Anda di halaman 1dari 5

Keperluan Asas Membuka Perniagaan Internet, Pusat Internet Desa Pagoh

KEPERLUAN ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN INTERNET


PERNIAGAAN INTERNET Keperluan Untuk Memulakan Perniagaan Internet Antara aspek penting membina perniagaan internet yang berjaya adalah menyediakan ruang untuk bekerja. Samada di pejabat atau di rumah anda memerlukan ruang khas untuk anda bekerja. Ini penting supaya anda dapat memberikan tumpuan yang lebih dan mengelakkan gangguan luaran. Cuba untuk mendisiplinkan diri anda dan menganggap ini adalah seperti pekerjaan sebenar anda dan tidak melakukannya dengan sambil lewa. Supaya anda dapat memahami dan menjalankan perniagaan internet dengan segera, tumpuan dan fokus adalah perkara utama. PERKAKASAN Untuk memulakan perniagaan internet anda perlu sekurang-kurangnya mempunyai perkara asas berikut: Komputer, samada desktop atau notebook - Komputer anda tidak semestinya terlalu advance seperti kad grafik berkuasa tinggi, pemproses duo core dan sebagainya. Ini bergantung kepada kemampuan anda. Pastikan komputer anda mempunyai network card (kebanyakkan komputer masa kini telah sedia ada) untuk membolehkan sambungan ke internet. Printer, Scanner, Digital Camera, Mesin Fax - Ini adalah antara perkakasan penting yang perlu ada jika anda benar-benar serius dalam perniagaan internet anda. Printer - Penting untuk anda print segala transaksi yang anda lakukan di internet sebagai rujukan. Selain itu dokument seperti maklumat hosting, domain, pendaftaran anda pada sesuatu laman web dan sebagainya seeloknya anda print untuk memudahkan rujukan anda. Scanner/Digital Camera - Penting untuk memasukkan gambar ke dalam laman web jualan anda. Mesin Fax - Anda boleh menerima pesanan melalui fax. Pelanggan boleh memesan produk anda melalui fax, cepat dan nampak lebih profesional. Sambungan ke Internet - Seelok-eloknya anda mempunyai sambungan broadband seperti streamyx. Ini penting terutama apabila anda ingin upload laman web anda ke hosting. Semasa proses permulaan anda menjalankan perniagaan internet ini anda juga akan kerap melayari internet untuk mendapatkan informasi terkini mengenai perniagaan internet ini. Selain dari akses yang cepat berbanding dengan sambungan dial-up, ia juga menjimatkan wang untuk penggunaan bagi tempoh yang lama. Kad Kredit - Anda perlu mempunyai kad kredit untuk membuat pembelian online seperti membeli nama domain, web hosting, script/software dan sebagainya. Tetapi jika anda tidak mempunyai kad kredit, anda boleh menggunakan kad debit yang banyak di keluarkan oleh bank tempatan seperti Public Bank dan Ambank.

Keperluan Asas Membuka Perniagaan Internet, Pusat Internet Desa Pagoh

SOFTWARE / PERISIAN Untuk menjalankan perniagaan internet yang berjaya, anda perlu menggunakan software/script yang bermutu dan up to date. Selain Windows dan Microsoft Office berikut adalah perisian yang mustahak. Web Browser - Perisian untul melayari laman web seperti Firefox, Internet Explorer atau yang terkini Google Chrome Graphic editor - Perisian untuk mengubahsuai grafik seperti Adobe Photoshop atau Paint Shop Pro HTML Editor - Perisian untuk mengubahsuai/membina laman web seperti Dreamweaver, Frontpage atau NVU Zip/Unzip - Perisian untuk mengecilkan saiz sesuatu file seperti Winzip File Transfer Protocol(FTP) Program - Perisian untuk memindahkan data antara komputer anda dan komputer lain/hosting seperti Smart FTP atau CuteFTP Item lain yang perlu ada : Sewa Domain, Hosting untuk buat website E mail Online banking : maybank2u, cimbclicks dan lain-lain Telefon bimbit : sms, mobile banking dan sebagainya. Penghantaran barang : pos laju, ekspres dan lain-lain.

