Anda di halaman 1dari 16

MANISNYA MENJADI GADIS : 2

Manisnya Menjadi Gadis Gadis adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak perempuan ke alam dewasa wanita. Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi dan psikologi yang boleh menimbulkan tanda tanya mengapa perubahan ini berlaku dan apakah rahsia di sebaliknya. Kebanyakan gadis merasa takut dan tertekan dengan perubahan yang mendadak dan ada yang berjaya mengatasi alam gadis dengan baiknya. Setiap wanita pasti melalui zaman peralihan ini dengan kadar yang berbeza. Penyesuaian kepada perubahan semasa alam gadis sepatutnya lebih menyakinkan sekiranya kita mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita. Marilah menyakinkan. kita meneroka alam peralihan ini agar ia lebih

Manisnya Menjadi Gadis Semasa alam kanak-kanak tiada bayak perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Menjelang usia baligh, perbezaan fizikal dan psikososial antara gadis dan teruna menjadi ketara. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron yang membentuk ciri-ciri fizikal dan psikologikal seseorang gadis. SEMASA MEMBESAR, SAYA BERUBAH Hormon progesteron juga berperanan membentuk ciri-ciri seksual sekunder gadis. Memahami perubahan-perubahan yang berlaku akan membantu kita menghargai alam gadis. Perubahan fizikal Semasa menajlani alam gadis, semua wanita akan mengalami perubahan fizikal yang berbeza mengikut peringkat umur. 9 10 tahun Puting payudara mula ketara Lemak akan tersimpan di

Tulang punggung mula melebar. bahagian punggung dan peha

Ini memberikan ciri-ciri kewanitaan

10 11 tahun Saiz puting payudara mula membesar Bulu ari-ari mula tumbuh

11 13 tahun Bulatan areolar payudara semakin membesar Organ reproduktif bertambah matang dan menjadi nyata

13 15 tahun Bulu ari-ari menjadi lebat Bulu mula tumbuh di bawah ketiak Kadatangan haid

16 18 tahun Gadis akan mencapai ketinggian maksima perubahan ciri seksual sekunder

Pada usia ini kesemua menghampiri saiz wanita dewasa

Menerima perubahan baru akan membantu gadis mengingkatkan keyakinan dan ketrampilan diri.

Kenali Payudara Anda

Duktus mamari Puting payudara

Areolar Kelenjar mamari

Pada zaman kanak-kanak, payudara kanak-kanak perempuan tidak ketara. Menjelang alam gadis, payudara mula membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progestron sehingga mencapai saiz dewasa ketika akhir alam gadis.

Selapas ini saiz payudara tidak akan berubah melainkan apabila seorang wanita mengandung atau menyusu bayi. Kenali Payudara Anda Kemusykilan gadis mengenali payudara Ada gadis yang mempunyai payudara yang lebih kecil atau besar berbanding dengan rakan sebanyanya. Perkara ini adalah normal kerana bentuk dan saiz payudara seseorang gadis banyak dipengaruhi oleh faktor hormon, keturunan dan genetik seseorang itu. Selain dari itu, ada juga gadis akan mendapati saiz antara payudara kiri dan kanannya berbeza. Jangan bimbang, ini juga satu keadaan yang normal. Payudara tetap dapat melaksanakan fungsi keibuannya tanpa mengira saiz atau bentuknya. Kenali Payudara Anda Penjagaan Payudara MENGGUNAKAN ANAK BAJU ATAU COLI Gadis perlu memakai anak baju atau coli remaja mengikut saiz payudara. Anak baju atau coli remaja memberi perlindungan dan mengampu payudara yang semakin membesar. PETUA MEMILIH ANAK BAJU ATAU COLI REMAJA Pilih anak baju atau coli yang sesuai dengan saiz payudara. Coli yang terlalu ketat akan mencengkam payudara manakala coli yang terlalu besar pula tidak akan memberikan sokongan. Pilihlah coli yang diperbuat dari kain kapas atau kain yang lembut agar dapat menyerap peluh. Kenali Payaudara Anda Tanda-tanda coli yang sempit dan kecil
3

