisiknya cemas. Kira buat endah tak endah dengan pengakuan Kotomi. Kira! Mamat sorang ni memang nak kena! Dah la ajak aku ke majlis ni, lepas tu malukan aku. Kemudian kena menari pulak! Manalah aku pernah menari seumur hidup aku ni! Alahai.... Relaks. Kira berbisik lembut pada telinga Kotomi. Hembus nafas Kira menggetarkan nalurinya. Kotomi mula malu. Pipinya memerah. Macam mana ni? Saya tak tahu menari, katanya lagi secara perlahan. Kira tersenyum. Apa kata, bisiknya perlahan, romantis, kita buat gaya Erward Cullen dan Bella Swan dalam filem Twilight?

130

Haruno Hana

Apa? Mamat ni gila ke apa? Buatnya aku jatuh, naya! Rileks. Aku tahulah yang kaki kau tak patah atau pakai kaki kayu. Ikut aje cakap aku, kata Kira dalam nada perlahan. Dahi Kotomi sudah berkerut seribu. Saya Sebelum Kotomi berkata apa-apa, tubuhnya sudah diangkat oleh Kira. Kakinya diletakkan di atas kaki Kira. Kira merangkul erat pinggangnya dan mula menari. Setiap langkah Kira dapat diikutinya kerana kakinya sudah melekat pada kasut Kira. Kotomi mengerling sekilas pada orang ramai. Ada yang berhenti daripada menari dan melihat ke arah mereka. Perhatian mereka tertumpu pada dirinya dan Kira. Ada yang tersenyum, tidak kurang juga yang berbisik-bisik. Encik dan Puan Suzuki turut berhenti menari, mengalih perhatian pada mereka. Kira, malulah macam ni... katanya perlahan. Kira hanya tersenyum sahaja dan meneruskan tariannya. Lampu dituju pada mereka, mengikut ke mana sahaja arah mereka berdua menari. Lagu yang dimainkan sudah berganti dengan lagu lain. Kira! Kepala Kotomi dibawa ke dadanya. Kotomi tergamam. Dadanya mula bergetar hebat. Dia gementar, tetapi dia juga berasa damai berada di samping Kira. Sudah banyak kali perkara seperti ini terjadi. Semasa persembahan Kira di atas pentas tempoh hari juga perasaannya berubah tenang. Perlahan-lahan, dia memejamkan matanya. Kotomi hanyut dibuai perasaan.

131

Lovin' You

Bunyi tepukan yang gemuruh menampar gegendang Kotomi. Spontan, Kotomi membuka mata. Lagu sudah tamat dimainkan. Dia mendongak. Kira sedang tersenyum manis kepadanya. Dengan perlahan, Kira mengangkat tubuh Kotomi. Kaki Kotomi mencecah ke lantai semula. Kotomi senyap. Tidak berkata apa-apa. Dah tamat. Kau tak perlu takut lagi, bisik Kira di telinganya. Tetamu yang hadir mula bertepuk tangan. Suasana menjadi gemuruh seketika. Mata mereka tertumpu pada Kira dan Kotomi. Mari, tunduk hormat. Bisik Kira lagi. Tangan Kotomi dipegang erat. Kotomi akur. Mereka berdua tunduk hormat kepada tetamutetamu yang hadir. Kotomi tersenyum ceria. Taklah teruk sangat pengalaman pertama dia menari. Dia ketawa di dalam hati.

132

Haruno Hana

Bab 19
OTA muzik disimpan kembali ke dalam fail. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Kira sudah bersedia untuk memainkan simfoni ciptaannya yang terbaharu. Kotomi yang mula teruja segera bersiap sedia untuk mengambil video. Dia mahu merakamkan saat Kira memainkan piano. Cepatlah! desaknya. Banyak cakap pulak. Lagi satu, siapa bagi kebenaran untuk kau rakam video masa aku main piano? tanya Kira sarkastik. Kotomi menjuihkan bibir. Suka hatilah! Cepatlah, saya dah tak sabar ni, desaknya lagi. Yelah, yelah. Dah mula rakam ke? tanya Kira. Kotomi menggeleng. Sekejap. Hah, okey. Dah boleh mula rakam.