Produk/Perkhidmatan Berkualiti dan Di Minati Ramai Samada anda menjual barangan atau perkhidmatan anda sendiri atau barangan pihak lain, kualiti dan permintaan pasaran adalah perkara utama. Anda mestilah memilih barangan atau perkhidmatan yang berkualiti yang akan dapat menarik pengguna untuk membelinya. * Apakah produk yang hendak saya jual di internet? Adakah saya mempunyai produk atau servis yang diperlukan oleh * orang orang ramai di internet? Sebenarnya anda boleh menjual apa sahaja di internet baik barangan fizikal ataupun digital (dimana pembeli boleh download terus melalui internet). Berikut adalah hasil kajian mengenai produk atau barangan yang mendapat sambutan paling hangat pengguna internet mengikut turutan :

Pakaian Barangan permainan dan permainan video Elektronik Peralatan komputer DVD / VCD Buku / E-Book

Keperluan Asas Membuka Perniagaan Internet, Pusat Internet Desa Pagoh

Kad Ucapan Perkakasan rumah Barang Kemas Kesihatan Pelancongan Kenderaan Hartanah Muzik Makanan Sukan

Dalam proses mengenal pasti apakah produk yang anda ingin niagakan di internet, anda perlu terlebih dahulu membuat kajian mengenai perkara-perkara berikut supaya usaha anda tidak sia-sia. Kebanyakkan mereka yang gagal adalah mereka yang membina perniagaan internet mereka secara membuta tuli dan tergesa-gesa tanpa membuat kajian pasaran terlebih dahulu. Mereka hanya barpandukan kepada idea dan maklumat yang tidak tepat. Berikut adalah perkara yang perlu anda teliti dan kaji : 1. Pesaing anda. Biasakan diri dengan melihat laman web pesaing anda. Kaji bagaimana mereka melakukan perniagaan mereka. Apakah yang mereka tawarkan kepada pelanggan, apakah sistem yang mereka gunakan dan sebagainya. Gunakan Search Engine seperti Yahoo ,MSN atau Google untuk mencari laman-laman web ini, contohnya jika anda ingin menjual alatan memancing anda boleh mencari dengan menggunakan perkataan fishing, fishing tools, fishing lure dan sebagainya dan lihat laman-laman web yang berkaitan dengan apa yang anda ingin jual di internet. 2- Permintaan pasaran. Kajian pasaran ini amat penting kerana dari sini anda akan ketahui berapa ramai orang yang memerlukan sesuatu produk itu. Antara kaedah yang boleh anda lakukan untuk melihat pasaran adalah: - Lihat sekeliling anda dan keperluan semasa, Apakah yang masyarakat perlukan, apakah masalah-masalah mereka, apakah kegemaran mereka? Cuba fikirkan jika anda dapat menyelesaikan permasaalahan mereka atau anda dapat memberikan apakah yang mereka suka. Cuba fikirkan, adakah permasalahan itu dapat diselesaikan menerusi medium internet. Sebagai contohnya pada waktu ini manusia semakin sibuk dengan tugas dan kerjaya masing-masing dan mungkin kesuntukan masa untuk perkara-perkara yang biasa dilakukan, anda boleh menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan contohnya hadiah secara online, pelanggan boleh memilih berbagai jenis hadiah atau bunga-bungaan dari kedai online anda dan terus menghantarnya kepada orang yang dikehendaki. 3 Memahami Trend atau Perkembangan terkini. Peluang perniagaan muncul dengan mengetahui trend terkini dan kemudiannya menjadikannya idea perniagaan. Banyakkan membaca majalah, melihat program tv, melayari internet dan sebagainya. Ini akan membantu anda memahami perkembangan terkini dan apa yang digemari atau diperlukan oleh masyarakat baik dari segi bisness ataupun budaya.