Tidak selesa ketika memakai Tali coli terbenam dan meningggalkan kesan pada bahu Sebahagian payudara tidak diliputi oleh coli dan coli meregang

Tanda-tanda coli yang terlalu besar Coli mengelunsur ke atas dan ke bawah (longgar) Sempedan lengkok coli tidak lurus (lengkok/`cup coli besar) Bahagian tepi coli longgar dan mengelebih

Kenali Payudara Anda Kaedah menentukan saiz coli yang sesuai LANGKAH PERTAMA Ukur bahagian bawah payudara dari tengah dada hingga ke bahagian tengah tulang belakang dalam inci. Ukuran ini didarab dua dan tambah dengan lima. Namakan ukuran ini A, iaitu saiz coli anda. CONTOHNYA: Ukuran ialah 14 inci A = (14 x 2) + 5 = 34 LANGKAH KEDUA Selain dari saiz coli, saiz lengkok coli (cip saiz) perlu diambil kira dalam pemilihan coli yang sesuai. Panduan berikut boleh membantu anda. Ukur tengah dada melalui puting payudara hingga ke tengah belakang dalam ukuran inci. Darab ukuran ini dengan dua. Namakan ukuran ini B. CONTOHNYA: Ukuran ialah 17.5 inci B = (17.5 x 2) = 35 Kenali Payudara Anda

PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA UKURAN (B A) -1 0 1 2 3 4

LENGKOK COLI AA A B C D DD dan seterusnya

DENGAN MENGAMBIL CONTOH DI ATAS: UKURAN IALAH 24 INCI UKURAN B IALAH 35 INCI PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA UKURAN IALAH (B A) IAITU 35 34 =1 MERUJUK KEPADA JADUAL DI ATAS SAIZ LENGKOK COLI IALAH B SAIZ COLI ANDA IALAH 34B

Pemilihan saiz dan jenis kain coli yang bersesuaian akan menyokong payudara anda. Kenali Payudara Anda Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) adalah kaedah bagi mengesan ketumbuhan yang terdapat pada payudara. Walaupun kanser secara umumnya terjadi di kalangan wanita berusia melebihi 40 tahun, terdapat juga ketumbuhan yang dikesan pada usia gadis. KAEDAH PSP PERLU DILAKUKAN? PSP perlu dilakukan pada hari ke 10 dari hari pertama haid anda pada tiap-tiap bulan. Contohnya, anda mengalami haid pada tanggal 1 haribulan, lakukan PSP pada 10 haribulan bulan tersebut.

CARA-CARA MELAKUKAN PSP Bagi gadis yang mempunyai payudara bersaiz kesil PSP boleh dilakukan secara berdiri. Kaedah berbaring adalah lebih sesuai bagi gadis yang mempunyai payudara bersaiz besar. LANGKAH PERTAMA Berdiri di hadapan cermin dan perhatikan samada terdapat keluarbiasaan pada payudara anda. Setelah itu ikutilah panduan di muka sebelah untuk kaedah berdiri dan kaedah berbaring.

Jadikan PSP sebahagian dari amalan hidup anda. Kenali Payudara Anda a. PSP : Melihat perubahan di hadapan cermin Melihat perubahan saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua putting payudara di hadapan cermin.

KEDUDUKAN 1 Tanggalkan pakaian pada paras pinggang dan lihat diri anda di hadapan cermin KEDUDUKAN 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala. Periksa payudara dari pelbagai sudut. KEDUDUKAN 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan disisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara. KEDUDUKAN 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. Perhatikan sebarang perubahan pada payudara.

b.

PSP: Langkah demi langah

LANGKAH 1 PERSEDIAAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mulakan pemeriksaan dengan payudara kanan. baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda. Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Letakkan tangan kanan di bawah kepala. Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa sebarang benjolan atau penebalan. Periksa payudara dengan menggunakan Kaedah Urutan-Menegak (Vertical Strip) dan Kaedah Pusingan (circular).