133

Lovin' You

Kira menghela nafas. Dia menarik senyum dan mula fokus pada camcoder di tangan Kotomi. Dia tunduk hormat di hadapan Kotomi yang sudah mula merakam. Apa khabar? Saya, Masashi Kira akan memainkan piano dan memperkenalkan simfoni terbaharu ciptaan saya yang masih belum diberi nama ini di hadapan seorang budak kecil yang menyibuk, katanya. Betul-betullah! Suara Kotomi kedengaran, termasuk sekali ke dalam rakaman itu. Kira tunduk hormat sekali lagi tanpa mempedulikan Kotomi dan mula membelai bilah-bilah piano. Dia mula memainkan piano. Simfoni ciptaan Kira itu mula mengusik telinga Kotomi. Kotomi melihat dari balik perakam videonya itu. Asyik benar Kira dengan pianonya. Itulah yang sering berlaku sebaik sahaja Kira memainkan piano. Dia akan berada di dalam dunianya dan tidak mudah terganggu dengan perkara lain. Kotomi tersenyum sendirian. Dia sendiri leka mendengar simfoni yang dimainkan. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Hatinya senang sekali bila melihat Kira asyik dengan pianonya dan melihat senyuman lelaki itu terukir indah apabila jemarinya menari di atas bilah-bilah piano. Dia tertanya-tanya juga, adakah dia sukakan lelaki itu? Dia sendiri tidak pasti. Jemari Kira berhenti bergerak. Dia menoleh ke arah Kotomi dan tersenyum. Dah tamat, katanya ringkas. Kotomi tersedar dari lamunannya. Dia malu sendiri.

134

Haruno Hana

Janganlah Kira perasan dengan wajahnya yang sedang senyum sendiri itu. Janganlah cakap macam tu! Saya masih tengah rakam video ni, marah Kotomi, cuba menutup malu. Kira mengeluh. Baiklah tuan puteri. Ada soalan ke? Boleh tak beritahu saya simfoni ni bertemakan apa? tanya Kotomi dengan lagak seorang wartawan. Dia masih sibuk merakam video tersebut. Video itu akan disimpan sebagai simpanan peribadinya. Emmm nak cakap macam mana ye? Kira menggaru-garu kepalanya. Macam nilah, simfoni ni berunsurkan percintaan. Aku gambarkan bagaimana seorang lelaki ni tak boleh lupakan kekasihnya walaupun kekasihnya dah meninggal dunia. Okey tak? Kiranya, cinta sepanjang hayatlah ni? Sedihnya, kata Kotomi. Awak tak nak namakan simfoni ni ke? tanyanya lagi. Tak tahu. Kau ada cadangan ke? Aku bukannya jenis yang pandai bagi nama. Emmm.... Kotomi mula berfikir. Payah jugak nak fikir untuk tajuk ni. Apa ya? Haaa!!! Jeritan Kotomi mengejutkan Kira. Apa dia? Lovin You? Okey tak? Loving You? Dahi Kira berkerut. Lovin You! Huruf G tu dibuang. Sesuailah dengan tema yang awak cakap tadi, kata Kotomi riang. Sebenarnya, dia teringatkan salah satu lagu

135

Lovin' You

kumpulan Tohoshinki yang sering menjadi siulannya, Lovin You. Alang-alang Kira meminta pendapatnya, apa kata dia beri tajuk tu? He he he.... Kira hanya mengangguk setuju. Malas mahu memanjangkan topik. Dia berjalan mendekati Kotomi. Tapak tangannya menutup kamera camcoder itu. Sudah-sudahlah rakam video tu. Bagi pada aku perakam ni! Tak nak! Kotomi menjelir lidahnya. Sebelum sempat Kira menarik camcoder itu dari tangannya, dia sudah melarikan diri dari bilik itu. Jika tidak, boleh hancur camcoder pemberian ibunya di tangan Kira. Kelmarin, dia menerima bungkusan dari Hokaido yang dihantar oleh ibunya. Kotomi sama sekali tidak menyangka ibunya akan menghadiahi dia sebuah camcoder. Dia berlari menuju ke ruang tamu. Kotomi ketawa gembira. Dapat juga dia kenakan Kira. Bagaimana kalau aku edit sikit video ni? Dia mula berfikiran jahat. Kotomi? Langkahnya mati. Pak Cik Ozu rupanya. Lelaki itu sedang berdiri berhampiran dengan potret keluarga Masashi. Dia sedang mengelap bingkai gambar keemasan itu. Kenapa berlari ni? Boleh jatuh kalau tak hati-hati, omel lelaki tua itu. Kotomi tersengih. Kamu dari mana? Dari bilik piano Kira. Dia mainkan simfoni ciptaan dia. Pak cik nak tengok tak? Saya dah rakam. Kotomi mengeluarkan camcoder itu, menekan butang play dan mengunjuk kepada Pak Cik Ozu. Pak Cik Ozu mengukir senyum.

