Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut "navy" memiliki kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk kajian sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia. U-Boat adalah ringkasan bagi Unterseeboot (jika ditakrifkan secara terus ke bahasa melayu bermaksud "bot-bawah-laut") iaitu nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalam Perang Dunia I. Salah satu pesawat selam yang lain adalah loceng selam.
perkakasan diluar lunas untuk menjumatkan ruang dalaman. Bagaimanapun, tempat duduk kapal selam penumpang juga sempit. Kebanyakannya berkuasa bateri dan sangat perlahan.
Sebuah kapal selam nuklear kelas Los Angeles Tentera Laut Amerika Syarikat Perkembangan yang agak baru, kapal selam kecil tanpa pemandu yang dikenali sebagai kenderaan beroperasi jarak jauh marin - (marine remotely operated vehicles) digunakan secara meluas masa kini untuk bekerja di air dalam atau terlalu merbahaya untuk penyelam. Sebagai contoh, kenderaan beroperasi jarak jauh - ( remotely operated vehicles ) (ROV) membaiki pelantar petroleum luar pantai dan melekatkan kabel kepada kapal karam untuk mengangkat mereka. Kenderaan kawalan jauh seumpamanya disambung dengan tether (kabel tebal yang membekalkan kuasa dan komunikasi) kepada pusat kawalan di atas kapal. Operator atas kapal melihat imej video yang dihantar balik oleh robot dan mengawal kipas dan lengan robot. Bangkai kapal Titanic dijelajah dengan menggunakan kenderaan sedemikian, termasuk pesawat dipandu.
kapal selam kelas berbentuk bot (lihat sejarah, di bawah), bilik kawalan, atau conn, terletak di dalam menara ini, yang dikenali sebagai menara conning. Bagaimanapun, semenjak itu bilik kawalan conn telah diletakkan dalam badan utama kapal, dan menara itu biasanya pada masa kini dikenali sebagai layar sail. Dalam fahaman lain, conning tower datang dari bahasa Inggeris verb to con, yang bererti untuk mengemudi, menunjukkan kehadiran sistem navigasi dalam menara kawalan. Conn tidak patut dikelirukan dengan bridge, yang merupakan pelantar kecil pada puncak layar yang digunakan untuk pemerhatian mata kasar ketika berlayar di permukaan laut. Kapal selam moden menggunakan sistem pemanduan inert ( Inertial guidance system ) untuk pemanduan semasa menyelam, bagaimanapun, ralat hanyut (drift error) meningkat menurut masa dan tidak dapat dielakkan. Untuk menangani masalah ini, sistem kedudukan sejagat (global positioning system) kadang-kala digunakan untuk mendapatkan kedudukan yang tepat. Periskop hanya digunakan sekali-sekala, kerana jarak penglihatan di bawah laut amat terhad. Kapal selam ketenteraan biasanya mempunyai anak kapal melebihi seratus orang. Kerja mereka merupakan yang paling sukar dalam tentera laut, kerana mereka mesti bekerja secara terasing untuk tempoh masa yang panjang, tanpa hubungan dengan keluarga mereka, kerana kapal selam kebiasaannya mengekalkan senyap radio ( radio silence ) untuk mengelakkan dari dikesan. Mengendalikan kapal selam adalah merbahaya, walaupun pada waktu aman; banyak kapal selam telah tenggelam akibat kemalangan (lihat sejarah, di bawah). Kapal selam telah pun lama digunakan, tetapi dengan pertukaran teknologi, peranannya telah berubah secara mendadak. Ciri-ciri utama kekal sukar dikesan, terselindung oleh lautan seluas berbatu-batu. Walaupun dengan sistem pengesanan moden, kapal selam masih mampu bergerak hampir tidak kelihatan.
Kapal selam Kelas George Washington "boomers" dinamakan sempena "rakyat Amerika terkenal" dan kemudiannya kapal selam Kelas Ohio dinamakan sempena nama negeri, dengan pengecualian sebahagian "rakyat Amerika yang terkemuka" adalah orang asing dan SSBN-730 dinamakan sempena nama Senator. Kapal selam yang direka untuk menyerang kapal dagang atau kapal perang lain dikenali sebagai kapal selam "penyerang" atau "pembunuh pemburu" (hunter-killer ). Kapal selam penyerang biasanya membawa torpedo untuk menyerang kapal tentera laut, dan kadang kala peluru berpandu krus untuk menyerang sasaran darat atau kapal. Kapal selam penyerang menggunakan pelbagai sistem tujahan. Kebanyakannya menggunakan gabungan diesel-eletrik yang serupa dengan apa yang dimajukan pada awal abad ke 20, banyak yang menggunakan kuasa nuklear, dan semakin banyak yang menggunakan bentuk lain tujahan bebas udara seperti sel bahan api atau enjin Stirling. Kesemua kapal selam penyerang Amerika Syarikat menggunakan kuasa nuklear. Kesemua kapal selam Amerika Syarikat (yang mempunyai nama sebenar dan bukannya nama alphanumerik) dinamakan sempena "makhluk laut dalam" sehingga kelas Los Angeles, yang dinamakan menurut nama bandar di A.S - dengan pengecualian beberapa buah yang dinamakan menurut ahli politik, dan kelas baru kelas Seawolf, yang menerima nama tradisional untuk yang pertama, nama negeri untuk kedua, dan nama presiden untuk yang ketiga.