LANGKAH 2 PEMEREIKSAAN PAYUDARA KAEDAH URUTAN MENEGAK

1.

Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas ke garis-kutang (bra-line) di bahagian bawah, dan dari garis tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda. Menggunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk measa sebarang benjolan atau penebalan. Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke arah garisan kutang menggunakan pusingan ringan dan tekan kuat pada setiap tempat.
7

2. 3. 4.

5.

Di bahagian bawah garis kutang, gerakkan tangan lebih kurang 2 sentimeter ke kiri dan terus ke arah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergerak ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.

6.

LANGKAH 3 PEMERIKSAAN PAYUDARA KAEDAH PUSINGAN 1. 2. 3. 4. 5. Bermula di bahagian atas payudara, buat pusingan yang besar. Gerakkan tangan sekeliling payudara untuk mengesan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang-kurangnya 3 pusingan kecil sebelum sampai ke putting payudara. Lakukan pemeriksaan sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah aerola (kawasan hitam).

LANGKAH 4 PEMERIKSAAN LELEHAN DI PUTTING PAYUDARA

1.

Menggunakan kedua-dua beah tangan, tekan payudara untuki melihat samada sebarang leleh luarbiasa dari puting payudaa.

LANGKAH 5 MEMERIKSA KETIAK ANDA 1. 2. Jatuhkan tangan kanan ke sisi dan rasa ketiak dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan. Ulangi pemeriksaan yang sama untuk payudara kiri.

Dapatkan bantuan profesional atau datang ke klinik sekiranya: 1. Anda tidak tahu/keliru tentang kaedah PSP.

2.

Anda mendapati kelainan pada pemeriksaan PSP.

Organ reproduktif Kenali organ reproduktif gadis Salaput Dara Labia Minor Dubur Labia Major Bukaan Faraj

Ketika usia baligh, berlaku perubahan yang ketara pada organ-organ reproduktif gadis. Mengetahui perubahan yang berlaku dan fungsi yang berhubungkait dengan perubahan tersebut akan membantu gadis mengatasi kekeliruan serta menyesuaikan diri terhadap perubahan tersebut. ORGAN REPRODUKTIF LUARAN Labia major 2 lipatan tebal yang melindungi labia minor. Labia minor 2 lipatan nipis yang melindungi bahagian kelentit, bukan uretra dan bukan faraj. Bukaan FarajTerletak antara saluran kencing dan dubur. Biasanya diselaputi oleh selaput dara. Selaput Dara Selaput nipis yang meliputi sebahagian besar bukaan faraj.

Organ reproduktif Saluran Fallopian Uterus Ovari Serviks

Faraj

ORGAN REPRODUKTIF DALAMAN

Faraj badan.

Saluran yang menghubungkan uterus (rahim) dengan luar Ia merupakan saluran untuk melahirkan bayi, laluan keluar darah haid dan tempat hubungan seksual.

Serviks

Pintu kepada uterus (rahim) yang juga dipanggil pangkal uterus (rahim).

Salur Fallopian (rahim).

Laluan bagi perjalanan ovum (telur) dari ovari ke uterus Merupakan tempat persenyawaaan berlaku.

UterusJuga dikenali sebagai rahim. Merupakan organ yang berbentuk buah pir, bersaiz 3 inci panjang, 2 inci lebar dan 1 inci tebal. Bahagian dalam uterus dilapisi oleh lapisan yang dipanggil endometrium. Semasa haid, lapisan endometrium ini akan luruh sebagai darah haid. Selepas persenyawaan berlaku di dalam saluran fallopian, janin akan terbentuk dan turun ke uterus (rahim) serta membesar selama 40 minggu. Ovari Organ yang bertindak sebagai kantong telur gadis. Seorang gadis mempunyai sepasang ovari yang bergilir-gilirt mengeluarkan ovum (telur) setiap bulan. Sejak lahir seorang bayi perempuan mempunyai 400,000 ovum, tetapi hanya 350 hingga 400 ovum sahaja ajan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita. Setiap bulan, sebiji ovum menjadi matang dan dikeluarkan dari salah satu ovari secara bergilir-gilir.