136

Haruno Hana

Kenapa pak cik senyum? tanya Kotomi. Dia kehairanan. Pak cik gembira tengok tuan muda macam ni. Oh ya, Kotomi! Bulan ni masuk bulan kedua kamu tinggal di sini, kan? Cepat betul masa berlalu. Kotomi mengangguk. Ya. Tinggal lagi empat bulan sebelum nenek saudara saya pulang ke Tokyo. Lepas tu, saya akan tinggal semula kat rumah lama saya. Wajah tua itu kelihatan bersedih. Kan baik kalau kamu boleh tinggal terus kat sini, keluh Pak Cik Ozu. Kenapa pak cik cakap macam tu? Wajah lelaki tua itu berubah sayu. Kepala Kotomi digosok perlahan. Pak cik gembira bila kamu ada kat sini. Semua orang gembira. Lebih-lebih lagi, bila pak cik fikirkan pasal tuan muda. Lelaki tua itu berhenti sejenak sebelum menyambung kembali katanya, kalau bukan sebab Kotomi, Tuan Muda Kira takkan boleh gembira sampai macam ni. Lagipun, selama ni tuan muda tak pernah ada kawan perempuan. Kotomi termangu. Dia sebak apabila memikirkan hari dia akan keluar dari rumah agam yang menyimpan memori indahnya. Ketika dia mula-mula masuk ke dalam rumah ini, saat dia bergurau senda dengan Fuyuki dan Miyuki, waktu Mak Cik Inoue mengajarnya membuat kek dan pastri dan ketika... dia mula mesra dengan Kira. Pak cik. Pak Cik Ozu merenung wajah gadis itu. Wajah Kotomi sudah berubah sayu. Gadis itu mula mengesat matanya. Setitik air matanya sudah mengalir

137

Lovin' You

menuruni pipi. Kotomi pun kalau boleh tak nak tinggalkan tempat ni.... Dia sudah menganggap mereka semua seperti keluarganya sendiri. Bagaimana dia mahu meninggalkan rumah itu jika kesemua orang yang dia sayangi berada di dalamnya? Pak Cik Ozu mengeluh berat. Dia memeluk tubuh gadis itu. Kotomi sudah dianggap seperti cucunya sendiri. Kalau Kotomi pergi, bagaimana dengan Kira? Siapa lagi yang mampu mengembalikan senyuman Kira selain daripada rakan-rakannya bertiga itu? Itu sahaja yang mampu difikirnya sekarang. Kotomi? panggil Pak Cik Ozu. Kotomi mendongak. Merenung wajah tua itu. Dia mengesat matanya yang sembap. Ada apa, pak cik? Pak cik dengar, tuan muda nak bawa kamu dan kawan-kawannya ke pantai, betul? Kotomi hanya mengangguk. Tiada suara keluar daripada bibirnya. Boleh pak cik minta tolong kamu? Pak cik nak minta tolong apa?

138

Haruno Hana

Bab 20
Lautan yang membiru, camar yang berterbangan di udara, cahaya matahari yang tidak terlalu terik dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dia teruja dengan semua yang berkaitan dengan pantai. Tiada ramai orang di kawasan pantai di mana mereka berada. Mungkin kerana musim panas baru sahaja tiba. Atau mungkin kerana kawasan pantai yang berhadapan dengan vila musim panas Kira itu merupakan kawasan persendirian. Entahlah, Kotomi sendiri tidak pasti. Aduh! Kepalanya diketuk kuat. Siapa pulak yang dengki ni? Aku baru aje tengah riang gembira ni. Ni tak lain tak bukan.... Mengelamun! Suara Kira menyapa telinganya. Kira! marahnya. Memanglah manusia sorang ni, tak boleh langsung tengok aku senang. Dengki aje kerjanya.

EAH! Cuti musim panas dah mula!