Keperluan Asas Membuka Perniagaan Internet, Pusat Internet Desa Pagoh

Memilih Model Perniagaan Internet Sudah membuat pilihan jenis barangan atau perkhidmatan yang anda ingin niagakan di internet? Langkah seterusnya adalah menentukan jenis model perniagaan internet yang sesuai dengan barangan atau perkhidmatan anda itu. Model perniagaan ini mestilah yang tepat dan bersesuaian dengan barangan atau perkhidmatan yang anda akan berikan kepada pelanggan anda. Dalam menentukan model perniagaan yang sesuai, perkara berikut perlu diambil kira : - Margin Keuntungan - Lebih tinggi margin keuntungan adalah lebih baik. Contohnya menjual sebuah e-book pada harga RM50.00 adalah lebih baik daripada menjual sebuah buku sebenar pada harga yang sama kerana kos penerbitan dan penghantaran yang lebih besar. - Penghantaran - Seharusnya mudah untuk proses penghantaran kepada pelanggan anda. Produk yang kecil, ringan dan tidak mudah pecah atau rosak adalah lebih sesuai. - Kos Penghantaran - Serendah yang mungkin atau tidak memerlukan penghantaran. (Produk digital tidak memerlukan penghantaran biasanya melalui e-mail, download) - Pemasaran - Model perniagaan yang berbeza memerlukan strategi pemasaran yang berlainan. Kategori Perniagaan Internet Kebanyakkan ahli perniagaan samada di internet atau di luar internet yang berjaya, mendapat idea atau mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. Mereka hanya mengikut, memperbaiki dan mempraktikkan dengan cara yang baru. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencipta kaedah yang baru sebaliknya cara yang terbaik adalah mengikuti mereka yang telah berjaya. Walau apa jua perniagaan internet yang ada pada waktu ini, secara asasnya ia terbahagi kepada enam katagori. 1. Barangan ataupun produk. Barangan yang dimaksudkan disini termasuklah peralatan elektronik, perabut, pakaian,DVD, CD, komputer, barang perhiasan, software, hardware, hartanah, kenderaan dan segala apa yang terkandung didalamnya. 2. Perkhidmatan Profesional. Perkhidmatan profesional disini adalah seperti menyediakan perkhidmatan akauntan, peguam, perunding kejuruteraan, arkitek, jurulatih dan sebagainya. 3. Industri Maklumat. Pada waktu ini terdapat sejumlah orang perseorangan atau berkumpulan yang mengumpul maklumat dari berbagai sumber atau melalui penyelidikan, menyusun, mengkatalog dan menjualnya semula. Sebagai contoh pakar penyelidikan dari berbagai bidang, pakar runding, penulis profesional dan sebagainya. Industri ini berkembang pesat seiringan dengan kehendak pasaran yang dahagakan informasi dan teknologi.

Keperluan Asas Membuka Perniagaan Internet, Pusat Internet Desa Pagoh

4. Kerjaya Internet. Pakar-pakar internet dari berbagai bidang kemahiran seperti menyediakan khidmat pereka laman web, pengaturcaraan komputer, pereka grafik, jurulatih komputer, pakar runding internet dan sebagainya. Industri seperti ini berkembang dengan amat pesat seiring dengan perkembangan teknologi komputer. 5. Penerbitan Elektronik. Ini termasuklah majalah dan suratkhabar elektronik. Di Malaysia juga kini terdapat suratkhabar versi elektronik ini yang mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka. Perkhidmatan seperti ini bukan sahaja memudah dan menjimatkan, malah juga mesra alam sekitar kerana mengurangkan pengunaan kertas. 6. Pengiklanan. Teknologi pengiklanan internet berkembang dengan amat pesat dan berubah-ubah. Terdapat banyak syarikat pengiklanan diinternet dan masing-masing mempunyai kaedah berbeza-beza seperti membayar untuk setiap klik iklan, setiap paparan laman web, setiap pendaftaran ke sesuatu laman web dan sebagainya. Teknologi ini juga memberikan keuntungan kepada pengendali laman web samada persaorangan ataupun syarikat dimana mereka boleh meletakkan iklan tertentu pada laman web mereka.

Anda mungkin juga menyukai