Uterus

10

Ovari

Pengetahuan mengenai organ reproduktif akan membantu gadis memahami proses kedatangan haid dengan lebih mudah dan memberi keyakinan diri menghadapi tempoh haid. Haid Haid dan Anda Secara umumnya gadis mula didatangi haid ketika berusia di antara 10 hingga 15 tahun. Haid berlaku tiap-tiap bulan dan tempoh haid adalah di antara 3 hingga 7 hari. Secara purata seorang gadis kehilangan 2 hingga 6 sudu darah semasa haid setiap bulan. Pada kebiasaannya darah haid keluar dalam kuantiti yang sedikit pada hari pertama dan bertambah banyak pada hari kedua dan berkurangan pada penghujung haid. Kitaran haid adalah masa di antara hari pertama haid bermula hingga hari terakhir sebelum kitaran haid yang baru bermula iaitu selama 28 hari. Terdapat variasi di antara seorang gadis ke seorang yang lain. Haid melambangkan organ reproduktif gadis yang telah mula berfunggsi dan bersedia untuk menjadi ibu. Haid Kedatangan haid pertama kali mungkin disedari oleh gadis apabila melihat tompokan darah di seluar dan biasanya menimbulkan ketakutan dan kebimbangan sekiranya gadis tidak mengentahui mengenainya. Haid menunjukkan organ reproduktif gadi telah mula berfungsi dan bersedia untuk menjalankan peranan keibuannya. Haid berlaku akibat tindakan hormon dalam tubuh gadis. Proses kedatangan haid dapat dapat diterangkan seperti berikut: Hormon Follicle Stimulating Hormone (FSH) merangsang ovari menghasilkan ovum supaya menjadi matang dan bersedia untuk dipersenyawakan. Pada masa yang sama ovari akan menghasilkan hormon estrogen yagn merangsang pembentukan lapisan tebal endometrium hormon estrogen terhenti. Proses ini dinamakan ovulasi. Sekiranya ovum tidak dipersenyawakan, lapisan endometrium akan luruh sebagai haid. Ovum matang Pembentukan lapisan tebal endometrium di dalam uterus Penebalan berterusan. Ovum matang dan dikeluarkan oleh ovari
11

Lapisan endometrium luruh sebagai haid

Haid melambangkan organ reproduktif gadis telah mula berfungsi dan bersedia untuk menjadi ibu. Haid Kebimbangan semasa haid Berikut adalah kebimbangan yang sering dikemukakan oleh gadis mengenai haid. KITARAN HAID TIDAK TERATUR Kebiasaannya kitaran haid adalah tidak teratur pada peringkat awal dan beransuransur menjadi normal. Gangguan emosi yang teruk seperti masalah keluaga yang serius dan ketegangan menghadapi peperiksaan boleh menjejaskan kitaran haid gadis. Bagi situasi seperti ini, kitaran haid akan menjadi normal apabila gangguan perasaan tersebut dapat diatasi. SENGGUGUT Senggugut atau sakit dapatng bulan adalah sakit yang disebabkan oleh pengecutan dinding uterus yang kuat pada hari pertama haid. Seseorang gadis yang menhadapi senggugut akan berasa lenguh dan sakit di bahagian perut, letih, muram dan cepat marah. Masalah senggugut dapat di atasi dengan berbaring atau mendapatkan rawatan. Bagi gadis yang mengalami kesakitan sepanjang dan selepas tempoh haid, sila dapatkan bantuan professional bagi mengatasi masalah kesihatan ini. Gadis yang tidak didatangi haid setelah mencecah usia 17 tahun, mesti mendapatkan rawatan dari doktor bagi mengetahui punca kelewatan haid. Haid Haid dan permasalahannya Sebanyak 30 peratus wanita dan gadis mengalami masalah Sundrom Sebelum Haid dalam bentuk: Payudara berasa sengal Perasaan tidak stabil (mudah marah, tersinggung) Sensitif