139

Lovin' You

Tak nak mandi laut ke? tanya Kira. Pantas Kotomi menggeleng. Dahi Kira berkerut. Kenapa? Tunggu kawan, jawab Kotomi pendek. Matanya liar memerhatikan kawasan sekitar. Shin, Toma dan Hiro awal-awal lagi sudah berenang di laut. Nori dan Ran pula sedang berjalan di tepi pantai. Tinggal dia seorang sahaja sebelum dirinya dikacau oleh Kira. Tunggu siapa lagi? Pertanyaan Kira tidak dijawab. Mata Kotomi masih liar memandang sekeliling. Orang yang dicarinya masih belum muncul. Kemudian, senyuman mula terukir di bibirnya. Dia melambai-lambai ke suatu arah. Setsuna! Wajah Kira berubah riak. Wajah Kotomi dipandang tidak percaya. Kau ajak dia? tanyanya perlahan. Wajah Kira yang kelihatan tegang dipandang tanpa rasa takut. Bukan ke awak kata saya boleh ajak kawan saya? katanya tanpa rasa bersalah. Kotomi masih lagi melambai ke arah Setsuna yang sedang berlari menuju ke arah mereka berdua. Maaf, lambat sikit, kata Setsuna sebaik sahaja dia berhadapan dengan Kotomi. Dia mengerling sekilas ke arah Kira. Kira melontarkan pandangan ke arah laut. Tiada apa-apa yang ingin dikatakan.

140

Haruno Hana

Awak tinggal kat mana? tanya Kotomi tanpa mengendahkan perubahan wajah Kira. Setsuna sudah sampai dan dia mesti memastikan rancangannya yang dirancang bersama Pak Cik Ozu berjalan lancar. Mereka berdua mahu Kira berbaik kembali dengan Setsuna. Kat hotel sana. Saya ada penggambaran klip video kat sini. Kebetulan masa awak ajak saya ke sini, saya baru aje dapat tahu pasal penggambaran tu, terang Setsuna. Ye ke? Maaflah, ganggu masa kerja awak, kata Kotomi serba salah. Tidak sangka pula Setsuna masih bekerja walaupun cuti sudah bermula. Maklumlah, artis terkenal. Tentulah sibuk ke sana sini dengan akiviti seni. Kotomi memikirkan kembali rancangannya. Dia mengajak Setsuna ke pantai ini untuk mengeratkan kembali hubungan Kira dan Setsuna yang renggang. Dia tidak mahu mereka berdua kekal bermasam muka apabila bertemu. Tidak sangka pula Setsuna terikat dengan kerjanya. Hatinya sebal. Tak ada apa-apalah, kata Setsuna lagi. Lagipun, saya tiba di sini dua hari lebih awal. Penggambaran dah selesai. Kiranya, sekarang ni masa cuti sayalah. Baguslah kalau macam tu! kata Kotomi riang secara tiba-tiba. Tangan Kira dan Setsuna dicapai. Apa ni? tanya Kira yang terkejut dengan tingkah laku mendadak Kotomi. Dia baru sahaja enak melayan perasaan sebelum dikacau oleh gadis itu. Sekarang ni masa cuti. Baik kita pergi berenang kat laut. Mereka dah tunggu kita tu, kata Kotomi bertambah riang.

141

Lovin' You

Kedua-dua lelaki itu ditarik ke arah laut. Shin, Toma dan Hiro yang ternampak kejadian itu hanya ketawa. Nori dan Ran juga sudah menyelam di lautan. Berenang bersama-sama mereka bertiga. Kotomi! Kira bertempik geram. Kotomi hanya ketawa.

SUASANA di pantai itu amat menyeronokkan. Seharian mereka bermain di pantai. Melompat ke sana-sini, berenang di laut, membina istana pasir serta makan ais krim atau ais kacang di gerai yang berderet di pantai. Orang ramai sudah membanjiri pantai itu. Kebanyakannya datang bersamasama keluarga atau kawan-kawan. Masing-masing berjemur di tepi pantai atau pun berenang di lautan. Kotomi! Giliran awak! laung Ran. Kotomi hanya mengangguk. Dia segera masuk ke gelanggang. Siap sedia! Saya memang pakar dalam permainan ni, katanya sambil ketawa. Kira yang berpasangan dengan Toma hanya mencebik. Kita tengoklah siapa yang paling handal, kata Kira angkuh. Kotomi hanya menyeringai. Mamat ni masih tak kenal aku rupanya. Siap kau! Dah sedia? laung Shin yang bertindak sebagai pengadil.

142

Haruno Hana

Dah! Sahutan mereka bergema. Mula! laung Shin lagi. Bola gelanggang. di tangan dilempar masuk ke dalam

Mereka semua bersorak. Perlawan bola pantai dua menentang dua dimulakan. Kira berpasangan dengan Toma manakala Kotomi berpasangan dengan Nori. Pada asalnya, Nori berpasangan dengan Ran, tetapi Ran sudah keletihan selepas dua set perlawanan. Untuk perlawanan kali ini pula, Kira dan Kotomi cuma memerlukan satu set perlawanan untuk menentukan kemenangan. Ingat! Siapa yang kalah kena masak untuk malam ni. Dan, dilarang beli kat gerai! kata Kotomi tercungapcungap. Hebat juga pasukan Kira! Kira dan Toma memang tangkas bermain. Letih dibuatnya. Kita tengok siapa yang menang! kata Kira lagi. Hiro camcodernya. merakamkan perlawanan itu dengan

Shin berdiri di tepi gelanggang. Ran pula duduk berlunjur kaki sambil melihat pertandingan bola pantai itu. Setsuna pula berdiri di hujung gelanggang. Terhibur hatinya melihat perlawanan di antara dua seteru kuat itu. Bola di tangan Kira dilempar tinggi selepas dia menyambutnya lagi. Sengaja Kira melempar bola itu tinggi,

143

Lovin' You

sangkanya Kotomi tidak dapat menyambut lontarannya. Dia baru sahaja mengukir senyuman lebar sebelum senyumannya mati. Hampir tidak percaya dia melihat ketangkasan gadis bertubuh kecil itu. Peluang! Kotomi segera melompat. Lompatannya tinggi. Tidak padan dengan tubuhnya yang kecil itu. Tangannya disasar pada bola. Sup!!! Bola itu masuk ke gelanggang Kira tanpa sempat ditepis. Hampir sahaja bola itu mengenai bahu kiri Kira. Kira dan Toma sama-sama memandang ke arah bola itu. Gila! Perhatian Toma kembali beralih kepada Kotomi. Tangan kau tu diperbuat daripada besi ke? soalnya tidak percaya. Kotomi tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya tersenyum kemenangan. Sudah beberapa kali dia melompat kegembiraan. Nori turut diraih ke dalam pelukannya. Gembira betul dia. Ini kali pertama dia menewaskan Kira dalam sesuatu perkara. Kalau tidak, asyik kena buli aje kerjanya. Nama Kira dipanggil kuat. Ingat janji tu! Yay!!! Tak payah masak malam ni! soraknya lagi. Setsuna dan Hiro bertepuk tangan. Shin tersenyum. Dia mengerling ke arah Kira. Yelah! Yelah! Dah lewat ni, kita balik ke vila dulu. Kau jugak yang nak aku masak, kata Kira. Wajahnya menunjukkan ketidakpuasan hatinya, namun di dalam hatinya dia terhibur apabila melihat Kotomi

144

Haruno Hana

sebegitu. Wajah ceria Kotomi sering menggembirakan hatinya walaupun dia marah. Dia tersenyum juga akhirnya. Okey! Mereka berjalan meninggalkan pantai. Baru sahaja beberapa langkah Kotomi menapak, dia berhenti. Pantas dia menoleh ke belakang. Setsuna sudah berjalan meninggalkan mereka semua. Setsuna! laung Kotomi. Laungan itu mendorong Setsuna menoleh ke belakang. Kira juga berhenti melangkah. Dia memerhati Kotomi yang berlari menuju ke arah Setsuna. Dia terasa sesuatu. Hatinya.... Ada apa? tanya Setsuna. Awak tak nak sertai kami ke? tanya Kotomi. Setsuna menggeleng. Esok, kita jumpa lagi, katanya lagi sebelum kembali menuju ke hotel di mana dia menginap. Kotomi hanya mengangguk perlahan. Dia mendapatkan Kira semula. Rakan-rakan mereka yang lain sudah berjalan meninggalkan mereka berdua. Kau memang rapat dengan dia? tanya Kira tanpa menoleh ke arah Kotomi. Kotomi kebingungan. Apa maksud awak? Kira tersenyum sinis. Kau bercinta dengan dia ke? Hah? Apa yang awak cakap ni? Saya dan Setsuna bukannya pasangan kekasih.