12

Kemurungan dan keletihan Sakit kepala dan bahagian belakang badan Perubahan selera makan Loya Mengalami cirit-birit atau sembelit Bloatedness (Sembab)

Haid Kebersihan semasa haid Gadis perlu memakai tuala wanita/kain yang bersih/tampon bagi menyerap haid dan cecair tisu yang dikeluarkan. Tuala/kain bersih ini perlu ditukar setiap 3 atau 4 jam. Gadis juga dinasihat agar menggunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas. Penggunaan tampon yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya Toxic Shock Syndrome yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa. Anda dinasihatkan mengamalkan kebiasaan menandakan di kalendar tarikh haid anda bermula dan tarikh ianya berakhir. Amalan ini adalah penting kerana dengan mencatatkan tarikh tersebut anda akan mengetahui pola atau corak pusingan haid anda. Dengan cara ini, anda akan dapat meramal bila pusingan haid pada bulan hadapan. Ini akan membantu anda membuat persediaan seperti membawa tuala wanita ke sekolah. Haid Gadis dan aktiviti semasa haid Kedatangan haid bukanlah satu penyakit. Ia merupakan perubahan fisiologi tubuh yang menunjukkan badan gadis berfungsi dengan baik. Anda boleh melakukan apa sahaja kegiatan harian seperti biasa. Oleh kerana kelenjar peluh sangat aktif pada tahun-tahun pembesaran, gadis perlu mandi dan menjaga kebersihan diri. Teruskan senaman kerana ini membantu meningkatkan kecergasan diri dalam tempoh haid. Gadis perlu menggantikan zat besi yang hilang melalui darah haid setiap bulan dengan meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi seperti ikan, daging, kerang dan sayuran berdaun hijau. KEMUSYKILAN MENGENAI MASALAH GADIS Hubungi klinik kesihatan yang berhampiran dengan anda atau dapatkan maklumat lanjut dengan membaca buku-buku berhubung perkembangan alam gadis atau anda boleh melayari laman-laman web yang berfaedah di dalam intenet.

13

Ingin tahu status kesihatan anda?

Jawablah soalan-soalan berikut.

Saya berpuashati dengan diri saya. Saya bersenam/berekreasi sekurang-kurangnya 3 kai seminggu. Saya mengekalkan berat badan unggul. Saya minum susu setiap hari. Saya makan malam bersama ahli keluarga yang lain. Saya mampu katakan TIDAK pada rokok, arak dan dadah. Saya mampu menolak pelawaan untuk melakukan aktiviti yang berbahaya dari rakan-rakan sebaya.

Sayang menggunakan topi/tali keledar apabila menaiki motosikal/kereta.

Saya mampu berkomunikasi secra berkesan dengan rakanrakan sebaya

Saya mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga saya. Saya berkongsi masalah saya dengan orang yang saya percayai. Saya tidak mempunyai masalah dengan teman lelaki/perempuan istimewa saya.

Saya mempunyai masa depan yang cerah.

Sekiranya anda menjawab tidak pada mana-mana soalan, cuba perbaiki keadaan ini dengan mendapatkan pertolongan dari guru, ibubpa atau orang dewasa yang

14

anda percayai. Penyelesaian awal akan menjadikan anda gadis yagn yakin dengan diri sendiri. Remaja usia mengasah potensi Esok dewasa berwawasan tinggi Mulakan amalan gaya hidup sihat Alah biasa tegal biasa Jadi panduan kesihatan diri Ayuh, kawan-kawan . Apa tunggu lagi

15

AM/sa/291003{Manisnya menjadi gadis}

16

Anda mungkin juga menyukai