145

Lovin' You

Kenapa dengan Kira ni? Tiba-tiba je. Dia marah sebab aku ajak Setsuna ke mari agaknya. Oh? katanya selamba. Kotomi menjeling Kira. Tak boleh ke kalau awak jangan sambung perbalahan awak dengan Setsuna? Bukan ke awak dah kata, nak ubah keadaan jadi baik semula? Tapi, sepanjang kita kat pantai ni, tak pernah pun awak bercakap dengan dia. Senyum pun tidak. Kalau macam nilah, sampai bila-bila pun awak tak boleh ubah keadaan jadi macam dulu. Kata Kotomi geram. Dia segera meninggalkan Kira di belakang. Geram betul dia. Panggilan Kira tidak disahutnya. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Kira terkedu. Apa yang dikatakan oleh Kotomi tadi kembali bermain di dalam mindanya. Keluhan berat terhembus dari mulutnya. Dia menggeleng perlahan. Apa yang dikatakan oleh Kotomi tadi betul, dia juga mahu berbaik semula dengan Setsuna. Tapi, tidak semudah itu. Tidak semudah itu.

SETSUNA duduk berseorangan di beranda sambil termenung panjang. Pengurusnya sudah hilang entah ke mana. Mungkin turun ke lobi. Setsuna tiada hati untuk ke mana-mana. Dia betul-betul letih. Seharian dia menyertai Kotomi dan rakan-rakannya. Bermain di pantai. Mereka semua menerimanya dengan baik, kecuali... Kira. Kira masih seperti dahulu. Langsung tidak menegurnya. Sangkanya, selepas malam itu, mereka akan berbaik seperti dahulu. Tidak mengapalah. Mungkin Kira

146

Haruno Hana

masih kekok kerana mereka sudah lama tidak berbaik-baik. Mungkin lelaki itu masih perlukan masa untuk berbaik-baik dengannya. Bergelak ketawa, bertepuk tampar seperti dahulu. Setsuna mengeluh. Dia kembali ke katil. Dia merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk itu. Selain Kira, masih ada sesuatu yang mengganggunya. Kotomi. Dia terpaksa mengakui, dia semakin sukakan gadis itu. Mungkin juga, lebih tepat kalau dia katakan bahawa dia... cintakan gadis itu. Perasaan itu tidak pernah hadir di dalam dirinya. Dia juga masih muda. Peminat-peminatnya juga dilayan seadanya. Tidak pernah berlebih-lebihan. Sudah ramai gadis yang ditemuinya, namun tiada seorang pun yang mampu menarik perhatiannya. Namun Kotomi berbeza. Gadis itu tidak seperti gadis-gadis lain yang akan menjerit kegembiraan apabila bertemu dengannya. Tidak sama. Tetapi, cinta Kotomi mungkin bukan untuknya. Mungkin, dalam diam gadis itu menaruh perasaan pada Kira. Dan, tidak mustahil juga kalau Kira turut mencintai gadis itu. Kotomi seorang gadis yang istimewa. Benar-benar istimewa. Setsuna mengiring ke kanan. Dia benar-benar tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia gembira apabila gadis itu berada di sisinya, tenang apabila melihat gadis itu gembira. Bukan mudah baginya untuk melafazkan kata ajaib itu. Matanya dipejam rapat. Cuba melupakan masalah yang sedang difikirkan.

MAAF. Pasal tadi. Kira melabuhkan punggung di sisi Kotomi.

147

Lovin' You

Malam sudah menjengah tiba. Mereka semua berada di pantai semata-mata untuk bermain bunga api. Toma yang menyediakan pelbagai jenis bunga api untuk mereka semua. Kotomi masih berdiam diri. Dia merenung ke arah laut. Kata-kata Kira langsung tidak dihiraukannya. Seolaholah Kira tiada langsung di sisinya. Kotomi! Nadanya naik satu oktaf. Geram juga kerana Kotomi tidak menghiraukannya. Senyap. Kotomi mencapai ranting kecil dan mula melukis pada permukaan pasir. Kira mengeluh. Bukan mudah untuk aku berbaik dengan Setsuna. Kau kena faham, kata Kira. Jemari Kotomi berhenti daripada melukis. Dia mengalih pandang ke arah Kira. Tapi, awak boleh cuba, kan? Kotomi, tolonglah. Maaf pasal tadi, ye? Kotomi diam sejenak sebelum mengangguk. Saya boleh maafkan awak. Tapi, saya nak minta tolong satu perkara. Kira tersengih. Lepas ni tak payahlah dia menghadap wajah mencuka Kotomi lagi. Dia betul-betul tidak selesa dengan tingkah Kotomi apabila merajuk. Apatah lagi gadis ini jarang merajuk lama dengannya. Apa dia? Saya nak. Kotomi kembali merenung laut. Kira menanti dengan debaran. Apa pulak yang

148

Haruno Hana

budak kecik ni nak? Jangan dia mintak yang bukan-bukan sudah. Saya nak awak layan Setsuna dengan baik esok, kata Kotomi senafas. Itu sahaja yang dia harapkan. Tambahan lagi, itulah tujuan utama dia dan Pak Cik Ozu berpakat untuk mengajak Setsuna menyertai mereka. Apa? Kotomi ketawa. Maksud saya, jangan layan dia macam tadi. Kalau awak tak bersedia nak bercakap dengan dia lagi, sekurang-kurangnya awak boleh senyum pada dia. Boleh tak? Kira termenung seketika. Susah juga nak penuhi permintaan Kotomi. Akhirnya, dia akur. Kira mengangguk perlahan-lahan. Baiklah, aku cuba. Kotomi tersenyum. Dia bangun dari duduknya. Nak ke mana pulak tu? tanya Kira. Kotomi mengunjuk ke arah rakan-rakan mereka yang sedang seronok bermain bunga api. Toma sedang dikejar oleh Hiro manakala yang lain pula sedang ketawa sakan. Tentu ada sesuatu yang berlaku. Ke sana. Nak main bunga api. Aku pergi sana jugaklah. Kira juga bangun. Mereka berdua berjalan beriringan. Oh, ya! Lupa nak cakap, kata Kotomi tiba-tiba. Dia memandang wajah Kira. Makan malam tadi masin sikit. Awak ni memang tak tau masak ke? tanyanya dengan riak muka tidak bersalah.

149

Lovin' You

Apa? Kotomi mula ketawa. Dia terpaksa menekup mulutnya untuk menghalang tawa itu kedengaran lebih kuat. Kira mencebik. Kau jangan nak kutuk aku, dasar budak kecik! Nak menari pun tak lulus lagi, ada hati nak kutuk aku, balas Kira. Dia berjalan mendahului Kotomi. Kotomi sudah berhenti ketawa, sebaliknya dia berlari ke arah Kira. Buku limanya dikepal. Aduh! Kira mengaduh kesakitan. Kena! Kotomi meloncat gembira sebelum berlari menjauhi Kira. Buku limanya sudah berjaya mengetuk kepala Kira kembali. Kira kembali mengejarnya. Riuh pantai itu dengan jeritan Kotomi yang dikejar oleh Kira. Rakan-rakan mereka hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

150

No. ISBN: 978-967-5067-63-1 Jumlah muka surat: 424 Harga Runcit: Semenanjung Msia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17 Sinopsis: Kira yang digelar putera di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habishabisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di

seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya. Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano. Namun kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua. Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama? Simfoni kita akan terus berlagu selagi ianya kekal di hati kita. Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta Kira dan Kotomi, jangan lupa dapatkan LOVIN YOU di rangkaian kedai buku MPH dan Popular serta kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu

tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KMHB
    KMHB
    Dokumen95 halaman
    KMHB
    kelabk
    100% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Dokumen93 halaman
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Arghh!!
    Arghh!!
    Dokumen147 halaman
    Arghh!!
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • SYKT
    SYKT
    Dokumen104 halaman
    SYKT
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • QNI Bab1 10
    QNI Bab1 10
    Dokumen43 halaman
    QNI Bab1 10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • C&amp SII
    C&amp SII
    Dokumen105 halaman
    C&amp SII
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Hot Gimmick BG P2U
    Hot Gimmick BG P2U
    Dokumen362 halaman
    Hot Gimmick BG P2U
    kelabk
    100% (2)
  • HMP
    HMP
    Dokumen163 halaman
    HMP
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Rettt
    Rettt
    Dokumen92 halaman
    Rettt
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • DJ
    DJ
    Dokumen124 halaman
    DJ
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • BCB PDF
    BCB PDF
    Dokumen53 halaman
    BCB PDF
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat